Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA,
KEDAH DARUL AMAN

MPU3112
BINA INSAN GURU (BIG)

NAMA PENUH : NUR AISYAH BINTI MOHD FADLY

NO. K/P : 011022-08-0026


ANGKA GILIRAN : 2020182340199
PROGRAM/AMBILAN : PISMP JUN 2020
KUMPULAN : PENDIDIKAN ISLAM 1
NAMA PENSYARAH : ENCIK IKHWAN HOSNI BIN ALI
TARIKH HANTAR : 4 DISEMBER 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar : Tarikh : 4 DISEMBER 2022

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN..................................................................................................2

2.0 PENGALAMAN SEMASA KURSUS BINA INSAN GURU SIRI 3......................

2.1 SEBELUM KURSUS BIG SIRI 3......................................................................3

2.2 SEMASA KURSUS BIG SIRI 3........................................................................4-9

2.3 SELEPAS KURSUS BIG SIRI 3........................................................................10

3.0 KELEBIHAN KURSUS BIG SIRI 3 ....................................................................10-11

4.0 KELEMAHAN KURSUS BIG SIRI 3................................................................ 11

5.0 ANCAMAN KURSUS BIG SIRI 3.................................................................... 12

6.0 PENAMBAHBAIKAN KURSUS BIG SIRI 3..................................................... 12-13

7.0 KESIMPULAN................................................................................................. 13

8.0 RUJUKAN........................................................................................................13

9.0 LAMPIRAN...................................................................................................... 14

1
Laporan Refleksi Bina Insan Guru (BIG) Siri 1 di Pantai Merdeka, Kedah.

1.0 PENGENALAN

Secara umumnya, pada 21 November hingga 24 November 2022, pelajar-pelajar


Siri 3 yang terdiri daripada pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,Jabatan
Bimbingan dan Kaunseling serta Jabatan Bahasa seramai 105 orang telah ditugaskan untuk
menghadirkan diri bagi menjalani kursus Bina Insan Guru (BIG) selama empat hari tiga
malam di Pantai Merdeka, Kedah bagi sesi 2022. Tujuan kursus BIG ini dijalankan adalah
untuk melengkapkan mata kredit seseorang pelatih guru dalam kursus MPU3112, Bina Insan
Guru. Kursus BIG ini telah banyak mendedahkan dan memberi ilmu pengetahuan serta
membuka minda saya tentang cabaran dan liku-liku kehidupan seorang pendidik untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya terutamanya dalam profesion perguruan. Maka,
kursus BIG dapat diertikan sebagai satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan
kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG), iaitu memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

2
2.0 PENGALAMAN SEMASA KURSUS BINA INSAN GURU SIRI 3

2.1 SEBELUM KURSUS BIG SIRI 3

Sebelum saya ke Pantai Merdeka untuk menjalani kursus BIG Siri 3 ini, banyak perkara
dan persiapan yang perlu dilaksanakan supaya segala proses dan perjalanan kursus ini berjalan
dengan lancar mengikut kepada apa yang telah dirancang. Oleh yang demikian,satu
jawatankuasa pelajar telah ditubuhkan bagi membincangkan segala persiapan dan proses yang
perlu dibuat dan disediakan sebelum tibanya hari dan waktu untuk berangkat ke Pantai Merdeka
dan saya telah ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa pengangkutan. Banyak persiapan yang
perlu dibuat dan dibincangkan bersama-sama jawatankuasa induk dan jawatankuasa besar
pelajar agar perjalanan ketika kursus BIG nanti berjalan dengan lancar tanpa sebarang ujian
dan kecelakaan. Misalnya, kami telah menyusun atur bilangan pelajar berpandukan kepada
kenderaan yang digunakan.Sebagai contoh,kami menempatkan seramai 40 orang pelajar yang
disediakan oleh pihak kampus,25 orang lagi ditempatkan di dalam coaster serta 12 orang telah
ditempatkan di dalam van dan selebihnya diarahkan untuk menaiki kereta bersama
pensyarah.Hal ini bagi mengelakkan kelewatan masa untuk tiba di destinasi kerana pelajar-
pelajar daripada siri sebelum ini didapati tiba di Pantai Merdeka agak lewat menyebabkan
aturcara program yang telah dirancang juga tergendala kerana semua peserta tidak tiba
lagi.Perjumpaan mesyuarat yang dilakukan bersama-sama jawatankuasa induk dan
jawatankuasa besar pelajar telah mengajar dan mendedahkan kepada saya tentang kemahiran,
iaitu penyelesaian masalah yang mana kami sendiri perlu berfikir tentang buruk baik sesuatu
posisi pelan yang kami bina bersama-sama.Perkara ini sangat penting kerana tanpa
perbincangan dalam menyelesaikan masalah,kedudukan semua khemah yang bakal dibina
akan menjadi tunggang-langgang dan berterabur serta banyak implikasi dan kekangan akan
wujud pada kemudian hari. Kemahiran inilah yang dihasratkan dalam sesuatu penubuhan
organisasi seperti mana yang diujarkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk
Jahid Jahim (2021) dalam N. Jonathan (2021), iaitu semangat kekitaan dan kemahiran
menyelesaikan masalah dalam satu pasukan merupakan kunci kejayaan bagi sesebuah
organisasi.

3
2.0 SEMASA KURSUS BIG SIRI 3

Pengalaman saya sepanjang empat hari tiga malam telah difokuskan kepada aktiviti
keyakinan air, kembara alam, ekspedisi rakit, kraf perkhemahan dan juga abseiling. Tujuan
utama pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengasah kecekalan diri siswa
pendidik di samping mengeratkan ukhwuah antara siswa pendidik dalam bentuk aktiviti dalam
kumpulan.Tempoh kursus big pada siri 3 ini hanyalah empat hari tiga malam kerana baki sehari
yang perlu diganti (cuti mengundi) tersebut telah dijalankan di kampus iaitu aktiviti gotong
royong membersihkan bangunan hal ehwal pelajar.

Pada pukul 07:30 pagi pada hari Isnin bersamaan 21 November 2022, kami semua telah
diarahkan untuk berkumpul di hadapan Jabatan GERKO untuk mengambil kedatangan dan
melakukan persiapan pergi ke Pantai Merdeka.Setelah itu,kami diarahkan oleh kem komanden
untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku sebelum menaiki bas. Kerjasama kami yang
hadir awal untuk sesi ketiga yang akan berangkat ke Pantai Merdeka dilihat menjadi semakin
kukuh apabila kami bersama-sama saling membantu dalam mengangkut barang-barang
persiapan yang telah disediakan oleh semua ahli jawatankuasa ke dalam bas. Tidak ketinggalan
juga, kami saling membantu membawa barang-barang keperluan masing-masing ke dalam bas.
Selaku ahli jawatankuasa bagi pengangkutan kami telah memberi arahan kepada pelajar untuk
masuk ke kenderaan yang telah ditetapkan melalui senarai yang diberikan sebelum ini.Dalam
pada itu,dilihat semua pelajar memberikan sepenuhnya kerjasama menyebabkan aktiviti
pergerakan pelajar menjadi lebih lancar dan teratur.

4
Setelah tiba di Pantai Merdeka, seramai 30 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan
pelajar perempuan diarahkan untuk pergi ke stor penyimpanan bagi menguruskan proses
pengeluaran barang-barang persiapan khemah dari stor penyimpanan ke tapak utama
perkhemahan. Di tapak perkhemahan utama, peserta-peserta lelaki ditugaskan untuk
menaikkan khemah jurulatih, khemah utama dan khemah masakan serta khemah mereka
sendiri untuk menginap sepanjang tempoh kursus BIG ini berlangsung. Dalam pada waktu yang
sama, peserta-peserta perempuan pula diamanahkan untuk menaikkan khemah masing-masing
pada tapak perkhemahan mereka dan kepada mereka yang telah selesai mendirikan khemah,
mereka akan menolong peserta lelaki untuk mendirikan khemah mereka. Setelah selesai aktiviti
mendirikan khemah,kami telah diminta untuk berkumpul bagi menunaikan solat jamak bagi
waktu zohor dan asar dan setelah itu kami makan tengahari bersama-sama yang telah
disediakan oleh pihak resort.Pada waktu petang pula,kami dikehendaki untuk melaksanakan
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) di mana kami dipecahkan kepada 10 kumpulan kecil dan
ditugaskan untuk melaksanakan dua bentuk tugasan.Tugasan yang pertama berbentuk ketua
kumpulan diarahkan untuk mencabut kad yang tertera arahan tugasan (kumpulan kami
mendapat arahan untuk mencipta satu doa penutup yang akan digunakan bagi majlis penutup
BIG Siri 3).Tugasan yang kedua pula berbentuk kami diberikan arahan untuk mencipta satu logo
yang melambangkan sifat patriotisme dan kedua-dua tugasan itu perlulah dibentangkan pada
malam tersebut.

Semasa proses pemunggahan barang dari stor penyimpanan dan proses mendirikan semua
khemah, saya telah mendapati bahawa peserta-peserta BIG Siri 3 ini telah menerapkan nilai
kekitaan semasa proses mendirikan khemah. Hal ini demikian kerana, semua peserta saling
tekun membantu ahli kumpulan lain yang memerlukan bantuan serta ada yang ringan tulang
membantu peserta lain di stor penyimpanan. Impaknya, perjalanan pendirian khemah ini telah
berjalan dengan sangat lancar sambil dibimbing oleh jawatankuasa persiapan tempat dan
jawatankuasa peralatan. Ketika aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) dijalankan,semua
kumpulan menunjukkan semangat berusaha dan gigih untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan walaupun dalam masa yang singkat sebelum menunjukkan keberanian untuk
membentang di khalayak ramai.

5
Pada pagi 22 November 2022 bersamaan dengan hari Selasa,kami diarahkan untuk
menghadirkan diri ke aktiviti Abseiling. Aktiviti ini telah dikelolai hebat oleh Tuan Yusri,Tuan
Hafidz dan Tuan Ganesan. Aktiviti ini walaupun kelihatan agak senang untuk menempuhi, tetapi
sulit untuk diperkatakan sedemikian kerana aktiviti ini merupakan antara aktiviti yang tidak
pernah dilakukan oleh kebanyakan ahli dalam kumpulan kami dan masing-masing berasa gerun
untuk melaksanakan aktiviti ini. Namun begitu, hasil daripada sorakan dan dorongan ahli-ahli
kumpulan yang lain, kami berjaya menempuhi halangan aktiviti Abseiling ini. Pada waktu ini
juga, hujan renyai hujan yang lebat telah melanda kawasan Pantai Merdeka sebelum aktiviti
Abseiling ini dijalankan menyebabkan kawasan Abseiling menjadi semakin licin dan hampir
kesemua ahli kami tergelincir semasa menuruni bukit tersebut.Aktiviti pendakian untuk kami
memulakan aktiviti abseiling ini juga turut mencabar kerana laluan pendakian yang licin
mengakibatkan ada sesetengah daripada peserta yang jatuh.Ketika aktiviti ini berlangsung
semangat kekitaan telah ditonjolkan oleh ahli kumpulan saya, yang mana kami saling memberi
dorongan kepada ahli-ahli yang lain untuk meneruskan aktiviti ini walaupun keadaan semakin
basah akibat hujan. Berkat daripada sokongan dan dorongan tersebut, kesemua ahli kumpulan
saya berjaya mendarat di tanah dengan jayanya tanpa sebarang kemalangan yang berlaku hasil
daripada sokongan yang diberikan oleh kumpulan kami.

Pada sebelah petang pula,aktiviti kumpulan kami ialah Kem Kraf atau dikenali sebagai
Pengurusan Perkhemahan yang dikelolai oleh Puan Robiah. Pada ketika ini, kumpulan kami
telah menambah ampaian di sekeliling khemah kami, menguatkan kembali pancang-pancang
yang dipasang pada khemah- khemah utama serta membuka pintu-pintu khemah peserta bagi
mendapat pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Aktiviti Kem Kraf ini serba sedikit telah
mengajar saya erti tanggungjawab terhadap orang lain, yang mana saya perlu menjaga
keselamatan dan kesejahteraan semua orang yang berada di samping saya tanpa
mementingkan diri sendiri. Kemudian, setelah pengurusan khemah selesai dibuat bersama-
sama, kami bersepakat dan bekerjasama untuk memasak bersama-sama menu makan malam,
iaitu tomyam ayam beserta nasi putih.Ketika aktiviti memasak ini, peserta-peserta lelaki telah
dibahagikan untuk memotong dan membersihkan ayam sementara peserta- peserta perempuan
pula ditugaskan untuk menyiapkan persiapan dan memasak tomyam ayam tersebut. Aktiviti
pembersihan ayam yang dilakukan bersama-sama secara bekerjasama dalam kumpulan
menzahirkan rasa kasih sayang dan keakraban kami di dalam kumpulan.Setelah selesai,pada
sebelah malam pula semua peserta menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan
oleh kumpulan kami pada sebelah petang tadi.

6
Pada malam hari pula, saya yang terdiri daripada Kumpulan 10 diberikan taklimat
berkaitan aktiviti yang akan dijalankan pada keesokan hari iaitu aktiviti rakit dan kembara
hidup.Kami telah diamanahkan untuk membina rakit kami sendiri untuk digunakan pada
keesokan harinya semasa aktiviti berakit. Pada ketika ini, semangat kerjasama yang mantap
dan baik telah diberikan oleh seluruh ahli kumpulan saya, walaupun semua orang telah penat
kerana kehilangan tenaga semasa mendirikan khemah di tapak perkhemahan kami ini.Meskipun
sebelum kami meneruskan aktiviti untuk membina rakit,kami telah diuji dengan berlakunya ribut
di kawasan perkhemahan kami menyebabkan kebanyakan khemah telah rosak.Namun
begitu,aktiviti pembinaan rakit tetap diteruskan selepas ribut tersebut reda.

Pada hari Rabu bersamaan 23 November 2022, aktiviti utama yang kami laksanakan ialah
aktiviti keyakinan diri dalam air. Aktiviti ini telah kami jalankan berdurasi 30 minit sambil dikelolai
oleh Tuan Yusainy dan Puan Ashikin. Motif utama aktiviti ini diadakan adalah untuk membina
keyakinan diri yang tinggi dalam diri guru pelatih dalam apa jua keadaan yang memberi tekanan
kepada dirinya selain memberi persediaan kepada semua peserta berkaitan teknik apungan
serta cara berenang ketika berada di dalam laut.Walaupun pada asalnya kami telah dibawa di
kawasan yang cetek,setelah mempelajari teknik-teknik asas dalam berenang, kami berjaya
berenang ke kawasan yang agak dalam sekali gus telah berjaya memberi pengalaman yang
mencabar kepada kami semua yang tidak pernah berenang sedalam itu.Kemudian,setelah
aktiviti keyakinan diri di dalam air selesai kumpulan kami menjalani aktiviti Kembara Alam, iaitu
suatu aktiviti yang memberikan pengalaman baharu kepada kami untuk menerokai khazanah
alam yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T yang semestinya memberikan banyak manfaat
kepada setiap manusia di muka bumi ini.Penerangan berkaitan ilmu alam flora dan fauna
tersebut telah diketuai oleh Tuan Satar dan Tuan Saiful sambil dibantu oleh jurulatih yang lain
iaitu Tuan Azizi.Banyak pohon dan tumbuhan herba yang telah kami pelajari yang boleh
dijadikan ubatan dan makanan sekiranya kami tersesat di dalam hutan.Kami juga mempelajari
arah untuk mengetahui kedudukan kiblat yang betul sekiranya berada di dalam hutan dan tidak
membawa kelengkapan seperti kompas dan sebagainya (dengan melihat kepada arah pokok
menjalar).Pada ketika ini, semangat kerjasama antara ahli pasukan terjalin apabila terdapat
beberapa kawasan cerun yang memerlukan bantuan pegangan tangan kawan dan bantuan tali
untuk menaiki kawasan tersebut.

7
Kemudian, setibanya di tempat terakhir aktiviti Kembara Alam, kami diminta untuk memasak
menu tengah hari kami, iaitu nasi putih serta sardin. Pada ketika ini,nilai kesepakatan antara ahli
kumpulan timbul kerana kesemuanya bersama-sama menyediakan menu tersebut dalam
tempoh masa yang diperuntukkan.Selain itu juga,kami juga bersama-sama menyumbang idea
dalam aktiviti selingan seterusnya iaitu kami perlu mencipta suatu slogan kumpulan serta
bersama-sama menyanyikan satu rangkap lagu yang mempunyai perkataan “Amboi”(ini kerana
tempat tersebut dinamakan Teluk Amboi.Setelah itu, aktiviti rakit dimulakan setelah kawasan
tersebut telah dikemas dengan baik. Aktiviti rakit ini telah menguji kumpulan kami dari segi
mental dan fizikal. Hal ini demikian kerana, kumpulan kami ditugaskan untuk berakit pada
sebelah petang dan keadaan ombak juga semakin deras kerana pada waktu tersebut hujan
turun.Walaupun pada awalnya rakit kami berada pada kedudukan yang hampir terakhir kerana
tidak stabil pada permulaan aktiviti,namun berkat kerjasama dan kesepakatan antara setiap ahli
kumpulan yang tidak mudah berputus asa meskipun keadaan pada ketika itu amat memenatkan
untuk mendayung atas sebab ombak yang semakin kuat,namun ianya langsung tidak
mematahkan semangat kami untuk sampai ke titik tengah laut tersebut bagi menjalani aktiviti
terjunan secara individu.Kami juga menyusun strategi dengan meminta semua ahli rakit kami
perlu mendayung secara seragam. Impaknya, rakit kami bergerak sedikit demi sedikit hingga ke
persisiran pantai sebelum kami iaitu kumpulan yang terakhir pada ketika itu dapat memotong
kumpulan-kumpulan lain dan menjadi kumpulan yang pertama tiba di destinasi tersebut hasil
daripada strategi pergerakan mendayung secara seragam ketika ekspedisi berakit. Ekspedisi
rakit ini telah mengajar erti tidak putus asa kerana semua perlakuan dalam hidup kita ini akan
membawa kepada kejayaan selagi mana kita tidak putus asa dan kekal tabah dalam
menempuhi liku-liku kehidupan yang terjadi.Pada sebelah malam pula,aktiviti malam
kebudayaan serta upacara majlis penutup bagi kem Bina Insan Guru bagi siri 3 telah pun
dijalankan.Pelbagai bentuk persembahan telah disediakan oleh semua kumpulan dengan
sangat menarik meskipun bertemakan Dinasti China yang pada mulanya sukar untuk difikirkan
persembahan apa yang perlu ditunjukkan.Namun begitu,berkat kerjasama daripada setiap ahli
kumpulan dan persediaan yang rapi meskipun waktu latihan dalam tempoh yang singkat,semua
kumpulan mampu mempersembahkan persembahan yang baik di hadapan VIP,para jurulatih
dan rakan-rakan yang lain dengan begitu bersemangat.

8
Pada hari terakhir di Pantai Merdeka,iaitu hari Khamis bersamaan 24 November 2022, kami
telah diarahkan untuk membuka semula semua khemah yang telah didirikan pada hari pertama,
iaitu khemah penyimpanan barang dan khemah para peserta.Pada ketika ini, jawatankuasa
persiapan tempat dan jawatankuasa peralatan telah memainkan peranan yang sangat penting
kerana mereka perlu memantau sambil membantu peserta-peserta lain untuk membuka semula
khemah-khemah yang telah didirikan sebelum melaporkan kuantiti khemah dan peralatannya
kepada jawatankuasa peralatan.Pada ketika ini, kami telah menunjukkan semangat setiakawan
yang sangat baik dan kerjasama yang hebat dalam proses penutupan pengurusan tapak
perkhemahan Perkara ini membuktikan bahawa semangat setiakawan yang erat antara ahli
kumpulan mampu membina satu kerjasama yang bagus dalam sesuatu kumpulan.Demikian itu
juga,beberapa orang peserta lelaki telah bersama-sama mengalihkan khemah jurulatih ke
bahagian lain bagi mengelakkan kejadian angin yang kuat berulang semula bagi siri yang
seterusnya.

Selain itu,pada hari gantian yang terakhir iaitu hari Sabtu bersamaan 26 November 2022,kami
telah menjalani aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan bangunan Hal Ehwal Pelajar di
kampus selain itu bagi peserta yang tidak dapat melakukan aktiviti abseiling di Pantai Merdeka
tempoh hari,telah diganti dengan aktiviti flying fox bertempat di dalam kampus
IPGKDA.Beberapa kumpulan telah dibahagikan tugas masing-masing antaranya adalah
menyusun fail yang tidak lagi digunakan,menyusun dan mengalihkan jubah konvokesyen di ke
dalam bilik jubah yang lain serta mengubah semula kedudukan peralatan yang terpakai di dalam
bilik tersebut.Berdasarkan pemerhatian saya terhadap aktiviti gotong-royong ini dapat dilihat
bahawa semua peserta melibatkan diri dan sentiasa bekerjasama dalam setiap tugasan yang
telah diberi.Hal ini demikian kerana sebagai contoh kumpulan yang telah selesai menyusun dan
mengalihkan jubah konvokesyen telah membantu peserta kumpulan lain yang pada ketika itu
sedang sibuk menguruskan dan menyusun fail yang terdapat di dalam bilik tersebut.Ini
mengakibatkan setiap tugasan menjadi lebih mudah kerana dibantu oleh setiap ahli kumpulan
yang lain dan menjadi lebih lancar serta cepat.

9
2.0 SELEPAS KURSUS BIG SIRI 3

Pengalaman yang diperolehi hasil daripada semua aktiviti yang dilaksanakan


ialah sebagai seorang pendidik, kita mestilah sentiasa berfikiran secara rasional dan
sentiasa melakukan persediaan yang rapi ketika menghadapi apa jua jenis cabaran
sebagai contoh ketika kami menghadapi situasi ribut tempoh hari.Hal ini demikian
kerana, kita tidak tahu apa yang akan menghadapi dan menempuhi kita pada masa
akan datang. Maka, kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuhi
onak-onak yang bakal menjelma daripada pelbagai bentuk ujian. Malah, saya juga
telah mempelajari pelbagai ilmu baharu seperti mengaplikasikan secara amali
tentang simpulan dan ikatan ketika mengikat dan membina rakit dan aktiviti kembara
alam, iaitu persediaan kekuatan mental dan fizikal ketika mendaki bukit dan di dalam
hutan belantara.

3.0 KELEBIHAN KURSUS BIG SIRI 3

Kelebihan yang dapat dilihat ketika saya menyertai kursus BIG Siri 3 ini
adalah saya dapat menyedari kekuatan yang terdapat di dalam diri ini melalui
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.Saya menyedari bahawa sepanjang program ini
berlangsung,saya sentiasa bersedia untuk menyumbang sepenuh tenaga sepanjang
empat hari tiga malam ini tanpa mengenal erti penat dan putus asa.Hal ini demikian
kerana aktiviti yang terdapat dalam Program Bina Insan Guru ini sememangnya
memerlukan tenaga fizikal yang banyak.Contohnya, aktiviti kembara, aktiviti
keyakinan diri dalam air, abseiling, ekspedisi rakit, masakan rimba dan sebagainya.
Semasa menjalani semua aktiviti ini, saya sentiasa bersemangat dan tidak berasa
letih walaupun aktiviti-aktiviti ini memerlukan tenaga fizikal yang banyak. Dengan ini,
saya amat bersyukur dan berasa gembira kerana menyedari kekuatan saya dari segi
fizikal kerana kekuatan fizikal ini amat diperlukan oleh seorang bakal guru yang
dianggap komprehensif dan sempurna.

10
Selain itu, saya juga menyedari bahawa saya mampu memberikan
sepenuhnya kerjasama dengan para jurulatih serta rakan-rakan yang lain dengan
sangat baik dalam melakukan sebarang aktiviti berkumpulan.Bahkan itu juga,saya
sentiasa bersikap berdisiplin dan mematuhi segala arahan yang telah diberikan oleh
para jurulatih.Buat pengetahuan semua,kebanyakan aktiviti yang dijalankan adalah
aktiviti yang berbentuk kumpulan dan memerlukan kerjasama dari setiap ahli.
Contohnya, aktiviti kembara memerlukan sekumpulan peserta untuk bekerjasama
membawa barang-barang yang diperlukan untuk masakan rimba dan merentasi
sebuah gunung sehingga sampai ke tepi laut. Semasa menjalankan aktiviti ini,
kumpulan kami tidak menghadapi sebarang masalah dan masing-masing
mengagihkan tugas apakah peralatan yang perlu dibawa denan baik.Oleh itu, saya
menyedari bahawa saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain dengan
baik di samping dapat menyumbang tenaga yang berguna kepada ahli kumpulan
saya meskipun kumpulan kami terdiri daripada bangsa yang lain.

4.0 KELEMAHAN KURSUS BIG SIRI 3

Kelemahan yang dilihat semasa saya menyertai kursus BIG Siri 3 ini ialah
saya sangat takut ketika ingin melakukan aktiviti abseiling.Hal ini demikian kerana
seumur hidup saya mempunyai ketakutan terhadap ketinggian serta tidak pernah
mencuba walau sekali aktiviti ini sama ada sewaktu berada di kampus atau di tempat
lain.Ini menyebabkan ketika permulaan aktiviti ini dilakukan saya berasa sangat
gementar sehingga menggigil meskipun pada ketika itu saya ingin memakai alatan
keselamatan untuk melaksanakan aktiviti abseiling.Walaubagaimanapun,berkat
nasihat dan dorongan yang diberikan oleh para jurulatih serta rakan-rakan yang lain
menyebabkan saya mampu mengatasi ketakutan tersebut dengan baik dan juga
memperoleh pengalaman yang sangat bermakna atas keberanian diri saya
mengatasi ketakutan kepada ketinggian.

11
5.0 ANCAMAN KURSUS BIG SIRI 3

Namun demikian, di sebalik kesungguhan kami melakukan semua aktiviti


yang dirancang,ancaman yang kami peroleh ketika melibatkan diri dalam kursus siri
3 ini adalah ancaman perubahan cuaca ketika berada di Pantai Merdeka
tersebut.Hal ini demikian kerana seperti yang telah sedia maklum,ketika kami
melakukan aktiviti di sana,kami menghadapi keadaan yang kurang mengizinkan
atas faktor cuaca yang tidak berapa baik seperti ribut,hujan lebat dan paras air yang
tinggi mengakibatkan adakalanya sesetengah aktiviti terpaksa ditangguh untuk
menjamin keselamatan semua peserta.Perkara sebegini sememangnya tidak boleh
diramal dan akan berlaku pada bila-bila masa namun sebagai peserta kami perlulah
bersedia dari aspek fizikal dan mental dalam menghadapi keadaan yang sukar ini.

6.0 PENAMBAHBAIKAN KURSUS BIG SIRI 3

Penambahbaikan yang boleh saya lakukan kepada diri saya apabila melibatkan
diri dalam program ini, saya dapat membina keyakinan diri serta memupuk sifat suka
beinteraksi semasa saya berkhidmat di sekolah nanti.Hal ini demikian kerana
sekiranya pada masa akan datang,sekolah memberi tanggungjawab kepada saya
untuk menjadi penyelaras kepada program perkhemahan dan mengendalikan aktiviti-
aktiviti lasak yang lain,sudah semestinya saya akan sentiasa mempersiapkan diri
dan berani untuk memikul tanggungjawab tersebut kerana saya mempunyai
pengalaman melibatkan diri dalam aktiviti yang telah ditugaskan.Melalui pengalaman
yang diperolehi tidak lokek sekiranya kita berkongsi pengetahuan yang baharu
kepada para pelajar yang lain sebagai contoh seperti aktiviti ikatan rakit ( sekiranya
sekolah ingin menjalankan program kejurulatihan atau kepimpinan kepada murid).

12
Di samping keyakinan diri, saya juga dapat mendisiplinkan diri semasa
melaksanakan tugas di sekolah nanti. Hal ini dapat membantu saya mengamalkan
sikap profesional dalam diri, terutamanya berhadapan dengan tugas di
sekolah.Sama ada menjalankan pengajaran di dalam bilik darjah, ataupun
melaksanakan aktiviti kokurikulum, saya dapat memberikan komitmen dalam
melaksanakan tugas di sekolah. Dengan ini, saya bukan sahaja dapat membantu
melahirkan modal insan minda kelas pertama, tetapi juga menyahut seruan kerajaan
dalam mencapai aspirasi sistem pendidikan negara demi merealisasikan
transformasi negara arus terkini.

7.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu inisiatif
bagi membina dan membentuk insan guru yang profesional seperti mana hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
Program ini juga diharap dapat melahirkan guru-guru yang mempunyai tahap
kesediaan yang tinggi dari segi fizikal dan mental terhadap pelbagai rintangan dan
cabaran yang bakal dihadapi sama ada ketika berada di dalam mahupun luar
kawasan sekolah. Semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang
terlibat dalam program BIG juga dapat merasai pelbagai pengalaman yang tidak
dapat dilakukan di dalam bilik darjah kerana program ini lebih menekankan kepada
pembelajaran di luar bilik darjah bagi memperkasakan ilmu, kemahiran, intelek, nilai
dan akhlak dalam kalangan bakal guru sebelum berjuang dalam profession
keguruan.

8.0 RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Sufiza Ishak. (2013). Interaksi dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, Jilid 1 (3), 143- 161.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
N. Jonathan. (2021, April 08). Semangat Kekitaan, Bekerja Dalam Satu Pasukan
Kunci Kejayaan Sesebuah Jabatan – Jahid | Sabah News - Bebas Bersuara.
Sabahnews.com.my. https://sabahnews.com.my/semangat-kekitaan-bekerja-
dalam-satu-pasukan-kunci-kejayaan-sesebuah-jabatan-jahid/

13
9.0 LAMPIRAN

Rajah 1 menunjukkan saya dan rakan-rakan


menerima taklimat daripada kem komanden
Rajah 2 menunjukkan saya dan rakan-
program Bina Insan Guru Siri 3 ini iaitu Tuan
rakan sedang memasang khemah di
Hanif tapak perkhemahan

Rajah 3 menunjukkan saya dan rakan- Rajah 4 menunjukkan saya dan


rakan sedang melaksanakan aktiviti rakan-rakan bergambar ketika
keyakinan dalam air melaksanakan aktiviti raki

Rajah 5 menunjukkan saya


melakukan aktiviti abseiling Rajah 6 menunjukkan saya dan
rakan-rakan bergambar bersama Timbalan
Pengarah selepas selesai aktiviti kembara
14

Anda mungkin juga menyukai