Anda di halaman 1dari 2

Kata Alu-Aluan Pengetua SMK Bandar Utama Damansara (3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang Dihormati En Boon Leong


YDP PIBG
SMK Bandar Utama Damansara (3)

Yang Dihormati Pn Jessica Wong, NYDP PIBG

Yang Berusaha Pn Aklima bt Abdul Rahman


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Roziha bt Razali
Penolong Kanan HEM

En Wong Choong Wei


Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Kaunselor Sekolah, guru-guru dan para


graduan Tingkatan 5 SMK Bandar Utama Damansara(3), sesi 2022 sekalian.

Terima kasih diucapkan kerana kesempatan yang diberikan kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam Majlis Graduasi kali ke-16 sesi 2022 ini.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK majlis yang telah
bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Sesungguhnya, majlis ini diadakan
khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada para graduan
tingkatan 5 yang telah menamatkan alam persekolahan tahun 2022. Majlis ini
juga sebagai perangsang untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam
segala bidang yang bakal diceburi. Dengan pelbagai cabaran dan rintangan
dihadapi sepanjang tahun 2022 dan 2023. Inilah kenangan manis yang menjadi
nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah para graduan sesi 2022 yang
sangat kami kasihi ini.

Para graduan yang disayangi,


Harapan saya, sentuhan majlis ini akan mengingatkan para graduan akan jasa
dan pengorbanan guru-guru yang menyayangi semuanya ibarat anak-anak
sendiri. Hadiah paling bermakna buat kami adalah kejayaan cemerlang para
graduan dalam SPM 2022 dan sesekali jenguklah kami para guru di sekolah
nanti. Sesungguhnya, semua ini hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang
bakal diterokai. Di hadapan para graduan nanti, terbentang pelbagai ranjau,
duri dan rintangan ke arah pencapaian sebenar dalam kehidupan. Semangat
perjuangan yang murni dan kekuatan iman perlu diperkukuh bagi
membolehkan para graduan meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan
tabah.

Putera dan puteri graduan perlu menggunakan peluang yang ada pada masa ini
untuk memperkasa diri dengan kemahiran teknologi maklumat, kemahiran
berkomunikasi serta meningkatkan penguasaan teknologi dan Bahasa Inggeris.
Tiada jalan pintas ke arah kejayaan. Nama-nama besar individu yang berjaya
seharusnya terjelma dalam kotak minda para graduan sebagai insan yang
berusaha gigih demi mencapai matlamat meletakkan nama negara dipersada
dunia. Semangat juang inilah yang perlu dicontohi oleh para graduan. Teruskan
perjuangan kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua


graduan. Buktikanlah yang anda mampu memperoleh kejayaan walau apa jua
keputusan yang anda perolehi nanti. Terus perlengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang berguna agar dapat membahagiakan kedua-
dua ibu bapa, guru-guru dan mencapai cita-cita sendiri.

Sekian, terima kasih.

#SayangSelalu

Anda mungkin juga menyukai