Anda di halaman 1dari 14

SBLM3033 SOSIOLINGUISTIK

KUMPULAN A

TUGASAN 1: 1.3 FUNGSI BAHASA

NAMA PENSYARAH:

DR. MASHETOH BINTI ABDUL MUTALIB

DISEDIAKAN OLEH:

KUMPULAN 3

BIL. NAMA NO. MATRIK

1. HOO CHIN EN 277721

2. CHAI XIN NI 280762

TARIKH SERAHAN: 01 JANUARI 2023


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 FUNGSI BAHASA 2-6

2.1 Sebagai Alat Komunikasi

2.2 Sebagai Alat Integrasi dan Adaptasi Sosial

2.3 Fungsi Kebudayaan

2.4 Fungsi Kemasyarakatan

2.3 Fungsi Perorangan

2.6 Fungsi Pendidikan

2.7 Fungsi Metafungsional

3.0 FUNGSI BAHASA MELAYU 6-9

3.1 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

3.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

3.3 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

3.4 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar

3.5 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

3.6 Bahasa Melayu Sebagai Alat Komunikasi

4.0 KESIMPULAN 10

5.0 RUJUKAN 11-12


1.0 PENGENALAN

Bahasa dapat ditakrifkan dalam pelbagai cara mengikut sifat semula jadi, peranan dan

fungsi bahasa. Namun, kebanyakan ahli bahasa dan ahli linguistik mempunyai pandangan yang

sama dalam konsep dan definisi bahasa. Dalam pandangan mereka, bahasa didefinisikan

sebagai sistem bunyi yang terdiri daripada alat artikulasi yang mereka miliki. Pertuturan bahasa

dapat memberi makna yang khusus bergantung kepada konteks masyarakat. Berdasarkan

kegiatan manusia, bahasa memainkan peranan dan fungsi dalam mencapai matlamat tertentu.

Antara fungsi utama bahasa ialah berperanan sebagai alat komunikasi seperti bunyi, tingkah

laku atau simbol bertulis untuk menyampaikan dialog, idea, serta maklumat kepada orang lain.

Bahasa merupakan sistem peraturan tertentu yang menggabungkan perkataan. (Editors of the

American Heritage Di, 2018)

Menurut Bloch dan Trager dalam Bakri (2010), bahasa diertikan satu sistem lambang

vokal yang bertujuan untuk berinteraksi. Proses pembahasan berlaku apabila wujud penutur

dan pendengar. Setiap penutur dan pendengar mempunyai kebolehan dalam berbahasa dan

menyebut bahasa. Keupayaan bahasa dalam fikiran ditakrifkan sebagai satu sistem rumus

bahasa yang mampu menghasilkan ayat. Oleh itu, dari perspektif pragmatik, ahli bahasa

berpendapat bahasa dapat mengaitkan makna kepada bunyi berdasarkan tingkah laku penutur

atau pendengar. Dengan mengandaikan seseorang ingin menyampaikan makna, dia perlu

menyebut dengan jelas dan tepat supaya pendengar dapat mengetahui mesej yang ingin

disampaikan olehnya. Terdapat juga menurut Hornby dan Parnwell (1985) dalam Progressive

English Dictionary, bahasa juga ditakrifkan sebagai satu perkataan dan penggunaannya yang

diwujudkan oleh sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Dalam erti kata lain, bahasa merupakan

cara penggunaan perkataan oleh penutur atau bangsa sesebuah daerah atau negara.

1
2.0 FUNGSI BAHASA

Fungsi bahasa secara umumnya boleh dijadikan sebagai alat untuk mengekspresikan diri

atau mengungkap perasaan. Sebagai seorang manusia, kita mesti mempunyai emosi yang

berbeza-beza, contohnya gembira, marah, sedih atau kecewa. Emosi tersebut terutamanya

emosi yang tidak baik haruslah dilepaskan kerana kalau emosi ini disimpan dan terkumpul

dalam hati seseorang, penyakit mental atau fizikal akan terjadi pada bila-bila masa.

Berdasarkan Andrew Mahanraj (2022) daripada berita Astro Awani telah mengemukakan

kebimbangan beliau terhadap kes kemurungan Malaysia yang semakin meningkat yang

disebabkan oleh tekanan emosi. Oleh itu, bahasa memainkan peranan yang penting untuk

menjaga kesihatan seseorang untuk mengekspresikan perasaan diri yang tidak baik. Selain itu,

perasaan yang baik seperti gembira juga patut dikongsikan kerana perasaan seseorang akan

mempengaruhi orang sekelilingnya. Oleh itu jika seseorang mempunyai perasaan yang

gembira, jelaslah bahawa perasaan ini akan menjadikan kawan sekelilingnya mempunyai

emosi yang gembira juga.

2.1 Sebagai Alat Komunikasi

Fungsi bahasa yang seterusnya adalah sebagai alat komunikasi. Berdasarkan Sitti

Rabiah (2012), bahasa secara umumnya adalah peralatan komunikasi yang perlu digunakan

oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka untuk menyampaikan maklumat atau

informasi kepada orang lain. Dalam dunia yang kita hidup ini, terdapat ribuan bahasa yang

dilahirkan berdasarkan latar belakang yang berbeza, contohnya bangsa, sosioekonomi, budaya

dan lain-lain. Tujuan pertama penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi adalah agar orang

lain boleh mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh kita. Menurut Adif Rifky (2019), cara

berkomunikasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu verbal dan non verbal. Komunikasi secara

verbal dijalankan secara lisan dan tulis dengan menggunakan alat atau media malah bagi non-

verbal akan dijalankan dengan penggunaan media berupa aneka simbol, bunyi, kode dan isyarat

2
yang telah terjemah dalam bahasa manusia. Oleh itu, bahasa memainkan peranan yang penting

agar orang lain dapat memahami maksud yang dikongsikan dan memungkinkan masyarakat

untuk bekerjasama.

2.2 Sebagai Alat Integrasi dan Adaptasi Sosial

Selain itu berdasarkan Lado (2022), fungsi bahasa adalah sebagai alat integrasi dan

adaptasi sosial. Setiap negara atau masyarakat akan mempunyai bahasa sendiri untuk

berkomunikasi. Oleh itu untuk menyesuaikan diri dalam kalangan masyarakat tersebut,

seseorang akan cuba sedaya upaya untuk mempelajari dan menguasai bahasa mereka agar

dapat berintegrasi dan beradaptasi dalam sosial tersebut. Bukan itu sahaja, satu bahasa juga

dapat dibahagikan kepada formal dan tidak formal. Oleh itu, seseorang itu akan berfikir untuk

memilih jenis bahasa yang ingin digunakan bergantung kepada situasi atau kondisi yang akan

dihadapi. Berdasarkan Yulaika Ramadhani (2022), seseorang akan menggunakan bahasa yang

tidak formal iaitu bahasa yang lebih mesra jika bercakap dengan teman dan menggunakan

bahasa formal jika berbicara dengan orang tua atau yang dihormati. Oleh itu, bahasa

memainkan peranan yang penting untuk membantu seseorang untuk beradaptasi diri dalam

sosial serta bergaul dengan orang lain.

2.3 Fungsi Kebudayaan

Fungsi bahasa juga boleh digunakan dalam fungsi kebudayaan (Muhammad Badrul,

2020). Bahasa dapat digunakan untuk membantu memperkembangkan budaya sesuatu bangsa

masing-masing. Berdasarkan penggunaan bahasa, budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dapat

diperkembangkan tetapi juga dapat disebarkan, diperluaskan atau dibiakkan. Sebagai contoh,

negara lain berpeluang untuk mengetahui budaya Malaysia dengan menggunakan penterjemah

bahasa atau sari kata di media massa dan rakyat Malaysia juga dapat mempelajari budaya

bangsa lain dengan cara yang sama dan ini dapat melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu

dan pengetahuan. Selain itu, bahasa juga boleh digunakan sebagai satu laluan untuk

3
melestarikan serta meneruskan kebudayaan masing-masing kepada generasi mudah. Bahasa

juga boleh berfungsi sebagai pendengar, perakam dan pencipta identiti atau ciri budaya masing-

masing. Contohnya, satu bangsa haruslah merekod budaya masing-masing untuk diwariskan

daripada satu generasi ke satu generasi baharu.

2.4 Fungsi Kemasyarakatan

Seterusnya, fungsi bahasa juga dapat membantu dalam fungsi kemasyarakatan. Seperti

apa yang dijelaskan di atas, bahasa boleh membantu seseorang untuk lebih cepat dan senang

untuk menyesuaikan diri dalam satu tempat yang baharu. Pemakaian bahasa yang betul dengan

orang yang berbeza juga akan membantu seseorang meningkatkan imej yang baik dan bersopan

santun dalam kalangan masyarakat. Bahasa juga dapat membantu mewujudkan bahasa

kelompok atau dialek mengikut kawasan kedaerahan. Sebagai contoh di Malaysia terdapat

dialek di pelbagai negeri masing-masing, seperti dialek negeri sembilan, perak, johor dan lain-

lain. Selain itu, bahasa juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan iaitu satu alat penyatuan,

lambang jati diri dan lambang kebanggaan kepada satu bangsa atau suku kaum. Contohnya,

bahasa kebangsaan di negara kita ialah Bahasa Melayu dan bahasa ini memainkan peranan

yang penting untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat kita dan juga

membantu rakyat yang berbilang kaum untuk berkomunikasi sama-sama.

2.5 Fungsi Perorangan

Di samping itu, menurut Halliday (1973), bahasa mempunyai fungsi perorangan iaitu

sebagai fungsi instrumental, fungsi pengendalian, fungsi pemerian, fungsi interaksi, fungsi

peribadi, fungsi hereustik dan fungsi khayalan. Fungsi instrumental atau fungsi arahan

merupakan penggunaan bahasa untuk meminta atau mengarah sesuatu. Fungsi pengendalian

atau fungsi regulasi ialah penutur akan menggunakan bahasa yang mempunyai bentuk

pengendalian untuk mengontrol peristiwa dan orang lain. Fungsi pemerian merupakan

penggunaan bahasa untuk menyampaikan atau menjelaskan penyataan. Fungsi interaksi

4
membantu mewujudkan satu hubungan antara individu dalam masyarakat. Fungsi peribadi

ialah menggunakan bahasa untuk mengeluarkan emosi dan keinginan masing-masing. Fungsi

hereustik bermaksud menggunakan bahasa tujuan untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan

berasaskan cara pertanyaan. Fungsi khayalan merupakan penggunaan bahasa untuk

memanipulasi bahasa untuk memperindahkan karya dalam bentuk prosa dan puisi.

Berdasarkan ketujuh-tujuh fungsi yang dikongsikan, kita boleh mengetahui satu bahasa

tersebut mempunyai tanggungjawab masing-masing yang berbentuk bebas atau sistematik

untuk membantu seseorang untuk bertutur dalam kehidupan seharian mereka.

2.6 Fungsi Pendidikan

Fungsi bahasa juga memainkan peranan yang penting dalam fungsi pendidikan

daripada segi fungsi integratif, fungsi instrumental, fungsi budaya dan fungsi penalaran.

Penggunaan bahasa yang membantu dalam fungsi integratif ialah sebagai alat penyatuan kaum.

Sebagai contoh, pihak sekolah mesti akan mengajar Bahasa Melayu di setiap sekolah di

Malaysia kepada semua pelajar yang berbilang kaum agar dapat berkomunikasi atau

bekerjasama serta mengeratkan hubungan dan perpaduan antara satu sama lain. Penggunaan

bahasa bagi fungsi instrumental ialah dapat membantu para pelajar untuk mendapatkan sesuatu

seperti status, pekerjaan dan lain-lain. Penguasaan bahasa dengan baik memang dapat

membantu pelajar untuk menghadapi cabaran semasa masuk ke dalam masyarakat untuk

mendapat satu pekerjaan dan mencapai matlamat masing-masing. Penggunaan bahasa bagi

fungsi budaya dapat membantu pelajar mengenali sistem nilai dan cara hidup atau budaya

sesuatu masyarakat. Fungsi penalaran memberi lebih banyak tekanan dalam penggunaan

bahasa sebagai alat bertaakul, berfikir, mengerti dan menciptakan konsep-konsep. Oleh itu,

pengajaran bahasa memang memainkan peranan yang penting dalam sistem pendidikan untuk

melahirkan seorang pelajar yang cemerlang.

2.7 Fungsi Metafungsional

5
Menurut Tri Wiratno dan Riyadi Santosa, bahasa boleh dibahagikan kepada tiga fungsi

utama, iaitu fungsi ideasional, fungsi interpersonal dan fungsi tekstual. Ketiga fungsi ini

disebut sebagai fungsi metafungsional dan ketiga-tiga fungsi tersebut mempunyai peranan

yang berbeza. Berdasarkan Matthiesssen (1992/1995:6) dan Martin (1992), penggunaan bahasa

di bawah fungsi ideasional adalah untuk menyatakan realiti fizikal-biologi dan tentang tafsiran

pengalaman. Penggunaan bahasa di bawah fungsi interpersonal adalah untuk menyatakan

realiti sosial dan juga interaksi antara pengarang dan pembaca. Penggunaan bahasa di bawah

fungsi tekstual adalah untuk menyatakan realiti simbolik atau keaslian simbol dan fokus kepada

cara teks dicipta dalam konteks.

3.0 FUNGSI BAHASA MELAYU

Di Malaysia, bahasa Melayu telah memainkan peranan yang signifikan dalam

mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Hal ini kerana

Malaysia mempunyai fungsi bahasa yang baik dan lengkap, iaitu dapat berfungsi sebagai

bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, dan

bahasa komunikasi.

3.1 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang secara unik melambangkan identiti kebangsaan

dan kedaulatan negara. Berdasarkan Iszahanid (2017), Mahdzir Khalid telah menyatakan

bahasa kebangsaan akan menentukan identiti sebenar bangsa Malaysia sejati yang setia pada

negara. Setiap negara mesti mempunyai bahasa kebangsaan masing-masing, contohnya

penggunaan Bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan di negara China. Terdapat juga

sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan, misalnya Bahasa Perancis

dan Bahasa Inggeris di Kanada. Begitu juga Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa

6
kebangsaan di Malaysia untuk menunjukkan identiti masyarakat berbilang kaum dapat hidup

bersama dengan harmoni.

3.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberi status secara sah oleh sesebuah negara,

negeri atau wilayah dan sering digunakan secara meluas dalam pentadbiran sesebuah negara,

terutamanya dalam urusan dokumen rasmi kerajaan dari peringkat menteri hingga ke peringkat

bawahan. Bahasa rasmi ini tergolong dalam bahasa inklusif, iaitu salah satu bahasa yang

ditempatkan atas bahasa atau bahasa-bahasa yang sedia ada. Pada tahun 1967, Perkara 152

Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa

rasmi dan digunakan sebagai alat pembinaan negara bangsa. Kedudukan Bahasa Melayu juga

dimantapkan sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1967. (MyGOV, 2021) Bahasa Melayu

digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan rasmi dan surat-menyurat.

3.3 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

Seterusnya, fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan untuk merealisasikan

konsep satu Malaysia. Perpaduan dapat diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan

rakyat dan seluruh masyarakat untuk membentukkan satu identiti dan nilai bersama serta

perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Negara Malaysia yang mempunyai pelbagai latar

belakang etnik dapat membawa bahasa dan kebudayaan yang berbeza. Untuk merealisasikan

aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum dan membentuk identiti negara bangsa,

fungsi Bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai bahasa perpaduan sebagai alat perhubungan di

dalam lingkungan satu kelompok manusia dan menyatupadukan rakyat Malaysia yang

berbilang kaum di dalam sebuah negara. Penggunaan satu bahasa dapat mencerminkan jalinan

hubungan rakyat Malaysia yang harmoni kerana kemampuan pelbagai etnik bersama untuk

menuturkan bahasa tersebut.

3.4 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar

7
Fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga dapat menunjukkan sekian lama

menjadikan bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan di sekolah, maktab, politeknik

dan universiti. Dengan berkuatkuasanya Akta Pelajaran pada tahun 1961, Bahasa Melayu telah

diangkatkan sebagai bahasa pengantar utama dalam institut pendidikan. Dengan penggubalan

Akta Pendidikan 1961, bahasa Melayu telah ditetapkan sebagai bahasa pengantar utama di

institusi pendidikan. Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di

sekolah, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama dapat bersatu padu. Misalnya,

penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan kemuncak bagi menentukan

Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. (Bakri,

2010) Tidak dinafikan bahawa bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan

sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

3.5 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Bahasa Melayu tetap menerusi peranan sebagai bahasa ilmu moden yang dapat

menjadikan satu medium pengajaran dan pembelajaran pada zaman modenlisasi ini. Menurut

Pustaka (2022), antara ilmu pengetahuan moden yang disampaikan melalui bahasa Melayu

adalah fizik, kimia, perubatan, kejuruteraan, undang-undang, ekonomi, kesusasteraan dan

agama. Walaupun masyarakat Malaysia bebas menggunakan bahasa bangsa yang tersendiri

dalam kehidupan, rakyat Malaysia diwajibkan untuk mempelajari Bahasa Melayu sejak kecil

di sekolah rendah supaya dapat rakyatnya dapat menguasai bahasa utama. Kerajaan Malaysia

telah menggalakkan rakyatnya untuk menguasai bahasa-bahasa antarabangsa yang lain dan ini

telah menjadi satu identiti rakyat Malaysia yang dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.

Menurut pandangan Muhammad Salleh yang merupakan seorang sasterawan negara

berpandangan bahawa Bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa ilmu kerana ramai ulama

dilahirkan dengan bahasa Melayu sebagai asasnya. Justeru, beliau menggalakkan bahasa

8
Melayu dikaitkan dengan kemajuan atau ilmu kerana ia merangkumi istilah-istilah dari

pelbagai bidang. (Ghani, 2008)

3.6 Bahasa Melayu Sebagai Alat Komunikasi

Menurut kajian dari Editors of the American Heritage Di (2018), fungsi utama bahasa ialah

sebagai alat komunikasi kepada seseorang untuk menyampaikan maklumat, fikiran dan

perasaan melalui sistem simbol yang seweneng-weneng seperti bunyi, gerak isyarat atau

simbol bertulis. Bahasa ialah satu sistem peraturan yang menyusun perkataan dan digunakan

oleh masyarakat untuk berinteraksi. Di Malaysia, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lingua

franca atau bahasa perantaraan yang digunakan secara sistematik untuk berkomunikasi antara

orang yang berlainan bahasa ibunda. Oleh itu, fungsi pembinaan jati diri akan terus

dilaksanakan oleh Bahasa Melayu kerana pembinaan jati diri berkait rapat dengan emosi.

9
4.0 KESIMPULAN

Bahasa adalah salah satu elemen terpenting dalam pembentukan satu budaya.

Penggunaan bahasa berfungsi untuk berkomunikasi antara satu sama lain, membina hubungan

serta mewujudkan satu masyarakat. Terdapat sebanyak 6,500 pertuturan bahasa di dunia dan

setiap bahasa tersebut adalah unik dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Bahasa

merupakan komponen yang penting dalam hubungan dan masyarakat manusia. Walaupun

semua spesies memiliki proses dan sistem untuk berkomunikasi, tetapi manusia merupakan

hanya satu spesies yang sudah memahami komunikasi bahasa kognitif. Bahasa membolehkan

masyarakat untuk meluahkan fikiran, perasaan atau berkongsi idea dengan orang lain dan juga

mempunyai kuasa untuk membina satu masyarakat yang berharmoni.

Selain itu, bahasa mempunyai pelbagai fungsi yang dapat membantu seseorang dalam

kehidupan seharian mereka. Penggunaan bahasa juga dapat membantu dalam fungsi

kebudayaan, fungsi kemasyarakatan, fungsi perorangan dan fungsi pendidikan. Berdasarkan

Tri Wiratno dan Riyadi Santosa pula, bahasa boleh dikategorikan kepada tiga fungsi iaitu

fungsi ideasional, fungsi perorangan dan fungsi pendidikan. Bagi fungsi Bahasa Melayu di

Malaysia ialah sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar,

bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.

Kesimpulannya, bahasa berfungsi penting dalam kehidupan seharian seorang manusia

kerana semua aktiviti yang dijalankan seperti bertutur, menulis atau membaca memerlukan

bahasa sebagai alat utama. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk menguasai bahasa

terutamanya bahasa kebangsaan kita, Bahasa Melayu dan juga bahasa antarabangsa, Bahasa

Inggeris untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, bersatu padu dan harmoni.

10
5.0 RUJUKAN

Adif Rifky, (2019, Desember 25). Fungsi Bahasa Secara Umum.


https://www.academia.edu/41425207/Fungsi_Bahasa_Secara_Umum

Bakri, M. F. (2010, Oktober 19). Sejarah Bahasa Melayu Pengantar Fonetik dan Fonologi.
http://sayacikguprasekolah.blogspot.com/2010/10/sejarah-bahasa-melayu-pengantar-
fonetik.html

Daud, R. (2022, Julai 29). Statistik kemurungan tinggi, sudah tiba masa gubal strategi lebih
ampuh. astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/statistik-
kemurungan-tinggi-sudah-tiba-masa-gubal-strategi-lebih-ampuh-373503

Editors of the American Heritage Di. (2018). The American Heritage Dictionary Of The
English Language, Fifth Edition: Fiftieth Anniversary Printing (Indexed). Collins
Reference.

Ghani, Y. (2008, Januari 29). Bahasa Melayu dipinggirkan bangsa sendiri, kata sasterawan
negara. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/12542

Halliday M.A.K. (1976). Explorations in the Functions of Language, (Explorations in


Language Study, 2) London: Edward Arnold (Macmillan of Canada), 1973. Pp. 140 3
tables. Canadian Journal of Linguistics/Revue Canadienne De Linguistique, 21(2),
196-199. doi:10.1017/S0008413100008203

Hornby, A. S., & Parnwell, E. C. (1985). Progressive English Dictionary 2/E (2nd Revised).
Oxford University Press.

Iszahanid, H. (2017, Oktober 2). Bahasa Melayu tentukan identiti bangsa Malaysia. Bharian.
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/10/332794/bahasa-melayu-
tentukan-identiti-bangsa-malaysia

Kridalaksana, H. (2013). Kamus Linguistik (Edisi Keempat). Gramedia Pustaka Utama.

Lado, V. H., Idhom, A. M., & Ramadhani, Y. (2022, September 26). Pengertian Bahasa, Peran
& Fungsi Bahasa secara Umum di Masyarakat. tirto.id. https://tirto.id/pengertian-
bahasa-peran-fungsi-bahasa-secara-umum-di-masyarakat-gdhW

Martin, J. R. (1992). English Text: System and Structure. Philadelphia/Amsterdam: John


Benjamins Publishing Company

Matthiessen, C. M. I. M. (1992). Lexicogramatical Cartography: Englsih System (Draft).


Sydney: University of Sydney. [Matthiessen, C. (1995). Lexicogramatical Cartography:
Englsih System. Tokyo: International Language Sciences Publishers].

11
Muhammad Badrul (2010). Fungsi Bahasa. Fungsi Bahasa, 1. https://analisis-
wacana.livejournal.com/18929.html

MyGOV – The Government of Malaysia’s Official Portal. (2021). Bahasa Rasmi.


https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30118?language=my

Pustaka, D. B. D. (2022). Kamus Dewan (4th ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sitti Rabiah (2012). Language as a Tool for Communication and Cultural Reality Disclosure.
Language as a Tool for Communication and Cultural Reality Disclosure, 11.
https://doi.org/10.31227/osf.io/nw94m

Tri Wiratno dan Riyadi Santosa (ca.). Bahasa, Fungsi Bahasa dan Konteks Sosial:
Vol.BING4214/MODUL 1 (1st ed.). Docplayer. https://docplayer.info/31031318-
Bahasa-fungsi-bahasa-dan-konteks-sosial.html

12

Anda mungkin juga menyukai