Anda di halaman 1dari 1

Tanpa disedari,usia telah dimamah zaman dan waktu telah terbang dengan begitu pantas.

Perkara yang kuduga telah ku lalui dengan pelbagai cara.Uniti yang ku impikan untuk
menjadi satu institut pembelajaran pada masa hadapan , telah ku gapai dengan nyata. Saya
seorang pelajar Dpisr yang baru sahaja memasuki semester 4 yang telah menimba pelbagai
ilmu dan pengalaman ,telah didewasakan dengan cabaran dan ujian serta kadangkala hidupku
penuh dengan pancaroba ,ingin sahaja aku menyerah diri dan pasrah dengan kehidupan yang
memilukan. Terlampau sukar bagi seorang abang dan anak yang menjadi taruhan serta
harapan kedua ibubapa untuk menghadapi dugaan ini seorang diri.

Setiap minggu dipenuhi dengan kuliah yang memenatkan jiwa dan raga,tugasan yang
memecahkan kepala ,serta rakan rakan yang meruntunkan jiwa. Pagi yang berlalu telah diisi
dengan tiada motivasi. Seperti biasa,hari yang ku tunggu untuk memasuki kuliah kegemaran
ku iaitu subjek Akhlak,kedengaran biasa tetapi akhlak merupakan aspek yang penting dalam
diri seseorang. Subjek yang penuh barokah yang telah diajar oleh ustazahku tercantik telah
mendorongku untuk memahami tentang akhlak. Satu ayat yang dilontarkan oleh beliau telah
terpatri dalam hatiku,ayat yang tiada tandingan tetapi nilai yang besar disisi Tuhan bagi
hamba yang mengamalkan sikap tersebut iaitu sabar.Diriku yang tiada pembimbing telah
dikejutkan dengan sinaran yang baharu.Telah kusedar mengapa Tuhan mengujiku dengan
begitu perit dan seksa sekali didunia yang fana ini.

“Sabar” merupakan satu pegangan yang ku genggam erat ,telah membakar semula semangat
di dalam hati yang telah layu mati.Kakiku yang terkunci telah gagah berdiri kembali untuk
melangkah dengan penuh berani.Jiwaku yang sepi dan terbelenggu telah diterangi dengan
bait bait yang suci.Satu peristiwa yang tidak mudah aku lupakan seakan aku telah menemui
diriku kembali. Aku yang dulu tiada jalan tuju telah dipimpan kembali .Sebagai bidang guru
yang ingin ku kecapi,mengajar bukan satu tujuan sahaja.Mengajar tanpa motivasi seperti
menyiram Bunga yang mati.Betapa penting sebagai seorang bakal guru untuk sabra dalam
setiap perkara dan ujian yang telah diberikan daripada Tuhan kepada hambanya didunia ini.

Anda mungkin juga menyukai