Anda di halaman 1dari 14

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

NOVEL DI HADAPAN PULAU

Nama :_______________________________________________

Tingkatan :_______________________________________________
NOVEL DI HADAPAN PULAU

KENALI WATAK DALAM NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN


NOVEL DI HADAPAN PULAU

AZIZ AFIDAH

TUK MARZUKI SYED FIKRI

BUDIN ROSIAH

JOYAH DORANI

MAK KETONG KAPTEN HEBAT


(MAHMUD)

TAKSIAH MUSTAFFA
NOVEL DI HADAPAN PULAU

SINOPSIS
Bab 1
Petang itu, Aziz duduk di tepi laut menikmati keindahan alam semula jadi. Dia
terkenang akan ayahnya yang telah meninggal dunia dua bulan yang lalu dan
ibunya yang telah meninggal dunia serta adiknya yang tidak pernah ditemui.
Sekarang Aziz tinggal bersama-sama dengan mak ciknya, Joyah. Aziz terpaku
melihat sebuah pulau kecil di tengah-tengah laut dan sangat ingin pergi ke pulau itu
yang dikaitkan dengan pelbagai cerita. Tuk Marzuki telah berjanji untuk
membawanya ke pulau itu tetapi sehingga kini janjinya tidak tertunai. Secara tiba-
tiba Aziz akan terkenang akan ayahnya lalu menangis kesedihan sambil berlari di
sepanjang pantai. Ketika hidup, ayahnya juga berjanji untuk membawanya ke pulau
itu, tetapi sekarang ayahnya sudah tiada. Afidah membuat air kopi untuk datuknya,
Tuk Marzuki. Tuk Marzuki sedih memikirkan nasib malang cucunya akibat perceraian
ibu bapanya. Tuk Marzuki menyuruh Afidah mencari Aziz pada keesokan harinya
supaya dapat membawanya ke pulau itu.

Bab 2
Hari itu panas. Raihan memandang berek tentera Australia sambil menanti
kedatangan rakannya, Zubir untuk turun ke laut. Ketika itu, kem askar semakin
sesak dengan tentera. Raihan terus mengelamun mengenangkan salah seorang
sahabatnya, Ridwan, yang telah pergi ke San Francisco dan Rahim yang telah ke
Tokyo. Bagi Raihan, memadai dia menjadi nelayan, menyimpan sedikit wang untuk
masa depan dan meminang Wan Rohani. Lamunan Raihan terganggu oleh
kehadiran Zubir. Zubir menerangkan bahawa perang telah meletus tetapi belum
sampai ke tempat mereka. Seterusnya mereka berbincang tentang peluang mencari
pekerjaan kerana sebagai nelayan, mereka tidak dibenarkan turun ke laut atas
sebab keselamatan diri. Syed Fikri, seorang lelaki Arab tua singgah di sebuah kedai
untuk minum sambil memerhatikan Aziz, Lazim dan Razip bermain. Mereka
mencium tangannya dan Syed Fikri bertanyakan budak-budak itu sama ada mereka
bersekolah atau tidak, tentang sembahyang dan ibu bapa mereka. Syed Fikri sedih
kerana Aziz sudah menjadi anak yatim piatu dalam usia semuda itu. Beliau
menasihati mereka supaya bersembahyang. Pada ketika itu, Masimah dan Basir
datang membawa berita bahawa peperangan telah meletus.

Bab 3

Keadaan di kampung sunyi dan penduduk kampung hampir seminggu


bergelap. Mereka dilarang memasang lampu pada waktu malam kerana dikhuatiri
diserang musuh. Joyah dapat menyesuaikan diri setelah lima malam berlalu. Pada
malam keenam, Budin, suaminya balik dalam keadaan mabuk. Barang-barang
kemas isterinya sudah habis dipajak oleh Budin untuk tujuan memenuhi
ketagihannya. Aziz kurang senang dengan sikap pak ciknya itu. Penduduk kampung
mengalami pelbagai kesulitan termasuk untuk mendapatkan bekalan makanan. Aziz
teringat akan pesanan gurunya yang meminta semua orang berjimat cermat dan
menyimpan makanan, tidak memasang lampu pada waktu malam demi
keselamatan dan segera masuk ke shelter jika mendengar siren amaran. Suasana
peperangan semakin terasa. Kawalan dan sekatan jalan raya semakin ketat
NOVEL DI HADAPAN PULAU

dijalankan. Bekalan beras samakin sukar untuk diperoleh dan harganya mula naik.
Semenjak akhir-akhir ini, siren kecemasan sering dibunyikan semata-mata untuk
melatih penduduk kampung agar cekap menyelamatkan diri. Tuk Marzuki dan
Dorani ingin pergi ke Merlimau untuk mendapatkan beras dan gula manakala
Raihan dan Zubir ingin mencari pekerjaan di kem askar. Aziz dan Afidah berbual-bual
tentang peperangan dan Aziz berasa susah hati kerana mak ciknya Joyah telah
kehilangan pekerjaan di kem askar.

Bab 4
Kempen urat saraf terhadap musush telah bermula. Kanak-kanak sekolah dan
nelayan mengutuk Hitler kerana menjadi punca peperangan itu. Para nelayan
berasa hidup mereka bertambah perit. Kini, sudah jelas ada tanda-tanda wujud
sikap saling tidak mempercayai dalam kalangan penduduk. Perigi pun dikunci
pagarnya kerana khuatir dicuri airnya. Syed Fikri terkenang sepupunya, Syed Zuhri
yang menipu orang ramai ketika berniaga minyak atar dan batu akik. Syed Zuhri
juga telah berkahwin banyak tetapi tidak bertanggungjawab kepada keluarganya.
Syed Fikri bertekad untuk terus beramal menurut agama Islam. Dia berasa hairan
juga kerana banyak ibu bapa yang bersifat materialistik dan tidak mementingkan
kerohanian kepada anak-anak. Pak cik Budin balik dalam keadaan mabuk lalu
memukul isterinya, Joyah. Aziz berasa sedih melihat telatah pak ciknya itu dan
teringat akan ayahnya yang penyayang dan menasihatinya supaya pandai berusaha
untuk berdikari. Awal pagi itu, Aziz sampai di rumah Syed Fikri ketika itu Syed Fikri
sedang bercucuk tanam.

Bab 5
Pihak tentera sibuk berkemas pertahanan dengan melingkungi kem tentera
dan kubu dengan kawad berduri dan benteng kampit pasir. Pemeriksaan dijalankan
di hujung jambatan. Jalan raya di pekan menjadi lengang. Aziz dan Afidah menunggu
kepulangan Tuk Marzuki dari Merlimau. Sepeninggalan Tuk Marzuki, Afidah
ditumpangkan di rumah Mak Ketong. Azizi duduk di bangku yang berada di
hadapan gerai yang ditutup. Aziz ternampak perahu kecil yang menunjukkan masih
ada orang yang turun ke laut untuk mencari rezeki. Aziz berasa bahawa dia perlu
bekerja kerana mak ciknya, Joyah gagal mendapat sebarang pekerjaan. Siren terus
dibunyikan dan pada waktu itu, penduduk kampung bergegas berlari ke shelter
untuk menyelamatkan diri. Di dalam shelter, keadaan penuh sesak. Raihan dan
Zubir berasa bimbang kerana belum mendapat pekerjaan manakala Afidah pula
berasa risau kerana datuknya, Tuk Marzuki belum balik dari Merlimau.

Bab 6
Hujan turun dan berlaku banjir di dalam shelter. Penduduk kampung yang
sudah hampir tiga jam berlindung di dalam shelter masih menanti bunyi siren yang
membenarkan mereka keluar. Kini, kehidupan semakin susah walaupun peperangan
belum meletus di tempat mereka. Syed Fikri berpendapat bahawa peperangan telah
mejejaskan perniagaan batu akik dan minyak atarnya serta usaha berdakwahnya.
Semua orang di shelter itu dikejutkan oleh bunyi letupan bom yang kuat. Afidah
memberitahu Aziz bahawa datuknya sudah pulang dari Merlimau. Syed Fikri datang
dan memberitahu Aziz tentang pengeboman di pekan semalam sehingga memaksa
penduduk bandar berpindah. Dia turut menasihati kanak-kanak supaya sentiasa
bersama-sama dengan keluarga dan berbincang dengan Dorani untuk membuka
kelas agama di madarasah yang terbiar. Dorani datang memberitahu Afidah bahawa
NOVEL DI HADAPAN PULAU

Tuk Marzuki sakit kerana dia terjatuh. Taksiah mengajak Joyah bekerja di kem askar.
Akhirnya dia berjaya mendapatkan pekerjaan untuk Joyah melalui seorang askar
yang bernama Rahmat.

Bab 7
Penduduk sudah biasa dengan bunyi siren berombak dan melurus dan banyak
menghabiskan masa berlindung di dalam shelter. Ada penduduk yang menjadi
malas dengan kebiasaan ini dan malas balik ke rumah. Mak Ketong pula tidak mahu
berlindung di dalam shelter kerana berpendapat bahawa di mana-mana pun
manusia akan mati. Tuk Marzuki teringat bahawa beras yang dibawa dari Merlimau
sudah habis. Dia mengajak Dorani mencari beras di kem askar. Tuk Marzuki
terkenang semula akan kepulangannya ke Merlimau bukan sekadar mencari beras
tetapi ingin menyerahkan Afidah kepada Mustaffa sekeluarga. Malangnya Mustaffa
sudah berpindah dan meninggalkan adiknya, Rukiah dalam keadaan nyanyuk dan
keseorangan. Lamunan Tuk Marzuki terhenti apabila Afidah mempelawanya minum
air kopi. Afidah berlari sambil menangis. Aziz dan rakan-rakannya mengekori Afidah.
Taksiah memberitahu Mak Ketong bahawa shelter berhampiran jambatan telah
dibom. Ramai yang meninggal dunia dalam kejadian itu. Tuk Marzuki ditarik keluar
dari shelter itu dalam keadaan parah. Tuk Marzuki berpesan supaya Afidah mencari
pak cik Mustaffa dan mak cik Rukiah. Tidak lama kemudian, Tuk Marzuki telah
meninggal dunia di hadapan Afidah. Afidah berada di hadapan kubur Tuk Marzuki
pada awal pagi itu. Dia menangis di kubur itu. Aziz turut bersimpati dengan nasib
malang Afidah dan dia turut menangis. Lazim turut datang ke kubur itu bersama-
sama dengan kakaknya, Wan Rohani. Afidah dipelawa untuk tinggal di rumah Wan
Rohani, Mak Ketong atau mak cik Joyah.

Bab 8
Kawasan yang berhampiran dengan kem tentera menjadi semakin bahaya.
Penduduk yang berlindung di kawasan bukit berhampiran dengan kem askar
berpindah setelah tempat itu dibom oleh tentera Jepun. Dalam kejadian itu, dua
belas orang telah terbunuh dan sembilan orang tercedera. Tentera Jepun telah
dipercayai semakin hampir. Selepas menolong Syed Fikri di kebun, Azizi menemani
Afidah ke kubur datuknya. Afidah teringat tentang pengorbanan datuknya, Tuk
Marzuki dan perjalanan hidupnya. Ayahnya meninggalkan rumahnya setelah
bergaduh deangan ibunya. Dia tinggal bersama-sama dengan ibunya selama tiga
tahun sebelum dipelihara oleh pak cik Mustaffa dan mak cik Rukiah selama dua
tahun sebelum dibawa ke situ oleh arwah Tuk Marzuki. Aziz menganggap nasibnya
dengan Afidah sama sahaja. Aziz dan Afidah terkejut apabila mendengar bunyi siren
berombak dan berlari ke dalam shelter untuk berlindung. Di langit mereka melihat
kapal terbang menggugurkan kertas yang mengandungi dakyah Jepun. Pihak Jepun
meminta kerajasama dan sokongan penduduk tempatan untuk membebaskan Asia
daripada penjajah Eropah. Tidak lama kemudian, kedengaran bom digugurkan dan
penuduk di shelter berdoa.

Bab 9
Askar Jepun telah menundukkan tentera Melayu dan Australia. Mereka telah
mengambil-alih kem tentera. Semua penduduk diarah berkumpul di kem tentera.
Bau bangkai amat bususk. Penduduk dikumpulkan mengikut kumpulan orang
dewasa, kanak-kanak dan kaum wanita. Orang lelaki dibekalkan cangkul dan
pongkes untuk membersihkan kawasan kem dan mengangkat mayat dan
NOVEL DI HADAPAN PULAU

dilontarkan terus ke dalam lubang yang masih digali dan dibesarkan. Orang lelaki
dewasa dipaksa menaiki dua buah trak tentera. Sesiapa yang engkar munurut
perintah dihentak dengan belakang senapang. Tiga orang yang cuba melarikan diri
telah ditembak mati oleh askar Jepun. Wanita dan kanak-kanak menangis melihat
kejadian itu. Fikiran Joyah dalam keadaan kusust. Dia telah kehilangan pekerjaan di
kem askar. Kini, Jepun membenarkan penduduk memasang pelita pada waktu
malam. Namun, kekejaman tentera Jepun memungkinkan sebarang kejadian ngeri.
Joyah bertambah runsing memikirkan hal suaminya, Budin kerana suaminya masih
belum pulang. Aziz yang pergi ke rumah Syed Fikri pun belum pulang. Dia tahu juga
bahawa Rosiah, Taksiah, Wan Rohani , Zubir, Raihan dan Soejono masih dalam
tahanan tentera Jepun. Aziz memecit badan Syed Fikri yang sakit setelah dikerah
oleh askar Jepun untuk membersihkan kem. Syed Fikri teingat bahawa beberapa
orang telah mati katak apabila ditembak askar Jepun. Beberapa orang dewasa
termasuk Soejono yang dibawa dengan trak belum pulang lagi. Aziz pulang ke
rumah meninggalkan Syed Fikri seorang diri. Hari telah siang. Aziz dan Afidah
datang ke rumah Syed Fikri dan dia masih tidur. Afidah mahu menjual jam pusaka
Tuk Marzuki kepada tentera Jepun, tetapi dilarang oleh Aziz. Syed Fikri yang bangun
menyuruh Afidah dan Aziz pulang ke rumah kerana trak-trak tentera Jepun telah
datang. Beberapa orang tentera Jepun kelihatan melompat turun dari trak dan pergi
ke rumah-rumah berhampiran.

Bab 10
Mak Ketong, Joyah dan Latiffah menyambut kepulangan Wan Rohani dan
Rosiah yang ditahan selama empat hari oleh tentera Jepun. Taksiah masih terus
ditahan oleh tentera Jepun. Ramai ingin tahu perkara yang terjadi kepada mereka
sepanjang ditahan oleh tentera Jepun tetapi kedua-duanya enggan berkongsi
pengalaman itu. Dorani pulang pada waktu malam setelah lima hari ditahan oleh
askar Jepun. Di rumahnya, sudah tidak ada makanan. Dia teringat akan anaknya,
Mohideen yang setiap bulan mengiriminya wang tetapi tidak pernah mempelawa
Dorani tinggal dengannya. Dorani percaya bahawa Mohideen takut akan isterinya,
Kunimah. Dorani teringat akan pengalaman semasa dia menjadi nelayan selama dua
tahun dan kemudian menjadi kelasi kapal dan merantau ke seluruh dunia. Akhirnya,
dia pulang ke kampung kerana menghidap penyakit lemah jantung. Kedatangan Aziz
dan Afidah yang membawa bubur untuknya, membuatkan lamunan Dorani tersekat.

Bab 11
Zaman pemerintahan Jepun penuh keperitan. Ada yang mati, membunuh diri,
dan terbiar begitu sahaja. Bagaimanapun Jepun menasihati semua penduduk
supaya bersabar dan tahan menghadapi ujian. Orang lelaki dipaksa bekerja untuk
pihak Jepun. Mak Ketong tidak mampu lagi memberikan makanan kepada Aziz dan
Afidah dan meyuruh mereka mencari makanan sendiri. Aziz dan Afidah keluar
mencari makanan. Afidah menangis kelaparan. Aziz mengajaknya mencari makanan
di kem askar tetapi tiba-tiba kedengaran bunyi siren. Mereka bersembunyi di gerai
kosong. Kapal terbang tentera British semakin dekat. Siren berbunyi menandakan
musuh sudah berlalu. Keengganan Afidah mencari makanan di kem askar
menyebabkan Aziz menajaknya mencari makanan di sebuah kubu lama. Kawasan
itu memang menakutkan, tetapi Aziz memberanikan diri kerana kononnya di situ
bersembunyi makanan. Di sebalik busut dia terserempak dengan Rosiah dan
seorang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan. Rosiah memberi Aziz makanan
dan berpesan supaya dia merahsiakan peristiwa itu daripada pengetahuan orang
NOVEL DI HADAPAN PULAU

ramai. Afidah berasa gembira melihat Aziz membawa makanan dan mengajaknya
untuk mengambil makanan lebih banyak tetapi Aziz enggan. Aziz tidak menyangka
apa yang dilihatnya, apatah lagi Rosiah adalah seorang yang alim dan bersopan
satun. Afidah ingin tahu apa yang disaksikan oleh Aziz tetapi Aziz merahsiakan
perkara itu. Afidah memberikan makanan kepada Mak Ketong dan Mak Ketong
melarangnya ke kubu lama itu lagi, sebaliknya dia sendiri akan ke situ untuk
mengambil makanan. Seterusnya Afidah ke kubur datuknya dan merintih mengenai
nasibnya. Aziz turut mengikutnya. Walaupun zaman perang, masih ramai orang
membeli todi. Aziz dan Afidah ke kedai todi untuk mengambil upah daripada orang
di situ untuk membeli todi. Akhirnya seorang lelaki kurus mengupah untuk membeli
todi dan mereka gembira kerana mendapat rezeki.

Bab 12
Aziz dan Afidah pergi ke sebelah barat pantai yang sunyi kerana khabarnya di
situ tertanam banyak makanan. Mereka tidak menemukan makanan, sebaliknya di
kawasan busut bertemu dengan Kapten Hebat (Mahmud) yang sedang
mengerang kesakitan. Lutut Kapten Hebat terkena tokak (penyakit kulit) dan
berdarah. Kapten Hebat menunjuk ke suatu tempat dan apabila Afidah pergi, Afidah
menemui Mokmeng, monyet peliharaan Mak Ketong yang telah dimakan sebelah
tangan dan kakinya. Malam itu, Aziz, Afidah dan Mak Ketong bersandar di dinding
berhadapan dengan rumah kotak Mokmeng. Keadaan hidup semakin menekan.
Penyakit malaria, beri-beri, tokak dan kudis semakin berleluasa dan nyawa manusia
murah sekali. Orang didapati mati pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Aziz mengajak Afidah bercucuk tanam tetapi Afidah enggan kerana ada orang yang
akan mencurinya. Mak Ketong mengajak mereka berpindah sahaja. Aziz teringat
akan kawan-kawan dan orang-orang kampung yang sudah tidak ditemuinya lagi.
Mak Ketong mengajak Aziz dan Afidah ke pulau itu sahaja kerana dia mempercayai
bahawa di situ ada makanan. Aziz menganggap inilah masa yang sesuai untuk ke
pulau itu. Semboyan bahaya berbunyi lagi. Manusia di sekeliling menjadi kecoh. Jip
dan kereta kebal bergerak. Derungan kapal terbang semakin dekat lalu diikuti bunyi
tembakan meriam. Mak Ketong, Aziz dan Afidah duduk sahaja. Mereka seolah-olah
menunggu bahaya lagi.
NOVEL DI HADAPAN PULAU

TEMA DALAM NOVEL

Novel ini mengemukakan tema kesan peperangan dan kesengsaraan hidup semasa peperangan.

HURAIAN TEMA

• Peperangan menyebabkan hidup rakyat menderita. Waktu malam mereka terpaksa bergelap.

• Penduduk sentiasa dalam ketakutan dan cemas. Mereka terpaksa menyelamatkan diri dalam
shelter.

• Penduduk juga menghadapi kekurangan makanan. Aziz dan Afidah terpaksa menahan lapar.
Mereka terpaksa mencari makanan di kubu lama.

• Peperangan juga mengakibatkan penduduk kehilangan mata pencarian. Nelayan tidak dapat ke laut
untuk mencari rezeki. Raihan dan Zubir tidak dapat ke laut.

• Desakan hidup akibat peperangan juga menyebabkan manusia hilang pertimbangan clan sanggup
menggadaikan maruah. Rosiah sanggup menggadai maruahnya kepada tentera Jepun.

• Perang juga menyebabkan harga barang naik kerana kekurangan bekalan di samping merebaknya
pelbagai penyakit seperti penyakit tokak yang dialami oleh Kapten Hebat.

PERSOALAN DALAM NOVEL

1. Pergolakan keluarga
• Afidah terpaksa tinggaJ bersama-sama Tuk Marzuki setelah ibu bapanya bercerai.
• Budin, seorang pemabuk clan kaki judi sering memukul iserinya Joyah.

2. Kezaliman tentera Jepun


• Kaum lelaki dipaksa menjadi buruh clan anak-anak terpisah daripada ibu bapa.

3. Semangat kerjasama / tolong menolong


• Penduduk kampung membina shelter berdekatan rumah Mak Ketong.
• Aziz membantu Syed Fikri bercucuk tanam.
NOVEL DI HADAPAN PULAU

4. Kesesakan / tekanan hidup akibat perang


• Kapten Hebat terpaksa memakan Mokmeng akibat kekurangan makanan semasa perang.
• Tanaman Syed Fikri dicuri.
• Rosiah menjual maruah diri untuk mendapatkan makanan.

5. Pegangan agama sebagai pedoman hidup


• Syed Fikri menyuruh Aziz clan rakan-rakannya bersembahyang clan mengaj i Qur' an.
• Penduduk kampung mengaji Qur'an semasa di dalam shelter.

6. Kasih sayang sesama insan


• Tuk Marzuki menyayangi Afidah clan menjaganya setelah ibu bapa Afidah bercerai.
• Afidah menyayangi Tuk Marzuki clan meratapi kematiannya.
• Aziz menyayangi ayahnya clan selalu merinduinya.

7. Sikap prihatin terhadap insan yang malang


• Aziz selalu memujuk clan menemani Afidah yang kesedihan setelah Tuk Marzuki meninggal
dunia.
• Mak Ketong menjaga Afidah setelah Tuk Marzuki meninggal dunia.
8. Sikap mementingkan diri dalam kalangan masyarakat
• Syed Zuhri menipu orang kampung semasa membeli tanah untuk mendapatkan keuntungan.

9. Ketabahan menghadapi cabaran hidup


• Penduduk kampung tabah menghadapi kesengsaraan hidup semasa perang.

10. Masalah kebuluran semasa perang


• Penduduk sukar mendapat makanan, harga makanan pula mahal.

11. Masalah penyakit semasa perang


• Penyakit beri-beri, tokak, malaria, kudis melanda penduduk.

12. Pengangguran berleluasa pada zaman perang


• Zubir, Raihan tidak dapat ke laut kerana takut serangan bom.
• Peniaga tidak dapat bemiaga.
• Joyah dan Taksiah hilang pekerjaan di kem tentera.

13. Pendidikan terjejas akibat perang


• Kanak-kanak tidak bersekolah kerana sekolah ditutup.

14. Keberanian menghadapi cabaran


• Aziz dan Afidah

PENGAJARAN DALAM NOVEL


NOVEL DI HADAPAN PULAU

1. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan


• Penduduk kampung bekerjasama mendirikan shelter berhampiran rumah Mak Ketong.

2. Kita hendaklah saling membantu antara satu sama lain


• Aziz membantu Syed Fikri bercucuk tanam.
• Aziz membantu Afidah mencari makanan.
• Mak Ketong menjaga Afidah setelah Tuk Marzuki meninggal dunia.

3. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama


• Syed Fikri menyuruh Aziz dan rakan-rakannya mengaji dan bersembahyang.
• Penduduk kampung membaca Qur'an semasa di dalam shelter.

4. Kita hendaklah menyayangi sesama insan


• Tuk Marzuki menyayangi Afidah dan menjaganya setelah ibu bapa Afidah bercerai.
• Afidah menyayangi Tuk Marzuki dan meratapi kematiannya.
• Aziz menyayangi bapanya dan selalu merinduinya.

5. Kita mestilah bertanggungjawab


• Tuk Marzuki menjaga cucunya Afidah setelah ibu bapaAfidah bercerai.
• Makcik Joyah menjaga Budin setetah ayahnya meninggal dunia.

6. Kita mestilah prihatin terhadap orang yang bernasib malang


• Mak Ketong menjaga Afidah setelah Tuk Marzuki meninggal dunia.
• Aziz selalu memujuk Afidah yang kesedihan setelah Tuk Marzuki meninggal dunia.

7. Kita hendaklah berdikari


• Aziz dan Afidah bekerja mengambil upah membeli todi untuk endapatlcan wang membeli
makanan.
• Aziz membantu Syed Fikri bercucuk tanam kerana tidak mahu menyusahkan Makcik Joyah.

8. Kita janganlah menggadai maruah diri


• Rosiah tidak sepatutnya menjual maruah diri untuk mendapatkan makanan.

9. Kita mestilah tabah menghadapi cabaran hidup


• Aziz, Afidah,penduduk kampung tabah menghadapi kesusahan dan kesengsaraan hidup semasa
pemerintahan Jepun.

10. Kita mestilah rajin berusaha


• Syed Fikri bercucuk tanam kerana tidak lagi boleh bemiaga akibat peperangan.
• Aziz menolong Syed Fikri bercucuk tanam.
NOVEL DI HADAPAN PULAU

11. Kita janganlah mementingkan diri sahaja


• Syed Zuhri menipu orang kampung semasa membeli tanah semata-mata untuk mendapatkan
keuntungan.

12. Kita janganlah tnengabaikan keluarga


• Budin yang sering mabuk dan kaki judi tidak patut memukul isterinya, Joyah.
• Syed Zuhri mestilah bertanggungjawab terhadap isteri-isterinya, bukannya berkahwin dan bercerai
sesuka hati.

LATAR TEMPAT
1. Latar tempat keseluruhan bagi novel Di Hadapan Pulau ialah sebuah perkampungan nelayan yang
terletak di tepi pantai dan berhadapan dengan sebuah pulau kecil yang dianggap mempunyai pelbagai
misteri. Perkampungan ini mempunyai kemudahan asas yang cukup sederhana iaitu terdapat deretan
kedai, kedai kopi di tepi jalan, bengkel, stor dan sekolah.

2. Dalam novel Di Hadapan Pulau, kem tentera juga merupakan salah satu latar tempat. Kem ini
menjadi teinpat tinggal tentera Australia dan terletak di seberang tebing. Kem ini juga menjadi tempat
penduduk kampung dikerah bekerja oleh tentera Jepun di samping menjadi tempat tentera Jepun menahan
penduduk kampung.

3. Dalam novel Di Hadapan Pu!au, shelter merupakan satu lagi latar tempat. Sheller ini juga
merupakan tempat penduduk kampung melindungkan diri semasa serangan udara tentera Jepun. Di sini
juga tempat Tuk Marzuki terkorban akibat ledakan bom.

4. Dalam novel Di Hadapan Pulau kawasan perkuburan Tuk Marzuki merupakan tempat Afidah
menangis dan meratapi nasibnya yang kehilangan tempat bergantung

5. Dalam novel Di Hadapan Pulau, Merlimau merupakan tempal asal Tuk Marzuki. Dia Eelah pulang
ke sini untuk mendapatkan bekalan makanan dan rnencari adiknya Rokiah dan Mustafa.

6. Dalam novel Di Hadapan Pulau, perkampungan nelayan didiami oleh orang Melayu, Jawa, Arab
dan Malbari. Mereka bekerja sebagai nelayan, peniaga dan buruh.

7. Dalam nove! Di Hadapan Pulau, latar tempat terdiri daripada rumah kediaman penduduk kampung
yang sederhana seperti rumah Tuk Marzuki, Syed Fikri, Makcik Joyah dan rumah Mak Ketong.

8. Dalam novel Di Hadapan Pulau, latar tempatnya ialah di tepi pantai, tempat Aziz dan Afidah
duduk bercakap-cakap mengenangkan nasib dan masa depan mereka. Di sini juga Aziz sering melihat
pulau misteri impianinya.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah :

1. Masyarakat Melayu beragama Islam iaitu penduduk kampung,


pekerja gerai makanan, nelayan, dan penarik beca.
NOVEL DI HADAPAN PULAU

2. Masyarakat Jawa dari Indonesia iaitu Soejono.

3. Masyarakat pendatang keturunan Arab iaitu Syed Fikri dan Syed Zuhri.

4. Masyarakat keturunan India (Malabari) iaitu Dorani.

5. Masyarakat penjajah (askar British)

6. Masyarakat Jepun (askar Jepun)

7. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri seperti Syed Zuhri.

8. Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga seperti Joyah dan Budin.

9. Masyarakat yang bekerjasama dan tolong menolong seperti Dorani, Zubir dan Raihan menolong
membina shelter untuk Mak Ketong.

10. Masyarakat yang mengalami keruntuhan akhlak seperti Rosiah.

NILAI KEMASYARAKATAN

1. Nilai bekerjasama
• Penduduk bekerjasama membina 'shelter'

2. Nilai tolong-menolong
• Aziz dan rakan-rakan menolong Syed Fikri bercucuk tanam

3. Nilai bertanggungjawab dalam kekeluargaan


• Tok Marzuki memelihara Afidah selepas perceraian ayah dan ibunya
• Aziz dipeilhara oleh Joyah setelah kematian ayahnya,

4. Nilai masyarakat yang mementingkan nilai keagamaan


• Syed Fikri mengajar agama/A!-Quran kepada kanak-kanak dan penduduk di kampung.

5. Nilai berdikari
• Tok Marzuki pu!ang ke Merllmau untuk mencari beras bagi keperluan makanan semasa perang.
• Aziz dan Afldah mengambll upah membeli todi.

6. Nilai semangat kejiranan


• Rosiah dan Wan Rohani dilawati oleh jiran-jiran untuk bertanya khabar setelah mereka dibebaskan
oleh tentera Jepun-

7 Nilai hormat-menghormati
• Syed Fikri yang berpendidikan agama amat dihormati oleh penduduk kampung dan kanak-kanak.
• Aziz menghormati Tok Marzuki dan Syed Fikri; selalu mencium tangan apabila bersalam dengan
Syed Fikri
NOVEL DI HADAPAN PULAU

8. Penyayang
• Tuk Marzuki amat menyayangi cucunya Afidah,
• Syed Fikri menyayangi kanak-kanak, mengajar /Azlz bercucuk tanam dan selalu mengajak kanak-
kanak minum dan mengajar mereka nilai-nilai agama.

Anda mungkin juga menyukai