Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 1 Seorang ibu berpendapat anak-anaknya terlalu banyak menonton sehingga beliau meletakkan tabung syiling di atas televisyen

dan sesiapa yang ingin menonton mesti membayar mengikut jam. Apakah PMI ke atas idea ini.

PMI mewakili plus ,minus, interesting iaitu kebaikan, keburukan, dan menarik. Antara kebaikan yang boleh diperolehi ialah tindakan itu dapat memberi kesedaran kepada anak-anaknya. Selain itu, tindakan tersebut sedikit sebanyak dapat mengumpulkan duit secara tidak langsung. Seterusnya ialah dapat menjimatkan bil elektrik. Bagi keburukan pula ialah dapat mengguris hati anak-anaknya dan menyebabkan berlakunya tanggapan yang buruk daripada anak-anaknya kepada dirinya. Di samping itu, boleh berlakunya pertengkaran antara mereka. Keadaan ini juga sangat menarik kerana menampakkan kebijaksanaan seorang ibu untuk mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh anaknya.

SOALAN 2 Aplikasi CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja.

CAF bermaksud Consider All Factors iaitu mengambil kira semua faktor. Caf membantu kita mengkaji sesuatu cadangan atau idea dengan lebih teliti. Dalam perkara di atas ianya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Di samping itu juga, dapat mengatasi masalah pencemaran udara dan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Hubungan silaturahim antara satu sama lain dapat dieratkan lagi dan kos sara diri juga dapat dikurangkan. Namun begitu perkara ini juga boleh menimbulkan

ketidakselesaan antara satu sama lain kerana terpaksa berkongsi kereta. Perasaan dengki juga boleh berlaku sekiranya tidak ada tolak ansur antara mereka ketika berkongsi kereta. Perkara ini berlaku kerana masing-masing pentingkan diri sendiri.

SOALAN 3 Para pekerja sebuah kilang menuntut kenaikan gaji kerana sara hidup kian meningkat. Pihak pengurusan enggan berbuat demikian kerana pesaing luar Negara sedang menurunkan harga produk yang sama. Lakukan OPV untuk situasi ini.

OPV

bermaksud

setiap

orang

mempunyai

pandangan

yang

berbeza.

Sebenarnya apa yang kita fikirkan adalah sama dengan apa yangg orang lain fikirkan Cuma pandangannya berbeza. Dalam situasi di atas terdapat dua belah pihak yan terlibat iaitu para pekerja dan pihak pengurusan. Bagi pihak pekerja mereka terpaksa menuntut kenaikan gaji untuk menampung kos hidup yang kian meningkat.

Selain itu, kenaikan gaji ini penting untuk menyara keluarga mereka. Di samping itu, kenaikan ini dilihat sangat wajar kerana ekonomi Negara sangat stabil dan tiada alasan dari pihak pengurusan untuk menafikannya. Mereka juga telah lama bekerja dan sepatutnya gaji mereka telahpun bertambah. Dengan ini barulah berbaloi kerja yang mereka lakukan selama ini. Manakala bagi pihak pengurusan pula mereka enggan berbuat demikian kerana mengalami pesaingan hebat dari luar Negara. Mereka enggan mengambil sebarang risiko yang boleh merugikan pihak

pengurusan. Dengan cara ini barulah dapat mengawal kualiti dan kuantiti produk yang terdapat di pasaran.

SOALAN 4 Pada masa akan datang manusia mungkin akan bekerja 3 jam sehari sahaja disebabkan peningkatan dalam penggunaan robot. Buat satu C&F untuk jangka masa panjang mengenai isu ini.

C&F bermaksud Concequence dan Sequel iaitu kesan mengikut jangka masa. Mengenai isu di atas, bagi jangka masa panjang manusia mungkin akan terbabit dengan perkara yang tidak menyihatkan kerana terlalu banyak masa yang terluang. Contohnya melepak, berjudi dan lain-lain lagi. Selain itu, manusia juga akan mudah mendapat penyakit kerana kurang bekerja dan kurang mengeluarkan peluh disebabkan segala kerja telah dilakukan oleh robot.

Manusia juga akan menjadi malas untuk melakukan sesuatu perkara kerana semua perkara telah diambil alih oleh robot. Kebosanan juga menjadi salah satu masalah yang bakal dihadapi oleh manusia kerana semua kerja telah dilakukan oleh robot. Namun begitu, hasil pekerjaan mungkin meningkat kerana bantuan robot. Robot dapat berfungsi dengan baik berbanding dengan manusia yang cepat mengalami keletihan dalam melakukan kerja. Hasil pengeluaran barang-barang juga mungkin bertambah kerana menggunakan tenaga robot yang begitu pantas untuk beroperasi ketika bekerja.

SOALAN 5 Jika ibu bapa boleh memilih sifat-sifat guru untuk anak-anak mereka, apakah 5 sifat yang perlu dipertimbangkan?.Aplikasi FIP.

FIP bermaksud First Important, Prioties iaitu keutamaan mengikut kepentingan. Bagi situasi di atas pertamanya ialah menyampaikan ilmu yang benar supaya anak-anak sentiasa beramal dengan perkara yang benar dan betul. Sifat yang ke dua yang perlu ada dalam diri anak-anak ialah berani. Berani untuk menegakkan kebenaran serta tidak gentar untuk membongkarkan perkara yang jahat.

Sifat yang seterusnya ialah mempunyai disiplin diri yang tinggi iaitu sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan patuh pada setiap arahan yang diberikan kecuali bertentangan dengan hukum syarak. Selain itu, sifat yang perlu dimiliki oleh anak-anak ialah sabar. Sifat sabar ini sangat penting bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dan ujian-ujian yang diberikan dalam kehidupan ini.

Sifat yang terakhir untuk dipertimbangkan oleh ibu bapa ialah tidak mudah berputus asa. Anak-anak yang mempunyai sifat ini pastinya akan memperolehi kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburinya. Mereka tidak akan mengalah atau berputus asa dengan mudah selagi tidak mendapat apa yang diinginkan .

Anda mungkin juga menyukai