Anda di halaman 1dari 3

BIL ACARA SKRIP CATATAN

1 Murid-murid dan Melati kuntum tumbuh melata, Diharapkan


guru berkumpul Sayang merbah di pohon cemara, semua murid
Assalammualaikum mulanya kata, bersedia dan
Ketibaan Perasmi, Saya sembah pembuka bicara. senyap kerana
upacara majlis
akan bermula

2 Alu-aluan Pengacara Bismillahirrahmanirrahim.


Majlis. Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Berbahagia,
Koperal Karim Bin Kondir (Pengawai Perhubungan
Sekolah) mewakili Ketua Polis Balai ,Balai Polis Pulau
Sebang

Yang Berusaha,
Pn Noormah binti Amir Hasan, Guru Besar SK. Pulau
Sebang

Yang Dihormati,
Pn Sabdiah binti Juri, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Pn Jamaeyah bt Mahat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
Puan Rosmini binti Abd Ghani, Guru Penolong Kanan Ko-
Kurikulum.
Rakan-rakan guru, kakitangan bukan guru serta murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana


dengan izin dan limpah rahmatNya dapat kita berkumpul
pada pagi ini, dalam melaksanakan Majlis Perlantikan
Pengawas dan Ketua Kelas SK Pulau Sebang bagi tahun
2018.

3 Nyanyian Lagu Hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan 3 buah lagu iaitu
Lagu Negaraku,Lagu Negeri Melaka dan Lagu Sekolah.

……….nyanyian…………

Hadirin dipersilakan duduk.

4 Bacaan Doa Dari Perlis puspa ku mohon, Ustz Mohd


Puspa dipilis buat azimat, Yusri bin
Tangan ditadah doa dipohon, Kamarudin
Semoga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan al-fadhil Ustaz Mohd
Yusri bin Kamarudin untuk memimpin bacaan doa. Majlis
mempersilakan
…………………….Bacaan Doa………………

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih


kepada Ustz Mohd Yusri bin kamarudini atas bacaan doa
itu tadi, semoga majlis kita akan lebih diberkati dan
dirahmati Allah s.w.t.

5 Ucapan Aluan Hadirin Sekalian, MC


Pengacara Majlis
Tujuan majlis pelantikan pengawas dan ketua kelas ini
diadakan adalah untuk mengiktiraf peranan pemimpin
pelajar dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah
disamping menyemai sikap bertanggungjawab terhadap
tugasan yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga
dengan penyerahan tugas ini nanti akan menjadikan
mereka pemimpin pelajar yang berdedikasi dan amanah
dalam menjalankan tugas.

6 Ucapan Guru Besar Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis Guru Besar
dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Pn
Noormah binti Amir Hasan, Guru Besar SK Pulau Sebang
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

………….Ucapan guru besar………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan


Guru Besar di atas ucapan beliau itu tadi.

7 Ucapan Perasmian Majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Perasmian Majlis Perasmi
Majlis Pelantikan Pelantikan Pengawas dan Ketua Kelas oleh Koperal Karim
Pengawas dan Bin Kondir. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ketua Kelas oleh
Koperal Karim Bin ………………….Ucapan perasmian………………………..
Kondir
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Koperal
Karim Bin Kondir di atas ucapan beliau itu tadi. Semoga
dengan apa yang disampaikan oleh tuan koperal sebentar
tadi dapat kita jadikan ikhtibar dan juga pedoman
khususnya buat anak-anak SK Pulau Sebang dalam meniti
kehidupan sebagai insan yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara.

8 Ikrar Pengawas Majlis diteruskan lagi dengan lafaz ikrar daripada badan Zaim Hamidi
pengawas SK Pulau Sebang yang akan diketuai oleh adik bin Mat Zam
Zaim Hamidi Bin Mat Zam.
Dipersilakan.

……………….bacaan ikrar…………………
Terima kasih diucapkan atas bacaan lafaz ikrar sebentar
tadi. Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi akan
manjadikan barisan pemimpin di sekolah ini lebih komited
dalam menjalankan tugas mereka.

9 Penyampaian sijil Hadirin sekalian,


pelantikan Bagi menyempurnakan majlis pelantikan badan pengawas
dan ketua kelas SK Pulau Serbang, majlis dengan ini
menjemput KOPERAL KARIM BIN KONDIR, (Pengawai
Perhubungan Sekolah) Balai Polis Pulau Sebang dengan
diiringi oleh PN NOORMAH BT AMIR HASAN, Guru Besar
SK Pulau Sebang untuk menyampaikan watikah
pelantikan. Dipersilakan.

Dipersilakan................
Wakil Pengawas Sekolah : Zaim Hamidi bin Mat Zam
Wakil PSS : Nurul Ain Soliha bt Syahrul Hasrim
Wakil Ketua Kelas : Muhamad Izul Hakim bin Abd Malek

Terima kasih diucapkan kepada Koperal Karim bin Kondir


atas penyampaian watikah pelantikah itu tadi.

10 Penyampaian Sebagai tanda penghargan daripada pihak sekolah,


Cenderahati Majlis dengan ini menjemput PN NOORMAH BINTI
Perasmi AMIR HASAN, GURU BESAR SK PULAU SEBANG dengan
diiringi
oleh PN JAMAEYAH BT MAHAT, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid untuk menyampaikan cenderamata kepada
KOPERAL KARIM BIN KONDIR sebagai tanda kenang-
kenangan daripada pihak sekolah
Dipersilakan.

………penyampaian cenderamata……………

Terima kasih diucapkan kepada Pn Noormah bt Amir


Hasan atas penyampaian cenderamata itu tadi.
11 Penutup & jamuan Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka
berakhirlah majlis pelantikan pengawas dan ketua kelas SK
Pulau Sebang bagi tahun 2018. Pihak majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa serta
semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Sekian wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum wbt.

VIP dan para pentadbir di jemput ke bilik jamuan untuk


menikmati jamuan. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai