Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


(baca basmallah dan selawat nabi)
Sejambak kasih titipan khas buat Pengerusi Majlis,
Yang berusaha, bonda pengetua yang kami hormati,
…………………………………………………………………………………………………………..,
Yang dihormati…………………………………….
……………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………..,
.
Saya selaku ketua pengawas SMK KOMPLEks PADANG Jambu ,Muhammad
Syahmi Bin Morsidi mengucapkan jutaan terima kasih dan rakaman
penghargaan ini saya tujukan khusus kepada pihak pengurusan Majlis, kerana
member kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah
dua kata dalam majlis ‘keramat’ yang dianjurkan khusus buat kami yang akan
meninggalkan smk kompleks padang jambu ini. pada hari isnin,9 haribulan
November,2015 Masihi bersamaan 9 muharam 1437 hijrah. Kesempatan pada
hari ini merupakan suatu detik bersejarah bagi diri saya kerana dapat
menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar dalam majlis perpisahan ini.

bonda pengetua, guru-guru dan para hadirin sekalian,


Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan manusia seperti kami,
guru-guru sering kali berhadapan dengan pelbagai karenah dan cabaran; ada
yang menyakitkan hati; ada yang menghampakan harapan; ada yang
menggembirakan; ada yang melucukan; dan ada yang menyeronokkan. Segala
pengalaman pahit manis ditelan dengan penuh sabar; sehingga kami dapat
merasakan bahawa guru-guru di sekolah ini bukan sekadar guru biasa, malah
adakalanya berperanan sebagai ibu dan bapa kepada kami; sakit pening kami
dan kebajikan kami sentiasa diambil berat; kemajuan akademik kami dan
keterampilan sahsiah kami sentiasa diberi perhatian; kerja rumah, modul,folio,
kerja kursus, latihan pengukuhan dan pelbagai tugasan kami akan diperiksa.
Pendek kata soal masa depan kami sering merungsingkan guru-guru sekalian.
Selain tunjuk ajar, guru-guru turut menjadi tempat rujukan kami untuk
meleraikan kekusutan dan segala macam perkara, termasuklah perkara-
perkara yang bersifat peribadi. Guru-guru adalah segala-galanya buat kami,
terima kasih cikgu!
Sesungguhnya, kesediaan guru-guru untuk membantu kami amatlah kami
hargai dan sanjungi.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi guru-guru rasa nak junjung.

kepada adik-adik yang ku sayangi sekalian , tingkatkan usaha adik-adik semua


untuk menaikkan dan mengharumkan nama sekolah kita yang tercinta ini
diperingkat daerah, bahagiaan, negeri dan kebangsaan. Smk kompleks padang
jambu yang tercinta inimasih lagi banyak ruang untuk dipertingkatkan
prestasinya sama ada dalam bidangakademik mahupun Ko-kurikulum. Tidak
mustahil kita boleh lakukan sekiranya kita semua meletakkan kepentingan
sekolah sebagai tanggungjawab kita bersama. Wahai rakan-rakan
seperjuangan ku sekalian, jangan terus lupakan sekolah kitayang tercinta ini.
Ingatlah jasa guru-guru kita sepanjang setahun lebih kita menuntut ilmu di
sini.Buat adik-adik sekalian, perjuangan tugas untuk menggalas nama baik
sekolah terletak dibahu bahu adik-adik sekalian. Junjunglah nama baik sekolah
kita. Berusahalah untukmeningkatkan prestasi akademik sekolah kita
akhir sekali,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru . wahai guru,
Halalkan segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Restuilah kami dan
doakanlah kejayaan kami dalam peperiksaan SPM yang sedang menjelang
sekarang.
Akhirulkalam, sebelum saya menyerahkan majlis ini kepada Tuan Pengerusi
Majlis, saya selaku wakil pelajar sekalian ingin merakamkan ucapan setinggi-
tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para guru yang telah sudi
menabur bakti demi kecemerlangan hidup kami di hari muka. Segala jasa dan
pengorbanan guru-guru tidak dapat kami balas, justeru kami serahkan kepada
Allah jua untuk membalasnya.
Dirunduk hanyalah padi
Diendang sigadis desa;
Yang baik hanyalah budi,
Dikenang hanyalah jasa.

Budi bahasa tak jual beli,


, Orang berbudi kita berbahasa;
Pekerti mulia pakaian diri,
Orang memberi kita merasa
Sedikit tanda ingat, banyak tanda ada, kasih kepada yang sudi, meminta
kepada yang ada dan bertanya kepada yang tahu
Sekian, waillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai