Anda di halaman 1dari 14

Tugasan PBL 1 (Project Based Learning)

PEMBUATAN JUS PENUNJUK PH


MENGGUNAKAN KOBIS UNGU
SMK AGAMA JOHOR
BAHRU Nama murid : Marsha Shakira Adli binti Mahdhir
Kelas : Tingkatan 4 Al Farabi
Subjek : Kimia
Nama guru : Pn Noor Hayati Hassan
ISI KANDUNGAN

Penghargaan 01

Pengenalan 02

Objektif dan Tarikh Pelaksanaan 03

Bahan dan Radas 04

Prosedur 05

Keputusan 06

Kesimpulan 07

Sumber Rujukan 08
P E N G H A R G A A N

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan pbl
ini. Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran kimia, Puan Noor Hayati Hassan dan
Puan Saupiah Mokhtar yang telah banyak memberi bimbingan sepanjang masa menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, saya juga tidak lupa juga akan jasa ibu bapa yang banyak memberi sokongan dan meluangkan masa
bersama-sama saya. Terima kasih juga kepada ahli keluarga yang sudi menemani saya setiap kali melakukan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang menjadi kaunter pertanyaan dan berkongsi banyak maklumat
mengenai tugasan yang diberikan. Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan tugasan.

Saya juga menyusun sepuluh jari ingin meminta maaf jika terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di
dalam tugasan ini.

Sekian, terima kasih


P E N G E N A L A N

Setiap jenis bahan yang wujud di bumi mempunya sifat masing-masing. Dalam bidang kimia, bahan-bahan ini boleh
dikelaskan sebagai bahan berasid , beralkali atau neutral.

Asid ialah bahan kimia yang mengion di dalam air menghasilkan ion hidrogen, H. Bes pula ialan bahan kimia yang dapat
bertindak balas dengan asid menghasilkan garam dan air. Alkali pula ialan bahan kimia yang mengion dalam air dan
menghasilkan ion hidroksida, OH.

Asid dan alkali hanya akan menunjukkan sifat kimianya jika dilarutkan di dalam air kerana kedua-duanya hanya akan terion
di dalam air bagi menghasilkan ion yang bebas bergerak. Sekiranya asid dan alkali dalam keadaan pepejal ataupun dilarutkan
dalam pelarut organik, kedua-dua bahan tidak dapat menunjukkan sifat kimianya kerana berada dalam bentuk molekul.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk mengetahui sama ada sesuatu bahan itu berasid, beralkali atau
neutral. Antaranya adalah dengan mengetahui nilai ph sesuatu bahan dengan berpandukan kepada skala ph. Skala ph
dengan julat daripada 0 hingga 14 digunakan untuk menunjukkan keasidan dan kealkalian larutan. Nilai ph yang kurang
daripada 7 adalah berasid manakala larutan dengan nilai ph lebih daripada 7 adalah beralkali.

Banyak bahan boleh digunakan bagi menunjukkan keasidan dan kealkalian bahan. Antaranya ialah kertas litmus merah dan
biru, penunjuk semesta dan fenolftalein. Terdapat juga bahan di rumah yang boleh dijadikan sebagai penunjuk ph seperti
kubis ungu.
O B J E K T I F

menghargai kepentingan bahan kimia dalam kehidupan seharian

mengetahui sifat bahan-bahan sama ada berasid atau beralkali

menggunakan bahan semula jadi dalam mencipta penunjuk ph

mengkaji perbezaan terhadap perubahan warna cecair bahan

mengelaskan sifat bahan berdasarkan perubahan warna pada larutan setelah dicampurkan dengan larutan
kobis ungu

T A R I K H P E L A K S A N A A N

15 Disember hingga 19 Januari


B A H A N D A N R A D A S

Bahan : kobis ungu, sos tomato, cuka, susu tepung, garam,


sabun, serbuk pemangkin dan air

Radas : pengisar, pisau, alas memotong, penapis dan


cawan plastik
P R O S E D U R
P R O S E D U R

1. Potongkan kobis supaya menjadi kecil. Masukkan kobis yang dipotong ke dalam bekas.
! Pastikan menggunakan pisau dengan betul bagi mengelakkan berlaku kecederaan

2. Masukkan kobis ungu yang telah dipotong ke dalam pengisar. Masukkan juga air.

3. Hidupkan pengisar dan biar kobis dikisar sehingga menjadi halus.


! Pastikan penutup pengisar telah ditutup dengan rapat supaya hasil kisaran tidak
tergoncang keluar

4. Tapis hasil kobis yang dikisar menggunakan penapis untuk mendapatkan air kobis sahaja.

5. Tapis untuk kali kedua hasil tapisan tadi supaya sisa-sisa kobis ditapis sepenuhnya.
Larutan kobis ungu telah siap.
K E P U T U S A N

BAHAN WARNA ASAL PERUBAHAN WARNA

sos tomato merah merah

cuka jernih merah

susu tepung putih ungu

air garam merah jambu ungu

serbuk pemangkin jernih biru

sabun jernih hijau


P E R B I N C A N G A N
Nyatakan maksud asid, alkali, asid kuat dan asid lemah

asid - bahan kimia yang mengion dalam air menghasilkan ion hidrogen
alkali - bahan kimia yang mengion dalam air menghasilkan ion hidroksida
asid kuat - bahan kimia yang mengion lengkakp dalam air menghasilkan kepekatan ion hidrogen yang tinggi
asid lemah - bahan kimia yang mengion separa dalam air menghasilkan kepekatan ion hidrogen yang rendah

Tuliskan satu persamaan kimia bagi menunjukkan pengionan asid berikut dalam air

asid hidroklorik : HCl ---> H⁺ + Cl⁻ asid sulfurik : H₂SO₄ ---> 2H⁺ + SO₄²⁻

asid nitrik : HNO₃ ---> H⁺ + NO₃⁻ asid etanoik : CH₃COOH ---> H⁺ + CH₃COO⁻

Kelaskan bahan bahan yang berikut

BERASID
NEUTRAL BERALKALI
juslimau
air suling ubat gigi
cuka
kopi detergen
susu
teh darah
minuman berkarbonat
Selain daripada kertas litmus dan meter pH, cadangkan dua lagi
bahan yang boleh digunakan dalam eksperimen ini

fenolftalein dan penunjuk semesta

Berdasarkan dialog di bawah, apakah sifat dan fungsi ubat yang disarankan oleh doktor
kepada pesakitnya ?

pil antasid bersifat alkali


pil antasid berfungsi mengurangkan keasidan dalam perut
dengan meneutralkan asid hidroklorik dalam perut

Apakah yang menyebabkan warna perang teh O dibancuh menjadi berlainan warna ? Berikan
justifikasi anda

Warna perang teh O bergantung kepada kepekatan teh yang dibancuh.


Semakin banyak air yang ditambah kepada bancuhan, semakin cair hasil teh yang dibancuh.
K E S I M P U L A N

Melalui eksperimen ini, saya dapat menghargai kepentingan bahan kimia dalam kehidupan seharian, terutamanya
yang melibatkan sebatian ion dan sebatian kovalen. Selain itu, saya juga dapat mengetahui sifat bahan-bahan
sama ada berasid atau beralkali. Contohnya, bahan berasid adalah cuka, beralkali adalah sabun dan neutral pula
adalah susu tepung. Seterusnya, eksperimen ini menambah ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahan
semula jadi dalam mencipta penunjuk pH, iaitu kobis ungu. Di samping itu, saya dapat mengkaji perbezaan
terhadap perubahan warna cecair bahan. Akhir sekali, mengelaskan sifat bahan berdasarkan perubahan warna
pada larutan setelah dicampurkan dengan larutan kobis ungu. Bahan yang bertukar merah adalah berasid
manakala bertukar biru kehijauan adalah beralkali. Bahan neutral pula kekal dengan warna ungu.
A N G G A R A N K O S

BAHAN BILANGAN HARGA (RM)

sos tomato 1 botol 3.90

cuka 1 botol 3.99

susu tepung sepeket 7.50

air garam sepeket 1.20

serbuk pemangkin sepeket 2.60

sabun sebotol 5.20

kobis ungu sebiji hijau


3.45

cawan plastik 10 cawan 3.20

jumlah harga : RM 31.04


S U M B E R R U J U K A N

Buku Teks Kimia KSSM Tingkatan 4

https://www.youtube.com/watch?v=M1TckugPQo4

https://ms.mustdothis.com/60929-How-to-Make-Ph-Indicator-50

https://www.youtube.com/watch?v=EdM4vJf7soY

Anda mungkin juga menyukai