Anda di halaman 1dari 8

UCAPAN

PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.01/2016

”MODAL INSAN PEMACU TRANSFORMASI RISDA”

OLEH:
Y.B. DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN
PENGERUSI RISDA

DEWAN GEMALASARI
IBU PEJABAT RISDA

21 JANUARI 2016
9.00 PAGI

Bismillahirrahmannirrahim.

Yang Berusaha Saudara & Saudari Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia Dato’ Hj. Mohamat Bin Muda,


Ketua Pengarah RISDA

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Najib Bin A.Samad


Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Ihwan Bin Sudim


Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Korporat)
Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Ghazali Bin Abd Majid
Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Holdings Sdn. Bhd.

Yang Berusaha En. Hazarudin Bin Hamzah


Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Semua Pengarah- Pengarah Bahagian

Semua CEO Syarikat Milikan RISDA

Tuan-tuan dan Puan-puan warga RISDA yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Salam 1Malaysia , Salam Sehati Sejiwa, Salam Kasih Sayang

1. Alhamdulillah, pertamanya marilah kita sama-sama memanjatkan rasa


syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat
kita bersama-sama berhimpun di dalam Dewan Gemalasari, Ibu
Pejabat RISDA yang serba indah ini bagi ‘Majlis Perhimpunan
Bulanan RISDA yang pertama bagi tahun 2016, anjuran Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia dengan bertemakan Modal Insan
Pemacu Transformasi RISDA” . Saya berasa amat gembira kerana
dapat bersama dengan Tuan-tuan dan Puan-puan seluruh warga
RISDA pada hari ini kerana melalui medium Perhimpunan Bulanan
seperti ini, kita dapat berinteraksi dan berkongsi mengenai isu-isu
semasa berkenaan hal ehwal negara dan juga RISDA secara
khususnya

Para hadirin sekalian,

2. “Modal Insan Pemacu Transformasi RISDA”. Satu tema yang


boleh diistilahkan sebagai individu yang sentiasa mempunyai sahsiah
terpuji, menghayati sistem kepercayaan yang berfalsafah dan
berprinsip serta mempunyai sikap yang berintegriti, mempunyai
wawasan, perancangan yang rapi dan adab serta akhlak terpuji dalam
setiap perkara. Daripada apa yang telah didefinisikan, kita dapat

melihat bahawa pembangunan modal insan adalah perkara yang amat


penting dalam organisasi bagi memastikan kejayaan dapat dicapai
sepenuhnya. Untuk membangunkan modal insan, adalah amat penting
untuk organisasi menyampaikan ilmu pengetahuan yang secukupnya
kepada setiap warga kerja bagi mendidik menjadi warga kerja yang
bercita-cita tinggi, sentiasa mempunyai impian untuk mencipta
kejayaan serta mempunyai prinsip dan integriti dalam setiap perkara
yang dipertanggungjawabkan. Sedemikian, saya dengan ini menyeru
untuk kepada warga kerja RISDA untuk menjadi warga kerja yang
berprinsip, bertanggungjawab ke atas semua tugas yang diamanahkan
dan sentiasa mengamalkan tahap integriti yang tinggi bagi memastikan
RISDA akan terus mencapai kejayaan pada masa hadapan. Saya
yakin setiap warga RISDA yang ada pada hari ini mempunyai
kemampuan dan kredibiliti bagi memainkan peranan masing-masing
dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik agar RISDA terus
unggul sebagai Agensi Kemajuan Pekebun Kecil.

Para Hadirin sekalian

3. Seperti sedia maklum, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


merupakan tunjang dalam memastikan pengurusan tadbir urus yang
baik dalam pengurusan organisasi melalui pelbagai cara dan langkah
yang berterusan bagi memastikan “Delivery System” mampu

memenuhi dan mencapai kehendak pelanggan. Saya telah difahamkan


bagi tahun 2015 yang lalu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
telah mencipta dan melaksanakan beberapa inisiatif dan
penambahbaikkan berdasarkan fungsi dan tanggungjawab mereka
yang mana diantaranya adalah:

a) penulisan semula Waran Perjawatan RISDA bagi semua skim


perjawatan dengan mengemaskini waran perjawatan bagi
skim yang jumud dan juga menambahbaik gelaran
perjawatan,
b) Melaksanakan penggredan semula Pusat Tanggungjawab
bagi memastikan peruntukkan perjawatan diagihkan
berdasarkan auditan perjawatan terkini,

c) Melaksanakan Penandaarasan Pengoperasian Pejabat RISDA


Stesen (PRS) bagi Pusat Tanggungjawab di Semenanjung
Malaysia dan menyelaras Dasar Pengoperasian Pejabat
RISDA Stesen dan

d) Melaksanaan sistem e-Perkhidmatan kepada semua pegawai


dan kakitangan di RISDA yang mana membolehkan warga

RISDA mencetak Slip Gaji, Penyata EC, Rekod Kursus dan


Latihan serta maklumat peribadi termasuk maklumat
persara.

4. Dengan komitmen penuh serta inisiatif yang telah dilaksanakan, saya


menaruh sepenuh keyakinan kepada Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia RISDA mampu mencapai sasaran yang telah ditetapkan
untuk tahun 2016 dan menjadi penyumbang utama ke arah kejayaan
dan kecemerlangan RISDA sebagai Agensi Peneraju Kemajuan
Pekebun Kecil dengan melahirkan pegawai dan kakitangan yang
berkualiti serta berintegriti. Selaras dengan itu, adalah menjadi
tanggungjawab warga RISDA untuk bekerja dengan bersungguh –
sungguh bagi memastikan semua sasaran dan objektif RISDA dapat
dicapai dengan jayanya.

Hadirin sekalian,

5. Tahun 2016 juga adalah tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia
kerana kita bakal berdepan dengan keadaan ekonomi kurang baik
berbanding tahun – tahun sebelumnya. Purata harga minyak yang lebih
rendah sekaligus memberi kesan kepada harga komoditi getah dan
sawit. Bagi kita di RISDA semestinya pekebun kecil menerima impak

yang paling serius. Di dada - dada akhbar kebelakangan ini banyak


dipaparkan artikel – artikel berkenaan keluhan penoreh getah akibat
penurunan harga yang tidak banyak membantu pendapatan dan
kelangsungan kehidupan pekebun kecil. Sehubungan itu, saya pasti
pengurusan RISDA dan KKLW sedang bertungkus lumus merencana
dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu dan menstabilkan
pendapatan semua pekebun kecil seluruh Malaysia. Di RISDA kita
telah menubuhkan Jawatankuasa Sara Hidup Pekebun Kecil bagi
merangka strategi menambah atau menampung pendapatan pekebun.
Selain itu, kita juga sedang melihat peluang – peluang tanaman baru
dan meneroka sektor keusahawanan untuk membuka ruang – ruang
penambahan pendapatan pekebun kecil yang sesuai dengan pasaran
semasa. Apa sahaja “senjata” yang ada akan kita gunakan agar nasib
pekebun kecil dapat dibela sepenuhnya.

Hadirin sekalian,

6. Sebagai penjawat awam amnya, yang juga sebagai warga RISDA


khususnya, perancangan kerajaan hendaklah disambut baik agar
kumpulan sasar kita pekebun kecil dapat dibantu untuk menempuh
keadaan sukar ini. Di saat sukar inilah kita perlu bersatu dan bukannya
menimbulkan spekulasi dan kenyataan yang boleh menyebabkan

kegusaran. Ada baiknya kita sama – sama mengembling tenaga dan


buah fikiran serta berdoa agar usaha kita membantu pekebun kecil
dapat dicapai dengan jayanya. Kita di RISDA merupakan satu keluarga
dan kita perlu kukuhkan hubungan sesama kita agar RISDA mampu
berdiri sebagai satu organisasi yang bersatu padu dan signifikan
kewujudannya sebagai agensi pembela nasib pekebun kecil. Adalah
menjadi harapan saya agar tahun 2016 ini akan memberikan
kecemerlangan kepada organisasi RISDA untuk terus mengorak
langkah merencana strategi baru dan pendekatan terbaik untuk
manfaat RISDA dan pekebun kecil khususnya. Semoga semua usaha
kita diberi petunjuk dan diberkati oleh Allah S.W.T. InsyaAllah.
7. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada
pengurusan RISDA atas jemputan untuk saya menyempurnakan
perhimpunan bulanan kali pertama tahun ini. Sekalung tahniah kepada
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan seluruh jawatankuasa
yang telah menjayakan perhimpunan pada pagi ini. Semoga majlis kita
pada hari ini akan terus menjadi pemangkin semangat untuk kita
memajukan diri, keluarga, masyarakat serta pekebun kecil, Insya-Allah.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum


Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai