Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 PENGHARGAAN 2
2 OBJEKTIF KAJIAN 3
3 LATAR BELAKANG 4
4 KANDUNGAN HUKUM KANUN MELAKA 5
5 KESAN HUKUM KANUN MELAKA 6-7
6 KEPENTINGAN HUKUM KANUN MELAKA 8-9
7 RUMUSAN 10

1
PENGHARGAAN

Saya Meor Amier Qhaliff bin Mohd Nizam, dari kelas 1 BPM berasa amat bersyukur
kepada Allah S.W.T kerana dapat menyiapkan Folio Sejarah Ini yang bertajuk
Hukum Kanun Melaka.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
menolong saya dalam menyiapkan Folio Sejarah ini. Pihak yang pertama saya ingin
berterima kasih ialah guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Puan Asmaniza Bt.
Hashim yang telah memberi bimbingan dan pertolongan serta tunjuk ajar dalam
menyiapkan Folio ini, tanpa beliau saya tidak akan dapat menyiapkan Folio sejarah
ini dengan sempurna.

Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada ahli keluarga saya, mereka telah
bertungkus lumus menolong saya. Tanpa mereka mungkin Folio Sejarah ini tidak
dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah
membantu dalam menyiapkan Folio Sejarah ini.

Sekian, Terima Kasih.

2
OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian dokumen ini dilaksanakan :

1. Mengenalpastikan tujuan hukum kanun Melaka di perkenalkan.

2. Mengkaji sejarah latar belakang Hukum Kanun Melaka.

3. Menghuraikan kandungan- kandungan hukum kanun melaka.

4. Menjelaskan kesan-kesan Hukum Kanun Melaka dalam struktur Masyarakat

Melaka.

5. Mengenalpastikan kepentingan Hukum Kanun Melaka.

3
LATAR BELAKANG

Sejarah Penggubalan Hukum Kanun Melaka

Undang-undang Melaka atau lebih dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka pada
mulanya merupakan peraturan yang bukan bertulis. Peraturan itu diadakan untuk
melindungi kerajaan,rakyat,dan negeri Melaka. Walaupun Hukum Kanun ini sudah
dijalankan pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446 -1456 M) namun ia
baru ditulis dan disusun secara teratur setelah pemerintahan Sultan Mahmud Syah
(1489 -1511 M). Itulah sebabnya Hukum Kanun ini hanya dianggap ada setelah
tahun 1489 M. Perhatikan bahasa yang digunakan dalam petikan Hukum Kanun
atau Undang-undang Melaka ini:

1. Jenayah

2. Peranan Sultan dan Pembesar

3. Kekeluargaan

4. Ekonomi

4
KANDUNGAN HUKUM KANUN MELAKA
Hukum kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang membincangkan antaranya
termasuklah jenayah, bidang kuasa Sultan dan pembesar, kekeluargaan dan hal
berkaitan dengan ekonomi.

1. Jenayah

Perbuatan jenayah menggugat ketenteraman dan keharmonian kelsultanan


melayu melaka .pelbagai hukuman setimpal dikenakan terhadap pembuatan
jenayah serperti membunuh ,menikam dan mencuri .antara kesalahan yang
boleh dikenakan hukuman membunuh termasuklah seperti dalam Fasal 5.1,
apabila seseorang didapati membunuh orang lain tampa pengetahuan raja
atau pembesar, maka dia akan dihukum bunuh dalam fasal 4 ,hukuman
bunuh dikenakankepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah
sultan

2. Peranan sultan dan pembesar

Setiap pembesar melaka mempunyai peranan dalam pentadbiran dan mereka


juga perlu arif dalam hal berkaitan dengan pelaksaan undang -
undang .Contohnya , dalam fasal 1, dijelaskan tugasan
sultan ,bendehara ,temenggung dan pendahulu bendahari.Sultan
bertanggungjawab untuk melantik pembesar ,contohnya bendahara dan
temenggung.

3. Kekeluargaan

Isu kekeluaraan diberikan perhatian oleh kelsultanan melayu


melaka .Undang-undang keluarga bertujuan mewujudkan keharmonian dalam
keluarga dan menyelesaikan masalah yang dihapi oleh keluarga atau dalam
perkahwinan termasuklah dalam fasal 26 yang menyatakan bahawa
pernikahan memerlukan empat orang saksi ,jika tidak cukup memadai dua
orang sahaja .Hamba abdi dan Wanita tidak boleh menjadi saksi dalam
pernikahan.

4. Ekonomi

Perdagangan merupakan elemen penting yang menjadikan yang menjadikan


Kesultanan melayu melaka terkenal di seluruh dunia .undang-undang ini
mempunyai peraturan yang jelas tentang urusan niaga untuk mengawal
perdagangan di melaka agar tidak berlaku sebarang kesalahan yang
bertentangan dengan ajaran islam . contohnya dalam fasal 30, dinyatakan
amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan dan orang yang

5
menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh ,siuman dan perlu melafaskan
niat jual beli

KESAN HUKUM KANUN MELAKA

Hukum Kanun Melaka sungguh penting kerana menjadi panduan dalam


menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun
Melaka dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta
menjamin keselamatan rakyat. Dengan itu, perilaku jenayah di dalam negeri melaka
dapat diatasi dengan baik dan terurus. Hal ini demikian kerana setiap jenayah akan
dikenakan hukuman yang setimpal.sebagai contoh kesalahan membunuh akan
dibalas dengan hukuman bunuh. Ini sudah tentu akan menjadi peringatan dan rakyat
takut melakukan jenayah. sekaligus negara akan aman serta keselamatan rakyat
lain terpelihara.

Selain itu, Hukum Kanun Melaka penting sumber rujukan bagi menentukan
hukuman bagi kesalahan tertentu. Dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan
seadil-adilnya dan mengikut undang-undang negara. Tidak akan berlaku fenomena
"main hakim sendiri" dalam kalangan masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka
sudah memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan. Sebagai contohnya,
dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi hukuman awam atau undang-undang
awam yang menyentuh perkara-perkara seperti hutang, penyewaan tanah, harta dan
hamba. Selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi
perbuatan membunuh dan menikam orang, menetak dan memukul, merampas dan
mencuri, tidak menurut perintah raja dan menderhaka serta tuduh-menuduh.
Peruntukan hukuman yang lengkap dalam hukum kanun melaka ini sesungguhnya
telah menjadi panduan yang sempurna dalam menjalankan pemerintahan kerajaan.

Pentingnya Hukum Kanun Melaka juga terletak pada peranannya sebagai


menentukan pembahagian tugas, peranan serta struktur pemerintahan. Dalam
undang-undang tersebut, terkandung satu adat yang digelar Adat Lembaga yang di
dalamnya mengkanunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur.
Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja dan larangannya, perihal
peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan syahbandar dalam
membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran, memudahkan urusan
tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu dan
produktiviti. Maka nyatalah, Hukum Kanun Melaka dapat menjadi panduan dalam
menjalankan pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

6
Di samping itu, kepentingan Hukum Kanun Melaka turut terserlah bagi
mempertahankan sistem sosial. Ini turut dapat membezakan keistimewaan golongan
raja dengan rakyat jelata. Walaupun golongan pemerintah amat berbeza dan jauh
jurangnya dengan golongan yang diperintah, hak masing-masing sentiasa
terpelihara. Raja berada pada hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan negeri,
maka baginda menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu
tradisional. Taraf seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan
rakyat samada dari segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan. bagi
memastikan perbezaan antara raja dengan golongan rakyat biasa berkekalan, maka
diadakan pelbagai peraturan dan larangan tertentu ke atas rakyat supaya wujud
jurang antara pemerintah dengan rakyat, justeru memperkukuh kedudukan raja.
Misalnya, raja sahaja yang berhak memakai pakaian kuning, payung kuning,
pakaian nipis, keris berhulu emas. Rakyat dilarang menggunakan barang-barang
tersebut kecuali dianugerahkan oleh raja. Walau bagaimanapun, kedudukan hamba
terpelihara. Buktinya, sebahagian daripada peruntukan yang terdapat dalam Hukum
Kanun Melaka menjelaskan tentang undang-undang perhambaan. Undang-undang
ini memperakukan kedudukan hamba abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan seperti
barang, tetapi mempunyai hak yang tertentu. Tegasnya, Hukum Kanun Melaka
mengukuhkan institusi beraja di Melaka, mempertahankan sistem sosial yang adil.
Peruntukan yang telah termaktub ini sebenarnya menjadi panduan bagi menjalankan
pemerintahan baik melibatkan golongan bangsawan, rakyat jelata mahupun hamba.

7
KEPENTINGAN HUKUM KANUN MELAKA

Hukum Kanun Melaka sungguh penting kerana menjadi panduan dalam


menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun
Melaka dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta
menjamin keselamatan rakyat. Dengan itu, perilaku jenayah di dalam negeri melaka
dapat diatasi dengan baik dan terurus. Hal ini demikian kerana setiap jenayah akan
dikenakan hukuman yang setimpal.sebagai contoh kesalahan membunuh akan
dibalas dengan hukuman bunuh. Ini sudah tentu akan menjadi peringatan dan rakyat
takut melakukan jenayah. sekaligus negara akan aman serta keselamatan rakyat
lain terpelihara.

Selain itu, Hukum Kanun Melaka penting sumber rujukan bagi menentukan hukuman
bagi kesalahan tertentu. Dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan seadil-
adilnya dan mengikut undang-undang negara. Tidak akan berlaku fenomena "main
hakim sendiri" dalam kalangan masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah
memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan. Sebagai contohnya, dalam
Hukum Kanun Melaka mengandungi hukuman awam atau undang-undang awam
yang menyentuh perkara-perkara seperti hutang, penyewaan tanah, harta dan
hamba. Selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi
perbuatan membunuh dan menikam orang, menetak dan memukul, merampas dan
mencuri, tidak menurut perintah raja dan menderhaka serta tuduh-menuduh.
Peruntukan hukuman yang lengkap dalam hukum kanun melaka ini sesungguhnya
telah menjadi panduan yang sempurna dalam menjalankan pemerintahan kerajaan.

Pentingnya Hukum Kanun Melaka juga terletak pada peranannya sebagai


menentukan pembahagian tugas, peranan serta struktur pemerintahan. Dalam
undang-undang tersebut, terkandung satu adat yang digelar Adat Lembaga yang di
dalamnya mengkanunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur.
Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja dan larangannya, perihal
peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan syahbandar dalam
membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran, memudahkan urusan
tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu dan
produktiviti. Maka nyatalah, Hukum Kanun Melaka dapat menjadi panduan dalam
menjalankan pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Di samping itu, kepentingan Hukum Kanun Melaka turut terserlah bagi


mempertahankan sistem sosial. Ini turut dapat membezakan keistimewaan golongan
raja dengan rakyat jelata. Walaupun golongan pemerintah amat berbeza dan jauh
jurangnya dengan golongan yang diperintah, hak masing-masing sentiasa
terpelihara. Raja berada pada hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan negeri,
maka baginda menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu

8
tradisional. Taraf seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan
rakyat samada dari segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan. bagi
memastikan perbezaan antara raja dengan golongan rakyat biasa berkekalan, maka
diadakan pelbagai peraturan dan larangan tertentu ke atas rakyat supaya wujud
jurang antara pemerintah dengan rakyat, justeru memperkukuh kedudukan raja.
Misalnya, raja sahaja yang berhak memakai pakaian kuning, payung kuning,
pakaian nipis, keris berhulu emas.

Rakyat dilarang menggunakan barang-barang tersebut kecuali dianugerahkan oleh


raja. Walau bagaimanapun, kedudukan hamba terpelihara. Buktinya, sebahagian
daripada peruntukan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka menjelaskan
tentang undang-undang perhambaan. Undang-undang ini memperakukan
kedudukan hamba abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan seperti barang, tetapi
mempunyai hak yang tertentu. Tegasnya, Hukum Kanun Melaka mengukuhkan
institusi beraja di Melaka, mempertahankan sistem sosial yang adil. Peruntukan
yang telah termaktub ini sebenarnya menjadi panduan bagi menjalankan
pemerintahan baik melibatkan golongan bangsawan, rakyat jelata mahupun hamba.

9
RUMUSAN

Kesimpulannya, Hukum Kanun Melaka penting bagi melancarkan pemerintahan


negeri. Undang-undang ini yang awalnya dipengaruhi oleh agama Hindu, diresapi
unsur agama Islam yang ketara pada akhirnya. Hukum-hukum syarak ini meresap
secara beransur-ansur. Sesungguhnya, undang-undang ini sungguh lengkap,
menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan adat lembaga dan tanggungjawab
pembesar, hukuman awam dan perbuatan jenayah serta perkara-perkara berkaitan
dengan pertanian, perhambaan, dan kekeluargaan. Walaupun Hukum Kanun Melaka
diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan Islam sebagai rujukan namun
masih ada ruang yang bertentangan dengan syarak. Hal ini, Undang-undang Melaka
masih dipakai oleh undang-undang zaman sekarang.

10

Anda mungkin juga menyukai