Teks PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH 2023
Teks PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH 2023
SEKOLAH
Perhatian kepada murid yang dikasihi, Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu
diminta semua untuk senyap dan tumpukan perhatian kepada majlis yang akan
berlangsung sebentar lagi.
Ketibaan
• Diumumkan ketibaan Yang Dihormati, Koperal Nik Nurul Ain binti Mohamed
______________________________________________________________________
Nyanyian lagu
Lagu Negaraku,
Lagu Negeri Pahang
(LAGU)
Yang Dihormati Koperal Nik Nurul Ain binti Mohamed, Pegawai Perhubungan
Sekolah,
Yang Berusaha En. Kamaruddin bin Mat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai
Mas,
Yang Di Hormati, En. Ahmad Faizal bin Shamsuddin, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran,
En. Wan Sharahudin bin Wan Jusoh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Hadirin sekalian,
Tidak sempurna majlis kalau tidak dengan doanya, tidak sempurna iman kalau tidak
dengan rasa kehambaannya.
Untuk itu, bagi memohon restu dan keberkatan Illahi,..marilah kita bersama2 menadah
tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Noor Aiman bin
Mansor.
(Bacaan Doa)
Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.
___________________________________________________________________
Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan rasa takzim dipersilakan En.
Kamaruddin bin Mat, Guru Besar SK Sungai Mas untuk memberi ucapan.
Majlis mempersilakan….
__________________________________________________________________
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada guru besar atas sebentar tadi..
Majlis mempersilakan.
WATIKAH PELANTIKAN
Hadirin sekalian,
PADA PAGI INI, SERAMAI 35 ORANG MURID YANG AKAN MENERIMA WATIKAH
PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH,
KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS. MAJLIS HARI INI DIHARAP
DAPAT MENYUNTIK SEMANGAT DAN MENJADI PENDORONG KEPADA RAKAN-
RAKAN YANG LAIN.
Bagi menyempurnakan majlis, dipersilakan Koperal Nik Nurul Ain binti Mohamed,
Pegawai Perhubungan Sekolah diiringi oleh En. Kamaruddin bin Mat, Guru Besar SK
Sg Mas untuk menyempurnakan upacara watikah pelantikan pemimpin sekolah bagi
sesi 2022/2023.
Mendahului senarai penerima watikah pelantikan pada hari ini ialah Ketua Pengawas
Sekolah. Majlis dengan ini menjemput adik Nur Saida Shasha Erlina binti Azwan.
Seterusnya, Penolong ketua Pengawas, adik Nur Safiyah binti Abu. Diikuti oleh
pengawas-pengawas sekolah yang lain iaitu
adik……………………………………………………dipersilakan pula
adik……………………………………di ikuti ………………………………………..
Hadirin sekalian,
Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan adik Nur Saida Shasha Erlina binti
Azwan untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.
*Pergerakan Keluar*
Majlis juga mengucapkan terima kasih kepada Koperal Nik Nurul Ain binti Mohamed,
Pegawai Perhubungan Sekolah kerana menyempurnakan watikah pelantikan
sebentar tadi.
Bersurai
Majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Kamaruddin bin Mat, Guru Besar SK
Sg. Mas dan barisan pentadbir bagi mengiringi Koperal Nik Nurul Ain binti
Mohamed untuk meninggalkan majlis.