Anda di halaman 1dari 15

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

Jenis jenis hantaran

Kebolehan pemain menggunakan pelbagai cara hantaran merupakan suatu kelebihan kepadanya. Ini kerana bukan sahaja permainan kelihatan lebih menarik dengan pelbagai corak hantaran tetapi yang paling penting ialah mengelirukan serta menyukarkan pemain pasukan lawan membuat halangan.

Terdapat beberapa jenis hantaran dalam permainan bola jaring iaitu: Hantaran Aras Bahu Hantaran Aras Dada Hantaran Aras Atas Kepala Hantaran Lantun Hantaran Sisi

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

Hantaran Aras Bahu Hantaran aras bahu merupakan hantaran yang sering digunakan dalam permainan bola jaring. Hantaran ini mudah dilakukan, tetapi dalam masa yang sama agak sukar dikawal atau dihalang oleh pihak lawan. Cara-cara hantaran aras bahu dilakukan adalah seperti berikut:

Fasa Persediaan: 1. Berdiri dengan kaki dominan di hadapan (luas ikut keselesaan) 2. Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan. 3. Mata pandang sasaran.

Fasa Perlakuan: 1. Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang dibengkokkan. 2. Angkat tumit tangan supaya berat badan berpindah ke hadapan. 3. Luruskan tangan dan tolak bola dengan gerakan jari yang pantas. 4. Mata pandang sasaran.

Fasa Ikut Lajak: 1. Lontaran tangan dan jari ikut lajak ke arah lontaran. 2. Mata pandang sasaran.

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

Hantaran Aras Dada Hantaran aras dada adalah satu hantaran yang kuat, cepat dan untuk jarak yang tidak begitu jauh (2 meter). Ianya sesuai untuk tindakan yang pantas dan memerlukan pemain menghantar bola dengan segera serta tiada halangan di antara pemain dengan pasangan. Hantaran jarak dekat ini biasanya digunakan oleh WA untuk menghantar bola kepada GS yang berada di dalam kawasan gol. Cara-cara hantaran aras dada dilakukan adalah seperti berikut:

Fasa Persediaan: 1. Berdiri dengan kaki dominan di hadapan (luas ikut keselesaan) 2. Bengkokkan kedua-dua siku dan rapatkan ke badan. 3. Rapatkan tangan dan jari-jari ke dada. 4. Buka jari-jari dan menghadap ke atas kecuali ibu jari. 5. Mata pandangan sasaran.

Fasa Perlakuan: 1. Bawa berat ke kaki belakang (bengkokkan lutut) dan condongkan badan. 2. Menolak bola dengan meluruskan siku-siku dan diakhiri dengan tolakan jarijari. 3. Mata pandang sasaran. Fasa Ikut Lajak: 1. Kaki ikut lajak dan berat badan dibawa ke hadapan 2. Mata pandang sasaran.

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

Hantaran Aras Atas Kepala Hantaran atas kepala adalah sama seperti lontaran masuk bola yang dilakukan dalam permainan bola sepak, kecuali kedudukan kaki pemain yang agak longgar untuk permainan bola jaring ini. Hantaran ini selalunya digunakan apabila pemain yang membuat hantaran dihadang atau dihalang oleh pemain lawan. Hantaran atas kepala boleh digunakan dengan berkesan oleh penjaga gol (GK) dan pertahanan gol (GD). Biasanya kedua-dua pemain ini akan melompat dan menangkap bola di bawah tiang gol lalu menhantar bola ke tengah gelanggang. Dalam strategi serangan, hantaran ini berkesan digunakan bagi mempercepatkan pergerakan. Cara-cara hantaran aras atas kepala dilakukan adalah seperti berikut:

Fasa Persediaan:

1. Berdiri dengan kaki dominan di hadapan (luas ikut keselesaan) 2. Pegang bola dengan dua belah tangan, tangan dominan di bawah belakang bola dan sebelah tangan lagi di atas bola di sisi badan. 3. Buka jari-jari semasa memegang bola. 4. Berat badan berada di kaki belakang. 5. Mata pandangan sasaran.

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

Fasa Perlakuan:

1. Kilas badan ke arah tangan yang memegang bola. 2. Bengkokkan lutut dan bawa bola ke belakang. 3. Kilas badan pantas ke hadapan serentak dengan tolakan tangan ke hadapan. 4. Luruskan tangan ke hadapan dan ke atas lebih tinggi dari kepala. 5. Bola dihantar dengan tolakan kuat daripada tangan dan jari-jari. 6. 7. Angkatkan tumit untuk lonjakan. Mata pandang sasaran.

Fasa Ikut Lajak:

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

1. Pindahkan berat badan ke hadapan dengan membawa kaki belakang ke

hadapan. 2. Tangan dan jari-jari diluruskan dan dihulurkan ke bawah. 3. Mata pandang sasaran.

Hantaran Lantun Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul di satu-satu kawasan di dalam gelanggang, lebih-lebih lagi kawasan yang hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran jenis ini biasanya digunakan juga apabila pemain yang akan membuat hantaran cuba dihalang oleh pemain lawan di bahagian hadapannya yang mungkin akan membuat serkapan sekiranya hantaran jenis lain dibuat.

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

Hantaran lantun boleh dilakukan sama ada dengan sebelah tangan ataupun kedua-dua belah tangan. Hantaran ini juga dilakukan apabila pemain lawan atau penghalang lebih tinggi daripada pemain yang membuat hantaran atau menerima hantaran. Cara-cara hantaran lantun dilakukan adalah seperti berikut:

Fasa Persediaan: 1. Berdiri dengan kaki dominan di hadapan (luas ikut keselesaan) 2. Bengkokkan kedua-dua belah siku dan rapatkan ke badan. 3. Rapatkan tangan dan jari-jari ke dada. 4. Buka jari-jari dan menghadap ke atas kecuali ibu jari. 5. Berat badan di kaki belakang (bengkokkan lutut) dan condongkan badan. 6. Mata pandang sasaran.

Fasa Perlakuan: 1. Tindakan menolak ke bawah dengan meluruskan siku-siku dan diakhiri dengan meluruskan siku-siku dan akhiri dengan tolakan jari-jari. 2. Mata pandang sasaran.

Fasa Ikut Lajak: 1. Kaki ikut lajak dan berat badan bawa ke hadapan

Hantaran Sisi Satu lagi jenis hantaran dalam permainan bola jaring ialah hantaran sisi. Hantaran sisi boleh dilakukan pada kedudukan yang rendah dan ke bawah, iaitu jika penghalang dari pasukan lawan meluruskan tangannya ke hadapan. Hantaran sisi boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau dua belah tangan. Hantaran ini harus dilakukan dengan pantas dan pada kedudukan di bawah aras dada. Kaedah atau cara membuat hantaran sisi ini adalah hampir sama dengan

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

cara melontar bola baling. Bagaimanapun hantaran jenis ini jarang dilakukan kerana pemain mendapati ia agak sukar dan kadang-kadang tidak tepat sehingga menimbulkan kesukaran kepada penerima untuk menerimanya dengan sempurna. Cara-cara hantaran sisi dilakukan adalah seperti berikut: Fasa Persediaan: 1. Berdiri dengan kaki dominan di hadapan (luas ikut keseleseaan) 2. Pegang bola dengan dua belah tangan di sisi badan, tangan dominan di bawah belakang bola dan sebelah tangan lagi di atas bola untuk menyokong. 3. Buka jari-jari. 4. Bengkokkan lutut, berat badan di belakang. 5. Mata pandangan sasaran.

Fasa Perlakuan: 1. Badan dikilas sedikit ke arah tangan dominan dan bawa bola ke belakang pinggul. 2. Bengkokkan lutut dan rendahkan pinggul. 3. Hayunkan tangan ke sasaran sepantas yang boleh dan lepaskan bola. 4. Kilaskan pinggang ke hadapan serentak. 5. Luruskan lutut. 6. Mata pandang sasaran.

Fasa Ikut Lajak: 1. Kaki dan tangan ikut lajak selepas hantaran. 2. Mata pandang sasaran.

Latihan hantaran sisi menggunakan 3 jenis latihan iaitu: i. ii. Latihan bersendirian Latihan berpasangan

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

iii.

Latihan bertiga

Menjaring bola

Menjaring adalah satu lagi kemahiran penting dalam permainan ini. Setiap pemain perlu mahir membuat jaringan. Walaupun Cuma 2 orang pemain yang dibenarkan membuat jaringan, namun pemain-pemain lain perlu juga memahirkan diri dalam kemahiran menjaring kerana ada kalanya penjaring tidak dapat bermain dengan baik maka perlu dia digantikan oleh pemain lain.

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

Kawasan jaringan hanya boleh diduduki oleh pemain-pemain GS, GA, GK dan GD tetapi hanya GA dan GS sahaja yang boleh membuat jaringan sementara GD dan GK bertindak sebagai penghalang dari pasukan lawan. Jaringan dikira masuk apabila bola memasuki lilitan jaringan. Untuk menjadi penjaring, seseorang pemain mestilah cekap menangkap bola dan pantas berlari atau melompat apabila bola dihantar kepadanya. Terdapat beberapa cara jaringan yang boleh dibuat iaitu : Jaringan Statik Sebelah Tangan. Jaringan Sambil Berlari. Jaringan Sambil Melompat. Jaringan dengan Satu Langkahan.

Jaringan Statik Sebelah Tangan. Jaringan cara ini merupakan cara yang paling banyak digunakan oleh penjaring gol. Selain mudah dilakukan, jaringan ini juga memberikan masa dan keyakinan kepada penjaring kerana penjaring mempunyai masa yang cukup untuk membuat jaringan. perlakuan melakukan jaringan ini adalah seperti berikut : Pemain berdiri pada kedudukan yang seimbang dengan berat

badannya berada pada kedua-dua belah kaki. Tangan yang akan membuat jaringan berada di hadapan. Pemain meluruskan tangan dan tapak tangan terhulur ke atas

sambil jari terbuka dan bola berada di atas hujung jari dan ibu jari, tetapi bukan pada tapak tangan pemain. Pemain menghulurkan tangan ke atas supaya bola berada

sama tinggi dengan aras kepala dan menumpukan perhatian ke satu arah di dalam bulatan jaringan.

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

Pemain mengubah kedudukan dengan membengkokkan siku,

sambil tangan membawa bola ke aras muka pemain dan pada masa yang sama lutut dibengkokkan. Luruskan lutut dan menolak bola menggunakan tangan ke

arah jaringan. Ikut lajak bagi mengekalkan keseimbangan badan.

Untuk melakukan jaringan ini pemain hendaklah berlatih terutamanya dalam usaha mendapatkan keseimbangan badan dan jaringan yang tepat. Untuk ini pemain hendaklah berlatih membuat melakukan jaringan ini dari pelnagai sudut di dalam kawasan jaringan gol. Pemain juga boleh mempelbagaikan kemahiran menjaring cara statik ini seprti menggunakan kedua-dua belah tangan.

Menjaring Sambil Melompat. Menjaring sambil melompat ini adalah sama seperti menjaring statik dari segi perlakuannya. Yang membezakannya hanyalah kedudukan apabila hendak

membuat jaringan. Dalam jaringan sambil melompat ini, penjaring akan melompat

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

untuk melepaskan bola ke jaring. Selain itu persamaan lain yang terdapat pada jaringan cara ini dengan jaringan statik ialah dari segi kedudukan badan, kedudukan kaki serta kedudukan tangan pemain. Salah satu kelebihan pada jaringan cara ini ialah dengan melompat memberi peluang kepada penjaring merapatkan diri dengan jaring. Ini memberikan keyakinan yang tinggi kepada pemain ini.

Jaringan Dengan Satu Langkahan Dalam jaringan kaedah ini, pemain akan bergerak selangkah ke hadapan untuk menghampiri gol. Ini dilakukan jika terdapat ruang di hadapan pemain, atau jika tindakan pemain untuk membuat jaringan tidak dihalang oleh pemain lawan. Pemain akan melangkah ke hadapan dengan salah satu kakinya, lalu melontar bola melepasi tangan. Jaringan cara ini memberi kelebihan kepada pemain merapatkan diri dengan gol.

Jaringan Sambil Larian. Walaupun pada dasarnya, jaringan cara ini menarik dan mempunyai gaya tersendiri, tetapi undang-undang permainan berkaitan dengan gerak kaki tidak harus dikecualikan. Oleh itu pemain hendaklah memastikan supaya tindakan pemain membuat lompatan semasa menjaringkan gol tidak melanggar peraturan gerak kaki ini.

Dalam melakukan jaringan cara ini, pemain juga harus memastikan laluan bola ke arah gol tidak terhalang supaya mudah menuju ke arah gol. Perlakuan melakukan jaringan ini adalah seperti berikut : Pemain mendapat hantaran bola pada kedudukan berlari.

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

Pemain melompat dengan menggunakan kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola.

Pemain membuat jaringan sambil melompat; dengan kekuatan bola dan ketepatannya adalah daripada tolakan dan lompatan yang dilakukan pemain.

Ikut lajak selepas bola dilepaskan ke arah gol.

Bagaimanapun kelebihan menjaring cara ini ialah jaringan dapat dibuat dengan pantas sehingga boleh menyukarkan pemain lawan membuat halangan.

Kelemahan dalam Membuat Jaringan.

Pemain kurang atau tidak memberikan penumpuan langsung kepada pergerakan membuat jaringan.

Pemain berada pada kedudukan badan yang tidak seimbang. Pemain tidak melonjak dengan kuat dan betul. Kedudukan jari pemain tidak melingkungi bola. Ini merupakan satu kesilapan terhadap kemahiran asas permainan.

Terdapat beberapa jenis hantaran untuk menjaring iaitu:

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

1. Menggunakan Tiga Hantaran Penerima pertama (WD) Penerima kedua (WA) Penerima ketiga (GA)

2. Menggunakan Tiga Hantaran Penerima pertama (WA) Penerima kedua (GA) Penerima ketiga (GS)

3. Menggunakan Empat Hantaran Penerima pertama (C) Penerima kedua (GD) Penerima ketiga (GA) Penerima keempat (GS)

4. Menggunakan Empat Hantaran Penerima pertama (C) Penerima kedua (GA) Penerima ketiga (WA) Penerima keempat (GS)

KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARING QSS 1141 A

Dalam aktiviti-aktiviti di atas selain daripada memberi latihan untuk GS dan GA melakukan jaringan apabila bola diterima di dalam bulatan gol ia juga memberi latihan untuk hantaran tengah, kerja berkumpulan di antara pemain-pemain kawasan tengah. Latihan untuk menjaring perlu dilaksanakan supaya dapat memahirkan lagi aktiviti menjaring dengan berkesan. Antaranya ialah: Latihan menjaring ke arah tumpuan di mana ia boleh dilakukan pada dinding kosong ataupun gol sebenar. Menjaring dari kedudukan yang sama iaitu berdekatan dengan gol. Latihan membuat jaringan bebas dalam kawasan gol selama 5 minit seorang. Latihan berpasangan yang melibatkan 2 orang pemain di mana seorang menghantar dan seorang lagi menerima bola dan membuat jaringan. Latihan terakhir sama seperti latihan sebelum ini di mana apa yang membezakan ialah pemain akan melompat dan menjaring.

Melakukan Australian High Release Penjaring merasakan mereka adalah bebas dari penghadang apabila mereka memegang bola tinggi di atas kepala. Keadaan seperti ini memberikan penjaring suatu keadaan di mana penjaring berada dalam keadaan tumpuan yang menyeluruh terhadap jaringan.

Anda mungkin juga menyukai