Anda di halaman 1dari 15

BAB 3 : KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

3.1 NASIONALISME DI NEGARA KITA SEBELUM PERANG DUNIA

1. Apakah tindakan British bagi membendung pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah di
Tanah Melayu?
I Membakar risalah dan buku
II Menjatuhkan hukuman bunuh
III Memperkenalkan badan penyiasat
IV Memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2. Mengapakah penduduk Tanah Melayu menyokong seruan kerajaan Uthmaniyyah untuk


menentang penjajah?
A Pengeluaran fatwa
B Titah daripada Sultan
C Anutan agama yang sama
D Penerimaan bantuan senjata

3. Kegagalan perjuangan bersenjata Tok janggut menentang British menyebabkan orang Melayu
mengubah strategi perjuangan mereka.
Apakah strategi tersebut?
A Berpakat dengan kuasa Jepun
B Gerakan secara militan
C Menubuhkan parti politik
D Penulisan akhbar

4. Cerita Terkukur sering tersiar dalam akhbar Utusan Melayu,Lembaga Melayu,Lidah Teruna dan
Pengasuh pada tahun 1920.
Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh cerita tersebut?
A Kemerdekaan
B Kebebasan bersuara
C Pendidikan untuk wanita
D Peningkatan taraf hidup

1
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
3.2 LATAR BELAKANG PERANG DUNIA

5. Gambar 1 menunjukan suasana Perang Dunia Pertama yang telah tercetus pada tahun 1914.

Gambar 1

Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut?


A Pearl Harbour di serang
B Pembentukan kuasa Paksi
C Perancis bersekutu dengan Rusia
D Pembunuhan pewaris takhta Austria

6. Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun 1914 turut mengheret Britain ke kancah
peperangan.
Mengapakah Britain turut terlibat dalam peperangan tersebut?
A Sekatan ekonomi oleh Jerman
B Kapal dagang Britain diserang
C Jerman menceroboh Belgium
D Mempertahankan Serbia

7. Presiden Amerika Syarikat telah mencadangkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson sebagai
asas perdamaian perang dunia pertama.
Apakah prisip utama deklarasi tersebut?
I Penentuan nasib negara oleh rakyat
II Saiz angkatan tentera Jerman di kecilkan
III Penyerahan wilayah kepada Pihak Berikat
IV Sempadan negara berasaskan bangsa

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
8. Peta 1 menunjukan wilayah Jerman yang telah diserahkan kepada Pihak Berikat selepas Perang
Dunia Pertama.

Peta 1

Apakah faktor yang menyebabkan penyerahan wilayah tersebut?


A Perjanjian Versailles
B Deklerasi 14 Perkara Woodrow Wilson
C Pengistiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat
D The Trading With Enemy Enactment 1914

9. Perang Dunia Pertama memberikan kesan besar terhadap negara Eropah.


Apakah kesan tersebut?
I Keruntuhan Institusi beraja
II Kemunculan negara baru
III Ideologi komunis berkembang
IV Pemerintahan feudal diperkukuh

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
3.3 PERANG DUNIA KEDUA

10. Maklumat berikut berkaitan prinsip ideologi yang berkembang di Eropah selepas Perang Dunia
Pertama.

“kepentingan negara melebihi kepentingan individu”

Prinsip tersebut merujuk kepada ideologi


A Nazisme
B Fasisme
C Kamikaze
D Bushido

11. Tokoh berikut memainkan peranan penting dalam Perang Dunia Kedua.

Adolf Hitler

Apakah tindakan tokoh tersebut yang melanggar Perjanjian Versailles?


A Membina angkatan tentera
B Menjalinkan pakatan dengan Rusia
C Menamatkan hubungan diplomatik
D Mengeksport senjata ke luar negara

12. Mengapakah Itali tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles?


A Terpaksa mengecilkan saiz tentera
B Tidak menerima pampasan perang
C Itali tidak terlibat dalam rundingan
D Tidak diberikan tanah jajahan

4
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
13. Liga Bangsa-Bangsa berperanan memastikan keamanan dunia dan mewujudkan kerjasama
antarabangsa.
Apakah faktor kegagalan Liga Bangsa-Bangsa?
A Perluasan ideologi Komunis
B Kemelesetan ekonomi dunia
C Kegagalan menangani krisis pencerobohan
D Pengistiharan kemerdekaan kebanyakan negara

14. Rajah berikut berkaitan cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama.

Krisis Manchuria

Cabaran Liga Bangsa-Bangsa Perjanjian Pelucutan Senjata

X merujuk kepada
A Krisis Habshah
B Kemunculan Parti nazi
C Pencerobohan Belgium
D Perpecahan empayar Uthmaniyyah

15. Gambar 2 berkaitan suasana Perang Dunia Kedua di Eropah.

Gambar 2

Apakah faktor berlakunya perang tersebut?


A Penaklukan Jepun ke atas Manchuria
B Pencerobohonan keatas Belgium
C Serangan Itali ke atas Habshah
D Jerman menyerang Poland

5
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
16. Jerman melancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain dari September 1940 hingga Jun
1941.
Apakah kesan serangan tersebut terhadap Britain?
A Ekonomi terjejas
B Britain menyerah kalah
C Menarik diri dari Kuasa Bersekutu
D Britain mendapat pampasan perang

17. Operasi Barbossa merujuk kepada operasi ketenteraan Jerman keatas negara
A Belgium
B Rusia
C Britain
D Peranchis

18. Mengapakah operasi ketenteraan Jerman untuk menawan Rusia pada Perang Dunia Kedua
menemui kegagalan?
A Pemberontakan rakyat Rusia
B Strategi Pihak Bersekutu
C Kuasa paksi berpecah
D Musim sejuk

19. Apakah faktor kejayaan Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua?
I Kerjasama kuasa besar
II Keberkesanan strategi
III Persenjataan lebih moden
IV Pemimpin tentera yang berkaliber

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

20. Apakah strategi yang membawa kejayaan Tentera Bersekutu di Normandy ketika Perang Dunia
kedua?
A Pemimpin tentera berkaliber
B Penyebaran maklumat palsu
C Pasukan tentera yang ramai
D Penubuhan pasukan gerila

6
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
3.4 PERANG DUNIA KEDUA DI ASIA PASIFIK

21. Pemodenan Meiji telah menyebabkan Jepun memiliki kuasa tentera yang setaraf dengan Barat.
Apakah faktor berlakunya perluasan kuasa Jepun di Asia Pasifik?
A Menyebarkan ajaran Shinto
B Membina pangkalan tentera
C Membebaskan kawasan Asia
D Mendapatkan bahan mentah

22. Dibawah pemerintahan tentera, Jepun telah mewujudkan Orde Baharu bagi mengembangkan
pengaruh mereka ke seluruh Asia.
Apakah yang dimaksudkan dengan Orde Baharu tersebut?
A Menjadi kuasa perindustrian
B Menjadi negara contoh bagi Asia
C Membangunkan infrastuktur ketenteraan
D Menyingkirkan kuasa imperialisme Barat

23. Dasar perluasan kuasa Jepun telah menyebabkan negara tersebut dikenakan sekatan ekonomi
oleh beberapa negara Barat.
Apakah sekatan ekonomi tersebut?
A Perdagangan dihentikan
B Catuan bekalan makanan
C Tarif cukai barangan dinaikkan
D Bekalan mentah yang tidak berkualiti

24. Jepun telah melakukan serangan ke atas Pearl Harbour pada 8 Disember 1941.
Apakah kesan serangan tersebut terhadap Amerika?
A Kelumpuhan armada Laut
B Menyerah kalah kepada Jepun
C Melakukan serangan balas
D Ekonomi merosot

3.5 FAKTOR KEDATANGAN JEPUN KE NEGARA KITA

25. Apakah slogan yang digunakan oleh Jepun untuk menarik sokongan penduduk Asia dalam
Perang Dunia Kedua?
A Usir Kuasa Barat
B Berjuang Demi Asia
C Asia Untuk Orang Asia
D Kami Penyelamat Asia

7
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
26. Kapal perang British telah ditenggelamkan di perairan Kuantan ketika cuba menyekat kemaraan
Jepun ke negeri-negeri Pantai Timur di Tanah Melayu.
Apakah kapal tersebut?
I Repulse
II Prince of wales
III Electra
IV Tenedos

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

27. Rajah menunjukan kempen ketenteraan Jepun di Sabah.

19 Januari 1942
X

Kempen ketenteraan tamat

Apakah X?
A Labuan
B Sandakan
C Jesselton
D Beuford

3.6 DASAR PENDUDUKAN JEPUN NEGARA KITA

28. Tanah Melayu telah diberikan gelaran yang baru ketika pemerintahan tentera Jepun.
Apakah gelaran tersebut?
A Syonan-To
B Kita Boruneo
C Malai Baru
D Malai Syinbun

8
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
29. Gambar 3 menunjukan seorang tahanan perang sedang disoal siasat oleh Kempeitai ketika
pemerintahan tentera Jepun.

Gambar 3

Apakah yang dimaksudkan dengan Kempeitai?


A Perisik
B Penyiksa
C Polis Tentera
D Tentera Upahan

30. Andaikan anda seorang rakyat yang hidup era penjajahan Jepun.
Apakah tujuan Jepun mengiktiraf kedudukan istimewa Sultan dan Raja-Raja Melayu?
A Membalas bantuan yang diberikan
B Mendapatkan sokongan orang Melayu
C Menghormati amalan tradisional orang Melayu
D Menganggap Sultan setaraf dengan Maharaja Jepun

31. Maklumat berikut berkaitan institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh Jepun di Tanah Melayu.

- Menanamkan semangat politik Jepun


dikalangan masyarakat tempatan
- Pelatih diberikan jawatan dalam
pentadbiran kerajaan setelah tamat

Apakah institusi pendidikan tersebut?


A Tenno-Heika
B Koa-Kunrenjo
C Hakko-Ichiu
D Kimigayo

9
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
32. Gambar 4 berkaitan wang bermotifkan pokok pisang yang dicetak tanpa kawalan ketika era
pendudukan Jepun.

Gambar 4
Apakah kesan lambakan wang ini kepada ekonomi?
A Kadar jenayah meningkat
B Kadar kemiskinan berkurangan
C Pendapatan meningkat
D Inflasi berlaku

33. Maklumat berikut berkaitan dasar yang diperkenalkan oleh pemerintahan Tentera Jepun di
tanah Melayu.

- Catuan makanan
- Galakan tanaman makanan sendiri
-
Apakah tujuan Jepun memperkenalkan dasar tersebut?
A Mengelakan penentangan penduduk
B Mengurangkan makanan import
C Memajukan sektor perkilangan
D Kekurangan makanan

34. Kekejaman tentera Jepun kepada masyarakat awam di Tanah Melayu digambarkan melalui
penulisan novel.
Apakah novel tersebut?
A Nyawa Di Hujung Pedang
B Ke Makam Bonda
C Kerikir-Kerikir Tajam
D Anak Mat Lela Gila

10
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
3.7 PERJUANGAN RAKYAT MENENTANG PENDUDUKAN JEPUN

35. Tokoh berikut merupakan pejuang yang terlibat menentang pendudukan Jepun di Tanah
Melayu.

Adnan Saidi Ibrahim Alla Ditta Yaakob Bidin

Bagaimanakah tokoh tersebut menentang Jepun?


A Menyertai Gerila Melayu Kedah
B Menyertai Rejimen Askar Melayu
C Menyertai Wataniah Pahang
D Menyertai Force 136

36. Maklumat berikut organisasi yang ditubuhkan untuk menentang Jepun.

- Menggunakan taktik gerila


- Menerima latihan di Sekolah Latihan Khas di Singapura
- Terdapat 8 Rejimen di seluruh Tanah Melayu

Apakah organisasi tersebut?


A Parti Koumintang
B Parti Komunis Malaya
C Oversea Anti Japanese Army
D Malayan Peoples Anti japanese Army

37. Rajah berikut berkaitan seorang tokoh penentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

X Menerima jolokan sebagai Harimau Malaya

Siapakah tokoh X tersebut?

A Adnan Saidi
B Yeop Mahidin
C Mahmood Mahyudden
D Tunku Abdul Rahman

11
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
38. Maklumat berikut berkaitan tokoh wanita yang terlibat dalam penentangan terhadap
pendudukan Jepun.

- Seorang jururawat yang berani


- Memberikan bantuan ubat-ubatan
- Mendapat anugerah pingat King
George

Siapakah tokoh tersebut?


A Khatijah Sidek
B Suriani Abdullah
C Sybil Khatigasu
D Zainon Munshi Sulaiman

39. Pergerakan anti Jepun di Sarawak dilaksanakan melalui penubuhan Operasi Semut oleh tentera
Bersekutu.
Apakah objektif operasi tersebut?
A Mendapatkan maklumat risikan
B Memberikan bantuan perubatan
C Meluaskan pengaruh komunis
D Melaksanakan perang saraf

40. Pemberontakan terhadap Jepun di Sabah telah dilaksanakan melalui Pemberontakan Jesselton.
Pemberontakan ini diketuai oleh
A Tun Mustapha Datu harun
B Mohd Salleh Hj Sulaiman
C Albert Kwok
D Lim Bo Seng

3.8 PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME TEMPATAN DAN PENDUDUKAN JEPUN

41. Slogan “Asia Untuk Asia dan Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya” yang digunakan Jepun
berjaya mendapat sokongan pertubuhan radikal di Tanah Melayu.
Apakah pertubuhan tersebut?
A Gerakan Islah
B Gerakan Fisabillilah
C Kesatuan Melayu Muda
D Persatuan Sahabat Pena Malaya

42. Jepun telah menubuhkan pasukan Giyu Gun untuk membantu mempertahankan Tanah Melayu.
Giyu Gun merujuk kepada
A Tentera elit
B Tentera sukarela
C Pasukan Polis
D Pasukan Perisik Jepun

12
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
43. Apakah tujuan penubuhan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ketika pendudukan
Jepun?
A Mendapatkan kemerdekaan
B Menyokong pihak Bersekutu
C Melaksanakan tindakan subversif
D Memupuk perpaduan orang Melayu

44. Bagaimanakah perkembangan politik di Sarawak ketika pendudukan Jepun?


I Penubuhan Persatuan Cina Seberang laut
II Kaum Melayu sahaja dibenarkan berpolitik
III Pengharaman sebarang bentuk pergerakan politik
IV Rakyat tempatan diberikan jawatan yang tinggi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3.9 KEADAAN NEGARA KITA SELEPAS KEKALAHAN JEPUN

45. Amerika Syarikat telah menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada bulan Ogos
1945.
Apakah kesan peristiwa tersebut kepada pihak Jepun dalam perang Dunia Kedua?
A Menyerah kalah
B Melakukan serangan balas
C Melumpuhkan ekonomi Jepun
D Meningkatkan pertahanan udara

46. Rajah berikut berkaitan Perang Dunia Kedua.

- Digelar little Boy


- 6 Ogos 1945
X -
- Digelar Fat Man
- 9 Ogos 1945
-
X merujuk kepada
A Pesawat tempur
B Kereta Kebal
C Bom atom
D Periuk api

13
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
47. Gambar 5 menunjukan peristiwa penting yang berlaku antara Pihak Bersekutu dan Jepun ketika
penghujung Perang Dunia Kedua.

Gambar 5

Apakah mesej yang cuba disampaikan melalui gambar tersebut?


A Jepun menyertai pakatan baru
B Pihak Bersekutu menyerah kalah
C Pihak Bersekutu mengiktiraf kuasa Jepun
D Jepun mengakui kekalahan dalam perang

48. Maklumat berikut berkaitan kekejaman Bintang Tiga di Tanah Melayu selepas pengunduran
tentera Jepun.

- Memerintah Tanah Melayu selama 14 hari


- Menjalankan undang-undang sendiri
- Melakukan penyiksaan dan pembunuhan

Apakah tindakan orang Melayu dalam menghadapi kekejaman ini?

I Membentuk Gerakan Fisabililah


II Menyertai Rejimen Askar Wataniah
III Menggerakan pasukan Tentera Semut
IV Menubuhkan Tentera Selempang Merah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA
49. Tokoh berikut bertanggungjawab dalam menjernihkan hubungan antara kaum akibat
kebangkitan orang Melayu menentang Bintang Tiga.

Dato Onn Jaafar

Apakah usaha yang dilakukan oleh beliau?


A Melakukan pemantauan
B Mengatur perundingan
C Mengenakan perintah berkurung
D Membahagikan kawasan petempatan

50. Ketegangan kaum turut berlaku di Sarawak selepas Jepun menyerah kalah.
Apakah tindakan yang dilakukan oleh Tentera Australia di Kuching untuk mengelakan
pertumpahan darah?
A Pelantikan wakil kaum dalam pentadbiran
B Perundingan antara pemimpin kaum
C Undang-undang darurat
D Perintah berkurung

15
MOHD RADZI MRM TUN GHAFAR BABA

Anda mungkin juga menyukai