Anda di halaman 1dari 1

5.

0 PERBINCANGAN DAN PENUTUP

Kemahiran penyoalan merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam
bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan
interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada
pembinaan konsep-konsep, memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan
percaya diri sendiri kepada pelajar. Melalui teknik penyoalan ini, guru akan menerangkan isi-isi
penting agar pelajar dapat memahami serta membolehkan pelajar meningkatkan pemikiran
mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Kemahiran menyoal dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan antara suatu perkara
yang penting dalam menguasai ilmu pengetahuan. Dalam bilik darjah, setiap pelajar akan
mengemukakan soalan kepada guru bertujuan untuk memahami setiap konsep yang disampaikan
oleh guru semasa di dalam kelas. Melalui teknik penyoalan ini, guru akan menerangkan isi-isi
penting agar pelajar dapat memahami serta membolehkan pelajar meningkatkan pemikiran
mereka ke tahap yang lebih tinggi. Melalui teknik penyoalan ini pelbagai ilmu dapat dikuasai
oleh setiap pelajar sama ada di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menegah
mahupun di IPT-IPT. Melalui teknik seperti ini juga dapat membantu pelajar supaya bergiat
secara aktif dalam menguasai bidang ilmu dengan lebih giat lagi. Guru juga perlulah
mengemukakan soalan kepada pelajar agar pelajar dapat berfikir mengenai topik yang dipelajari
supaya mereka dapat memahami dengan mudah dan berkesan. Oleh itu, kemahiran menyoal
dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting dapat bidang pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai