Anda di halaman 1dari 145

BADAI PASTI BERLALU

BPB_01 :: GADIS TEPIAN TEBRAU ::


PANTAI STULANG, JOHOR…
 
Seorang gadis berambut lurus separas bahu begitu leka melayan perasaan
tanpa menghiraukan senja yang hampir berlabuh. Gadis berbaju kurung
merah bata itu begitu setia duduk di bawah pohon nyiur gading di tepi pantai
Stulang itu. Panorama kota singa yang mula bermandi cahaya di seberang
tidak menarik perhatiannya. Mata bundarnya tajam merenung lautan,
memerhati bebuih ombak, bibir merahnya sesekali seakan bergerak
mengeluarkan bicara, mungkin cuba menzahirkan apa yang ditafsirkan oleh
mindanya, tercetus dari objek yang terbentang di depannya. Hatinya di
pagut rasa sayu di bawah langit yang semakin menjingga itu.
 
Bukan sekali dua dia berada di situ, bukan baru hari ini bayu senja meyapu
wajahnya. Bahkan, angin pantai inilah yang setia mengalunkan rambut
halusnya. Entah mengapa setiap kali hatinya gundah, dia akan berada di sini.
Bagaikan ada sesuatu yang mendorong dia untuk setia mengunjungi tempat
ini. Hati dia tenang sekali jika dapat menyaksikan panorama senja di sini,
matanya bagaikan sudah terbiasa dengan pukulan dan alunan ombak di
pantai ini. Dia arif mentafsirkan makna yang tersirat di dalam setiap alunan
badai yang menyapa tepian pantai ini. Dirinya juga bagaikan pasir pantai,
tetap setia walau di hempas badai, kadangkala turut hanyut di bawa ke
tengah laut, karam, tapi, akhirnya akan terdampar kembali ke tempat
asalnya.
 
Hari ini genap 12 tahun insan yang paling dia sayangi pergi meninggalkan
dirinya. Dia tidak pernah lupa tarikh yang meninggalkan kesan di hatinya ini.
Saban tahun dia pasti akan meluangkan masa untuk mengunjungi pusara
Mahmudiah dan diakhir langkahnya pasti ke pantai ini. Kenangan lama itu
sukar untuk dia pisahkan dari fikirannya, memori pahit itu begitu jitu dalam
jiwanya. Sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya untuk terus mengimbau hari
yang penuh bersejarah itu, sejarah kedukaan dia sebagai anak yang
kehilangan, anak yang mula ketandusan kasih sayang.
 
Dirinya sentiasa di cengkam kenangan lama. Dia kadangkala bosan, namun
dia memerlukan kenangan itu untuk dirinya hari ini. Tanpa kenangan itu
sudah pasti dirinya sudah lama kehilangan arah hidup. Dia terus bernafas
untuk satu janji, jasadnya segar berdiri juga untuk memenuhi janji itu. Azam
dan impiannya tidak pernah luntur untuk mengejar impian hidupnya,
sekalian berterusan mengotakan janji yang tiada titik pengakhiran itu. Dan
kalau bukan kerana janji itupun, dia pasti akan tetap hidup untuk insan yang
dia sayangi, melaksanakan tanggungjawab yang sememangnya terletak di
bahu setiap insan yang di lahirkan di dunia ini. Dia tidak memberikan apa-
apa reaksi untuk sebuah janji itu namun, dia mula menanam niat untuk tidak
melupakan kata-kata itu. Biarlah seribu dugaan dan halangan mendatang,
dia akan setia berpihak dan menghambakan diri untuk sebuah janji itu.
 
Bahagia, musim itu sudah lama berlalu, musim indah itu bukan lagi milik
dirinya. Kini, perkataan itu tidak membawa sebarang makna di dalam
kehidupannya. Kebahagiaan hidupnya sudah lama pergi, hilang, lenyap
bersama orang yang selama ini mencurahkan kebahagian kepada dirinya.
Hidupnya kini hanya untuk kebahagiaan insan yang dia sayangi. Bahagia
dirinya tidak dia pedulikan lagi. Bukan tidak pernah membahagiakan diri tapi,
kerapkali usahanya kecundang di tengah jalan. Lalu, kini dia hanya pasrah
mengikut keadaan dan putaran waktu. Sungguh! Dia gelisah setiap kali
menanti embun pagi, hatinya gentar menghadapi pancaran matahari.
Namun, dia redha jika itu memang bahagian yang telah tersurat untuknya
oleh ilahi.
 
Sekali lagi, hati dan fikiran gadis itu tenggelam di bawa arus kenangan lalu...

BPB_02 :: TENGGELAM DALAM KENANGAN ::


“Abah, maafkan Iman. Iman sayang abah” Iman membisik perlahan bila tiba
gilirannya mengadap abah yang terlantar sakit di atas katil. Sebuah ciuman
kudus menyapa wajah lelaki itu. Abah hanya tersenyum kecil, mengerdip
perlahan matanya memandang wajah polos Iman yang berdiri di sisi katil.
“Aina, jadi anak yang baik, jaga ibu ya sayang” Abah berkata perlahan.
Pertama kali semenjak kecil ayah memanggil namanya Aina. Sungguh! Iman
terharu, panggilan itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam ke dalam
dirinya. Bagaikan ada makna yang tersirat di sebalik panggilan terakhir itu.
“Selamat tinggal sayang” Ucapan abah yang terakhir sebelum pergi
meninggalkan kami sekeluarga. Iman segera berundur kebelakang, seakan
tidak percaya orang yang dia sayangi telah pergi buat selama-lamanya.
“Abang……” Ibu meraung, disertai tangisan hiba Kak Ain dan Irma. Iman
hanya mampu tersandar lemah di dinding bilik, buat seketika dia seakan
terpana.
 
“Ini semua salah kau Aina, kalau tidak kerana kedegilan kau, abah tak akan
pergi meninggalkan ibu” Tiba-tiba terdengar jeritan ibu memecah keheningan
malam.
“Anak tak guna! Anak derhaka! Pergi kau dari sini!” Ibu menjerit ke arah
Iman. Matanya mencerlung merah.
“Maafkan Aina bu” Iman bersuara perlahan, dia sudah mula membahasakan
dirinya dengan nama yang dulunya dia sendiri tidak sukai. Kak Ain dan Irma
melontarkan jelingan tajam kepadanya. Lambat-lambat Iman melangkah
keluar, menyembunyikan diri di dalam bilik.
 
Jiran tetangga mula memenuhi ruang dan halaman rumah. Semenjak
malam, jiran dan sedara-mara tidak berhenti melawat jenazah abah yang
akan di kebumikan sebelum zuhur. Iman masih setia duduk bersimpuh di
sebelah jenazah abahnya di ruang tamu. Airmatanya bagaikan sudah kering,
dia sudah puas menangis semalaman. Hati kecilnya begitu sedih
mengenangkan diri yang kini sudah jauh tersisih dari keluarga sendiri,
terutamanya ibu. Wanita itu semenjak abah terlantar sakit seakan cuba
menjauhi dirinya. Jarang sekali sinar kasih terpancar di mata ibu di saat
menatap wajahnya. Saat ini, sinar itu langsung tidak terbias, yang ada hanya
renungan tajam yang mengecutkan hati Iman. Walaupun masih kecil, namun
Iman amat mengerti makna yang tersirat di sebalik renungan tajam itu. Ibu
membenci dirinya.
 
“Iman, takziah” Sebaris ayat keluar dari seorang budak lelaki yang sangat
dia kenali. Sekilas Iman menoleh ke wajah budak itu beserta seulas
senyuman pahit.
“Iman sudah pergi Ziq. Iman pergi bersama abah” Lirih suaranya saat
menuturkan sebaris ayat itu. Entah mengapa, Iman merasakan dirinya kini
kosong, semalam dan hari ini dia bagaikan dua manusia yang berbeza. Dia
seakan tidak percaya!
“Selepas ini kau pula pergi tinggalkan aku kan?” Iman bersuara perlahan
namun matanya memandang kosong ke arah beberapa lelaki yang sedang
mengusung keranda abah menuju ke tanah perkuburan. Kakinya begitu
berat untuk turut sama mengiring abah ke tempat persemadian itu. Biarlah
dia di rumah ini, Iman sekadar menghantar pemergian abahnya dari jauh.
“Aku akan tetap ingatkan kau sebagai kawan aku yang terbaik Iman. Jaga
diri ok” Iman hanya mampu mengangguk perlahan mendengar pesanan dari
rakan sepermainannya itu sebelum berlalu ke dalam rumah.
 
Kini, siapa lagi yang akan Iman ada. Abah orang yang dia sayangi telah
pergi, Haziq, satu-satunya kawan rapatnya juga akan mengikut ibu bapanya
berpindah ke Kuala Lumpur. Iman tidak mempunyai datuk dan nenek tempat
bermanja. Abah, anak yatim piatu sedari kecil manakala ibu pula berasal dari
selatan Siam. Dia tidak pernah tahu akan keluarga ibu. Kini, kami hanya
tinggal berempat di taman perumahan kerajaan di pinggir bandar Johor
Bahru. Iman tidak mempunyai kawan yang ramai di sini terutamanya kawan
perempuan. Mungkinkah selepas ini akan ada dahan tempat untuk dia
berpaut, akan adakah insan yang sudi mengusir kesedihan dan kesepian
yang mula bertamu di dalam hidupnya ini. Atau, sememangnya hakikat anak
kecil seperti dia ini hanya perlu mengikut arus kehidupan, terusan
membiarkan diri di bawa arus, dilambung ombak, ataupun di hempas badai.
Kalau sudah begitu suratan hidupnya, maka Iman rela menempuhinya.
Hanya satu yang di pohon, janganlah ibu menyingkirkan dirinya dari keluarga
ini. Iman tidak dapat membayangkan jika perkara itu benar-benar berlaku
kepada anak kecil sepertinya, kemana dia harus membawa diri?

BPB_03 :: DUNIA SEORANG IMAN ::


Iman terlewat hampir setengah jam ke tempat kerja. Mujur Kak Seri pemilik
café tempat dia bekerja ini seorang yang baik hati dan bertimbang rasa.
Inilah dunia Iman semenjak hampir 6 tahun yang lalu. Setia bekerja di
bakeri milik kat Seri. Café ini bagaikan rumah kedua bagi dirinya, hati
seorang Iman akan lembut beralun, fikirannya tenang dalam kedamaian,
wajahnya ceria, dirinya gembira di saat  memijakkan kaki ke tempat itu.
Setiap derap langkah melontar jauh rasa gundah yang merantai di hatinya.
Kerenah dan kemesraan pekerja di sini membuatkan dia lupa akan segala
kesedihan yang setiap kali mengekori dirinya dari rumah.
 
“Aiks, lambat Kak Aina datang hari ni, kenapa?” Laju saja Sufi bertanya
sebaik ternampak wajah Iman di muka pintu cafe.
“Biasalah ada hal sikit kat rumah tadi. Lagipun hujan kat tengah jalan, tu
yang lambat” Iman beralasan.
“Oh…ingatkan akak pergi dating tadi”
“Manalah akak ni ada pakwe Sufi, rupa tak ada lagikan pula harta, nak jeling
pun orang tak sudi” Iman tersenyum memandang Sufi, gadis lepasan STPM
yang baru saja bekerja di Seri’s Bakery N Café ini.
“Eh, siapa kata akak tak lawa. Sekali imbas macam Norjuma tapi.. versi tak
pakai tudunglah, comel apa. Akak tu aje yang jual mahal kot”
“Hah iyelah tu Sufi. Kalau akak jual murah, sepuluh kali imbas pun belum
tentu ada orang nak beli” Sufi tergelak besar sebelum dia menghilangkan diri
ke belakang.
 
“Eh, saya nak beli akak boleh?” Tiba-tiba Fahmi menjerit agak kuat. Remaja
sebaya Sufi itu walau sedang mengelap meja masih sempat mendengar
perbualannya dan Sufi sebentar tadi.
“Hello En. Fahmi, awak tu belum cukup umur lagi. Result STPM pun belum
tahu, ada hati nak kat anak dara orang eh”
“Alah akak ni, kasilah saya can. Teringin jugak saya nak jadi pakwe akak”
“Ok, sepuluh ribu boleh?”
“Awat mahal sangat kak, manalah saya nak cari duit banyak tu”
“Lor, orang dah bagi can tak nak pulak, terpaksalah akak offer kat orang
lain” Iman ketawa gelihati. Fahmi menggaru kepala memandang ke arahnya.
Seketika, Iman terpandang kelibat seorang lelaki di luar cermin yang sedang
leka memandang ke dalam café. Apabila mata mereka bertembung, dia
sempat memberikan seulas senyuman sebelum berlalu.
 
Iman leka membuat kerja di dalam pejabat kecil yang terletak di tengah
antara ruang depan dan dapur café. Sudah hampir 3 tahun dia dilantik oleh
Kak Seri untuk menguruskan akaun dan hal-hal pengurusan di café milik
wanita itu. Sebelum ini Iman bekerja di bahagian dapur, kemudian menjadi
juruwang sebelum menguruskan bahagian akaun. Iman amat berterima
kasih kerana telah diberikan kepercayaan oleh Kak Seri. Kak Seri juga
menghantar dia ke kelas akaun memandangkan dirinya memang tiada asas
di dalam bidang itu. Semasa di sekolah menengah dia mengambil aliran
sains tulen dan tidak pula mengambil subjek prinsip akaun sebagaimana
beberapa rakan sekelasnya. Kini, dia boleh di katakan arif juga mengenai
hal-hal yang berkaitan dengan dunia perakaunan dan pengurusan kakitangan
tapi tidaklah sehebat orang lain. Dia bersyukur di kurniakan bos yang sebaik
Kak Seri, wanita itu tidak pernah menyekat malah sentiasa memberikan
peluang kepada orang lain. Setiap kejayaan dan kelebihan wanita itu turut di
kongsi bersama dengan para pekerjanya.
 
“Kak Aina, nak ikut kita orang keluar makan?” Tanya Saiful di sebalik pintu.
Kelihatan Sufi, Fahmi dan Mira di belakangnya.
“Tak mengapalah, akak masih kenyang. Kamu semua pergilah. Kak Milah
pergi juga ke?”
“Tak, makcik tu jaga badan agaknya. Nak jadi macam Ziana Zain kot” Fahmi
menjawab pantas. Anak muda itu memang suka bergurau.
“Pandailah awak Fahmi. Sudah pergi cepat nanti terlewat balik pulak” Arah
Iman seraya melangkah keluar mendapatkan Kak Milah di bahagian belakang
café.
“Tak nak pesan apa-apa?” Dia hanya menggeleng kepala menjawab
pertanyaan Mira.
 
“Kak Milah, hari ni biar Aina tolong akak buat pai ayam. Ok?”
“Alah tak payahlah Aina. Akak boleh buat. Kamukan ada kerja lain”
“Aina nak buat jugak. Lagipun bukan Aina tak biasa. Dulu inilah kerja Aina
kak, tepung dan inti sudah sebati dengan diri Aina kak” Iman memberi
alasan, sebuah hakikat hidupnya.
“Ok, suka hati kamu lah Aina. Buat sedap-sedap tau, yang macam selalu tu”
“Ok, set Cik Puan Milah” Sahut Iman, sengaja ingin bergurau dengan wanita
itu. Satu cubitan hingap di lengannya sebaik Kak Milah menghulurkan bahan-
bahan untuk membuat pai ayam.
 
Iman leka menyediakan ramuan pai ayam. Jika mempunyai kelapangan pasti
dia akan mengambil peluang untuk membantu Kak Milah, menyediakan
sesuatu, semuanya sudah mempunyai sukatan, dia hanya perlu
membancuhnya saja. Kak Milah pula sedang duduk memerhatikannya sambil
menunggu kek yang dibakarnya masak. Tengah hari begini pelanggan agak
kurang berbanding pada waktu pagi dan petang. Siapalah yang hendak
makan roti dan kek pada waktu tengah hari walaupun kami turut menerima
tempahan makanan sampingan lain di café ini. Orang Malaysia biasanya akan
mencari nasi walau di mana mereka berada untuk santapan tengah hari
ataupun malam. Dia sendiri pun begitu juga. Sehari tidak bertemu nasi
dirasa bagaikan ada yang tidak kena dengan perut, tidak lengkap putaran
hidupnya. Mujur juga badannya bukan jenis yang cepat naik.
 
“Aina, ibu kamu sihat?” Tiba-tiba Kak Milah bertanya.
“Erm, alhamdulillah sihat kak, cuma ibu sibuk sikit kebelakangan ni, banyak
tempahan. Kenapa kak?”
“Saja akak tanya, lama tak nampak dia. Ibu kamu masih seperti dulu lagi
dengan kamu Aina?” Pertanyaan Kak Milah di biarkan sepi. Tiba-tiba hatinya
tersentuh.
“Banyakkan bersabar ya Aina, semuanya pasti akan berakhir dengan baik.
Percaya cakap Kak Milah ni” Kak Milah menepuk bahunya perlahan. Iman
meneruskan membuat lapisan pai, cermat dia memasukkan lapisan pai itu ke
dalam mangkuk acuan. Setelah siap dia meninggalkan pai-pai itu kepada Kak
Milah untuk membakarnya.

BPB_04 :: KASIH IBU ::


Ibu. Iman mengeluh perlahan setiapkali lidahnya menyebut panggilan itu
semenjak sekian lama. Hatinya seakan sayu, merintih, kesedihan tanpa
sesaat bertamu tatkala bibirnya menyebut nama itu. Kemana perginya kasih
sayang seorang ibu? Puas sudah Iman memikirkannya, sudah jemu hati ini
mencari di mana kesilapan diri. Ibu masih seperti dulu, masih lagi
meminggirkan kewujudan dirinya di dalam keluarga kecil ini. Mengapa ibu
boleh melayan mesra Kak Ain dan Irma, mengapa ibu tidak teragak-agak
mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada adik-beradik dia yang berdua
itu. Ibu sentiasa menunjukkan belaian mesra kepada Kak Ain dan Irma.
Tetapi, mengapa dengan dirinya ibu seakan kaku, ibu memandang sepi
tatkala wajahnya menyapa mata tua itu, bagai ada sebuah dendam di sebalik
lirikan wanita itu. Sunguh! Iman jadi terasing di dalam kelompok
keluarganya sendiri.
 
Abah telah lama pergi meninggalkan Iman sekeluarga. Abah pergi kerana
serangan angin ahmar setelah terjatuh di halaman rumah. Dan abah jatuh
angkara seorang anak kecil bernama Iman! Barangkali di sebabkan itu, ibu
seakan berdendam dengan dirinya, ibu menyalahkan dia sepenuhnya, dia
yang menjadi punca abah pergi meninggalkan ibu. Tapi, tidakkah ibu tahu,
semuanya ketentuan takdir ilahi, tidakkah ibu sedar yang Iman sewaktu itu
baru menginjak remaja, baru ingin mengenali erti dunia, erti sebuah
kehidupan. Waktu itu, dia hanya seorang anak kecil, dikurniakan jiwa yang
suka memberontak. Dia sentiasa mengikut naluri dan perasaan yang terlintas
tanpa memikirkan impak dan tempias yang menanti di hujung jalan. Dan,
tidakkah ibu mengerti bahawa dia juga mempunyai rasa yang sama dengan
ibu terhadap abah, dia sayangkan abah melebih dirinya sendiri, tulus, kasih
seorang anak untuk bapanya. Iman turut merasa kehilangan.
 
Kadangkala, Iman turut menyalahkan dirinya sendiri di atas apa yang terjadi.
Dia menerima segala kedinginan, cemuhan dan renungan tajam ibu dengan
redha. Dia menganggap semuanya itu sebagai hukuman dan mungkin juga
balasan di atas segala kesalahan dirinya lewat musim lalu. Tidak sesekali dia
membantah apatah lagi menunjukkan rasa marah. Iman hadapi semua
bagaikan orang yang tidak berperasaan. Hatinya kosong tanpa sekelumit pun
perasaan dendam. Cuma dia terasa sedikit kecewa, jauh hati dengan layanan
ibu dan juga kakak dan adiknya. Ain Nafissa dan Irma Liana seakan turut
bersatu hati dengan ibu, mereka meletakkan kesalahan di bahunya seorang.
Namun, Iman pasrah jika itu tanggapan mereka. Mungkin juga ada hikmah
di sebalik duka yang membaluti kehidupannya ini.
 
Sebenarnya, Iman sendiri tidak berapa ingat apa yang terjadi, kejadian yang
membawa insan yang mereka semua sayangi pergi tidak kembali. Semuanya
samar-samar di mata dan fikirannya. Dia tidak dapat mengingati sepenuhnya
kisah yang telah lama berlalu kira-kira 12 tahun berlalu, sewaktu itu dia baru
saja selesai menghadapi UPSR. Kini usianya menjangkau 24 tahun. Apa yang
dia ingat, suatu petang abah melarang dirinya untuk pergi mengikut Haziq
anak jiran tetangga kami untuk pergi memancing di kolam tidak jauh dari
taman perumahan. Namun begitu, dia berdegil mahu pergi tanpa
menghiraukan panggilan abah yang mengejar dirinya dari belakang. Iman
laju saja mengayuh basikal tanpa menoleh lagi ke arah abah. Dan
sekembalinya dia ke rumah, dia dapati abah sudah pun terlantar sakit di
ruang tamu, ibu menangis di samping abahnya. Kak Ain dan Irma memeluk
ibu erat. Mereka berdua turut menangis hiba. Matanya hanya memandang,
tidak pula turut sama mencurahkan airmata. Dan semuanya berlalu begitu
pantas, seminggu kemudian, abah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
 
Menurut ibu, dirinya anak yang tidak mendengar kata, degil dan kasar. Ya,
memang tidak di nafikan dia di kurniakan hati yang agak keras, perwatakkan
dia sedikit kasar tetapi dia bukan anak derhaka. Iman menuruti setiap
perintah ibu dan abah. Sedari kecil memang dia agak rapat dengan abah
berbanding ibu. Mungkin juga perwatakkannya yang seperti lelaki lalu dia
lebih senang berdampingan dengan abah berbanding ibu, kakak dan adiknya.
Iman selalu mempersoalkan tentang keunikan namanya yang juga seperti
lelaki itu. Abah memanggil namanya Iman dan ibu kerap membantah. Tapi
dia senang sekali, bukankah namanya Iman Nuraina lalu apabila ibu
memanggil Aina dia akan memekakkan telinga. Ibu tidak marah tapi Iman
tahu wanita itu tidak senang sekali dengan kedegilan dirinya waktu itu.
Iman, kerap menjadi punca pertelingkahan di antara ibu dan abah dan
kerapkali juga abah yang akan mengalah namun masih tetap berpihak pada
dirinya, itupun jika benar kesalahan bukan angkara seorang Iman.
 
Tapi, itu sewaktu abah masih ada, sewaktu Iman masih kecil, dan sewaktu
ibu masih mencurahkan sedikit kasih sayang kepada dirinya. Jasad dan jiwa
seorang Iman sudah lama pergi meninggalkan dirinya. Kini, yang ada
hanyalah seorang Aina, Aina yang hanya menurut kata dan memendam rasa.
Sungguh! Dia rindu untuk kembali ke alam kanak-kanak, alam yang penuh
keriangan, tidak terlalu memikirkan erti kasih sayang, tidak tahu apa ertinya
terasing dan dipinggirkan, jauh sekali dari perasaan sedih dan kecewa.
Bukan dia tidak pernah merajuk sewaktu kecil jika di marahi ibu, bukan dia
tidak pernah menangis sedih jika ibu hanya membawa Kak Ain dan Irma
keluar berjalan, Iman turut memberontak jika hanya dia yang tidak di beli
baju dan permainan baru. Tapi, sewaktu itu Iman mempunyai seorang abah,
orang yang akan memujuk dia jika ibu menyalahkan dirinya di atas
kesalahan orang lain. Abah akan membawa dia meronda dengan motosikal
buruknya keliling taman di saat ibu membawa Kak Ain dan Irma ke kenduri
kahwin. Hanya abah yang setia memujuk hatinya yang sedih dan kecewa
kerana mewarisi pakaian dan barang permainan lama.
BPB_05 :: KEMANA ARAH HIDUPKU? ::
Dulu, menurut cerita abah, dia menginginkan anak lelaki sewaktu ibu
mengandungkan dirinya memandangkan anak sulungnya perempuan.
Namun, setelah kelahiran Iman, abah akhirnya sedar kerana semuanya
adalah kurniaan dari ilahi cuma ibu yang kecewa lantaran tidak dapat
memenuhi impian abah itu. Ibu mengalami tekanan emosi hampir dua tahun
lamanya, oleh itu aku banyak di jaga oleh abah berbanding ibu, mungkin di
sebabkan itu juga hubungan aku dengan ibu tidak mesra, ibu juga seakan
tidak menyenangi akan kelahiran seorang Iman ke dunia ini. Tapi, abah
seorang suami yang penyayang, baik dan setia sehinggalah keakhir
hayatnya. Abah tidak pernah membezakan kasih sayangnya pada kami
bertiga, layanannya sama rata. Sungguh! Iman rindukan kehadiran seorang
bernama abah. Dan dia juga rindu belaian mesra seorang ibu. Bilakah rasa
rindu ini akan terubat?
 
“Aina! Apa yang engkau berdiri termenung dekat situ? Baju sudah berjemur
ke belum?” Tempikan suara ibu yang agak kuat menyedarkan Iman yang
leka mengimbas kenangan lalu.
“Aina tengah sidai ni bu” Dia menjawab perlahan, tangannya pantas
menyudahkan kerja yang tergendala tadi.
“Hah, sebelum pergi kerja tolong ibu siang ikan yang kat dalam singki tu.
Kalau sempat masak sekali” Arah ibu lagi. Iman hanya menggangguk
perlahan.
 
Memang itulah tugas harian dirinya di rumah ini. Hanya dia yang mempunyai
masa senggang di rumah ini. Kak Ain, tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja
sebagai Eksekutif kanan di sebuah syarikat minyak di sana. Anak
kebanggaan ibu itu hanya pulang pada hujung minggu dan cuti-cuti umum
sahaja dan itupun jika dia tidak mempunyai tugasan di luar daerah. Kami
amat jarang dapat bersua muka lantaran kesibukan mengisi masa dengan
aktiviti hujung minggu masing-masing. Adiknya Irma pula seorang yang
manja, anak bongsu, manalah hendak membuat kerja-kerja yang sebegini.
Tapi, Iman tidak menyalahkan diri adiknya itu kerana Irma baru saja
menamatkan pengajian ijazahnya di UTM dan kini sedang sibuk mengintai
peluang pekerjaan. Masanya kini banyak di habiskan mencari kerja di bandar
dan juga bersama-sama temannya berbanding di rumah.
 
Antara kami bertiga hanya dirinya yang tidak sampai kemenara gading.
Kelulusan dia hanya setakat SPM. Bukan tidak layak cuma tidak di beri
peluang. Namun, dia pasrah kerana laluan kejayaan seseorang tidak selalu
ke arah yang sama. Mungkin, kejayaan dirinya bukan dari segi akademik,
bukan juga dari kerjaya yang menarik atau pangkat yang tinggi, namun, dia
bertekad untuk membuktikan kejayaan itu juga milik dirinya suatu hari nanti.
Iman tahu, ibunya tidak mampu untuk menampung perbelanjaan seandainya
dia menerima tawaran ke universiti memandangkan ketika itu Kak Ain
sedang belajar di UiTM dan Irma pula akan mengambil SPM. Ibu hanya
mengambil upah menjahit langsir setelah pemergian abah dan dia amat
mengerti kepayahan yang terpaksa di lalui ibu.
 
“Aina, kamu tak payahlah terima tawaran masuk U tu. Ibu tak cukup duit,
mana nak tanggung pengajian Kak Ain lagi, Irma pulak nak SPM tahun
depan. Banyak duit nak guna” Masih dia ingat bicara ibu sewaktu dulu.
Bicara yang membantutkan hasratnya yang ketika itu berkobar-kobar untuk
menjejakkan kaki ke universiti.
“Tapi, Aina pun nak masuk U juga bu. Aina akan mohon pinjaman nanti”
Iman masih cuba memujuk ibunya.
“Sedar sikit diri kamu tu Aina, kita ni orang susah. Memang kamu boleh
dapat pinjaman tapi mana ibu nak cari duit nak bayar untuk pendaftaran?
Nak beli kelengkapan kamu? Nak menghantar kamu? Semua itu perlukan
duit Aina”
“Tapi bu…” Dia mula merayu memohon simpati ibu.
“Ibu kata tak payah, tak payahlah!” Suara ibu mula meninggi memintas
percakapannya.
“Baiklah bu tapi, izinkan Aina untuk bekerja” Pinta Iman perlahan.
“Ermm” Ibu berlalu meninggalkan dirinya termagu di ruang tamu. Sampainya
hati ibu, keluhnya dalam hati. Mengapa masa Kak Ain dulu ibu bersusah
payah sekali mendapatkan wang, sanggup bergolok dan bergadai?

“Jangan haraplah kau nak masuk U cik Aina” Terdengar suara Irma di muka
pintu. Dia yang baru pulang dari sekolah melemparkan senyuman sinis
kepada Iman.
“Mungkin bukan rezeki aku Irma, nak buat macam mana. Tapi, aku akan
buktikan yang aku juga boleh berjaya satu hari nanti. Kita tengoklah nanti”
Iman berkata selamba seraya berlalu ke dalam bilik. Irma juga seperti Kak
Ain, mereka berdua turut berada di pihak ibu, menghalang dirinya dari
menerima tawaran kemasukan ke peringkat matrikulasi di UPM.
“Ok, we’ll see ya!” Jerit Irma dari ruang tamu. Tidakkah Irma tahu bahawa
jeritannya itulah yang semakin membakar semangat Iman untuk terus
memburu kejayaan.
 
Sewaktu kecil dulu, dia agak rapat dengan Irma berbanding hubungannya
dengan Kak Ain. Jarak umur di antara kami hanya selang dua tahun. Kak Ain
pula berbeza hampir empat tahun dengan dirinya. Kini, hubungan dia dengan
Irma tidak semesra hubungan yang terjalin di antara Irma dengan Kak Ain,
mereka berdua lebih akrab dan mesra, berkongsi cerita bersama bagaikan
rakan karib. Sungguh! Iman rindukan kemesraan masa lalu, keriangan
zaman kanak-kanak yang tidak mengenal batas pergaulan, berkelahi tetapi
sesaat kemudian kembali bermesra. Kini, masing-masing sibuk dengan hal
dan aktiviti yang semakin menjarakkan lagi hubungan diantara mereka.
Namun, Iman tetap bersyukur kerana mereka masih berada di bawah satu
bumbung yang sama, masih lagi bersama di payungi kasih sayang seorang
ibu.
BPB_06 :: AH! BEGITU MUDAH ::
“Aina pergi kerja dulu bu.” Ucap Iman, menyalami tangan wanita itu seperti
biasa sebelum melangkah keluar dari rumah.
“Ibu ada nak pesan apa-apa, nanti balik kerja Aina belikan.” Seperti biasa
pertanyaan dia hanya di pandang sepi. Iman tersenyum kecil lantas
meneruskan langkah.
 
Setiap hari Iman hanya berjalan kaki pergi ke tempat kerja memandangkan
jarak di antara rumah dia tidaklah berapa jauh. Bukan tidak ada bas, tapi dia
lebih suka begini daripada menunggu kedatangan bas yang seringkali
membuatkan dirinya terlewat. Iman melemparkan senyuman kecil di saat
bertembung dengan Makcik Miah dan Makcik Asmah di pertengahan jalan.
Setelah bertegur sapa dia segera meneruskan langkah. Namun, ada sesuatu
yang menyapa cuping telinganya setelah dia mengorak beberapa langkah.
 
“Hah, kau kalau nak tahu Miah, inilah anak kak Hasnah yang tomboy dulu
tu.”
“Oh, dia ni ke yang sebabkan suami Kak Hasnah tu meninggalkan?”
“Ha’ah, dia ni lah. Baru sekarang ni nak tunjuk baik, dulu tu ya Allah
degilnya bukan main!”
“Oh jadi sebab tulah Kak Hasnah tak berapa sukakan dia.”
“Ermm. Orang kalau dah jahat siapa pun tak suka Miah oi…” Makcik Hasnah
menjawab agak kuat, sengaja membakar hati Iman.
 
Iman menggeleng kepala. Telinganya sudah lali mendengarkan umpatan
yang sebegitu dari jiran tetangga di taman perumahan ini. Biarlah, mereka
semua mempunyai hak untuk berkata apa juga tentang dirinya dan sesiapa
jua di dunia ini. Sampai masa kebenaran akan terbukti. Itu janji dirinya.
 
“Ya Allah… panasnya hari ni Mira. Tak tahan akak.” Keluh Iman sebaik
melangkah ke dalam café.
“Fuh, baru lega sikit. Sedapnya kena air-cond Mira eh.”
“Dah tahu panas tu, tak reti-reti nak pakai payung, tak reti-reti nak beli
payung.” Selamba Mira memerli dirinya. Iman mencebik bibir, macamlah
Mira tak tahu yang dia memang tak suka pakai payung. Biar hujan ribut
sekalipun dia tetap tidak akan menggunakan payung. Leceh!
“Weh akak, kenapa akak tak suka pakai payung eh? Pelik betullah.” Mira laju
bertanya.
“Entah akak pun tak tahu. lagipun lecehlah Mira.”
“Ada ke macam tu pulak. Nanti, kalau akak bertunang ke, Mira nak suggest
kat tunang akak tu bagi payung buat hantaran. Amacam?” Mira menjungkit
kening nakal.
“Ah, mulalah tu nak merepek! Eh Mira, ada customer tu, pergi layan. Akak
masuk dalam dulu. Pasal payung tu kita cerita tahun depan, ok?”
“Yes abang, boleh saya bantu?” Kedengaran suara manja Mira bertanya
kepada pelanggan yang datang tadi. Nak menggodalah tu, cetus hati Iman,
mengerling sekilas sebelum menghilangkan diri di dalam pejabat.
 
Kadangkala, Iman menjadi seronok dapat menyakat Mira yang manja itu.
Mira, tomboy tapi manja. Melihat Mira, Iman seakan terbayang zaman
silamnya yang lebih kurang sama dengan diri gadis itu cuma, yang
membezakan dia dan Mira adalah sikap manja gadis itu. Iman tidak manja,
dia lebih serius dan pendiam lantaran mengenangkan diri yang
sememangnya tiada tempat untuk bermanja apatah lagi mendapatkan
curahan kasih sayang. Tidak seperti Mira, anak pasangan doktor itu
walaupun tomboy, manjanya bukan main lagi bila bersama kedua
ibubapanya. Namun, Mira sedikit berdikari dan tidak membangga diri dengan
kelebihan yang ada pada diri dan keluarganya. Lantaran itu, kami semua di
café ini amat menyenangi dirinya. Mira dan Fahmi suka bergurau dan
mengusik, telatah ceria mereka berdua itu sungguh menghiburkan kami di
sini. Kak Milah, janda beranak 2 itu juga sering menjadi bahan usikan
mereka. Kak Seri dan keluarganya juga sangat rapat dengan kami semua.
Sungguh! Iman amat gembira berada di samping warga kerja di café ini yang
sangat mesra bagaikan sebuah keluarga.
 
“Kak Aina……” Terdengar suara Mira menjerit.
“Hei, kenapa ni Mira? Apsal yang menjerit-jerit ni?”
“Eeee…geramnya Mira. Buat penat jer Mira tanya lembut, sopan, anggun
tau.”
“Lah tadi akak tengok tomboy tu bukan main menggoda lagi? Takkan abang
tu tak tangkap lentok kat Mira kot!” Iman mengusik selamba.
“Memanglah dia tangkap lentok, tapi bukan kat Mira.”
“Dah tu siapa? Kak Milah?” Iman tergelak kecil melihat reaksi Mira, gadis itu
kelihatan sedikit geram dengan pertanyaan dirinya itu.
“Hish akak ni…Kak Milah buat apa! Kat akaklah.” Mira menjawab geram.
“Hah! Akak? Tipulah Mira ni.”
“Iya, dia siap kirim salam kat akak lagi.”
“Waalaikumsalam. Alhamdulilah ada juga orang nak kirim salam kat akak ek
Mira?”
 
“Nah, ni dia kasi nombor telepon, dia suruh akak call dia.” Iman pantas
mengambil kertas putih dari tangan Mira. Melihat sekali lalu lantas
meletakkan kembali di telapak tangan Mira. Ah! mudahnya lelaki itu, Iman
mengeluh kesal, dia bukan jenis perempuan yang mencari timba!
“Tak mahulah akak. Lagipun kan Mira yang nak kat dia, Mira call lah dia.”
“Mira pun tak nak jugak. Mira nak cari yang kurang handsome, yang muda
sikit dari mamat tu.”
”Aiks, pasal pulak. Orang kalau dapat nak yang lebih handsome, dia nak
yang kurang pulak. Apalah Mira ni.”
“Alah Mira ni kan tomboy, kasar, tak lawa.”
“Eleh, merendah dirilah pulak! Actually, akak rasa Mira lebih lawa dari Siti
Nurhaliza tau. Tak percaya cuba keluarkan rambut dari your cap tu, pastu
touch-up sikit, then pakai kebaya, mesti cantik punyalah.” Iman berkata
jujur kerana memang itu kenyataan yang ada pada diri Mira.
“Iya ke kak?” Gadis tomboy itu mula tersengih panjang.
“Ha’ah. Akak dulu pun macam Mira jugak tapi akak tak adalah lawa macam
cik Siti tu.”
“Hah! Yang itu lama dah Mira nak tanya akak. Macam mana akak boleh
berubah menjadi perempuan melayu terakhir ni? Any secret hah? Tell me lah
akak.”
“Ok, tapi lain hari akak cerita ok? La ni akak ada banyak kerja nak buat.”
“Ok, janji ya Kak Aina.”
 
Perlukah Iman menceritakan kisah hidupnya kepada gadis itu? Selama ini dia
tidak pernah membuka lembaran sejarah kehidupannya kepada orang lain.
Iman lebih suka menyimpan kisah suka duka itu sendirian. Dia tidak mahu
orang lain jatuh simpati kepada dirinya tatkala mengetahui sesuatu hal
mengenai diri ini. Biarlah mereka yang ingin berkawan dengan dirinya itu
ikhlas dari hati dan kerana dirinya sendiri dan bukan sesekali lahir dari rasa
kasihan dan simpati ke atas diri ini. Namun, Iman sedar tidak selamanya
kisah hidupnya dapat di simpan rapi, suatu hari nanti pasti semuanya akan
tersingkap dan kalaupun bukan dari mulut dia sendiri pasti ada orang lain
yang akan membongkarnya. Tapi, yang pastinya dia sudah pun berjanji
dengan Mira, gadis itu lambat laun pasti akan menagih janji yang telah pun
terkota itu. Rasanya demi sebuah kebaikan Iman tidak teragak-agak untuk
mengotakan janji itu. Setiap orang perlu perubahan, begitu juga dengan Mira
dan dirinya sendiri.

BPB_07 :: MILIK SIAPAKAH SENYUMAN ITU? ::


Iman terkocoh-kocoh berkejar ke dapur sebaik sampai di rumah lewat
malam. Perut yang dari siang kelaparan minta di segera di isi. Hari ini dia
tidak sempat untuk makan tengah hari lantaran kesibukan menguruskan stok
bahan yang baru sampai. Saiful dan Mira pula mengambil cuti hari ini.
Kekurangan pekerja menjadikan kami semua begitu sibuk dengan kerja yang
bertindan-tindan. Hujung minggu begini jumlah pelanggan memang agak
ramai. Dia turut membantu mengambil dan menyediakan pesanan, sesekali
dia akan menjaga kaunter bayaran. Walaupun sedikit keletihan namun dia
berpuas hati dan merasa seronok dengan tugasannya itu.
 
“Nasi dan lauk semua sudah habis. Tadi petang Irma balik dengan kawan-
kawan dia.” Suara ibu yang tiba-tiba membantutkan langkah Iman.
“Oh, ya ke bu. Tak mengapalah. Aina ingat nak makan nasi tadi. Irma mana
bu?” Balasnya perlahan, meletakkan kembali pinggan yang berada di tangan
di atas rak.
“Tidur rumah kawan dia. Kenapa tak makan kat tempat kerja?”
“Tak sempat. Aina sibuk sangat hari ni bu.”
“Ermm iyalah tu sibuk! Kalau nak masak maggi ada kat dalam kabinet tu.”
"Tak mengapalah bu." Maggi segera bukan kegemarannya. Iman mengeluh
perlahan dan berlalu masuk ke dalam bilik.  Tiba-tiba saja selera Iman
bagaikan mati. Perut yang berbunyi tidak dia hiraukan. Tidak perlu menangis
hiba hanya kerana tidak dapat menjamah nasi untuk hari ini. Dia sudah lali,
bukan sekali dua hal-hal begini terjadi dalam kehidupannya.
 
Iman berbaring malas di atas katil, cuba mengusir kesedihan yang tiba-tiba
bertamu. Majalah di tangan tidak mampu membuatkan hati dan fikirannya
yang bercelaru kembali tenang. Tiba-tiba dia teringat kejadian yang mencuit
hati di café. Terukir senyuman kecil di bibir mengenangkan gelagat pelik
seorang pelanggan yang datang berkunjung. Tampan tapi pelik! Tanpa
membuat sebarang pesanan sebaik melangkah masuk, lelaki itu begitu setia
duduk di meja penjuru café yang agak terlindung. Bila Sufi bertanya dia
langsung menggelengkan kepala tanda tidak mahu membuat apa-apa
pesanan. Dia hanya duduk memerhati, pandangannya membuatkan kami
semua tertanya-tanya. Setelah agak lama, Iman memberanikan diri
menghampiri lelaki itu, membawa buku menu untuk mengambil pesanan dari
lelaki yang menurut Sufi begitu misteri itu.
 
“Selamat petang encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Iman
memaniskan wajah dengan sebuah senyuman. Hairan, lelaki itu hanya
mengangkatkan kedua-dua keningnya memandang ke arahnya lalu tunduk
menyembunyikan senyuman, sebuah senyuman yang bagaikan pernah
dilihatnya sebelum ini.
“Ermm, at last.” Bisik lelaki itu namun turut menyapa pendengaran Iman.
“Encik, ada hendak buat apa-apa pesanan?” Sekali lagi Iman bertanya. Lelaki
itu menggeleng.
“Kenapa awak tak telefon saya?” Tanya lelaki itu serius. Matanya
memandang tepat ke wajah bujur sirih milik Iman.
“Encik siapa? Perlu apa saya hendak menelepon encik? Ataupun encik
tersalah orang barangkali.” Iman mula tidak senang dengan reaksi lelaki itu.
“Apa budak tomboy yang cute tu tak bagitahu awak apa-apa last week? Ada
dia bagi nombor telefon pada awak?” Kini Iman tahu apa yang dimaksudkan
oleh lelaki itu. Oh, patutlah si Mira kecewa, lelaki di depannya ini begitu
sempurna sekali, pasti menjadi idaman setiap wanita yang melihatnya.
“Ya, ada. Tapi terpulang pada saya kan sama ada hendak telepon atau tidak.
Sekarang, encik nak buat apa-apa pesanan atau nak jadi penunggu setia kat
meja ni?” Balas Iman mendatar.
“Oh, begitu. Ok. Kalau macam tu saya nak pesan awak dan nombor telepon
awak sekali, boleh?” Aku mengeluh perlahan. Lelaki itu selamba membelek
menu di tangan.
“Encik….” Suara Iman sedikit bergetar menahan geram.
“Ok, ok, kasi saya Kampung’s Spagetti and Starfruit juice. Cepat sikit, saya
dah lapar sangat ni.”
“Ok, lain kali duduk bertapa kat situ lama-lama lagi ya. Lagi satu, saya tak
kasi, saya jual jer.” Sindir Iman seraya berlalu ke dapur. Tercetus ketawa
kecil dari lelaki itu, matanya di kenyit nakal sewaktu Iman menoleh sekilas.
 
Setelah hidangan yang di pesan lelaki itu sedia, Iman menyuruh Fahmi yang
menghantarnya ke meja lelaki itu. Malas dia hendak mengadap pelanggan
yang banyak kerenah itu. Dari sudut bilik pejabat, dia memerhatikan ke arah
meja lelaki itu. Kelihatan Fahmi begitu mesra melayan lelaki itu berbual-bual,
siap duduk di depannya lagi. Sekali-sekala pandangan mata lelaki itu terarah
ke bilik pejabatnya, mujur dia berselindung di sebalik langsir. Agak lama
baru Fahmi beredar dari situ. Pasti ada sesuatu yang mereka berdua
bualkan. Hatinya begitu meronta untuk mengetahui lantas segera menunggu
di muka pintu.
 
“Fahmi, mari sini sekejap.” Panggilnya sebaik kelibat Fahmi.
“Apa yang lama sangat awak berbual dengan lelaki tu?” Laju dia bertanya.
Ada senyuman nakal di bibir Fahmi saat terdengar pertanyaannya itu.
“Tak ada apalah kak. Biasa-biasa aje.” Fahmi menggaru-garu kepalanya.
“Iya ke ni. Tak tipu Kak Aina ke?” Sengaja Iman membuatkan Fahmi serba
salah.
“Er…tak kak. Tapi….dia ada tanya pasal akak tadi?”
“Tanya apa?”
“Alah kak, abang tu just nak tahu nama akak jer. Tapi yang pelik kak, dia
siap nak tahu nama penuh akak lagi. Fahmi bagitahu nama pendek dia nak
jugak nama panjang, siap dengan binti-binti sekali. pelik betullah abang tu
kak.” Laju saja Fahmi bercerita. Iman tahu, budak lelaki itu serba salah jika
menipu, satu sikapnya yang sangat dia senangi.
“Oh, itu saja ke? Sure tak ada yang lain-lain lagi ni?” Sekali lagi Iman
menduga.
“Betul kak itu aje. Saya tak tipu.” Iman mengangguk perlahan.
“Er..er… kak abang tadi cakap spagetti yang akak buat tu tip-top. Dia kirim
salam kat akak.” Iman mengangguk seraya meninggalkan Fahmi.

Sedap? Entah mengapa Iman dapat merasakan lelaki itu sekadar hendak
'mengayat' dirinya saja. Bukan dia tidak tahu setiap helah manusia bernama
lelaki. Tapi, memang pun spagetti yang dia buat sedap.Perasan! Tapi, bukan
hanya lelaki itu yang baru memujinya malah budak-budak di cafe ini pun
kerapkali menyatakan pendapat yang serupa. Lagi pula, bukan selalu dia
mempunyai masa untuk membantu Kak Milah di dapur, hanya pelanggan
yang bertuah saja yang akan dapat menikmati air tangannya itu. Bertuahkah
lelaki di luar itu? Iman tersenyum sendiri. Seketika, apabila Iman melihat ke
ruangan cafe matanya bertemu dengan sepasang mata milik lelaki itu.
Bibirnya kaku, langsung tidak dapat membalas senyuman yang di hadiahkan
oleh lelaki itu. Apabila lelaki itu menunjukkan isyarat jari tanda bagus dia
hanya mencebikkan bibir, melarikan pandangan. Ah! lelaki...
 
Ada satu persoalan yang menggangu fikiran Iman semenjak siang tadi,
senyuman lelaki itu. Puas dia memikirkan, senyuman itu bagaikan pernah
menyapa matanya sebelum ini. Senyuman yang pernah mewarni hidupnya,
juga yang pernah sesaat menggetarkan hatinya. Tetapi, di mana? Bilakah
masanya? Siapakah sebenarnya lelaki itu? Ataupun ianya sekadar mainan
perasaan Iman saja. Atau mungkin lelaki itu di antara pelanggan yang selalu
berkunjung ke Seri's Cafe N Bakery, cuma dia yang tidak perasan akan
kewujudannya sebelum ini. Ah! Biarlah, Iman tidak perlu memikirkannya,
lelaki itu sedikit pun tidak mempunyai kaitan dengan dirinya lalu untuk apa
dia terusan memikirkannya. Tapi, mengapa amat sukar untuk dia
mengalihkan pemikirannya kepada perkara lain? Lagi-lagi bayangan dan
senyuman lelaki itu yang melayari matanya, melintasi fikirannya.

BPB_08 :: SURATAN ATAU KEBETULAN ::


Minggu ini Iman bekerja di sebelah pagi jadi pada sebelah petang dia sudah
berada di rumah dan mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti lain
ataupun menyelesaikan urusan yang tertangguh. Dari tempat kerja dia terus
menuju ke bandar untuk membeli sedikit barang keperluan sekalian
melunaskan bil elektrik dan telepon rumahnya. Iman pergi bersama Mira
yang kebetulan juga ingin ke klinik ibubapanya yang terletak di Bandar Baru
Uda. Iman ingin meminta bantuan Mira untuk memilihkan sepasang kain
potong untuk ibunya. Dia bercadang untuk ke Plaza Angsana kerana di situ
terdapat beberapa buah kedai menjual fabrik kain dengan pelbagai pilihan.
Iman ingin menghadiahkan kepada ibunya sempena sambutan hari ibu
minggu depan.
 
“Kak Aina, kalau yang ini bagaimana? Warna dia nampak menarik ajer.”
“Erm, tak sesuai kot Mira, terang sangat warnanya, untuk orang muda
bolehlah.” Sepontan Iman menjawab sebaik melihat kain yang ditunjukkan
oleh Mira.
“Lor, yang ini ok apa kak. Orang kulit putih sesuai jer pakai color apa pun.”
Mira masih lagi memegang kain tadi. Iman menggeleng. Warna jingga
terang, manalah sesuai untuk wanita sebaya ibu.
“Ok, biar Mira tengok dekat sebelah sana.” Iman membiarkan Mira berlalu
sambil mata masih lagi membelek-belek gulungan-gulungan kain yang
terdapat di kedai itu.
 
“Bagaimana dengan yang ini cik?” Tiba-tiba seorang pekerja kedai itu
menyuakan kain berwarna krim berbunga coklat halus ke arah Iman.
“Erm, nice color. Saya ambil yang ini, 4 meter ok.” Tanpa memandang Iman
pantas memberi persetujuan, sekali melihat dia sudah berkenan dengan
warna dan corak kain itu.
“Mana awak boleh ambil, saya jual jer.” Iman pantas mendongak sebaik
mendengar nada suara itu.
“Awak? Awak buat apa kat sini?” Laju dia bertanya.
“Buat apa? Saya kerjalah kat sini. Takkan jadi bodyguard awak pulak!”
Selamba lelaki itu menjawab seraya menuju ke arah salah seorang pekerja di
situ. Iman hanya mengekorinya dari belakang.
“Dik, potong kain ni 4 meter ok. Akak ni punya.”
“Ada apa-apa lagi?” Iman hanya menggeleng, matanya meninjau mencari
kelibat Mira. Sebaik kain bertukar tangan dia segera pergi ke kaunter untuk
membuat bayaran.
 
“Berapa dik?”
“RM 75.00 kak tapi, suami akak dah bayarkan.”
“What? Suami?” Suara Iman tinggi menahan getar. Bila masa pulak dia
berkahwin.
“Er…abang tu bukan suami akak ke? Tapi, dia cakap tadi dia….” Pantas dia
menggeleng menafikan telahan juruwang itu.
“Bukannya dia kerja dekat sini ke?” Iman menduga juruwang itu. Ada baur
curiga dalam kata-katanya.
“Tidaklah kak. Saya pun tak kenal abang tu.” Iman menghela nafas geram.
Hidup-hidup dirinya di tipu oleh lelaki itu.
“Mira jom kita pergi makan, akak lapar.” Pantas tangan Mira di tarik keluar.
Gadis tomboy itu terpinga-pinga melihat gelagat Iman itu.
 
Iman tidak menceritakan apa yang berlaku kepada Mira. Dia tidak mahu
mulut gadis itu kecoh bercerita di café nanti. Mira sedikit kecewa kerana dia
sudah menemui kain yang sesuai untuk ibunya sebentar tadi. Tapi, sebaik
melihat kain yang dia beli gadis itu tersenyum kecil, lenyap riak kecewa yang
terukir di wajahnya seketika tadi. Kami melangkah masuk ke restoran KFC di
tingkat bawah Plaza Angsana untuk mengisi perut. Iman mencari tempat
duduk sementara Mira beratur untuk membeli hidangan untuk mereka
berdua. Pelanggan agak ramai walaupun hari sudah hampir menginjak senja.
Iman mengambil tempat di satu sudut restoran itu. Sambil menunggu Mira
dia leka memerhatikan gelagat pelbagai ragam manusia di sekelilingnya.
Tiba-tiba pandangan matanya tertancap kepada lelaki yang duduk
bertentangan dengan mejanya. Entah bila lelaki itu berada di situ kerana
sebentar tadi dia pasti yang tempat itu masih kosong. Tanpa berfikir panjang
Iman lantas mengeluarkan duit dan berlalu ke meja itu.
 
“Nah ambil balik duit awak ni. Saya masih mampu untuk membayarnya.”
Ujar Iman sebaik menghulurkan sejumlah wang kepada lelaki itu.
“Tapi saya belikan untuk awak.” Balas lelaki tanpa menyambut huluran duit
dari tangan Iman.
“Tapi saya belikan untuk ibu saya. So, terima kasih ajelah!” Tingkah Iman.
“Ibu awak pun akan jadi ibu saya jugak nanti.” Iman memandang geram
tepat ke wajah selamba milik lelaki itu.
“Jangan nak perasan!” Sindirnya, meletakkan duit di depan lelaki itu dan
berlalu duduk di mejanya. Mira masih lagi sedang beratur di kaunter. Seminit
kemudian Mira sudah duduk di depan Iman.
 
“Ramai sangat orang. Naik lenguh kepala lutut Mira nak beratur.” Iman
tersenyum gelihati mendengar keluhan Mira itu. Pandangan lelaki di depan
itu langsung tidak di pedulikan.
“Erm, apalagi kak makanlah, tadi mengadu lapar sangat.”
“Banyaknya Mira beli, larat ke kita berdua nak habiskan ni.”
“Alah, sure habis punya kak. Mira ni nampak aje kecik tapi kuat makan tau.
Lagipun Mira yang belanja akak, rileklah.” Iman tersenyum, memang gadis
itu yang beriya-iya mahu belanjanya makan hari ini.
“Erm, banyak duit Mira eh?”
“Alah kak ada orang sponsor…”
“Oh iya ke? Bertuahnya badan.”
 
Iman mencapai bekas whipped potato, menyuap perlahan. Mira di depan
rancak bercerita. Iman sekadar menjadi pendengar yang baik dan sesekali
mencelah. Dia sedikit gelisah kerana terasa diri diperhatikan. Sesekali
apabila dia memandang ke depan, lelaki itu tanpa segan memainkan
matanya, memerhati ke arahnya dengan riak selamba.
 
“Apa?” Tiba-tiba Iman berbisik perlahan, memandang kepada lelaki yang
sedang menunjukkan jari telunjuknya di bibirnya sendiri. Sepontan dia
meraba tepi bibir, mukanya merona sebaik mendapati terdapat sisa-sisa sos
cili di tepi bibirnya. Gelojohnya dia! Lelaki itu tersenyum mengejek, Iman
menjengilkan mata tanda tidak senang.
“Kenapa kak?” Mira bertanya, hairan barangkali dengan pertanyaan dan
reaksi yang sebenarnya Iman tujukan kepada lelaki yang duduk di
belakangnya.
“Er…tak ada apa-apalah Mira. Erm, hari tu Mira kata nak tahu sebab akak
berubah kan. Nak akak ceritakan sekarang ke?” Pantas Iman mengubah
topik perbualan supaya gadis itu tidak mengesyaki apa-apa.
“Yup. Ceritalah, tak sabar Mira nak tahu ni.” Suara ceria Mira mendorong
Iman membuka lipatan sejarah hidup dirinya.
“Ok, tapi Mira kena janji takkan ceritakan pada orang lain, boleh?” Gadis itu
pantas menerima janji.
 
Satu persatu kisah dirinya Iman bentangkan untuk pengetahuan gadis di
depannya itu. Iman hanyut di bawa kisah lalu, tenggelam di dalam dunia
silam, mengimbau suka dan duka sepanjang hidupnya. Apa jua pandangan
orang sekeliling mahupun renungan tajam lelaki di depan tidak dia hiraukan.
Pertama kali membuka lipatan sejarah hidup menjadikan dirinya sedikit
emosi. Kesedihan terukir di wajah namun tiada setitis pun airmata yang
merembes keluar. Mira hanya diam mendengar sesekali riak di wajahnya
berubah mengikut jalan cerita Iman. Nampaknya sendu di wajah Iman
mengundang kesedihan di hati gadis tomboy itu. Airmata Mira laju mengalir
ke pipi mulusnya membuatkan Iman kematian kata-kata yang seterusnya.
Mujur juga cerita dia sudah sampai ke penghujungnya.
 
“Hei, kenapa menangis ni Mira? Sepatutnya akak yang sedih tau.” Iman
menegur dalam nada bergurau. Airmata Mira yang masih mengalir di kesat
perlahan dengan tisu.
“Mira sedihlah akak. Kenapa akak tak pernah cerita dengan Mira?”
“Mira tak pernah tanya macam mana akak nak cerita.”
“Iman….erm…sedap jugak kalau Mira panggil akak, Kak Iman. Lain dari yang
lain sikit, boleh ke kak?” Ujar Mira dengan riak nakal.
“Tak mahulah akak, janggal pulak rasanya.” Iman pantas menolak.
“Akak nak tahu? Dulu member sekolah Mira panggil Mira, Amir tau. Pakcik
Mira pun sama.”
“Ya ke? Kirim salam kat pakcik Mira tu ya, cakap dengan dia jangan panggil
Mira Amir lagi tau.” Pesan Iman selamba.
“Betul ni? Kirim salam kat my uncle. Dia handsome tau kak.”
“No lah, akak main-main aje. Ok, jom kita balik, hari dah nak maghrib ni.
Nanti mama Mira bimbang pulak.” Iman segera mengorak langkah keluar
dari restoran segera itu. Sekilas matanya memandang ke depan mencari
kelibat lelaki tadi tetapi ternyata tempat itu sudah pun kosong.

BPB_09 :: SINAR MENTARI PAGI ::


Seawal pagi Iman sudah terjaga dari tidur. Selepas selesai solat subuh dia
bergegas ke dapur menjerang air dan menyediakan sarapan pagi. Di hujung
minggu begini semuanya ada di rumah. Dirinya pula kebetulan minggu ini
tidak bekerja pada hari ahad dan isnin. Hari ini merupakan hari yang
istimewa bagi setiap ibu yang berada di dunia ini. Tidak sabar rasanya
hendak memberikan hadiah yang dia belikan untuk ibu minggu lepas. Setiap
tahun Iman tidak pernah lupa meraikan hari istimewa ini, tanda penghargaan
dirinya sebagai anak kepada seorang ibu yang sangat dia sayangi. Seusai
menghidangkan sarapan di atas meja dia berlalu ke bilik untuk mengambil
hadiah yang telah pun di balut rapi. Iman ingin menjadi orang pertama yang
mengucapkannya kepada ibu.
 
“Ibu, boleh Aina masuk?” Iman meminta keizinan selepas mengetuk pintu
beberapa kali. Kelihatan ibu sedang melipat kain telekungnya. Wanita
separuh abad itu hanya memandang kosong ke arahnya. Iman melangkah
teragak-agak lalu duduk di birai katil bersebelahan dengan ibunya.
“Selamat hari ibu, bu.” Ucapnya perlahan, tunduk menyalami tangan wanita
itu.
“Erm…” Hanya itu yang kedengaran dari mulut ibu.
“Ini ada hadiah dari Aina untuk ibu.” Lambat-lambat ibu menyambutnya.
Seperti tahun sebelumnya, Iman mengharapkan ibu akan berkata sesuatu
tetapi hampa. Segera dia bangun, beberapa langkah Iman berhenti.
“Ibu…” Iman memusing badan, menghampiri ibunya yang masih duduk di
birai katil lalu dengan pantas dia tunduk menciumi kedua belah pipi wanita
itu.
“Aina sayang ibu, sayang sangat…” Ucapnya perlahan seraya berlalu keluar,
meninggalkan ibu yang seakan terpana dengan perlakuan darinya sebentar
tadi.
 
Sementara menanti Kak Ain dan Irma bangun, Iman berbaring bersantai di
dalam bilik tidurnya. Bibirnya masih di hiasi senyuman meleret. Hatinya
begitu gembira sekali. Setelah sekian lama, baru kali ini dia mempunyai
keberanian untuk melaksanakan hasrat yang terpendam. Entah mengapa
hati ini begitu meronta untuk menciumi wajah ibu lalu, tanpa mempedulikan
renungan tajam wanita itu sebentar tadi dia selamba memeluk tubuh
sekaligus menciumi wajah ibunya. Tidak di pedulikan apa yang ada di benak
ibunya ketika itu. Kini, hatinya puas sekali. keceriaan terpancar di wajahnya
yang putih kemerahan itu, berseri bak bunga kembang pagi.
 
“Ibu, hari ini Ain dan Irma nak ajak ibu makan malam di luar.” Bicara Kak
Ain memecahkan kesunyian pagi sewaktu kami berempat sedang menikmati
sarapan.
“Di mana tu?” Ceria suara ibu bertanya.
“Eh, adalah bu, mana boleh bagi tahu. Tak surprise lah nanti, kan Irma?”
“Ha’ah bu. Ibu ikut ajerlah kami nanti malam.” Pantas Irma membalas. Iman
hanya diam mengikuti bicara mereka.
“Aina pergi sekali?” Pertanyaan ibu membuatkan Iman sedikit mendongak
memandangnya. Belum sempat menjawab Kak Ain pantas memintas.
“Erm..taklah, kita bertiga aje bu. Lagipun mesti Aina ada plan nak pergi
mana-mana, kan Aina?” Iman hanya mengangguk perlahan menjawab
pertanyaan Kak Ain itu.
“Oh…” Ibu menyambut perlahan. Sesaat mata Iman bertaut dengan mata
coklat ibu, sedaya upaya dia cuba mengukirkan senyuman manis buat wanita
itu walaupun hati di dalam mula terasa pedihnya.
 
Malam ini Iman bersendirian di rumah. Ibu bersama Kak Ain dan Irma sudah
pun keluar selepas waktu maghrib. Kemana destinasi mereka tidak dapat dia
pastikan. Sudah tentunya ke tempat-tempat makan yang istimewa untuk
meraikan hari ibu seperti tahun-tahun yang lalu. Dan setiap tahun juga,
dirinya pasti tidak dapat turut serta meraikan hari istimewa ini bersama-
sama mereka. Walapun sedikit terkilan namun dia bersyukur kerana Kak Ain
dan Irma tidak pernah lupa untuk meraikannya untuk ibu mereka. Setidak-
tidaknya Iman tahu hati ibu akan gembira. Sungguh! Melihat kebahagiaan
yang terpancar di wajah wanita tua itu sudah cukup untuk mengusirkan rasa
kecewa di hatinya.
 
Iman leka bermain dengan telepon tangan hadiah dari Kak Seri sempena hari
lahirnya setahun yang lalu. Sementara menanti balasan kiriman sms dari
Fatin sahabat baiknya yang kini bekerja di KL, dia menghantar pula SMS
kepada Sufi dan Mira. Iman sekadar mem ‘forward’ kan sms yang dia terima
dari Fatin sebentar tadi. SMS yang dia dapat dari Fatin membuatkan dirinya
keliru tapi seketika dia tersenyum gelihati.
 
‘Smile U made it least at but. U to this sent who genius the kill to want
probably will U backwards msg this read U after. Confused? Read it
backwards la…’
 
Tittt..Tittt.. 1 message received, Mira.
 
‘U r special 2 me, I don’t want anything happen 2 U but I can’t always b by
ur side. So, pls b careful everytime U swing on trees..hehe’
 
Iman tergelak kecil, gelihati membaca SMS dari Mira itu. Tangannya pantas
menekan masuk ke outbox mencari SMS-SMS yang dia simpan namun tiada
yang menarik untuk di forward kepada Mira.
 
‘huhu…nakal eh Mira kenakan akak! Eh tpkan kita slalu swing sama2,lupa ke?
;) Oklah Mira gud nite, sweet dream. jumpa esok k’
 
Sebaik saja Iman meletakkan telepon di sisi bantal, kedengaran ada SMS di
terima sekali lagi. Mira.
 
‘(,”) Psst! (.”) …… (.”) nak ape? (“,) ….. (,”) Sinilah! (“.) ….. Apa dia? (.”)(“.)
……Muahss (“*(“,) sayang kat awak Cik Iman….’
 
Ketawanya tercetus sebaik habis membaca SMS Mira itu. Gadis itu suka
sangat mengusiknya dengan nama Iman. Sebelum melelapkan mata dia
sempat membalas SMS Mira.
 
‘Erm…muahss…sayang awak juga En. Amir…:P jgn kacau, akak dah nak tido
ni, ok Amir sayang?’
 
Tanpa menghiraukan beberapa bunyi menandakan ada SMS yang diterima
Iman segera melelapkan mata. Di luar, kedengaran suara ibu, Kak Ain dan
Irma yang sudah pun pulang sedang rancak berbual di ruang tamu. Tentu
hati ibu sedang gembira saat ini. Iman menghela nafas panjang, cuba
menenangkan hati, bersedia di bawa ke alam mimpi sementara menanti
kedatangan hari esok. Semoga kesegaran embun pagi membalut sekeping
hatinya yang rawan, semoga sinaran mentari pagi kembali menceriakan
kehidupan.

BPB_10 :: DILANDA CURIGA ::


Azan subuh dari surau berhampiran menyedarkan Iman dari kenikmatan di
ulit lena. Segera dia mencapai handphone di bawah bantal, pukul 5.40am. ‘4
messages received’. Segera jemarinya pantas menekan keypad untuk
membaca SMS-SMS itu.
 
Mira. ‘Muahsss sekali lg utk Cik Iman sayang. Gud nite sleep tight’
 
Sufi. ‘Kak Aina, pening kepala Fi baca sms akak smlm. Tp best gak eh ;)’
 
Fatin. ‘Sorry Iman laling…last nite aku t’tido x sempat reply ko nye sms. Next
week aku balik boleh kita borak pjg. Ok take care’
 
01*3181911. ‘Morning…wake up Cik Iman’
 
Iman masih lagi berbaring malas di atas katil, leka membaca SMS-SMS yang
di terima. Dia sudah biasa menerima SMS dari Fatin, Sufi dan Mira tapi, SMS
yang ke-4 ini mengundang rasa pelik di fikirannya. Hendak kata tersalah
hantar, orangnya siap tahu nama dia lagi. SMS itu diterima beberapa minit
sebelum Iman terjaga sebentar tadi. Ah! Mungkin juga dari kawan-kawan
lamanya ataupun juga dari Mira yang sengaja ingin mengusik dirinya.
Tercetus senyuman kecil teringat mesej nakal dari Mira, mesej yang di
hantar sebaik dia melelapkan mata malam tadi. Gadis itu kalau di layan
semakin menjadi kenakalannya. Namun, dia senang hati sekali kerana Mira
sudah di anggap sebagai adiknya sendiri lantaran adiknya Irma sendiri tidak
semesra itu dengan dirinya.
 
‘Who r u?’ Iman mengirim sms kepada nombor sesat itu. Sesaat kemudian
dia mendapat balasan.
 
‘Ur friend. Awal bangun?’
 
‘Siapa ni? Ur name?’ Sekali lagi Iman membalas.
 
Sesaat, seminit, namun tiada balasan. Iman mengeluh hampa. Benaknya
terusan memikirkan siapakah gerangan si pengirim misteri itu. Seketika dia
kesal, lalai hanya kerana menunggu balasan dari nombor misteri itu. Pantas
dia bingkas bangun bersiap untuk menunaikan suruhan ilahi. Iman percaya,
subuh itu adalah pintu segala rezeki.
 
Hari ini Iman mengambil cuti. Dia ada seminar di hotel M Suite yang
berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 3 petang. Setelah urusan di rumah
selesai Iman bergegas mendapatkan teksi untuk ke hotel itu. Seminar itu di
mulakan agak lewat memandangkan penceramah yang di tugaskan untuk
memberi ceramah sampai 1 jam lewat dari yang di jadualkan. Seminar
Keusahawanan 2005. Seminar anjuran PKENJ ini menarik minat Iman untuk
turut mendaftarkan diri sewaktu ternampak iklan penyertaan yang di tampal
di dinding kedai berdekatan dengan café milik Kak Seri. Iman ingin
mendapatkan seberapa banyak ilmu dan manfaat dari seminar ini untuk
kegunaan semasa dan juga masa depannya. Ini bukanlah kali pertama dia
menghadiri kursus-kursus seperti ini. Tiada salahnya jika dia mengorbankan
sedikit masa dan wang ringgit untuk sesuatu yang pasti akan berguna untuk
dirinya sendiri.
 
Seusai seminar Iman ingin singgah sekejap ke café memandangkan hari
yang masih teralu awal untuk terus pulang ke rumah. Kelihatan Sufi, Mira
dan Fahmi dan Kak Milah sedang berbual-bual di sudut café. Ketiadaan
pelanggan memberikan mereka peluang untuk berbual mesra. Kemunculan
dirinya yang berpakaian sedikit formal di sambut dengan senyuman mereka
dan siulan nakal dari Fahmi dan Mira. Rambut potongan 'layered' yang
selama ini bertocang tinggi di lepaskan bebas di hiasi beberapa kelip kecil
berwarna biru firus sedondon dengan warna baju kurung yang di kenakan.
 
“Eh, ni kenapa semua orang tersenyum-senyum? Fahmi, Mira tak elok bersiul
tahu tak!” Tegur Iman mendatar, cuba memaparkan riak marah walau di
dalam hati turut menahan tawa.
“Alah…kami baru jer sebut nama kau Aina, tahu-tahu aje kau dan muncul.”
Kak Milah menjawab, yang bertiga itu mengangguk mengiyakan.
“Pergi mana tadi? Bukan main lawa lagi.” Sufi bertanya.
“Tak kemana pun. Pergi M Suite jer tadi ada hal sikit.”
 
“Iya ke ni…hmm ntah-ntah pergi dating tak ni…” Mira dengan riak nakalnya
cuba menyakat Iman. Kak Milah dan Sufi sudah berlalu ke dapur.
“Erm..kalau akak pergi dating, kenapa? Tak boleh ke? Ada orang tu siap
'forward' kat akak SMS jiwang-jiwang lagi….tengah bercintan ke?” Sengaja
Iman mengenakan Mira pula. Namun, wajah gadis itu hanya selamba
bagaikan tidak merasa apa-apa.
“Eh, Fahmi awak ke yang bagi SMS yang 'kissing-kissing' tu kat nombor
01*7564724? Hmm…?” Iman mengangkat sebelah keningnya memandang
Mira dan Fahmi silih berganti.
“Bukanlah kak. Eh, Mira mana kau dapat SMS macam tu?” Fahmi pantas
menjawab sekalian bertanya kepada Mira yang masih lagi dengan riak
selambanya.
 
“Mana ada Kak Aina. Sajalah tu akak nak kena kan Mira eh.”
“La…dah tu jari hantu mana pulak yang dok tekan handset Mira sent SMS kat
akak punya nombor malam tadi.”
“Heh iye ke kak. Bak sini kasi Mira tengok.” Pantas Mira mencapai handset
Iman. Seketika Iman dan Fahmi hanya memerhatikan jemari Mira yang
rancak menekan keypad handphone. Ada senyuman nakal di bibirnya,
kepalanya terhangguk kecil.
“Hah! Yang ni nombor mamat mana pulak ni Kak Aina…heheh.. 01
ehem..3181, ehem, ehem, 1. Pagi-pagi buta dah bagi SMS ni, ada apa-apa
ke?” Iman mengerti apa yang di maksudkan Mira. Pasti nombor yang turut
mengundang rasa pelik di fikirannya pagi tadi.
“Oh, akak curang dengan saya ya, hmm…” Fahmi mula menyakat Iman.
“Hah, kalau yang tu memang akak tak tahu. Entah hantu mana yang rajin
hantar SMS pepagi buta. Kak Aina pun heran mana entah dia dapat nombor
akak.”
“Eh Kak Aina, bukan nombor ni ke yang….” Kata-kata Mira mati di situ
apabila ternampak ada pelanggan ingin melangkah masuk. Iman segera
berlalu ke dalam pejabat untuk mengambil beberapa barangnya yang
tertinggal kelmarin.
 
Sementara itu, di luar café, Mira sedang bercakap dengan seorang pelanggan
lelaki yang berkunjung sebentar tadi. Kedua-dua mereka berdiri di sebalik
dinding, agak terlindung dari pandangan orang lain. Bagaikan ada sesuatu
yang mereka berdua bincangkan.
 
“Papa Is…..bak sini RM 30.00, cepat!” Mira berkata geram kepada lelaki di
depannya.
“La... nak buat apa duit banyak tu Amir? Last week kan Papa Is dah kasi.”
“Ah! Tak kira, ganti rugi. Cepat kasi 30 ringgit, kalau tak orang…”
“Orang apa? Orang-orang?”
“Orang tak nak tolong lagi! Orang bocorkan rahsia!”
“Eleh! Tak nak tolong sudah! Papa Is tak kisah...”
“Papa Is ni teruk tau! Patutlah semalam handset orang hilang. Nak
menggatal pun janganlah libatkan orang! Balik nanti orang cakap kat
mama!” Mira hampir menjerit. Mukanya merah menahan marah.
“Syhh…janganlah kecoh Amir. 30 ringgit tu kat rumah nanti. Pergi panggil
mama Iman, suruh dia ambil order cepat. Papa Is dah nak balik KL ni.”
“Perasan! Hari ni dia tak boleh amik order. Dia cuti!” Mira segera berlalu.
Panggilan dari pelanggan itu langsung tidak di hiraukan. Seketika kemudian
dia berpapasan dengan Aina yang ingin melangkah pulang.
 
“Ok, En. Amir, saya balik dulu, muahsss…” Sempat lagi Aina mengusik Mira.
Tangannya membuat isyarat ‘flying kiss’ kepada Mira yang memandang
geram ke arahnya.
“Eeee…Kak Aina ni…” Cepat-cepat dia berlalu sebelum Mira sempat berbuat
apa-apa. Tercetus ketawa yang agak kuat dari bibirnya. Iman tidak
menyedari bahawa ada sepasang mata yang sedang memerhatikan dirinya
saat itu.

BPB_11 :: TERSINGKAP SEBUAH MISTERI ::


Hujung minggu itu, Fatin datang berkunjung ke rumah Iman. Gadis yang
bekerja sebagai Eksekutif Pelaburan di salah sebuah bank di ibu kota itu ,
setiap 2 minggu sekali pasti akan pulang ke rumah keluarganya di Johor
Bahru. Kami mula berkawan semenjak tingkatan satu. Hanya Fatin, satu-
satunya kawan yang rapat dengan dirinya setelah pemergian Haziq. Ibu dan
bapa Fatin mempunyai kedai menjual barangan perabot yang di import dari
Indonesia yang terletak di Jalam Kolam Air. Anak kacukan Melayu-Australia
itu sungguh cantik dan baik hati. Fatin akan berkawan dengan sesiapa saja
tanpa memilih darjat dan rupa. Dia senang sekali berkawan dengan gadis itu.
Sedikit pun dirinya tidak merasa terasing dan rendah diri apabila berada di
samping gadis yang bernama Fatin Khadeeja itu.
 
“Iman, kita keluar tengok wayang kat City Square sekejap lagi, nak tak?”
Fatin berkata sewaktu kami berdua sedang menikmati minum petang. Ibu
yang sedang menonton TV aku pandang sekilas. Kebisuan ibu itu sudah
sangat di fahami Fatin.
“Ibu, Aina keluar dengan Fatin sekejap lagi boleh?”
“Erm, tapi jangan balik lewat sangat.” Ibu memberi persetujuannya. Matanya
masih terfokus kearah TV3 yang menayangkan telenovela Rubi. Tanpa
berlengah Iman segera berlalu ke dalam bilik untuk bersiap. Fatin di biarkan
berbual-bual dengan ibunya di ruang tamu.
 
‘Cik Iman, pergi mana hari ni?’ Iman membaca sms yang di terima sebentar
tadi. Dia mengeluh lalu segera membalas, geram dengan pengirim misteri
itu.
 
‘Saya punya sukalah nak pergi mana pun! Susahkan awak ke???’
 
Fatin memandu tenang kereta perdana V6 hitam mamanya menuju ke
bandar. Jalan raya agak sesak dari depan Pejabat Pos besar menuju ke pusat
bandar. Keadaan biasa semenjak proses menaik tarafkan imej bandaraya
Johor Bahru di lancarkan. Kini sudah terdapat jalan ala-ala Petaling Street
seperti di Kuala Lumpur. Laluan pejalan kaki juga sudah kelihatan cantik dan
teratur. Dalam masa yang sama, projek pembinaan jambatan baru yang
menghubungkan tambak Johor dengan Woodlands, Singapura juga turut
dalam pembinaan. Namun, projek gerbang perdana ini telah agak lama
dihentikan buat sementara waktu memandangkan timbulnya beberapa isu
pertikaian di antara dua negara jiran ini. Hujan renyai yang turun
menjadikan keadaan jalan lebih sesak dari kebiasaannya.
 
“Iman, ibu kau nampak lebih rilek aje sekarang ni. Dia dah ok ke dengan
kau?” Fatin bertanya. Barangkali dia hairan melihat Ibu yang kelihatan
sedikit lembut dengan dirinya saat ini. Iman sendiri turut perasan akan
perubahan itu semenjak beberapa hari yang lalu. Namun, dalam kelembutan
itu masih terselit sedikit kedinginnya.
“Erm, ok sikitlah dari dulu. Sekarang ni dia dah jarang marah-marah tak
tentu pasal. Dah bosan, penat agaknya Fatin.” Iman berseloroh. Fatin
tersenyum kecil.
“Betul ni ibu kau tak marah kita keluar tengok wayang? Balik lewat pun tak
marah?” Iman menggeleng, yakin sekali.
 
Ibu tidak pernah ambil peduli apa yang dia lakukan, kemana arah tujuannya,
kepulangan dirinya juga tidak bersambut jadi, Fatin tidak perlu bimbang.
Namun begitu, Iman jarang sekali mengambil kesempatan dengan sikap
ibunya itu. Dia mempunyai garis panduan di dalam melayari setiap arah,
tujuan dan perkara yang akan di lakukan dalam kehidupan sehariannya. Dia
tidak mahu ibu di cemuh jiran tetangga hanya kerana seorang Iman pulang
larut malam mahupun di hantar teman lelaki. Setiap rakan akan di bawa
pulang untuk di kenalkan kepada ibunya kerana dia mahu ibunya tahu
dengan siapa dia berkawan. Ibunya tidak kisah tapi, Iman amat memahami
sekeping hati milik seorang ibu. Dan apa yang lebih penting, dia tidak mahu
dirinya di curigai, pemergiannya di sangsi, pergaulannya di salah erti.
 
Selepas habis menonton cerita Miss Call-2 di aras 5, Iman dan Fatin
meronda-ronda di dalam pusat membeli belah yang terkenal di bandar Johor
Bahru itu. Dia bercadang membeli sepasang sandal manakala Fatin pula ingin
membeli sehelai dua kemeja. Setelah puas meninjau mereka berdua
akhirnya ke butik Vincci dan Padini Authentic. Di situ terdapat pelbagai
pilihan dengan potongan harga jualan yang agak tinggi. Setiba di situ,
mereka mengambil arah masing-masing, Iman ke bahagian kasut Vincci dan
Fatin pula ke bahagian pakaian G2000 di bahagian belakang butik itu. Iman
leka mencuba beberapa bentuk sandal namun belum satu pun menambat
hatinya. Semuanya bagaikan ada yang tidak kena dengan citarasa dirinya.
Handset di tangannya mengeluarkan bunyi tanda ada SMS di terima,
barangkali dari Fatin. Iman mengeluh sebaik melihat nombor yang tidak
dikenali itu sekali lagi menghantarkan mesej, entah untuk kali yang keberapa
untuk hari ini.
 
‘Hai cik Iman, tengok wayang tak ajak saya ya. Nak saya tolong pilihkan

sandal ke? ;)…’

 
Iman pantas melihat sekeliling, pasti lelaki itu kini berada dekat dengan
dirinya. Tiba-tiba dia terasa bagaikan di ekori, riak tidak selesa mula
menghambat diri, lalu memaksa kakinya melangkah pergi mendapatkan
Fatin yang pasti masih lagi leka memilih baju di bahagian belakang. Dalam
kekalutan Iman terlanggar seorang lelaki, tangannya tanpa sedar telah
memeluk tubuh lelaki itu untuk mengelak dirinya dari tersungkur ke lantai.
Sesaat dua dia bagaikan terkaku, sempat lagi hidungnya menangkap
haruman milik tubuh lelaki itu.
 
“Opss..sorry abang, saya tak sengaja.” Ucap Iman kalut sebaik dapat
mengimbangi badannya. Saat Iman mendongak, wajah di depan itu sedang
tersenyum lebar, matanya tajam memerhatikan wajah Iman yang mula
merona merah.
“Awak! Ini pasti kerja awakkan???” Iman menjerit geram, pandangan
beberapa pasang mata tidak dia hiraukan.
“Saya? Kerja? Kerja apa?” Tanya lelaki itu kembali. Sepantas kilat
handphone nokia 7200 di genggaman tangan lelaki itu di rampas, jemari
Iman laju menekan keypad mencari sesuatu.
“Huh! Dah buat tak mengaku! Dasar penipu!!!” Tingkah Iman kuat, selamba
dia mencampakkan handset milik lelaki itu ke atas timbunan baju potongan
70% di situ.
“Iman….nanti dulu. We need to talk, Iman..." Panggilan dari lelaki itu tidak di
hiraukan. Dia segera mendapatkan Fatin yang sedang beratur membuat
pembayaran.
 
“Hei, kenapa dengan kau ni Iman? Mana kau punya sandal?” Fatin bertanya
sebaik melihat riak tegang di wajah Iman.
“Aku tak jadi belilah Fatin, semuanya aku tak berkenan.” Iman menjawab
tapi matanya masih memandang tajam ke arah sudut butik itu. Sengaja dia
menentang sinar mata lelaki itu, cuba menunjukkan tahap kemarahan
dirinya saat itu. Hanya beberapa saat matanya segera di larikan tatkala
mendapati lelaki itu tanpa rasa bersalah terusan membalas renungannya.
Iman hanya mampu mendengus geram.
 
Sepanjang minggu ini pasti akan ada sms yang di terimanya dari nombor
misteri itu. Kini dia pasti lelaki itulah yang selalu memberikan ucapan
selamat malam sekalian mengejutkan lenanya setiap subuh. Dia amat
berterima kasih untuk itu tapi, dia tidak akan semarah ini jika lelaki itu tidak
terus menyembunyikan identitinya. Dia berang kerana lelaki itu sengaja
mengekori, mengintipi dirinya. Bukan sekali dua dia berpapasan dengan
lelaki itu, dia tidak ambil kisah memikirkan kemungkinan itu hanya sebuah
kebetulan. Sudah puas dia bertanya namun pertanyaanya di biarkan sepi.
Bila dia cuba menelepon, panggilannya tidak berjawab. Lelaki itu membuat
dia tertanya-tanya sekalian berada di dalam keadaan ketakutan menghadapi
setiap detik masa. Dia langsung tidak terpikir bahawa nombor misteri yang
sering menghuni ‘inbox’ nya adalah milik lelaki itu. Dan hari ini, teka-tekinya
terjawab sudah. Lelaki itu tidak akan di benarkan mengganggu lagi
perjalanan hidupnya yang selama ini aman dan tenteram.

BPB_12 :: GETARAN SEBUAH SENYUMAN ::


“Iman, ada sesuatu yang kau sorokkan dari aku kan?” Tanya Fatin keesokan
harinya sewaktu Iman singgah di galeri perabot kepunyaan keluarga gadis
itu.
“Nothing. Tak ada apa-apalah Fatin.” Sedaya upaya Iman cuba mengelak.
“Cik kak oiii…Kau jangan ingat aku tak nampak apa yang terjadi kat City
Square semalam tu. Kau ingat suara power kau tu aku tak dengar?” Fatin
mula membebel.
“Apa yang kau nampak? Apa yang kau dengar?” Selamba Iman menyoal
kembali.
“Lelaki semalam tu siapa? Kenapa kau menjerit-jerit marah kat dia?” Fatin
mula menghampiri, mengambil tempat di sebelah Iman, menghayun laju
buaian kayu jati di sudut galeri itu.
“Alah... dia langgar aku semalam, aku marahlah, salah ke?”
“Siapa yang langgar siapa ni, hmm... Cik Iman sayang?” Seketika Iman
terdiam. Nampak gayanya dia terpaksa menceritakan apa yang terjadi
kepada Fatin. Gadis itu selagi tidak tahu pasti akan terusan mencungkil,
menggoda dirinya untuk membuka rahsia. Ah! kalaulah gadis itu bukan
sahabatnya...
 
Lama Iman mendiamkan diri sebelum menceritakan apa yang terjadi kepada
gadis itu. Dari peristiwa di café, kiriman-kiriman SMS sehinggalah kepada
peristiwa yang di saksikan sendiri oleh gadis itu semalam di City Square.
Tiada satu pun yang tertinggal. Fatin hanya mengangguk, sesekali tawanya
terhambur jika ada cerita Iman yang mencuit hatinya. Dan, kini lelaki itu
tidak henti-henti menghubungi talian teleponnya namun tidak pernah sekali
pun dia menjawab. Dia lebih rela membingitkan telinga daripada mendengar
suara lelaki itu. Iman tahu, saat ini pasti lelaki itu sedang memburu
kemaafan darinya. Dia langsung tidak tahu mengenai latar belakang lelaki itu
tetapi, ternyata lelaki itu lebih arif mengenai dirinya. Iman hanya tahu nama
lelaki itu, itupun setelah beberapa kali dia memaksa melalui kiriman SMS.
Dia buntu memikirkan dari mana lelaki itu mendapat maklumat mengenai
dirinya. Puluhan kiriman SMS dari lelaki itu terus memenuhi ‘inbox’ nya
semenjak petang semalam.
 
Iman menyusuri jalan untuk pulang ke rumah. Hanya beberapa meter dari
galeri mama Fatin tiba-tiba handphone di dalam beg tangannya bergetar, ‘1
message received’, nombor itu lagi...
 
‘My last warning, if u don’t answer my call, I'll go to your house directly. I’m

serious Cik Iman!’

 
Sejurus itu, telefon bimbitnya menjerit nyaring. Agak lama baru Iman
mempunyai kekuatan untuk menekan butang hijau namun dia bertindak
mendiamkan diri.
 
“Hello Cik. Iman, at last dapat juga saya bercakap dengan awak ya.”
Terdengar suara ceria di hujung talian.
“So…Encik..…” Iman menjawab geram.
“Ismail Syafiq.”
“Ok En. Ismail Syafiq, apa yang awak nak sebenarnya dari saya ni hah?”
Iman menjerit agak kuat.
“Ikut saya, saya ada dekat belakang awak sekarang ni.” Iman pantas
menoleh ke belakang, sebuah kereta Honda CRV berwarna hitam bergerak
perlahan menghampiri dirinya di pinggir jalan.
“Saya tak mahu!” Bantah Iman.
“Saya akan follow awak sampai rumah.”
“Saya peduli apa!” Tingkah Iman kuat, kakinya laju menghayun langkah.
“Ok, saya follow awak. Cepat sikit jalan tu…” Selamba lelaki itu menjawab
lantas mematikan talian.
 
Langkah Iman mati tiba-tiba. Tanpa berfikir panjang dia terus berjalan ke
arah kereta yang sudah pun berhenti lalu mengambil tempat di sebelah lelaki
itu. Pintu kereta di hempas kuat menunjukkan rasa hatinya saat itu. Iman
membatukan diri. Wajah yang merah menahan marah di palingkan keluar
tingkap. Ke mana dirinya ingin di bawa lelaki itu dia tidak peduli. Hari ini, dia
bertekad untuk membuat perhitungan dengan lelaki itu. Seketika kemudian
apabila kereta yang di pandu lelaki itu membelok ke simpang kiri baru Iman
dapat mengagak kemana arah tujuan lelaki yang berwajah selamba di
sebelahnya itu. Perlu apa lelaki itu membawanya ke tempat itu, pantai yang
sering menjadi tempat dia meluahkan perasaan, berkongsi kenangan suka
duka hidupnya. Sudah agak lama dia tidak berkunjung ke tempat ini, kali
terakhir semasa dia menziarahi pusara abahnya beberapa bulan yang lalu.
 
“Kenapa awak bawa saya ke sini?” Tanya Iman sebaik lelaki itu
memberhentikan keretanya di pinggir jalan yang agak lengang ketika ini.
Tanpa menjawab pertanyaannya, lelaki itu melangkah keluar, bersandar di
pintu kereta. wajahnya mengadap ke arah lautan.
“Iman, awak nak ke mana tu?” Sekilas Iman menoleh, kemudian berlalu
menuju ke arah bangku yang bagaikan sedia menanti kedatangan tuannya.
Agak lama baru lelaki itu menyusul dan duduk di sebelahnya, bersama-sama
merenung ke arah lautan yang tenang. Angin senja yang dingin menderu
lembut, mengkhayalkan, membawa Iman entah kemana-mana.
 
“Iman.”
“Iman…”
“Iman Nuraina..….” Pantas Iman berpaling, merenung lama wajah lelaki itu,
hanya seketika dia pantas melarikan anak mata, cuba menyembunyikan
getaran yang mula melanda.
“Kenapa? Awak jatuh hati pada saya ya, hmm?” Romantis suara lelaki itu
menyapa telinga Iman.
“Perasan!” Iman mencebik bibir. Lelaki itu tergelak besar.
“Dari mata turun ke hati Cik Iman.” Tutur lelaki itu selamba. Iman
membiarkan lelaki itu meredakan tawanya. Entah apa yang menggelikan hati
lelaki itu Iman sendiri tidak pasti.
 
“So, ada hal apa yang penting sangat ni En. Ismail?” Iman mendengus nafas
kasar. Perlukah dia menyerang lelaki itu? Membalas segala perbuatan lelaki
itu kepada dirinya?
“Iman, saya nak minta maaf, pasal kejadian kelmarin dan semuanya. Dan,
err…saya nak jadi…kawan awak, boleh?” Permintaan lelaki itu membuat dia
berfikir lama.
“Erm…saya maafkan awak.” Balas Iman perlahan. Ikhlaskah dia? Ya, hanya
untuk sebuah kemaafan tapi bukan untuk sebuah persahabatan.
“So, kita kawan?” Iman hanya memandang kosong salam yang dihulur.
Sedikit pun tidak di pedulikan rona yang mula terpercik dari wajah kemas
lelaki itu.
“Kenapa mesti dengan saya, kenapa tidak orang lain?” Iman melontarkan
pertanyaan sinis.
“Awak nak tahu kenapa?” Dia pantas mengangguk. Lelaki itu menarik nafas
beberapa kali sebelum memulakan cerita.
 
“Gadis Tepian Tebrau. Pertama kali saya terpandang wajah gadis itu, hati
bagaikan meronta-ronta untuk mendekatinya. Mata redupnya menyimpan
pelbagai rahsia. Renungannya menggetarkan rasa. Gadis itu begitu setia
merenung lautan, mengira bebuih ombak, merangka kehidupan dirinya
barangkali. Ingin sekali saya menyelami apa yang ada di hati gadis itu,
tapi...” Terdengar keluhan dari lelaki itu. Matanya tajam merenung lautan
sebelum meneruskan bicara.
“Saya tidak berani menegurnya, hanya setia memandang gadis itu dari
kejauhan. Dulu, hampir setiap petang saya akan melihat gadis itu di bangku
ini, tapi… setelah agak lama dia mula menghilangkan diri, membuatkan saya
resah menanti, hampir setiap hari saya ke mari tapi hampa, hanya bangku
ini yang masih setia di sini.” Sekali lagi bicaranya terhenti.
 
Iman di sebelah kehilangan kata. Sesekali dia mencuri pandang ke wajah
lelaki yang begitu tekun bercerita, penuh emosi meluahkan perasaannya.
Iman seakan tidak percaya, lelaki itu telah lama berada di dalam lingkungan
hidupnya, memerhatikan gerak gerinya di pantai ini. Bagaimana dia boleh
tidak perasan kewujudan lelaki itu?
 
“Sehinggalah suatu hari… kebetulan saya dapat menjejaki diri gadis itu
kembali dan semenjak itu saya bertekad untuk terus memburunya. Saya
tidak mahu kehilangan wajah dan gadis itu untuk sekian kalinya dan…”
“Dan, gadis itu berada di dalam ketakutan, keresahan kerana terus di buru,
bukan begitu?” Tingkah Iman agak kuat. Entah mengapa tiba-tiba dia berasa
marah sekali. Iman bingkas bangun meninggalkan lelaki itu termagu di situ.
Pantai yang memutih di susuri perlahan. Kakinya bermain dengan bebuih
ombak.
 
“Saya tidak bermaksud untuk menakutkan gadis itu, Iman. Malah, saya ingin
sekali berada dekat di hatinya.” Kedengaran suara lelaki itu agak kuat.
"Tidak menakutkan konon... awak tahu tak apa yang telah awak lakukan?
Saban hari awak mengganggu  saya. Awak mengekori saya, mengintipi
saya seolah-olah saya ini seorang penjenayah! Saya takut untuk menghadapi
setiap detik waktu, awak tahu tak!!!" Tingkah Iman penuh emosi.
"Maafkan saya Iman, saya tahu saya bersalah. But, I want to be with you
Iman Nuraina, ever…” Bisik lelaki itu perlahan, dekat sekali menyapa cuping
telinga Iman. Apakah yang sebenarnya di maksudkan oleh lelaki itu?
“Saya balik dulu.” Iman segera melangkah menuju ke daratan.
“Saya hantarkan awak balik, hari dah lewat ni.” Langkahnya segera di pintas.
Iman hanya menurut saja. Lelaki itu tersenyum panjang, terserlah lesung
pipitnya di sebelah kiri, manis sekali.
 
Hati Iman berdetik, bergetar hebat. Senyuman itu, ya senyuman itulah yang
pernah beberapakali menyapa matanya dari satu sudut pantai ini. Senyuman
itulah yang seringkali melayari mata, melintasi fikirannya, juga yang pernah
sekali menggetarkan hatinya. Kini, persoalan Iman terjawab sudah. Apakah
perasaannya saat ini, apakah yang ada di hatinya setelah segala persoalan
terjawab?

BPB_13 :: BAHAGIA DI ANGIN LALU ::


Semalam Iman di marahi ibu. Ibu berang kerana dia pulang agak lewat dari
kebiasaannya. Bukan niat Iman untuk pulang lewat tapi, Ismail Syafiq yang
memaksa dia melanggari peraturan hidupnya sekalian membangkitkan
kemarahan di hati ibu. Dia tidak membantah bila lelaki itu mahu
menawarkan diri untuk menghantarnya pulang tapi, sebaik saja mendapati
lelaki itu tidak membelok ke jalan yang sepatutnya dia membantah keras.
Tanpa persetujuan darinya, Ismail Syafiq terus memandu ke arah Pantai Lido
dan berhenti betul-betul di hadapan restoran Singgah Selalu yang
bertentangan dengan Danga Bay. Lelaki itu langsung tidak mempedulikan
jelingan tajam dan riak marah di wajahnya. Ismail seakan sengaja membawa
dia ke restoran yang ramai pengunjung, dia tidak boleh membuat onar
mahupun menjerit marah kepada lelaki itu.
 
Walaupun hatinya sedikit gusar tapi, dia tidak pernah bimbang dimarahi ibu
lalu, dia hanya menurut saja kemahuan lelaki itu. Mulanya dia membatukan
diri di dalam kereta, tetapi lelaki itu terus memujuk, lambat-lambat dia
akhirnya akur. Hatinya terusik kerana lelaki itu kelihatan ikhlas,
membawanya ke situ sebagai tanda maaf di atas setiap kesalahannya
terhadap Iman. Pesanan hidangan yang di buat oleh lelaki itu di terima agak
lambat memandangkan jumlah pelanggan yang sangat ramai waktu itu.
Tidak banyak yang mereka bualkan lantaran Iman mengambil jalan untuk
mendiamkan diri, dia kekok, janggal dengan pertemuan itu. Selesai
menjamu selera, dia minta segera di hantar pulang.
 
Tapi, pagi ini sekali lagi Iman di marahi ibu. Apa yang sangat di kesalkan,
Kak Ain dan Irma turut sama mengapi-apikan kemarahan ibu kepada dirinya.
Dia tidak ambil hati di marahi ibu, dia terima segalanya, ibu berhak ke atas
dirinya, tapi…
 
“Aina, jangan kau ingat aku tak ambil tahu pasal diri kau, kau boleh buat
sesuka hati yang kau suka! Balik lewat malam! keluar entah dengan jantan
mana!” Jerkah ibu sewaktu Iman sedang bersarapan. Suapan terasa
bagaikan butiran pasir.
“Maafkan Aina bu, semalam Aina ada hal sikit.” Jawab Iman perlahan.
“Ada hal ke melayan jantan.” Selamba Kak Ain mencelah. Iman merenung
tajam wajah Kak Ain yang bertentangan dengannya.
“Ha’ah. Entah-entah kerja part time as….” Irma mula menyokong.
“Irma!!! Jaga sikit mulut kau tu ya!” Tingkah Iman pantas. Dia berlalu ke
dalam bilik. Hatinya sakit mendengar tuduhan Irma itu.
“Aina, betul kau buat kerja keji tu? Aina!!!” Jeritan ibu tidak Iman pedulikan.
“Dasar anak tak sedar diri! Sengaja nak memalukan aku…sudahlah dari kecil
banyak menyusahkan aku…” Sayup-sayup kedengaran suara ibu dari luar.
Kata-kata seterusnya tidak kedengaran lantaran Iman menekup rapat kedua
telinganya.
 
Ya Allah dugaan apakah ini? Iman merintih hiba. Tangisannya yang halus
bertambah kuat memenuhi segenap biliknya yang kelihatan suram, sesuram
hatinya yang walang. Kata-kata ibu, Kak Ain dan Irma bergema, berasak-
asak di cuping telinganya. Tiga jasad mengelilingi dirinya, ketiga-tiga wajah
itu memandang hina, menjeling sinis, mencebik bibir mengejek ke arah
Iman. Dia seakan pesalah yang di lempar tuduhan yang berat, di hakimi
secara tidak adil, hanya ada peguamcara, lalu memaksa Iman diam tidak
berkutik di kandang pesalah. Iman mendongoi kuat, haruskah dia mengaku
bersalah? Ah! Tidak sesekali, tiba-tiba saja tangisan menggilanya terhenti,
tersedar dan kembali ke alam nyata.
 
Sungguh! Iman tidak pernah merasa jauh hati sekali dengan ibunya seperti
saat ini. Sampai hati darah kandung sendiri menuduh dirinya sebegitu
keji.Selama ini Iman terima segala kemarahan dan teguran ibu dengan hati
yang terbuka. Seboleh-bolehnya dia cuba membuang jauh segala rasa sedih
dan kecewa yang bercambah di hatinya. Dia tidak mahu menyimpan
sebarang rasa dendam, sakit hati kepada ibu mahupun darah kandungnya
sendiri. Dia amat menghargai kehadiran ibu dan adik-beradiknya, hanya
mereka yang dia ada di dunia ini. Tapi hari ini, hanya kerana lelaki itu dirinya
di hina, dia di tuduh sekeji itu. Harga dirinya berkecai, maruahnya tercalar di
mata ibu dan adik-beradiknya. Tiba-tiba hatinya panas membayangkan
wajah lelaki itu. Ismail Syafiq, dia ingin melepaskan kemarahannya kepada
lelaki itu. Segera telefon bimbit di atas meja di capai. Jemarinya menekan
geram butang-butang keypad.
 
‘Ini semua kerana awak! Psl awak saya di marahi ibu. Saya benci awak, awak

tahu tak! Saya benci….’

 
Selepas menekan butang ‘send’ Iman melemparkan handphone miliknya itu
ke atas katil. Hatinya yang sakit sedikit lega. Sesaat kemudian, telepon itu
menjerit minta di jawab.
 
“Ini semua kerana awak tahu tak!!! Kalau tak kerana kedegilan awak saya
tak akan di marahi ibu. Mereka tak akan menuduh saya sekeji itu. Saya
benci awak!!!” Sepantas kilat Iman menyerang pemanggil di talian. Suaranya
bergetar menahan marah.
“Iman, sabar ok. Cerita pada saya apa yang sebenarnya terjadi.” Lembut
lelaki itu berbicara namun, masih tidak dapat meredakan bahang di hatinya.
“Awak dah banyak menyusahkan saya, menambahkan lagi penderitaan hidup
saya. Tolong jangan ganggu saya lagi!” Jerit Iman lebih kuat dari tadi.
“Iman….please tell me what happened? Iman…cerita pada saya, ok? Iman…”
Sekali lagi suara itu memujuk perlahan. Hati Iman di pagut sayu tapi sesaat
teringat tuduhan-tuduhan itu...
“No, nothing! Tak payah, awak tak perlu tahu. Maaf kerana mengganggu
awak.” Jawabnya seraya mematikan talian. Iman melepaskan keluhan
panjang.
 
Seketika hati Iman di buru rasa kesal kerana memarahi lelaki itu. Siapakah
sebenarnya yang bersalah? Telefonnya yang menjerit nyaring sekali lagi di
biarkan tidak berjawab. Dia tidak memerlukan Ismail Syafiq saat ini, lelaki
itu bukan siapa-siapa pada dirinya. Dia tidak akan tunduk dengan pujukan
lelaki itu, hanya pengertian dan cara untuk mengembalikan kepercayaan ibu
yang di fikirkan saat ini.
 
Iman sangkakan ibunya sudah mula menerima dirinya. Kelmarin, bila Fatin
memperkatakan mengenai perubahan sikap ibu, hatinya terasa gembira
sekali. Ibunya tidak sedingin dulu, dia bagaikan ingin menjerit memberitahu
dunia betapa hatinya gembira akan perubahan yang sememangnya dia nanti-
nantikan dalam hidupnya. Dia berjanji untuk terus menjadi anak yang baik di
mata ibu, akan di lakukan yang terbaik untuk membahagiakan sekeping hati
milik wanita itu. Tapi, pertemuan dengan lelaki itu telah memusnahkan
kebahagiaan yang baru saja ingin menghampiri dirinya. Kebahagiaan
hidupnya sebentar cuma. Kini, keindahan itu telah pergi di bawa angin lalu,
memaksa Iman mengejar kembali rasa indah itu sendirian. Sungguh! Iman
sedikit terkilan dengan pertemuan semalam, pertemuan yang membunuh
kebahagian dirinya.
 
Iman menelefon Kak Seri meminta cuti. Dia rasa malas hendak pergi kerja.
Hatinya rawan, sedih. Seharian dia hanya memerapkan dirinya di dalam bilik.
Biarlah untuk hari ini dia melayan rajuk hatinya sendiri. Dia sudah biasa
begini, bersendirian mengubati luka dan kecewa di hati. Kesedihannya tidak
lama, kekecewaan hatinya sesaat cuma. Esok, Iman pasti kembali pulih
seperti biasa, senyuman akan segera terukir di bibir merahnya, mendung
kelabu yang terukir di wajahnya pasti akan secerah langit yang membiru.
Iman pasti.
 
Iman membaca berulang kali SMS yang di terima dari Ismail Syafiq. Hatinya
sedikit terusik dengan kata-kata dari lelaki itu.
 
‘Iman, saya tak tahu apa yg terjadi. Jika semuanya adalah kerana saya, saya

minta maaf… truly sorry. Satu yg saya nak awak tahu, saya ikhlas nak

berkawan dengan awak…please… :( berdoa n bykan bersabar, ok?’

Apakah ada hikmah di sebalik pertemuan di antara mereka berdua?


Seketika, hati dan fikiran seorang Iman Nuraina di asak pelbagai persoalan…

BPB_14 :: SALAM MENGUSIR KEDUKAAN ::


Seawal pagi Iman sudah pun berada di café, memulakan tugas yang sedikit
bertindan memandangkan semalam dia bercuti. Urus niaga semalam perlu di
rekodkan supaya semua urusan seterusnya menjadi teratur. Waktu urus
niaga hanya akan bermula jam 10am sedangkan seawal jam 7am dia sudah
pun menapak dari rumah. Hatinya tidak tenang berada di rumah.
Sangkaannya ternyata meleset, kesedihan yang mencengkam hati sedikit
pun tidak terungkai, mendung di wajahnya masih belum mahu berlalu. Dia
sendiri merasa pelik dengan keadaan dirinya saat ini. Fikirannya sudah
pandai membenarkan dia melayan rasa hati berhari-hari. Kekecewaan
kelmarin masih lagi merantai hatinya, mindanya memainkan kembali setiap
kata dan tuduhan ibu yang terakam kemas di benaknya. Sungguh! Iman
keliru dengan dirinya saat ini.
 
“Hai Kak Aina, moody jer hari ni. Kenapa? Any problem?” Tanya Mira.
Penampilan gadis itu sudah banyak yang berubah. Rambut ikalnya di
lepaskan bebas. Manis dan comel sekali.
“Iya ke? Tak ada apa-apalah. Biasa jer.” Iman cuba memaniskan wajah.
“Betul ni? Ke akak tengah bergaduh dengan buah hati?” Nakal sekali
pertanyaan Mira itu di pendengaran Iman.
“Tak ada lah Mira. Erm… lawa Mira sekarang ni eh, comel jer akak tengok.
Ada apa-apa ke yang Kak Aina tak tahu ni, hmm?” Gadis itu tersenyum
panjang mendengar pujian darinya. Mira memusing-musingkan badannya di
depan Iman. Iman menahan tawa, gelihati melihat aksi Mira itu.
“Alamak kak! Sapa suruh akak puji Mira lelebih, kan Mira dah lupa nak bagi
tahu akak. Ada orang nak jumpa kat luar tu. Dah lama dia tunggu.” Mira
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Siapa?”
“Alah lelaki handsome yang hari tu. Dia cakap dia pakwe akak. Betul ke
kak?” Mira menjawab selamba.
“Perasan! Hah, cakap dengan dia akak sibuk, banyak kerja.” Iman tidak
senang dengan kenyataan Mira yang sama sekali salah itu.
“Tapi kak…dia…”
“Cik Iman boleh saya masuk?” Terjengul wajah itu di muka pintu. Mira sudah
menghilangkan diri. Lelaki itu mengerling kelibat Mira sebelum mengatur
langkah ke arah meja Iman.
 
Iman menghela nafas kasar memandang wajah lelaki yang sudahpun duduk
di depan mejanya. Seketika mereka hanya saling berpandangan. Mengapa
wajah itu mesti menunjukkan diri di saat Iman cuba mengembalikan harga
dan semangat dirinya yang telah hilang. Kerana lelaki itu ibu kembali dingin,
kerana lelaki itu dia di hempap tuduhan yang maha berat. Dan, kerana lelaki
itu jugalah hatinya yang selama ini tenteram kacau bilau. Iman di asak
pelbagai perasaan, marah, kesal, sedih dan kecewa bersatu menjadi
segumpal rasa yang amat sukar untuk di ungkapkan.
 
“En. Ismail Syafiq, apa lagi yang awak nak dari saya, hmm? Kan saya dah
cakap jangan ganggu hidup saya lagi. Susah sangat ke awak nak faham apa
yang saya cakap? Saya cakap bahasa melayu bukan bahasa Jepun En.
Ismail…” Mendatar saja suara Iman. Lelaki itu tersenyum kecil, memerhati
wajah tegang Iman. Iman segera menundukkan wajah dari menjadi tatapan
sepasang mata hitam lelaki itu.
“Ya, saya faham. Kalau awak cakap bahasa Jepun sekalipun saya tetap
faham Cik Iman. Tapi, saya nak tahu kenapa? Susah sangat ke awak nak
bagi tahu saya?” Ismail duduk menongkat dagu mengadap Iman. Terkebil-
kebil mata hitam itu memandang Iman menanti jawapan.
“Awak tak faham dan mungkin tak akan pernah faham. Tolonglah jangan
ganggu hidup saya, saya sudah cukup…” Iman tidak jadi meneruskan kata-
kata. Fikirannya tiba-tiba saja membantah.
“Tak perlu mengatakannya, saya faham Iman.” Pintas Ismail perlahan
seakan mengerti apa yang ingin di katakan oleh Iman.
“Awak faham? Apa yang awak tahu mengenai diri saya? Dan, apa lagi
tentang diri saya yang awak nak tahu? Cakap En. Ismail Syafiq!!!” Tingkah
Iman kuat.
 
Dia betul-betul bengang saat mendengar kenyataan lelaki di depannya itu.
Siapa lelaki itu untuk mengetahui segalanya mengenai kehidupan Iman? Apa
hak lelaki itu ke atas dirinya? Wajahnya merah padam menahan kemarahan.
Ismail Syafiq terdiam, terkejut mendengar suara Iman yang nyaring
barangkali. Mungkin juga lelaki itu tidak percaya seorang perempuan yang
selalunya dia nampak diam, lemah lembut berubah seberang dan sekasar
itu.
 
“Errr… maafkan saya… bukan maksud saya untuk mencampuri urusan hidup
awak, Cik Iman. Saya faham awak mungkin ada masalah dengan…. err…
keluarga barangkali. Tapi… saya tak boleh menerima permintaan awak. Saya
tetap akan terus mengganggu hidup awak selagi….” Tersangkut-sangkut
suara Ismail di pendengaran Iman.
“Selagi apa???” Tingkah Iman lebih kuat. Kesabaran wanitanya tercabar. Dia
berdiri mengadap lelaki itu.
 
Iman sengaja memandang tajam, tepat menikam anak mata lelaki yang
kelihatan terkedu itu. Iman sendiri tidak sangka yang dirinya boleh berubah
segarang itu sehingga ternyata menimbulkan riak ketakutan di wajah lelaki
tampan itu. Hatinya di cuit rasa gelihati, tidak percaya dengan kemampuan
diri sendiri. Iman masih berlagak serius, wajahnya di tegangkan, lebih
garang dan lebih kelat dari tadi. Biar lelaki itu tahu, perempuan sepertinya
tidak selalunya lemah dan sesuka hati membiarkan diri terus di permainkan.
 
“Selagi awak tak menerima diri saya sebagai kawan awak. Itu saja. Bukan
susah sangat pun.” Jawab Ismail mendatar. Wajah tampan itu berubah
tenang, selamba sekali di mata Iman. Kini kedua-dua mereka berdiri
berhadapan.
“Awak terlalu mendesak En. Ismail Syafiq. Awak memaksa saya!” Balas Iman
geram, dia kembali duduk membungkamkan diri. Nafas di hela panjang.
“Saya tak mendesak apatah lagi memaksa, tapi…saya mengharap. Itu saja.
So, bagaimana? Friend?” Kata lelaki itu lagi.
 
Iman memandang wajah dan huluran tangan lelaki itu silih berganti.
Perlukah dia menyambut huluran tangan lelaki itu? Iman tahu dia terpaksa
juga menerima lelaki itu jika tidak dia pasti akan terus di buru apatah lagi
lelaki itu seperti seorang yang tidak faham bahasa. Wajah selamba lagi
tampan itu begitu mendera perasaan Iman, hatinya jatuh kasihan melihat
wajah yang penuh mengharap itu. Lagipun, lelaki itu juga kelihatan begitu
ikhlas, jujur menghulurkan salam persahabatan. Lalu, apa pilihan yang dia
ada?
 
“Erm…” Agak lama baru dia memberikan jawapan. Hanya sesaat tangan
mereka bertaut.
“Hah, macam tulah. So, from now on, no more encik-encik, call me Ismail or
Syafiq or Ismail Syafiq. Nak lebih mesra lagi panggil Is jer. And, I will call
you Iman. Saya dah lama jatuh cinta kat nama tu. Agree?” Laju bibir merah
itu mengeluarkan bicara, ceria sekali.
“Erm…” Iman menjawab malas. Jatuh cinta? Apa yang di maksudkan lelaki
itu?
“Tu jer?” Tanya Ismail seakan tidak puas hati.
“Nak apa lagi? Ok, Ismail…. can you do me a favour?” Lemah lembut sekali
Iman berbicara.
“Pleasure, apa dia?”
“Keluar sekarang, boleh….?” Ismail mengeluh berat dan tanpa banyak soal
memenuhi permintaannya. Iman mengeluh lega.
“Err…”
“Ya Allah, ada apa lagi ni, hmm?” Iman mengetip bibir, matanya sengaja di
jengilkan.
“Iman, kenapa awak buat muka garang, masam, kelat, macam tadi tu? Tak
lawa tahu tak? Buruk… macam beruang panda!” Selamba lelaki itu
mengutuknya.
“Hei, saya punya sukalah. Beruang panda pun beruang pandalah, awak
peduli apa! So now, pergi keluar, keluar cepat….” Balas Iman seraya bangun
menutup pintu pejabatnya. Terdengar suara lelaki itu tergelak kuat di sebalik
pintu. Seketika, Iman turut tergelak, buruk sangat ke muka aku kalau
marah? Beruang panda? Comel apa binatang tu, lagipun bukan senang nak
jumpa binatang yang semakin pupus tu, getus Iman nakal.
 
Akhirnya, Iman terpaksa juga menerima hakikat bahawa lelaki itu sudah pun
menjadi kawannya. Dia tidak mahu terusan dirinya di ganggu kerana
kehadiran lelaki itu begitu merimaskan, mengacau bilaukan hidupnya. Dia
malas hendak memanjangkan sengketa, lagi pula dia tidak berminat untuk
menambahkan masalah yang sedia ada. Bukan sifat dirinya untuk
bersengketa apatah lagi mengumpul musuh. Banyak perkara lain yang lebih
penting dalam hidupnya, memperbaiki hubungan dirinya dengan ibu melebihi
kehendak yang lain. Dan, dalam keadaan terpaksa, tanpa berfikir panjang
dia menerima diri lelaki itu sebagai kawannya. Ikhlaskah dia?
 
Ismail Syafiq. Lidahnya spontan memanggil Ismail, nama seorang nabi
barangkali, mudah untuk dia ingati. Lelaki itu memang misteri. Siapakah
lelaki itu? Berapa usianya? Apa pekerjaannya? Dari mana asal usulnya? Dan,
untuk apa lelaki itu hadir di dalam hidupnya? Sebelum ini, sudah banyak kali
mata hitam lelaki itu bersatu dengan anak matanya, bibirnya tidak pernah
lokek untuk membalas senyuman lelaki itu, pertemuan-pertemuan mereka
bagaikan sengaja di atur, bayangan dirinya bagaikan di ekori. Iman mula
menghitung kembali rentetan pertemuan di antara dia dan lelaki itu.
Segalanya bagaikan terlayar kembali di ruang mata, dalam jelas masih ada
kekaburannya, dalam samar ada kenyataannya. Mungkinkah semuanya
hanya kebetulan? Suratan yang sememangnya telah di atur ilahi? Atau
mungkinkah kebetulan-kebetulan ini telah dirangka seseorang? Mindanya
cuba menyatukan serpihan-serpihan jig-saw puzzle yang terlayar di kaca
matanya tetapi, sesaat cantuman itu jatuh berderai lalu dia hanya
membiarkan persoalan itu berlalu pergi, malas berfikir lagi.

BPB_15 :: SERAUT WAJAH IMPIAN ::


Ismail Syafiq bersiul perlahan melangkah menuju ke arah keretanya yang di
letakkan di seberang jalan. Hati lelakinya begitu riang kerana Iman sudi
menerima dirinya sebagai seorang teman. Sebenarnya, Ismail mahukan
hubungan yang lebih daripada itu tapi, buat masa ini biarlah Iman
menganggap dirinya sebagai teman. Dia perlu bersabar kerana tidak mahu
gadis itu semakin menjauhkan diri daripadanya. Dia bertekad akan menawan
hati gadis itu secara perlahan-lahan. Sudah lama dia menantikan peluang
untuk mendekati seorang gadis yang bernama Iman Nuraina itu. Gadis yang
telah sekian lama menjadi intaian mata dan impian hati lelakinya.
 
“Papa Is… sekejap.” Panggilan Mira mematikan langkah Ismail Syafiq yang
baru saja hendak masuk ke dalam keretanya.
“Ada apa ni Mir?” Tanya Ismail kepada gadis tomboy yang sudah pun duduk
di kerusi penumpang di sebelahnya.
“Gembira nampak. So, macam mana? My mama Iman, dah ok ke belum?”
Laju bibir Mira mengeluarkan pertanyaan.
“Perasan… dia punya mama Iman konon! Hei.. Cik Iman tu papa Is punya
sorang aje, ada faham?” Perli Ismail, bibir merahnya di cebik-cebik.
“Eleh… perahsantan punya orang! Belum confirm dah confident!” Bantah
Mira, Ismail tergelak kuat.
“Mana Amir tahu belum confirm? Tapi Mir, papa Is memang confident lah…
she will be mine. Amir tengoklah nanti.” Ismail melahirkan tekad di hatinya.
Saat itu dia yakin dengan kata hati dan perasaannya terhadap Iman.
“Seriuslah papa Is, macam mana dengan mama Iman? Apa yang dah jadi
tadi? Ceritalah kat orang…papa Is baikkan? Papa Is……” Rengek Mira manja.
Ismail tahu, dia pasti kalah dengan kemanjaan gadis tomboy itu. Antara
mereka berdua memang hampir tiada rahsia.
“Papa Is Amir…..macamlah Amir tak kenal, lelaki idaman malaya… setakat
mama Iman tu, kacang jer… Amir jangan bimbang, everything is under
control.” Ismail menjawab sedikit riak, sedangkan hal yang terjadi adalah
sebaliknya.
 
Iman, gadis itu begitu sukar untuk di dekati, huluran salamnya bagaikan di
curigai, di pandang sepi. Namun, Ismail tidak pernah berputus asa, dia
terusan menghulurkan salam yang akhirnya terpaksa juga di sambut oleh
gadis itu. Walau sesaat jemari mereka bertaut, Ismail berpuas hati, bibirnya
mengukir senyum tiada henti. Terbayang di ruang matanya seraut wajah
milik Iman yang penuh keraguan tapi baginya begitu menawan. Pandangan
redup sepasang mata gadis itu meruntun perasaan lelakinya. Itulah seraut
wajah impian hatinya. Tidak akan ada wajah yang lain selepas wajah
dambaan ini.
 
“Ceh riaklah pulak…nasib baik ada orang tau, if not… gigit lidah ler gamaknya
En. Ismail Syafiq! Jangan kata Kak Aina, Kak Milah yang janda tu pun tak
sudi nak pandang muka papa Is, tahu tak? So, jangan nak perasan ya….”
Balas Mira selamba.
“Kak Milah tak pandang sebab dia tahu muka handsome papa Is ni untuk
mama Iman sorang aje. Bukan perasan tapi kenyataan, tahu tak….” Ismail
memicit hidung Mira, gadis tomboy itu memang nakal.
“Hei… papa Is sakitlah hidung orang! Tahulah hidung orang ni lebih mancung
dari papa Is, janganlah jealous pulak.” Mira segera menepis kasar tangan
Ismail. Sebelah tangannya menggosok-gosok hidungnya yang sudah
berbekas merah. Sekali lagi Ismail tergelak kuat. Ada-ada saja bicara gadis
itu yang mencuit hatinya.

“Mir, ingat janji kita, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Lagi-lagi
mulut tempayan Amir tu.” Pesan Ismail.
“Tak boleh nak janji sangatlah papa Is...mulut orang ni kan selalu jer macam
nak terlepas cakap kat Kak Aina. Susah nak control lah papa Is...” Mira
pantas menjawab. Muka papa Is nya di kerling sekilas. Sengaja mengusik.
“Amir…please… hanya Amirlah harapan papa Is. Amir tahukan, perasaan
papa Is pada mama Iman? I love her so much, Amir…” Ismail seakan merayu
padahal dia tahu Amira tidak akan sangup mengkhianati janji mereka
berdua. Sengaja dia ingin menduga.
“Ok, ok. Tapi, sampai bila ek papa Is? Orang takut nanti Kak Aina tahu dia
terus marah, macam mana?” Ada riak risau di wajah putih Mira saat itu.
 
Ismail tersenyum. Seketika, hati Ismail di cuit rasa gelihati, mindanya
membayangkan wajah Iman yang sedang marah, kelat, tegang namun masih
nampak manis dengan percikan warnanya yang menambahkan seri. Beruang
panda yang comel!  Ingin sekali Ismail membawa beruang panda itu ke
dalam dakapan eratnya. Akan di usir segala kedukaan dan penderitaan
beruang panda kesayangannya itu.
 
“Alah… Amir buat macam biasa, yang lain semua biar papa Is yang handle,
ok?” Pinta Ismail, masih dengan senyuman yang masih bersisa.
“Ok, tapi macam biasalah, papa Is pun kena menepati janji jugak.” Gadis itu
memainkan keningnya, nakal sekali.
“Erm…itu sajalah yang dia tahu. Top-up, top-up. Last week kan papa Is dah
top-up kan, takkan dah habis kot. Entah pakwe mana yang dia telepon
agaknya.” Rungut Ismail. Kadangkala, dia kesal dengan perjanjian yang
telah di buat dengan gadis itu. Ismail sedar dia terlalu memanjakan Amira
dengan wang ringgit. Kalaulah mama gadis itu tahu pasti teruk dia di marahi.
“Adalah, papa Is mana tahu. Kalau tak nak bocor rahsia, jangan banyak
cakap, ok papa Is sayang....?” Sambut Mira, tangan gadis itu memilih-milih
CD lagu.

"Ermm... Sayang konon... Itu bukan sayang, itu tandanya Amir nak


menghabiskan duit papa Is, tahu tak?" Selamba Ismail menjawab, spontan
mengundang tawa di bibir Mira. CD kompilasi kumpulan MLTR di ambil dan
dia bersedia untuk melangkah keluar.
 
“Mir, so petang ni jadi ikut papa Is tak?”
“Yup, orang dah lama tak jumpa oma, rindu pulak.”
“Rindukan oma ke, jiran oma yang sorang tu? So, berapa hari cuti?” Usik
Ismail. Mira hanya tersengih panjang.
“Tiga hari jer. Oklah papa Is, orang masuk dululah. Nanti kalau Mama Iman
tahu baru padan dengan muka orang, baru padan dengan muka papa Is
sekali, tahu?” Mira berkata seraya segera berlari anak menuju ke arah café.
 
Ismail Syafiq memerhatikan gadis tomboy itu sehingga kelibatnya hilang di
sebalik pintu café. Amira Rasyika, anak bongsu kesayangan kak longnya itu
memang rapat dengan dirinya semenjak kecil. Dulu sewaku kecil, sedari usia
10 tahun hingga 15 tahun, Amira tinggal bersama ibunya memandangkan
kak long dan abang iparnya melanjutkan pelajaran mereka di Dublin,
Ireland. Dan, ketika itu pula hanya Ismail yang masih tinggal bersama
ibunya memandangkan adik beradik mereka yang lain sudah mempunyai
keluarga mereka sendiri. Mereka hanya 4 beradik dan dia pula anak lelaki
tunggal dalam keluarga itu. Mungkin juga, sikap Amira yang kasar itu adalah
pengaruh dari dirinya sendiri malahan sehingga kini dia masih memanggil
Amira dengan pangilan Amir. Ibu dan kak longnya kerap menegur tetapi
tidak di endahkan dan Amira sendiri sangat menyukai panggilan seperti itu.

Kini, Amira sudah banyak berubah. Rambutnya sudah di biarkan panjang


separas bahu malah pakaiannya juga sudah tidak seperti dulu yang seratus
peratus seperti lelaki. Kini Amira lebih feminin. Gadis itu sudah tidak
meminta dia membelikan jersi ataupun jeans potongan lelaki. Topi MU yang
setia di pakainya juga entah kemana melayang, barangkali sudah di buang
ataupun di berikan kepada anak jirannya. Ismail mula menyedari perubahan
itu semenjak gadis itu bekerja di café milik kawan mamanya itu. Dan Ismail
pasti, perubahan identiti Amira ada kaitannya dengan gadis pujaannya, Iman
Nuraina. Dia tahu, Amira sangat rapat dengan gadis itu lalu, dia mengambil
peluang menggunakan Amira sebagai orang tengah untuk dia mendekati
Iman. Tambahan pula, Amira memang menyokong usahanya itu. Gadis itu
yang beriya-iya menyuruhnya menawan sekeping hati milik Iman Nuraina,
gadis yang mula menjadi idola Amira itu.
 
Ismail Syafiq terlebih dahulu mengenali Iman daripada Amira sendiri.
Namun, dia hanya mengenali gadis itu melalui seraut wajah dan bukan dari
namanya. Pertama kali melihat wajah Iman dua tahun yang lalu hatinya
bergetar. Kebetulan dia terpandang wajah itu semasa menemani kak longnya
pergi ke pusat perabot jati Lagenda Heritage yang terletak di seberang jalan
pantai Stulang. Matanya leka memerhati seorang gadis yang setia merenung
lautan dari sebuah bangku di tepi pantai itu. Bagaikan ada tarikan, dari
dalam kereta dia menapak mendekati gadis itu, matanya setia merenung
gadis itu dari kejauhan. Ingin menghampiri dan bertegur sapa, dia tidak
punya keberanian, takut mengganggu konsentrasi gadis ang kelihatan begitu
asyik tenggelam di dalam dunia ciptaannya sendiri. Dan, apa yang pasti
pertemuan itu bukanlah yang terakhir di antara dia dan gadis tepian tebrau
itu.
BPB_16 :: HANYA KAWAN, TITIK! ::
Amira bercuti 3 hari, menziarahi neneknya di Kuala Lumpur manakala Sufi
pula mengambil cuti separuh hari kerana menghadiri temuduga di Jabatan
Perlancongan Negeri Johor. Iman hanya di temani Fahmi dan Kak Milah di
café, sementara Saiful pula keluar membeli beberapa stok bahan di pasaraya
Giant di Plentong. Kini, dia sibuk pula melayan telatah Fifi dan Didi, anak-
anak Kak Seri yang kebetulan di tinggalkan uminya semenjak pagi tadi
kerana Kak Seri mempunyai urusan untuk memperbaharui permit pembantu
rumahnya di Pejabat Imigresen. Kedua-dua anak Kak Seri itu kini sedang
asyik menonton rancangan TV di ruang tengah café setelah penat
berkejaran.
 
Iman menekan-nekan keypad telefon bimbitnya. Baru kini dia mempunyai
waktu terluang untuk duduk berehat. Ada lima panggilan masuk yang tidak
berjawab berserta beberapa kiriman SMS daripada Ismail Syafiq yang
memenuhi ‘inbox’nya. Satu persatu mesej dari Ismail Syafiq itu di baca,
sesekali dahinya berkerut, sesaat pula tersenyum kemudian dia duduk
menyepi. Iman tidak mempunyai masa untuk membalas SMS-SMS daripada
lelaki itu lantaran hari ini dia mempunyai banyak kerja untuk di selesaikan.
Tapi, sebelum ini pun dia memang jarang mahu membalas SMS mahupun
menjawab sebarang panggilan daripada lelaki itu. Entah mengapa hatinya
begitu berat untuk menerima Ismail Syafiq sebagai kawannya. Ternyata hari
itu dia silap, tidak ikhlas menyambut huluran salam perkenalan mereka.
Iman di serang rasa bersalah yang amat tehadap lelaki itu.
 
“Acik Aina, ada telepon untuk Acik.” Panggilan bertalu dari Fifi menyedarkan
Iman. Lambat-lambat dia melangkah ke kaunter café.
“Siapa?” Tanya Iman. Aina hanya menjungkit bahu seraya berlalu
meninggalkan Iman.
“Hello…”
“Iman, kenapa tak reply SMS saya? Kenapa baru ni jawab panggilan saya?”
Laju Ismail bertanya. Iman mengeluh, tidak menyangka sekali yang lelaki itu
akan meneleponnya menerusi talian café. Terdesak sangatkah lelaki itu?
“Saya sibuk sangat. Kenapa? Apa hal yang penting sangat ni?” Iman
menjawab sedikit geram.
“Tak ada apa. Saja nak tahu khabar kawan saya, tak boleh ke? Susahnya
nak dapat bercakap dengan awak sekarang ni ya.” Rungut Ismail di hujung
talian.
“Erm..tahu takpa. Awak nak tahu khabar saya? Ok, saya Alhamdulillah sihat,
biasa-biasa saja. So, puas hati? Atau, ada apa-apa lagi yang awak nak
tahu?” Tanya Iman.Sinis menyindir lelaki itu.
 
Jujurkah dia sedangkan hati dan perasaannya memang tidak sepenuhnya
sihat. Pelbagai perkara membelenggu diri, hatinya tidak tenteram,
semangatnya hilang. Iman memang sihat dari segi luaran, semua mata yang
memandang tidak akan nampak kepincangan dirinya saat ini. Wajahnya di
maniskan, jasadnya di gagahkan, sinar matanya di pancarkan ceria. Iman
akan serta merta berubah sebaik melangkahkan kaki dari rumah. Dia tidak
akan sesekali membebankan orang lain dengan keadaan dirinya apatah pada
lelaki di hujung talian sana. Biarlah dirinya yang menanggung segalanya.
 
“Erm… hah, ada lagi satu. Awak tak rindu kat saya ke?” Dalam tawa lelaki itu
bertanya. Iman berfikir-fikir sejenak, apakah yang dia rasa? Apakah
perasaannya?
“Entah, tak pulak. Tak ada rasa apa-apa pun. Perasaan saya pada awak
biasa saja. Kelmarin dan hari ini tiada bezanya Ismail.” Selamba Iman
menjawab, menyatakan sebuah kebenaran.
“Tapi, saya rindu kat awak Iman. Takkanlah awak sikit pun tak rindu kat
saya? Sampainya hati…” Suara garau lelaki itu sedikit memeranjatkan Iman.
Perlahan Iman duduk di kerusi. Badannya tiba-tiba rasa tidak sihat. lemah.
Adakah ini balasan untuknya kerana menipu lelaki itu sebentar tadi?
“Ismail, saya ada customer ni, sudah dulu ya.” Iman beralasan. Ya Allah,
sekali lagi dia berdusta. Tapi, hanya alasan itu yang Iman ada untuk segera
menamatkan perbualan mereka.
“Iman, nantilah dulu…kita berbual sekejap aje. Iman please…” Tahan Ismail.
Iman mendengus agak kuat. Ismail di hujung talian masih lagi merayu
bagaikan anak kecil.
“Ismail….saya sibuk….. sangat sekarang ni. Lain hari kita berbual, 24 jam
pun takpa, ok En. Ismail?” Ujar Iman geram.
“Ok, saya pegang janji awak. Lepas ni kalau awak tak jawab panggilan saya,
tahulah apa saya nak buat nanti Cik Iman….” Jawab Ismail selamba.
“Erm…ok, bye, assalamualaikum.” Iman pantas mematikan talian. Malas dia
hendak melayan ‘kawan terpaksa’ nya itu. Seketika, dia terkesima, apakah
yang bakal lelaki itu lakukan nanti? Terdetik kesalan di hati di atas kata-
katanya sebentar tadi.
 
“Acik Aina… boleh tolong Didi?” Didi anak lelaki bongsu Kak Seri yang berusia
3 tahun datang menghampiri Iman di kaunter.
“Ya, Didi nak apa sayang?” Lembut Iman bertanya pada ‘customer’ comelnya
itu.
 
Terukir sebuah senyuman di wajah Iman sebaik melihat wajah comel Didi.
Iman memang amat menyenangi anak kecil itu. Dia sayang sekali pada
kanak-kanak. Fifi dan Didi di layan sepenuh kasih sayang. Anak-anak berdua
itu sangat manja dengan dirinya. Anak kecil penuh dengan kegembiraan,
bebas dari masalah. Ingin sekali Iman kembali ke zaman gemilang kanak-
kanaknya. Hanya itu satu-satunya memori indah yang segar dalam ingatan
Iman. Zaman penuh keindahan.
 
“Acik Aina buatkan Didi susu… Didi hauslah Acik Aina.” Tutur Didi petak
sekali. Iman mengerutkan keningnya, sengaja menyakat anak kecil itu. Didi
menarik muka monyok sekali.
“Ok, tapi sayang kat sini dulu.” Didi pantas mencium sebelah pipi Iman yang
di sua dekat padanya.
“Good boy, come.” Iman mendukung anak kecil itu ke ruangan dapur.
“Didi sayang acik Aina tak?” Tanya Iman. Didi pantas mengangguk. Iman
menghadiahkan ciuman bertalu di pipi kecil itu, geram dengan kecomelan
anak Kak Seri itu.
 
Lewat petang baru Iman sampai di rumah. Dari pinggir jalan kelihatan Kak
Ain dan Irma juga ibu sedang berbual-bual di beranda rumah teres 3 bilik itu.
Sesekali terdengar ketawa mesra ibu menyapa pendengaran Iman. Alangkah
seronoknya jika dirinya turut berada di dalam kelompok kemesraan itu.
Keadaan di beranda kembali senyap di saat Iman menghampiri pintu pagar
rumah. Nampaknya bukan hanya ibu, Kak Ain dan Irma, mereka sepertinya
ada tetamu istimewa.
 
“Assalamualaikum bu. Kak Ain bila sampai? Eh, abang Mi pun ada sekali?”
sapanya mesra. Iman melemparkan senyuman kepada abang Helmi,
tunangan Kak Ain. Lelaki itu hanya tersenyum kecil membalas
pertanyaannya.
“Tengah hari tadi.” Agak lama baru Kak Ain menjawab pertanyaan Iman.
Sesaat tadi kakaknya itu hanya memerhati gerak-gerinya di muka pintu.
“Oh… Kak Ain dan abang Mi lama cuti?” Tanya Iman lagi. Dia rasa janggal di
perhatikan oleh lapan pasang mata begitu.
“Erm, till Monday. Kau pun cuti jugakan, Wesak day?”
“Tak cuti kak, kerja macam Aina mana tentu cutinya. Orang lain kerja, Aina
cuti, Aina cuti orang kerja. Macam tulah selalunya.” Terang Iman.
“Tulah, aku suruh cari kerja lain tak mahu. Hendak juga kerja kat kedai kek
yang entahkan ada masa depan ke tidak agaknya. Kamu tengoklah anak
makcik yang sorang ni Helmi, degil!” Ibu mencelah. Irma di sebelah
tersenyum panjang. Wajah Aina merona, malu dengan kenyataan ibu di
depan abang Helmi itu.
“Aina, masuk ke dalam dulu bu. Minta diri dulu ya Kak Ain, abang Helmi.”
Iman memandang wajah separuh abad itu dengan sebuah senyuman, tanda
meminta diri, Kak Ain dan tunangannya hanya di pandang sekilas, cuba
menyembunyikan rona malu di wajahnya saat itu.
 
Iman sedar status pekerjaannya tidak memberikan pendapatan yang
lumayan apatah lagi di pandang tinggi oleh masyarakat. Namun, dia
bersyukur dengan apa yang telah di kurniakan kepada dirinya selama ini.
Minatnya yang mendalam dalam dunia perniagaan kek dan roti memberikan
kepuasan dalam kehidupan sehariannya. Saranan ibu supaya dia mencari
kerja sekurang-kurangnya sebagai kerani pejabat tidak langsung menarik
minatnya. Dia lebih rela kulit putihnya merah dibakar bahang ketuhar dari
dirinya kesejukkan di sapa penghawa dingin ruangan pejabat. Namun, ibu
tidak pernah mahu mengerti kemahuannya. Atau mungkin juga ibu benar,
dia memang anak yang degil!
 
Hari bekerjanya juga tidak menentu. Hujung minggu tatkala orang pejabat
bercuti dan pergi makan angin dia setia bekerja, merekod urus niaga,
sesekali mengambil pesanan, membuat pai dan membancuh adunan roti.
Hanya di waktu-waktu tertentu saja dia akan bercuti pada hujung minggu,
bergilir-gilir dengan pekerja yang lain. Fahmi, Saiful dan Mira kerapkali
merungut jika tiba giliran mereka bekerja di hujung minggu. Nampaknya
hujung minggu ini Mira bercuti sakan memandangkan cuti yang diambilnya
bersambungan dengan cuti umum. Ketidakhadiran gadis itu membuatkan
suasana café sedikit hambar. Mujur juga keriuhan telatah anak-anak Kak
Seri yang berdua itu menceriakan, membuatkan mereka bergelak ketawa
melayan telatah dua beradik itu.
 
Seusai solat asar, Iman berbaring malas di atas katil, melayan perasaan.
Sebentar tadi hatinya sedikit tersentuh dengan sindiran ibunya namun dia
sedikit pun tidak mengambil hati akan kata-kata itu. Semoga pekerjaannya
kini memberikan sinar yang gemilang untuk masa depan seorang Iman
sekalian menangkis dakwaan ibu itu.
 
Titt…titt… ‘1 message received’.
 
‘Ada kasih mgkn t’sisih, ada rindu mgkn t’tunggu, ada syg mgkn t’buang, ada

cinta mgkn derita, ada hati mgkn mati, tapi….kalau ada daki pergilah mandi

Cik Iman sayang….he he he’

 
Spontan Iman tergelak. ‘kawan terpaksanya’ itu macam tahu-tahu yang dia
masih lagi belum mandi. Setiap hari ada-ada saja mesej yang di hantar lelaki
itu ke taliannya. Kadangkala, Iman terhibur dengan mesej nakal dari lelaki
itu dan sesaat pula dia jadi cuak dengan kata-kata yang berbaur romantis
dari seorang lelaki bernama Ismail Syafiq itu. Perbualan di antara dia dan
lelaki itu siang tadi bermain di fikiran. Siapakah Iman di hati Ismail Syafiq
sebenarnya? Tapi, yang pastinya, Iman menganggap lelaki itu sebagai
kawan, tidak lebih daripada itu, titik!

BPB_17 :: RINDU, PERMATA YANG HILANG ::


Tersisih. Kini sekali lagi keadaan itu melanda Iman. Semenjak pertengkaran
kecil itu, Ibu, Kak Ain dan Irma tidak lagi menghiraukan kewujudannya di
rumah peninggalan arwah abah ini. Gelak ketawa mereka akan segera
terhenti di saat kelibat Iman melintasi, bicara bertukar sindiran sinis yang
mengguris tangkai hati. Sungguh! Iman sudah tidak tertahan lagi
menghadapi dugaan ini. Hatinya pilu, bibirnya kelu untuk mengadu, jasadnya
lemah untuk bangkit apatah lagi membela diri. Hanya airmata yang mengalir
lesu, menzahirkan kesedihan hatinya tatkala tersentuh dengan kerlingan
tajam ibu. Dia rela di sisih oleh masyarakat, dia sanggup menerima cercaan
dan hinaan mereka tapi dia tidak rela di sisihkan oleh keluarga terutama
ibunya sendiri, satu-satunya wanita yang Iman agungkan di dunia ini.
 
Iman gelisah. Hatinya tidak tenang. Segala yang dilakukan bagaikan ada
yang tidak kena. Semuanya kerana kebisuan ibu. Wanita itu masih tidak
bertegur sapa dengan dirinya, bercakap hanya sepatah dua, wajahnya di
pandang sekilas cuma. Kewujudan dirinya di rumah di pandang sepi.
Sungguh! Iman tidak boleh berterusan menghadapi situasi yang sebegini, dia
rasa tertekan sekali. Dulu, walaupun tidak mesra, ibu masih mahu bercakap
dan menegur dirinya, sedikit sebanyak Iman rasa kehadiran dirinya di sedari
dalam kelompok keluarga kecil ini. Perlukah dia berbicara dari hati ke hati
dengan ibunya? Adakah itu satu tindakan yang paling sesuai bagi merungkai
masalah ini? Iman perlu mencuba. Mungkin esok dia akan cuba berbicara
dari hati ke hati dengan wanita itu.
 
Iman bangkit dari pembaringan, kini, hampir setiap malam dia tidak dapat
melelapkan mata. Kalaupun terlena, hanya sekejap cuma, sekadar
merehatkan minda dan meredakan ketegangan tubuh badannya. Selepas
berwuduk dan bersolat tahajud, Iman berteleku lama di atas sejadah. Itulah
kebiasaan dirinya jika tersedar di tengah malam. Hanya pada ilahi dia
berserah takdir hidupnya, memohon perlindungan juga mendapatkan
petunjuk bagi setiap masalah yang melanda. Dia tidak mempunyai tempat
mengadu untuk mencurahkan segala isi hati mahupun merungkai masalah
yang membelenggu dirinya. Iman sedar, tidak boleh selamanya dia
mengharapkan Fatin untuk mendengar setiap rintihan hati juga kesedihan
hidupnya. Dia tidak akan sesekali mengganggu lena sahabatnya itu di saat
dia kesedihan di tengah malam apatah lagi melambakkan gadis itu dengan
masalah yang di hadapi dengan ibunya. Biarlah, selagi terdaya dia akan cuba
mengatasi segalanya dengan keupayaan kudrat yang di anugerahkan ilahi
ini.
 
Iman mencapai album gambar lama dari dalam laci meja soleknya. Satu-
persatu helaian album di selak. Bibirnya mengukir senyuman manis di saat
terpapar gambar mereka sekeluarga. Jemarinya mengusap wajah arwah
abah yang tersenyum gembira, ibu di sebelah manis berkebaya pendek. Kak
Ain, dia dan Irma pula berdiri sebaris di depan arwah abah dan ibu, berbaju
kurung sedondon berwarna merah jambu berbunga putih. Masing-masing
tersenyum menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik. Iman rindukan
kehadiran sebentuk senyuman indah yang terukir di wajahnya ketika itu.
Manis dengan lekuk di pipi kirinya. Alangkah bahagianya saat itu. Andainya
masa boleh di ulang kembali ingin sekali Iman mengembalikan detik penuh
kemanisan itu.
 
“Abah, kenapa begitu cepat abah pergi meninggalkan Iman? Iman rindu, hati
Iman sedih abah…” Rintih Iman sayu sekali. Gambar arwah abahnya di cium
penuh syahdu, airmata membasahi sekeping photo yang kian usang itu.
“Apa salah Iman sehingga begini sekali nasib yang menimpa Iman. Sungguh!
Iman sudah tidak kuat menghadapi dugaan ini, bantu Iman abah, bantu
Iman…” Dalam esakan Iman terus meluahkan rasa hatinya. Iman terduduk
lemah, masih di atas sejadah yang terbentang. Wajahnya di sembunyikan di
kepala lutut, cuba meredakan tangisan, mengusir kesedihan yang bertamu.
 
Sesaat kemudian, Iman hilang di bawa ke alam yang sungguh indah, kakinya
melangkah tanpa arah bagaikan mencari seseorang yang di dambakan.
Dalam suasana yang damai, pandangannya tiba-tiba tertancap kepada
sesusuk tubuh yang sangat di kenali, perlahan dia bangkit menghampiri
namun jasad itu semakin menjauh. Iman mengecilkan anak matanya, cuba
mengamati seraut wajah itu. Seketika, bibirnya mengukir senyuman,
wajahnya berseri, indah sekali.
 
“Abah…..” Suara Iman mendesah perlahan, seakan melepaskan sebuah
keluhan. Hatinya tiba-tiba jadi lega, gembira menemui sebutir permata yang
hilang. Permata yang sangat di dambakannya.
“Bawalah Iman pergi bersama abah, Iman rindukan abah, Iman….”
“Iman sayang….jangan bersedih, bersabarlah anakku. Mungkin ada hikmah
di sebalik dugaan ini nak. Banyakkan berdoa, bersabar ya sayang…” Suara
abah menyapa perlahan di pendengaran Iman. Iman mengangguk perlahan,
hanya sebuah senyuman yang mampu di hadiahkan kepada lelaki itu.
Selebihnya dia lebih senang menatap seraut wajah yang di rindui itu.
“Bangkitlah anakku….” Pesan abah dengan sebuah senyuman. Perlahan-
lahan Iman mendongak dan bertepatan itu juga kedengaran azan subuh
berkumandang dari masjid yang berhampiran.
“Ya Allah aku bermimpi rupanya…” Desis Iman.
 
Selepas menunaikan solat subuh Iman kembali berbaring di atas katil.
Badannya terasa lemah sekali. sudah agak lama selera makannya hilang,
badannya kian susut. Memang dari segi zahir dia nampak bertenaga,
wajahnya ceria tapi apa yang di paparkan sama sekali tidak sama dengan
hakikat sebenar yang ada di hatinya, jiwanya sedih, hampa sekali dengan
nasib yang melanda dirinya. Dia sengaja menunjukkan kekuatan dan
ketabahan menempuhi dugaan hidup kerana tidak mahu meraih simpati
orang lain. Dia tidak mahu kelihatan lemah di mata ibu dan adik-beradiknya.
 
Kadangkala, Iman berasa bersalah dengan dirinya sendiri, dia lebih
mementingkan perasaan orang lain daripada memikirkan keadaan dirinya.
Kesihatan dirinya di abaikan. Dulu, dia tidak sebegini lemah. Iman Nuraina
yang kini suka sangat melayan perasaan, mengikut kata hati. Dia kini lebih
sensitif, mudah sangat tersentuh dan menangis hiba, entah dari mana punca
airmatanya, laju bak air sungai yang mengalir. Pertambahan usia seakan
tidak mematangkan dirinya. Iman merenung siling putih yang terbentang,
cuba mencari diri juga melakar perjalanan hidupnya. Pelbagai corak dan
warna terlayar di ruangan matanya membuatkan Iman leka sekali.
Kedinginan bayu pagi menyapa kulit mulusnya, memberi sedikit kesegaran
pada sebatang tubuh yang lesu. Perlahan-perlahan Iman bangkit, tidak mahu
terusan bermalasan melayan perasaan di tilam empuk itu

BPB_18 :: GEMERSIK SUARA MENGUSIK KALBU ::


Sudah hampir dua minggu Ismail berada di Vietnam menguruskan projek
syarikat tempatnya bekerja. Ini bermakna sepanjang tempoh itu juga dia
tidak mendengar suara Iman Nuraina, satu-satu gadis yang di rinduinya.
Ingin bertanya khabar tapi dia belum mempunyai waktu senggang untuk
menelepon gadis itu mahupun menghubungi uminya dan juga Amira.
Tambahan pula lokasi projek syarikatnya mempunyai sistem komunikasi
yang sangat teruk. Dia terpaksa menempuh perjalanan yang agak jauh
semata-mata untuk mendapatkan lingkungan talian komunikasi. Keadaan ini
membuatkan Ismail sendiri hampir terputus hubungan dengan dunia luar.
 
Ismail kerinduan. Kali terakhir dia mendengar suara Iman sehari sebelum dia
berangkat ke negara ini, itupun hanya beberapa minit saja. Iman masih lagi
dingin, gadis itu seakan tidak sudi berbual dengannya membuatkannya
terasa berjauh hati sekali. Namun, Ismail tidak mahu berputus asa, hatinya
berat untuk melepaskan gadis itu, dia sudah terlalu sayang dengan gadis
yang satu itu. Bukan tidak ada gadis lain, tapi entah kenapa hanya Iman saja
di hatinya. Dia tidak tertarik dengan gadis-gadis yang di perkenalkan oleh
umi, kakak mahupun rakan-rakannya. Uminya itu kerap mengeluh dengan
penolakkan Ismail, dia juga sering di tempelak oleh rakan-rakannya kerana
mereka menyangkakan yang dirinya masih di baluti kekecewaan lalu.
Memang dia pernah kecewa tetapi bukan bermakna dia serik untuk kembali
menjalinkan ikatan dengan mana-mana perempuan. Cuma, pada ketika itu
dia belum berjumpa dengan gadis yang berjaya menggetarkan hati lelakinya.
 
Perbualannya dengan Amira ketika sedang bersantai di anjung rumah
keluarganya dua minggu lalu rupa-rupanya di curi dengar oleh uminya. Tidak
lekang senyuman di wajah tua itu di saat mengetahui yang dirinya sedang
asyik di lamun cinta. Keadaan menjadi kecoh seketika kerana wanita itu
begitu ghairah untuk mengetahui gerangan si gadis yang berjaya mengetuk
pintu hatinya. Umi tidak tahu apa yang ada di hatinya, Ismail di landa
keresahan mengenangkan yang dirinya hanya bertepuk sebelah tangan.
Namun, demi kegembiraan wanita kesayangannya itu dia mengakui juga
walaupun terselit sedikit kesalan kerana menyembunyikan hakikat yang
sebenar.
 
“Erm…tak lama lagi dapatlah oma menantu perempuan. Siapalah gadis yang
bertuah tu ya Mira? Bilalah papa is nak kenalkan dengan oma.” Mira hanya
mampu ternganga, terkebil-kebil memandang omanya yang tiba-tiba saja
berada di depannya dan Ismail. Perbualan yang seketika tadi begitu rancak
terhenti tiba-tiba.
“Oh… umi mengintip perbualan kami ya?” Tanya Ismail sedikit tidak keruan.
“Taklah, umi terdengar masa nak ke bilik air. Sejak bila kamu pandai sorok
daripada umi ni Ismail? Bagitahu umi siapa gadis bertuah tu, biar umi hantar
rombongan merisik.” Ujar uminya lantas duduk di sebelah anak terunanya.
“Hish… umi ni. Mana ada apa-apa. Umi tersalah dengar agaknya tadi. Kami
berbual pasal hal lainlah. Kan Amir kan?” Jawab Ismail cuba mengelak rahsia
itu dari di ketahui oleh uminya. Amira di depan hanya tersengih nakal,
mengangguk tidak, menggeleng juga tidak.
“Kamu jangan nak mengajar Mira menipu umi Ismail. Mira, baik cakap
dengan oma cepat, betul tak papa Is kamu ni dah ada makwe? Siapa
namanya? Orang mana?” Tanya uminya serius.
 
Ismail memandang tajam wajah Amira, memberi isyarat supaya gadis itu
menidakkan telahan uminya itu. Seketika, Amira kelihatan terpinga-pinga,
memandang wajah oma dan papa Is nya silih berganti. Sesaat pula, gadis itu
seperti berfikir-fikir sesuatu, merangka jawapan barangkali. Amira buntu,
perlukah dia memberitahu oma sekalian mengkhianati perjanjiannya dengan
papa Is. Wajah papa Is yang merenung tajam langsung tidak di endahkan.
Wajah serius omanya juga tidak di pandang walau sekilas. Amira tidak
sanggup untuk menipu nenek kesayangannya itu. Pasti rasa bersalah
menguasai diri jika dia menuruti kehendak papa Is. Tapi…

“Amira Rasyika…!” Jerkah oma agak kuat. Bertaburan segala yang ada di
fikiran Amira saat itu.
“Err…ya, ya, oma. Oma pangil Mira?” Tanya Amira gugup.
“Hish budak ni, sempat lagi dia berangan tu. Ada orang lain nama tu ke kat
rumah oma ni?” Amira menggeleng, sempat dia menjeling wajah tegang
papa Is di sebelah omanya itu.
“Bagitahu oma cepat, siapa gadis yang papa Is berkenan tu? Oma tahu Mira
berkomplot dengan papa Is. Jangan nak bersubahat dengan papa Is kamu ni.
Cerita pada oma semuanya. Cepat!”
“Ala….nanti papa is marah Mira, tak mahulah… oma tanyalah papa Is
sendiri…Mira tak mahu masuk campur...” Jawab Amira, wajah papa Is nya di
pandang selamba. Wajah lelaki itu sekali lagi berubah tegang, marah
agaknya. 
 
Ismail menjenggilkan mata, tidak senang dengan kata-kata Amira itu yang
sekalian membocorkan rahsianya. Umi di sebelah menjelingnya sekilas.
Ismail terkedu. Wanita itu memandangnya menantikan jawapan. Dia tahu,
uminya itu selagi tidak dapat jawapan akan terusan mendesak. Kalaulah
abahnya ada di situ tentu keadaan ini dapat di kawal. Setidak-tidaknya dia
masih dapat menyembunyikan siapakah gerangan si gadis. Ismail mengeluh
perlahan, bersedia memberi jawapan.
 
“Ala… umi ni suka sangat memaksa tau. Ismail baru jer nak kenallah dengan
budak perempuan tu. Belum ada apa-apa lagilah umi. Nanti kalau dah
confirmed, Is bagitahulah umi. Umi rileklah, ok?” Terpaksa juga Ismail
menerangkan kepada uminya.
“Oh begitu, siapa namanya? Orang mana?” Laju uminya bertanya dengan
seulas senyuman yang cuba di simpan.
“Erm… Iman. Iman Nuraina, orang Johor. Puas hati Pn. Fauziah sayang???”
Tutur Ismail selamba. Dia memeluk erat bahu uminya. Kepalanya di
lentokkan di bahu wanita itu. Uminya tersenyum panjang.
“Ooooo..patutlah selalu sangat turun JB. Pantang ada cuti mesti pergi sana.
Umi ingatkan kamu ada kerja lagi kat sana, melawat kak long kamu ke,
rupa-rupanya nak mengurat anak dara orang ya… Iman Nuraina, mesti
budak tu istimewa, kan Ismail?”
“Tahu takpe.” Sambut Ismail, spontan mengundang tawa umi dan juga
Amira.
“Cantik tak?” Tanya uminya lagi.
“Cantik…, cute… oma, Mira suka sangat kat dia oma. Dan, yang pasti dia baik
sangat, oma. Kan papa Is sayang?” Amira pantas menjawab bagi pihak
Ismail.
“Erm…” Jawab Ismail pendek. Sekali lagi senyuman indah terukir di wajah
uminya.
 
Keceriaan yang terpancar di wajah tua uminya menguatkan lagi tekad Ismail
untuk memiliki Iman Nuraina. Ismail tahu, uminya sudah lama menanti detik
dia bangkit dari kekecewaan lalu. Empat tahun lalu, dia hampir kehilangan
arah hidup hanya kerana onar seorang perempuan. Ketika itu, dia seorang
lelaki yang lemah, tidak sedar diri telah permainkan oleh seorang
perempuan, hatinya hancur saat dirinya di tinggalkan terkapai-kapai oleh
wanita yang sangat di cintainya. Hanya umi tempat dia mencurahkan segala
suka dan duka hidupnya. Ismail juga sedar yang selama ini wanita itu
melakukan pelbagai usaha untuk mengembalikan keceriaan yang telah lama
hilang dari hidup seorang Ismail Syafiq. Kini, hidupnya sudah jauh berubah,
Ismail bertambah matang dalam menilai setiap perhubungan juga menilai
setiap watak-watak insan di sekelilingnya. Hidupnya kembali bersinar di saat
pertama kali dia terpandang seraut wajah yang damai itu.

Deruan angin yang agak kuat menyedarkan Ismail yang sedari tadi leka
melayan perasaan. Hari ini dia tidak mempunyai sebarang tugas lantaran
tanpa berfikir panjang dia bersiap untuk keluar dari desa terpencil di utara
Vietnam ini. Hatinya begitu meronta untuk menghubungi Iman Nuraina,
bagaikan ada sesuatu yang mendorong dia untuk berbuat demikian.
Sungguh! Ismail rindu untuk mendengar suara gemersik itu. Dia rela
mendengar suara dingin Iman jika hanya itu yang mampu mengubat rasa
rindu di hatinya. Sampai saatnya akan segera di luahkan perasaannya yang
sebenar kepada gadis itu. Ismail tidak putus berdoa dan semoga dengan
restu umi, dia berharap agar Iman akan menerima dirinya seadanya.

BPB_19 :: KALAU BEGITU TAKDIRNYA ::


Iman membuka kelopak mata perlahan-lahan. Pancaran cahaya matahari
menyilaukan pandangan. Seketika, dia merasa aneh, di manakah dirinya
berada? Matanya melilau memandang sekeliling bilik empat segi berdinding
putih, cuba memastikan di manakah dia saat itu. Tangannya meraba-raba
tubuh badan, mengapa pakaian berwarna hijau muda membaluti tubuhnya?
Kenapa mesti ada wayar yang berselirat di badan dan tangannya? Ya Allah
apa yang telah terjadi ke atas dirinya? Bagaimana dia boleh berada di
tempat ini? Iman berusaha untuk bangun tetapi tidak berjaya. Dia kembali
berbaring, memandang siling putih, fikirannya ligat berfikir, memutar-mutar
kembali perjalanan hidupnya namun gagal.
 
Iman mendapatkan penjelasan dari seorang jururawat perempuan yang
kebetulan datang ke biliknya. Menurut jururawat itu, sudah 3 hari dia tidak
sedarkan diri. Dia di jumpai pengsan tidak sedarkan diri oleh ibunya di ruang
dapur rumahnya. Kini, baru Iman ingat apa yang terjadi kepada dirinya.
Memang pagi itu dia rasa tidak sihat namun di gagahi juga untuk bangun
menyediakan sarapan pagi seperti biasa. Denyutan kuat di kepalanya
memaksa dia duduk di lantai dan selepas itu dia tidak tahu apa yang terjadi.
 
Pintu bilik di kuak perlahan, terjengul wajah tua ibunya, suram sekali. Irma
di belakang berdiri bersama beberapa beg plastik di tangan. Kedua-dua
wanita itu seakan terperanjat melihat diri Iman saat itu. Ada senyuman kecil
di bibir mereka. Iman hanya memandang sepi.
 
“Aina, kamu dah sedar nak?” Ujar ibu tiba-tiba. Tubuh Iman di dakap erat.
Iman diam tidak membalas. Dia kehilangan kata.
“Syukurlah, kamu tidak apa-apa. Sudah tiga hari kamu tidak sedar nak.
Risau sekali hati ibu.” Sambung ibu sambil mengusap rambutnya. Iman
masih diam, mencari kekuatan untuk berbicara, ada sesuatu yang ingin dia
luahkan.
“Kenapa bawa Aina ke sini? Kenapa mesti selamatkan Aina? Biarkan saja
Aina mati, bukankah itu yang ibu mahukan? Ibu bencikan Aina. Semua orang
tak sukakan Aina lalu untuk apa Aina terus hidup. Aina tak mahu
menyusahkan sesiapa lagi.” Mendatar saja suaranya, airmata hilang entah
kemana.
“Aina, jangan cakap begitu nak, maafkan ibu. Ibu banyak buat salah pada
kamu. Sungguh, ibu menyesal Aina…ibu menyesal...” Bercucuran airmata
wanita itu. Pipi Aina di cium bertalu.
“Aina kecewa bu, Aina dah tak mahu hidup lagi. Aina tak tahu apa salah Aina
pada ibu. Aina dah penat, dah tak berdaya nak menanggungnya lagi, Aina…”
Lemah Iman menuturkan kata.
 
Sebenarnya, bukan itu yang terlintas di fikiran Iman seketika tadi, tidak
sesekali. Tapi, entah mengapa bibir pucatnya begitu laju melahirkan
kekecewaan hati yang telah sekian lama di tanggung terhadap ibu dan
juga keluarganya. Kalaulah mereka tidak menyelamatkan dirinya sudah pasti
kini dia bebas, tidak perlu terlantar tidak bermaya begini. Dan seorang Iman
tentu tidak akan membebankan ibunya lagi. Tapi, benarkah dia mahu mati?
Sudah cukupkah bekalannya di akhirat? Seketika Iman di serang rasa
bersalah pada yang Esa. Bukankah mendoakan kematian itu berdosa,
walaupun mati itu suatu yang pasti. Sungguh! Tidak pernah terlintas di
benaknya selama ini untuk mendoakan kematian diri sendiri walau bebanan
menyiksa diri. Dia pasrah kalau begitu takdirnya.
 
“Kak Aina, jangan cakap begitu. Kami semua minta maaf. Maafkan Irma ya
kak. Kak Ain pun mintak maaf dengan akak, dia juga minta maaf sebab tak
dapat menziarahi akak. Kak Ain outstation ke Miri.” Irma segera memintas.
Ibu di sebelah menyokong kata-kata Irma.
“Tak perlu kamu semua meminta maaf. Kalian tidak bersalah, hanya Aina
yang tidak pernah sedarkan diri. Sepatutnya dari dulu lagi Aina pergi dari
hidup kalian. Agaknya memang sudah nasib Aina malang begini. Aina redha
menerima segala takdir yang telah di tentukan ini.” Tutur Aina, dia menarik
nafas perlahan, dadanya sedikit sesak menahan sebak.
“Ya…Aina rela bu, Aina rela…” Sambung Iman tenang sekali. Dia cuba
bangkit dari di baluti rasa kecewa. Wajah ibu dan Irma berbalam. Iman
kembali melelapkan mata. Tiba-tiba dia terasa mengantuk sekali. Mungkin di
sebabkan suntikan dari jururawat itu sebentar tadi.
“Aina….maafkan ibu sayang….” Rintih Pn. Hasnah dengan tangisan yang
panjang.
 
Pn. Hasnah hanya memerhati seraut wajah yang kelihatan pucat tidak
bermaya itu. Tangisannya tidak berhenti. Hatinya di serang rasa bersalah
yang amat. Dia tidak sangka anaknya itu mengalami tahap kemurungan
yang agak serius. Sungguh! Pn Hasnah menyesal kerana selama ini dia
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu yang baik terhadap anak
perempuan tengahnya itu. Dia lokek mencurahkan kasih sayangnya yang
tulus pada gadis itu, perhatiannya hanya sedikit berbanding kepada dua lagi
anak perempuannya. Dia tahu, Aina anak yang baik, menurut kata,
menghormati orang tua. Tapi, entah mengapa dia seakan menyimpan
dendam terhadap anak itu. Hatinya selalu menyalahkan anak gadis itu di
atas pemergian suaminya.
 
Menurut doktor, Aina suka memendam perasaannya. Sifatnya itu
membuatkan kesihatannya terganggu. Sebagai ibu, dia faham setiap tingkah
laku anaknya, sudah lama dia perasan yang gadis itu berubah menjadi
pendiam, makan pula hanya sedikit saja. Dia tidak tertipu dengan keceriaan
yang terpancar di wajah Aina, dia tahu gadis itu sering makan hati dengan
sikapnya. Tapi dia wanita ego, dia sayang anaknya itu tapi dia tidak
menunjukkan kasih sayang dan perhatiannya kepada Aina. Dia sedar, Aina
terkilan, kecewa setiap kali dia melayan mesra Ain dan Irma. Hati gadis itu
sedih setiap kali dia hanya menyebelahi Ain dan Irma, segala kesalahan
terbeban di bahu anak itu.
 
Namun, Aina tidak pernah tahu, naluri keibuannya tersentap, pilu setiap kali
bertembung dengan redup mata bundar Aina yang jelas menggambarkan
kesedihan hati gadis itu. Tapi, entah mengapa dia bagaikan di butakan hati
untuk menyayangi anak gadisnya itu, mulutnya bagaikan terkunci untuk
mengungkapkan kata maaf jauh sekali ucapan sayang. Telinga tuanya
bagaikan tuli, sedikit pun tidak dapat mendengar suara mahupun rintihan
hati gadis itu. Tangannya kaku untuk membelai sekeping tubuh yang pasti
mendambakan belaian seorang ibu itu.
 
Pn. Hasnah menangis lagi, mengapalah dia boleh sekejam itu terhadap darah
dagingnya sendiri? Dia telah mengabaikan amanat arwah suaminya. Apakah
ada kemaafan untuk dirinya? Seketika, hati tuanya di landa resah, takut
andainya Aina tidak sudi memaafkan dirinya, bimbang andai diri di musuhi
oleh anak sendiri. Walau apa sekalipun tanggapan Aina terhadap dirinya, dia
berjanji untuk menggantikan kembali setiap detik bahagia yang telah di
ragut oleh dirinya terhadap anak gadisnya itu.
 
“Ibu, mari kita balik, hari sudah lewat ni.” Irma mengajak ibunya pulang.
Wanita itu hanya menggeleng kepala.
“Biar ibu di sini, ibu nak jaga kak Aina. Irma balik lah dulu ya.”
“Ibu…ibu balik berehat, biar Irma yang jaga Kak Aina. Nanti Irma minta Kak
Jah temankan ibu di rumah.” Pujuk Irma. Dia mahu ibunya berehat, sudah
tiga hari wanita itu menjaga Kak Aina, dah setiap hari juga ibunya pasti
menangis hiba. Biar dia yang menjaga Kak Aina, Kak Jah jiran mereka sudi
menemani ibunya jadi dia tidak perlu bimbang.
“Baiklah, tapi kalau ada apa-apa berlaku cepat telepon ibu ya.” Pesan Pn.
Hasnah. Dia bimbang kerana keadaan Aina masih lemah. Irma menghantar
ibunya mendapatkan teksi sebelum dia kembali duduk di kerusi di sebelah
katil Iman.
 
Keadaan Kak Aina masih tidak stabil, kondisi badannya masih lemah. Mujur
tahap kemurungannya belum mencapai tahap yang serius. Menurut doktor,
Kak Aina mengalami tekanan yang boleh membawa kepada penyakit mental.
Dari beberapa artikel yang di baca, kemurungan juga boleh membunuh jika
tidak segera di rawat dan mendapat khidmat kaunseling. Kelmarin, dia
sendiri takut melihat keadaan Kak Aina. Hatinya di hambat rasa sesal yang
amat kerana selalu menyisihkan kakaknya yang sorang itu. Dia bukan adik
yang baik untuk seorang gadis sebaik Kak Aina. Namun kini dia bersyukur
kerana Allah telah membuka mata dan pintu hatinya untuk menyedari
kesilapan diri. Ibunya sendiri turut melahirkan rasa kesal yang mendalam
begitu juga dengan Kak Ain.

BPB_20 :: KAU BUATKU TERTAWA ::


Ismail Syafiq datang melawat setelah lima hari Iman di rumah sakit. Ketika
itu Iman tidak di temani oleh sesiapa. Dia bergegas datang ke Johor Bahru
sebaik pulang dari Vietnam semalam. Kemunduran negara itu menyukarkan
masalah komunikasi. Amira gagal menghubunginya melalui talian telepon
bimbitnya. Mujur juga hatinya tergerak untuk menelepon Amira setelah dia
gagal menghubungi talian telepon Iman. Sebaik mendapat khabar buruk
yang menimpa Iman, dia segera meminta pelepasan daripada bosnya untuk
pulang ke Malaysia. Patutlah seminggu kebelakangan ini hatinya sentiasa
teringatkan gadis itu. Rupa-rupanya sepanjang tempoh itulah Iman terlandar
di hospital ini, mengharungi detik-detik yang pasti begitu menyukarkan.
 
Wajah pucat Iman di perhati asyik sekali. Gadis itu sedang nyenyak tidur
sampai tidak sedar dirinya yang datang melawat hampir setengah jam yang
lalu. Ismail tidak sampai hati mahu mengejut Iman dari lenanya. Sudahnya
dia hanya duduk terpaku memerhatikan setiap inci wajah gadis pujaan
hatinya itu. Mata bundar itu agak sembab, keningnya hitam lebat, hidung
halus terletak, bibir mungil itu basah walaupun agak pucat. Ismail mencapai
jemari tangan Iman, di ramas perlahan, sesekali jemari runcing itu di bawa
ke bibir dan di cium penuh syahdu. Ismail di asak dengan pelbagai perasaan.
Penjelasan doktor yang merawat Iman menghantui fikirannya. Kenapa gadis
sebaik itu boleh menghadapi penderitaan yang sehebat ini?
 
“Bu…Aina dahaga, ambilkan Aina air bu…” Suara halus Iman menyapa cuping
telinga Ismail. Segera genggaman terlerai.
“Iman….” Sapa Ismail.
“Erm…. Iman nak air bu…” Jawab Iman perlahan. Pasti dia tidak sedar suara
Ismail yang memanggilnya tadi.
“Iman, sekejap ya saya ambilkan.” Balas Ismail. Aina membuka mata luas.
“Ismail!!! Apa yang awak buat ni hah?” Jeritan suara Iman agak kuat.
“Er…saya, saya datang melawat awak Iman.” Tergagap-gagap Ismail
menjawab. Lelaki itu bingkas bangun, berdiri menghadap Iman di sisi katil.
“Mana awak tahu saya kat sini? Siapa yang bagitahu awak? Siapa
suruh awak berani-berani pe…” Iman mematikan kata. Matanya mencerlung
memandang wajah Ismail Syafiq yang sudah berubah tenang, merenung
lembut ke arahnya. Lelaki itu diam tidak menjawab. Hanya seulas senyuman
kecil yang terukir di wajahnya untuk tatapan Iman.
 
Sungguh! Iman terperanjat, dia sangka ibunya yang mengelus lembut
jemarinya sebentar tadi. Dia membiarkan saja lantaran rasa mengantuk
yang amat. Dia tersedar kerana tekaknya dahaga sangat dan di saat dia
tersedar bukan suara ibu yang menyapa tetapi suara garau milik seorang
lelaki. Spontan dia menjerit geram tatkala mendapati lelaki itu adalah Ismail
Syafiq. Dia bagaikan mendapat sedikit kekuatan untuk menjerit, melepaskan
ketidaksenanagan hatinya namun di saat mata lelaki itu menyapu lembut ke
arahnya dia kembali lemah, hilang terus marah yang ingin di hamburkan.
Iman tidak sedar bila ibunya pulang, sangkanya ibu atau Irma yang berada
bersamanya di dalam bilik itu.
 
“Mari, saya bantu awak.” Tutur Ismail, kesian melihat Iman yang terkial-kial
mengubah posisinya. Gadis itu mahu mendapatkan air minuman barangkali.
“Tak payah, saya masih boleh bangun sendiri.” Iman menepis tangan Ismail
kasar. Dia tidak rela di sentuh oleh lelaki itu. Iman berdiri tegak di tepi katil,
baru dua langkah keseimbangan badannya goyah. Ismail menyambar pantas
tubuh Iman. Segera tubuh ringan Iman di angkat ke atas katil.
“Duduk sini, jangan degil! Biar saya yang ambilkan awak air.” Tegas sekali
suara Ismail. Iman duduk bersandar di kepala katil.
“Nak air apa?” Tanya Ismail serius. Wajah Iman di pandang sekilas.
“Suam.” Jawab Iman perlahan. Bibirnya di ketap, airmatanya menitis
perlahan. Sedih dengan kelemahan tubuh badannya saat itu. Selebihnya dia
malu dengan lelaki itu. Dia belum larat melakukan perkara sekecil itu sendiri.
Semuanya mengharapkan bantuan orang lain.
“Terima kasih.” Ucap Iman apabila Ismail menghulurkan segelas air suam
kepadanya.
“Erm. Siapa yang jaga awak di sini?” Tanya Ismail. Wajah sendu Iman di
amati. Airmata gadis itu di kesat dengan sapu tangannya. Iman segera
menundukkan pandangan. Gentar untuk membalas tatapan tajam Ismail
Syafiq.
“Ibu. Kadang-kadang Irma, adik saya. Kenapa?” Jawab Iman, tangannya
menolak perlahan tangan Ismail dari wajahnya. Dia janggal di perlakukan
begitu oleh lelaki itu.
“Tak nampak pun. Mana diorang?” Tanya Ismail. Iman menjungkit bahu.
 
Seketika, mereka membawa haluan masing-masing. Ismail duduk bersandar
di kerusi di sisi katil, terkebil-kebil mata lelaki itu memandang Iman. Iman
gelisah, tidak tahu apa yang hendak di bicarakan. Mereka hanya beberapa
kali bertemu, masih janggal untuk berbual mesra apatah lagi bergurau
senda. Iman jadi malu dengan renungan dan perhatian daripada ‘kawannya’
itu itu. Buah epal yang di kupas Ismail di kunyah perlahan, matanya di
fokuskan kepada helaian akhbar harian Metro di riba. Sesekali dia mengeluh
perlahan, bilalah lelaki itu hendak balik? Hendak menghalau tak sampai hati.
Hanya ibu harapannya kini tapi, wanita itu pula entah kemana. Pulang ke
rumah ataupun ke surau menunaikan solat barangkali.

“Iman….” Ismail tersenyum nakal. Iman menjungkitkan kening.


“Kenapa? Apa yang kelakar sangat ni?” Tanya Iman. Matanya masih
tertancap di akhbar. Sebelah tangannya mengarah ke piring epal.
“Nak saya kupaskan epal lagi? Sedap sebab saya yang bawa ya.” Perli Ismail.
 
Iman terkedu. Dia tersengih bila di lihat hirisan epal hijau di atas piring
sudah pun habis di makannya. Dia sama sekali tidak sedar. Iman pantas
menggeleng, dan meneruskan pembacaannya. Kewujudan Ismail tidak di
endahkan. Sesekali matanya melirik jam dinding dan setiap kali itu juga
hatinya bergetar, lebih pantas daripada pusingan jarum jam itu sendiri.
Renungan tajam itu mengekori setiap lirikan matanya, membuat Iman tidak
keruan. Dia malu, segan di perhatikan terus. Wajahnya yang pucat sedikit
merona membiaskan perasaannya saat itu.
 
“Iman, saya tahu awak tak baca pun paper tu kan? Apa yang awak fikirkan?
Malu dengan saya ya? Hmm?” Tegur Ismail bagaikan dapat membaca
perasaan Iman saat itu. Sebenarnya, Ismail suka sekali dengan percikan
rona di wajah gadis itu. Iman kelihatan manis sekali di matanya saat itu.
“Taklah, nak malu dengan awak buat apa.” Jawab Iman pantas
menyembunyikan hakikat yang sebenar.
“Betul ni? Tapi, kenapa muka awak nampak me…”
“Bila awak nak balik? Dah nak habis waktu melawat ni kan.” Potong Iman.
Terluah juga ayat yang telah terangka di benaknya sedari tadi. Ada
senyuman di bibir lelaki itu namun Iman buat-buat tidak nampak.
“Oooo…awak tak suka saya datang sini ya? Tak apa, kalau macam tu saya
balik dululah. Orang dah tak suka, nak buat macam mana, kan?” Jawab
Ismail seraya bingkas bangun dan bersedia untuk melangkah keluar.
Langkahnya mati bila terdengar panggilan dari Iman.
“Errr…Ismail a..wak… awak jangan… awak jangan tak balik, balik tau. Terima
kasih ya.” Tutur Iman dengan riak dan senyuman nakal. Mesti lelaki itu ingat
dia ingin menahan pemergiannya. Ismail berpatah langkah dan merapati
katil Iman, wajah itu di renung tajam, lama sekali. Tatkala Iman
menundukkan pandangan sepantas kilat dia mencubit perlahan pipi
cengkung gadis itu.
“Nakal eh…awak halau saya ya…hmm?” Ujar Ismail geram. Iman cuba
menepis tangannya yang masih berada di pipi gadis itu.
“Ismail…. Sakitlah! Awak ni memang tau.” Iman menjerit kecil. Ismail
tergelak kuat. Lambat-lambat Iman turut tertawa. Mereka berdua ketawa
riang.
“Hah, lain kali buat lagi. Oklah, saya balik dulu, nanti ada masa saya datang
lagi. Take care…” Pesan Ismail. Dia mengeyit mata nakal sebelum
menghilangkan diri di sebalik pintu.
 
Iman tersenyum meleret. Tiba-tiba dia terasa senang sekali dengan lelaki itu.
Perasaannya kini benar-benar berbeza dari beberapa minggu yang lalu. Dia
sukakan karektor Ismail Syafiq yang ceria. Usikan Ismail mengundang tawa
di bibirnya. Dan, dia senang sekali dengan perhatian yang di tunjukkan juga
renungan nakal sepasang mata milik lelaki itu. Namun, dia belum mampu
menafsirkan makna sebenar di sebalik renungan tajam sepasang mata milik
Ismail Syafiq itu. Bukan tidak pernah mencuba tapi dia kecundang setiap kali
mata mereka bersambung pandang. Dia gentar untuk membalas tatapan
lelaki itu walau untuk sedetik waktu. Ismail Syafiq kawannya, lalu dia
melayan lelaki itu sebagaimana layaknya layanan yang di terima oleh
seorang yang bergelar kawan. Iman akan cuba menerima lelaki itu sebagai
sebahagian daripada lingkungan kawan-kawannya. Dia mahu ikhlas dalam
setiap hubungan yang terjalin.
 
Iman tidak sedar yang perlakuannya di perhatikan oleh seseorang dari sudut
bilik itu. Setelah sekian lama dan semenjak menghuni katil pesakit, baru hari
ini Pn. Hasnah melihat anak gadisnya itu tertawa riang. Sungguh! Hati
tuanya tersentuh, airmatanya berjurai jatuh melihat kegembiraan itu.
Hubungan mereka berdua agak janggal, sukar untuk mewujudkan
kemesraan antara ibu dan anak yang telah lama hilang. Aina, walaupun
masih tidak banyak bercakap dengannya tapi, anak itu tidak menolak
sentuhan dan layanan yang di berikan sepanjang tempoh dia menjaga gadis
itu. Dia tahu, hati anak itu masih terluka, biarlah anak itu melayan rajuk
hatinya dan dia akan bersabar menunggu untuk sebuah kebahagiaan.

BPB_21 :: RAJUK DI HATI ::


Sudah hampir seminggu Iman keluar dari hospital. Kesihatannya sudah
hampir pulih sepenuhnya. Minggu depan dia akan mula bekerja kembali.
Tidak sabar hendak bertemu dengan warga Seri’s Bakery N Café walaupun
sewaktu dia terlantar di hospital mereka semua ada datang melawat dirinya.
Amira, hampir setiap hari gadis itu akan datang menjenguknya, ada-ada saja
buah tangan yang di bawanya. Coklat dan bunga silih berganti. Fatin,
sahabatnya juga ada mengunjungi dirinya bersama-sama ibu dan bapanya.
Ismail Syafiq, selepas kunjungan pertama, lelaki itu langsung tidak
menunjukkan muka seperti yang di janjikan. Mungkin ‘kawan terpaksa’ Iman
itu sibuk, mempunyai urusan yang lebih penting dari melawat dirinya. Hanya
pesanan SMS dari lelaki itu yang setia di hantar. Sesekali ada juga panggilan
darinya tetapi Iman tidak menjawab. Fikirannya menghalang sedangkan
hati…
 
Saat Iman melangkah keluar pintu rumah, matanya tertancap ke arah
seorang lelaki yang bersandar di pintu kereta di depan pagar rumahnya.
Bakul baju yang di tangannya sebentar tadi di letakkan di beranda sebelum
pergi ke arah lelaki itu. Kunjungan yang tiba-tiba dari lelaki itu amat
menggelisahkan hati Iman. Iman tahu, ibu mungkin tidak akan marah
kerana wanita itu sedang berusaha membaiki hubungan mereka. Iman juga
berusaha untuk merapatkan jurang di antara mereka walaupun di rasakan
agak sukar untuk ke arah itu. Dia berjanji akan cuba sedaya upaya memujuk
hatinya kerana itu adalah impiannya sedikit waktu dulu. Biarlah waktu yang
menentukan. Namun, hati Iman tetap tidak senang dengan kunjungan lelaki
yang satu ini. Seakan ada rajuk di hatinya saat terpandang wajah bersih
milik Ismail Syafiq.
 
“Hai…” Ucap Ismail ceria seraya merapati pintu pagar rumah Iman.
“Ismail! Kenapa awak datang sini? Apa yang awak nak?” Iman bertanya
sedikit gelisah. Dia masih tidak membuka pintu pagar.
“Nak jumpa awaklah, nak apa lagi. So, macam mana dah sihat?” Tanya
Ismail. Gadis itu di perhati atas bawah, T-shirt dan berkain batik, gaya klasik
seorang gadis zaman moden, manis sekali. Terukir senyuman di bibir Ismail.
“Perlu apa? Saya tengah sibuk sangat sekarang ni.” Lantang Iman
membalas.
“Tak mengapa, saya boleh tunggu sampai awak tak sibuk. Teruskanlah sidai
baju tu. Saya duduk kat sini, atau awak nak saya tolong, hmm?" Tutur Ismail
lalu duduk di atas tembok luar pagar.
“Ismail….. hishhh awak ni memang tau! Please… awak baliklah, Lain kali kita
jumpa, ok?” Iman cuba memujuk supaya lelaki itu beredar.
“Saya tak percayakan awak! Dah banyak kali saya ajak awak keluar,
semuanya awak tolak. Saya called awak tak jawab, SMS langsung tak pernah
reply. Awak berjanji tapi satu pun awak tak kotakan lagi.” Ismail menjawab,
mendatar saja suaranya. Iman terdiam, memikirkan sesuatu. Dia berjanji?
Janji apa? Oh….rupa-rupanya lelaki ini tidak bermain dengan kata-katanya
tempoh hari. Iman mengeluh perlahan, apa yang harus dia lakukan?
“Maaf, saya tak senang hari ni.” Iman beralsan seraya berpaling, langkah
kakinya kaku di saat terpandang wajah ibu di muka pintu. Wanita itu
memandang ke arah Iman dan Ismail silih berganti.
 
“Assalamualaikum makcik. Saya Ismail Syafiq, kawan Iman. Makcik apa
khabar?” Terdengar suara Ismail dari belakang, ramah sekali. Ibu
mengangguk perlahan.
“Aina, buka pagar, jemput budak tu masuk. Tak elok kalau jiran nampak.”
Iman bagaikan orang bodoh, hanya menurut perintah ibunya. Hatinya di
landa kebimbangan, apakah yang bakal ibu lakukan nanti?
“Hah! Kalau tak malu silalah masuk En. Ismail....” Perli Iman selamba.
“Saya tak malu pun kerana awak Cik Iman. Comel hari ni ek, ayu gitu…”
Jawab Ismail seraya mendahului Iman masuk ke dalam rumah. Iman hanya
mampu mendengus geram melihat sesusuk tubuh Ismail di depannya.
 
Ismail mengambil tempat duduk di sofa selepas menyalami tangan Ibu Iman.
Ibu sudah sedia menanti di ruang tamu. Wajah wanita tua itu tenang sekali
menerima kunjungan ‘kawan terpaksa’ nya itu. Iman berlalu ke dapur,
menyediakan minuman untuk tetamu tidak di undang itu. Dari ruangan
dapur dia cuba mencuri dengar perbualan di antara ibu dan Ismail Syafiq
namun tidak banyak yang dapat di dengarnya lantaran bunyi lagu yang
sedang ke udara dari radio yang terpasang. Entah apa yang mereka bualkan,
entah-entah ibu memarahi lelaki itu. Padan muka! Desis Iman dalam hati.
 
“Aina, pergi bersiap. Ismail nak ajak kamu keluar ke bandar.” Arah ibu
sebaik Iman meletakkan air minuman di atas meja. Sempat dia menjeling
tajam ke arah lelaki yang berwajah selamba itu.
“Tapi bu… Aina ada kerja nak buat. Baju pun Aina tak habis sidai lagi.”
Sedaya upaya Iman beralasan.
“Tak mengapa, nanti ibu sudahkan. Pergilah ibu izinkan tapi, jangan balik
lewat sangat.” Tenang ibu berkata. Iman merasa pelik dengan sikap ibunya
itu. Entah apa yang di gula-gulakan oleh Ismail pada ibunya sebentar tadi.
“Baik makcik, saya janji sebelum pukul 6pm saya hantar Aina balik.” Balas
Ismail yakin sekali. Iman mencebikkan bibirnya ke arah Ismail sebelum
berlalu ke dalam bilik.
 
Dalam keadaan terpaksa, Iman akhirnya menurut perintah ibunya, bagaikan
orang bodoh Iman hanya mengikut ke mana saja di bawa oleh lelaki itu. Dari
rumah Iman Ismail memandu ke arah Stulang dan mereka singgah
menikmati hidangan mee rebus Johor di situ, salah satu daya tarikan utama
kepada mereka yang berkunjung ke Johor Bahru. Menurut Ismail, itu adalah
tempat kunjungannya setiap kali datang ke Johor Bahru kerana dia amat
menggemari masakan tradisi seorang lelaki yang di gelar Pak Wahid itu.
Sebenarnya, menu itu juga adalah kegemaran Iman sendiri namun sudah
agak lama dia tidak menikmatinya.

Secara kebetulan, Kak Seri sekeluarga juga sedang menikmati juadah yang
sama pada hari itu. Dan apa yang yang mengejutkan Iman, Kak Seri kenal
agak rapat dengan Ismail Syafiq. Rupa-rupanya, Ismail merupakan adik
kepada teman rapatnya sewaktu menuntut dahulu. Kak Seri selalu
berkunjung ke rumah keluarga Ismail semasa menuntut di KL. Didi anak Kak
Seri yang manja itu terus duduk di ribaan Iman sementara umi dan walidnya
pergi membuat bayaran manakala Fifi dan abangnya Mimi melihat anak-anak
ikan peliharaan di sudut gerai makan itu.
 
“Acik Aina, uncle tu pakwe acik Aina ek?” Bisik anak kecil itu di telinga Iman.
Ismail di depan Iman di pandang penuh minat oleh anak kecil itu. Iman
pantas menggeleng kepala.
“Bukanlah, kawan acik aje, kenapa?” Bisik Iman perlahan.
“Handsome…” Komen Didi. Iman mencebik bibir.
“Taklah, handsome lagi walid Didi tau.” Bisik Iman. Didi tergelak kuat.
“Hei… apa yang kelakar sangat ni Didi? Didi dengan Acik Aina mengata uncle
ya...hmm?” Ismail yang sedari tadi memerhati gelagat mereka mencelah.
“Taklah, mana ada. Kan Didi kan?” Balas Iman. Didi mengangguk laju.
“Oh… berpakat ya. Naughty boy!” Ismail mencubit perlahan pipi tembam
Didi. Anak kecil itu mangaduh sakit. Iman memberikan ciuman lembut di pipi
Didi yang berbekas di cubit oleh Ismail itu. Ismail terpana dengan tindakan
spontan  Iman itu. Seketika mereka berbalas pandangan. Ada debar di hati
masing-masing saat itu.
“Didi, cepat sayang Acik Aina. Umi dah nak balik tu.” Tutur Iman sekalian
cuba menghilang rasa gugup di hati. Anak kecil itu pantas menciumi pipi
Iman bertalu-talu.
“Untuk uncle tak ada?” Usik Ismail. Didi mendapatkan Ismail seraya
mendekatkan mulutnya di telinga lelaki itu.
“Tadikan… Acik Aina cakap… uncle tak handsome!” Bisik Didi kuat sebelum
berlari mendapatkan umi dan walidnya yang sedia menanti di hujung tangga.
Iman tersentak namun dia hanya membuat riak wajah selamba apabila di
renung geram oleh Ismail di depannya.
 
“Iman, kenapa awak suka ke tempat ini? Ada apa-apa yang istimewa ke?”
Tanya Ismail sewaktu mereka berada di Pantai Stulang. Iman sendiri yang
meminta Ismail membawanya ke pantai itu. Dia rindukan panorama indah
yang tercipta di situ.
“Saja. Saya sukakan kedamaian yang tercipta di sini. Hati saya tenang,
fikiran saya lapang. Lautan menyimpan sejuta rahsia, awak tahu itu?” Terang
Iman, matanya khusyuk memandang ke tengah lautan, menikmati
keindahan yang terbentang.
“Ya tahu, tapi kenapa mesti di pantai ini? Hampir setiap petang pulak tu.
Pelik betul.” Komen Ismail.
 
Wajah Iman di sisi di perhati penuh minat. Pipi yang seminggu lalu cengkuk
sudah mula berisi, mata itu juga sudah mula bersinar. Ismail merasa senang
sekali dengan perubahan itu. Setidak-tidaknya dia tahu gadis itu sudah
beransur sihat walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang ada di dalam hati
seorang yang bernama Iman Nuraina itu. Masih berdukakah Iman? Bersedih?
Atau barangkali, sekeping hati itu mula mencorakkan warna-warna ceria?
Gembira? Ah, kalaulah dia dapat menyelongkar sejuta rahsia yang terdampar
di dasar hati gadis itu, alangkah bertuahnya. Sungguh! Ingin sekali Ismail
mengetahui apa yang ada di hati Iman Nuraina saat ini.

“Pelik? Tapi, saya tak menyusahkan awak kan. So, biarlah…” Iman menjawab
sinis setelah agak lama membisukan diri.
“Hei, siapa kata awak tak menyusahkan saya. Jasad awak kat sini
menyebabkan saya tak boleh nak buat kerja kat sana tu. Mata saya asyik
nak pandang ke sini saja, awak tahu tak?” Laju Ismail berkata. Mata Iman
mengekori jari telunjuk lelaki itu yang menghala ke arah projek gerbang
perdana.
“Saya peduli apa! Awak yang tak pandai nak control mata nak salahkan saya
pulak. Tak patut betul!” Balas Iman geram. Wajah Ismail di jeling tajam.
“Saya dah cuba control tapi tak boleh jugak. Mata ni gatal jer nak pandang
ke sini, macam ada magnet. Entah-entah awak ni ada guna-guna tak…?”
Ujar Ismail dengan senyuman nakal.
“Tak ada pasal saya nak guna-gunakan orang macam awak! Jomlah balik,
saya boring.” Selamba Iman menutur kata.
“Iman, awak boring keluar dengan saya? Awak tak suka berkawan dengan
saya?” Tanya Ismail seakan merajuk.
“Awak rasa bagaimana?” Tanya Iman sinis. Ismail Syafiq diam tidak
menjawab. Wajahnya berubah muram, tersinggung agaknya. Tiba-tiba hati
Iman di serang rasa bersalah. Hanya kesepian yang melanda mereka selepas
itu...

BPB_22 :: KU TAHU KAU RINDU ::

Iman menerima perlawaan Fatin untuk ke Kuala Lumpur. Gadis itu beriya-iya
mahu dia pergi ke sana, menemuinya yang kebetulan sedang bercuti
beberapa hari, ibu dan bapa Fatin kebetulan pergi ke Indonesia. Fatin
berjanji akan menjemputnya di hentian Puduraya pada sebelah malam
kerana Iman menaiki bas sebelah petang daripada Larkin. Iman gentar,
sudah agak lama dia tidak berkunjung ibu kota, kali terakhir semasa
menghantar Fatin mendaftar masuk ke UM 5 tahun lalu. Fikirannya kabur,
tidak dapat membayangkan perubahan pesat yang melanda ibu kota
Malaysia ini. Dia hanya dapat membayangkan tingginya bangunan KLCC,
tersergamnya masjid Putrajaya, gahnya bangunan Jabatan Perdana Menteri
dan tidak ketinggalan kesesakkan jalan raya, itupun setelah menyaksikannya
dari televisyen, selebihnya hanyalah bayangan yang tercipta dari
imaginasinya sendiri.
 
Fatin sudah sedia menunggu sebaik Iman memijakkan kaki di hentian
Puduraya. Kewujudan begitu ramai manusia menjadikan Iman sedikit gentar,
rimas di tambah pula dengan keriuhan dan keadaan yang hingar-bingar
menjadikan dia tidak selesa berada di tempat itu. Mereka menaiki LRT
daripada hentian Pasar Seni sehingga ke stesen KL Sentral kerana Fatin
meletakkan keretanya di situ. Hampir setiap bahagian gerabak di penuhi
penumpang dengan pelbagai gelagat dan ragam mereka yang tersendiri.
Iman sangat kagum dengan kemudahan pengangkutan awam yang satu
ini juga perkidmatan pengangkutan lain yang terdapat di KL Sentral itu.
 
Fatin tinggal berdua dengan adik lelakinya di sebuah unit kondominium milik
keluarganya di Damansara Perdana. Adiknya Fazli masih menuntut di Kolej
Damansara Utama dalam jurusan sains komputer. Kehidupan kedua adik-
beradik di rumah itu kelihatan agak mewah sekali. Iman senang sekali
dengan suasana di dalam rumah keluarga Fatin itu, susunan perabot yang
ringkas dan warna dinding yang lembut begitu mendamaikan. Selepas
menikmati makan malam, mereka berdua berbual sehingga ke lewat malam,
saling bercerita dan merencana aktiviti-aktiviti yang bakal mereka berdua
penuhi sepanjang 5 hari nanti.
 
“Iman, so macam mana hubungan kau dengan mamat hari tu?” Tiba-tiba
Fatin mengubah topik perbualan mereka. Hilang sudah agenda-agenda yang
rancak di rangka sebentar tadi.
“Hubungan apanya? Mamat mana pulak ni?” Balas Iman, mengerutkan
dahinya, hairan dengan pertanyaan gadis itu.
“Alah kau jangan nak buat tak tahu pulak eh. Tu mamat yang kau marah kat
City Square hari tulah. Atau kau ada kawan dengan mamat lain yang aku tak
tahu ni, hmm?” Kata-kata Fatin itu membawa fikiran Iman kepada seraut
wajah tenang milik Ismail Syafiq. Seketika dia seakan memikir-mikirkan
sesuatu tentang lelaki itu, sengaja membiarkan Fatin menunggu dan
membuat telahannya sendiri. Gadis itu bebas memikirkan apa jua mengenai
hubungannya.
 
“Aku dengan mamat tu? Tak ada apa-apalah Fatin. Kenal macam tu ajerlah.
Sekejap dia ada, sekejap dia hilang. Bak kata pepatah iklan TV biskut
chipsmore, kejap ada kejap tak ada…” Balas Iman selamba setelah agak
lama mendiamkan diri. Memang itulah jawapan yang sesuai untuk
menyatakan hakikat perhubungannya dengan lelaki itu, tiada apa yang
istimewa. Iman melepaskan keluhan panjang, seakan melepaskan perasaan
sebal yang terbuku di dadanya.
“Iya ke ni? Tapikan Iman, hati aku dapat rasakan lah... there’s something
between both of you, macam ada chemistry gitu…”
“Hish…kau ni Fatin siap ada chemistry-chemistry lagi, mengarut aje!
Lagipun, Cik Fatin….. Itu hati kau yang rasa, bukan hati aku…” Iman ketawa
gelihati. Dia menjerit kecil bila jemari Fatin pantas mencubit lengannya.
“Seriuslah Iman, ceritalah kat aku, buat apa nak sorok-sorok…. Kalau ada
apa-apa pun apa salahnya, bukan aku nak marah kau pun… aku tumpang
gembira lagi adalah. Ceritalah kat aku Iman… ceritalah… Iman, kau sayang
aku tak?” Fatin mula menggunakan kepakarannya, terus merayu untuk
mengorek cerita Iman. Iman mencebikkan bibirnya. Fatin menarik muka
masam, sengaja membuat Iman rasa bersalah.
“Hish… mana ada Fatin, dia kawan aku ajerlah, tu pun kawan terpaksa. Satu
pasal diri mamat tu pun aku tak tahu, macam manalah… nak lebih-lebih Cik
Fatin oiiiii…” Iman menjawab seraya membaringkan diri di atas katil.
 
Mata Iman terkebil-kebil memandang siling. Ismail Syafiq sedang tersenyum
manis kepadanya. Iman terpana, mulutnya sedikit ternganga. Benarkah apa
yang di lihatnya saat ini? Matanya merenung tajam, membalas tatapan
bening sepasang mata hitam milik lelaki itu. Entah mengapa saat ini dia jadi
berani untuk membalas renungan Ismail Syafiq. Kini, mereka saling
bertatapan, mata berlagu pandang, hati menyampaikan kata-kata indah,
saling meluah.
 
“Hah, kawan terpaksa??? Macam mana tu Iman? Menarik ni, ceritalah kat
aku…” Sekali lagi Fatin merayu, bahu Iman di goncang tiba-tiba. Iman sedikit
tersentak, membawa dirinya ke alam nyata. Seketika tadi, dia baru saja
berkira-kira untuk membalas senyuman Ismail Syafiq itu.
“Fatin sayang… esok kita sambung ok, mata aku dah mengantuk sangat ni,
please…” Iman pantas menutup mata, sempat lagi dia melemparkan
senyuman manis kepada bayangan yang kembali terlayar di birai matanya.
“Iman………” Pertanyaan Fatin yang seterusnya tidak di hiraukan. Iman
berpura-pura sudah terlena. Sebenarnya, dia malas hendak membuka cerita
pasal lelaki itu kepada Fatin. Lagi pula, tiada apa yang menarik untuk di
ceritakan mengenai lelaki itu mahupun perhubungan di antara mereka.
Lambat-lambat, Fatin mengambil tempat di sisinya.
 
Entah apa yang sedang di lakukan Ismail Syafiq saat ini, dimanakah dia?
Sudah lebih 2 minggu Iman tidak menerima sebarang panggilan mahupun
kiriman SMS daripada lelaki itu. Merajukkah lelaki itu? Sungguh! Iman terasa
bagaikan hidup sehariannya tidak lengkap tanpa SMS daripada Ismail Syafiq.
Dirinya bagaikan sudah terbiasa dengan kiriman mesej yang bertanya
khabar, gurauan nakal, kata-kata romantis mahupun mesej yang sekadar di
‘forward’ oleh lelaki itu. Ada satu perasaan halus yang terdetik di hatinya di
saat nama itu melintasi fikirannya. Sukar untuk dia mentafsir mahupun
mengungkapkan apa makna yang sebenarnya di sebalik rasa hatinya itu.
Rindukah dia? Jatuh cintakah dia? Tapi, bukankah di antara mereka hanya
sebagai kawan? Itu yang selalu di katakan oleh Ismail. Ah! Iman keliru…

‘Kalau awak bace SMS ni, awak hutang saya 1 pelukan, kalau padam, hutang
1 ciuman, kalau simpan, hutang 1 malam, kalau jawab hutang semua, kalau
tak jawab, awak saya punya…Iman, apa khabar?’
 
Dalam masa yang sama, Iman menerima SMS daripada Ismail Syafiq. Ah!
Lelaki itu bagai dapat merasakan apa yang ada di hati dan fikirannya saat ini.
Adakah Ismail turut mempunyai perasaan yang sama dengan dirinya?
Mungkinkah… Iman tersenyum manis, apa yang perlu dia lakukan? Akhirnya,
Iman membiarkan SMS itu tidak berbalas, tidak tahu apa yang perlu di
jawab. Belum sesaat satu lagi SMS di terima.

‘So, u r mine, ;)... Iman, kenapa tak jawab? Dah tido? Esok kerja?’
 
Nampaknya detektif tidak bertauliah itu tidak tahu yang Iman tengah bercuti
dan sekarang berada di KL. Iman membalas pendek.

‘:( … Belum. Ismail, kemana menghilang?’

‘Kenapa nak tahu? Missed me, hmm? ;)’


 
Seketika Iman membiarkan SMS Ismail tidak berjawab. Dia tidak tahu apa
yang perlu di balas. Rindukah dia pada lelaki itu? Perlukah dia menyatakan
apa yang ada di hatinya saat ini? Iman masih lagi berfikir. Seminit kemudian,
1 lagi SMS di terima dari Ismail.

‘Satu suara membisik halus, melintas telinga cerahkan suram, dari hangat
hati tulus, daku ucap padamu selamat malam… muahss, I miss U too Iman…’
 
Ah! Ismail Syafiq. Lelaki itu bagaikan dapat merasakan apa yang ada di hati
Iman. Sekali lagi tanpa di paksa bibir mungilnya terukir senyuman indah.
Ismail seringkali menghantar kepadanya mesej seperti itu, mesej yang
membuatkan perasaannya terbuai, seri wajahnya membias indah.
 
“Oh… dapat SMS terus senyum ek? Kawan terpaksa ke yang hantar?” Suara
Fatin tiba-tiba memecah keheningan malam.
“Ceh, mengintip aku ya, jahat!” Iman menampar lembut lengan Fatin yang
sengaja di letakkan di atas perutnya. Mata gadis itu terpejam rapat, diam
tidak bereaksi, hanya bibir gadis itu yang seakan cuba menyembunyikan
senyuman.
“So now, aku tahulah apa makna ‘kawan terpaksa’ dalam hati batu kau tu.
Iman sayang… esok cerita kat aku ek.” Fatin membalas selamba sebelum
kembali menyambung tidurnya. Kenyataan Fatin itu membuatkan Iman
berfikir panjang.

BPB_23 :: BISIKAN HATI ::


Iman Nuraina…
 
Berhati batukah dia selama ini? Lalu bagaimana dengan hatinya hari ini?
Saat ini? Ya, mungkin sesetengah orang mengangapnya berhati batu
sebagaimana Fatin. Bukan dia sengaja menutup pintu hatinya untuk
menyayangi orang lain. Tidak sesekali. Hati perempuannya lembut, dia
mudah sekali jatuh sayang dengan orang yang berada rapatnya. Dia
menyayangi sahabatnya Fatin sebagaimana dia menyayangi ibu dan Kak Ain
juga Irma. Dia sayangkan rakan-rakan sekerja, juga anak-anak kecil, anak-
anak Kak Seri mahupun yang di jumpai mengemis di tengah bandar. Dia
cuba untuk menyayangi semua yang ada di sekelilingnya. Dia ikhlas setiap
kali menyatakan perasaan kasih dan sayangnya. Dan, dia selalu berdoa agar
sayangnya juga di terima dengan hati yang tulus sekalian membina rasa
bahagia di hati masing-masing. Itu sudah cukup memadai bagi dirinya. Dia
tidak mahu tamak dalam mengaut untungnya kasih sayang.
 
Tapi cuma satu, sayangnya bukan untuk seorang lelaki. Entah mengapa dia
takut untuk menyayangi seseorang insan yang bergelar lelaki. Dia bimbang
dirinya akan di tinggalkan setelah kasihnya tercurah, sayangnya bersambut
lalu, sekali lagi membuatkan dirinya di benci, terpinggir di atas pemergian
insan yang dia sendiri sayangi. Sungguh! Cukuplah sekali dulu dia di sisihkan
setelah abah, lelaki yang sangat di sayangi pergi meninggalkan dirinya. Dia
tidak mahu meragut kebahagiaan yang di milik insan lain. Dia tidak mahu
dirinya di persalahkan sekalian menjadi punca derita mereka. Dia tidak mahu
sejarah lama berulang kembali, janganlah sampai pisang berbuah dua kali.
Dia tidak mahu keajaiban itu terjadi.
 
Namun kini, perasaannya sedikit berubah. Salju yang sekian lama membeku
di hatinya mula mencair, mengalir perlahan-lahan melimpahi segenap ceruk
hatinya, menjalar di segenap urat sarafnya. Dia ingin sekali merasa
nikmatnya diri di sayangi juga ertinya menyayangi insan yang bergelar lelaki.
Dia sudah puas menelan pahitnya derita. Kini, dia mendambakan manisnya
seteguk bahagia. Tapi, akan adakah lelaki yang sudi menyambut huluran
kasih sayangnya dengan tulus? Ikhlas membahagiakan sekeping hati
miliknya? Dan kalaulah ada, siapakah lelaki itu? Adakah Ismail Syafiq?
Adakah lelaki itu yang akan melengkapkan putaran hidupnya?

Sungguh! Dia tidak dapat mencari jawapan untuk soalan yang satu itu. Dan,
untuk sekian kalinya dia berbalik kepada ketentuan takdir ilahi. Bukan
kuasanya menentukan jodoh hidupnya sendiri. Dia pasrah...
 
Ismail Syafiq…
 
Dia masih lagi setia di baluti dinginnya embun pagi, masih lagi duduk
termenung di balkoni merenung gelapnya malam yang tidak berbintang. Dia
tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya tidak membenarkan dirinya untuk
lena walau untuk sepicing cuma. Ada sesuatu yang membelenggu hatinya
saat ini. Perasaan asing itu. Ingin sekali dia meluahkan rasa aneh yang
terbuku di hatinya sejak sekian lama. Perasaannya itu membuak-buak.
Namun, dia masih mampu bersabar kerana dia tidak mahu terburu-buru
untuk hal yang satu ini. Dia tidak mahu gagal untuk sekian kalinya, dia mahu
kasihnya bersambut, cintanya bertaut. Dan, dia akan mencari suatu masa
yang sesuai untuk menzahirkan perasaannya, rasa hatinya yang tulus untuk
seorang perempuan.
 
Dia melepaskan keluhan panjang. Di matanya hanya ada seraut wajah
menawan milik gadis itu, mindanya memikirkan apa yang sedang di lakukan
oleh gadis itu, hati lelakinya merasakan setiap degup jantung milik gadis itu.
Lalu, apa yang harus dia lakukan, semua jasad miliknya kini hanya tertumpu
kepada gadis itu. Dan, gadis itu adalah Iman Nuraina, satu-satunya gadis
yang ingin sekali di tawannya. Tetapi, mengapakah di rasakan begitu sukar
sekali untuk meluahkan perasaannya kepada gadis itu? Tidak pernah
sepanjang hidupnya dia mengalami keadaan yang sesukar ini. Kini, baru dia
mengerti betapa getir perjalanan hidupnya, sesak dan sakitnya hati yang
memendam perasaan sayang terhadap seseorang yang di cintai.
 
Semenjak kejadian di pantai Stulang 2 minggu lalu, dia tidak lagi menelepon
mahupun mengirimkan pesanan SMS kepada gadis itu. Bukan merajuk,
tetapi entah mengapa dia terasa hati dengan sindiran sinis Iman. Selepas
hari itu, dia mula menjauhkan diri. Dia ikhlas menjalinkan perhubungan
sedangkan Iman, gadis itu seakan memperlekehkan hubungan mereka. Dia
tahu, Iman terpaksa menyambut salam perkenalan mereka setelah dia
sendiri yang memaksa gadis itu. Sememangnya, hanya dia yang terhegeh-
hegeh untuk mendekati hati gadis itu. Hanya dia yang mengejar-ngejar
bayangan gadis itu dan hanya dia yang mendamba-dambakan gemersiknya
suara gadis itu. Ya, hanya dia dan dia adalah Ismail Syafiq. Ismail Syafiq
yang sanggup mengenepikan ego seorang lelaki hanya kerana seorang gadis.
 
Hatinya seringkali tercuit dengan kenangan di hospital, Iman melayannya
agak mesra walau pada awal kunjungan, dirinya di sambut dingin sekali. Dia
senang sekali dengan ketawa riang yang tercetus di bibir Iman hari itu.
Senyuman manis yang terukir di wajah polos Iman saat itu mendebarkan
hatinya. Mereka bergurau dan bergelak tawa bagaikan sudah lama saling
mengenali. Sungguh! Dia sukakan saat-saat indah seperti itu. Berada dekat
dengan Iman membuatkan hatinya tenang, riang sekali. Dia bagaikan baru
menemui semula sisa sebahagian dari hatinya yang hilang sejak sekian lama.
Atau, mungkinkah selama ini, sememangnya sebahagian dari hati dan
jiwanya adalah milik gadis itu?
 
Iman Nuraina, gadis itu bak seekor burung merpati, jinak tapi akan terbang
tinggi bila saja di dekati. Kadangkala, dia merasakan mereka berdua di landa
rasa yang sama, saling meminati, dia memikat, Iman terpikat. Tapi, di saat
lain pula, dia hanya bertepuk sebelah tangan manakala Iman selamba
membuang pandangan, langsung tidak terbias rasa sayang. Dia tidak pernah
ragu dengan perasaannya terhadap gadis itu, hatinya jitu mengatakan Iman
adalah cintanya. Tapi, bagaimana dengan hati Iman sendiri? Dia tidak dapat
mencari walau sekuman bukti yang menunjukkan gadis itu juga menyimpan
perasaan yang sama dengannya. Hanya dia yang meneka-neka sendiri
perasaan gadis itu terhadapnya lewat pesanan SMS di antara mereka. Gadis
itu pula lebih senang mendiamkan diri dari menjawab setiap pertanyaannya.
Tapi, satu yang dia pasti kini, Iman juga merasa sunyi, rasa kehilangan
sepanjang tempoh dia mendiamkan diri. Mungkinkah gadis itu mula merindui
dirinya? Memikirkan kemungkinan itu, hatinya sedikit berbunga.
 
Dia mula menanam tekad. Dia mesti menawan sekeping milik gadis itu. Akan
di tempuhi walau apa jua rintangan yang mendatang mahupun halangan
yang terbentang. Dia tidak akan pernah mengalah. Iman Nuraina hanya
untuk Ismail Syafiq. Itu janjinya!

BPB_24 :: INDAHNYA PERTEMUAN INI ::


KLCC. Setelah penat merayau di dalam pusat membeli belah yang terkenal
itu, mereka singgah makan tengahari di Asian Flavours Food Court di aras 4
Suria KLCC. Semalam Fatin telah membawanya ke sekitar Dataran Merdeka,
CM dan Petaling Street. Iman mengambil kesempatan itu untuk membeli
beberapa cenderahati dan ole-ole untuk ibu, Irma dan rakan sekerjanya.
Walaupun harganya murah namun dia berpuas hati jika dapat membelikan
sesuatu untuk mereka semua sebagai tanda kenang-kenangan. Di Suria
KLCC ini tiada apa yang dibeli, semuanya agak mahal, dia hanya menemani
Fatin membeli beberapa pasang kot kerja di butik Zara. Namun begitu, Fatin
ada membelikan dia sepasang blaus berwarna merah jambu di Laura Ashley.
Gadis itu berkeras mahu dia memilih sepasang baju walaupun dia menolak,
Iman sedar dia tidak layak untuk memakai baju semahal itu.
 
“Assalamualaikum, saudari ni Iman kan, Iman Nuraina?” Seorang lelaki
berkemeja biru lengkap bertali leher tiba-tiba datang menyapa Iman yang
sedang memilih makanan di medan selera Suria KLCC.
“Ya, saya Iman Nuraina, kenapa? Dan, a...wak siapa?” Tanya Iman ragu-
ragu. Jasad lelaki itu di pandang tidak berkelip.
“Iman, akulah. Kau tak kenal ke?” Sambut lelaki itu girang sekali.
“Siapa? Saya tak kenal pun.” Iman mengerutkan dahi, cuba mengingati
seraut wajah di depannya saat itu.
“Hei… aku Haziq, Imran Haziq lah. Takkan tak kenal kot. Kau ni Iman…..”
Sesaat terukir senyuman kecil di bibir Iman. Baru kini mindanya dapat
mengenali seraut wajah yang ternyata sudah banyak berubah. Hanya dua
pasang lesung pipit yang masih setia di wajah jejaka itu.
“Haziq? Laaa… kau ke ni? Ingat mamat manalah yang kenal aku kat KL ni.
Kau ni buat terkejut aku je tau. Nasib baik aku tak ada penyakit jantung,
kalau tidak percuma aje aku mati terkejut hari ini tau.” Iman bersuara ceria,
sebelah tangannya mengusap dadanya perlahan. Sungguh! Dia terperanjat
sebenarnya, masakan ada orang yang mengenali dirinya yang baru 2 kali
menjejakkan kaki di bumi KL ini.
“Iman, sekarang ni kau tinggal kat KL ke? Kau datang sini seorang saja ke?”
Laju Haziq bertanya. Iman pantas menggeleng menidakkan pertanyaan lelaki
itu. Jarinya mengarah mata Haziq ke arah Fatin di meja sudut. gadis itu
melambai tangan ke arah mereka.
“Kau pula buat apa kat sini? Dating ya?” Duga Iman.
“Aku lunch hour sekarang ni, tu yang makan kat sini.” Jawab Haziq.
“Eh, jom joint aku kat meja tu.” Iman berjalan mendahului Haziq, lelaki itu
berjumpa kawan-kawannya sebelum menyertai Iman dan Fatin. Iman
memperkenalkan Fatin kepada Haziq sebelum gadis itu bangun mengambil
makanan.
 
“Tak sangka pulak jumpa dengan kau, macam tak percaya. Dah lama kita
tak jumpa eh. Lebih dari 12 tahun kan?” Haziq memulakan perbualan.
“Erm… kau tu yang lupakan aku. Sejak pindah langsung tak kirim khabar
berita kat aku. Aku jer yang dok teringat kat kau…” Ada nada rajuk dalam
sebaris ayat Iman itu. Haziq hanya tersengih, mungkin menyedari akan
kesalahan dirinya.
“Bukan tak ingatlah. Tak lama lepas pindah dari JB family aku pindah
Canada. Ayah aku further study dia kat sana. After 5 years, dia orang balik
aku tinggal kat sana lagi. Aku pun masa tu sibuk dengan study, ambil degree
then further study for master. Lepas kerja kat sana 3 tahun baru aku balik
sini. Sorry ya Iman?” Terang Haziq panjang lebar. Iman hanya mengangguk
tanda mengerti, dia tiada hak untuk marah mahupun berkecil hati dengan
lelaki itu.
 
“So, berapa lama kau kat sini?” Sambung Haziq.
“Ahad ni aku baliklah. Mak dan abah kau sihat? Mereka di mana sekarang ni
Ziq?” Ingin sekali Iman mengetahui keadaan ibu dan bapa Haziq yang baik
hati itu.
“Alhamdulillah sihat. Aku tinggal dengan merekalah sekarang ni, dekat
Ampang Jaya. Kau nak jumpa mereka?” Pelawa Haziq.
“Erm, boleh juga. Dah lama betul aku tak jumpa mak dan ayah kau. Pasti
sudah banyak yang berubah, kan? Entahkan mereka kenal aku lagi ke tidak
agaknya.” Haziq hanya tersenyum kecil mendengar bicara Iman itu.
“Aku confirmed 100% mak dan ayah aku memang tak kenal kau Iman.
Iyalah, dulu kau kan tomboy, rambut pendek, dah tu kasarnya ya Allah!
Dan, sekarang ni pulak kau nampak lain sangat. Rambut dah panjang, ayu,
sopan… bak kata pujangga… macam perempuan melayu ter…akhir gitu…”
Tekan Haziq di pengakhiran bicaranya.
“His… kau ni kan Ziq dari dulu suka sangat usik aku tau! Ni yang aku rasa
macam nak marah ni…” Tegur Iman. Wajahnya bertukar rona. Dia segan
sebenarnya dengan kata-kata lelaki itu. Haziq tergelak besar dengan riaksi
Iman itu.
“So, Ibu kau macam mana, sihat?” Tanya Haziq setelah berhenti dari ketawa.
Iman mengangguk seraya memberi laluan kepada Fatin yang ingin
mengambil tempat duduknya.
“Eh makanlah, korang ni kan, berbual sampai tak ingat nak makan. Hah, kau
ni Iman, tadi mengadu lapar sangat. Takkan jumpa member terus kenyang
kot…” Tegur Fatin selamba sekali.
 
Banyak yang mereka bualkan dan sempat bertukar nombor telepon sebelum
Haziq meminta diri kerana waktu rehatnya sudah tamat. Sebelum pulang,
Iman dan Fatin singgah di gedung buku Kinokuniya yang juga berada di aras
4. Seketika, Iman begitu kagum dengan suasana dan susun atur gedung
buku dari negara matahari terbit yang di rasakan antara yang terbesar di
Malaysia itu. Menurut Sufi, tidak sah kalau tidak singgah ke Kinokuniya
kepada sesiapa yang pergi ke KLCC terutama kepada para ulat buku seperti
Sufi itu. Dan kini, Iman terpaksa bersetuju dengan kata-kata gadis itu. Iman
turut membeli dua buah buku ilmiah untuk bacaan di waktu senggangnya.
 
“Wei Iman, kau tak pernah bagitahu aku pun yang kau ada member se
‘handsome’ mamat tadi tu ek. Aku sukalah tengok muka dia tu…” Ujar Fatin
sewaktu mereka berada di dalam lif. Iman tersenyum kecil. Memang dia akui
Haziq mempunyai seraut wajah yang tampan yang pasti menjadi gilaian
ramai wanita.
“Kau tak pernah tanya, macam mana aku nak bagitahu. Lagi satu, jangan
nak mengada suka-suka tengok muka Haziq tu. Muka encik abang kau yang
cute tu nak letak kat mana? Billboard?” Jawab Iman selamba. Tangan Fatin
yang ingin mencubit lengannya di sambar pantas.
“Kau ni kan asyik nak mencubit ajer kerjanya eh.” Komen Iman.
“Alah… dengan kau ajer jari aku ni gatal nak mencubit, dengan orang lain tak
pulak. Aku sendiri pun hairan…” Iman mencebik bibir ke arah Fatin di sisinya.
“Iyer lah tu. Entah-entah dengan encik abang kau pun sama jugak tak? Lebih
teruk lagi agaknya kau kerja kan dia eh. Lebam sana, lebam sini.” Duga
Iman nakal sekali. Fatin ketawa besar sekalian mencubit lembut lengan
Iman. Pandangan pelik beberapa orang yang turut berada di dalam lif itu
membuatkan mereka terdiam untuk seketika. Bicara dan tawa mati serta-
merta, Fatin memusing-musingkan mata hazelnya, nakal sekali.

“Tapi kan Iman, Haziq tu memang handsome lah, nampak macam budak
baik-baik, suci murni ajer muka dia eh. Aku tengok dia macam suka dengan
kau jer. Tenung kau semacam jer. Kau dengan dia ada apa-apa ke?” Soal
Fatin sebaik melangkah keluar dari pintu lif. Iman pantas menggeleng.
“Hish… mana adalah. Lebih dari 12 tahun baru hari ni kami jumpa tau. Haziq
tu rakan sepermainan aku masa kecil dululah. Mak dengan ayah dia baik
sangat dengan aku tau Fatin. Aku sayangkan mereka. Sayang... sangat.”
Terang Iman agak panjang. Seketika dia membayangkan wajah lembut
kedua ibu bapa Haziq itu.
“Oooo… macam tu. So, dengan Haziq kau 'sayang sangat' juga ke?” Usik
Fatin. Iman menjengilkan matanya.
“Alamak! lupa pulak aku. Kau kan 'sayang sangat' kat ‘kawan terpaksa’ kau
tu, kan Iman? Siapa nama dia? Apa khabar mamat tu sekarang eh?” Tanya
Fatin laju. Iman menjungkit bahunya tanda tidak tahu. Dia tidak berminat
untuk membawa hati dan fikirannya kepada lelaki itu lalu membuat
perasaannya jadi tidak menentu, sendu dan rindu menjadi satu.
“Eh, kelmarin kau janji nak cerita kat aku pasal mamat tu kan? Ceritalah
Iman…” Fatin mula merengek manja. Gadis itu masih lagi dengan tabiatnya
yang satu itu.
“Cik Fatin sayang…. bila masa pulak aku janji dengan kau ni? Bukan kau ke
yang buat janji sendiri, hmm?” Balas Iman seraya mencubit pipi gebu Fatin.
Fatin di sisinya mengaduh kecil.
“Jom kita balik.” Kata Fatin dengan sengihan manjanya seraya meraih lengan
Iman. Mereka beriringan melangkah ke tempat kereta.

BPB_25 :: WAJAHMU DI MATAKU ::


Sudah agak lama Ismail tidak berkunjung ke Johor Bahru. Jadual kerjanya
yang padat menghalang dirinya untuk meluangkan masa bersama keluarga
mahupun keluar bersosial bersama teman-teman. Uminya seringkali
merungut semenjak dia kerap berulang-alik ke Vietnam. Dalam sebulan
sekurang-kurangnya 2 kali pasti dia akan terbang ke sana sehinggalah projek
itu siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini. Bukan kemahuannya tetapi
dia melakukannya kerana tugasan yang di amanahkan oleh syarikat. Jika di
turutkan hati mahu saja Ismail menolak tapi itu bukan sikapnya. Ismail tidak
akan sesekali mencampur-adukkan urusan peribadi dan tugasan kerjanya,
dia perlu dedikasi untuk masa depannya sendiri.
 
Tidak sabar rasanya ingin menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Hati lelakinya
di desak hebat, Ismail ingin menghubungi Amira. Dia ingin sekali mengetahui
perkembangan buah hatinya melalui anak sedaranya yang satu itu. Ismail
tidak mahu memperbesarkan masalah yang hanya sebesar sekuman itu. Dia
tahu, gadis itu tidak akan datang memujuk hatinya yang terguris luka.
Mungkin, gurisan itu tidak membawa sebarang makna pada hati gadis seperti
Iman Nuraina. Di antara mereka belum terjalin sebarang ikatan yang
istimewa. Lalu, biarlah dia yang mengalah. Hatinya sudah terpujuk, rajuknya
tidak perlu di turut. Ismail bimbang dirinya sendiri pula yang terjerut jika
rasa hatinya di turut.
 
Ismail mengeluarkan handphone dari saku seluarnya sebaik melepasi balai
ketibaan. Seketika tadi bibirnya tersenyum puas sebaik pesawat Malaysia
Airlines selamat mendarat di KLIA. Dia kini telah pun berada di bumi bertuah
yang sangat dia sayangi. Walau tidak di lahirkan di negara ini, dia tetap
berbangga kerana dirinya di besarkan di sini, apatah lagi dia adalah
warganegara. Kesemua adik-beradiknya di lahirkan di Jakarta. Ibunya
berasal dari Yogyakarta manakala bapanya anak jati Kuala Lumpur. Mereka
sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur setelah bapanya memindahkan ibu
pejabat perniagaan yang di tubuhkan di Indonesia ke Malaysia.
 
“Hello Amir, papa Is ni.” Ucap Ismail sebaik Amira menjawab panggilannya.
“Ya tahu. Assalamualaikum papa Is ku sayang… Sejak bila papa Is dah tak
tahu bagi salam ni, hmm?” Ismail ketawa besar mendengar balasan Amira di
hujung talian. Dia tahu gadis itu memerli dirinya.
“Papa Is kat mana ni? Ada apa hal call orang pagi-pagi buta ni?” Sambung
Amira.
“Woit! Pagi buta apanya? Dah pukul 10am ni tahu tak? Papa Is kat KLIA baru
sampai dari Vietnam." Jawab Ismail. Terdengar gelakan halus Amira di
hujung talian.
"Mir, mama Iman apa khabar? Dia sihat tak? Amir pulak kat mana ni?” Laju
Ismail bertanya.
“La… papa Is tak tahu ke? Kan mama Iman…”
“Tahu apa? Amir, kenapa dengan mama Iman?” Pintas Ismail cemas sekali.
Dadanya berdebar. Fikirannya di serang pelbagai perkara buruk. Bagasi kecil
di tangan segera di lepaskan ke lantai.
 
Sejurus mendengar penjelasan daripada Amira, Ismail bergegas
mendapatkan limosin yang tersedia menunggu penumpang di luar. Dia harus
segera pulang ke rumah. Pasti uminya sedang menunggu kepulangannya.
Wanita tua itu pasti kesunyian di banglo sederhana besar milik keluarganya.
Walaupun Kak Ngah dan Kak Lang yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur
selalu datang menjenguk tapi Ismail tahu uminya masih kesunyian.
Tambahan pula, semenjak akhir-akhir ini abahnya juga agak sibuk dengan
urusan perniagaannya. Setiap kali dia menelepon uminya, pasti soalan yang
sama di tanya, bila dia akan pulang? Kadangkala, Ismail pelik dengan sikap
uminya, dirinya di layan bagaikan anak kecil padahal umurnya sudah hampir
menjangkau angka 30. Pemergiannya di rindui, kepulangannya sentiasa di
nanti. Namun, Ismail senang sekali dengan pehatian dari uminya itu.
 
Dalam perjalanan hanya wajah Iman Nuraina di matanya. Di toleh kekanan
gadis itu merenung tajam, bagai ada sesuatu yang ingin di katakan. Ismail
menunggu namun hampa. Lantas dia menoleh ke kiri, nalurinya bergetar,
gadis itu melirik mesra, sinar tajamnya menggambarkan rasa. Ismail
terkesima, menggosok-gosok matanya lalu memandang ke depan. Hilang.
Hanya seketika, bayang itu kembali terlayar di cermin pandang belakang
teksi itu pula. Ismail membesarkan anak matanya, seakan tidak percaya.
Kini, gadis itu merenung lembut kepadanya, tersenyum manis, rona yang
terukir di wajah itu di rasakan indah sekali. Tanpa menunggu sesaat Ismail
membalas, dia merenung dalam sepasang mata bundar milik gadis itu.
Bibirnya mengukir senyuman…
 
“Anak, kenapa tiba-tiba tersenyum ni? Ada apa-apa yang kelakar ke?” Tegur
pemandu limosin tiba-tiba. Ismail terkejut. Senyuman yang baru terukir
termati tiba-tiba.
“Errr… tak ada apa-apa pakcik.” Jawab Ismail sedikit malu. Wajahnya di
larikan dari pandangan mata lelaki sebaruh abad itu, membuang pandang ke
luar tingkap. Tiba-tiba dia ketawa kecil, gelihati dengan keadaan dirinya
sebentar tadi. Nampak sangat dia sudah benar-benar di landa penyakit
angau.
“Oh… ya ke ni? Dari tadi pakcik perhatikan, macam ada sesuatu yang
mengganggu fikiran anak ni. Sesuatu yang istimewa barangkali ya?” Teka
pakcik itu pula. Ismail hanya tersenyum kecil, tidak tahu apa yang perlu di
jawab.
“Anak ni sudah berkahwin?” Tanya pakcik itu.
“Belum pakcik. Belum ada jodoh.” Jawab Ismail jujur. Calonnya sudah ada,
sambung Ismail dalam hati,yakin sekali! Entah mengapa hatinya begitu berat
menyatakan bahawa Iman Nuraina adalah jodohnya.
“Oh… sekarang pakcik fahamlah kenapa encik tersenyum-senyum tadi. Mesti
dah tak sabar-sabar nak jumpa makwe ya? Pakcik faham...” Selamba pakcik
itu berkata. Spontan Ismail tergelak.
“Hish… pakcik ni ada-ada saja. Ok, pakcik berhenti kat depan rumah warna
krim depan simpang tu ya. Rasanya makwe saya rindu dan dah tak sabar-
sabar tunggu saya balik ni.” Balas Ismail mesra. Entah mengapa dia senang
sekali berbual dengan pemandu limosin yang di rasakan baik hati itu.
 
Selepas membuat bayaran Ismail segera melangkah masuk. Seperti biasa,
rumah milik keluarganya ini akan kelihatan sunyi di awal pagi begini.
Abahnya pasti sudah ke pejabat. Ismail meninjau-ninjau mencari kelibat
penghuni rumah, umi mahupun Mak Yam tidak kelihatan. Di mana agaknya
wanita berdua itu?
 
“Assalamualaikum… Umi… Umi… Ismail dah balik ni. Umi…” Panggil Ismail
agak kuat dari luar pagar.
“Umi…” Panggil Ismail lebih kuat. Senyap, langsung tiada balasan. Kunci
rumah di dalam beg di ambil.
 
Bagasi dan beg bimbitnya di letakkan di ruang tamu. Ismail mula melangkah
ke bahagian dapur, pasti uminya dan Mak Yam sedang sibuk berkebun di
belakang rumah saat ini. Ismail sudah masak dengan hobi uminya yang satu
itu. Bermacam-macam pokok herba dan sayuran di tanam uminya di
bahagian tanah yang sekangkang kera itu. Perlahan-lahan, terhendap-
hendap dia mengatur langkah supaya kehadirannya tidak di sedari oleh
mereka berdua. Ismail ingin membuat kejutan.
 
“Umi!!!” Jerit Ismail kuat. Kedua tangannya memeluk erat pinggang wanita
tua itu.
“Oh, mak kau habis mati pokok lada aku… mati, eh lada aku mati.” Uminya
melatah. Ismail tergelak kuat di ikuti oleh Mak Yam yang berada di dapur.
“Ismail! Bertuah punya anak. Bila kamu sampai?” Ujar Pn. Dewi Fauziah
sambil mengurut dadanya. Lengan Ismail di tampar agak kuat.
“Baru jer sekejap tadi. Umi tu kalau dah berkebun semuanya lupa eh.
Sampai Ismail balik pun umi tak sedar ek. Umi tak rindu kat Ismail ya?”
Jawab Ismail seakan merajuk. Uminya tersenyum kecil, pipi anak teruna
kesayangannya di usap mesra.
“Rindunya Ismail kat umi…” Pipi tua uminya di cium.
“Rindu kat umi jer. Kat ehem-ehem tak rindu?” Usik Pn. Dewi Fauziah.
“Oh, kat ehem-ehem? Yang itu la…gi Ismail rindu tau umi. Umi tak marah
kalau Ismail rindu kat ehem-ehem lebih dari rindu kat umi?” Tanya Ismail
sengaja menguji hati uminya. Pn. Dewi Fauziah pantas menggeleng, dia
senang sebenarnya dengan kata-kata Ismail itu.
“Jom umi.” Ajak Ismail, melepaskan rangkulan lalu memimpin lengan
uminya. Mereka beriringan menuju ke bangku batu yang ada di sudut dapur
menyertai Mak Yam yang sudah siap menghidangkan minuman sejuk untuk
mereka bertiga.

BPB_26 :: MENANTI SEBUAH JAWABAN ::


Iman leka memerhati keindahan tasik buatan yang terbentang di depan
matanya saat itu. Mata bundarnya menikmati setiap pemandangan cantik
yang terlayar di sekeliling tasik itu. Masjid Putra dan bangunan Jabatan
Perdana Menteri yang tersergam megah di tepi tasik itu menggamit ramai
pengunjung dari pelbagai rakyat dan bangsa. Di seberang tasik terbina
deretan teguh bangunan dan kompleks kerajaan yang tersusun cantik
dengan seni binaan yang memukau setiap mata yang memandang. Terdapat
juga deretan rumah-rumah banglo dan teres yang di bina khas untuk
kakitangan kerajaan di kawasan itu. Seketika, Iman merasa kagum dengan
pembangunan yang sangat hebat oleh kerajaan Malaysia ini, menakjubkan.
 
Keasyikan Iman untuk terus menilai setiap objek binaan di depan matanya
terganggu dengan deringan telepon dari dalam beg tangannya. Melihat nama
pemanggil yang tertera di skrin dia menghela nafas perlahan. Ada rindu jauh
di sudut sanubarinya namun entah mengapa dia berasa agak gentar untuk
mendengar alunan suara itu, lambat-lambat baru panggilan itu di jawab.
 
“Hello, assalamualaikum…” Ucap Iman dengan suara yang sedikit bergetar.
Entah apa perasaannya saat itu, dia kurang pasti.
“Iman awak tengah bercuti sekarang ni kan? Awak di mana sekarang ni?”
Laju suara Ismail di hujung talian. Salam Iman langsung tidak di jawab.
“Ya, err… saya, saya dekat Putrajaya sekarang ni. Kenapa?” Tergagap-gagap
Iman menjawab. Ingin menipu, bukan sifatnya.
“Oh, jadi betullah awak di KL sekarang ni ya. Buat apa? Dengan siapa?”
Tanya Ismail lagi.
“Saja, jalan-jalan dengan kawan saya. Kenapa, salah?” Balas Iman tegang.
Dia bengang di serang melulu oleh lelaki itu.
“Kawan awak, siapa? Awek minah salleh tu ke? Kenapa tak inform saya?”
Iman mengeluh. Bila masanya dia kena membuat report kepada lelaki itu ke
mana arah dan tujuan dirinya.
“Bukan, kawan lama saya En. Ismail! Kenapa pulak nak kena bagitahu awak
ni, hmm?” Iman menjawab geram.
 
Sungguh! Dia tidak pernah terikat dengan lelaki itu. Mereka berdua bebas
melakukan aktiviti masing-masing. Tidak perlu mengongkong atau di
kongkong. Kehilangan lelaki itu seminggu dua kebelakangan ini pun tidak
pernah di persoalkan. Dia mampu menyimpan segala persoalan, hatinya
yang meronta untuk sebuah jawapan langsung tidak di hiraukan. Tapi,
mengapa Ismail Syafiq…
 
“Lelaki?” Tanya Ismail seakan tidak puas hati. Ada keluhan panjang di
hujung pertanyaannya. Iman menghela nafas perlahan, cuba menenangkan
ombak di dada.
“Erm… kenapa? Ismail, dia kawan saya masa ke…”
“Ok then, have fun!” Ujar Ismail sinis sekali di pendengaran Iman. Talian
segera di matikan sebelum Iman sempat berkata lanjut.
“Ismail…” Iman mengeluh perlahan. Marahkah lelaki itu? Terasa hati? Ah,
peduli apa! desis Iman seraya mendapatkan Haziq yang telah pun selesai
menunaikan solat zuhur di Masjid Putra. Entah sudah berapa lama lelaki itu
duduk memerhatikannya.
 
Hari ini dia menerima perlawaan Haziq untuk meronda sekitar Putrajaya.
Kebetulan Fatin juga mempunyai urusan untuk di selesaikan di tempat
kerjanya. Sebentar tadi dia ke rumah ibu bapa Haziq di Ampang Jaya. Benar
seperti tekaan Haziq kelmarin, kedua ibu dan ayahnya tidak mengenali
dirinya. Setelah Iman memperkenalkan diri barulah kedua-dua mereka dapat
mengecam wajahnya. Selepas itu barulah kemesraan yang telah lama hilang
berputik kembali. Keramahan orang tua Haziq masih seperti dulu, cukup
menghiburkan hati Iman, sedikit pun dia tidak merasa janggal walaupun
telah lama tidak bersua muka. Intan Hazira, adik perempuan Haziq yang
seusianya juga sudah banyak berubah, gadis itu semakin manis dan sudah
pun bertunang dengan jejaka dari Kedah. Beberapa bulan lagi mereka akan
di ijab kabulkan dan Iman turut diundang untuk menghadiri majlis mereka
itu.
 
“Siapa yang called tadi? Buah hati?” Tanya Haziq. Iman menggeleng seraya
mengambil tempat duduk di sisi lelaki itu.
“Fatin?” Duga Haziq lagi.
“Bukanlah, kawan aku. Hazira dah nak kawin, kau bila lagi Ziq? Tak elok
melangkah bendul tau, nanti jadi bujang terlajak.” Gurau Iman sekalian
mengalih topik perbualan.
“Erm… tentu kawan lelaki istimewa, kan Iman?” Duga Haziq lagi, wajahnya
sedikit berubah, suram. Iman diam tidak menjawab. Kenapa dengan lelaki
ini? Apa maksudnya?
“Aku kahwin? Lambat lagi kot Iman… tengah mencari. Tanya aku, kau pulak
bila? Dah ada calon apa tunggu lagi.” Tiba-tiba Haziq bertukar ceria. Lenyap
wajahnya yang seketika tadi jelas terukir riak suram.
 
Calon? Pertanyaan Haziq membawa fikiran Iman melayang kepada Ismail
Syafiq. Apa perasaannya pada lelaki itu? Kenapa mesti seraut wajah itu yang
tergambar di fikirannya saat terlontarnya soalan dari bibir Haziq tadi? Adakah
hatinya sudah terpaut dengan seraut wajah milik lelaki itu? Sungguh! Dia
tidak dapat mentafsirkan perasaannya saat ini. Iman menghela nafas
perlahan, mencari jawapan yang sesuai namun hampa.
 
“Tak tahu lagilah Ziq, kalau sampai jodoh nanti aku jemputlah kau, ok. Buat
masa ni aku tak fikirkan itu semua. Banyak benda lain yang aku fikirkan
Ziq.” Terang Iman. Matanya merenung dalam ke tengah tasik.
 
Ya, perjalanan hidupnya masih jauh. Dia seorang anak yang mempunyai
tanggungjawab terhadap ibu, dia memikul amanah arwah abah. Namun,
Iman tidak pernah menganggap amanah itu sebagai sebuah beban, selagi
terdaya akan terus di pikul. Iman bertekad membahagiakan sekeping hati
milik ibunya. Tambahan pula, hubungan mereka berdua semakin membaik.
Dia juga memasang pelbagai impian, dia masih mempunyai cita-cita yang
masih belum lagi tercapai. Kalau di izinkan, dia ingin menyambung
pelajarannya sebelum mengakhiri zaman bujang. Namun, jika sudah tersurat
jodohnya sebelum itu, dia redha.
 
“So, aku masih ada peluanglah ni eh.” Haziq melemparkan jelingan sekilas.
Ada senyuman nakal di bibir lelaki itu. Iman terkesima, diam tidak menjawab
gurauan Haziq itu.
“Ziq, jom kita balik, dah lama sangat kat sini. Esok aku dah nak balik JB.”
Tutur Iman. Dia mula melangkah meninggalkan Haziq termagu di situ.
 
“Kau sudah banyak berubah Iman. Totally different dari Iman yang aku kenal
dulu.” Komen Haziq setelah beberapa minit Iman menunggunya di tepi
kereta milik lelaki itu.
“Setiap orang mengalami perubahan Ziq, begitu juga dengan aku. Dulu dan
sekarang banyak perbezaannya. Cakap aku, kau tu pun apa kurangnya.”
Haziq tergelak mendengar kenyataan Iman itu. Lelaki itu sekarang
merupakan seorang ketua jurutera di Petronas, punya segalanya, wajahnya
juga bertambah kacak.
“Dulu kau kasar, lasak, hitam, rambut pun pendek…”
“Oh, sedapnya kau kutuk aku ek, tak sayang mulut betul!” Pintas Iman.
Haziq tergelak besar.
“Tapi itu dulu Iman. Now, you look so beautiful Iman, cantik, manis, tergoda
aku tau. Kalaulah…” Kata-kata Haziq terhenti di situ. Iman tersenyum pahit,
semuanya itu tidak menjanjikan bahagia. Siapalah dirinya, dulu dan
sekarang keadaan dirinya tetap sama, tiada perbezaannya.
"Jomlah kita balik." Kata Iman memintas percakapan Haziq.
"Tapi, aku masih ada peluang kan?" Tutur Haziq selamba sekali. Iman hanya
mampu menjungkit bahunya seraya segera meloloskan diri ke dalam kereta.
 
‘Iman, someday u’ll 4get about me… my name… my voice… who I am… &

who I am 2 U… but knowing U in my lifetime is already a gift….;)’

Seriuskah Haziq? Atau lelaki itu sememangnya hanya bergurau dengan

dirinya. Tapi, Iman dapat merasakan ada makna yang tersirat di sebalik

setiap kata yang dituturkan lelaki itu. Renungan mata coklat lelaki itu

menjadikan Iman resah, serba salah, dia tidak mahu persahabatan mereka

berdua yang baru tersimpul kembali terlerai. Namun, dia sudah cukup

dewasa untuk mentafsirkan sebuah renungan milik lelaki itu. Haziq hanyalah

kawannya, dia tidak mahu perhubungan yang lebih daripada ikatan itu.

Hatinya sudah cukup gembira dapat bertemu kembali dengan rakan

sepermainannya itu

BPB_27 :: ANDAI KAU BUKAN MILIKKU ::


Sementara menantikan kepulangan Fatin, Iman merehatkan diri selepas di
hantar pulang oleh Haziq sebentar tadi. Agak lama dia ketiduran di atas sofa
ruang tamu kondominium mewah itu. Tentu Fatin sudah pulang kerana TV
yang di pasangnya sebentar tadi kembali tertutup. Dia bingkas bangun
sesaat ternampak kelibat Fatin yang berjalan menuju ke ruang tamu. Ada
sebekas ais krim coklat Walls di tangan gadis itu.
 
“Iman, tadi ada orang call handset kau, aku jawab. Nanti dia telefon balik.”
Beritahu Fatin seraya duduk di sofa.
“Siapa? Dia nak apa?” Iman bertanya walau hatinya bagaikan sudah tahu
siapa gerangan yang membuat panggilan itu.
“Entah… ‘kawan terpaksa’ kau kot! Dia tak cakap pulak nak apa. Dia nak kau
aje agaknya…” Jawab Fatin selamba. Iman membaling patung kepala Garfield
yang ada di tangannya. Balingan itu mengenai badan Fatin walaupun gadis
itu cuba mengelakkan diri.
“Ceh, tak guna punya kawan...” Jerit Fatin seraya membaling kembali bantal
tadi ke arah Iman. Seketika keadaan ruang tamu itu bergema dengan gelak
ketawa mereka berdua sebelum kedua-duanya duduk menikmati ais krim
coklat bersama-sama sambil menonton TV.
 
Sewaktu sedang menonton siaran berita Buletin Utama Iman menerima
panggilan daripada Ismail Syafiq. Lelaki itu sudah pun sedia menanti dirinya
di tingkat bawah. Pasti Fatin yang memberitahu lelaki itu alamat rumahnya
ini. Tidak mahu menghampakan, Iman bersiap ringkas, meninggalkan Fatin
bersama-sama adiknya yang baru pulang dari kuliah. Langkahnya terasa
berat lantaran sudah mengatur janji untuk keluar bersama-sama Fatin dan
adiknya malam ini. Rasa bersalah menguasai diri walaupun Fatin sendiri yang
beriya-iya menyuruhnya memenuhi permintaan Ismail itu. Iman keliru,
mengapa dia mesti memenuhi permintaan Ismail. Ini bukan sebuah
permintaan tapi lebih kepada sebuah paksaan. Ismail memaksa, mendesak
dirinya sebentar tadi!
 
“Sudah lama awak sampai?” Tanya Iman sekadar berbasa-basi. Ismail diam
tidak menjawab. Dia berpusing membukakan pintu kereta untuk Iman.
Wajah itu tegang, langsung tiada senyuman.
“Bila balik JB?” Agak lama baru lelaki itu bersuara.
“Esok petang. Ismail, kita nak ke mana ni?” Tanya Iman.
“Erm, dah berapa hari kat sini?” Tanya Ismail lagi. Iman menjeling, geram
kerana pertanyaannya tidak di jawab.
“Dari hari selasa, kenapa?” Acuh tak acuh saja Iman memberi jawapan.
“Oh, lama dah... Nasib baik saya telepon hari ini kan? Kalau tidak…” Lelaki
itu berkata perlahan.
“Kalau tidak apa?” Pintas Iman.
 
Ismail hanya senyum sinis. Jemarinya rancak mengetuk-ngetuk stereng
kereta, ekor mata hitamnya melirik ke arah Iman di sisi. Iman buat-buat
tidak tahu, wajah gadis itu di fokuskan ke arah depan. Kalau bukan kerana
desakannya sebentar tadi mana mungkin Iman mahu keluar dengannya.
Nasib baik dia berjaya mempengaruhi Fatin walaupun dia sendiri tidak
mengenali teman Iman itu. Semenjak tengah hari tadi hati Ismail tidak
tenang. Dia di landa rasa sakit hati yang amat. Entah mengapa dia jadi
cemburu tatkala mengetahui Iman keluar dengan lelaki lain. Dan, kerana
perasaan itu, dia memaksa Iman keluar dengannya malam ini.
 
Kereta yang di pandu Ismail meluncur laju membelah lebuhraya. Lampu
neon di kiri kanan jalan memercikkan cahaya jingga, menerangi kegelapan
malam yang suram. Iman membisu lantaran pemuda di sebelahnya yang
seakan tidak mahu berbicara dengan dirinya, masih tidak puas hati
barangkali. Mata bundarnya meneliti setiap inci sudut dalam kereta BMW
model lama yang di pandu Ismail. Kemas dan nampak begitu klasik sekali.
Mungkinkah mereka berdua mempunyai citarasa yang sama? Iman begitu
minat dengan model BMW yang lama ini. Dia memasang impian untuk
mendapatkan kereta ini suatu hari nanti. Tapi, milik lelaki itukah kereta ini?
Bukankah dulu dia selalu memandu kereta Honda CRV?
 
‘Alah…entah-entah Honda tu kereta pinjam, sajalah tu nak berlagak dengan
aku. Apa ingat aku ni mata duitan! Senang aje nak tergoda dengan lelaki
macam kau! Kutuk Iman dalam hati, bibirnya di cebik.
'Dasar lelaki...'

“Ismail!!!” Iman menjerit kuat. Kereta berhenti secara tiba-tiba di


persimpangan lampu isyarat. Tubuhnya terdorong ke depan. Potong stim
betul! Macam tahu-tahu aje aku tengah mengutuk dia, desis hati Iman.
“Hah! Padan muka. Tulah siapa suruh awak berangan?” Ujar Ismail. Dia
mengekek ketawa, gelihati melihat wajah pucat gadis di sebelahnya itu.
Sengaja dia menekan brek secara mengejut begitu.
“Ismail! awak ni memang tau!” Marah Iman, kembali membetulkan
kedudukannya.
“Mesti awak tengah sedap-sedap mengutuk saya tadi kan?” Duga Ismail
dengan tawa yang masih bersisa.
“Dah tu awak ingat saya nak puji awak? Buang masa saya saja tahu tak!”
Balas Iman selamba. Wajahnya yang masih kelihatan pucat di pandang ke
luar tingkap.
“Tak baik tau mengata orang, berdosa…” Usik Ismail lagi. Dia senang sekali
melihat wajah masam Iman saat itu.
 
Keadaan kembali sepi. Iman sedang berusaha untuk menenangkan hatinya
yang membara. Dia tidak mahu terus-terusan bertikam lidah dengan Ismail
Syafiq. Tiada gunanya, lalu biarlah dirinya yang mengalah. Dia tidak mahu
mengundang sebarang musibah kepada dirinya.
 
“Ismail, awak nak bawa saya ke mana ni?” Iman bertanya, agak lama baru
dia teringat kembali untuk bertanya. Hatinya gusar, sangsi dengan kejujuran
Ismail saat itu.
“Kenapa? Takut dengan saya?” Ismail bertanya sinis. Tiba-tiba Iman rasa
menyesal kerana menerima perlawaan lelaki itu.
“Ismail… saya tidak mengenali siapa awak yang sebenar-benarnya. Wajarkan
kalau saya curiga dengan diri awak. Mana tahu kalau-kalau awak ni bapak
ayam ke? Penculik ke?” Ismail tergelak besar, mematikan kata-kata Iman
yang seterusnya. Tapi, kenapa sebentar tadi dia langsung tidak terfikirkan
mengenai hal itu?
“Awak mengesyaki saya Iman? Saya kan kawan awak. Tapi tak apalah,
sekarang ni, saya nak culik awak bawa pergi jumpa mummy, boleh?” Kata-
kata Ismail menambah ketakutan di hati Iman.
 
Mummy? Ibu ayam ke? Seketika, bulu romanya meremang, badannya terasa
seram sejuk. Iman resah di tempat duduknya, dia terasa seperti ingin segera
melompat keluar dari kereta. Wajah Ismail yang tekun memandu di pandang
lama cuba mencari jawapan. Tapi, kenapa wajah itu nampak begitu indah di
matanya, mengapa tiada walau segaris riak kejahatan yang terukir di situ.
Malah, matanya sempat terpaku seketika pada lesung pipit yang lekuk di pipi
kiri lelaki itu, manis sekali! Atau, adakah semuanya tadi hanya sekadar
gurauan nakal oleh lelaki itu. Sungguh! Iman di landa ketakutan, berbagai-
bagai perkara buruk terlintas di fikirannya. Ya Allah, Iman hanya mampu
berdoa supaya dirinya di lindungi oleh ilahi.
 
“Ismail, siapa awak sebenarnya? Jangan buat saya takut begini.” Luah Iman,
resah sekali. Sungguh! Dia di hantui ketakutan saat ini. Dia tidak
sepenuhnya mengenali lelaki itu, wajah itu datang dan kemudian menghilang
begitu saja.
“Iman, awak takut dengan saya? Jangan bimbang, ok? So, apa yang awak
nak tahu tentang diri saya?” Soal Ismail dengan suara perlahan. Dia tidak
mahu terus-terusan menakutkan Iman, gadis kesayangannya. 
 
Ismail memandang riak bimbang di wajah Iman. Gadis itu kelihatan betul-
betul keresahan. Garang sangatkah raut wajahnya sehingga di takuti oleh
gadis di sisinya itu. Marahnya sudah reda, jiwanya sudah kembali tenang.
Wajahnya juga sudah kembali ceria malah ‘mood’ nya begitu baik sekali
sebaik berada dekat dengan gadis itu.
 
“Semuanya kalau boleh.” Jawab Iman yakin sekali. Dia mula mengumpulkan
kekuatan diri.
“Amboi… semuanya? Erm… ok, nak mula dari mana ek? Nama saya boleh?”
Tanya Ismail.
“Erm… mana-manalah.” Balas Iman tidak sabar.
“Ok, nama saya Ismail Syafiq bin Ibrahim, umur 29 tahun, anak bongsu 4
beradik, asal dari Kajang, lagi apa ek? Tinggi, berat semua awak nak tahu
ke?” Terang Ismail panjang.
“Itu saya sudah boleh agak. Your job?” Tekan Iman.
“Oh, yang awak katakan tadilah, bapak ayam merangkap penculik
terhormat…”
“Ismail!!!” Jerit Iman. Rona wajahnya semakin pekat. Dia geram terus di
permainkan begitu.
“Ok, ok, I’am a Project Manager, single and available, puas hati?” Jawab
Ismail dalam ketawa yang masih bersisa.
“Saya peduli apa kalau awak single ke, available ke, bukan ada kaitan
dengan saya pun!” Balas Iman selamba.
“Betul ni tak peduli, hmm? Awak tak takut ke keluar dengan saya ni? Entah-
entah saya ni sudah berpunya, tunangan orang ke, suami orang ke, bapak
budak ke, awak tak takut? Tak rasa bersalah?” Tanya Ismail dengan
senyuman nakal, sengaja dia ingin menduga riaksi gadis itu.
 
Iman memberikan jelingan tajam, malas melayan lelaki itu. Ismail bersiul-
siul kecil, mengikuti alunan muzik di corong radio. Lelaki itu kelihatan begitu
gembira sedangkan hati Iman bagaikan hendak pecah di serang rasa
bimbang. Dan kini, dia di landa pula satu persoalan. Benarkan Ismail Syafiq
sudah berpunya? Kalau benar, bagaimana dengan hatinya? Tiba-tiba Iman
jadi tidak keruan, jiwanya meruntun hiba, semangatnya hilang entah ke
mana.

BPB_28 :: INIKAH RASANYA ::


Iman semakin gelisah. Hampir satu jam namun dia masih tidak tahu arah
tujuan Ismail. Dan kini, mereka berada pula jauh di dalam hutan,
menyelusuri rimba yang gelap. Kepekatan malam menambah ketakutan
Iman. Kereta Ismail berhenti di depan sebuah rumah kayu yang di terangi
cahaya suram. Iman terasa seperti berada di sebuah desa yang permai,
sunyi, namun begitu indah di iringi bunyian cengkerik juga unggas-unggas
malam. Dekorasi rumah itu seperti rumah melayu lama, di jaga rapi dengan
dekorasi rimbanya, cantik dan tampak begitu unik sekali. Persekitarannya
juga begitu bersih, udara nyaman, nyamuk juga tidak kelihatan.
 
Sarang Murai. Restoran Masakan Kampung. Iman menghela nafas lega.
Setidak-tidaknya dia tahu yang Ismail tidak akan berbuat sesuatu yang tidak
elok kepada dirinya. Sebaik melangkah masuk, mereka di iringi ke satu sudut
yang agak privasi, hanya ada satu meja kecil yang memuatkan satu
pasangan di sudut itu. Ismail hanya diam memerhati ke arahnya setelah
membuat pesanan untuk mereka berdua. Iman merasa bagaikan ada
sesuatu yang tidak kena di wajahnya. Jelik sangatkah dia ketika ini? Dia
memang tidak bersolek, hanya secalit gincu yang di kenakan bersama rona
pemerah pipi yang agak lembut warnanya. Rambutnya pula di lepaskan
bebas, pakaiannya juga ringkas saja. Iman jadi gelabah tiba-tiba, malu di
renung Ismail begitu. Hati wanitanya terusik.
 
“Ismail, kita dekat area mana ni?” Tanya Iman gusar, cuba mengalih
tumpuan Ismail sebenarnya.
“Takkan tak tahu kot. Tak nampak signboard kat depan tadi tu? kenapa pula
nak tahu?” Ismail masih lagi merenung Iman. Terselit senyuman nakal di
bibirnya. Dia suka melihat Iman gelabah begitu, tampak lebih comel!
“Tak mengapalah kalau awak tak mahu bagi tahu. Saya tak kisah, itu hak
awak.” Balas Iman mendatar.
 
Lelaki itu sengaja membuat dia rasa seperti orang bodoh, tertanya-tanya
sendiri. Dia rasa jauh hati, sedar dirinya ketinggalan zaman, kuno
berbanding dengan Ismail Syafiq yang kelihatan ‘educated’ itu. Matanya kini
terarah ke kaca TV. Lebih baik menonton Norzie Pa’ Wan Chik daripada
mengadap wajah Ismail Syafiq yang masih lagi tidak lepas merenungnya itu.

“Iman, awak marah? Merajuk?” Tanya Ismail. Iman diam tidak menjawab,
seolah-olah sedang khusyuk menonton Majalah 3.
“Iman… sorry ok, saya bergurau aje tadi. Kita dekat Jalan Pangsun, area
Hulu Langat. Kalau awak nak tahu, inilah tempat favourite saya. Masakan
kampung kat sini sedap tau. Mesti awak pun suka nanti.” Terang Ismail.
“Awak bawa saya ke tempat jauh-jauh macam ni, tengah hutan rimba,
malam-malam pulak tu, awak ingat saya ada selera nak makan?” Tanya
Iman mendatar, dia masih tersinggung namun dia juga sukakan tempat ini.
Kedamaian di sini telah pun berjaya menambat hatinya.
“Iman please… Memanglah jauh tapi sedap tau. Awak cubalah dulu, ok?
Iman… sekarang makanlah.” Pujuk Ismail. Lelaki itu sudah mula menyuap
makanan.
 

Asam pedas ikan pari, kacang panjang masala, ayam goreng cili, ulam raja,
tempe dan ikan bilis. Nampaknya, hidangan kampung yang terhidang begitu
menarik selera lelaki itu. Laju saja tangan Ismail menyuap makanan tanpa
menyedari yang dirinya sedang di perhatikan oleh Iman, lama! Entah
mengapa Iman jadi ralit dengan perbuatannya itu. Setiap tingkah dan gaya
Ismail di perhatikan satu persatu. Telinga dan hidung lelaki itu mula merona
merah menahan pedas, terbit senyuman kecil di bibir Iman. Ismail nampak
kelakar di matanya.

“Iman… please… janganlah tengok saya macam tu, malulah…” Ismail seakan
merayu, sepontan Iman tergelak.
“Oh, tahu malu ya. Habis awak ingat saya tak malu kalau awak renung saya
macam tu, hmm? Dia tenung orang boleh, orang tenung dia tak boleh…”
Komen Iman, tangannya menghulurkan segelas jus limau kepada lelaki itu.
“Bila masa saya tenung awak ni? Hmm? So, apa yang awak rasa?” Tutur
Ismail romantis. Jus limau di teguk habis untuk menghilangkan rasa pedas di
mulutnya.
“Tak ada apa pun, biasa saja.” Iman mengelak. Wajahnya mula merona
merah.
“Iya ke ni? Bukan ke… awak rasa apa yang saya rasa? Kita merasa rasa yang
sama. So, bagaimana rasanya?” Tanya Ismail. Iman tersenyum gelihati
mendengar sebaris pertanyaan lelaki itu.
“Ermm… sekejap ya, bagi saya rasa dulu kuah asam pedas ni. Sedap ke tak
ek? Agak-agak awaklah, saya akan rasa sedap ke tidak?” balas Iman
selamba.
“Imannnnnn… nakal ya!” Jeritan Ismail tidak di hiraukan. Iman selamba
menikmati hidangan di depannya. Ismail juga turut meneruskan suapannya
yang tergendala tadi.

Selera Iman yang hampir hilang sebentar tadi kembali terbuka di saat aroma
asam pedas melintasi deria baunya apatah lagi mengenangkan
keenakan pucuk ulam raja yang sememangnya menjadi kegemarannya
itu. Benar seperti apa yang di katakan oleh Ismail, Iman tidak dapat
menafikan keenakan hidangan yang di nikmatinya kini. Namun dia hanya
mampu memakan satu pinggan nasi sahaja berbanding Ismail yang sudah
beberapakali menambah nasi. Lelaki itu sememangnya menggemari
masakan kampung yang di katakan mempunyai keunikan rasa yang
tersendiri. Hidangan pencuci mulut yang enak mengakhiri juadah hidangan
mereka berdua malam itu.

 
“Hei… apa ni ambil orang punya puding!” Sepontan Iman menjerit bila tiba-
tiba Ismail mengambil piring puding roti yang sedang di makannya.
“Saya pun nak rasa jugak apa yang awak rasa.” Jawab Ismail. Selamba dia
menyuap puding roti milik Iman itu. Terukir beberapa reaksi di wajahnya
setiap kali potongan puding di kunyah. Iman tersenyum gelihati melihat
wajah milik lelaki itu.
“So?” Tanya Iman, menjungkitkan kedua-dua keningnya.
“Ermm… betullah Iman, confirmed kita berkongsi rasa yang sama.” Jawab
Ismail setelah merasa beberapa sudu potongan puding itu.
“Rasa apa? Manis? Lemak berkrim? Yang mana satu ek?” Iman bertanya
pelik.
“Alah rasa yang tu lah… rasa yang awak rasa tu. Rasa…”
“Rasa apa?” Iman bertanya lagi.
“Rasa… rasa… rasa cin… ta!” Balas Ismail teragak-agak.
“What??? rasa cinta? Merepeklah awak ni. Kalau rasa manis ke, lemak ke
saya tahulah.” Balas Iman pantas. Dia masih tidak dapat menangkap apa
yang di maksudkan oleh Ismail.
“Apa pulak merepeknya. Betullah apa yang saya rasa. Iman… saya rasa saya
cintakan awak, saya sayangkan awak Iman Nuraina. Iman, tolong jangan
nafikan yang awak pun mempunyai perasaan yang sama dengan saya.” Luah
Ismail.
 
Fuhhh… lega. Akhirnya terluah juga apa yang terbuku di hatinya. Ismail
merenung mata bundar Iman, cuba mendapatkan jawapan dari sebalik sinar
itu. Iman terpana, dia mula mengerti. Tidak di sangka Ismail seberani itu
mencurahkan perasaannya. Seminit dua, mereka hanya berbalas pandangan.
 
“Tapi, kitakan hanya kawan. Awak tak sepatutnya menyimpan perasaan itu
pada saya Ismail…” Tutur Iman gusar. Tiba-tiba dia jadi tidak sedap hati.
Tapi, mengapa jauh di lubuk hatinya dia merasa sedikit lega?
“Siapa cakap kita kawan? Saya tak rasa awak sesuai jadi kawan saya! Siapa
yang nak jadi kawan awak. Saya tak mahu! Awak tahu tak?” Balas Ismail
angkuh, wajah Iman di tenung tajam sekali. Sebenarnya, Ismail geram 
dengan persepsi Iman dalam hubungan mereka selama ini. Apakah seorang
kawan tidak boleh bertukar menjadi seorang kekasih?
 
Iman pantas mendongak menentang tajam anak mata Ismail. Dia benar-
benar tersinggung. Dadanya tiba-tiba berombak kencang, dia perlu
melakukan sesuatu untuk mempertahankan harga dirinya. Dia tidak rela di
persenda dengan sesuka hati oleh lelaki di depannya itu. Nampaknya Ismail
masih belum mengenali dirinya yang sebenar. Renungan tajamnya di balas
selamba oleh lelaki itu, langsung tiada riak orang yang tersalah kata.
 
“Hei Ismail… awak dah lupa ya? Awak yang cakap, awak sendiri yang nak
saya jadi kawan awak. Awak paksa saya! Awak desak saya! Awak ingat saya
nak sangat ke jadi kawan awak, saya pun tak ingin, awak tahu tak!!!”
Tingkah Iman agak kuat. Mujur juga meja tempat mereka duduk agak
tersorok dan jauh dari pelanggan-pelanggan lain.
 
Lega sedikit hatinya yang hangat membara. Dia geram Ismail
memperlakukan dirinya begitu, bagaikan dirinya pula yang terhegeh-hegeh
hendak berkawan dengan lelaki itu. Iman bungkam, sakit hatinya di
perlakukan begitu. Ismail di depannya agak terperanjat, tidak menduga
Iman akan seberang itu barangkali.
 
“Hantarkan saya balik sekarang juga!” Ujar Iman seraya bingkas bangun.
 
Iman melangkah pantas menghampiri kereta Ismail di tempat parkir.
Panggilan Ismail langsung tidak di pedulikan. Kalau pun lelaki itu tidak mahu
menghantarnya balik, dia rela mendapatkan bantuan Fatin atau sesiapa saja
yang sudi membantunya.

BPB_29 :: TAUTAN KASIH ::


Iman segera menghempaskan diri di atas katil sebaik sampai di rumah. Dia
perlu menenangkan dirinya. Hati dan perasaannya tidak menentu. Fikirannya
keliru tapi, dalam masa yang sama dia seakan pasti dengan naluri hatinya.
Mindanya melayang mengingati pertemuan yang baru berlalu. Mengapa
semenjak akhir-akhir ini dia mudah saja melenting, emosinya tidak dapat di
kawal sedangkan dia bukan seorang pemarah. Selama ini Iman lebih tega
berdiam diri, amarahnya di pendam, sakit hatinya di abaikan. Telinganya
terngiang-ngiang memainkan kembali bicara akhir di antara dia dan lelaki
itu. Dia jadi malu mengingatkan keadaan dirinya yang terburu-buru
memarahi Ismail sebentar tadi.

“Hei, jangan emosi, marah saja kerjanya.” Tegur Ismail. Pergelangan tangan
Iman di cengkam lembut, segera mematikan langkah Iman.
“Awak yang buat saya rasa marah begini. Awak mempermainkan saya. Dah
tu, awak ingat saya nak bertepuk tangan, bersorak gembira, begitu? Saya
geram awak tahu tak!” Gumam Iman geram. Wajah lembut Ismail di
pandang tajam.
“Mari ikut saya.” Ajak Ismail, memimpin tangan Iman menuju ke kolam Ikan
Koi.
 
Seketika mereka hanya duduk menyepi di situ. Masing-masing bagaikan
cuba menenangkan perasaan sendiri. Ismail mundar-mandir manakala Iman
duduk bungkam di kerusi. Sesekali mata Iman mengikuti pergerakkan Ismail
yang kelihatan gelisah sekali. Ismail di lihat menarik nafas beberapa kali,
cuba mencari kekuatan untuk berbicara barangkali.
 
“Iman… ok listen here, dengar apa yang saya nak cakapkan ni. Lepas tu
kalau awak rasa nak marah saya, marahlah, saya terima, nak pukul pun tak
apa, saya rela kalau itu yang dapat memuaskan hati awak.” Ujar Ismail
memulakan bicara.
“Begini, memang saya tak mahu jadi kawan awak, ok? Tapi, sebenarnya
maksud saya… saya mahukan awak lebih daripada seorang kawan Iman.
Saya mahu menjadi sebahagian daripada hidup awak. Saya mahukan tempat
di hati awak, berkongsi suka dan duka. I want to be with you, Iman.
Selamanya kalau di izinkan Allah.” Luah Ismail penuh perasaan. Iman
kehilangan kata, terpaku dengan luahan romantis lelaki yang kini berdiri
tegak di depannya itu.
“Iman… Saya tak tahu nak bermadah-madah, berpuisi romantis atau
memujuk rayu awak… tapi, itulah yang ada di hati saya selama ini, pada saat
pertama kali kita bertemu sehinggalah saat ini. Perasaan itu semakin hari
semakin berkembang mekar. Iman, saya sayangkan awak, saya cintakan
awak. Dada saya sesak, hati memberontak, sungguh, saya sudah tidak
mampu untuk memendamkannya lagi…” Sambung Ismail dalam keluhan
yang berat.
 
Lega! Lapang dada Ismail tatkala segala yang terpendam di dalam hatinya
terluah. Sememangnya dia sudah tidak mampu lagi untuk bertahan, dia
takut kehilangan gadis itu lalu, malam itu dia bertekad untuk membuat
perhitungan. Sekarang, semuanya terserah kepada Iman samada mahu
menerima atau menolak cintanya. Kalau kecundang sekalipun Ismail tidak
akan menyesal kerana setidak-tidaknya dia telah mencuba. Tapi, dia
perlukan jawapan yang jujur, yang ikhlas lahir dari hati kecil Iman Nuraina
sendiri.
 
“Iman?” Tekan Ismail setelah mendapati Iman masih membisu, langsung
tidak memberi sebarang respon semenjak tadi.
“Sa… saya… saya tak pasti Ismail. Saya tak tahu. Kita baru beberapa kali
bertemu, mengenali awak sepenuhnya jauh sekali, masakan secepat ini!
Saya tak tahu, saya tak tahu Ismail...” Jawab Iman teragak-agak, wajah
mulusnya di sembunyikan dari pandangan Ismail.
“Iman, please… say something, give me your answer, jangan buat saya
terseksa begini. Iman… ” Ismail seakan merayu, dia jadi tidak sabar menanti
bibir mungil itu mengeluarkan bicara.
 
Seketika kemudian Iman memberanikan diri, dia mendongak mencari
sebentuk wajah milik Ismail di dalam kelam malam. Raut itu di belek, di
perhati lama. Riak itu terukir ikhlas, jujur seiring luahannya sebentar tadi.
Sinar mata memancar indah, membiaskan tulus rasa hati lelaki itu
kepadanya. Iman mengerdip mata beberapa kali. Ah! Dia kalah dengan
renungan penuh mengharap dari lelaki itu. Kawan atau kekasih? Tiba-tiba
fikirannya bercelaru.
 
“Ismail…!” Jerit Iman perlahan, geram melihat Ismail di depan yang masih
terusan merenungnya. Rona wajahnya bertambah pekat.
“Blushing… malu ya, hmm? Iman… bagaimana kalau kita cuba dulu? Kalau
serasi kita teruskan, jika tidak, saya rela mengundurkan diri. Mahu?” Dagu
Iman di tolak supaya memandang dirinya. Gadis itu masih membisu. Ismail
pasti kini apa yang ada di lubuk hati gadis itu. Sinar mata Iman meluahkan
segalanya. Ismail yakin sekali!
“Iman… pandang saya, look at me sayang. Will you be my sweetheart,
hmm?” Tanya Ismail romantis. Dia kini duduk bersebelahan Iman. Ismail
tersenyum manis, mendapatkan jemari Iman dan di ramas perlahan.
“Erm… kita cuba.” Ungkap Iman malu-malu, kembali menundukkan
wajahnya.
“Hei… mana boleh cuba-cuba. Saya tak mahu. Kita serius lah, ok?” Tegur
Ismail.
“La... tadikan awak yang nak kita cuba dulu. Oh, awak perangkap saya ya?”
Iman menarik jemarinya dari genggaman Ismail.
“Alah… tadi tu taktik jer. Kalau tidak mesti tahun depan awak bagi saya
jawapan. Betul tak?” Balas Ismail seraya mencuit hidung Iman.
 
Iman mengukir sebuah senyuman manis buat Ismail Syafiq, ikhlas dari
hatinya yang tulus. Tidak salah untuknya mencuba sekalian memberi
peluang kepada Ismail mendiami hatinya. Jika benar hakikat jodohnya
sememangnya dengan lelaki itu, dia redha. Dan, jika sekalipun kasih mereka
terputus di tengah jalan, dia pasrah. Iman hanya mampu berdoa supaya
ianya berkekalan, selebihnya adalah kehendak ilahi. Setiap kejadian di muka
bumi ini pasti akan ada hikmahnya yang tersendiri. Iman percaya akan
hakikat hidup yang satu itu.
 
Mata hitam Ismail di pandang asyik sekali. Sinar saling memancar, hati
saling berdetik. Benarlah kata pujangga, dari mata turun ke hati. Ingin di
selami sekeping hati milik Ismail Syafiq itu sehingga ke dasarnya. Benarkah
mereka berkongsi rasa yang sama? Iman terkesima. Ya, ada suatu keanehan
di penjuru itu, sama seperti yang ada di hatinya. Kini, perasaan aneh itu
bersatu indah, meresap jauh ke sanubari, menjalari urat saraf hingga ke
setiap punca nadinya. Seketika, Iman merasa teruja, asyik menikmati rasa
indah yang kini memenuhi segenap inci tubuhnya.
 
“Iman, tak sudah lagi ke?” Tanya Ismail. Iman tersentak.
“Tak sudah apanya?” Tanya Iman kembali. Dahinya berkerut memandang
Ismail.
“Hati saya dah tak tahan ni, jauh sangat awak menyelam. Apa lagi yang
awak cari tak jumpa ni? Syok sangat ke, hmm?” Usik Ismail dengan riak
nakal. Iman tersenyum malu, wajahnya kembali merona.
“Tulah, dulu saya mengurat, tenung-tenung awak, kenyit-kenyit mata,
semua tak jalan. Awak buat tak tahu aje, jual mahal konon. Tengok,
sekarang terus tak nak lepas tengok muka saya, nak jugak tenung lama-
lama. Tahulah saya ni handsome, kacak, menawan, kan?” Ujar Ismail sedikit
riak.
“Eleh! Perasanlah pulak, menyampah!” Iman mencebik-cebikkan bibirnya.
“Bukan perasan tapi kenyataan Cik Iman sayang…” Balas Ismail di iringi
ketawa yang agak kuat. Iman menyiku perut lelaki itu lantaran ada beberapa
pasang mata yang sesekali memerhatikan ke arah mereka berdua sedari
tadi.
 
“Ismail, kenapa awak proposed saya kat tengah hutan rimba begini? Tak
romantis langsung! Lagipun, tak pernah di buat orang, awak menakutkan
saya, awak tahu tak?” Soal Iman bersahaja setelah keadaan kembali reda.
“Hei, siapa kata tak romantis? Kalau awak nak tahu, inilah saat paling
romantis bagi saya. Di tengah hutan rimba, di temani unggas malam,
bersama gadis idaman pulak tu, romantis apa? Lagi satu, yang tak pernah di
buat orang tulah yang saya nak buat, awak tahu tak? Jom.” Ujar Ismail,
tangan Iman di pimpin.
“Nak ke mana?” Tanya Iman, lengan Ismail di paut manja.
“Baliklah, tadi bentak-bentak, nak sangat balik! Atau, awak nak tidur dalam
hutan rimba ni dengan saya? Kalau yang itu memang saya nak buat sangat,
lebih romantis dari tadi pun boleh.” Jawab Ismail selamba sekali, dia melirik
nakal ke wajah Iman di sisi. Spontan Iman mencubit lengan Ismail. Lelaki itu
mengaduh kecil sebelum tertawa gembira.

BPB_30 :: DI HAMBAT RINDU ::


Betulkah apa yang dia lakukan sebentar tadi? Wajarkah dia menyimpul kasih
dengan jejaka tampan itu? Bagaimana dia dengan mudah mempercayai
ketulusan sekeping hati milik lelaki itu? Apakah perasaannya yang sebenar
terhadap lelaki itu? Cintakah dia kepada kaum adam itu? Jatuh kasihkah dia
pada seraut wajah tenang itu? Mereka baru beberapa kali bertemu empat
mata lalu, bilakah kasih mereka mula bertaut? Iman mengimbau setiap detik
yang berlalu, setiap kali mata bertemu, setiap irama hati yang berlagu.
 
Sayang? Entahlah. Ismail merupakan lelaki pertama yang hadir di dalam
hidupnya selepas abah. Kasih dan sayangnya pada abah amat pasti, tulus
dan suci tapi, bagaimana pula sayangnya pada lelaki itu? Wujudkah perasaan
sayang seorang Iman Nuraina terhadap Ismail Syafiq? Iman tidak pasti, dia
masih tercari-cari di mana letaknya rasa itu di dalam dirinya. Di sini? Di
sana? Iman buntu, rasa itu ada tapi, Iman tidak tahu di mana?
 
Rindu? Hati Iman detik. Ya, dia sudah mula merindui lelaki itu padahal baru
sebentar tadi Ismail Syafiq menghantarnya pulang. Adakah rasa yang
terdetik ini bermakna dia cintakan lelaki itu? Sungguh! Amat sukar untuk
Iman mengungkapkan perasaannya saat ini. Apa yang penting, dia senang
sekali dengan kehadiran lelaki itu di dalam hidupnya saat ini. Ah! Rindunya
dia pada Ismail…
 
Bunyian nyaring telepon tangan miliknya menyedarkan Iman dari terusan
melayan perasaan. Hatinya berkocak hebat, gentar. Iman menjauhkan
sedikit tubuhnya dari Fatin di sebelah yang sudah pun terlena. Comforter di
tarik menutupi mukanya. Nafas di tarik panjang lalu di lepaskan perlahan-
lahan.
 
“Hello sayang…” Terdengar suara Ismail di hujung talian.
“Erm… Ismail, ada hal apa awak telefon saya ni?” Perlahan sekali suara
Iman.
“Iman, saya rindu… awak rindukan saya tak?” Ismail berbisik perlahan. Iman
kehilangan kata.
“Rindu? Kan kita baru je jumpa tadi, takkan dah rindu kot. Ismail, awak di
mana ni?” Balas Iman walaupun dia turut mengalami rasa yang sama dengan
lelaki itu.
“Yup, rindu sesangat. Saya kat rumah, baru aje sampai. Iman, esok saya
hantar awak balik ya.” Pinta Ismail.
“Balik mana? JB? Tak mengapalah.” Awal-awal Iman menolak.
“Bukan, lusa saya kerja sayang. Bas awak pukul 2.30pm kan? So, I’ll fetch
you around 10am, kita breakfast and after lunch saya hantar awak kat Pudu,
boleh?” Terang Ismail. Dia ingin bertemu lagi. Pertemuan semalam masih
tidak berjaya meleraikan rindu di hatinya terhadap gadis itu.
“Erm, tapi tak bolehlah Ismail, saya dah janji dengan Fatin. Sepatutnya,
malam ni saya spend masa dengan dia tapi, awak paksa saya keluar tadi,
kan? Kita jumpa bila awak turun JB ajelah nanti. Bagaimana, boleh?” Ismail
di hujung talian mengeluh perlahan.
“Iman, please… please sayang… saya mesti jumpa awak… Iman… please…”
 
Seketika, Iman mendiamkan diri, memikirkan kewajarannya untuk menerima
cadangan Ismail itu. Mendengarkan suara Ismail yang merayu, penuh
berharap begitu dia jadi tidak sampai hati untuk menolak. Dia tidak mahu
menghampakan namun, dia juga mengutamakan perasaan sahabatnya Fatin.
Dia akan mengajak Fatin, mungkin juga ini kesempatan untuk dia
memperkenalkan Ismail Syafiq kepada gadis itu.
 
“Ok-oklah, kita jumpa. Awak ni memang tau, suka sangat memaksa orang.
Tak ada kerja lain eh? Lagi satu, next time tolong jangan merayu-rayu
macam gitu lagi, buruk sangat… macam budak kecik aje, awak tahu tak!”
bebel Iman geram, Ismail menghamburkan gelakan yang kuat di hujung
talian.
“Alah… dah tu awak tu yang susah sangat nak ikut cakap saya, siapa suruh?”
Selamba Ismail menjawab.
“Ewah… sedapnya nak suruh orang ikut cakap dia eh! Banyak handsome!
Oklah Ismail, dah lewat, saya nak tidur ni. Kita jumpa esok, ok?” Ujar Iman.
Jam sudah menunjukkan angka 12.30am.
“Iman sekejaplah… Iman, awak sayang saya?” Pertanyaan Ismail membuat
lidah Iman kelu. Terlalu awal untuk dia mengatakannya kepada lelaki itu.
“Erm…”
“Erm… tu tanda apa? Iman… sayang saya tak? Iman…” Ismail mengulang
pertanyaan itu sekali lagi. Dia tetap tidak mahu mematikan talian, masih
juga merayu-rayu seperti tadi menunggu jawapan Iman.
“Hah, tengok merayu lagi! Kan saya sudah pesan tadi, awak tak ingat ya,
hmm?” Tegur Iman.
“Ismaillll…” Jerit Iman agak kuat tatkala mendengar rayuan Ismail yang lebih
hebat dari tadi. Ya Allah, lelaki ini memang tidak makan saman!
“Sayang…” Hendak tak nak Iman terpaksa juga menjawab. Talian terus di
matikan.
 
Iman segan menantikan reaksi Ismail di hujung talian. Kalaulah lelaki itu
melihat wajahnya saat ini, merah bagaikan udang yang terbakar. Malunya!
Iman menutup wajahnya yang hangat dengan bantal kecil. Belum seminit,
teleponnya berbunyi menandakan ada mesej di terima.
 
‘Iman, sayang sikit ke sayang banyak?’
 
Iman tersenyum membaca mesej nakal dari Ismail itu. Sayang? Ya, dia
sayangkan Ismail. Sikit ke banyak? Iman melekapkan telapak tangannya di
dada, cuba mencari rasa itu? Oh, baru secebis cuma. Jarinya pantas
membalas. 

‘Kalau sikit ajer boleh tak?’


 
‘Erm… love me?’

Sekali lagi SMS di terima dari Ismail. Iman terkedu, apa yang perlu di
balasnya? Sudah adakah perasaan suci itu di hatinya terhadap Ismail? Iman
pantas mengira sepuluh jemarinya, berselang-seli mencari jawapan, positif
atau negatif? Cinta? Tidak? … Tidak? Cinta? Tidak? … Tidak? … Tidak???
Argh… hati Iman tidak boleh mempercayai jawapan itu, karut!

‘Tak tahu…’

‘kenapa tak tahu pulak? Iman… love me?’

Oh, My God! Ismail suka sangat mendesak dirinya. Tidak bolehkah lelaki itu
bersabar? Iman memikir-mikirkan alasan untuk mengelak. Dia menguap
beberapa kali.

‘Ismail… saya ngantuk sangat ni… esok kita sambung boleh?’

Iman berdalih. Sebenarnya dia tidak tahu apa yang perlu di jawab. Dia tidak
mampu untuk mengungkapkan perkataan keramat itu buat masa ini. Hatinya
tidak pasti, dia benar-benar keliru!
 
‘Ok, I’ll wait 4 ur answer! Jgn cuba2 nak lari eh! gud nite.’

Iman terkedu. Nampaknya Ismail tidak main-main, pasti lelaki itu akan terus
menagih jawapan darinya. Dan, Iman akan terus berlari selagi terdaya, dia
hanya akan menamatkan larian setelah pasti dengan hati dan perasaannya
kepada lelaki itu.
 
‘:P gud nite…’
 
‘Sweet dream, mimpikan saya ya, muahsss kat pp kiri awak, muahsss kat pp
kanan awak. ;)’
 
Iman megusap pipi kirinya, kemudian beralih ke pipi kanannya pula.
Bagaikan terasa ciuman hangat dari Ismail Syafiq untuk dirinya. Mata di
pejam rapat, dia tersenyum bahagia. Ah! Lelaki itu memang nakal, sering
saja membuai perasaan wanitanya. Kini, Iman mula mengumpulkan rasa-
rasa yang saat ini memenuhi segenap ruang hatinya, bertaburan dan
berterbangan bebas. Di kutip, di pungut, di sambar lalu di satukan menjadi
segumpal rasa yang sangat jitu. Buat sekian kali, bibirnya mengukir
senyuman indah.

BPB_31 :: KELIRU ::
Iman berbaring mengiring di atas katil. Matanya memerhatikan ke arah Fatin
di sebelahnya, enak melayan mimpi. Tapi, benarkah gadis itu sudah
ketiduran, ataupun sekadar berpura-pura. Baru sebentar tadi mereka
berborak, rancak bercerita itu dan ini sekembalinya Iman dari berjumpa
Ismail Syafiq. Mungkinkah gadis itu memasang telinga mendengari
perbualannya dengan Ismail? Sekali lagi wajah Fatin di belek, ada mimik
nakal yang terukir, bibir itu seakan menahan senyuman. Benar telahannya,
serentak kemudian ketawa Fatin meledak memecah keheningan malam.
 
“Fatinnnn……” Sebuah cubitan hinggap di lengan gadis yang masih lagi
terkekeh-kekeh ketawa.
“Rindu… Sayang…” Fatin mengajuk cakap Iman sebentar tadi.
"Fatinnn.... kau ni memang tau!" Marah Iman bila Fatin terusan mengusik
dirinya. Fatin ketawa kuat kerana tidak dapat menahan rasa gelihati melihat
rona di wajah Iman.
 
Malu. Iman menekup mukanya dengan bantal, cuba menyembunyikan rona
dan riak yang terukir di wajahnya saat itu. Fatin di sebelah terusan
mengusiknya membuatkan Iman tidak keruan. Seketika, apabila keadaan
kembali reda Iman bingkas bangun, memetik suis lampu lalu duduk bersila di
atas katil. Ada sesuatu yang ingin di bicarakan dengan sahabatnya itu.
 
“Fatin, menurut kau betul ke apa yang aku buat ni ek? Err… maksud aku
hubungan aku dengan Ismail, salah tak kalau aku jadi teman istimewa dia?”
Tanya Iman meminta pendapat gadis itu mengenai hubungannya dengan
Ismail.
“Eh betullah, apa pulak salahnya? Perasaan kau pada dia macam mana? Kau
sayangkan dia? Cinta?” Balas Fatin pantas.
“Erm… sayang tu mungkin, tapi cinta tu… aku sendiri tak pasti. Kami baru
saja berkenalan, bertemu pun baru beberapa kali so, tak banyak yang aku
tahu mengenai dirinya. Aku kelirulah Fatin. Tapikan… aku senang sekali
dengan dirinya. Serasi barangkali.” Luah Iman.
“Erm, macam tu ke? Dia handsome tak? Baik tak? Penyayang tak?” Tanya
Fatin penuh minat.
“Entah, nak kata handsome, biasa saja, nak kata tak, boleh tahanlah jugak.
Tapi, aku tak kisah, bukan itu ukurannya. Baik? Kalau yang itu aku tak pasti
lagi tapi… di mata aku dia kelihatan ikhlas, jujur melahirkan perasaannya
terhadap aku. Sayang? Erm… yang itu aku tak tahu, masih terlalu awal untuk
aku menilainya.”
“Oh… like that ke? Erm, kau suka dia tak?” Ujar Fatin dengan riak nakal.
“Entah, suka jugaklah kot. Mulanya aku curiga dengan kelakuannya tapi,
entahlah… tiba-tiba aku rasa macam menyesal pulak, memberi harapan pada
dia sedangkan hati sendiri tidak pasti dengan perasaan aku padanya.”
Terang Iman panjang, dia mengeluh perlahan. 
"Tapi, kau sudah mula merindui dia kan?" Tanya Fatin lagi. Iman tidak
menjawab, wajah Ismail yang terlayar di pandang penuh asyik. Ya, dia sudah
berubah, berubah menjadi seekor burung pungguk, pungguk yang merindui
kemunculan sang bulan.
 
Iman duduk memeluk lutut. Fatin di depannya terkebil-kebil memandang
wajah muram Iman. Seketika, keadaan kembali senyap, seorang sedang
melayan perasaan manakala seorang lagi sedang mundar-mandir, berfikir-
fikir mencari ilham. Fatin menggaru-garu dagunya dengan senyuman nakal
lalu duduk bersimpuh rapat di depan Iman.
 
“Iman, aku yakin Ismail seorang lelaki yang baik, sesuai untuk kau. Lagipun,
aku rasa memang dia ikhlas menyayangi diri kau. Kalau tidak takkanlah dia
beriya-iya mengekori kau sejak dulu, kan? Kau pergi tengok wayang dia jaga
kaunter masuk, kau beli baju dia jadi salesman. Kau duduk kat Stulang dia
jadi pemerhati. Hah, takkanlah kau masih tak percaya kat dia lagi? Atau, kau
saja yang buat-buat tak faham!” Iman tersenyum kecil mendengar kata-kata
Fatin yang berbaur gurauan itu.
“Lagipun pada akulah kan, biarlah kita menerima orang yang betul-betul
menyintai diri kita, tak ada ruginyalah! Hati orang perempuan ni lembut
Iman... senang aje nak tangkap cintan kat laki dia…”
“Erm… iyerlah, mana kau tahu senang? Kau bukan tahu perasaan aku.
Lagipun, Ismail tu bukan laki aku, ada faham?” Potong Iman. Fatin tersengih
manja.
“Alah… tentang perasaan kau pada dia tu, aku rasa mudah saja. Perasaan
sayang itu sudah ada dalam hati kau cuma kau keliru, itu saja. Cinta boleh di
pupuk Iman. Lagipun dia lelaki pertama yang hadir dalam hidup kau, kan?
So, apa masalahnya?” Iman mengangguk, menerima apa yang di katakan
oleh sahabatnya itu.
“Betul apa yang kau katakan Fatin, mungkin aku perlu memberikan dia
peluang, memberi ruang untuk kami saling mengenali. Dan, aku sendiri akan
cuba belajar untuk menerima Ismail dalam hidup aku. Tentang hubungan
yang seterusnya aku serahkan kepada takdir. Aku redha jika memang jodoh
aku dengan dia. Kalau tak pun, aku terima segala ketentuanNya.” Ungkap
Iman penuh yakin.
“Hah, macam tulah baru Iman Nuraina, sahabat yang aku kenali. Hidup
manusia ni perlu bertolak ansur, saling memberi dan menerima, barulah
jodoh berkekalan. Betul tak?” Iman tersenyum mengiyakan kata-kata Fatin
itu.
“Terima kasih Fatin, kaulah sahabat aku dunia akhirat.” Lirih saja bicara
Iman.
 
Mereka berdua berpelukan erat. Buat pertama kalinya Iman menangis di
bahu Fatin. Hatinya tersentuh dengan kebaikan gadis itu kepadanya
semenjak sekian lama. Susah senang hidupnya sering di kongsi bersama
Fatin. Suka duka dirinya juga di rasakan bersama-sama sahabatnya yang
satu itu. Alangkah bertuah dirinya kerana mempunyai sahabat yang sebaik
gadis itu.  Dia amat menghargai setiap kasih sayang yang tercurah di dalam
hidupnya. Sungguh! Iman bersyukur dengan anugerah yang satu ini.
 
“Err... emosinya aku.” Bisik Iman tiba-tiba, dia tersenyum malu.
“Tak apa, bukan senang aku nak tengok kau menangis begini. Sekurang-
kurangnya aku terasa berguna sikit jadi kawan kau, Iman. Lagi satu, tolong
jangan pendamkan apa jua masalah yang kau hadapi. Aku sedia menjadi
pendengar setia kau. Aku tak nak kau sakit lagi macam hari tu. Aku takut
kau tahu tak?” Pesan Fatin.
“Erm, insyaallah. Fatin, esok aku kenalkan kau dengan Ismail ya. Aku nak
kau jadi orang pertama yang mengenali dirinya.” Balas Iman sedikit ceria.
“Ok, aku pun tak sabar nak berjumpa dengan lelaki yang bertuah tu. Mesti
korang berdua ni secocok kan? Eee... tak sabarnya aku...” Sambut Fatin
ceria.
“Entahkan bertuah, entahkan malang Fatin…” Balas Iman perlahan.
“Eh bertuahlah, apa pulak malangnya. Kau kan cantik, baik hati lagi. Dan
yang paling bertuah sebab kau tu kawan aku. Sungguh, aku tumpang
gembira Iman.” Fatin mencapai tangan Iman dan di genggam erat.
“Fatin, hubungan kau dengan Fikri macam mana? Semuanya baik-baik saja
kan?” Tiba-tiba saja Iman teringat untuk bertanya mengenai hal itu.
“Erm, semuanya ok. Kami rancang nak bertunang dalam masa terdekat ni.
Nanti aku beritahu kau ya. Kau orang yang pertama yang akan aku jemput
nanti.” Iman mengangguk, sekali lagi mereka berpelukan mesra.

Sungguh! Iman turut tumpang gembira dengan kebahagiaan hidup


sahabatnya itu. Dia sayangkan Fatin sebagaimana dia menyayangi ibu dan
keluarganya. Kebahagian Fatin adalah kebahagian hidupnya, keceriaan Fatin
adalah kegembiraan hatinya, kasih sayang Fatin memancar sinar
kehidupannya. Antara mereka berdua tersimpul silaturrahim yang erat. Iman
sentiasa berdoa semoga ikatan suci ini tersimpul selamanya.
BPB_32 :: DUA DUNIA BERBEZA ::
Hiruk-pikuk manusia yang ramai memenuhi Hentian Puduraya. Iman dan
Fatin saling berpimpinan tangan menuju ke ruang platform. Ismail pula
mengekori mereka berdua dari arah belakang sambil menjinjing bagasi kecil
milik Iman. Sesekali lelaki itu cuba untuk memimpin tangan Iman tetapi
Iman lebih pantas menepis, dia segan dengan Fatin sebenarnya. Sedari tadi
sahabatnya itu lebih senang memerhatikan dirinya dengan Ismail. Menurut
Fatin, dia suka sekali melihat aku bergandingan dengan lelaki itu, bagaikan
ada keserasian dan persamaan di antara seorang Iman Nuraina dan Ismail
Syafiq.
 
Iman membiarkan sahabatnya itu berbual mesra dengan Ismail lantaran dia
sendiri ketiadaan idea untuk berbicara. Dia masih kaku, tidak biasa
sebenarnya dengan ikatan yang baru terjalin ini. Sudahnya, dia hanya
menjadi pendengar dan hanya sesekali mencelah perbualan antara Ismail
dan Fatin yang sememangnya peramah orangnya itu. Sahabatnya itu tidak
pernah penat bertanya itu dan ini pada Ismail, lagaknya bagaikan seorang
inspektor polis, menyiasat dan terus menyiasat. Kadangkala, ada di antara
soalan-soalannya yang turut menjerat Iman dan Ismail sendiri. Tapi, Iman
tidak pernah marah, sememangnya itulah diri Fatin Najwa yang sebenarnya,
telus dan berterus terang orangnya.
 
Bas ke Johor Bahru hanya akan bertolak dalam masa kurang sejam. Fatin
sudah pun meminta diri untuk pulang. Kini, hanya dia dan Ismail di situ.
Iman berfikir-fikir, cuba menyusun kata.
 
“Iman.” Panggil Ismail sepatah. Belum sempat Iman menjawab telepon di
genggamannya berbunyi.
 
“Hello… Waalaikumsalam. Erm… ya aku still kat Pudu lagi ni. Kenapa?” Iman
menjawab seraya berdiri dan berjalan beberapa langkah ke depan. Ismail
hanya memerhati dan cuba mencuri dengar perbualan Iman dengan
pemanggil di hujung talian.
“Apa? Kau nak jumpa aku? Dah ada kat sini? Erm… ok, ok, aku ada kat
platform 13 ni. Ok, baiklah aku tunggu. Erm… ok, bye, waalaikumsalam.”
Iman mematikan talian.
“Siapa called?” Tanya Ismail pantas. Sekali lagi, belum sempat Iman kembali
duduk dan menjawab pertanyaan Ismail, Haziq sudah pun berada di
depannya.
 
“Hai.” Sapa Haziq dengan wajah ceria. Iman hanya membalas dengan
senyuman kecil.
“Nasib baik aku tak terlambat ek. Aku terlupa yang kau balik hari ni, nasib
baik ibu aku ingatkan. Kalau tidak mesti tak dapat jumpa kau, kan.” Ujar
Haziq, mengesat peluh di dahi.
“Alah… engkau memang Ziq, selalu aje lupakan aku, dari dulu lagi macam
tu.” Komen Iman.
“Sorry lah bukan aku sengaja. Lagipun, dulu lain, sekarang lain, zaman
lagikan berubah, inikan pula manusia Cik Iman… lagi pulak orang bujang
macam aku ni, semuanya nak di ingatkan.” Haziq menjawab dalam nada
bergurau.
“Erm… iyelah tu. Tapi kan, aku rasa kau ni dari dulu sampailah sekarang,
macam tu jugak, selalu ajer terlupa ek. Orang tua pun ingatan diorang kuat
tau Ziq. Agaknya, engkau ni banyak termakan semut kot Ziq.” Balas Iman
dalam gelak tawa mesra.
 
Iman sudah biasa dengan suasana yang begitu apabila bertemu Haziq, saling
bergurau dan ketawa mesra. Perpisahan waktu yang lama tidak menjejaskan
kemesraan mereka berdua. Seketika dia jadi terlupa dengan kewujudan
insan ketiga di situ. Wajah Haziq di perhati dengan senyuman yang tidak
lekang di bibirnya.
 
“Hish… kau ni Iman, ada ke kata aku macam tu pulak. Anyway, ni ada ole-
ole dari ibu aku untuk kau.” Haziq menghulurkan bungkusan beg plastik yang
di jinjitnya sedari tadi.
“Sorrylah, aku bergurau jer tadi. Erm, apa-apa pun terima kasih ya, buat
susah-susah aje ibu kau ni.” Balas Iman.
“Alah, bukan susah mana pun. Dan, yang satu lagi ni khas dari aku untuk
kau.” Balas Haziq seraya menghulurkan sejambak bungan ros berwarna
merah jambu. Senyuman manis tidak lekang dari wajah kacak itu. Iman
terpana, wajahnya sedikit merona.
 
Iman mengalih pandangan ke kanan, cuba menyembunyikan rona di
wajahnya. Tiba-tiba hatinya tersentap, dua pasang mata bertentangan
hebat. Ya Allah, bagaimana dia boleh terlupa akan kewujudan lelaki yang
satu lagi itu. Wajah itu tegang, telinganya memerah. Marahkah Ismail? Mata
hitam itu menjeling tajam ke arahnya sekilas sebelum menumpukan kepada
pembacaan di akhbar. Helaian akhbar berita minggu di selak agak kasar,
menunjuk rasa hati yang marah barangkali. Iman menelan liur, cuba
berlagak seperti biasa.
 
“Err… Haziq lupa pulak aku nak kenalkan dengan kau. Ini, kenalkan kawan
aku Ismail Syafiq.” Tutur Iman. Wajah Haziq yang sebentar tadi penuh
dengan riak ceria kembali normal, tiada lagi tawa mesra dari lelaki itu.
“Ismail, kenalkan ini kawan lama saya, Imran Haziq.” Sambung Iman. Dia
memandang kedua wajah di sisi kiri dan kanannya silih berganti. Sebuah
senyuman kecil terukir manis di bibir merahnya.
 
Haziq merapatkan langkah manakala Ismail masih lagi bungkam di
kedudukannya. Iman memandang anak mata Ismail, memohon pengertian
dan kerjasama dari lelaki itu. Lambat-lambat baru Ismail bingkas dan
menyambut huluran salam dari Haziq. Iman menghela nafas lega. Dia
maklum, Ismail pasti sedang marah dan Iman mengakui kesilapan dirinya.
Tapi, dia tidak mahu Ismail bersikap dingin begitu. Dia mahu setiap
temannya menjadi teman Ismail juga.
 
“Hai, saya Ismail Syafiq.” Hanya sebaris ayat itu yang keluar dari bibir
Ismail.
 
Ismail tiada mood untuk berbicara lanjut apatah lagi beramah mesra dengan
kawan Iman itu. Hatinya sakit, perasaan cemburunya membuak-buak, sukar
untuk di bendung lalu lebih baik dia berdiam diri. Pada hakikatnya, dia
seorang yang agak peramah, dia suka berkawan dan berbual mesra dengan
sesiapa saja. Ismail tidak pernah membataskan had dalam pergaulan, miskin
ataupun kaya kalau bersesuaian akan menjadi kenalannya. Tapi, untuk hari
ini dia tidak peduli, biarlah apa jua tanggapan buruk lelaki di depannya itu.
 
“Erm, saya Imran Haziq.” Balas Haziq. Kedua lelaki itu ternyata agak kaku
pada pandangan mata Iman.
“Oklah Iman, aku tak boleh lama-lama. Kereta aku parking kat tepi jalan aje.
Nanti tak pasal-pasal kena saman pulak.” Haziq memberi alasan untuk
segera pulang. Entah mengapa dia rasa tidak sedap hati. Dia dapat
merasakan kelainan pada pandangan mata lelaki di sisi Iman itu. Adakah itu
teman lelaki Iman? Ada sedikit kesalan di hatinya.
“Erm… ok, kirim salam kat ibu dan ayah kau ya Ziq. Cakap kat mereka,
terima kasih banyak-banyak. Ada masa nanti kita jumpa lagi ya.” Balas
Iman.
“Ok, take care ya.” Pesan Haziq seraya meminta diri untuk beredar.
 
Suasana kembali sepi di antara mereka. Iman menilik jam di tangan. Kurang
setengah jam lagi dia akan bertolak. Di kerling ke arah Ismail, lelaki itu
masih menatap akhbar, khusyuk sekali. Entah apa yang di beleknya sedari
tadi, takkanlah setiap butir iklan pun hendak di baca. Ataupun, lelaki itu
sengaja ingin mendera dirinya pula. Kebisuan Ismail menjadikan Iman tidak
keruan. Iman mengeluh perlahan, menenangkan hati, dia perlu mengatakan
sesuatu sebelum bertolak balik.
 
“Ismail…” Panggil Iman namun tiada tindak balas.
“Ismail Syafiq…” Ulang Iman. Dia merenung tajam wajah yang selamba itu,
masih tiada jawapan.
“Ismail!!!” Jerit Iman agak kuat. Kali ini barulah lelaki itu menoleh ke arah
wajahnya yang pasti kelihatan merah menahan marah.
“Ada apa?” Soal Ismail dengan kerutan di dahi.
“Ismail, awak marahkan saya, hmm?” Tanya Iman geram.
“Awak rasa bagaimana? Saya suka, gembira, begitu?” Sinis sekali suara
Ismail. Iman menghela nafas perlahan.
“Baiklah, saya mengaku saya bersalah, saya betul-betul terlupa tadi.
Maafkan saya. Ok, saya turun bawah dulu ya, assalamualaikum.” Balas
Iman. Dia malas hendak memanjangkan sengketa. Ismail menyambar pantas
pergelangan tangan Iman membuatkan gadis itu kembali terduduk.
“Begitu mudah? Sudahlah masa saya berbual dengan Fatin tadi awak
membisukan diri tapi, bila jumpa dengan kawan awak, siapa nama dia tadi?
Ziq? Haziq? Hah, rancaklah pulak berbual, ketawa riang sampai lupakan
saya. Sekarang, awak nak balik macam tu aje, hmm?” Ujar Ismail geram
melepaskan bahang di hatinya.
“Dah tu awak nak apa, hah? Lepaskan tangan saya!” Jawab Iman geram. Dia
malu di perlakukan begitu di tempat awam yang di penuhi manusia yang
tidak lepas memerhati ke arah mereta berdua.
“Bagi sini tiket awak pada saya.” Minta Ismail serius.
“Awak nak buat apa?” Pertanyaan Iman tidak di pedulikan. Tiket di tangan
Iman di rampas sedikit kasar, Iman tersentak.
 
Iman hanya mampu ternganga melihat kelibat Ismail Syafiq hilang di celah-
celah orang ramai. Dari jauh dia cuba meninjau-ninjau apa yang akan di buat
oleh lelaki itu. Ismail mencari-cari nama kuanter yang tertera seperti di tiket
itu. Seketika langkah Ismail berhenti di depan Kaunter Johora Ekspress.
Setelah selesai urusan urusniaga dia kembali mendapatkan Iman yang pasti
sedang resah menanti dirinya.
 
“Jom, bawa beg awak tu sekali.” Arah Ismail mencapai tangan Iman. Dia
menoleh setelah di dapati Iman bungkam di kerusi.
“Iman… cepatlah.” Wajah kelat itu di renung geram. Tangan Iman di tarik
supaya bingkas bangun.
“Ismail, apa awak nak buat ni? Kita nak ke mana?” Tanya Iman dengan nada
yang bergetar. Dia rasa seperti mahu menangis di paksa sebegitu oleh
Ismail.
“Hei… Cik Iman sayang… saya cuma tukar tiket bas awak ajerlah, bukan buat
apa-apa pun. Bas awak pukul 4.30pm nanti, jadi nak buat apa tunggu lama-
lama dekat sini. Faham sayang…?” Terang Ismail. Hatinya yang seketika tadi
masih membara cair melihat rona keruh di wajah Iman.
 
Iman hanya menuruti langkah Ismail Syafiq. Bagasi kecilnya di letakkan di
kaunter simpanan beg bersama-sama ole-ole pemberian Haziq. Iman masih
bengang dengan tindakan Ismail yang sesuka hati menukar waktu bertolak
dirinya ke Johor Bahru. Lelaki itu pula tanpa rasa bersalah memimpin Iman
terus, puas dia meronta namun, sedikit pun tidak mahu di lepaskan, bimbang
Iman akan berpaling barangkali. Kini, mereka berdua berada di luar Hentian
Puduraya. Iman menghela nafas lega, dia sebenarnya rimas berada di dalam
hentian yang ternyata sesak itu.
 
Ismail memaut erat pinggang ramping milik Iman. Sekilas dia menjeling
wajah Iman di sisinya, dia menahan ketawa melihat muka monyok gadis itu.
Rona merah jelas kelihatan, pasti Iman tidak suka di perlakukan begitu.
Namun, Ismail tidak mahu ambil peduli, dengan selamba dia mendororong
gadis itu mengikuti langkahnya. Ismail hanya ingin memanfaatkan waktu
yang singkat ini untuk bersama-sama gadis itu. Dia hanya ingin matanya
menatap wajah itu, berbual mesra sebelum Iman bertolak balik ke Johor
Bahru. Kalau di ikutkan hati, mahu saja Ismail sendiri yang menghantar
gadis itu pulang tapi, mengenangkan tuntutan kerja dia melupakan
hasratnya itu.
 
Iman tidak keruan. Sebenarnya, dia masih tidak biasa dengan keadaan yang
baru ini. Lidahnya kelu, tingkahnya kaku, mindanya membeku. Serbanya
bagaikan tidak kena. Mungkin juga, ini adalah ‘first date’ mereka secara
rasmi. Semalam dan hari ini jauh bezanya, ternyata kawan dan kekasih itu
dua dunia yang berbeza. Ismail pula sudah mula menunjukkan belangnya,
mula menguasai dirinya sesuka hati. Sudahnya, dia hanya mengikut langkah
Ismail, sepatah yang di tanya oleh Ismail sepatah juga yang di jawabnya.
Namun, dia sebenarnya senang sekali dengan layanan Ismail untuk dirinya.
Setiap detik dirinya di berikan perhatian dan perlindungan, entah mengapa
dia berasa selesa dan selamat berada di samping jejaka itu.

BPB_33 :: AURA KASIH ::


“Yes! Yes! Yessss….” Amira menjerit girang.
 
Ternyata segala usaha mereka berdua selama ini akhirnya membuahkan
hasil. Kebahagiaan bagi Papa Is adalah kegembiraan bagi dirinya. Tapi,
mungkinkah kebahagiaan ini akan berterusan seandainya gadis itu
mengetahui segalanya? Apa akan terjadi jika perkara itu terbongkar? Dia
tidak boleh selamanya merahsiakan hubungan yang wujud di antara dirinya
dengan Papa Is. Amira termenung di halaman rumahnya, masih memikirkan
kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi kelak. Dia tidak mahu
hubungan baiknya dengan Kak Aina tergugat, dia sayangkan gadis itu
sebagaimana dia sayangkan Kak Amanda, satu-satu kakaknya yang dia ada.
Namun, kata-kata Papa Is sedikit melegakan hatinya.
 
“Alah… Amir jangan risau, Papa Is tahulah apa nak buat nanti. Lagipun, Papa
Is tahu Mama Iman dah pun jatuh sayang kat Papa Is ni. Marah pada orang
yang disayangi takkan ke mana Mir…”
“Papa Is ni macam confident jer… Mana Papa Is tahu dia sayangkan Papa Is?
Entah-entah Papa Is ajer yang perasan lebih.”
“Hei cakap baik-baik sikit eh. Papa Is tahulah. Papa Is yang bercintan dengan
dia tau, bukan Amir.”
 
Tapi, betul ke apa yang di cakapkan oleh Papa Is? Benarkah Kak Aina sudah
benar-benar sayang pada lelaki itu? Cintakah Kak Aina pada Papa Is? Amira
pernah juga cuba-cuba mengorek rahsia daripada Kak Aina sendiri namun,
nampaknya gadis itu lebih senang mendiamkan diri. Perahsia sungguh!
Susah untuk Amira percaya sepenuhnya. Bagi Papa Is memanglah, lelaki itu
sayang habis kat Kak Aina tapi…
 
“Amira… apa yang di termenungkan lagi tu? Dah lewat malam ni kan. Siapa
yang called tadi? Buah hati ke sampai buat awak tu termenung jauh, hmm?”
Pertanyaan mamanya dari dalam rumah mematikan lamunannya.
“Hish mama ni buah hati apa pulak, Papa Is lah ma. Mama nak tahu tak,
Papa Is kan, sekarang kan ma, dia sudah ada… ops…” Amira tidak jadi
berkata, tiba-tiba dia teringat pesanan lelaki itu sebentar tadi. Papa Is
melarang dia menceritakan perihal itu kepada sesiapa, sampai saatnya nanti
lelaki itu sendiri yang akan mengumumkannya.
“Sudah apanya ni, hmm Amira sayang…?” Tanya mamanya seraya mengorak
langkah menghampirinya di halaman. Bahu anak bongsunya itu di paut
mesra.
“He he… tak ada apalah ma. Papa Is tu… dia sekarang sudah ada di KL. Lama
jugak dia kan Vietnam tu, kan ma? Entah bila projek dia dekat sana nak
selesai agaknya...” Jawabnya dengan sengihan manja, jauh menyimpang
dari kenyataan sebenar yang cuba di beritahu kepada wanita itu sebentar
tadi.
 
Wanita berusia 40-an itu hanya mampu menggelengkan kepala. Tahu sangat
dengan keakraban Amira dengan Ismail Syafiq, adik bongsunya itu. Pasti ada
sesuatu rahsia yang cuba di sorokkan dari pengetahuannya. Namun, dia
tidak mahu memaksa, lambat laun pasti akan terbongkar jua. Kalau tidak
dari Amira pasti dari Ismail sendiri.
 
Sementara itu, di kediaman keluarganya di Kajang, Ismail Syafiq sedang leka
melayan perasaan. Tubuh tegapnya terlentang di atas tilam empuk di bilik
bujangnya. Sekejap dia tersengih, sekejapan pula dia berubah serius. Dia
baru saja selesai berbual dengan buah hatinya. Sebentar tadi juga dia
menghubungi Amira memaklumkan perkembangan terkini hubungannya
dengan Iman Nuraina.
 
Usia percintaan mereka berdua bertambah matang, hubungan semakin hari
semakin intim, antara mereka berdua terjalinnya ikatan batin yang kuat.
Denyutan hati dan nadi mereka mengalunkan irama yang sama. Hangatnya
aliran darah menyemarakkan rasa cinta mereka. Walau Iman tidak pernah
menyatakan rasa hati mahupun mengungkap kata-kata cinta tapi, Ismail
tahu gadis itu turut merindui dan menyayangi dirinya. Renungan sepasang
mata membiaskan rasa, aura hati menggetarkan suara, tingkah manja
mencerminkan segalanya. Ismail pasti!
 
Nampaknya, Ismail benar-benar kemaruk! Dia sentiasa merindui gadis itu,
kalau boleh setiap detik yang ada di penuhi dengan wajah dan suara Iman.
Sekali lagi telepon di capai, sejurus kemudian terdengar suara halus di
hujung talian, perlahan sekali. Dia tahu, di waktu-waktu begini gadis itu tidak
akan berkata banyak. Kadangkala, Ismail lebih rela Iman diam tidak
menjawab daripada mematikan talian. Desah nafas gadis itu sudah cukup
untuk mengubat rasa rindu yang bersarang di hatinya. Iman juga sudah
masak dengan perangai pelik Ismail itu.
  
“Erm, Ismail ada apa lagi ni?” Sekilas melihat jam di tepi katil, 3.30am! Argh,
Ismail selalu saja mengganggu tidur lenanya!
“Iman, saya tak sabar nak jumpa awak esok. Kalau saya bertolak sekarang…
boleh?” Tanya Ismail. Kalau tidak kerana Iman menghalangnya mungkin kini
dia sudah hampir sampai ke Johor Bahru dan seawal pagi mereka sudah
boleh bertemu.
“No!” Bantah Iman pendek. Dia malas hendak bercakap di waktu-waktu
begini.
“Bolehlah… boleh ya sayang. Iman… awak tak nak jumpa saya, awak tak
rindukan saya ya, hmm?” Ujar Ismail cuba memancing persetujuan Iman.
“No! Ismail dah lewat sangat ni, kalau awak sayangkan saya, awak bertolak
esok pagi!” Balas Iman sekalian mematikan talian. Matanya jadi segar tiba-
tiba. Dia jadi geram tatkala Ismail buat perangai begini.
 
Iman sebenarnya bimbang, takut seandainya sesuatu kejadian buruk berlaku
kepada lelaki itu. Kelam malam dengan keadaan mata yang mengantuk
memungkinkan segalanya. Sungguh! Iman tidak mahu musibah buruk
menimpa Ismail Syafiq yang mana kelak akan membuatkan dirinya sendiri
menangis hiba. Rindu? Siapa kata dia tidak rindukan lelaki itu? Pertemuan
terakhir mereka adalah sebulan yang lalu sebelum lelaki itu kembali
berangkat ke Vietnam. Jarak waktu yang sepurnama itu sudah cukup
membuatkan dia separuh mati menahan perasaan rindu. Namun, Iman
masih mampu bersabar, dia tidak mahu dirinya hanyut mengikut perasaan.
Hidup dan matinya bukan hanya kerana cinta kepada lelaki itu.
 
“Aina, kamu tak tidur lagi?” Sapaan ibunya secara tiba-tiba menyedarkan
Iman. Dia yang masih bersimpuh di atas sejadah menggeleng kecil. Sebuah
senyuman di hadiahkan kepada ibunya yang berdiri di muka pintu.
“Kenapa? Ada apa-apa masalah? Mahu berkongsi dengan ibu?” Soal Pn.
Hasnah. Wanita itu kini duduk di birai katil. Wajah Iman di pandang penuh
kasih.
“Tak ada apa-apa bu. Kebetulan Aina terjaga tadi, nanti lepas subuh Aina
tidur semulalah. Ibu pulak kenapa bangun?” Tanya Iman, kepalanya yang
masih di baluti telekung di lentokkan ke pangkuan ibunya.
"Samalah dengan Aina." Balas Pn. Hasnah sambil mengusap perlahan kepala
anaknya itu.

Pn. Hasnah tersenyum bahagia. Kini, hubungan mereka berdua sudah


semakin rapat dan bertambah mesra. Sementelah pula, hanya anak gadis itu
yang tinggal dengannya buat masa ini. Anak bongsunya, Irma Liyana sudah
mendapat kerja di Melaka dan menyewa rumah di sana bersama teman-
temannya. Anak sulungnya, Ain Nafisa masih di Kuala Lumpur. Sungguh! Pn.
Hasnah memanjatkan kesyukuran yang amat pada yang maha Esa kerana
menyedarkan dirinya untuk mengasihi anak gadisnya yang satu ini. Dia tahu
Aina anak yang baik, taat dan sempurna untuk seorang ibu seperti dirinya.
Anak gadis itu juga mempunyai raut wajah yang manis, pasti sejuk bagi
setiap mata yang memandangnya.
 
“Aina, bangun sayang sudah subuh ni. Aina…” Bisik Pn. Hasnah lembut di
cuping telinga Iman.
“Oh… Aina terlelap rupanya. Maafkan Aina ya bu, kerana Aina ibu tak tidur.”
Kata Iman serba salah, terpisat-pisat dia mencari wajah ibunya.
“Tak mengapa. Sekarang bangunlah, solat subuh, lepas tu kita sarapan
bersama ya. Ibu ingat nak masak nasi lemak lauk sambal sotong kering.
Mesti Aina suka kan?” Kata Pn. Hasnah.
“Erm, baiklah bu. Sekejap lagi Aina tolong ibu.” Balas Iman. Matanya
mengekori langkah ibunya sebelum berlalu ke bilik air untuk mengambil
wuduk.

BPB_34 :: HADIRMU KU NANTI ::


Ismail Syafiq bersiul-siul kecil menuruni anak tangga. Rambut ikalnya disisir
rapi, sepasang T-Shirt Ferrari merah dipadankan dengan sehelai jeans Levis
berwarna biru sudah mampu menyerlahkan ketampanannya. Sebuah bagasi
kecil jenama Samsonite berwarna hitam yang di jinjing di letakkan di ruang
tamu. Kemudian dia berlari anak ke ruang makan untuk bersarapan pagi.
Abah dan uminya sudah sedia menunggu dirinya di ruangan itu.
 
“Ya Allah kamu ni Ismail macam budak kecik ajer umi tengok. Awak tu dah
dekat 30 tahun, kalau iya pun tak sabar nak jumpa buah hati janganlah
terkejar-kejar macam ni. Cuba bawak bersabar sikit.” Bebel Pn. Dewi
Fauziah. Dia menggeleng kepala melihat telatah anak bujangnya yang satu
itu.
“Kenapa umi tak kejutkan Is tadi? Kan dah terlambat. Patutnya lepas subuh
tadi Is dah bertolak, waktu sekarang ni dah boleh jumpa Iman tau.”
Jawabnya seraya mula menyuap nasi goreng ke mulut.
“Dah orang tu tidur mati, takut pulak umi nak kacau. Kan abahnya?”
“Erm... siapa suruh kamu tidur lewat? Bergayut tak habis-habis. Kami dulu
pun bercinta jugak tapi tak adalah kemaruk macam kamu ni Ismail, kan
Dewi?” Tambah Tn. Ibrahim pula. Sedari tadi dia hanya mendengari
perbualan dua beranak itu dari sebalik akhbar yang di baca.
“Ha’ah. Kami dulu kenal sekejap terus bawak datang jumpa family,
bertunang sebulan dua terus menikah. Yang kamu ni Ismail entah bila
agaknya nak kenalkan dia dengan kami semua? Kak Ngah dah tak sabar-
sabar nak jumpa buah hati kamu tu. Kak Chik pun sibuk bertanya dengan
umi, siapa nama bakal adik ipar dia, cantik tak? Baik tak? Hah, dengan Kak
Long yang kat Jb pun kamu tak kenalkan lagi ya Ismail. Sampai bila kamu
nak berahsia ni Ismail…”
 
Pn. Dewi Fauziah memerhati wajah ceria Ismail. Ternyata anak terunanya itu
sedang di asyik di lamun cinta. Menurut Amira, hubungan Ismail dengan
gadis itu bertambah rapat. Sebagai ibu dia turut merasa gembira dengan
perkembangan terbaru itu. Tidak sabar rasanya ingin bertemu muka dengan
calon menantu perempuannya itu. Penilaian melalui sekeping gambar masih
tidak mencukupi bagi dirinya. Pn. Dewi Fauziah ingin melihat sendiri peribadi
gadis yang bernama Iman Nuraina itu. Apa Istimewanya gadis itu sehingga
berjaya memikat hati Ismail, membuat anak teruna itu angau tidak keruan
setiap masa.

 
Sebenarnya, Pn. Dewi Fauziah begitu ghairah untuk memiliki anak menantu
perempuan tetapi sengaja dipendamnya. Kegembiraan jiran tetangganya
yang menceritakan perihal menantu perempuan masing-masing melonjakkan
lagi perasaannya. Namun, mengenangkan hubungan anaknya dengan gadis
itu yang baru saja berkembang, Pn. Dewi Fauziah tidak mahu memaksa.
Biarlah segalanya di tentukan oleh Ismail dan gadis itu sendiri. Tentu
pasangan itu lebih mengetahui arah tujuan hubungan mereka yang sebenar.
Jodoh pertemuan segalanya di tangan Tuhan. Namun, dia begitu
berharap agar Ismail menemui jodohnya dalam masa yang terdekat ini.
 

“Orang dulu bercinta tak sama dengan zaman sekarang. Dulu mana ada
handphone, mana boleh SMS-SMS. Lagipun, orang dulu tu... malas nak tulis
surat selalu, tu yang umi dengan abah kahwin cepat..." Ujar Ismail selamba
dengan gelakkan yang agak kuat. Tn. Ibrahim berdehem tetapi langsung
tidak di hiraukan oleh Ismail.
"Habis tu, sampai bila kamu ni nak berSMS-SMS, sampai bila nak bergayut?
Nak tunggu umi dengan abah tutup mata baru kamu nak kahwin, begitu?"
Tanya Pn. Dewi pula. Dia geram bila Ismail bermain dengan kata-katanya.
"Ala... sabarlah mi... nanti kalau semuanya dah confirmed, Is sendiri yang
bawak Iman jumpa umi, kenalkan dengan semua orang. Umi suruh Kak
Long, Kak Ngah dan Kak Chik bersabar dulu, ok? Hah, lepas tu Is nak terus
nikah aje, tak mahu tunang-tunang, buang masa saja, boleh umi?” Jawab
Ismail seraya menyudahkan suapannya yang terakhir.

Ismail ada juga merancang untuk membawa Iman menemui umi dan
keluarganya tapi dia masih belum mempunyai kesempatan untuk berbuat
demikian. Tambahan pula, jadual kerjanya semakin padat semenjak
kebelakangan ini. Dalam sebulan hanya sekali dua dia dapat bertemu dengan
Iman itu pun kalau kebetulan dia berada di Malaysia. Selebihnya mereka
lebih banyak berhubung melalui telepon, sesekali kiriman SMS di hantar
untuk meluahkan kerinduan di antara mereka berdua. Mujur juga Iman
faham dengan tuntutan bidang tugasnya itu.

“Hish... budak bertuah ni, banyaklah kamu punya nikah, orang Johor tu
mementingkan adat, tahu? Nak kena ada majlis merisik, kemudian
bertunang lepas tu barulah boleh menikah. Bukan boleh main redah macam
tu ajer, faham?” Bantah Pn. Dewi Fauziah. Ismail hanya tersengih
mendengar bebelan uminya itu.
 
Sengaja Pn. Fauziah berkata begitu. Sebenarnya dirinya sendiri yang mahu
mengadakan sebuah majlis yang sempurna untuk Ismail Syafiq. Dia sudah
berpengalaman mengadakan majlis untuk tiga anak perempuannya namun
belum sekalipun untuk anak lelaki kerana hanya Ismail satu-satunya anak
lelaki yang dia miliki. Pn. Dewi Fauziah ingin segalanya di lakukan mengikut
adat tradisi masyarakat melayu di samping sedikit adat perkahwinan Jawa,
sebagaimana yang biasa di amalkan oleh masyarakat tempat kelahirannya di
Jogjakarta, Indonesia.  Dan, dia juga pasti pihak keluarga perempuan juga
mempunyai hasrat yang sama sebagaimana dirinya.
 
“Oklah umi, Is faham… Boleh Ismail bertolak sekarang?”
“Erm… kirim salam dekat bakal menantu umi tu. Ingat, jangan melebih-lebih
pulak bila keluar dengan anak dara orang, awak berdua belum ada lesen sah
lagi, tahu?” Pesan Pn. Dewi Fauziah lagi.
“Insyaallah. Tapi, kalau pegang tangan ajer bolehkan umi?” Bisik Ismail di
cuping telinga uminya. Jelingan Pn. Dewi Fauziah tidak di hiraukan, sebuah
ciuman mesra di hadiahkan di pipi wanita separuh abad itu.

Suasana di café hari ini sedikit lengang. Sementara tidak ramai pelanggan
yang datang berkunjung, Iman mengambil peluang untuk berbual-bual
dengan Kak Milah, Mira dan Sufi. Masing-masing sibuk bercerita itu dan ini.
Dari satu topik ke satu topik perbualan yang lain. Sesekali terhambur
gelakkan yang agak kuat dari kelompok kecil itu.

“Kak Aina, Mira tengok muka akak semakin berseri-seri sejak akhir-akhir ni.
Ada apa-apa yang kami semua tak tahu ke?” Kata Amira.
“Ha’ah Sufi pun perasan. Ceria ajer, macam orang yang sedang di lamun
cinta, betul tak Kak Milah?” Sambut Sufi, Kak Milah di depannya mengiyakan.
“Tak ada apalah, mengarut. Perasaan awak semua ajer agaknya, akak biasa
aje.” Iman menafikan.
 
Terzahirkah apa yang ada di hatinya saat ini? Mungkinkah semuanya gara-
gara lelaki itu? Iman tersenyum kecil. Hatinya di buru rindu untuk menatap
seraut wajah Ismail yang sering menghiasi mimpi siang dan malamnya.
 
“Hah, lagi nak sorok! Tu yang senyum sorang-sorang tu kenapa? Ingatkan
buah hati ya, hmmm?” Ujar Sufi tiba-tiba. Kak Milah dan Mira tersenyum
memerhati.
“La… takkan senyum pun salah kot? Kalau muka akak masam nanti… awak
semua cakap akak ni garanglah, apalah. Sekali akak tayang muka seposen
nanti baru tahu.” Balas Iman.
“Cuba Aina tayang sikit muka seposen awak tu, Kak Milah nak jugak tengok.
Manalah tahu kot-kot laku, boleh jadi pelakon pembantu.” Sambut Kak Milah
selamba. Sufi dan Amira ketawa mengekek.
“Alamak, tahun depanlah kak, boleh? Aina nak balik ni, ada hal sikit.” Iman
beralasan.
“Ada hal ke nak jumpa buah hati?” Usik Amira, macamlah dia tak tahu apa
rancangan gadis itu yang sebenarnya.
“Eh adalah, mana boleh cakap, rahsia...” Bisik Iman rapat ke telinga Amira.
Sufi dan Kak Milah masing-masing kelihatan tercengang-cengang melihat
kelibat Iman yang selamba melangkah pergi dari situ.

BPB_35 :: HARUSKAH AKU? ::


Ismail Syafiq dalam perjalanan untuk menjemput Iman. Entah apa mimpi
lelaki itu datang ke Johor semata-mata mahu Iman menemani dirinya
membelikan hadiah harijadi untuk anak sedaranya. Pada mulanya dia tidak
bersetuju memandangkan majlis itu akan di adakan bulan depan, mereka
masih punya banyak waktu untuk itu. Ismail memberikan pelbagai alasan
yang akhirnya turut memerangkap dirinya, mereka berdua di landa rasa
yang sama. Seperti yang di janjikan menerusi telepon sebentar tadi, Ismail
sudah pun menunggu di dalam keretanya di seberang jalan.
 
Ismail tersenyum manis memerhati buah hatinya melangkah keluar dari
pintu café. Tidak sabar rasanya hendak menatap wajah polos itu. Ismail tahu
Iman tidak sedar yang dirinya sedang di perhatikan olehnya mahupun oleh
sepasang mata yang sedari tadi mengintai dirinya dari sebalik bidai café itu.
Amira memberi isyarat jarinya yang hanya di fahami oleh Ismail tapi dengan
selamba dia menjelir lidah ke arah gadis itu. Kini, hubungan mereka bukan
lagi rahsia bagi warga kerja Seri’s Backery N Café, tambahan pula hampir
setiap dua minggu pasti wajah Ismail akan terjengul di tempat itu.
 
“Oh, dah pandai menggatal ya, awak main mata dengan siapa tu, hmm?”
Tegur Iman sebaik ternampak lelaki itu mengenyit mata nakal kepada
seseorang.
“Budak tu cute kan Iman? Saya sukalah tengok muka dia, macam ada
chemistry pulak rasanya. Muka dia dengan saya pun hampir sama, kan?
Awak tak rasa ke kalau di antara kami ni… ada hubungan apa-apa?” Kata
Ismail dengan senyuman nakal, tulunjuknya mengarah mata Iman kepada
kelibat Amira.
“Erm iyalah tu. Hari tu kenapa tak ngurat dia aje? Dia pun suka kat awak
tau.” Balas Iman mendatar, masih tidak dapat menangkap maksud dari kata-
kata Ismail itu.
 
Ismail berusaha menyembunyikan senyumannya. Dia tahu, Iman di landa
cemburu dengan kenyataannya tadi tapi dia tidak peduli. Sebenarnya, Ismail
cuba untuk memberitahu Iman akan perkara yang sebenar mengenai Amira
tapi, sehingga hari ini masih belum berhasil. Amira pula, semenjak akhir-
akhir ini kerap mendesak dirinya kerana gadis itu sudah tidak mahu terusan
bersekongkol dengan dirinya lagi. Sebentar tadi pun, gadis itu sempat
mengingatkan dirinya, malah pesanan-pesanan SMS mengenai perkara yang
sama juga memenuhi ‘inbox’ nya.
 
“Iman, cemburu ya, hmm? Takkan dengan budak tu pun awak nak cemburu.
Iman… itu tandanya awak sayangkan saya kan?” Iman mencebik bibir, bukan
cemburu tetapi saja menunjukkan tanda tidak senang begitu.
“Eleh… saya tahu. Bukankah cemburu itu tandanya sayang, tak gitu? Iman,
hanya awak di hati saya, percayalah. Awaklah jantung hati saya… awaklah
intan payung saya…” Ismail berkata selamba, matanya merenung seketika
ke wajah yang sangat di rinduinya sebelum memulakan pemanduan.
“Ismail, kalau awak letih, biar saya yang drive.” Ismail pantas menggeleng,
tangan kirinya menggenggam jemari Iman.
“Ismail, anak sedara awak tu lelaki ke perempuan? Umurnya berapa? Awak
nak bagi hadiah apa?” Tanya Iman.

Mereka berdua menuju ke Plaza Pelangi. Setelah mendengar serba sedikit


penjelasan daripada Ismail mengenai anak sedaranya yang akan menyambut
ulang tahun, Iman mencadangkan agar mereka ke pusat membeli-belah itu.
Dia dan Fatin selalu ke situ seandainya ingin membeli sesuatu atau sekadar
berjalan-jalan di hujung minggu.
 
“Bungkuskan yang ini satu lagi ya dik. Gunakan sampul yang sama pun tak
apa.” Ujar Iman kepada promoter jualan di kaunter kosmetik Estee Lauder
itu.
“Awak nak bagi siapa?” Tanya Ismail pelik.
“Budak cute yang awak suka tadi tulah.” Jawab Iman. Ismail hanya
mengangguk kecil. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Ya, saat itu akan
dimanfaatkan sebaik-baiknya. Ismail mengukir senyuman lega.
 
Iman membelek 2 kotak hadiah bersampul merah jambu. Kedudukan reben
pun sama. Dia membelikan hadiah yang serupa untuk Amira. Sebenarnya,
sudah lama dia berkira-kira untuk menghadiahkan gadis itu sesuatu yang
istimewa. Sesuatu yang mencerminkan ciri-ciri seorang perempuan lalu dia
memilih haruman itu. Bukankah wangian sinonim dengan kaum perempuan?
Ismail ingin membayar tapi, dia menolak. Walau sedikit mahal namun, dia
berpuas hati dengan hadiah yang bakal di berikan kepada gadis yang sudah
di anggap seperti adiknya sendiri. Luar dan dalam serupa! Sehati sejiwakah
mereka? Wajah Ismail diperhati lama. Iman tersenyum kecil sementara
Ismail di sebelahnya tenang meneruskan pemanduan.
 
“Iman, kenapa tersenyum-senyum ni, hmm?” Tanya Ismail. Sedari tadi dia
perasan yang gadis itu asyik tersenyum, bagaikan ada sesuatu yang menarik
minta gadis itu ke atas hadiah yang dibeleknya itu.
“Tak ada apalah. Saya cuma rasa macam tak sabar aje nak bagi hadiah ni
kat budak tu. Harap-harap dia sukalah ya. Erm… Ismail, agak-agak awak
anak sedara awak suka tak hadiah yang saya pilih ni?” Tanya Iman.
“Eh, mestilah. Papa Is… err… uncle Ismail dia yang bagi, mestilah dia suka.
Kalau dia tahu awak yang pilihkan lagilah dia suka, entah-entah siap
berlonjak gembira gitu.” Jawab Ismail cuba menutupi kekalutan dirinya
sebentar tadi.
“Eleh, iyerlah tu. Ismail, anak sedara awak ramai ya, mesti seronok, kan?”
Tanya Iman sekalian membayangkan keceriaan hidup lelaki di sebelahnya
jika mereka berkumpul.
“Erm, seronok. Nanti saya kenalkan mereka semua degan awak, ya?” Ujar
Ismail. Iman mengangguk kecil.
 
Mereka menghabiskan masa sepanjang petang dengan bersiar-siar di sekitar
Danga Bay. Menikmati pemandangan lautan menjelang senja. Seketika
mereka hanyut di dalam khayalan masing-masing. Udara laut yang dingin
selepas hujan sedikit mencengkam urat sendi.
 
“Iman, sejuk? Marilah duduk sebelah saya, biar saya peluk awak.” Kata
Ismail selamba.
“Mengada!” Protes Iman, Ismail pula tergelak besar mengundang beberapa
pasang mata pelanggan di restoran yang mengadap selat tebrau itu.
“Mengada apa pulak. Takkan nak bermanja dengan buah hati saya sendiri
pun tak boleh. Dari jauh saya datang semata-mata untuk bersama awak tau.
Iman sinilah…” Ujar Ismail seraya mendapatkan jemari Iman.
“Ismail… bukan masa dan tempatnya, ok? Pukul berapa awak nak balik KL
esok?” Tanya Iman sekalian menarik jemarinya dari genggaman Ismail.
“So, bila masa dan di mana tempatnya, hmm?” Tanya Ismail laju. Jemari
Iman ditarik kembali. Mata bundar Iman di renung penuh menggoda,
sengaja menduga riaksi gadis itu.
“Ismail…” Gumam Iman geram, wajahnya merona pekat.
“Ok, ok. Kalau awak dah tak sudi nak tengok muka saya, esok… lepas subuh
saya baliklah.” Tutur Ismail mendatar, jemari Iman dilepaskan.
“Ismail, bukan macam tu, lusa awak kerja kan, lagipun next month kita
jumpa lagi. Jomlah kita balik, dah nak masuk waktu maghrib ni. Ismail...”
Iman memujuk, tangan Ismail di tarik supaya lelaki itu bangun.
 
Ismail merenung wajah Iman tanpa berkelip. Dia masih tidak mahu
berganjak dari situ. Tangan Iman di tarik kuat memaksa gadis itu kembali
terduduk, kini betul-betul di sisinya, rapat sekali. Dengusan nafas Ismail
menyapa telinga Iman, sedikit kasar namun mampu meremangkan bulu
romanya. Iman menarik nafas perlahan, cuba menenangkan dirinya, dia
benar-benar tidak faham dengan sikap Ismail hari ini. Mesti ada sesuatu
yang mengganggu fikiran lelaki itu.
 
“Saya tahu, tapi kalau boleh hari-hari saya nak jumpa awak. Saya akan
merindui awak Iman… saya tak boleh hidup tanpa awak, I love you so much,
Iman...” Bisik Ismail romantis, menghadiahkan sebuah ciuman di jemari
runcing Iman. Ah! Lelaki itu, begitu mudah meluahkan perasaannya.
“Ismail…” Iman bersuara lemah, nafasnya bagaikan terhenti.
 
Sebenarnya, Iman ingin sekali membalas ungkapan Ismail betapa dia juga
begitu menyayangi lelaki itu. Tapi, entahlah… bagaikan ada sesuatu yang
menghalang dirinya untuk meluahkan. Namun, matanya tidak pernah
menipu. Renungannya penuh kasih, pandangannya melontarkan rasa sayang
yang tidak terucap. Hatinya berlagu setiapkali mengingatkan Ismail, bahasa
tubuhnya manja tatkala berada dekat dengan lelaki itu. Bukan mengada-
ngada, merendahkan maruah diri jauh sekali tapi, hakikat setiap wanita
sememangnya dilahirkan begitu. Iman masih mampu menghadkan
sempadan, menggariskan panduan di dalam setiap pehubungan mereka.
Wajah tua ibu bagaikan sempadan, nasihat ibu dijadikan panduan. Hukum-
hakam juga tidak pernah dilupakan.
 
“Iman… bagaimana kalau… kalau kita kahwin?” Ungkap Ismail tiba-tiba.
“Ismail!!!” Jerit Iman, dia bengang, lagi-lagi hal itu yang bangkitkan!
 
Ismail tersenyum pahit, dia tahu Iman pasti marah tatkala dia
membangkitkan isu itu. Sudah acapkali dia menyuarakan hasrat murninya
untuk menyunting gadis itu, membina ikatan yang sepatutnya, juga
menghalalkan setiap perhubungan mereka. Bukan tidak sabar, dia
percayakan Iman tapi, Ismail tidak percaya akan dirinya sendiri.
Keimanannya tidak kuat, hampir-hampir saja goyah setiap kali berada dekat
dengan gadis itu. Namun, Iman bagaikan tidak mengerti, masih lagi
memberikan alasan yang sama, belum bersedia ke arah itu. Menurut Iman,
masih banyak impian dan cita-cita yang belum di capainya. Sungguh! Ismail
sudah mencuba pelbagai cara, dia hampir ketandusan idea untuk memujuk
Iman. Namun, dia tidak akan sesekali mengalah. Akan di usahakan sehingga
Iman akhirnya bersetuju untuk menjadi isterinya yang sah.
 
Iman termagu di ruang tamu, persoalan itu masih lagi bermain di fikirannya.
Ismail Syafiq sekali lagi melamarnya. Perlukah dia mempertimbangkan
lamaran yang entah sudah untuk kali yang ke berapa itu. Ismail, lelaki itu
bagaikan tidak dapat menahan perasaannya, sentiasa mengungkapkan rasa
sayang dan rindu yang mencengkam hati lelakinya terhadap Iman.
Kadangkala Iman jadi takut, benarkah Ismail menyintai dirinya, dia bimbang
di permainkan sedangkan hatinya kini sarat dengan kasih sayang terhadap
lelaki itu. Kini, dia sudah tidak lagi keliru, perasaannya jitu, setianya hanya
untuk lelaki yang bernama Ismail Syafiq itu. Tapi, bagaimana dengan Ismail,
akan setiakan lelaki itu kepada dirinya?

 
‘When I saw you, I’m afraid to talk to you, when I talk to you, I’m afraid to

hold you, when I hold you, I’m afraid to love you, when I love you, I’m afraid

to lose you…’

Iman meluahkan rasa hatinya saat itu melalui SMS kepada talian Ismail.

Sesaat terus mendapat balasan.

'You will not going to lose me sayang, I promise that.’

BPB_36 :: SEKADAR MENGUJI ::


Iman memerhatikan gelagat pengunjung dari dalam bilik pejabatnya.
Pembeli datang silih berganti di hujung minggu begini. Sesekali dia
tersenyum gelihati tatkala ada ragam pelanggan yang mencuit hatinya.
Kelihatan Saiful sibuk di kaunter manakala Amira dan Sufi pula sedang
mengambil pesanan pelanggan. Pandangan Iman beralih ke muka pintu café,
kelihatan empat orang wanita sedang melangkah masuk. Seorang kelihatan
sudah separuh abad manakala yang tiga orang lagi dalam lingkungan 30-an.
Melihatkan tiada orang yang memberikan layanan kepada mereka Iman
bingkas bangun lalu keluar mendapatkan pelanggan tersebut.
 
“Assalamualaikum, selamat petang, makcik, kakak-kakak. Ada apa-apa yang
boleh saya bantu?” Sapa Iman mesra.
 
Senyuman manis dihadiahkan kepada mereka berempat. Wanita-wanita itu
saling memandang di antara satu sama lain sebelum mengangguk sedikit
dan membalas senyuman Iman. Mereka berempat kemudiannya mengambil
tempat duduk. Salah seorang dari wanita muda itu meninjau-ninjau ke rak
yang menempatkan pelbagai jenis roti dan kek manakala yang bertiga lagi
lebih senang membuat pesanan melalui keratan menu yang tersedia di atas
meja. Setelah mengambil pesanan Iman berlalu ke ruangan dapur.
 
“Mira nanti kalau Kak Milah sudah siap, Mira tolong hantarkan kat meja
hujung sana tu ya. Akak ada kerja nak buat.” Pesan Iman. Amira
mengangguk kecil lalu memandang ke arah meja yang dimaksudkan oleh
Iman itu.
 
“Selamat menjamu selera puan, makcik-makcik semua.” Kata Amira.
Hidangan yang di pesan di letakkan di atas meja.
“Sibuk nampak hari ini? Banyak kerja ya?” Tanya salah seorang daripada
mereka.
“Biasalah, hari-hari pun memang macam ni. Awak semua pun apa
kurangnya. Macam mana, setakat ni puas hati tak?” Tanya Amira selamba.
Keempat-empat wanita itu mengangguk serentak dan tersengih memandang
Amira.
“Saya bukannya nak layanan dari awak, kenapa awak pulak yang hantar?
Kenapa bukan dia?” Tanya wanita separuh abad itu.
“Oh, dia sibuk, ada kerja sikit kat dalam tu Puan. Tak mengapa, saya di sini
sedia membantu. Ada apa-apa lagi yang awak semua nak tanya pasal dia?”
Balas Amira, wajahnya selamba.
“Oh, tak ada, terima kasih banyak-banyak atas kerjasama awak ya. Tapi,
boleh awak suruh dia keluar sekejap tak? Awak buatlah apa-apa helah,
boleh?” Tanya wanita yang paling muda pula.
“Ok, no problem! Saya panggilkan dia sekarang, tapi ingat, jangan lebih-
lebih ya. Kalau kantol saya tak nak bertanggungjawab!” Jawab Amira lalu
beredar dari situ. Ada sesuatu yang ingin dihamburkannya. Dia sudah tidak
dapat menahan diri lagi.
 
“Kak Aina, tolong jagakan kat depan sekejap, tak ada oranglah, Mira nak gi
toilet jap.” Sempat Amira berhenti di depan bilik pejabat Iman sebelum
berlari laju menuju ke arah toilet.
 
Iman duduk di kaunter sambil membelek-belek majalah ‘Remaja’ kepunyaan
Sufi. Tiada pelanggan baru yang datang lalu dia hanya perlu memerhatikan
saja. Semua pelanggan yang ada sibuk menikmati juadah. Senyuman manis
tidak lokek di hadiahkan setiap kali matanya bertemu pandang dengan
pelanggan yang ada di café itu.
 
“Maaf dik, toilet di mana?” Tiba-tiba Iman di sapa oleh salah seorang
pelanggan wanita tadi.
“Erm, akak masuk ikut pintu ni, lepas tu belok sebelah kanan.” Terang Iman.
“Ok thanks. Err… dik makcik kat meja akak tu panggil, dia nak tambah
pesanan agaknya.” Kata wanita itu sebelum berlalu.
 
Tanpa berlengah Iman pergi mendapatkan pelanggan di meja itu.
Nampaknya, wanita tua itu sungguh cerewet, banyak kompelin dan banyak
pulak cakapnya. Wanita yang berdua lagi itu lebih senang memerhati dan
hanya sekali-sekala mencelah. Namun, Iman masih mampu tersenyum, dia
sudah biasa dengan keadaan seperti itu. Melayani kerenah pelanggan yang
pelbagai ragam adalah asam garam dalam hidupnya.
 
“Kampung’s Spagetti… yang ini sedap ke?” Tanya wanita tua itu.
“Hish, umi ni… cubalah dulu, baru tahu sedap ke tidak. Kan dik?” Tegur
seorang dari wanita di meja itu. Iman pantas mengalih pandangan ke wajah
itu, cantik. Mesti anak wanita tua ini agaknya.
“Tapi, kalau awak yang buatkan untuk makcik mesti sedap, kan?” Ujar ‘Umi’
itu. Aduh, wanita ini betul-betul mengujinya.
“Saya tak boleh nak cakap sedap ataupun tidak sebabnya semuanya
terpulang kepada orang yang merasanya. Tapi, kebanyakkan pelanggan café
ni memberi pujian akan keenakkan hidangan ini walau bukan saya yang
membuatnya makcik.” Terang Iman.
“Oh… kalau yang ini pulak, sedap? Banyak orang buat kadang-kadang rasa
manis sangat, tak boleh nak telan tekak makcik ni.” Ujar wanita itu merujuk
kepada hidangan Puding Kastad pula. Oh, itu pencuci mulut kegemaran si
‘Dia’. Iman tersenyum kecil.
“Apa kata kalau makcik cuba dulu, mahu?” Cadang Iman.
“Erm, baiklah. Sekali dengan Kampung’s Spagetti tu ya. Makcik nak awak
sendiri yang buat tau.” Pesan ‘umi’ itu mengingatkannya.
 
Fikiran Iman melayang kepada Ismail, hanya lelaki itu, satu-satunya
pelanggan yang sehingga kini meminta dirinya menyediakan hidangan itu.
Tapi, hari ini bertambah pula seorang lagi. Hidangan yang dipesan pun sama
dengan Ismail. Oh, nampaknya dia boleh membuka cafe sendiri selepas ini.
Iman tersenyum gelihati sebelum berlalu pergi.
 
Sementara itu, di dalam toilet Amira sedang berbual di telepon dengan
seseorang setelah puas menghamburkan ketawanya sebentar tadi.
 
“Ha, ha, ha… klakar Papa Is… yang Amir tak boleh tahan tu tengok Oma,
serius habis muka dia. Makcik-makcik yang bertiga tu pun boleh tahan jugak.
Macam Charlies Angel pulak! La ni tak tahu ar apa diorang tengah buat dekat
depan tu. Habis ar Mama Iman…” Laju Amira bercerita. Lelaki di hujung
talian hanya menadah telinga, sesekali dia turut menghamburkan gelakkan
yang kuat.
“Mama? Hu..hu.. doktor tu dah boleh tukar profession jadi PI, Papa Is…”
“Auch!!!” Amira terjerit tiba-tiba. Telinganya dipiat oleh seseorang.
Handphone nya di rampas.
“Oooo… di sini rupanya awak ya! Siapa yang macam Charlies Angel, siapa
yang tukar profession jadi PI, hmm?”
“Alamak mama! Aduh sakitttt… Papa Is… tolong Amir Papa Is… tengok mama
ni… auch, Papa Isss…” Amira mengaduh panjang. Ismail yang terdengar di
hujung talian tergelak kuat.
“Ismail, Dengar apa yang Kak Long nak cakapkan ni!”

BPB_37 :: SEANDAINYA BISA... ::


Hati yang gundah sekali lagi membawa Iman ke pantai itu. Sudah agak lama
kakinya tidak bermain dengan pasir putih mahupun mengira bebuih ombak di
situ. Nampaknya, air lautan yang tenang tidak mampu menenangkan
hatinya. Sepoi angin yang mengusutkan rambutnya tidak sekusut fikirannya
saat itu. Dia masih berfikir dan terus berfikir. Perbualan dengan ibunya awal
minggu ini sentiasa bermain di mindanya. Apa yang harus dia lakukan.
Sungguh! inilah keputusan yang paling sukar sepanjang hidupnya.
Keputusannya merupakan satu perjudian hidup. Silap langkah pasti
kecundang!
 
“Ibu hanya nak menyampaikan hajat orang. Tadi petang Pak Samad dengan
Makcik Zubaidah datang. Aina kenalkan mereka berdua tu?”
“Erm, kenal. Hajat apa tu bu?” Tanya Iman. Pasangan itu sangat baik dengan
keluarganya tambahan pula mereka tidak dikurniakan cahayamata.
“Mereka bertanyakan kamu untuk anak sedaranya. Ibu tak bagi kata putus,
ibu nak tanya kamu dulu. Mereka nak jawapan secepat mungkin. Kalau Aina
setuju, ibu ingat nak buat majlis sekali dengan Kak Ain hujung tahun nanti.”
Iman kehilangan kata mendengar bicara ibunya itu.
“Aina belum bersedia lagi bu. Aina tak kenal siapa lelaki tu, lagipun Aina…”
 
Haruskah dia memberitahu ibunya yang hatinya kini sudah dimiliki, akan
kecewakah ibu? Tapi, memang benar dia belum bersedia untuk ke arah itu.
Dia mungkin sudah menjadi tunangan ataupun isteri Ismail saat ini
seandainya menerima lamaran kali pertama dari lelaki itu di awal perkenalan
mereka. Tapi, dia tidak mahu terburu-buru lalu, dengan cara baik dia
menolak. Memang dia memasang impian untuk bernikah dengan lelaki yang
dikasihi, memiliki anak-anak yang comel, hidup berumahtangga yang
harmoni tapi, bukanlah dalam masa yang terdekat ini. Lagipun, dia masih
muda, baru nak masuk…
 
“Umur kamu sudah 25 tahun Aina, apa lagi yang kamu tunggu? Atau kamu
sudah ada pilihan sendiri, budak lelaki yang hari itu ke? Siapa namanya? Hah
Ismail, beritahu dia suruh datang pinang kamu cepat, kalau tidak ibu terima
pinangan Pak Samad tu.” Ujar ibu mendatar sekali.
 
Ibunya memang mengenali Ismail. Sudah beberapakali lelaki itu
mengunjungi rumahnya. Iman memperkenalkan lelaki itu sebagai kawan
baiknya kepada ibu. Ibu pula tidak pernah mempersoalkan hubungan yang
wujud di antara mereka namun, Iman tahu wanita itu sebenarnya tahu akan
adanya jalinan istimewa di antara dirinya dengan Ismail Syafiq. Tapi
mengapa saat ini ibunya seolah-olah tidak memahami apa yang ada di
hatinya? Oh ibu, mengertilah…

“Berikan Aina masa bu, Aina janji akan memberikan jawapan secepat
mungkin.” Iman membalas perlahan.
“Baiklah. Tapi ingat, walau menolak pinangan Pak Samad tak bermakna Aina
tidak perlu berkahwin. Majlisnya tetap juga hujung tahun ini.” Ibunya
berkata selamba sebelum menghilangkan diri di dalam biliknya.
 
Iman tercengang. Ya Tuhan… Apa pilihan yang dia ada? Memang ibunya
memberi pilihan, dia boleh menolak pinangan Pak Samad tapi, pilihan yang
satu lagi juga menjerat, dia tetap perlu berkahwin dengan Ismail Syafiq atau
sesiapa jua yang di perkenalkan kepada ibunya. Kak Ain yang sudah
bertunang dengan jejaka dari Melaka akan melangsungkan perkahwinan
mereka hujung tahun ini. Ini bermakna, dia juga akan berkahwin pada hari
dan majlis yang sama. Iman cukup kenal dengan ibunya, wanita itu tidak
pernah bermain-main dengan kata-kata, setiap bicara akan dikotakan. Sudah
tidak sayangkah ibu pada dirinya? Mungkinkah ibu sudah tidak menginginkan
dia di rumah itu? Tapi, hubungan mereka baru saja kembali mesra. Dia
masih belum puas bermanja dengan wanita itu. Huwaaa… Iman rasa seperti
mahu menangis tapi, kenapa airmatanya bagaikan tidak mahu keluar???
 
Sudah seminggu namun, dia masih tidak memberikan sebarang keputusan
kepada ibunya. Wanita itu sudah mula bertanya akan keputusannya. Dia
sudah kehabisan idea untuk melarikan diri sedangkan dia sendiri tahu tidak
selamanya dia dapat mengelakkan diri dari memberikan jawapan. Apa yang
perlu Iman lakukan? Otaknya bagai dibekukan dari membuat sebarang
keputusan.
 
‘Ismail… will you marry me?’
‘Ismail… saya nak kahwin dengan awak. Bagaimana kalau awak hantar
rombongan meminang ke rumah saya. Saya pasti terima.’
‘Ismail… kahwinlah dengan saya. Saya tidak mahu hidup bersama lelaki itu…
saya tidak kenal dia… saya hanya mahukan awak.’
‘Ismail… errr…’
 
Oh… Iman benar-benar tidak sanggup!
 
Wajarkah? Patut ke? Dia sebagai seorang perempuan meminta pihak lelaki
mengahwini dirinya??? Ingin sekali dia mengutarakan hasrat hati kepada
Ismail tapi… dia segan setelah berkali-kali menolak lamaran dari lelaki itu.
Bagaimana dengan penerimaan keluarga Ismail? Pasti mereka mengatakan
dirinya gadis yang tiada harga diri. Iman malu! Lagi pula, belum seorang pun
ahli keluarga lelaki itu yang dia kenali, Ismail tidak pernah sekalipun
menceritakan mengenai keluarganya. Atau, mungkin… dia sendiri yang tidak
pernah mahu bertanya.
 
Tapi, dia perlukan jawapan yang secepat mungkin! Ibunya sudah tidak
mampu bersabar lagi. Hari-hari bertanya, pantang nampak wajah mahupun
kelibat dirinya. Pak Samad dan Makcik Zubaidah juga begitu, bagaikan
mereka pula yang hendak kahwin! Ghairah, macamlah mereka itu ibu bapa
pengantin lelaki sendiri, macamlah hanya dia gadis yang ada di dunia ini!
Macamlah…
 
Ah… andai bisa terbang, ingin saja dia terbang tinggi meredah langit yang
membiru, menyembunyikan diri di sebalik putihnya awan. Andai saja lautan
tidak bertepi, ingin dia menenggelamkan diri, biar terbenam di dasar dari
terdampar di tepian pantai. Andai dunia ini miliknya dan Ismail… ah, mana
mungkin itu terjadi.
 
Keputusan perlu dinoktahkan. Seandainya Ismail menerima, dia bersyukur
walau hatinya masih jua belum bersedia untuk menjadi seorang isteri. Dan,
seandainya lelaki itu menolak, dia mengira persetujuannya di pihak yang
satu lagi adalah satu pengorbanan yang besar untuk ibunya. Iman mula
memujuk hati, mungkin percaturan hidupnya ini mempunyai hikmah yang
dia sendiri tidak ketahui. Iman nekad, walau apapun keputusan yang bakal
terpacul dari mulutnya nanti dia pasrah.
 
Iman mula mengorak langkah, perlahan menyusur tepian pantai. Sesekali dia
berhenti bermain air juga mengira bebuih ombak yang cantik memutih di
permukaan lautan. Hanya itu yang mampu melekakan perasaannya. Biarlah,
Iman senang sekali walau ianya hanya untuk seketika cuma.

BPB_38 :: NOKTAH HIDUP ::


Telepon dipegang kejap. Satu persatu nombor lelaki itu di dail. Seketika
talian mula bersambung. Iman menarik nafas tinggi sebelum dihembus
perlahan-lahan. Percubaannya yang pertama hampa, telinganya di sajikan
dengan lagu ‘Jujur’ dari kumpulan Radja sebelum di bawa ke peti simpanan
suara. Iman membatalkan panggilan. Ke manakah perginya lelaki itu? Dia
mencuba sekali lagi, sekali lagi lagu kegemaran Ismail itu menjadi halwa
telinganya.
 
“Ismailll…” Iman menjerit geram. Dia mundar-mandir di dalam bilik, seminit
kemudian dia mendail sekali lagi. Iman menghela nafas lega kerana talian
berjawab.
 
“Hello, Assalamualaikum, Ismail awak di mana ni? Kenapa dah dua kali saya
called awak tak jawab?” Laju Iman memulakan bicara, nadanya berbaur
geram.
“Waalaikumsalam, er… Ismail tengah mandi. Ini uminya, siapa ni ya?” Suara
seorang wanita tiba-tiba menjawab telepon milik Ismail Syafiq.
“Er… maaf makcik saya ingatkan Ismail yang jawab tadi. Saya Iman Nuraina,
kawan Ismail makcik. Makcik apa khabar?” Balas Iman sekadar berbasa-basi
juga untuk menutup kegopohannya tadi.
“Tak mengapa. Oh, inilah Iman ya, alhamdulillah makcik sihat. Iman pulak
bagaimana, sihat? Bila nak datang rumah makcik?” Tanya wanita itu ramah.
“Ya, Alhamdulillah, saya sihat makcik. InsyaAllah, panjang umur saya datang
nanti makcik.” Jawab Iman.
“Iman, sebentar ya, makcik panggilkan Ismail.”
 
“Iman, ada apa sayang? Rindu kat saya ya?” Ismail berkata ceria. Bahu Pn.
Dewi Fauziah dipeluk rapat.
“Ismail… saya… saya…”
“Iman? Kenapa ni? Ada apa sayang?” Tanya Ismail sedikit cemas.
“Ismail, awak… awak betul-betul sukakan saya, ikhlas menyayangi diri
saya?” Terluah ayat pertama yang di rangka semenjak tadi.
“Kenapa ni Iman? Of course saya ikhlas sayangkan awak. Awak masih tak
percayakan saya lagi. Iman… hanya awak yang saya sayang, hanya Iman
Nuraina di hati saya. Percayalah. Iman any problem, hmm?” Tanya Ismail
Syafiq.
 
Ismail mengenyit mata nakal ke arah Pn. Dewi Fauziah yang masih
memasang telinga mendengari perbualannya. Sesekali dia tersenyum simpul,
menjeling penuh makna ke arah wanita separuh abad itu. Dia mengaduh
kecil tatkala wanita itu mencubit lengannya.
 
“Iman… tell me sayang…” Pujuk Ismail tatkala mendapati gadis itu masih
membisu di hujung talian.
“Erm… tapi, saya tak tahu nak cakap macam mana, saya… saya… err… Ismail
tak mengapalah, nanti bila senang… saya bagi tahu ya.” Iman pantas
mematikan talian.
 
Dan, Ismail hanya mampu mengerutkan dahi, menjungkit bahu ke arah
uminya. Dia mengeluh hampa. Iman… Iman… entah apalah yang ingin
diperkatakan oleh gadis pujaannya itu. Dia tidak perlu bimbang, lambat laun
pasti gadis itu akan memberitahunya.
 
Iman terduduk lemah di birai katil. Sebentar tadi dia begitu berkobar-kobar,
tekadnya bulat. Tapi entah mengapa seketika tadi, kekuatannya seakan
hilang untuk memberitahu Ismail. Dia benar-benar malu. Tidak tergamak
rasanya untuk meluahkan hajat di hatinya saat itu. Lidahnya tiba-tiba seakan
kelu padahal dia sudah mengumpul seberapa banyak kekuatan sebelum
bertindak mendail nombor lelaki itu. Apa yang dirangka di fikiran sudah
bertaburan. Iman menahan perasaan namun, airmata akhirnya berjuraian
juga, meleleh membasahi pipi.
 
Mungkinkah semangatnya terbang sebaik mendengar suara ibu Ismail,
wanita itu kelihatan agak terperanjat apabila dia mengenalkan diri sebentar
tadi. Walau suara dan intonasi wanita itu kelihatan baik dan mesra namun,
Iman masih ragu-ragu dengan penerimaan keluarga Ismail terhadap dirinya.
Tentu ibu Ismail akan menganggapnya sebagai perempuan yang tidak tahu
malu, tiada maruah kerana meminta anak lelaki wanita itu mengahwini
dirinya. Iman mengeluh lega, mujur dia tidak bertindak terburu-buru
memberitahu Ismail sebentar tadi.
 
Tapi, mengapa dia yang terpilih? Kenapa cubaan hidupnya begini? Mengapa
laluan hidupnya begitu? Mengapa tidak orang lain? Mengapa dan kenapa
semuanya hanya dia? Mengapa??? Hatinya menjerit, mindanya menolak,
jasadnya meronta.
 
Astaghfirullah… Iman baru tersedar, mengapa mesti dia mengeluh dan
mempersoalkan ketentuan Tuhan? Siapa dirinya untuk menolak takdir
Tuhan, menongkah arus kehidupan? Iman terbaring longlai. Akhirnya dia
berserah. Biarlah, Iman redha kalau lelaki itu sememangnya bukan
ditakdirkan untuk berdampingan dengannya. Takdir. Ya, Iman percaya akan
hakikat yang satu itu.
 
Iman bingkas. Ada sesuatu yang ingin di laksanakan saat ini sebelum
keputusan dinoktahkan. Iman mendail nombor telepon Kak Ain. Setelah
berbual dan berbincang hampir setengah jam dia mendail pula nombor
telepon Irma. Adiknya itu hanya menurut dan menyokong setiap yang di
keutarakan olehnya. Sebaik mematikan talian Iman tersenyum puas.
Segalanya akan berjalan lancar. Dia akan segera menguruskan segalanya
secepat mungkin. Mungkin ini adalah hadiah yang ternilai untuk wanita itu
dan kepuasan bagi dirinya sendiri sebelum dia mendirikan rumahtangga.
Nampaknya, Iman perlu mengatur kembali rencana hidupnya selepas
menjadi tunangan si dia…
 
Si dia? Ah, siapa pun yang akan menjadi tunangan mahupun suaminya kelak
akan di terima dengan hati terbuka. Walau hatinya terluka namun dia perlu
redha dengan ketentuan takdir Tuhan. Antara dua lelaki itu pasti salah
seorangnya mempunyai peluang untuk mendapat perempuan yang lebih baik
daripada dirinya. Dan, dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan untuk
mereka.
 
Sudah beberapa malam Iman melakukan solat istikharah dan hari ini dia
mula menyimpulkan sebuah keputusan. Iman mula membayangkan lelaki
tanpa wajah mahupun nama itu. Dia malas hendak menyoal siasat,
membayangkan bentuk fizikal, melihat gambar mahupun bertanya nama.
Lantaklah, belum ada pun orang mati kerana terkejut melihat bakal
suaminya sendiri, pengsan barangkali juga. Lamaran diterima. Noktah!

BPB_39 :: JANJI DIPADU ::


Sah kini dia sudah pun menjadi tunangan orang. Sebentar tadi pihak
keluarga lelaki baru saja pulang setelah sempurna adat menyarung cincin
tanda di jari Iman. Tidak ramai tetamu yang diundang lantaran majlisnya
hanya secara kecil-kecilan sahaja. Wakil pihak lelaki juga hanya sekadar
sebuah kereta termasuk Pak Samad dan Makcik Zubaidah. Namun, Iman
bersyukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar. Keriangan jelas
terpancar di wajah tua ibunya.
 
Iman memerhati wajahnya di cermin. Solekkan di muka masih tidak
dibersihkan. Sanggul rambutnya masih rapi, kurung sutera thai berwarna
putih gading masih membaluti tubuhnya. Warna-warni yang tercorak di
luaran tidak seceria apa yang ada di dalam hatinya saat itu. Iman kecewa,
namun itu semua sudah tidak bererti lagi. Ikatan sudah tersimpul, janji
sudah dipadu. Kini, dia hanya menunggu waktu, menanti detik ijab dan kabul
untuk disatukan.
 
"Kak Aina, apa yang di termenungkan lagi tu? Teringat tunang tersayang
ke?" Tegur Irma.
 
Sedari tadi dia memerhatikan kakaknya itu. Wajah itu langsung tidak ceria
selayak orang lain yang bertunangan. Tidak gembirakah Kak Aina dengan
pertunangan itu? Tapi mengapa? Mungkinkah ada sesuatu yang di
sembunyikan dari pengetahuannya?
 
"Kenapa Kak Aina? Akak tak gembira ke? Bukankah ibu kata akak suka sama
suka, jadi apa masalahnya?" Tanya Irma cuba menyiasat.
 
Iman tersenyum kecil. Tidak menidak juga tidak mengiyakan. Aku suka sama
suka? Ah, mungkin ibu mempunyai alasan tersendiri sehingga memberitahu
begitu kepada Irma juga Kak Ain. Tidak mengapa, mungkin nanti doa ibu itu
akan termakbul. Semoga pintu hatinya akan terbuka untuk menerima lelaki
itu. Dia juga akan cuba membajai ikatan mereka seikhlasnya.
 
"Bukan tidak gembira Irma, cuma… Kak Aina rasa macam tak percaya sudah
menjadi tunangan orang. Irma tak rasa pelik ke, tiba-tiba ajer akak
bertunang? Semalam dan hari ini sungguh berbeza Irma..." Balas Iman
menutupi kegundahan hatinya.
"Eh, pelik apa pulak, Irma gembira lagi adalah. Akhirnya, kakak Irma yang
comel ni dah pun berpunya. Eee… tak sabar pulak rasanya nak jumpa bakal
suami akak tu. Handsome kan dia kak? Ganteng!" Jawab Irma ceria.
"handsome? Ganteng? Mana Irma tahu ni?" Tanya Iman pelik.
 
Dia sebagai tunangan lelaki itu sedikit pun tidak tahu inikan pula adiknya
yang selama ini duduk di Melaka. Sungguh menghairankan! Atau, mungkin
juga mereka sudah bertemu barangkali. Hanya aku yang masih tidak tahu
menahu perihal lelaki itu.
 
"Lah, takkanlah buah hati sendiri handsome pun tak tahu kot… Irma tahulah.
Memang sesuai sangatlah dengan akak ni. Macam pinang di belah dua
gamaknya." Usik Irma.
"Hah, iyerlah tu… entah-entah macam pinang terbelah tiga!" Balas Iman
mendatar.
"Hish… Kak Aina ni, ada pulak macam tu. Betul apa Irma cakap. Kak Aina
dengan si dia sama cantik sama padan…" Tekan Irma. Iman buat muka
selamba mendengar kata-kata pujian dari adiknya itu.
 
Sekali lagi Irma memerhati raut wajah kakaknya itu di cermin solek. Solekan
nipis ternyata menyerlahkan lagi kecantikkan Kak Aina. Sememangnya, di
antara mereka bertiga, Kak Aina dikurniakan wajah yang menawan,
wajahnya bujur sirih, kulit juga bersih, putih kemerahan. Siapa jua yang
memandang pasti terpaut. Sedikit waktu dulu, dia sendiri cukup irihati
dengan kelebihan yang dimiliki oleh gadis itu namun kini, Irma akur dengan
kurniaan Tuhan kepada setiap insan.
 
Mereka berdua saling berpandangan melalui cermin. Irma memainkan
keningnya nakal. Iman tersenyum sumbing. Bunyian handphone Iman tanda
mesej masuk melebarkan lagi senyuman di bibir Irma.
 
"Hah, tunggu apalagi. Cepatlah Kak buka, mesti tunang tersayang yang
hantar mesej tu. Bukalah cepat kak... " Sergah Irma tatkala didapati Iman
masih membatu diri.
 
Mana mungkin tunangannya itu mahu menghantar SMS kepadanya.
Semenjak lamaran dihantar dan diterima belum sekalipun lelaki itu
menghubungi Iman berkenalan mahupun bertanya khabar. Entah-entah
lelaki itu juga sama seperti dirinya, hanya menurut kehendak orang tua.
Kalaulah begitu, sungguh malang nasib dirinya. Iman mengeluh seraya
mencapai handphone di atas meja solek.
 
'A'kum. Aina terima kasih kerana menerima diri ini. Tidak sabar rasanya utk

bertemu Aina-Abang.'

 
Ternyata telahan Irma betul. Baru kini lelaki itu mahu menonjolkan diri
walaupun bukan dengan menunjukkan wajahnya. Perlukah dia membalas
mesej tunangannya itu?
 
"Hah, balaslah cepat kak. Kesian En. Abang awak tu." Ujar Irma seraya
berlalu keluar.
 

'Erm… welcome.'

 
'Itu jer? Tak rindu kat Abang? I miss U sayang…'
 
Sayang! Belum pernah bertemu sudah bersayang-sayang. Sayangkah lelaki
kepada dirinya? . Tidak sampai sehari bertunangan sudah membahasakan
dirinya 'Abang'. Tidak malukah lelaki itu? Iman membiarkan mesej itu tidak
berbalas.
 
Tapi, benarkah lelaki itu benar-benar menerima Iman sebagai tunangan. Oh,
nampaknya hanya dia yang tidak ikhlas menyimpulkan ikatan ini. Iman
mengeluh lega, setidak-tidaknya dia tahu lelaki itu menerima dirinya bukan
kerana paksaan mahupun aturan keluarga. Iman tidak bimbang akan dirinya,
dia akan sedaya upaya merawat luka di hatinya demi lelaki itu. Kasih akan
segera dipupuk. Dia tidak akan sesekali memalukan ibu, maruah keluarganya
lebih tinggi nilainya dari segalanya.
 
Iman menekan-nekan papan kekunci handphone untuk menyimpan nombor
telepon tunangannya itu. Tapi, siapa ya nama yang perlu dia letak? Ah,
sehingga sudah sah bertunangan pun dia masih tidak tahu nama lelaki itu!
Apa jenis punya tunanglah dia ini… 
 
'ABANG???' Akhirnya Iman menaip sebaris abjad itu.
 
"Abang…" Iman mengungkapkannya penuh perasaan. Latihan praktikal,
Iman tersenyum gelihati.
 
Bagaimanalah rupa bentuk wajah dan fizikal 'Encik Abang' nya itu. Kacakkah
seperti yang dikatakan oleh Irma? Kalau betullah, itu merupakan satu bonus
untuknya walaupun bukan itu yang di harapkan Iman. Memadailah jika lelaki
itu seorang yang bertanggungjawab, jujur dan menghormati dirinya sebagai
seorang wanita. Selebihnya dia berharap agar ada keserasian di antara
mereka. Itu saja.

BPB_40 :: KENAPA? ::
Sudah 2 hari Iman berada di Kuala Lumpur menghadiri bengkel Penulisan
Kreatif anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Dia memang minat berkarya,
menulis cerpen mahupun puisi-puisi yang sekadar melahirkan perasaannya.
Sekali-sekala ada juga dia menghantar karya-karya hasil penulisannya ke
syarikat penerbitan majalah tempatan. Sungguh! Iman tidak menyangka
sama sekali sesuatu yang hanya dianggap sebagai hobinya itu telah menarik
minat pihak DBP untuk mengundang dirinya menyertai bengkel yang
berlangsung selama 3 hari itu secara percuma.
 
Iman masih menunggu kedatangan Imran Haziq untuk menjemputnya. Hari
ini dia meminta Haziq menjemputnya di Sogo. Sebenarnya, bukan niat Iman
untuk menyusahkan lelaki itu. Pada mulanya, dia hanya meminta
pertolongan untuk mencarikan dirinya hotel penginapan yang berdekatan
dengan DBP selama dia di KL ini. Namun, Haziq berkeras supaya dia
menginap di rumah ibubapanya di Ampang Jaya. Kalaulah Fatin berada di
tanah air, Iman pasti dia tidak akan sekali-sekali menyusahkan lelaki itu.
 
Ismail? Oh, dia tidak pernah terfikir untuk meminta bantuan lelaki itu.
Semenjak bertunangan, Iman tidak lagi menghubungi Ismail apatah lagi
memaklumkan kedatangannya ke ibu kota ini. Hanya Ismail yang selalu
menghubungi dirinya. Kalau ‘mood’nya baik Iman akan menjawab dan kalau
tidak dia hanya memandang sepi pada setiap deringan telepon daripada
lelaki itu. Perbualan mereka juga sudah tidak semesra dulu. Acapkali juga
Ismail berang namun, dia tidak pernah ambil peduli. Ingin mengungkapkan
kebenaran dia masih belum dikurniakan kekuatan. Sampai bila? Iman sendiri
tidak pasti.
 
“Hei… Iman, awak buat apa kat sini?” Tiba-tiba ada suara lelaki menyapa
telinga Iman.
“Hah! Awak???” Iman benar-benar tersentak. Mulutnya ternganga luas.
Seketika, tubuh badannya bergetar hebat.
“Iman… saya tanya ni, awak buat apa kat sini?”
“Saya… saya… err… saya tengah tunggu… tunggu kawan datang jemput.”
Jawab Iman.
“Kawan?”
 
Sekilas Iman membuang pandang ke atas jalan raya yang sibuk, melihat
kalau-kalau Haziq sudah tiba untuk menjemputnya. Kereta bertali arus,
namun tiada satu pun yang berhenti dipinggir jalan. Mana Haziq ni?
 
“Kawan?” Sekali lagi pertanyaan itu diulang sebut.
 
Iman mengangguk pasti. Dia mengukir senyuman lantaran orang yang di
nanti sudah pun sampai. Haziq melambai tangan dari dalam keretanya. Iman
bingkas, dia perlu cepat beredar, bukan mengelak diri tapi, kereta Haziq
tidak boleh berlama berhenti di situ, melanggar peraturan lalu lintas!
 
“Err… saya pergi dulu ya, assalamualaikum.” Ucap Iman seraya mengorak
langkah meninggalkan lelaki itu tercengang-cengang sendiri.
 
Iman diserbu rasa bersalah namun, di pihak yang satu lagi dia mengeluh
lega. Mungkin pertemuan ini mempunyai hikmah, alasan untuk meleraikan
hubungan mereka. Dia rela dipandang serong, tidak setia mahupun dianggap
curang sekalipun oleh lelaki itu. Biarlah, lelaki itu berhak untuk menuduhnya
begitu. Dan, Iman tidak perlu takut jauh sekali untuk menerangkan apa yang
di lihat oleh lelaki itu mahupun menjelaskan hubungan dirinya dengan jejaka
di sebelahnya ini. Iman tidak perlu bersusah payah untuk membersihkan
harga dirinya pada lelaki itu. Yang tersurat sudah nyata lalu, biarlah yang
tersirat itu tersimpul erat.
 
“Iman, apa yang ditermenungkan lagi tu?” Tanya Haziq. Iman tersenyum
kelat.
“Siapa lelaki tadi tu? Kalau tak silap macam muka kawan awak yang saya
jumpa dekat Pudu dulu tu kan?” Tanya Haziq lagi.
“Erm. Kebetulan terserempak dengan dia masa saya tunggu awak tadi. Awak
tu janji nak jemput saya pukul 5.30pm, tengok pukul berapa awak sampai
tadi?” Jawab Iman.
“Oh. Ingatkan awak memang berjanji nak jumpa dia. Tu yang suruh saya
jemput dekat Sogo. Maaflah sebab lambat, ada kerja sikit tadi.”
“Taklah, kebetulan ajer. Saya pergi Sogo sebab nak beli ni. Cantik tak?”
Jawab Iman seraya menunjukkan beberapa barangan di ribaannya.
“Cantik. Untuk siapa ni?” Tanya Haziq, tangannya mencapai satu bungkusan
di tangan Iman, dibelek-belek sambil menunggu lampu trafik bertukar hijau.
 
Iman mengukir senyuman kecil. Kotak berbalut sampul berwarna biru lembut
itu mengandungi sesuatu yang dibeli khas untuk ‘Abang’nya. Entah mengapa
tiba-tiba saja fikirannya terlintas untuk membelikan sesuatu untuk si dia.
 
“Untuk siapa? Untuk saya? Atau, untuk…” Usik Haziq, ekor matanya melirik
ke arah Iman, gadis itu tersenyum malu, wajahnya sedikit merona. Cantik!
Desis hati Haziq.
 
Sementara itu, di dalam kereta di bahagian bawah tempat parking di pusat
membeli-belah Sogo, seorang jejaka sedang bergelut dengan perasaannya
sendiri. Tubuhnya bergetar, wajahnya tegang, telinganya merah menahan
rasa. Dia benar-benar cemburu, hatinya mendongkol marah, tangannya
beberapa kali melepaskan tumbukkan kuat di stereng kereta sekalian
mengundang banyak mata dan jelingan tajam manusia-manusia hairan. Ah,
dia tidak pernah peduli, banyak persoalan lain yang bermain di fikirannya
saat ini.
 
‘Kenapa mesti lelaki itu? Kenapa bukan aku?’
‘Kenapa lelaki itu yang menjemputnya? Kenapa bukan aku? Kenapa tak naik
teksi saja? Bus? LRT? Komuter? Monorel? Kenapa?’
‘Kenapa mesti menginap di rumah lelaki itu? Bukankah sepatutnya di hotel?
Rumah Fatin? Rumah aku?’
‘Apa hubungannya dengan lelaki itu? Macam mana hubungan aku dengan
dia? Apa kesudahannya?’
‘Atau, ada sesuatu yang aku tidak tahu? Atau…’
 
“Ismail!!!” Jeritan seorang wanita berserta ketukan yang bertalu-talu di
cermin tingkap kereta menyedarkan Ismail. Cepat-cepat dia keluar dari
kereta.
“Ismail… Ismail… apa yang kamu menungkan sampai umi panggil banyak kali
pun tak dengar ni, hah?” Ujar Pn. Dewi Fauziah.
“Tak ada apalah umi. Umi tu lama sangat shopping, penat Ismail tunggu tau.
Tu yang sampai tertidur tadi.” Balas Ismail sambil membantu Pn. Dewi
Fauziah memasukkan barangan yang di beli ke dalam bonet kereta.
“Hai… selalu tu tak pernah pulak merungut, sepuluh jam pun sanggup
tunggu. Tup-tup hari ni kata penat, nak duduk bertapa dalam kereta pulak,
adalah yang tak kena tu.” Bebel Pn. Dewi Fauziah lagi.
“Hish… umi ni, Ismail biasa ajer, mana ada apa-apa pun.”
“Tak payah nak bohong dengan umi, tengok muka kamu yang monyok,
telinga kamu yang merah tu pun umi dah tahu Ismail… Marah dengan siapa
ni, hmm? Balik nanti cerita kat umi, ya Ismail sayang…?”
“Erm... baiklah puan. Boleh kita balik sekarang?”
“Ok, jalan.” Arah Pn. Dewi Fauziah.
 
Ismail hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Sesekali, bibirnya
menyanyi-nyanyi kecil mengikut alunan lagu dari corong radio, menutupi
kegundahan hatinya saat itu. Di matanya terbayangkan wajah Iman yang
ketara serba-salah sebentar tadi, berselang-seli dengan pandangan tajam
milik lelaki dari sebalik cermin kereta yang berhenti di pinggir jalan.
 
“Eh tadikan, umi macam nampak kawan kamu Iman. Tapi, tak tahulah betul
ke tidak. Mungkin pelanduk dua serupa agaknya. Mata umi ni dah kelabu,
bukannya nampak sangat.” Ujar Pn. Dewi Fauziah tiba-tiba. Ismail pura-pura
tidak dengar.

BPB_41 :: SELAMAT TINGGAL SAYANG ::


Ismail memandu tenang, Iman di sebelah menarik muka tegang. Iman lebih
rela kedua-dua biji matanya memandang ke luar tingkap sepenuhnya
daripada membenarkan ekor matanya melirik ke arah lelaki yang telah
menyakitkan hatinya sebentar tadi. Iman malu diperlakukan seperti anak
kecil oleh Ismail. Dia seolah-olah anak liar yang kabur dari pengawasan
ibubapa oleh berpuluh pasang mata yang memandang di perhentian bas
DBP. Ismail mengheret, memaksanya, menghenyak tubuhnya ke dalam
kereta. Iman membantah, Ismail memaksa malah lebih teruk lagi, lelaki itu
bertindak mencempung tubuhnya!
 
"Iman, kenapa nak marah-marah ni? Kalau dengan Haziq boleh pulak awak
senyum, berbual mesra tapi, dengan saya..."
"Suka hati sayalah nak marah ke tidak, nak senyum ke tidak, nak berbual
mesra ke tidak, diri saya, saya punya sukalah, awak peduli apa!" Balas Iman
geram.
"Eh memanglah saya peduli. Apa hubungan awak dengan dia? Siap boleh
tinggal kat rumah dia lagi. Kenapa? dekat KL ni dah tak ada hotel lagi ke?
Apa awak ingat saya ni tak ada perasaan, saya cemburu tahu tak! Lagipun,
ingat, awak tu…"
"Saya apa?" Pintas Iman.
"Awak tu perempuan, Haziq tu lelaki, bahaya. Macam-macam boleh terjadi,
faham???" Tekan Ismail, dia geram dengan Iman yang kini sudah pandai
menjawab dengan kata-kata yang berbisa.
"Habis, awak dengan Haziq tu tak sama ke? Tengok, apa yang awak dah
buat pada saya sebentar tadi. Mengata orang konon, entah-entah awak tu
yang lebih bahaya daripada dia!" Balas Iman selamba.
"Memanglah sama tapi saya ni…"
 
Ismail kematian kata-kata untuk terus berhujah. Ya, sebentar tadi dia
memang benar-benar naik angin. Ismail bengang, Iman boleh buat muka
selamba, buat-buat tidak kenal pulak akan dirinya yang terjerit-jerit
memanggil nama gadis itu sedari tadi. Kesudahannya, dia terpaksa bertindak
kasar dan kini mahu atau tidak Iman sudah pun berada di sisinya. Ismail
tersenyum megah walau hatinya sedikit gundah, takut andainya Iman
semakin dingin dengan dirinya.
 
"Iman… kenapa mesti begini? Awak seolah-olah ingin menjauhi diri saya?
Awak membenci saya, hmm?" Tanya Ismail setelah mampu menenangkan
perasaannya.
"Memang, memang saya bencikan awak! Awak memalukan saya! Apa awak
ingat saya ni budak mentah? Sesuka hati awak aje nak buat apa pada saya!
Awak paksa saya! awak heret saya! awak peluk saya depan orang ramai,
saya malu tahu tak!!!" Marah Iman, suaranya tersekat-sekat menahan gelora
marah yang kini sarat di dalam hatinya.
"Iman, maafkan saya ok?"
"No, saya bencikan awak!!!" Jerit Iman.
 
Iman mengetap bibir kuat. Geram! Mulutnya begitu lancang menuturkan
kata-kata berbisa itu. Iman tidak membenci lelaki itu, tidak sekali-kali.
Hanya dirinya yang menjadi kebencian baginya saat ini. Iman bencikan
perasaan yang sedang berkocak hebat di dalam hatinya. Redup mata itu
begitu didambakan, suara garau itu begitu menusuk kalbunya. Pendek kata,
segala yang ada pada lelaki itu begitu menghantui hidupnya. Sudah berapa
minggu Iman menyekat kerinduan yang cuba bertandang, dia ingin menjauhi
lelaki itu tapi, dalam masa yang sama dia berdoa untuk tidak kehilangan. Ah,
betapa tamak dan hipokritnya dirinya.
 
"Betul, awak bencikan saya ni, hmm sayang?" Tanya Ismail. 
 
'Oh no, saya cintakan awak!!!' Hati kecil Iman melaung kuat.
 

Ismail mengulum senyum. Masakan Iman membenci dirinya. Marah-marah


sayang adalah. Ismail terbayangkan tindakan beraninya sebentar tadi namun
dia diam, tidak berani untuk berkata lanjut. Ismail tidak mahu mencurah
minyak ke atas api yang sedang marak, bimbang dirinya sendiri yang rugi.
Sekilas dia menjeling ke arah jemari Iman, ada sesuatu yang menarik
matanya untuk berlama di situ. Kilauan itu begitu memikat pandangan.
Perlahan dia mencapai jemari halus dan runcing itu. Iman merentap namun
tangan sasanya kejap tidak dilepaskan walau seinci.
 
"Iman, cincin apa ni? Cantik." Puji Ismail. Iman diam tidak menjawab.
"Iman… cincin apa ni sayang? Macam cincin tunang saja ni. Awak sudah
bertunang ya?" Teka Ismail pula. Dia memusing-musingkan cincin itu
perlahan-lahan. Muat-muat saja. Ada rasa halus yang menyelinap ke dasar
hati Ismail saat itu.
 
Berdesing telinga Iman, darah segera menyerbu ke muka, nafasnya bagaikan
tersekat di kerongkongan. Bibir merahnya bergetar menahan rasa gentar
yang terbit di dada. Sudah tahukah lelaki itu? Iman memejamkan matanya
tatkala Ismail bertindak mencium lama cincin di jari manisnya itu. Sungguh!
Iman rindu. Pergerakkan tubuhnya mulai longlai, hatinya bagaikan
membenarkan saja apa yang di lakukan oleh Ismail saat itu.
 
"Ismail! Apa yang awak buat ni hah???" Jerit Iman sebaik terasa ada sebuah
ciuman lembut yang mendarat di pipi kanannya.
 
Wajahnya merona pekat. Pantas dia merentap kuat tangannya dari
genggaman sasa lelaki itu. Tubuh Ismail ditolak menjauhi dirinya. Iman
diserang rasa bersalah. Curangkah aku? Perempuan jenis apakah aku ini?
Tega-teganya aku membenarkan lelaki itu menciumi wajahku! Ya Allah, apa
yang telah aku lakukan ini?
 
"Iman…"
"Turunkan saya! Turunkan saya cepat! Turunkan saya Ismail! Saya benci
awak! Saya benci!!!" Jerit Iman bagaikan diserang histeria.
 
Berjuraian airmata Iman. Tangannya berusaha membuka pintu kereta
walaupun dihalang oleh Ismail. Dia berjaya akhirnya sekalian memaksa
Ismail memberhentikan keretanya di pinggir jalan secara mengejut. Tanpa
berlengah dia pantas turun untuk mendapatkan teksi. Bagaikan dirancang,
sebuah teksi berhenti di depannya.
 
"Iman, sabar dulu sayang. Dengar apa yang saya nak cakapkan ni. Saya ada
sesuatu nak beritahu awak. Iman…" Pujuk Ismail sambil cuba menghalang
perjalanan Iman.
"No, awak tak perlu cakap apa-apa malah awak tak bersalah apa-apa pun
dengan saya. Cuma, satu yang saya minta, tolong lupakan saya Ismail,
lupakan saya." Balas Iman tegas.
"Tapi, kenapa? Apa-apa pun awak kena dengar dulu penjelasan saya. Iman…
please sayang, dengarlah apa yang saya nak cakapkan ni. Iman…"
"Tak ada apa-apa dan saya tak mahu dengar apa-apa. Thanks for
everything." Iman memandang wajah Ismail buat kali terakhir, dirauti wajah
itu sedalamnya. Tidak dipeduli sinar mata yang penuh mengharap itu.
 
'Selamat tinggal sayang…'
 
Sepanjang perjalanan Iman menangis hiba. Pakcik teksi yang memandu
memandang pelik namun, Iman tidak peduli, bukan dia kenal pun dengan
orang tua itu, lalu, tangisannya bertambah sayu lagi haru. Telepon berbunyi
menandakan ada SMS diterima.
 
'Aina, di mana sayang? Everything ok kan? SMS Abang kalau sudah tiba
dirumah.'
 
Iman tidak membalas. Dia merengus tanda tidak puas hati. Lelaki ini pun
satu hal, semenjak bertunangan tidak pernah mahu menghubunginya, asyik
berbalas SMS saja, Iman bosan! Pada mulanya dia senang namun, lama
kelamaan dia jadi sakit hati. Iman ingin mencurahkan perasaan tapi, pada
siapa?
 
Pakcik teksi itu mencuri pandang anak gadis yang sedang melayan perasaan
sedih. Ingin bertanya, dia takut dimarahi. Tapi, dia kenal dengan lelaki yang
mengejar gadis itu sebentar tadi. Mereka pernah beberapa kali berjumpa dan
berbual mesra. Anak muda itu kelihatan baik pada pandangan mata tuanya.
Adakah gadis ini yang seringkali diceritakan oleh anak muda itu kepadanya?
Tapi, apa yang telah terjadi? Mungkinkah sesuatu yang buruk telah dilakukan
oleh anak muda itu pada gadis ini?  Alah, adat orang bercinta, bergaduh dan
berkelahi itu asam garam kehidupan mereka, esok-esok berbaiklah semula.

BPB_42 :: IRIS ::
Pn. Dewi Fauziah mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Suaminya, Tn.
Ibrahim sedang menonton berita, langsung tidak menghiraukan isterinya
yang tidak tahu duduk diam itu. Dia mengantuk sebenarnya tapi, dek kerana
dipaksa oleh isterinya untuk sama-sama menunggu kepulangan Ismail lalu,
dia sedari tadi duduk termagu di sofa itu. Tn. Ibrahim sudah lali dengan
perangai isterinya yang sememangnya begitu. Apa saja yang berkaitan
dengan Ismail Syafiq, anak bujang tunggal mereka akan membuatkan
isterinya itu bagaikan cacing kepanasan.
 
"Ya Allah, Abang… awak ni tak risau ke? Tengok sudah pukul berapa ni,
Ismail tak balik-balik lagi. Saya risaulah Bang…" Bebel Pn. Dewi Fauziah.
"Alah… biasalah orang bujang Dewi, lagi-lagi malam-malam minggu begini.
Janganlah risau, sekejap lagi baliklah si Ismail tu." Balas Tn. Ibrahim.
"Hish, awak ni memang, tak pernah nak risaukan pasal Ismail tu! Selalu tu
dia telepon saya kalau balik lambat ke apa ke. Tapi, hari ni senyap aje, saya
telepon tak dapat pulak, di 'off' nya pulak handset tu. Ismail... manalah
kamu pergi ni nak... Ya Allah, lindungilah anakku..."
"Dewi… boleh tak awak bersabar sikit." Pujuk Tn. Ibrahim, isterinya risau
mengalahkan Ismail itu anak kecil, macamlah anak bujang itu tidak pernah
balik lambat sebelum ini. Dia mula menguap, Sekilas jam dinding diperhati,
baru pukul 1.30am.
 
Seketika kemudian, Pn. Dewi pantas berlari keluar sebaik mendengar
deruman kereta Ismail memasuki perkarangan rumah mereka. Dia melepas
senyuman lega sebaik memandang wajah Ismail di dalam kereta.
 
"Ya Allah Ismail, ke mana saja kamu pergi sampai jam sebegini baru balik,
Umi risau tahu tak." Sergahnya sebaik Ismail berdiri di depan matanya.
"Alah Umi ni, Ismail tak ke mana pun, pergi Sarang Murai aje tadi." Jawab
Ismail.
"Kenapa tak bagitahu Umi? Kenapa bila Umi telepon tak dapat?" Tanya Pn.
Dewi Fauziah lagi.
"Bateri kong." Balas Ismail malas, dia tiada mood sebenarnya untuk
bercakap banyak.
"Bertuah punya anak, buat Umi risau saja. Bagaimana tadi? Kamu sudah
cakap dengan…" Ismail pantas menggeleng kepala.
 
Terlopong mulut Pn. Dewi Fauziah. Patutlah Ismail pulang lewat. Dia sudah
menjangkakan semenjak siang tadi, hatinya terasa tidak enak sekali. Kini,
Ismail nampak sugul di matanya. Sungguh! dia turut dapat merasakan
kesedihan yang dialami Ismail itu.
 
"Tak mengapa, mari masuk dulu. Ismail sudah makan?" Pn. Fauziah meraih
tangan Ismail, mendorong anak muda itu masuk ke dalam rumah.
"Belum. Umi masak lauk apa hari ini?" Tanya Ismail.
"Sambal ketam, terung goreng aje. Umi panaskan ya?"
"Erm… Ismail lapar sangat ni, dari siang tadi tak makan tau Umi." Adu
Ismail.
"Siapa suruh tak makan? Kalau ya pun bergaduh dengan buah hati janganlah
sampai tak makan. Ismail kan ada gastrik, sakit nanti Umi juga yang susah,
kan?" Bebel Pn. Dewi Fauziah.
"Tulah pasal, ingat nak makan dengan dia tapi… sekali tak jadi pulak. Ismail
'ter'cium dia Umi, dia marah gila-gila, terus balik, tak sempat Ismail nak
cakap satu apa pun. Tu yang Ismail geram sampai balik lambat ni." Jawab
Ismail selamba.
 
Pn. Dewi fauziah menggeleng kepala, dia masak sangat dengan perangai
Ismail, kalau marah atau punya masalah begitulah jadinya. Duduk bertapa di
'Sarang Murai' lah gamaknya anaknya itu. Entah apa yang Ismail suka
sangat ke tempat itu agaknya, hendak kata cantik, tak adalah sangat, hutan
rimba! Tapi, kalau untuk mencari ketenangan dan kedamaian jiwa tempat itu
memanglah sesuai sangat.
 
"Betul ni 'ter' bukan kamu sengaja Ismail?" Duga Pn. Dewi Fauziah, dia
kurang percaya dengan cerita Ismail tadi.
"He he he… entah, 'ter' ke sengaja ek, tak perasan pulak Ismail Umi. Tapikan
Umi, bukan salah Ismail seorang, dia yang menggoda sangat…"
"Kamu ni Ismail, cuba ubah-ubah sikit perangai kamu tu. Jangan-jangan
Ismail yang paksa dia tak ni, hmm? Tu yang dia marah sangat agaknya."
Tegur Pn. Dewi Fauziah.
"Tak adalah Umi. Ismail tak paksa pun. Lagi satu kan Umi, ada ke Iman
suruh Ismail lupakan dia, apa ingat senang ke, susah-susah Ismail dapatkan
dia, habis tu nak lupakan macam tu ajer, mana boleh, kan Umi?"Jawab
Ismail sambil meneruskan suapannya. Pn. Dewi tersenyum gelihati
mendengar jawapan Ismail itu.
 
Ismail terlentang kekenyangan di atas sofa. Uminya masih di dapur
membancuh minuman panas untuk mereka berdua. Dua unit hanphone
Nokia miliknya di atas meja diambil, memeriksa kalau-kalau ada pesanan
SMS baru yang diterima. Kosong! Ismail mengeluh hampa, dicampaknya
kedua-dua benda itu semula ke atas meja.
 
"Telepon tak jawab, bagi SMS tak balas, geram betul!" Rungut Ismail.
 
Ismail masih lagi mundar-mandir di ruang tamu. Mulutnya tidak berhenti
merungut marahkan Iman juga dirinya. Tidak sabar rasanya untuk menanti
malam membukakan tirai, dia ingin segera bertemu muka dengan Iman.
Ingin dirungkaikan segala-galanya.
 
"Apa yang kamu marahkan tu Ismail?" Tegur Pn. Dewi Fauziah.
"Imanlah Umi. Geram betul Ismail. Banyak kali Ismail call, satu pun dia tak
jawab! 'Abang' dia bagi mesej pun tak reply! Sedap sangat agaknya tidur
dekat rumah Haziq tu!" Jawab Ismail dengan nada geram.
 
Ismail menarik wajah tegang, hatinya sakit. Selebihnya, Ismail sebenarnya
cemburu sebaik mengingatkan hubungan yang wujud di antara Iman dengan
lelaki yang bernama Imran Haziq itu. Sungguh, kemesraan mereka
membuatkan Ismail rasa tercabar, hati terbakar, kemarahannya membara
sekali.
 
"Oh, ni kira kes Ismail marah, encik 'Abang' cemburulah ya. Tak mengapa,
bawak bersabar, ok? So, sekarang apa kata kalau kita bincangkan strategi
yang seterusnya, mahu?" Usul Pn. Dewi Fauziah.
"Ok, we proceed to our next plan. Ismail tak kira, lepas ni mesti berjaya
dengan jayanya. Usaha tangga kejayaan, kan Umi?" Sahut Ismail penuh
bersemangat sekali.
"Erm... macam tulah baru namanya anak lelaki Umi. Kita ni Ismail, hidup
jangan cepat berputus asa. Selagi boleh berusaha kita usahakan, kejayaan
tidak akan pernah datang bergolek. Dan, Umi akan sentiasa membantu dan
mendoakan yang terbaik untuk anak-anak Umi. Ismail tahu itu kan?" Ujar
Pn. Dewi Fauziah berbaur nasihat. Ismail mengangguk mengiyakan apa yang
dikatakan oleh uminya itu.
 
Pn. Dewi Fauziah tersenyum senang hati. Dia bagaikan kembali ke zaman
sewaktu Ismail masih berada di alam persekolahan. Mereka dua beranak
kerapkali berjaga sehingga lewat malam. Setiap kali menjelang peperiksaan
dia pasti akan menemani anak bujangnya itu menelaah pelajaran, memberi
tunjuk ajar juga semangat untuk Ismail mencapai kejayaan. Hanya Ismail,
satu-satu anaknya yang gemar mengulangkaji pelajaran pada waktu larut
malam sehingga lewat pagi manakala, ketiga-tiga anak perempuannya lebih
senang menggunakan waktu siang untuk menyempurnakan tugasan
mahupun menelaah pelajaran mereka. Dan hari ini, saat itu berulang
kembali.
 
"So, wish you all the best. Good luck!" Ucap Pn. Dewi Fauziah seraya berlalu
ke biliknya. Pasti suaminya bising kalau dapat tahu dia berjaga sehingga
selewat ini.
"Ok, thanks ya Umi." Balas Ismail dengan senyuman meleret.
 
INGAT!
 
1.  Ismail TIDAK BOLEH berjumpa, SMS mahupun telepon dia sepanjang
minggu ini, buat-buat merajuklah kononnya. (Mengikuti perkembangan dari
orang yang dipercayai adalah dibenarkan)
2.  Abang BOLEH SMS dia tapi, TIDAK BOLEH telepon dia.
3.  Ismail TIDAK BOLEH cemburu tapi, Abang DIBENARKAN (itupun kalau
perlu!)
4.  Abang TIDAK BOLEH wujud sehingga waktu yang sesuai tapi, Ismail
DIBOLEHKAN (itupun kalau kebetulan terserempaklah.)
5.  Selebihnya adalah TERTAKLUK kepada keadaan, tempat dan masa (Mesti
rasional!)
6.  Bertindak mengikut arahan. (Umi-MENTOR, Ismail-Protégé)
 
Satu persatu kesimpulan perbincangan dengan uminya dihafal oleh Ismail.
Bolehkan dia mempraktikkan apa yang telah ditetapkan oleh uminya itu?
Tapi, selalunya, arahan dan kata-kata uminya jarang sekali gagal. Cuma
petang tadi saja, itupun salah itu berpunya dari dirinya sendiri. Dia yang
gatal-gatal pergi cium gadis itu, siapa suruh! Tapi, hatinya sudah tidak
tertahan, sesak menanggung rindu. Tapi, bukan juga salah Ismail
sepenuhnya, kedinginan dan kemesraan antara Iman dengan Haziq
membuatkan dia bertindak begitu.
 
CD lagu terbaru nyanyian Awie dimainkan perlahan menemani tidurnya.
Bibir Ismail mengikuti bait-bait lagu IRIS itu, penuh perasaan bagaikan
melahirkan perasaannya yang sebenar kepada gadis yang bernama Iman
Nuraina itu.
 
IRIS-AWIE
 
Kau masih ku cintai
Sungguh...
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kaulah satu untuk ku
Kau masih dewi hatiku
Sungguh...
Biar sejuta parut hilang di hati
Usah gusar sayang, usah ragu
Aku milikmu

Cintaku
Jika kau tanya pada bintang
Kemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari dunia mu
Moga terpadam sangsimu

Cintaku
Jika kau lihat tingginya awan
Takkan tercakar tinggi cintaku
Hanya hatiku tahu apa mahuku
Dan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku

Kau masih ku cintai


Sungguh...
Dari hari pertama kau ku nikahi (eh belum lagi!)
Aku pasti yakin dan pasti
Engkau milik ku

Aku Cinta Padamu… (Iman Nuraina!!!)

BPB_43 :: AKU YANG TERTIPU ::


Iman mengenakan sepasang kurung berwarna hitam bercorak abstrak
berwarna merah jambu, wajahnya di solek nipis, rambut ikal potongan
layered di biarkan terurai bebas. Dua ekor kelip berbentuk rama-rama
menghiasi rambutnya. Penampilannya nampak begitu ceria sebagaimana
layaknya majlis yang sedang berlangsung di sekelilingnya ketika ini. Ya, dia
nampak gembira di mata para tetamu majlis hari ulang tahun Amira.
Bibirnya tidak henti mengukir senyuman pada bibir yang melemparkan
senyuman, wajahnya memancar ceria pada mata yang memandang. Namun,
semua itu hanyalah lakonan semata. Ah, betapa hipokritnya dia! Tapi, Iman
tidak dapat mengelak, perasaannya gundah, bagaikan ada satu beban yang
menghempap kepala, rasa kesal yang merantai hatinya.
 
Sehingga hari ini, Iman masih belum berkesempatan untuk memberitahu
Ismail Syafiq akan hal yang sebenar. Semenjak kejadian minggu lalu,
masing-masing menyepikan diri. Keterlaluankah dia? Iman dibalut rasa
bersalah, hatinya kesal kerana tidak menerangkan sebab sebenar meminta
lelaki itu melupakan dirinya. Membayangkan wajah Ismail petang itu
membuatkan Iman kegelisahan. Pandangan sayu mata lelaki itu begitu
meruntunkan jiwanya. Tapi, bukankah itu yang dia mahukan, lalu, untuk apa
dia perlu menyesal?
 
Mata Iman leka memerhati sekumpulan anak kecil yang sedang bermain di
sudut taman rumah banglo sedehana besar itu. Suasana riuh dan
kemeriahan yang dicetuskan oleh mereka membuat Iman sedikit teruja.
Sebentar tadi dia sudah pun diperkenalkan dengan mereka oleh Amira.
Tanpa sedar Iman mengorak langkah mendekati kumpulan itu. Ada sesuatu
yang mendorong, menarik minatnya untuk segera ke arah itu. Anak-anak
kecil itu seakan sedang bergaduh, mengusik dan saling menyalahkan antara
satu sama lain.
 
"Auni, kenapa menangis sayang? Siapa yang usik Auni?" Tanya Iman lembut
sebaik mendapatkan anak kecil yang sedang menangis itu.
"Shafie yang tolak Baby Auni sampai jatuh tadi, Kak Aina." Husna pantas
menjawab bagi pihak Auni. Iman mencari wajah Shafie.
"Bukan Shafie sorang yang tolak Baby Auni, Milly pun sama tadi, Kak Aina."
Jawab anak lelaki berusia 5 tahun itu.
"Husna nampak Shafie yang tolak Baby Auni tadi, bukannya Milly." Balas
Husna tidak mahu kalah.
"Betul ni Shafie yang tolak Baby Auni?" Tanya Iman.
 
Wajah Shafie merah menahan tangis. Iman tersenyum dalam hati. Dia
mengangkat Auni, duduk meriba anak kecil itu di kerusi yang ada di sudut
taman itu. Siapalah dia untuk menghukum anak kecil yang barangkali
bersalah itu. Luka di kaki Auni di belek, sedikit darah mengalir keluar, anak
kecil itu masih lagi menangis kesakitan. Pujukkan Iman tidak mampu
menghentikan tangisan anak kecil itu. Apa yang harus dia lakukan?
 
"Auni, jangan menangis, diam ya sayang. Nanti Kak Aina ubatkan luka Auni
ya, Auni…" Iman masih berusaha memujuk.
"Hah, tu pun Papa Is. Husna nak cakap kat Papa Is, Husna nak suruh Papa Is
marah Shafie." Husna tiba-tiba mencelah.
"Husna, ja…" Iman cuba menghalang namun tidak sempat.
"Papa Is, tadikan… Shafie tolak Baby Auni sampai jatuh. Lutut Baby Auni
luka, Papa Is." Husna mengadu kepada seseorang yang di panggil 'Papa Is'.
"Milly pun sama Papa Is, bukan Shafie seorang aje." Tambah Shafie pula.
 
Iman segera mengekori pandangan mata Husna kepada seseorang yang di
maksudkan sebagai 'Papa Is' di belakangnya. Mulutnya sedikit ternganga.
Ah! Lelaki itu. Kenapa dia berada di sini? Dan kenapa anak-anak kecil ini
memanggilnya Papa Is. Apa hubungan anak-anak kecil yang berempat ini
dengan diri lelaki itu? Siapa pula Amira? Iman tiba-tiba terfikirkan sesuatu.
Dia mula mendapat jawapan untuk setiap persoalan yang bermain di
benaknya, semuanya terlayar kembali, satu persatu, berturut-turut,
berulang-ulang, begitu menyesakkan dadanya. Tiba-tiba tubuh Iman
bergetar, geram. Tiba-tiba hati Iman berdenyut, sakit.
 
Iman memandang tajam kepada lelaki yang kini telah pun berada di
depannya, duduk bertinggung lutut memeriksa luka kecil di lutut Auni yang
berada di ribaannya. Wajah itu kelihatan selamba, sedikit pun tidak
memaparkan riak terperanjat mahupun rasa bersalah. Sempat lagi lelaki itu
melemparkan senyuman manis kepada dirinya. Iman menarik wajah tegang,
hatinya berdenyut kembali, tingkahnya berubah kaku, lidahnya kelu.
 
"Shafie, Milly, both of you come here. Husna, you too." Arah 'Papa Is' serius.
"Cakap dengan Papa Is, kenapa Shafie dengan Milly tolak baby Auni?
Tengok, sekarang apa dah jadi dengan lutut Baby Auni, berdarah kan? Dah
banyak kali Papa Is pesan, jangan suka bergaduh tapi, semua tak nak
dengar ya. Nak Papa Is cakap dengan Baba Shafie ke, hmm?" Marah 'Papa
Is' lagi.
"Tapi Papa Is… Shafie …Shafie…" Kemarahan lelaki itu benar-benar
membuatkan anak kecil itu ketakutan.
"Shafie apa?" Soal Ismail, sekilas dia melirik ke arah Iman lalu mengenyit
mata nakal. Iman mencebik bibir.
"Shafie tak sengaja, Shafie ter… tertolak aje, kan Milly, kan?" Laju Shafie
berkata. Milly di sebelahnya mengangguk laju.
"Betul ni 'ter' bukan sengaja?" Tanya Ismail meminta kepastian.
"Betulll Papa Isss... Kenapa tak percaya?" Jawab Shafie dan Milly berlagu
panjang. 
 
Shafie dan Milly tersengih memandang lelaki yang di panggil Papa Is
itu. Ismail maintain serius sedangkan di dalam hati bagaikan ingin meledak
ketawanya dengan telatah lucu anak buahnya yang berdua itu. Iman
tersenyum kecil melihat gelagat mereka. Anak kecil memang begitu, ada
saja helah mereka untuk melepaskan diri. Dia kembali serius tatkala 'Papa Is'
menjeling sekilas ke arahnya. Namun, jelingan itu tidak sedikit pun
melenyapkan api kemarahan yang kini memenuhi hatinya sebaik teringatkan
tipu muslihat lelaki itu selama ini.
 
"Ok, now minta maaf dengan Baby Auni cepat. Lain kali jangan buat lagi,
faham tak?" Pesan lelaki itu lagi, lebih lembut dari tadi. Auni tertawa kecil
apabila Shafie dan Milly menghulurkan tangan kepadanya dan berlalu dari
situ.
"Oh, Auni suka ya Papa Is marah Shafie dengan Milly. Sini, kiss pipi Papa Is
cepat." Usik lelaki itu seraya mengambil Auni dari ribaan Iman.
 
Iman bangun, dia ingin segera berlalu dari situ tapi, lelaki itu lebih pantas
bertindak, laluannya di halang, tangannya di cengkam erat, sedikit pun tidak
memberi peluang untuk Iman melepaskan diri. Sudahnya, dia berdiri kaku di
sisi lelaki itu.
 
"Terima kasih Kak Aina." Ucap Auni. Dalam kemarahan Iman berusaha
menghadiahkan sebuah senyuman untuk anak kecil itu.
"Bukan Kak Aina tapi, Mama Iman sayang. Mama Iman, ok?" Ajar Ismail
pada Auni yang masih dalam dukungannya.
"Jangan nak perasan!" Tingkah Iman, suaranya di tahan.
"Bukan perasan tapi kenyataan sayang..." Bisik Ismail selamba di telinga
Iman. 
 
'Antara kita sudah tiada apa-apa lagi Ismail! Diri saya adalah milik orang
lain. Hujung tahun ini kami akan berkahwin!'
 
Ingin saja Iman meluahkan kata-kata itu, melepaskan apa yang ada di
dadanya saat itu. Dia tidak mahu terusan membohongi lelaki itu, apatah lagi
mewujudkan perpisahan yang tidak bersebab. Iman kembali bungkam di
kerusi batu, wajahnya memandang sekeliling, tempat itu agak terlindung dari
ruang majlis.
 
"Mama Iman, Mama Iman marah Papa Is eh?" Bibir mungil Auni bertanya.
Iman tersenyum hambar. Pandangan redup Ismail tidak diendahkan.
"Papa Is, Papa Is pujuklah Mama Iman cepat." Comel aje bibir Auni
berbicara.
"Papa Is pulak? Auni lah yang pujuk Mama Iman untuk Papa Is, boleh?"
Ismail mengerutkan mukanya. Sekilas dijelingnya wajah Iman yang semakin
cemberut masam. Alamak!
"Ala… Papa Is lah, Mama Iman kan makwe Papa Is, cepatlah Papa Is…
tengok, Mama Iman dah nak nangis tu." Tutur Auni, bibirnya memuncung ke
arah Iman.
 
Ismail memandang ke arah Iman yang tunduk merenung rumput. Dia tahu
gadis itu benar-benar sedang marah, rona yang memancar di wajah polos itu
menggambarkan segala yang ada di dalam hati Iman saat itu. Perlahan-
lahan Ismail mengatur langkah menghampiri Iman, dia berdiri tegak di
hadapan Iman yang masih menyembunyikan wajahnya dari pandangan mata
hitamnya. Susuk gadis itu diamati lama. Kalau ikutkan hati mahu saja Ismail
membawa tubuh itu ke dalam pelukannya, meleraikan rindunya sekalian
mengusir kemarahan yang bersarang di dalam jiwa yang satu itu.
 
"Cepatlah Papa Is, kesian kat Mama Iman. Papa Is tak sayang Mama Iman
ya?" Auni di dalam dukungannya membisikkan sesuatu di cuping telinga
Ismail.
"Sayang, Papa Is sayang sangat tau. Tapi, macam mana Papa Is nak pujuk,
Auni menyibuk aje kat sini, kacau daun betul!" Bisik Ismail pula, Auni
tertawa mengekek.
 
"Iman sayang… maafkan saya. Saya akan terangkan segalanya selepas
majlis ini nanti, ok? Sekarang ni, jom kita masuk ke dalam dulu. Mari
sayang." Pujuk Ismail, tangan Iman dicapai lembut. Iman pantas menarik
kasar tangannya.
"Iman… masih marah saya ya, hmm?" Tanya Ismail sekali lagi. Auni di
letakkan di antara mereka. Terkebil-kebil anak kecil itu memandang mereka
berdua.
"Taklah. Sakit hati, geram, bengang aje!" Jawab Iman selamba. Dia bingkas
berdiri melangkah ke sudut taman.
 
Iman menarik nafas panjang, cuba meredakan perasaannya. Lelaki itu pula
duduk bergurau dengan si kecil Auni yang keletah dan manja, membiarkan
Iman melayan perasaan di sudut taman itu. Tanpa sedar, Iman lupa akan
satu hakikat. Siapa dia sebenarnya untuk memarahi lelaki itu? Apa haknya
ke atas lelaki itu? Tapi, hatinya sakit, bengang dengan pembohongan Ismail
itu walau di antara mereka mungkin sudah tiada apa-apa hubungan yang
serius. Dia tidak marahkan Amira kerana Iman pasti gadis itu hanya menurut
kata lelaki itu.
 
"Iman…" Panggilan Ismail menyapa cuping telinganya perlahan.
"Ismail, sampai hati awak mempermainkan saya, awak tipu saya. Saya rasa
di perbodohkan awak tahu tak! Rupa-rupanya selama ini awak dengan Mira
berpakat untuk…" Iman kematian kata-kata.
"Untuk apa sayang?" Tanya Ismail sambil cuba meraih pinggang ramping
Iman tapi di tepis kasar oleh gadis itu. Ismail ingin memujuk tapi nampaknya
Iman benar-benar sedang marah.
"Jangan nak bersayang-sayang dengan saya, antara kita sudah tiada apa-
apa lagi, dasar penipu!" Tingkah Iman, tubuh Ismail ditolak ke tepi, dia mula
menjauhi lelaki itu.
 
Tubuh Ismail terdorong ke belakang hampir saja terjatuh namun, dia masih
mampu mengimbangi badannya untuk terus berdiri. Ismail masih boleh
tersenyum dan dia masih boleh bersabar dengan perbuatan Iman itu. Ismail
pasti, kemarahan gadis itu tidak akan ke mana dan, dia sendiri akan terusan
memujuk. Kemarahan tidak boleh diadukan dengan kemarahan, itu pesan
uminya sebentar tadi. Tapi, tengoklah macam mana nanti. Selagi boleh
bertahan, dia akan bersabar.
 
"Iman, dengar du…"
"No, tak payah! Saya sudah tahu segalanya. Awak memang penipu!" Bantah
Iman seraya menutup kedua-dua telinganya.
"Iman, please sa…"
"No!!! Saya tak mahu dengar apa-apa lagi. Awak tak faham ke?" Tingkah
Iman.
"Iman, awak kena dengar dulu penjelasan saya ni. Lepas tu kalau awak nak
marah pun marahlah. Bukan maksud saya nak me…"
"Ah, awak memang penipu! Awak memperbodohkan saya! Pergi, pergi
jangan dekati saya! Penipu!" Jerit Iman agak kuat sekalian mematikan
langkah Ismail.
"Hei! Kenapa awak ni degil sangat hah??? Susah sangat ke awak nak dengar
apa yang saya nak cakapkan ni! Kepala batu betul!" Marah Ismail. Ismail jadi
berang dengan kedegilan Iman saat itu.
"What? Saya degil? Kepala batu? Oh..."
"Arghhh!!! Dasar perempuan!" Tempik Ismail lantang sekali. Wajahnya
merah, tegang menahan kemarahan.
 
Iman terpana dengan tempikan Ismail itu. Tubuhnya menggeletar menahan
rasa. Dia sama sekali tidak menyangka yang Ismail akan mengeluarkan
kata-kata yang sebegitu ke atas dirinya. Iman pantas memandang sekeliling,
mujur juga suasana sedikit hingar dengan dendangan lagu karaoke dari
tetamu Amira. Iman terduduk lemah, lega kerana pergaduhan mereka tidak
didengari oleh orang lain. Tapi, bagaimana dengan... Auni? Ya Auni.
Ah, bagaimana dia boleh tidak menyedari wujudnya anak kecil itu di antara
mereka berdua. Pantas Iman memandang ke arah Auni, anak kecil itu
kelihatan benar-benar takut, airmata sudah pun merembes keluar.
 
"Ya Allah, Auni sini sayang, maafkan Kak Aina. Jangan menangis ya." Pujuk
Iman. Tubuh kecil itu dibawa dalam pelukannya.
"Auni takut… Papa Is marah…"
"Auni tak perlu takut, Kak Aina ada. Jom, Kak Aina hantar Auni masuk dalam
jumpa mama. Mari sayang." Pujuk Iman. Tubuh Auni segera didukung. Dia
menghampiri Ismail, seketika dia hanya mampu merenung wajah Ismail.
Nafas ditarik panjang.
"Awak tunggu kat sini, saya ada sesuatu nak cakap dengan awak." Pesan
Iman seraya mula mengorak langkah.

BPB_44 :: TULUS KATA HATI ::


Ismail sudah menjangkakan semuanya ini akan terjadi. Dia sudah bersedia
menerima kemarahan gadis itu semenjak dia mula merencanakan segala
rancangan untuk mendekati gadis itu. Peristiwa di KL juga mengajar dirinya
untuk lebih berhati-hati. Ismail sengaja bertindak mendiamkan diri,
seminggu dia mengatur rancangan sebijaknya. Fikirnya, dia ingin
menerangkan segalanya sewaktu ingin menjemput Iman tapi, ternyata nasib
tidak menyebelahi dirinya. Iman rupanya sudah pergi bersama-sama Sufi
dan Fahmi.
 
Dan kini, sekali lagi apa yang dirancang berantakan. Dia sudah memujuk,
memohon maaf juga bersedia untuk menceritakan segalanya. Ismail cuba
berlembut, mengalah namun, satu pun tidak diendahkan oleh Iman.
Kedegilan Iman sebentar tadi benar-benar menguji dirinya, merapuhkan
benteng kesabarannya lalu dia bertempik kuat. Ah, bukan salah dirinya
seorang! Iman Nuraina yang membuatkan seorang Ismail Syafiq jadi begini.
 
“Psstt, psstt…”
 
Ismail pantas memusing kepala, cuba mencari dari arah manakah datangnya
bunyian itu. Setelah diamati barulah dia dapat menangkap siapakah
gerangannya pemilik suara itu. Pn. Dewi Fauziah! Dari sebalik pintu Ismail
dapat melihat dengan jelas sebatang tubuh gempal milik uminya itu. Pasti
wanita itu tidak sabar-sabar untuk mengikuti perkembangan terkini dari anak
bujangnya ini. Ismail tersenyum kecil mengenangkan gelagat uminya itu.
 
“Bagaimana, ok?”
 
Dari jarak yang agak jauh Ismail masih boleh membaca gerak bibir uminya
itu. Dia menarik wajah masam sambil menggeleng kepala lemah layak orang
yang patah hati. Anak mata uminya direnung, memohon pertolongan
kecemasan dari wanita yang berpengalaman itu. Ismail pasti mentor itu akan
sentiasa membantu protégénya.
 
“Ikut kata hati Ismail. Umi akan doakan.” Balas Pn. Dewi Fauziah seraya
menganggap ibu jarinya tanda memberi sokongan padu.
 
Ismail membalas dengan senyuman meleret, sekali lagi dia mendapat
suntikan yang menaikkan semangatnya. Susuk tubuh Iman yang
membelakangi dirinya diperhati penuh minat, dia juga menunggu kalau-
kalau Iman sudah bersedia untuk berbicara dengannya. Atau, barangkali dia
yang perlu memulakan bicara.
 
“Iman…”
“Ismail, saya ni degil, kepala batu, kan? Ya, saya ni memang tidak sebaik
gadis lain, saya tidak sepadan dengan awak. Syukurlah awak telah
menyedarkan saya. Kalau tidak sampai bila pun saya tak tahu akan
keburukkan diri saya tu. Terima kasih banyak-banyak untuk pertolongan
murni awak tu.” Iman pantas berkata.
 
Ismail tercengang memandang bibir mungil itu laju saja mengeluarkan
berbicara. Fikirnya, Iman ingin membisu seribu tahun lagi. Tahu-tahu
percakapannya selamba dipintas, lembut tapi sungguh berbisa! Ismail mulai
perasan, perkara ini sememangnya jarang dilakukan oleh gadis pujaannya
itu. So interesting!
 
“Iman, saya tak bermaksud…”
“Tak mengapa saya faham, kata-kata awak itu memang ada kebenarannya.
Saya bukan gadis yang baik untuk awak. Nasib baik awak menyedarinya hari
ini, kalau tidak mesti awak menyesal memilih saya, kan?” Sambung Iman
meluahkan rasa yang ada di hatinya saat itu.
“Iman, maafkan keterlanjuran kata-kata saya tadi. Saya betul-be…”
“Ya, awak memang betul dan tidak perlu meminta maaf. Saya yang salah
bukan awak.” Pintas Iman sekali lagi.
“Iman, saya tahu saya yang salah dan…”
“Dan... untuk pengetahuan awak, saya sudah pun menerima pinangan Pak
Samad, rupa-rupanya Allah itu maha mengetahui, antara kita sememangnya
tidak ditakdirkan untuk bersama, kan?” Lancar saja Iman mengeluarkan
sebaris ayat itu, yakin sekali. Namun, apa yang ada di hatinya saat itu hanya
Allah yang mengetahuinya.
 
Ismail bengang, dirinya langsung tidak diberikan peluang untuk bercakap.
Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Otaknya ligat berputar, sekali lagi
merewang jauh dari rancangan asalnya. Ismail ingin lihat sejauh mana gadis
itu dengan kedegilannya. Nampaknya, Ismail tidak perlu mempraktikkan cara
lembut untuk memujuk gadis itu, tak jalan! Kini, dia tidak peduli, apa jua
yang akan terjadi hari ini, saat ini, malam ini, Iman tetap akan menjadi
miliknya. Itu kata hatinya!
 
“What? Pinangan? Pak Samad? Apa semuanya ni Iman???” Tingkah Ismail,
berang tiba-tiba. Tubuh Iman ditarik rapat menghadap dirinya.
 
Iman tersentak, riaksi Ismail benar-benar membuatkan jantungnya hampir
berhenti berdegup. Dia sudah menduga namun, tidaklah sehebat itu
kemarahan yang dijangkakan. Iman menarik nafas dalam, mungkin inilah
saat yang paling sesuai. Terlanjur sudah diberikan jalan jadi, tidak payahlah
dia bersusah payah menyusun kata mahu pun bermanis mulut untuk
memberitahu status dirinya kini kepada lelaki itu. Dan, segalanya pasti akan
bernokhtah, itu yang sememangnya dia mahukan.
 
“Papa Is cepatlah… opss…” Terdengar suara Amira agak kuat. Iman
mendongak menentang mata gadis yang kelihatan serba salah sekali, kalut,
kerana rahsianya sudah terbongkar.
“Mira, jangan bimbang, sekejap lagi Papa Is masuk dalam. Mira teruskan aje
majlis, ok.” Tenang saja Ismail menutur sebaris ayat itu. Tangan Iman yang
merentap kasar supaya dilepaskan langsung tidak dihiraukan malah dengan
selamba dia menguatkan cengkaman.
“Ismail!” Tegur Iman geram. Dia sakit diperlakukan begitu.
“Kak Aina…”
“Mira masuk, biar Papa Is yang terangkan semuanya.” Arah Ismail tegas.
“Kak Aina, maafkan Mira.” Mira segera berlalu.
 
Ismail selamba merenung wajah Iman yang gusar di depannya saat itu. Dia
tidak terasa untuk mengeluarkan walau sepatah kata. Matanya meliar
perlahan, dari anak mata yang bundar itu hingga ke bibir mungil yang
sebentar tadi begitu ghairah berbicara. Pipi yang merona pekat itu
membuatkan gadis itu bertambah cantik pada pandangan matanya. Rambut
yang lepas bebas menyerlahkan lagi keayuan pemiliknya. Tanpa sedar Ismail
tenggelam di dalam keasyikkan dunia ciptaannya sendiri.
 
"Iman..." Sekelip mata tubuh Iman berada di dalam dakapan erat Ismail.

BPB_45 :: SUDAH GAHARU CENDANA PULA ::


Iman membuang pandang ke sisi, tubuh Ismail ditolak menjauh, hatinya
tidak keruan tatkala wajahnya masih menjadi ratapan sepasang mata hitam
milik lelaki itu. Sudahlah seketika tadi nafasnya sesak akibat dipeluk kejap
oleh lelaki itu. Dan kini, tangan Ismail pula kembali mencengkam kuat
pergelangan tangannya, sedikit pun tidak mahu dirungkaikan. Iman sudah
berusaha, merentap dan meronta, cuma belum menggigit saja! Tangannya
sudah pun merasakan kesakitannya namun, sedikit pun tidak diendahkan
oleh Ismail. Lelaki itu lebih rela membekukan diri, membisukan mulutnya.
Hanya matanya yang memainkan peranan, memandang redup, merenung
dalam. Iman benar-benar penasaran!
 
Beberapa minit kemudian, Iman bagaikan baru tersedar. Dia tidak boleh
tenggelam, dia tidak tahu berenang walau dia sendiri tahu betapa indahnya
dunia ciptaan Ismail itu. Nafasnya sesak untuk mengapungkan diri, hatinya
merintih pedih untuk sama-sama menikmati keindahan itu. Iman tiba-tiba
dikurniakan kekuatan, wajahnya segera didongak, renungan mata hitam
Ismail ditentang tajam. Iman sudah lama lemas dengan keadaan ini,
kebenaran akan segera disingkap. Ya, dia benar-benar sudah bersedia untuk
memberitahu Ismail akan perkara yang sebenar.
 
“Ismail… sebenarnya memang saya sudah...” Nafas dihela panjang.
“Oh, jadi inilah hal yang awak nak cakap dengan saya hari tu ya? Siap minta
saya lupakan awak lagi. Sampainya hati awak. Apa istimewanya dia? Apa
kurangnya saya?” Pintas Ismail bagaikan orang yang rajuk hati.
 
Iman menggeleng. Tiada istimewanya ‘dia’ dan tiada kurangnya lelaki itu.
Malah, hanya nama lelaki itu yang terukir kukuh di hatinya. Hanya lelaki itu
yang bisa menggetarkan naluri cintanya, hanya cinta lelaki itu yang
menjalari urat sarafnya. Hanya kasih lelaki itu yang menjadi dambaan pilu
bagi dirinya. Tapi…
 
“Cakap Iman! Kenapa?” Tingkah Ismail kuat. Bahu Iman di goncang-
goncang.
“Errr… saya…”
“Saya yang banyak kali melamar, awak tolak mentah-mentah, Tak
bersedialah, takutlah, itulah, inilah, banyak sangat alasan! Tapi, orang tu
melamar sekali ajer awak terus terima ya, Iman? Puaslah hati awak
sekarang, kan?” Tanya Ismail geram. Wajahnya tegang sekali.
“Ismail, saya…”
“Saya yang separuh mati cintakan awak, sayangkan awak, pagi petang siang
malam rindukan awak, awak pulak senang-senang terima cinta orang lain.
Saya yang makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena teringatkan awak,
lelaki tu yang awak akan jadikan suami. Apa awak ingat cinta saya ni cinta
monyet! Hei, monyet pun kalau bercinta, dia setia sampai mati, awak tahu
tak?” Bebel Ismail sesedap rasa.
“Ismail, saya…”
“Saya kecewa awak tahu tak? Agaknya memang awak tak cintakan saya,
cinta awak tu cinta palsu! Awak tak ikhlas mencintai saya! Awak memang
sengaja hendak memperma …”
“Ismail! Dengarlah dulu apa yang saya nak cakapkan ni! Jangan nak tuduh
sembarangan saja!” Bentak Iman kasar.
 
Iman geram sedari tadi lelaki itu asyik memotong percakapannya. Siap kait-
kaitkan dengan monyet! Monyet bercinta dia orang punya pasallah! Apa kena
mengena dirinya dengan binatang tu pulak! Dan, dia lebih geram lagi tatkala
Ismail mempersoalkan cinta sucinya untuk lelaki itu. Pasti lelaki itu
menganggap dirinya perempuan yang mudah menggadai cinta! Sungguh! Dia
aib memberitahu perkara tu kepada Ismail. Dia cintakan lelaki itu tetapi dia
menerima orang lain. Dia sedih kerana tidak kuat untuk mempertahankan
cintanya terhadap Ismail. Iman mengambil tempat duduk kembali, badannya
tiba-tiba terasa lemah, semangatnya hilang sebaik mendengar tuduhan
Ismail itu.
 
Ismail terdiam. Wajah Iman yang sekali lagi berubah warna di pandang
tajam. Riak tegang itu langsung tidak menggentarkan malah, dia lebih
sukakan mimik yang terukir itu!
 
‘Huh, tahu pun awak marah ya Cik Iman sayang… itulah yang saya rasa bila
awak sedikit pun tak mahu dengar apa yang hendak saya katakan tadi.
Sekarang ni rasakan! Awak nak marah saya? Marah monyet? Marahlah, saya
tak kisah pun. Awak tahu marah awak saja, marah ‘Abang’ awak ni awak tak
tahu lagi. Mari kita sama-sama berlaga, kita tengok siapa yang akan menang
nanti. Huhuhu, tapi walau apa pun, saya tahu, hanya saya yang akan
menang Cik Iman sayang, buah hatiku intan payung…!’
 
“Ismail, saya tak tahu nak buat macam mana. Saya buntu memikirkan
kehendak ibu, saya… saya terpaksa, maafkan saya Ismail…” Iman sudah
mula menitiskan airmata.
“No! Begitu mudah! Awak ingat saya ni apa??? Patung? Batu? Tunggul? Tak
ada perasaan???” Tingkah Ismail.
“Maafkan saya, maafkan saya Ismail… saya terpaksa Ismail…” Iman mula
menangis perlahan.
“Terpaksa? Kalau terpaksa pun janganlah buat saya macam ni! Kenapa tak
berbincang dengan saya dulu, kenapa mesti buat keputusan melulu begitu?
Apa saya ni tak bererti langsung pada awak, begitu?” Ismail masih pura-pura
tidak faham.
“Ismail… saya…” Iman mengaduh lemah.
“Saya apa, hmm? Saya yang dikecewakan, begitu? Ceritakan pada saya,
cepat!” Ujar Ismail seraya merapati Iman yang bungkam. Iman menjeling
Ismail sekilas, geram disindir begitu!
 
Dalam sendu Iman menceritakan apa yang terjadi kepada Ismail. Bermula
dari pinangan Pak Samad dan Makcik Zabedah untuk anak saudaranya
beberapa minggu yang lalu, permintaan dan kata dua dari ibunya, pilihan
yang dia ada sehinggalah kepada majlis yang bakal berlangsung pada
penghujung tahun ini. Ismail tekun mendengar, tidak sedikit pun lelaki itu
mencelah luahan hati seorang Iman. Sesekali terukir senyuman kecil di bibir
merah Ismail dan setiap kali itu juga Iman akan mengeluh resah, tidak
berperasaankah lelaki itu?
 
“Apa pilihan yang saya ada Ismail? Sungguh, saya buntu saat itu. Saya rasa
bersalah sangat dengan awak. Maafkan saya, maafkan saya…” Rintih Iman
perlahan.
 
Ismail terus merenung wajah gundah di sebelahnya. Oh, jadi inilah penyebab
emosi gadis itu tidak menentu semenjak akhir-akhir ini. Patutlah bila dia
telepon tak jawab, cakap pun acuh tak acuh saja. Sudah ada buah hati baru
rupanya. Sudah bertunang dan bakal menjadi milik seseorang rupanya.
Siapalah gerangannya lelaki yang bertuah itu? Ah, sudah gaharu cendana
pula… Ismail mengukir senyuman, sembunyi-sembunyi, takut diketahui oleh
gadis yang masih bersedih itu.
 
“Hei, janganlah menangis, buruk tahu tak, macam budak kecil saja.” Tegur
Ismail. Perlahan Ismail mendongakkan wajah Iman yang sudah pun rambah
dek airmata. Ingin diseka tapi Iman pantas menghalang.
“Jadi, sekarang ni awak nak saya jadi hero untuk selamatkan awaklah ya,
hmm? Awak nak saya jadi siapa? Superman? Spiderman? Atau Doraemon
barangkali? Mana satu yang sesuai untuk bawa awak lari agaknya ya?” Tanya
Ismail selamba.
“Bukan, bukan itu maksud saya. Ismail, awak berhak untuk mendapat gadis
yang lebih baik dari saya Ismail. Mungkin antara kita sememangnya tiada
jodoh, saya redha, semuanya sudah ditakdirkan. Tapi, kita masih boleh
berkawan, kan?” Iman tersenyum pahit, airmata yang menitis segera diseka
dengan jarinya.
 
Sungguh, dia tidak minta lelaki itu untuk menyelamatkan dirinya. Dia cuma
mengharapkan kemaafan dan pengertian dari Ismail, itu saja. Iman tidak
mahu terusan diselubungi rasa bersalah. Sungguh, dia tidak boleh hidup
dengan cara begitu. Bahagia bukan untuknya andai ada hati yang terluka.
Iman pasti lelaki itu pasti terluka namun, ego seorang lelaki masih mampu
menutupi kegundahan hati Ismail saat itu. Atau, mungkinkah dia sendiri
yang tersilap membuat tafsiran?
 
“Iman, Iman… macam manalah awak nak jadi isteri saya kalau awak suka
buat muka buruk macam tu, menangis tak sudah-sudah. Apek kat pasar
borong pun tak nak, awak tahu tak. Entah apa yang di pandang anak sedara
Pak Samad tu pun saya tak tahulah…” Ujar Ismail tenang sekali.
 
Airmata Iman yang laju menitis dikesat dengan jarinya perlahan. Sungguh!
Ismail sudah tidak tahan melihat kesedihan yang jelas terukir di wajah polos
Iman. Rembesan airmata Iman begitu menyentuh naluri lelakinya. Tapi,
entah mengapa dia bagaikan sukar untuk menghentikan usikan, masih juga
ingin menduga kesabaran Iman. Alah, bukan selamanya, hanya untuk malam
ini saja!
 
“Ismail… sampai hati awak…”
“Iman sayang… be my wife?” Bisik Ismail romantis.
 
Iman terpana. Biar benar! Lelaki itu sudah gila agaknya. Apa dia ingat
dengan mudah dirinya memutuskan tali pertunangan dengan… ah, dia pun
tak tahu nama tunangan sendiri. Biar pun hampir dua minggu majlis kecil-
kecilan itu berlangsung namun, Iman masih tidak mengenali gerangan
tunangannya itu. Hanya Pak Samad dan Makcik Zabedah yang dikenalinya
dari pihak lelaki. Cincin di jari manisnya diputar-putar perlahan. Kalau
diikutkan hati, mahu saja dilucutkan dan dengan segera menerima lamaran
dari Ismail itu. Namun, akal warasnya membantah keras. Dia manusia,
tunangnya juga manusia lalu dia perlu saling memahami perasaan orang
lain.
 
Tanpa sebarang kata Iman pantas meninggalkan Ismail di situ. Perlahan dia
menyusup keluar secara senyap-senyap. Sungguh, dia tidak boleh berlama
lagi di situ, luka di hatinya semakin parah!

BPB_46 :: KIRANYA KU TAHU ::


"Aina, Aina tak apa-apa, kan? Kalau Aina lapar, Aina keluar ya sayang. Ibu
ada masak gulai sembilang ni, Aina pasti suka, kan?"
 
Panggilan dan pujukkan ibunya sedari tadi langsung tidak diendahkan. Iman
lebih senang menguncikan dirinya di dalam bilik. Semenjak semalam dia
lebih senang membisu, tubuhnya lesu, otaknya buntu, hatinya pilu. Dan, dari
semalam juga perutnya sebu, sebutir nasi pun tidak lalu, seteguk air juga
tidak diperlu. Pasti ibunya bimbang tapi…
 
'Iman… be my wife?'
'Iman… be my wife?'
'Iman… be my wife?'
'Iman… be my wife?'
'Iman… be my wife?'
 
Hanya sebaris ayat itu yang kini rancak bermain di benaknya, berulang-
ulang, betul-betul menghantui, menghambat diri, merantai kaki, langsung
tidak memberi peluang untuk dirinya bebas berlari mahu pun mewarnai hari.
Sudahnya, Iman bagaikan orang yang kebingungan, hanya baring
terlentang, terkebil-kebil memikirkan keadaan dirinya.
 
"Ya Allah, kalaulah waktu boleh diundur kembali…"
 
Ya, kalau waktu boleh diundur sudah pasti dia menjadi manusia paling
gembira. Akan disambut lamaran Ismail di awal waktu perkenalan mereka
atau paling tidak pun di antara beberapa lamaran yang datang selepas itu.
Tapi, dia pantas dan dengan senang hati saja menolak. Mengapa? Ah, betapa
ceteknya fikirannya saat itu. Iman menelan liur. Pahit sekali.
 
"Aina, keluar makan sayang… dari semalam lagi Aina tak makan. Ibu
bimbang sayang. Aina…" Terdengar suara Pn. Hasnah dari luar bersama
ketukan kecil di pintu.
 
Orang tua-tua kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata inilah
padahnya. Menolak lamaran orang tersayang lagilah haru jadinya, merana
macam dirinya! Dan, orang muda-muda pula kata, kalau nasi sudah pun
menjadi bubur, walau ditambah secupak beras tidak akan sempurna menjadi
butiran nasi. Mahu tidak mahu ditelan saja walau pekat dan likatnya tidak
menepati citarasa. Tapi, dia memang sukakan bubur nasi, hari-hari kalau
boleh hendak menikmati hidangan itu. Ah, yang pentingnya, kalau benarlah
masa itu boleh diundur… Sekali lagi Iman terpaksa menelan liur, sedar yang
hal yang satu itu tidak mungkin terjadi!
 
"Aina, Ismail pun ada kat luar ni. Dia datang nak jumpa Aina, keluar ya
sayang." Sambung Pn. Hasnah lagi.
 
"Hah Ismail??? Apa dia buat dekat sini bu?"
 
Tiba-tiba Iman berasa pelik. Mengapa pula ibunya membenarkan lelaki itu
datang berkunjung ke rumah mereka. Bukankah dia bertunangan dengan
anak sedara Pak Samad bukannya bertunangan dengan anak Pak Ibrahim
itu! Sepatutnya ibu mengundang tunangannya, bukan lelaki itu, bukan!!!
 
"Ismail datang nak jumpa Aina. Aina keluar ya, ada sesuatu yang ibu dan
Ismail nak bincangkan dengan Aina, penting sangat. Keluar ya sayang."
Pujuk Pn. Hasnah lagi.
 
"Aina tak perlukan dia bu, kalau penting pun untuk apa berbincang dengan
dia, dia bukannya tunang Aina, dia bukannya sesiapa pada Aina. Aina tak
mahu jumpa dia bu, Aina tak mahu." Balas Iman pantas.
 
Pn. Hasnah hanya mampu menjungkit bahunya tatkala Ismail merapati
dirinya di muka pintu bilik Aina yang terkunci rapat. Sungguh, Pn. Hasnah
sudah kehabisan idea untuk memujuk anak gadisnya itu. Selalunya Aina
tidak akan berdegil begini, hati itu mudah saja dipujuk, pasti ada sesuatu
yang tidak kena. Dan, Pn. Hasnah amat mengerti apa yang membuatkan
anak gadisnya mengunci diri semenjak malam semalam lagi. Segalanya
sudah dijelaskan oleh Ismail. Sebagai ibu dia dihujani rasa bersalah yang
amat namun, apa yang dia lakukan semuanya adalah untuk kebaikkan Aina
juga.
 
"Cuba Ismail pula yang pujuk Aina, ibu ke dapur sekejap. Kalau Aina tidak
mahu makan, kita berdua saja yang makan. Angin dia belum ok lagi tu.
Kalau kena caranya sekejap saja dia mengikut kata kita. Ismail kena banyak
bersabar ya." Ujar Pn. Hasnah seraya berlalu ke ruang dapur.
"Baiklah bu."
 
Ismail merenung lama pintu bilik yang terkunci rapat itu. Entah apa yang
sedang dibuat oleh Iman di dalam agaknya. Menangiskah gadis itu? Menurut
Pn. Hasnah, Iman mengunci diri sekembalinya dari majis hari lahir Amira
lalu, tanpa berlengah dia datang berkunjung dan kini sudah pun terpacak di
rumah ini. Ismail sedar semuanya adalah kerana dirinya, dia dihambat resah
namun dia punya alasan untuk semua itu.
 
"Iman, keluar sayang… ada sesuatu yang saya nak cakap dengan awak ni.
Kita perlu duduk berbincang, banyak perkara yang saya hendak terangkan
dengan awak. Lagipun, awak belum makan dari semalam lagi, jangan begini,
nanti kalau awak jatuh sakit macam mana? Iman…" Pujuk Ismail panjang
lebar.
 
Senyap langsung tiada balasan. Iman diam tidak menjawab.
 
"Iman, kesian dekat ibu, ibu bimbang sangat. Ibu masakkan awak gulai
sembilang tau, saya ada petik ulam raja tadi, mesti sedapkan. Kita makan
sama-sama, ya? Ibu kata, awak yang tanam…"
"Hei, dia ibu saya, bukan ibu awak, tahu?" Terdengar bantahan Iman dari
dalam. Ismail tergelak kecil.
"Yalah, yalah, ibu awak, saya tahu itu. Tapi… ibu awak akan jadi ibu saya
jugak, tahu?" Balas Ismail pula.
"Huh, jangan nak perasan! Sekarang awak pergi balik. Saya tak perlukan
awak di sini. Segalanya sudah saya jelaskan semalam. So, apa lagi yang
awak nak?" Tingkah Iman, dia mula bersandar di sebalik pintu.
"Saya nak awak dan saya nak awak keluar makan. Saya akan balik tapi,
awak kena janji dengan saya dulu. Janji ya?" Kata Ismail.
"Saya tak nak awak! Saya tak mahu makan! Awak peduli apa!" Jawab Iman
pantas.
"Iman, please… jangan degil sayang… kalau bukan kerana saya pun
makanlah kerana ibu awak, atau… kerana tunang awak. Janji?" Pinta Ismail.
 
Senyap. Ismail mengetuk-ngetuk perlahan pintu bilik Iman. Bermacam irama
terhasil dipendengaran Iman hasil dari ketukan bertalu-talu dan berlagu-lagu
itu. Sesekali irama tabla juga berkumandang. Begitu membingitkan telinga!
 
"Iman… janji?" Tuntut Ismail lagi, ketukan di pintu tidak dihentikan malah
semakin rancak dan kuat.
"Iman… selagi awak tak jawab, saya akan tetap berdiri dekat pintu ni dan
selagi itu saya akan ketuk pintu bilik awak ni. Biar pintu ni pecah, biar
tangan saya berdarah pun saya sanggup, tahu?" Ugut Ismail. Irama tabla
semakin dirancakkan.
"Nak pecah ke nak berdarah ke, saya peduli apa!" Balas Iman setelah agak
lama mendiamkan diri.
"Ok, saya pun tak peduli! Iman… awak ada apa-apa permintaan lagu tak?
Lagu Tamil ke? Lagu hindustan ke? Lagu Spanish ke? Lagu…"
"Ada!" Pintas Iman.
"Apa dia?"
"Pulanglah!!! Atau dalam erti kata lain, pergilah balik, B.A.L.I.K, balik!
Faham?" Kasar sekali intonasi suara Iman di sebalik pintu itu. Ismail terkedu.
"Oh, ok. Tapi… awak kena janji dulu. Iman, janji ya?" Pinta Ismail pula.
"Erm…"
"Janji?" Ulang Ismail.
"Ok."
"Janji?" Ulang Ismail sekali lagi, dia tidak puas hati selagi Iman tidak
mengeluarkan kata janji.
"Iyalah-iyalah, saya janji! Tapi, bukan kerana awak, saya makan kerana ibu
saya. Dan, saya juga makan kerana tunang kesayangan saya, tahu?" Ujar
Iman sengaja cuba menyakiti hati Ismail.
"Ok." Sambut Ismail senang hati.
 
Ismail mula mengorak langkah namun, tiba-tiba dia berpatah kembali. Sekali
lagi pintu bilik Iman di ketuk perlahan berselang-seli dengan panggilan nama
gadis itu. Sampai ketukan yang ke sepuluh barulah ada balasan dari Iman.
 
"Ya Allah Ismail… apa lagi ni, nak apa ni?"
"Iman, betul ke awak sayangkan tunang awak tu, hmm?" Tanya Ismail.
"Yang awak sibuk sangat ni kenapa, hah?" Iman berang.
"Betul?"
 
Diam, senyap, sunyi, sepi di pihak Iman. Tapi, Ismail masih sabar menanti,
pintu sekali lagi diketuk-ketuk perlahan kerana dia tahu Iman masih
bersandar di muka pintu itu.
 
"Iman, betul?"
"Erm."
"Betul?"
"Eh, betullah! Saya sayang dia, saya cintakan dia, puas hati?" Jerit Iman
kuat.
"Erm, baguslah. Saya pun sayangkan awak. I love you too." Bisik Ismail
perlahan, rapat sekali di permukaan pintu bilik Iman dan dia pasti gadis itu
dapat mendengarnya.
"Hei jangan mimpilah! Perasan!" Jerit Iman lagi kuat dari tadi.
 
Ismail sedikit pun tidak terasa hati dengan kata-kata Iman itu malah, dia
cepat-cepat berlari ke dapur untuk segera menghamburkan ketawa yang
disimpan sedari tadi. Pn. Hasnah yang masih sibuk menyiapkan hidangan
memandang pelik. Namun, lambat-lambat dia pun turut ketawa sama,
mengekek-ngekek, berdekah-dekah mengalahkan Ismail sendiri.
 
"Ibu, Ismail kena balik dululah. Nanti bertambah marah pulak anak dara ibu
kat dalam bilik tu. Sekejap lagi mesti dia keluar makan, Ismail pasti!" Ujar
Ismail setelah keadaan kembali reda.
"Lah, kenapa pulak. Oh, ibu faham, ibu faham. Tak mengapa, ibu tapaukan
lauk untuk Ismail ya. Umi Ismail ada kat sini lagi kan? Nanti ibu tapaukan
banyak sikit. Tinggal berdua saja takut tak habis, membazir pulak nanti. Si
Aina tu bukannya banyak sangat makannya, kalau ibu tak paksa tambah,
sejemput tu ajerlah yang dimakannya." Balas Pn. Hasnah.
 
Sudahnya, Ismail berlalu pulang dengan hati yang sedikit walang. Namun,
dia tidak perlu bimbang, esok dan lusa akan dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Biar keadaan sedikit reda barulah Ismail akan kembali memujuk Iman. Gulai
sembilang di tempat duduk sebelah dijeling geram, aroma itu begitu
menusuk hidungnya, betul-betul buat Ismail jadi tidak sabar untuk sampai ke
rumah Kak Longnya. Pasti uminya suka, gulai sembilang orang Johor ni
memang kesukaan wanita itu dan dirinya sendiri.

BPB_47 :: DEKAT PADAMU ::


Sementara menantikan masuknya waktu solat isya' Iman mengambil
kesempatan untuk menghantar SMS kepada Amira. Untuk menelepon dia
berasa sedikit janggal, rongganya tersekat, pasti suaranya kaku. Iman ingin
memohon maaf kerana pamit tanpa memberitahu gadis itu semalam. Pasti
Amira terasa hati, Sufi dan Fahmi juga mesti tertanya-tanya akan
ketiadaan dirinya namun, bukan kehendaknya bertindak melulu begitu.
Entah mengapa, dia tidak dikurniakan kekuatan untuk berada lebih lama di
majlis itu.
 
Lima minit berlalu namun masih belum ada balasan dari Amira. Iman sedikit
cuak, mungkinkah gadis itu marahkan dirinya? Sedang Iman berkira-kira
untuk menelepon, keluar bunyian menandakan ada mesej masuk. Pantas
Iman membaca namun, kemudiannya dia mengeluh hampa. Lain yang
ditunggu lain pulak yang diterimanya.
 
Abang??? Wujudkah lelaki itu di dalam hidupnya? Tunangan tanpa nama
mahupun wajah, tunangan tanpa rela, tunangan tanpa cinta! Mengapakah
sehingga ke hari ini Iman masih tidak punya hati untuk mendapatkan apa jua
maklumat mengenai lelaki itu, tunangannya sendiri.
 
'Aina, Sihat? Sudah makan sayang?'
 
Tapi, semakin hari juga Iman merasakan yang lelaki itu semakin dekat di
hatinya, dia bagai dapat merasakan kehadiran lelaki itu di mana-mana. Kini,
di antara mereka sepertinya ada satu ikatan yang erat, tersimpul kemas!
Sungguh, Iman dapat merasakannya, hati kecilnya tidak menolak untuk hal
yang satu itu. Hangatnya perasaan, kembang teruja, jatuh cinta lagikah dia?
Jodoh aturan keluarga, cinta yang diberkati? Atau, mungkinkah perhatian
lewat kiriman SMS dari lelaki itu mendekatkan mereka? Romantis kata-kata
tunangannya itu memputikkan benih-benih cinta di hatinya? Cinta SMS?
 
'Sihat. Sudah. Awak sihat? Dah makan?'
 
Iman membalas pendek, soalan formal. Dia senang sekali membalas setiap
mesej yang dihantar oleh lelaki itu semenjak bertunangan jika tiada sesuatu
menghalang. Cuma, satu yang belum berjaya dilakukan hingga ke saat ini,
berbual mesra menerusi telepon! Bukan tidak pernah mencuba, setiap kali
talian bersambung ada saja masalah teknikalnya. Kadang-kadang dia sendiri
hairan, tidak pasti samada telepon miliknya rosak ataupun si pihak penerima
panggilan yang sebenarnya bermasalah. Mungkin, dia perlu menghubungi
Maxis untuk mendapatkan kepastian.
 
'Sihat juga. Belum lagi. Nak temankan abang makan?'
 
'Mungkin, next time...'
 
'Bila tu?'
 
'Tak tahu.'
 
'Tak tahu? Bukan selepas kita kahwin? ;)… Aina, kita jumpa mahu?'
 
Iman terkedu. Jumpa? Sudah bersediakah dia untuk bertentang empat mata
dengan lelaki itu? Tapi, bukankah itu yang dihajati cuma belum mendapat
undangan saja lalu, perlukah dia menolak seandainya orang sudah
membukakan jalan? Iman membiarkan mesej tidak berbalas. Seusai solat
isya' dia kembali mendapatkan telepon yang dibiarkan di atas katil
 
5 messages received. 1 Dari Amira, 4 lagi dari ABANG???
 
 
'Maaf kak Aina, lambat reply. Tak perlu minta maaf, Mira yang byk buat
salah dgn kat Aina ;( Maafkan Mira ya?'
 
Iman mengukir senyuman lega. Dia membalas dan kemudian segera
membaca mesej-mesej yang seterusnya.
 
'Aina, boleh?'
'Aina, tak sudi nak jumpa abang ya?'
'Aina… kenapa senyap ni?'
'Aina…'
 
'Aina solat tadi. Abang dah solat?'
 
'Aina? Abang? Ni yang buat abang tak sabar nak jumpa Aina. ;)…'
 
Hah, pantas Iman menyemak semula ayat mesej yang dihantar kepada lelaki
itu tadi. Alamak, macam mana dia boleh membahasakan diri dengan
namanya sendiri dan memanggil lelaki itu ABANG!!! Sungguh! dia sedikit pun
tidak perasan apa yang di taipnya itu, betul-betul tidak disengajakan. Ya
Allah… malunya! Wajahnya merona merah, malu kepada lelaki itu juga
dirinya sendiri.
 
Mungkinkah? Adakah itu petunjuk yang menandakan dia sudah mula
menerima kehadiran lelaki itu di dalam hatinya, ikhlas dengan suratan takdir
ilahi ke atas hidupnya. Sekali lagi Iman membiarkan mesej dari lelaki itu
tidak berjawab, dia mengorak langkah ke dapur untuk mendapatkan segelas
air suam. Wajahnya kebas, hatinya berdebar pantas. Iman perlu
menenangkan diri buat seketika. Sempat juga Iman duduk menemani ibunya
menonton televisyen. Drama yang ditayangkan sedikit pun tidak menarik
minatnya lalu dia kembali ke dalam bilik.
 
2 messages received.
 
'Aina… are u there?'
'Kak Aina masih marahkan Papa Is? Pls maafkan Papa Is, terima semula
Papa Is, plsssss...Mira syg Kak Aina, Mira syg Papa Is.'
 
Iman membiarkan mesej Amira tidak berjawab. Dia tidak punya jawapan
untuk soalan itu buat masa ini. Kini, tumpuannya beralih pula kepada mesej
kiriman ABANG???
 
'Ya ada. saya ke dapur tadi.'
 
'Oh lamanya! ;)… So boleh tak kita jumpa? Abang rindu.'
 
Iman tersenyum kecil, pasti lelaki itu dapat membaca perasaannya sebentar
tadi. Nampaknya, dia perlu lebih berhati-hati di masa depan, ejaan dan
susunan ayat perlu menjadi keutamaan sebelum menghantar sebarang
mesej kepada lelaki itu.
 
'Ok, bila n di mana?'
 
'Esok, abang datang jemput ya? Di rumah atau tempat kerja?'
 
'Erm, kat cafe ajelah around 5pm, boleh?'
 
'Ok sayang, kita sambung nanti, abang nak solat dulu. Nak makan tak ada
orang sudi temankan… ;)'
 
'Ok.'
 
'Tunggu abang tau. Jgn tidur dulu.'
 
'Ok, tp saya tak janji, ;)…'
 
'Aina… please… tunggu abang?'
 
'Oklah.'
 
Sudahnya, hampir tengah malam mereka masih lagi rancak berbalas mesej.
Hanya berbual kosong, sekali pun tidak menyentuh perihal peribadi. Soal hati
dan perasaan lagilah terabai jauh. Satu yang Iman pelik, mengapa lelaki itu
tidak mahu menghubunginya? Takut bil melambung tinggi ke? Jimat kredit
ke? Atau, tunangannya itu seorang yang kedekut barangkali! Oh tidak, Iman
tidak boleh hidup dengan orang yang sebegitu. Atau, mungkin lelaki itu
punya alasannya yang tersendiri, siapa tahu? Ikutkan hati, mahu saja Iman
bertindak mendail nombor talian lelaki itu, lebih senang untuk bercakap dari
menaip bait-bait ayat tapi...
 
'Aina, sudah mengantuk ya?'
 
'Erm, so kita continue esok boleh?'
 
'Ok. Eager to see u ;)'
 
':P'
 
'Once the moon winks at u tonite, I wish sweet dreams embrace u tight.
Hope your day was quite alright & now I bid u a lovely gudnite. A'kum, abang
sayang Aina!'
 
Iman langsung lena tanpa membalas mesej terakhir itu. Sungguh, dia benar-
benar keletihan yang amat. Segalanya tentang hari esok tidak mahu
difikirkan. Terserah. Tapi, hanya satu yang akan dilakukan sebaik matahari
memercikkan sinarnya. Hanya satu tekad baru yang akan memandu hari-hari
mendatang seorang Iman. Hanya jasad baru yang akan menempuhi dugaan-
dugaan yang menghalang. Hanya bahagia ibu yang menjadi keutamaan.
Dan, hanya lelaki itu yang akan mengisi ruang hatinya yang kesepian.

BPB_48 :: GURISAN DUKA LARA ::


Iman duduk bungkam di atas kerusinya. Bilik pejabat yang kecil ini terasa
begitu sempit dengan kehadiran sebatang tubuh sasa milik lelaki itu. Jam di
tangan hampir ke pukul 4.30pm! Lain orang yang ingin dijumpa lain pulak
yang menjengukkan muka, betul-betul memberantakkan rancangannya.
Entah mengapa Iman terasa bahang di mana-mana. Penghawa dingin yang
terpasang tidak langsung menyejukkan suhu badannya. Sesekali Iman
menjeling pintu bilik pejabatnya yang terkunci rapat. Ingin saja Iman segera
meloloskan dirinya keluar dari keadaan yang ternyata sesak ini.
 
Ismail memerhatikan wajah cemberut gadis yang bungkam di hadapannya.
Dia tahu apa yang membuatkan gadis itu keresahan, gelisah bagaikan ayam
berak kapur! Pasti pertemuan sebentar nanti yang membelenggu fikiran itu,
pasti temujanji yang pertama itu mengundang debar di hati gadis itu. Pasti
kemunculan seseorang yang diundang yang ditunggu-tunggu. Dan, pasti
kemunculannya dianggap sebagai pengganggu! Sengaja Ismail datang awal,
sengaja untuk melihat riaksi Iman, sengaja menduga dan terus menduga.
Ya, dia sememangnya sengaja, Bukan apa-apa!
 
"Iman, saya serius dengan apa yang saya katakan kelmarin." Ulang Ismail.
"Hei… jangan nak mengarutlah! Saya ni tunangan orang Ismail! Jangan
sesekali awak perlekehkan hak orang lain. Sekali saya mengikat janji takkan
saya mungkiri. Awak faham itu?" Tegur Iman geram.
"Oh, begitu? Baguslah, senang hati saya mendengarnya." Balas Ismail.
"Ha'ah. So, boleh awak pergi sekarang?" Pinta Iman.
 
Ismail mengukir senyuman senang. Alangkah bahagia hatinya saat itu.
Dialah lelaki yang paling bahagia di dunia sebaik mendengar sebaris ayat itu.
Pengakuan yang dia yakin jujur lahir dari hati murni gadis itu.
 
"Awal lagi, sekejap lagi saya baliklah. Awak ada temujanji dengan seseorang
ya? Ni mesti kes nak jumpa tunang kesayangan ek." Serkap Ismail.
"Kalau ya pun ada kena mengena dengan awak ke? Hak saya Ismail… so,
suka hati sayalah nak jumpa dia ke, nak apa ke..."
"Dia hak awak Iman?" Ulang Ismail.
"Erm…"
"Belum lagi Iman… baru bertunang." Perli Ismail. Iman tertunduk malu, dia
diam tidak menjawab.
 
Lima minit berlalu namun, lelaki itu sedikit pun tidak mahu beransur pergi.
Iman mendengus nafas kuat sekali, sengaja menunjukkan ketidaksenangan
hatinya saat itu. Wajahnya merona pekat, dahinya berkerut hebat. Dia
benar-benar bengang dengan kedegilan Ismail itu. Kalau ikutkan hati
panasnya, mahu saja di halau lelaki tidak malu itu. Jiwanya resah, dadanya
berdebar, jam di pergelangan tangan di belek cemas, bimbang jika dua lelaki
dalam sejarah hidupnya bertembung muka. Apakah yang akan terjadi nanti?
Saling bertelingkahkah mereka? Ah, Iman benar-benar tidak dapat
membayangkan.
 
"Ismail, tolonglah pergi sekarang." Pinta Iman masih cuba berlembut.
"Kenapa? Tak suka saya di sini? Saya mengganggu awak ya?" Tanya Ismail.
Jam di jeling sekilas, 4.45pm! Masih banyak masa lagi, temujanji dengan
tunangnya pukul 5pm.
 
Akhirnya, Iman terpaksa beralah. Dengan perlahan dia bingkas bangun.
Iman ingin pergi dari situ. Biarlah, kalau pun Ismail ingin duduk bertapa di
dalam bilik pejabatnya itu sampai malam, dia tidak kisah. Mahu tidur sampai
pagi, lagi dia tidak peduli. Iman tidak perlu melayan kerenah lelaki itu,
mengada-ngada, suka sangat meraih perhatian. Lagipun, bukan dia dapat
apa-apa pun, dirinya tetap juga milik lelaki yang lagi satu itu. Kalau sudah
bosan tahulah Ismail balik sendiri.
 
"Eh, eh sekejap. Boleh saya tahu siapa nama tunang awak tu? Mana lebih
handsome, saya ataupun tunang awak tu?" Tanya Ismail serius, dia belum
puas menduga dan mempermainkan Iman.
"Awak nak buat apa?" Pantas Iman bertanya, pelik.
"Saja nak berkenal-kenalan, tak boleh ke? Lagipun, kitakan kawan. So, siapa
nama dia?" Balas Ismail, bibirnya tersumbing-sumbing menahan senyum.
"Saya tak tahu! Handsome ke tidak, awak peduli apa! Dia tunang saya, saya
yang akan kahwin dengan dia, jadi isterinya, bukannya ada kena-mengena
dengan awak pun! Lagi satu tolong ingat, handsome saja tidak menjamin
kebahagian En. Ismail…" Jawab Iman selamba, biar Ismail terasa.
"Apalah nama tunang sendiri pun tak tahu, tunang jenis apalah awak ni,
Iman… Iman…" Perli Ismail selamba.
 
Ha..ha..ha.. Ismail menghamburkan gelakkan yang besar, kuat, nyaring,
benar-benar membuatkan Iman tersinggung. Tanpa berlengah, Iman pantas
mengatur langkah, dia ingin segera menyembunyikan wajahnya yang sekali
lagi merona merah! Dia malu dipersendakan sebegitu rupa oleh Ismail. Iman
rela di kutuk oleh lelaki lain, dia rela dicerca jiran tetangga. Iman tidak kisah
orang keliling mengata akan kedunguannya atas pertunangan tanpa cinta ini.
Sungguh, Iman rela tapi, bukan sesekali datangnya dari bibir Ismail, setiap
patah membuatkan hatinya lara, terguris sakit, luka lamanya pasti kembali
berdarah. Namun, belum sesaat tubuhnya di sambar oleh Ismail. Lelaki itu
merangkul tubuhnya erat.
 
"Lepaskan saya, lepaskan saya, Ismail. Saya benci awak!" Iman menjerit,
badannya meronta kuat. Iman bagaikan diserang histeria.
"Iman… janganlah meronta, dengar apa yang saya nak cakapkan ni. Iman…"
Ujar Ismail. Tubuh Iman di pusing menghadap dirinya namun pelukan masih
tidak dirungkaikan, bimbang gadis itu akan melarikan diri.
"Tak mahu! Awak nak mempersendakan saya lagi, kan? Awak nak
ketawakan saya? Hah, ketawalah sepuas-puas hati awak. Kenapa diam?
Ketawalah cepat!" Jerit Iman lagi tatkala dilihat Ismail hanya membisu, mata
lelaki itu merenung wajahnya lembut.
 
Iman kalut namun, dia tidak perlu hanyut dengan godaan Ismail itu. Lelaki
itu telah mempersendakan dirinya. Mata Iman mencerlung merah menentang
wajah Ismail. Airmatanya yang berjuraian tidak dihiraukan, dia lebih rela
menggunakan tangannya untuk menumbuk dada bidang Ismail, bukan sekali
malah berkali-kali. Dia benar-benar hilang pertimbangan. Hatinya benar-
benar sakit mendengar kutukan Ismail. Bukan salah dirinya juga bukan
pintanya, takdir yang menentukan hidupnya ditunangkan dengan jejaka
yang dia sendiri tidak kenali.
 
"Auch! Iman, sakit dada saya sayang… auch… Iman…" Ismail mengaduh.
"Saya peduli apa! Sakit lagi hati saya, awak tahu tak!!!" Balas Iman geram.
"Iman… please… sudah-sudahlah tu. Iman…" Pujuk Ismail perlahan, Iman
masih berterusan menumbuk dada lelaki itu, lebih kuat dari tadi.
"So, lepaskanlah saya cepat!" Bentak Iman.
"Tak nak!" Jawab Ismail selamba, rangkulan dieratkan. Haruman segar
rambut Iman menusuk hidung Ismail, nyaman sekali.
"Hish… lepaslah!" Iman menepis tangan Ismail. Setan! Hatinya mula
menyumpah.
"Tak nak!" Jawab Ismail selamba.
 
Ismail masih ingin mempermainkan gadis itu. Dia mengenyit mata nakal
tatkala Iman merenung tajam ke arah wajahnya. Wajah Iman yang merona
pekat menahan kemarahan diteliti semahunya, memang itu hobinya. Gadis
itu kelihatan lebih menggoda dan cantik ketika sedang menahan suhu
kemarahan. Pipi merah, hidung merah, mata merah, bibir lagilah merah!
 
"Apsal tak nak pulak? Apa awak tak puas-puas lagi nak seksa saya, tak puas
lagi menyakiti hati saya, hmm?" Tanya Iman. Bibirnya diketap geram.
"Tak naklah. Lagipun, bukan saya nak seksa awak, awak sendiri yang
meronta-ronta, siapa suruh? So, kalau tak mahu sakit jangan meronta lagi,
faham?" Ujar Ismail selamba, wajahnya beriak nakal, benar-benar
menaikkan darah Iman.
"Oh, siapa suruh ya? Erm, saya faham, ok, ok…" Iman menguatkan
rontaannya, tangannya menumbuk perut Ismail kuat.
 
Gedebuk!!! Dengan sekali hayunan penumbuk sulung Iman, Ismail jatuh
terduduk di atas lantai, sebiji macam nangka busuk. Lelaki itu mengerang
kesakitan. Siapa suruh? kan... siapa suruh menyakitkan hatinya? Rasakan
tumbukkan padu darinya. Padan muka! Genggaman penumbuk dibelek
megah, tidak sangka hebat sekali kekuatannya. Iman tersenyum puas.

BPB_49 :: BERAKHIRNYA SEBUAH DUKA ::


Matanya leka memerhati keindahan lautan yang terbentang, bebuih ombak
yang memutih. Kepalanya lentok elok di atas bahu sasa itu, jemarinya
mengait mesra jemari kasar itu. Kakinya menguis memainkan pasir pantai.
Mindanya memainkan kembali kejadian sebentar yang lalu. Sesekali bibirnya
mengukir senyuman, sesekali juga wajahnya merona merah menzahirkan
betapa malunya tatkala teringatkan perlakuan dan tutur kasarnya terhadap
lelaki itu. Tapi, kejadian itu semua bukan juga salah dirinya seorang, apa
yang pasti lelaki itulah puncanya. Tapi, takdir dan keadaan juga sudah
menentukan perjalanan cerita hidupnya begitu lalu untuk apa dia terusan
menyalahkan orang lain.
 
“Auch… mak kau sakitnya! Hei… tak baik tahu buat begini pada tunang
sendiri. Tak sayang abang ya cik Aina sayang…? Aduh… sampai hati awak…
sakit perut abang tahu tak?” Balas Ismail, dia masih terduduk, tangannya
menggosok-gosok perutnya yang senak di tumbuk gadis itu.
“What? Abang? Awak tunang saya? Saya sayang awak? Huh, jangan nak
perasanlah! Memang patut pun awak kena tumbuk dengan saya, padan
muka!” Tingkah Iman.
 
Abang! Berbulu telinga Iman mendengar, meremang bulu romanya. Iman
ketawa agak sinis, bibir dicebik-cebik tanda jengkel.
 
“Iman… percayalah. Saya ini tunangan awak…” Tekan Ismail.
 
‘Tunang konon! Kalaulah awak tunang saya, sudah lama saya peluk cium
awak, tak adalah saya tumbuk awak sungguh-sungguh, awak tahu tak? Sakit
perut awak, sakit lagi perut saya awak peluk tadi, senak! awak tahu tak?
Sekarang awak tu cuma kenangan bagi saya, kenangan yang menyakitkan,
awak tahu tak? Pelukan awak membuatkan hati saya bertambah berdarah,
awak tahu tak? Renungan awak menghunus tangkai hati saya, sakit! awak
tahu tak?’
 
“Apa awak tak sayangkan saya? Iman… memang saya ni tunang awak, Pak
Samad tu pakcik saya, awak tahu tak?” Tekan Ismail lagi, bahu Iman diraih
perlahan, wajah Iman dipandang geram.
“Aaaa… What? Tunang? Pak Samad, pakcik awak???” Mulut Iman terngaga
luas.
“Ya Aina. Saya inilah ABANG awak tu.” Ismail mengangguk kecil, matanya
merenung Iman menggoda. Sekali lagi mulut Iman ternganga luas.
 
‘Oh, patutlah selama ini tak pernah telepon saya, asyik-asyik SMS, asyik-
asyik SMS! Bila saya telepon ‘ABANG???’ tak ada jawapan. Mentang-
mentanglah Hotlink kat Giant RM6.99, sesuka hati awak saja nak kenakan
saya ya. Patutlah muka seposen awak tu ada saja mana saya pergi. Rupa-
rupanya…’
 
“Hei, tutuplah mulut awak tu, nanti masuk lalat, tahu?” Bisik Ismail.
 
Ismail merapatkan wajahnya mendekati wajah Iman, bibirnya mula mencari
sasaran tapi Iman lebih pantas mengelak, wajahnya dipalingkan ke sisi.
Ismail mengeluh hampa, ciumannya hanya terdampar di pipi mulus gadis itu.
Namun, itu sudah memadai bagi dirinya yang sememangnya merindui gadis
itu.
 
Iman melepaskan ketawa perlahan, wajahnya yang seketika tadi merah mula
beransur tenang, menaikkan serinya. Entah mengapa dia terasa lega,
kepalanya ringan tiba-tiba, hatinya melonjak gembira. Tanpa menunggu
sesaat tubuh Ismail dirangkul erat bagaikan tidak mahu dilepaskan lagi.
Perut Ismail digosok perlahan, kesian… tak pasal-pasal kena debik
dengannya tadi. Namun, kemudiannya dia menangis perlahan, teresak-esak,
airmata tanpa diundang berjuraian jatuh.
 
“Iman, kenapa menangis ni, hmm?” Tanya Ismail pelik.
“Saya benci awak, saya benci awak, awak tahu tak?” Kata Iman, wajahnya di
sembamkan ke dada bidang Ismail.
“Hei, kenapa benci pulak? Bukan ke awak sayangkan saya? Apa yang tak
kena pulak ni?” Tanya Ismail gusar.
“Kenapa awak buat saya macam ni? Saya terseksa, awak tahu tak? Hati saya
terluka, saya ingatkan saya akan kehilangan awak Ismail…” Luah Iman
dalam sendu yang masih bersisa. Kegelisahan dan luka di hatinya sebelum
ini ternyata tidak berasas!
“Iya? Kenapa awak tak melamar saya? Kenapa mesti buat keputusan
menerima seseorang yang awak sendiri tak kenal?” Tanya Ismail.
“Saya malu! Masakan saya sendiri yang meminta awak mengahwini saya.
Apa kata family awak nanti. Saya betul-betul tak sanggup, malu…” Jawab
Iman jujur.
“Lah, apa salahnya. Tulah, dulu saya sendiri yang melamar banyak sangat
alasannya. Padan muka!” Balas Ismail selamba, hidung Iman dipicit
perlahan.
“Ismail!!!” Jerit Iman.
“Ya tunangku sayang…” Sahut Ismail, kembali merangkul tubuh Iman,
mereka berdua ketawa riang.
 
Baru kini Iman tahu bahawa Pak Samad dan Makcik Zubaidah itu merupakan
saudara Ismail. Pak Samad dan bapa Ismail merupakan sepupu dekat. Rupa-
rupanya, ibu Iman juga berpakat dengan Ismail, patutlah wanita itu begitu
memaksa dirinya untuk berkahwin. Wanita itu memberinya pilihan, tapi
pilihan itulah yang menjerat dirinya. Ibu, ibu…
 
Lamunan tiba-tiba terhenti, Iman bingkas berdiri seraya mengibas-ngibas
butiran-butiran pasir yang melekat di skirt yang dipakainya. Kemudian,
tangan Ismail di tarik supaya turut bangun bersamanya. Ada sesuatu yang
ingin dia perkatakan pada lelaki itu, tunangannya! Ismail hanya menuruti
langkah Iman. Mereka beriringan menyusuri pantai Stulang yang kelihatan
cantik tatkala senja berlabuh begini. Burung-burung berterbangan bebas,
cengkerik dan unggas malam mula riuh berkicauan, deruman angin dan
ombak bersatu memainkan irama indah.
 
“Ismail, betul awak terima diri saya seadanya? Bersedia menerima
kekurangan dan kelebihan saya? Keluarga saya? Betul awak sayangkan
saya? Menyintai saya sepenuh hati awak?” Tanya Iman. Ismail mengangguk
yakin setiap pertanyaannya.
“Iman, saya berjanji akan jadi suami yang baik buat awak. Saya sudah
bersedia ke arah itu, hanya awak yang akan menjadi isteri dan ibu kepada
anak-anak saya. Percayalah sayang…” Tutur Ismail, ada sinar yang terpancar
di matanya. Jemari Iman di genggam erat.
“Ikhlas?” Tanya Iman meminta kepastian.
“Iya sayang… Lagipun saya sudah banyak kali melamar awak, cuma awak tu
ajer yang jual mahal, tak bersedialah, takutlah, apalah. Kalau saya tak buat
begini mesti sampai bila pun saya tak dapat mengikat awak, kan?” Jawab
Ismail, sebelah tangannya mengusap perlahan pipi mulus Iman.
 
Iman tersengih manja seraya memeluk erat tubuh Ismail sekali lagi. Ya, dia
menyayangi dan menyintai Ismail sepenuh hatinya. Nama lelaki itu sudah
terukir di hatinya, dia percaya Ismail mampu menjadi suami yang baik dan
bertanggungjawab, lelaki yang di yakini dapat membimbing hidupnya dunia
dan akhirat. Dia bersyukur kerana lelaki itu telah melamarnya, sudi
memperisterikan dirinya yang serba kekurangan ini. Dan, dia berjanji akan
menjadi isteri yang baik dan solehah kepada lelaki itu. Dia bersedia memikul
tanggungjawab yang besar itu walau hakikatnya dia masih belum bersedia
sepenuhnya.
 
“Ismail, bagaimana dengan keluarga awak? Mereka terima saya?” Iman
meleraikan pelukan.
“Alah… mereka semua dah kenal awak. Kelmarin, awak dah jumpa dengan
umi dan abah saya kan? Kakak-kakak saya yang bertiga tu pun awak dah
kenal kan? Anak-anak buah saya pun awak dah tahu kan? So, what’s the
problem?” Laju saja Ismail menjawab.
“Oh, jadi majlis tu memang sudah di rancang ya, hmm?” Iman menyoal
geram.
“Yup, tapi insiden baby Auni jatuh memang tak ada dalam agenda rasmi, lari
sikit dari plot yang di rancang. Tapi, hasilnya excellent! Extravaganza!
Cuma…”
“Cuma apa?”
“Cuma hasilnya terlambat sikit, sepatutnya ending dia malam tu tapi… awak
siang-siang sudah cabut lari!” Ismail menjawab dengan gelak ketawa. Iman
tersenyum malu.
“Ismail… tapikan, saya macam pernah nampak muka umi awak, kakak-kakak
awak yang bertiga tu pun sama.” Ujar Iman.
“Really?” Tanya Ismail, Iman mengangguk tanda pasti.
 
Sewaktu diperkenalkan oleh Amira hatinya tertanya-tanya. Dia bagaikan
pernah melihat Oma juga makcik-makcik Amira yang bertiga itu. Di mana,
dia terlupa tapi, wajah mereka memang cukup dikenali. Adakah mereka
sememangnya pernah bertemu? Atau, barangkali hanya perasaan dia saja.
Entahlah…
 
“Kampung’s Spagetti, Puding Kastad…” Bisik Ismail dekat ditelinga Iman.
Iman ternganga.
“Apa yang awak merepek ni, kat sini mana ada benda tu semua. Jangan nak
mengada-ngada eh.” Tegur Iman.
“Eh mengada-nda apa pulak. Kampung’s Spagetti, Puding Kastad… makcik
nak awak yang buat tau.” Sekali lagi Ismail mengulangi ayatnya.
“Oh my God! I got it, I got it… alamak Ismail, malunya saya… Ya Allah apa
saya nak buat ni?” Iman kalut. Ismail di sebelahnya ketawa kuat, kelakar
melihat telatah Iman saat itu.
“Jangan takut, awak lulus ujian, tu pasal saya hantar rombongan
meminang.” Ismail mengenyit mata nakal, Iman tersenyum malu.
 
“Papa Is…” Panggil Iman nakal.
“Ya, Mama Iman, ada apa sayang?”
“Jom, kita balik dah nak masuk waktu maghrib ni nanti ibu saya bimbang
pulak.” Iman menarik tangan Ismail.
“Eh, sekejap.” Tahan Ismail. Iman menegrutkan dahinya, kenapa?
“Iman sayang… nanti dah jadi isteri saya, jangan tumbuk saya lagi ya, sakit…
abang tak tahan.” Bisik Ismail perlahan.
“Ok. Tapi, tak boleh janji sangatlah eh. Kalau ‘abang’ saya tu buat hal, lebih
daripada tu dia dapat. Ingat, saya ada black belt tau.” Balas Iman selamba.
“Black belt ya sayang… ok, tapi ingat… ‘abang’ awak ni ada lebih daripada itu
tau.” Ujar Ismail dengan maksudnya yang tersendiri. Iman mencebik bibir.
 
Malamnya, sekian kalinya, Ismail memperkenalkan Iman kepada ahli
keluarganya. Sesekali mereka berdua menjadi bahan usikan ahli keluarga
yang sememangnya mesra itu. Wajah Iman yang putih bersih itu
beberapakali berubah warna, Ismail yang sentiasa di sisinya langsung tidak
mahu membantu meredakan usikan malah dia sendiri lebih galak mengusik
Iman dari mereka semua.
 
Gelaran ‘Mama Iman’ bagaikan sudah tidak janggal di pendengaran Iman,
nama itu di panggil manja, disapa mesra, di jerit kuat oleh beberapa anak
kecil termasuk Amira sendiri di rumah itu. Sungguh! Iman merasakan itu
adalah saat yang paling membahagiakan di dalam hidupnya, dikelilingi
keluarga yang mesra dan bahagia, anak-anak kecil yang comel dan ceria
juga di samping lelaki yang bakal melayari hidup bersamanya.

BPB_50 :: END ::

:: Aku Adalah Aku, Aku Adalah AkuMU ::

Aku adalah aku


gadis biasa yang bukan siapa-siapa
Dulu, perasaanku sayu, hatiku pilu
jasadku, jiwaku tidak pernah bersatu

Namun, aku pasrah...


aku bukan anugerah yang terindah
Sedar hidup tidak selalu indah
lalu aku hanya mampu berserah

Ismail,
aku adalah aku
aku adalah akuMu...

*****

Aku adalah akumu


lelaki yang kecewa kerana cinta
Kini, jasadku bangkit, hatiku ghairah kilauan permata
aku memburu walau silau menyukarkan

Namun, akhirnya...
aku tersenyum dengan satu anugerah
Hidup ini ternyata indah
kerana aku tidak pernah mengalah

Iman,
aku adalah aku
aku adalah akuMu..

Anda mungkin juga menyukai