Anda di halaman 1dari 3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Jalan Dato’ Hamzah, Karung Berkunci No. 6, 70990 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus Tel 06-7653100 Foks 06-7639969 Laman Web : jpnns.moe.gov.my Ruj. Kami : JPNS,SSM.PB.500-4/2/1 Jid.3(60) Tarikh =: (3 Mac 2023 ‘Semua Timbalan Pengarah Semua Ketua Penolong Pengarah Kanan Semua Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Semua Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sembilan Semua Pengetua dan Guru Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuan, KEPERLUAN MEMENUHI 5 HARI LATIHAN DAN 42 MATA KREDIT TAHUN 2023 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Unit Pengurusan Bakat, Sektor Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (SULDP) dan semua pihak atas pencapaian 100% bagi 5 hari latihan yang ditetapkan pada tahun 2022 untuk semua warga Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. Sepertimana tuan sedia maklum, Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia amat menitikberatkan pencapaian latihan dalam usaha memastikan warga kerja mempunyai tahap kompetensi yang sesuai untuk melaksanakan tugas harian. 3. Pada tahun 2023, Panel Pembangunan Sumber Manusia (Latihan) masih mengekalkan jumlah hari latihan yang perlu dipenuhi oleh semua warga kerja Jabatan Pendidikan adalah sekurang-kurangnya lima (5) hari berkursus dan 42 mata kredit setahun bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. JPNS.SSM.PB.500-4/2/1 Jid.3(50) 4, Justeru itu juga, warga KPM adalah diwajibkan untuk mengikuti sekurang- kurangnya satu (1) kursus secara dalam talian seperti EPSA, Portal e-Guru, i-Think, DELIMA, Skillsoft dan sebagainya. Kerjasama tuan dimohon untuk mengekaikan pencapaian 100% ini serta memastikan tiada warga kerja di bawah seliaan masing-masing yang berstatus Tidak Pernah Kursus (TPK) melalui pelaksanaan blended training approach seperti pembacaan buku, perkongsian ilmu, sesi mentoring dan pembelajaran kendiri yang lain bagi memenuhi jumlah kursus yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, tuan dimohon untuk mencapai bilangan hari latinan dan mata kredit berdasarkan Lampiran A. 5. Semoga dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, Jabatan dapat mencapai 100 peratus sasaran kehadiran latihan yang ditetapkan pada tahun 2023, Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang eo amanah, (MOHAMAD ZAIDI BIN ISHAK, p.m) Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD b.p. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan JPNS.SSM.PB.500-4/2/1 Jid.3(50) LAMPIRAN A BILANGAN HARI LATIHAN DAN MATA KREDIT YANG PERLU DI CAPAI MENGIKUT BULAN BAGI TAHUN 2023 UNIT PENGURUSAN BAKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGER! SEMBILAN MATA KREDIT BIL BULAN LATIHAN (MyPBB bagi Gred DG sahaja) 7 Jan - Mac 30% 30% 2 ‘April = Jun 60% 60% 3 Julai = September 20% 90% 4 Oktober 100% 100% Nota 1. Sasaran Kehadiran Latihan bagi 2023 adalah seperti berikut : 1.4 Guru a) 5 hari latihan setahun b) 42 mata kredit 4.2 Bukan Guru @) 5 hari latinan setahun 2. Peningkatan prestasi bulanan sebanyak 10% bagi setiap bulan iaitu 10% daripada keseluruhan warga organisasi telah mencapai 5 hari latihan dan 42 mata kredit bagi setiap bulan untuk memastikan pencapaian 100% dapat dicapai pada bulan Oktober 2023, Contoh Pengiraan KPI: Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Jumlah Keseluruhan Staf : 280 Pencapai Bulan Januari 2023 = 10/100 x 280 = 28 orang perlu mencapai 5 hari latihan bagi bulan Januari 2023 Pencapaian Bulan Februari 2023 = 20/100 x 280 = 56 orang perlu mencapai § hari latihan bagi bulan Februari 2023, 3. Tuan/Puan dimohon untuk memastikan tiada warga kerja di bawah selian masing- masing yang berstatus Tidak Pernah Kursus (TPK)

Anda mungkin juga menyukai