Anda di halaman 1dari 2

Memburu Ilmu

Pencarian getir tak pernah padam,


Harga bernilai sedari silam,
Diburu siang mahupun malam,
Biar usia semakin suram.

Apakah nilai setitis ilmu,


Yang dikejar Tanpa jemu,
Mampukah dicari dengan melulu,
Adakah hilang bak angin lalu.

Senjata ilmu adalah guru,


Gagah menepis erti keliru,
Sikap dan akhlak sering ditiru,
Jasanya tinggi selaut berderu.

Ilmu bertahta walau di mana,


Biar terang mahupun gerhana,
Jumlah dan nilai tidak terkira,
Datang dan pergi pelbagai cara.

Tapi di mana asalnya ia,


Adalah di bawah kuasa indera,
Adakah di bawah akal manusia,
Mungkinkah Hanya pencetus masa.

Sedarlah kamu wahai pemburu,


Yang kamu buru milik Yang Satu,
Jangan sampai dirimu tertipu,
Sebelum kamu pula diburu,
Dihitung hisab amalan dirimu.

Persahabatan

Persahabatan itu sukar dilupa,


Aku sering bertanya kenapa,
Kerana kau tiada sama,
Walau seiras tetap berbeza,

Waktu sunyi datang menyapa,


Wajahmu datang bersama rupa,
Tetapi aku tidak berdaya,
Masa berlalu sedetik cuma,

Kau menasihatiku erti kehidupan,


Aku mengingatkanmu erti perjuangan,
Semua bagai satu rancangan,
Tersulam seni bersama kenangan,

Kita sering juga bercanggah,


Cuba bertahan tak mahu disanggah,
Kau tetap begitu Walau ditegah,
Dan kita bersama senang dan susah,

Kini kita sudah dewasa,


Detik remaja sudah dirasa,
Walau perit dan penuh bisa,
Semua berlalu mengiring usia,

Aku berharap kau selalu ada,


Hamparlah bahumu bila aku berduka,
Peluklah aku bila aku berjaya,
Inilah tanda tulusan ikatan kita.

Anda mungkin juga menyukai