Anda di halaman 1dari 3

Sebahagian besar daripada empat juta pekerja asing yang sah dan tanpa izin di Ma laysia menjadi mangsa

pemerdagangan orang, demikian menurut Laporan Pemerdaganga n Manusia 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Namun wanita asing adalah yang sering menjadi mangsa terutama dalam pemerdaganga n seks. Sejumlah wanita direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia dengan hampir separuh daripadanya menjadi pelayan pelanggan (GRO) dalam industr i seks komersil. Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan sebahagian daripada kira-kira 300,000 w anita pembantu rumah yang bekerja di negara ini juga mangsa pemerdagangan manusi a dengan mereka ditipu, pergerakan disekat, tidak dibayar gaji, dirampas pasport atau terikat dengan hutang oleh ejen dan majikan. Mangsa pemerdagangan ini terutama wanita lazimnya mengalami tekanan emosi atau t rauma yang teruk sehingga ada yang mahu bunuh diri atau bertindak kurang siuman. Oleh kerana ini pihak berkuasa dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang men yelamatkan mereka juga membantu dengan mendekati emosi mereka di Rumah Perlindun gan Wanita (RPW). DEKATI EMOSI MANGSA Mendekati mangsa pemerdagangan memerlukan kaedah dan teknik yang sesuai kerana t rauma dan tekanan yang dialami mereka menurut Bahagian Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Menurut Lembaga Kaunselor Malaysia, kaunselor perlu mempunyai kemahiran khusus dalam mengendalikan mangsa trauma pemerdaganga n manusia. Sokongan melalui kaunseling trauma psikologi diberikan kepada mangsa sebaik sahaja tiba di rumah perlindungan, menyakinkan bahawa mereka dilindungi d an tempat yang didiami mereka kini adalah selamat. Memandangkan mangsa berasal dari pelbagai negara, kaunselor perlu memahami latar belakang budaya dan bahasa pertuturan mereka. Masalah komunikasi turut wujud ke rana kebanyakan mereka tidak boleh berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin atau Tam il terutamanya mangsa dari Vietnam, Thailand dan Kemboja. Bagi mengatasi masalah ini, jabatan dengan kerjasama beberapa penterjemah daripa da NGO dan pihak kedutaan membantu kelancaran sesi kaunseling. Dalam aktiviti ka unseling sama ada individu atau kelompok, mangsa boleh berkongsi serta meluahkan apa yang ada dalam fikiran atau perasaan mereka bersama kaunselor. Program ini melibatkan terapi bercerita, menyanyi, melukis, menari dan seumpama. MENENANGKAN EMOSI MANGSA Semasa melakukan aktiviti itu, mereka akan berkongsi dengan kaunselor, pekerja k es dan rakan-rakan mengenai kisah hidup mereka, bagaimana mereka datang ke sini dalam suasana yang lebih santai yang secara tidak langsung membantu menenangkan emosi. Terdapat juga tekanan perasaan dalam kalangan penghuni yang menyebabkan m ereka bertindak agresif termasuk cuba mencedera atau membunuh diri. Mereka yang berisiko tinggi ini dapat dikenalpasti melalui tingkahlaku mereka, a ntaranya suka menyendiri, murung, marah, kesedihan yang amat, memberontak serta enggan mengikuti aktiviti yang dijalankan. Kebanyakan mereka risau memikirkan keluarga di kampung dan nak cepat keluar bert emu keluarga. Mereka juga tertekan kerana tidak dapat bekerja sepanjang berada d i rumah perlindungan sebab niat mereka hanya nak cari rezeki membantu keluarga. Oleh itu, pihak kerajaan menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat untuk me mbantu melaksanakan kerja yang boleh menjana pendapatan kepada mereka. Dengan ca ra ini sekurang-kurangnya apa yang dipelajari di Rumah Perlindungan itu akan dap at membantu mereka memperbaiki kehidupan apabila pulang ke negara masing-masing serta tidak lagi diperdaya dan dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungja

wab. RUMAH PERLINDUNGAN Sehingga kini terdapat lima buah tempat perlindungan yang dikhaskan khusus untuk menempatkan mangsa pemerdagangan orang dan mangsa penyeludupan migran sejak pen ubuhannya pada 2008. Tiga daripadanya dikhaskan bagi wanita iaitu dua di Kuala L umpur dan satu di Sabah dan satu bagi lelaki di Melaka dan satu bagi kanak-kanak di Kuala Lumpur. Tempat perlindungan ini diwujudkan khas untuk mangsa pemerdaga ngan orang dan mangsa penyeludupan migran bagi membantu mereka daripada segi pem ulihan dan perlindungan. Mangsa yang diselamatkan akan diberi bantuan kemanusiaan daripada segi keperluan tempat tinggal, pemeriksaan kesihatan dan makan minum secukupnya. Mangsa yang k urang sihat atau mengandung akan dihantar ke klinik atau hospital berdekatan unt uk pemeriksaan kesihatan. Bagi memastikan penghuni tidak terus mengalami kemurungan yang boleh membahayaka n mereka dan petugas, pelbagai aktiviti turut dijalankan terutama aktiviti yang boleh memberi ketenangan kepada mereka seperti aktiviti memasak dan menjahit. Ka unselor akan cuba memahami perasaan, tekanan serta trauma yang mereka hadapi, ja di pihak kerajaan melaksanakan pelbagai aktiviti agar mereka tidak mengalami tra uma yang serius. Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pert ubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Persatuan Suara Kanak-Kanak (SUKA Society), Organ isasi Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM), Kelab Rotary Sunway, Suruhanjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) turut menyumbang dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama mangsa di rumah-rumah per lindungan. Kerajaan juga sentiasa berhubung dengan kedutaan luar untuk memaklumkan keadaan rakyat mereka yang diselamatkan. TERGODA DENGAN TAWARAN GAJI TINGGI Beberapa penghuni di sebuah daripada rumah perlindungan wanita di Kuala Lumpur m endedahkan kepada Bernama bagaimana mereka berakhir sebagai mangsa pemerdagangan manusia. Mely (bukan nama sebenar), 20, adalah antara mangsa pemerdagangan manusia yang b erada di sebuah daripada rumah perlindungan kelolaan Jabatan Pembangunan Wanita sejak April lepas. Tergoda dengan tawaran dan pujukan ejen, dia nekad lari ke Malaysia pada usia 16 tahun untuk mencari rezeki bagi membantu keluarganya yang miskin di Timor Leste . Sebaik sampai di Klang, dia terus ditempatkan di rumah majikannya di Selangor dengan dijanjikan gaji RM600 sebulan atau hampir dua juta rupiah. Bagaimanapun dugaan hidupnya bermula selepas sebulan tinggal bersama di rumah ma jikannya itu. Pada awalnya majikannya baik, tapi lama kelamaan layanan terhadapn ya berubah dan bertambah teruk. Dia tidak dibayar gaji langsung selama empat tah un di sana. Tidak tahan dengan deraan mental dan fizikal selain tidak diberi makan dan dipuk ul serta dikurung dalam bilik setor, dia bernekad melarikan diri sehelai sepingg ang apabila mendapat tahu akan dijual oleh majikan kepada pihak lain di Thailand . MENJADI MANGSA ROGOL

Kisah yang sama turut dikongsi Rani (bukan nama sebenar) dari Kemboja yang kini adalah penghuni rumah perlindungan yang sama. Berasal dari sebuah kampung jauh d i pedalaman Kemboja, yang mengambil masa kira-kira 6 jam perjalanan dari Phnom P enh.Kemiskinan menyebabkan bapanya menyerahkannya kepada ejen untuk membawanya b ekerja di Malaysia. Di sebalik bekerja sebagai pembantu rumah dengan gaji RM500, dia turut disuruh m embersih dan menjaga pejabat majikannya sehingga beliau tidak diberi peluang unt uk berehat secukupnya.Tempoh kerja sehingga lebih 12 jam sehari cukup menyeksaka n hingga beliau tekad untuk melarikan diri. Ibarat keluar mulut buaya masuk mulut harimau, selepas melarikan diri beliau ber temu dengan seorang lelaki yang kononnya ingin membantunya mencari pekerjaan tet api di sebaliknya beliau dirogol dan dihantar ke sebuah ladang untuk bekerja den gan gaji RM600 sebulan. Rani mula berasa tenang ketika bekerja di ladang itu, namun kedatangan semula le laki itu di ladang berkenaan menyebabkan beliau dirogol sekali lagi. Dia buat la poran polis dan kemudian dibawa ke Imigresen sebelum dimasukkan ke rumah perlind ungan ini sejak tujuh bulan lepas. HIDUP BERTAMBAH DERITA Turut berkongsi pengalaman, seorang lagi mangsa pemerdagangan orang, Yuni, 28, b erasal dari Sumatera Utara. Derita hidupnya bagai tidak pernah putus. Ibu tunggal dua anak ini hidup susah d an miskin di negaranya dan berhasrat untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak yang kini dijaga bekas suaminya.Keluarganya memang hidup susah sejak awal lagi. Namun sejak suami terlibat dalam penagihan dadah hidup keluarganya bertambah par ah. Pernah dia dan anak-anak beberapa hari tidak makan dan hanya menyambung hidu p dengan meminum air sahaja. Pujukan seorang kenalan yang menawarkan pekerjaan di sebuah kedai fotokopi di Ma laysia dengan tawaran gaji RM600 sebulan menarik hatinya untuk mencuba. Setelah pelbagai kepayahan dilalui untuk keluar dari kampungnya, dia akhirnya ti ba di Klang. Namun ia tidak seperti yang dijangka apabila ejen berkenaan kemudia n membawanya ke sebuah rumah untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Dia pernah bekerja dengan tiga majikan, namun tidak kekal. Ejen juga menipunya. Dia hanya diberi pasport pelancong. Akhirnya dia berjaya melarikan diri dan dise rahkan kepada pihak Imigresen sebelum dimasukkan ke pusat ini. Walaupun melalui pengalaman perit, ditipu dan didera, namun ketiga-tiga mereka t etap ingin kembali ke Malaysia setelah pulang ke negara masing-masing nanti kera na bagi mereka Malaysia tetap lubuk untuk mencari rezeki

Anda mungkin juga menyukai