Anda di halaman 1dari 3

Efg

Berdasarkan topik 8, 9, 10, 11 dan 12, sila nyatakan pandangan anda bagi beberapa perkara berikut:

a) Apakah perkara baru yang anda pelajari?

• Saya dapat memperoleh pengetahuan tentang perkara baru di dalam pendidikan seperti
PAK-21, TPACK, WEB 2.0, gamfication dalam pendidikan, dan Augmented dalam
Pendidikan.
• Saya juga dapat belajar tentang penggunaan gamifikasi dalam bilik darjah untuk murid
hari ini serta kepentingan kemajuan teknologi di dalam Pendidikan haruslah seiring
dengan tamadun.
• Dengan menggunakan model TPACK sebagai panduan, maka penyampaian PdPc boleh
menjadi lebih menarik dengan menggunakan teknologi sedia ada.
• Selain itu, PAK21 telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan sekolah rendah dan
menengah, telah diperkenalkan di bawah PPPM 2013-2025. Dengan pembelajaran
berkaitan dengan PAK21 di dalam kelas ini, saya dapat mengetahui kepentingannya.
• Pdp akan lebih menarik dengan adanya inovasi di dalam kurikulum untuk menarik minat
murid-murid di dalam proses Pdp.

b) Bagaimana ilmu-ilmu ini membantu anda untuk mempersiapkan diri sebagai bakal guru?

• Memandangkan saya bakal seorang guru tiada pengalaman di dalam bidang pendidikan,
pengetahuan yang diajar baru-baru ini di dalam subjek ini dapat membantu saya berinovasi
dalam proses PDP dengan cara dan kaedah yang betul. Oleh itu, adalah penting bagi bakal
guru untuk dapat melibatkan pelajar semasa proses PDP untuk mengelakkan persekitaran
pembelajaran yang bosan, tidak dapat menarik murid-murid dengan menggunakan cara
mengajar yang sama. Maka, dengan pembelajaran subjek ini dapat meningkatkan
pengetahuan pedagogi saya dan mencipta rancangan pengajaran yang lebih menarik dengan
menggunakan Kemahiran abad ke-21.
c) Apakah ilmu baru ini, membantu anda untuk berinovasi dalam pendidikan?

Ya, ilmu baru ini dapat membantu saya untuk menjadi seorang yang lebih berinovasi didalam
Pendidikan. Banyak perkara baru yang dapat saya pelajari ketika mengikuti subjek ini. Ia membantu
saya untuk menjadi lebih kreatif, imaginatif dan kritis dalam usaha saya menjadi seorang guru. Pendidik
tidak boleh hanya menggunakan teknik pengajaran tradisional di dalam bilik darjah tetapi sebaliknya,
mereka mestilah bijak dan inovatif dalam cara mereka menyampaikan ilmu, seperti dengan membuat
filem animasi, permainan, dan sebagainya untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu mata
pelajaran. Inovasi dalam pendidikan tidak perlu memerlukan teknologi dan instrumen digital, asalkan
guru dapat mengemas kini dan mempelbagaikan strategi pengajaran mereka semasa proses PDP untuk
mengambil kira persekitaran bilik darjah, kepelbagaian murid, dan faktor lain.

2. Apakah pengalaman terbaik anda semasa mengikuti kursus ini pada pertemuan
kedua? Ceritakan kenapa?

Banyak perkara baru yang dapat saya pelajari ketika mengikuti subjek ini. Sebagai contoh, kami dapat
menghasilkan filem animasi dan menunjukkannya kepada pelajar kami yang lain. Kami dapat
mempelajari cara menggunakan powtoon yang mana ia adalah satu pengalaman yang amat berharga
kerana ia tidak mudah untuk dihasilkan. Hasilnya, video animasi itu dating daripada pelbagai idea dan
kreativiti ahli kumpulan masing-masing.

Pada pertemuan kedua juga, kami dapat mengetahui teknologi-teknologi yang dapat digunakan di
dalam proses pdp untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik daripada pembentangan
rakan-rakan yang lain. Saya juga dapat mengetahui satu pengalaman hidup, iaitu bila kita terlepas satu
peluang maka peluang itu mungkin tidak akan Kembali lagi. Dan ia juga akan dapat membuat satu
kesesalan di dalam diri saya.

3) Sejauh manakah kolaborasi anda di dalam kumpulan telah membantu dalam menyiapkan tugasan
kumpulan? Apakah aplikasi yang anda rasakan telah banyak membantu dalam menyiapkan tugasan
kumpulan ini?
Pertama sekali, saya amat bersyukur kerana dapat ahli kumpulan yang baik dan dapat berkerjasama
dengan baik untuk menyiapkan kerja yang telah diberikan. Semasa membuat kerja berkumpulan, saya
dan ahli kumpulan lain boleh dikatakan telah berkerjasama dengan sepenuhnya. Ketua kami, telah
membahagikan dengan sama rata kerja yang yang perlu disiapkan di antara kami. Dengan ini, kerja itu
dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Sekiranya ada perkara yang perlu dibaiki, maka kami
semua akan Bersama-sama untuk membantu membaiki kesalahan itu.

Semasa menyiapkan video animasi yang di tugaskan, ada dari kami yang perlu menjadi guru, murid-
murid. Ini dapat menunjukkan bahawa semua orang melalukan kerja itu dengan baik. Seperti yang kita
tahu, penghasilan video adalah amat sukar untuk dilakukan oleh sebahagian orang sahaja.

Selain itu, Powtoon, Google, Google Meet, Google Drive, Canva dan Youtube ialah program yang saya
dapati paling berguna untuk menyelesaikan tugasan kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai