Anda di halaman 1dari 4

Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek

atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.


Ayat Tunggal Kata Ayat Majmuk
Hubung
Suhaili suka makan nasi lemak. dan Suhaili suka makan nasi lemak dan mi
Suhaili suka makan mi sup. sup.
Rumah itu besar. yang Rumah yang besar itu rumah Fazli.
Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu. bahawa Dia memberitahu bahawa kakaknya akan
Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke melanjutkan pelajaran ke luar negara.
luar negara.
Dia akan balik ke kampung. apabila Dia akan balik ke kampung apabila ada
Dia ada masa lapang. masa lapang.

Ayat Majmuk

A.Tandakan (✔) pada ayat majmuk yang betul.

1. Longkang itu sangat busuk. ( )


2. Adik minum susu lalu tertidur. ( )
3. Pak Abu letih kerana bekerja di kebun. ( )
4. Bangunan itu sangat tinggi. ( )
5. Itu bapa saudara saya. ( )
6. Itu Pusat Sains Negara atau Muzium Negara? ( )
7. Hani berambut pamjang tetapi adiknya
berambut pendek. ( )
8. Puan Ainon marah kerana anaknya pulang lewat. ( )
9. Ibu sedang memasak nasi goreng. ( )

10. Lina menonton televisyen sambal makan kuaci. ( )


B.Pilih jawapan yang betul.

1. Manakah antara berikut merupakan ayat tunggal?

A Kakak saya amat meminati tarian Zapin

B Zack gemar makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

C Awak hendak ke pasar atau klinik.

D Ayah sedang membasuh kereta.

2. Pilih ayat majmuk dalam senarai ayat di bawah.

A Lily ingin membeli ayam dan daging di kedai itu.

B Dato' Lee Chong Wei adalah seorang atlet badmintn negara dan
bekas pemain nombor satu dunia.

C Perompak itu berjaya melepaskan diri.

D Dia pergi ke Shah Alam menaiki kereta.

3. Manakah BUKAN ayat majmuk dalam senarai ayat ini?

A Kami pergi melancong ke negara Korea dan Jepun.

B Lee Kwang Soo telah menyerahkan trofi itu.

C Kamu boleh memilih untuk belajar dalam bidang Sastera atau Sains
selepas tamat Pentaksiran Tingkatan 3.

D Anak harimau itu sedang tidur di dalam kandang.

4. Ibu sedang menyiram bunga.

A Ayat tunggal

B Ayat majmuk
5. Dia menangis kerana sakit perut.

A Ayat majmuk

B Ayat tunggal

6. Saya dan keluarga pergi bercuti bercuti di Pulau Langkawi.

A Ayat majmuk

B Ayat tunggal

7. Saya makan roti canai dan nasi lemak.

A Ayat majmuk

B Ayat tunggal

8. Ibu dan bapa membelikan hadiah untuk saya.

A Ayat majmuk

B Ayat tunggal

9. Saya makan roti canai dan nasi lemak.

A Ayat majmuk

B Ayat tunggal

10. Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu.

A Ayat tunggal

B Ayat majmuk

Anda mungkin juga menyukai