Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI NURUL SOLEHAH BT MD ZULFAKAR 901012-06-5388 Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya

menyiapkan tugasan untuk subjek Seni Dalam Pendidikan yang dibimbing oleh Encik Nik Zulkifli B Pelbagai perkara yang telah dapat saya pelajari sepanjang proses saya menghasilkan wayang kulit ini. Salah satu daripadanya ialah saya telah dapat menambah ilmu pengetahuan dan memahami bagaimana cara penghasilan wayang kulit di samping mengetahui sejarah wayang kulit yang telah wujud sejak berkurun lamanya. Jika mengikut cara yang sebenar, penghasilan wayang kulit tidaklah begitu mudah dan memakan masa yang sangat lama. Tetapi, bagi tugasan ini, kami boleh menggunakan kreativiti kami yang tersendiri untuk menghasilkannya. Saya juga telah menimba pelbagai pengalaman melalui tugasan ini. Antaranya ialah pengalaman menyiapkan wayang kulit ini bersama-sama rakan yang lain. Hal ini kerana kami cuba menyiapkan wayang kulit di dalam kelas dengan menggunakan masa yang telah diperuntukkan pada setiap minggu. Pengalaman ini akan dapat saya praktikkan di masa akan datang sekiranya saya turut serta dalam pameran seperti ini selain dari nilai-nilai murni yang dapat dibentuk melalui pengalaman yang telah saya lalui. Ia juga telah dapat memupuk semangat kerjasama di antara satu sama lain. Tambahan pula, tugasan ini telah dapat memperbaiki dan meningkatkan tahap kemahiran komunikasi saya dengan orang luar dan ini akan turut meningkatkan keyakinan diri saya untuk meluahkan pendapat atau menguruskan sesuatu tugasan kelak. Ini dapat dilihat melalui perbincangan yang dilakukan sepanjang saya menyiapkan wayang kulit ini. Saya jug ada meminta pertolongan dari rakan-rakan untuk memberikan idea-idea mereka. Hal ini juga akan memudahkan saya berinteraksi

kerana kemahiran berkomunikasi telah dapat dipertingkatkan.

Akhir kata, saya amat berharap agar tugasan ini akan dapat memberi pelbagai kebaikan dan ilmu kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain. Selain itu, saya sangat gembira dengan wayang kulit yang telah saya hasilkan walaupun ia tidaklah seberapa tetapi ia merupakan hasil seni saya sendiri. Saya juga berharap agar ia akan dapat saya gunakan semasa saya bertugas sebagai guru kelak.