Anda di halaman 1dari 3

Ketika Baden Powell merancang untuk memulakan pergerakan Pengakap Kanakkanak dalam taun 1916,beliau banyak mendapat ilham

dan contoh daripada cerita jungle Book karangan Rud Yard kipling. Jungle Book atau Cerita Hutan ini mengisahkan kehidupan seorang budak kecil yang kemudiannya diberi nama Mowgli,dipelihara dan dididik oleh sekeluarga serigala didalam hutan. Sehingga kini cerita hutan menjadi sebahagian daripada bahan yang penting dalam rancangan latihan Pengakap Kanak-Kanak. Banyak pengajaran yang berguna dan bersesuaian dengan Pengakap Kanak-Kanak boleh didapati dari Cerita Hutan itu. Anak-anak serigala dalam cerita ini,termasuklah Mogwli,samalah dengan anggota Pengakap Kanak-Kanak. Mereka memerlukan banyak latihan asas supaya boleh menjadi anggota Pengakap dan juga anggota masyarakat yang berguna. Peraturan hidup kumpulan serigala didalam Cerita Hutan ini juga bersesuaian dengan kumpulan Pengakap Kanan-Kanak. Melalui cerita cerita Mowgli ,Akela,Akeela,,Baloo,Bagheera dan Ibu serta Bapa Serigala,anggotaanggota Pengakap Kanak-Kanak boleh mendapat teladan tentang pentingnya mematuhi ketua dan ibu bapa,bekerjasama dengan anggota-anggota Pengakap kanak-kanak yang lain mengikut undang-undang dan mengetahu berbagai isyarat. Perilaku Shere Khan,Tabuqui dan kumpulan Bandarlog pula member gambaran akibat yang boleh berlaku kepada sesiapa yang tidak mengikut undang-undang. Semua peristiwa dalam Cerita Hutan ini penting,oleh itu guru atau Pemimpin Pengakap Kanak-kanak haruslah mengetahuinya dengan mendalam. Mereka haruslah cukup mahir dengan cerita ini dan segala watak didalamnya supaya dapat menceritakannya semula dengan menarik dan mencungkil pengajaran-pengajaran darinya untuk diterangkan kepada anggota Pengakap kanak-kanak. Untuk tujuan ini,berikut diturunkan ringkasan cerita Jungle Book karangan Rudyard Kipling itu dalam sebelas bahagian. Ia sengaja dibahagikan demikian untuk memudahkan pemimpin Pengakap Kanak-Kanak menceritakannya kembali,iaitu satu bahagian untuk sati perjumpaan.

1. MOGWLI MENJADI ANAK SERIGALA. Di Pedalaman India pada zaman dahulu ada seeekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu,pemotong kayu suami isteri dan seorang anak mereka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Disisi khemah itu,unggun api menyala dengan maraknya. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menrkam. Malangnya, Shree Khan terpijak bara unggun api yang ada disisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang bapa serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu,tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkan ternampaklah kepadanya dating seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu,anak pemotong kayu yang tertinggal didalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua.Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu ibu sergala. Kedua-dua ibu dan bapa serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri. Tetapi tidak lama keudian Shere Khan dating ke mulut gua itu dengan dipandu oleh Tabaqui,seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain . Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil anak pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat memakan sisa sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya bapa serigala menyerahkan budak itu,yang didakwanya sebagai haknya,bapa dan ibu serigala menentang. Shere khan cuba hendak mengambiln budak itu dari dalam gua,tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya.

Semenjak itu,Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar hidup sebagai anak serigala.

2. DITERIMA SEBAGAI KUMPULAN SERIGALA. Ada suatu adat Kumpulan serigala yang tinggal dihutan itu,apabila anakanak serigala sudah besar,mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota kumpulan. Mereka mengadakan siding kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil batu siding. Di sinilah nasib anka-anak serigala ditentukan,samada diterima sebgai anggota kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota kumpulan,tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya,dan jika ada yang membunuh,hukumannya ialah bunuh juga. Bapa serigala menunggu sehingga anak-anaknya,termasuk Mowgli sudah boleh berlari lari kemudian,pada suatu malam bulan purnama,bapa dan ibu serigala pun membawa anak-anak mereka ke batu siding itu. Apabila semua anggota kumpulan sudah berada disitu dengan anak msingmasing. Ketua kumpulan,seekor serigala jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela,mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota anggota kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak