Anda di halaman 1dari 15
PENGENALAN SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS Edisi Ketiga SHAHARIR MOHAMAD ZAIN di bawah naungan Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) Penersit UNiversit! KeBANGSAAN MALAYSIA Banci e 2018 httpy//ukmpress.ukm.my Bab 7 Anggapan, Andaian, Postulat, Aksiom, Hipotesis, Teori dan Fakta Anggapan dan Andaian Anggapan berupa perkara yang sengaja diutarakan oleh penyelidik atau pengkaji sebagai sesuatu yang benar (sekurang-kurangnya secara unggulnya) berasaskan kepada cerapan yang dilakukan sebelum kajian seterusnya dilakukan olehnya. Kadangkala anggapan berbentuk sesuatu yang terswadalil, iaitu sesuatu yang tidak dapat dibayangkan oleh komunitinya sebagai sesuatu yang perlu dibuktikan. Kebiasaannya, anggapan berupa penghampiran kepada keadaan sebenar yang-Uertujuan untuk membolehkan seseorang mengkaji sesuatu fenomenoh yang diminati. Sering kali dengan anggapan- anggapanlahahli sainsmenerbitkankonsep-konsep asa sainsitusendiri seperti gas unggul, permukaan licin, bendalir tidak termampatkan, fungsi selanjar, fungsi analisis dan sebagainya. Dalam pembinaan model matematik, anggapan-anggapan seperti ini, iaitu yang disedari tidak benar, atau tidak berapa benar, terpaksa dibuat. Malah kita boleh mengatakan bahawa semua kajian sains membabitkan anggapan. Dalam analisis ekonomi, ungkapan ceterus paribus amatlah popular yang bermakna ‘kuantiti-kuantiti lain tidak diambil kira atau dikira pemalar.’ Ini anggapan. Postulat dan aksiom juga sejenis anggapan dan ini dibicarakan secara terperincinya kemudian. Andaian boleh disamakan dengan anggapan, tetapi di kalangan ahli matematik nampaknya mereka cuba membezakan dua istilah ini, Andaian, atau dalam bahasa Inggerisnya; supposition, digunakan untuk melambangkan sesuatu yang boleh jadi benar atau sebaliknya; sedangkan anggapan, atau dalam bahasa Inggerisnya; assumption, memang ada unsur-unsur kebenarannya. 88 / Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains Postulat dan Aksiom Kedua-dua postulat dan aksiom merupakan sejenis anggapan tetapi perkataan-perkataan ini tidak pemah digunakan secara bebas begitu sahaja. Pada peringkat awalnya perbezaan antara postulat dengan aksiom memang wujud, dan ini telah dihuraikan dalam buku ini pada Bab 5, Kaedah Deduksi. Semakin lama penggunaannya, maka semakin ketara pula tiada perbezaannya antara kedua-dua istilah ini. Malah sekarang, yang dahulunya digelar postulat dirujuk sebagai aksiom pula. Umpamanya, aksiom geometri Euklidan yang selalu disebut orang sckarang ini sebenamya pada asalnya berupa postulat. Walaupun begitu, masih banyak juga yang dikekalkan sebagai postulat seperti Postulat Peano yang berupa aksiom aritmetik nombor bulat, Postulat Dirac yang berupa aksiom dalam mekanik kuantum, ... dan sebagainya, Dalam falsafah, postulat masih digunakan dalam keadaan seperti yang dipakai oleh Euklid iaitu sesuatu yang dianggap benar (kebenaran a priori, lihat Bab 8) bagi bidang khusus dan sekaligus untuk seluruh bidang falsafah ilmu pengetahuan. Kant (ahli falsafah’Perancis agung) umpamanya menyatakan kewujudan Tuhan sebagai satu postulat yang perlu supaya hidup manusia berlaku secara susila. Postulat ilmu pengetahuan di kalangan ahli sains dan ahli falsafah seperti berikut. 1, Alam ada (Alam bermakna semua benda yang mendapat perhatian makhluk, iaitu set semesta dunia wacana). Alam empirik dapat diketahui menerusi pancaindera, Prinsip sebab-musabab. Kehomogenan alam. Keseragaman hukum. Nilai-nilai individu. PF Pe Aksiom hanya popular di kalangan ahli matematik atau di kalangan ahli sains bermatematik atau yang disebut abli teori. Istilah ini sejenis anggapan atau postulat yang telah dikaji dengan halus betapa perlunya sesuatu pernyataan yang diutarakan oleh pengkaji berkenaan yang tidak pula menampakkan sebab-sebab ‘anggapan itu’ tidak boleh mencapai taraf benar. Sejarah kemunculan istilah ini telah dibincangkan dalam Bab 5, Kebanyakan aksiom diperturunkan oleh ahli matematik berasaskan kepada cerapan dan akalnya yang tajam Anggapan, Andaian, Postulat, Aksiom, Hipotesis, Teori dan Fakta /89 melihat sesuatu sistem atau fenomenon atau sesuatu struktur atau fakta yang berselerak di hadapannya dan menjadikannya sebagai satu landasan kepada sifat-sifat perkara yang diminatinya itu yang paling primitif dan am, sehinggakan kaedah deduksi dapat menghasilkan semua sifat atau ciri atau fitur yang telah diketahui dan juga hal-hal yang baru sama sekali. Ada juga, aksiom yang diperoleh daripada hasil uji kaji yang menakjubkan pengkaji awalnya, yang tidak dapat difahami oleh pengkaji itu akan sebab musababnya, seperti aksiom dalam mekanik kuantum dan aksiom dalam teori kerelatifan Einstein. Kejayaan kaedah memperoleh ilmu menerusi aksiom amat mempesonakan sehinggalah pada satu ketika dahulu ada satu golongan ahli matematik yang telah mempostulafkan bahawa adanya satu sistem aksiom yang lengkap yang dapat melandasi semua matematik. Godel telah menamatkan kemungkinan benamya postulat ini dengan membuktikan (1930-an) bahawa postulat ini pasti tidak benar menerusi pembuktiannya yang termasyhur dengan nama ‘Bukti Godel’ (Eves & Newson 1965). Hipotesis Segi bahasanya;"hipo- berasal daripada bahasa Yunani (yang dilnggeriskan kepada Hypo-) yang bermakna kurang; sedangkan tesis berasal daripada Yunani juga (yang dilnggeriskan kepada thesis) yang bermakna satu pandangan sarjana atau, mengikut pandangan Hegelanisme, satu usulan atau konsepsi pertama. Segi pemakaian sekarang atau yang popular, hipotesis itu berupa penyataan, atau lebih tepat lagi, daripada segi ilmu mantiknya, ‘bentuk penyataan,” yang diutarakan setelah dipertimbangkan dengan halus tentang adanya unsur-unsur kebenarannya atau besar kemungkinannya benar, tetapi penyataan itu tidak dapat atau masih belum dapat dibuktikannya. Contohnya, hipotesis dalam statistik pada masa membuat aruhan stokastik; hipotesis kontinum dalam kajian set nombor nyata; hipotesis Dalton dalam teori atom klasi hipotesis evolusi dalam biologi dan lain-lain .... dan sebagainya. Ini tidaklah bermakna penyataan penafian kepada sesuatu hipotesis tidak layak diutarakan langsung sebagai satu hipotesis. Dalam penggunaan biasa, hipotesis dipakai secara meluas juga sebagai sesuatu yang membawa maksud yang berikut: 90/ Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains L Syarat-syarat yang ada dalam sesuatu penyataan berimplikasi. Umpamanya, penyataan Kalau sampai waktuku, kumau tak seorangkan merayu;’ ‘Sika X maka Y,” ‘Dalam persekitaran yang tidak sesuai, sebahagian daripada hidupan di persekitaran itu akan berubah secara beransur-ansur menjadi sejenis hidupan yang sesuai dengan persekitaran itu dan yang lainnya lama-kelamaan akan pupus ditelan masa.’ Setiap ungkapan yang timbul (huruf tebal) itu selalu dirujuk sebagai hipotesis. & Kata sifat yang bermaksud tidak boleh cerap, belum pemah diketahui berlaku tetapi tidak pula mustahil. Ramai juga penulis atau pengucap dalam bahasa kita (dipengaruhi oleh bahasa Indonesia, yang diperkuatkan oleh para pengikut setia pedoman peristilahan -ical menjadi -is’) menggunakan istilah hipotetis:yang dipadankan dengan perkataan Inggeris: hypohtetical. Contobitiya: ‘Kalaulah manusia hidup selama 3000 tahun ....;’ dan penyataan yang menggunakan entiti yang kewujudannya tidak boleh dibuktikan atau djpersepsikan dengan indera kita. Perbincangan berkenaan dengan hipotesis secara agak terperinci telah dilekukan dalam Bab 6, Kaedah Uji kaji, Walau bagaimanapun di sini kami ingin menambah tentang ciri-ciri hipotesis yang bagus. 1 a Hipotesis mestilah jelas segi konsepnya. Hipotesis mestilah yang istilah-istilahnya berhubung dengan yang dirujuk secara empirik atau objektif atau dengan takrif- takrif beroperasi. Umpamanya istilah bagus, cantik, kaya, cerdas, panas, luas, sempit dan sebagainya tidak boleh digunakan selagi perkataan-perkataan itu belum diubah kepada benda yang ditakrif secara objektifnya sebagai paras pendapatan kasar, paras simpanan dan harta; pelajar cerdas atau pintar boleh ditakrif secara objektif dan beroperasi sebagai yang dapat menyelesaikan satu set teka- teki khusus dalam masa 30 minit. Hipotesis mestilah spesifik dan tidak kusut, sesuai dengan prinsip parsimoni dalam sains yang telah dibincangkan dalam Bab 2. Anggapan, Andaian, Postulat, Aksiom, Hipotesis, Teori dan Fakta / 91 4. Hipotesis mestilah yang terujikan. Contoh yang tidak terujikan seperti hipotesis yang berikut. *Tamadun baru yang lebih baik akan muncul selepas peperangan nukleus secara besar-besaran.” “Kebebasan mutlak menghasilkan kehidupan yang lebih baik;’ dan sebagainya lagi. 5. Hipotesis mestilah yang munasabah. 6. Hipotesis mestilah yang bermakna dan yang boleh menolong perkembangan ilmu selanjutnya dan yang meneguhkan ummah (atau sekurang-kurangnya yang begitu jelas boleh mempertingkatkan taraf keinsanan). Hipotesis seperti ‘semua kegiatan manusia didorongi oleh nafsu syahwat;’ ‘manusia berasal daripada mawas;” dan sebagainya, setiap satunya, tidak memenuhi kriterium ini. Fakta dan Teori Pandangan ahi sains dan ahli falsafah tentang teori dan fakta berubah- ubah dari semasa ke semasa. Kami perturunkan di sini sebahagian besar daripada’ pandangan-pandangan ini satu persatu. Pandangan- pandangan ini terbahagi kepada dua; pandangan klasik atau pandangan ortodoks dan pandangan moden. Pandangan klasik berasaskan kepada andaian adanya prinsip keseragaman dan kuantiti-kuantiti tercerapkan dan kuantiti-Kuantiti tidak tercerapkan yang dipetik daripada Nagel (1961); manakala pandangan moden yang terdapat pada Bab 7 sebahagian besamya dipetik daripada Mulkay (1979). Pendapat Lama (pandangan berperihalan) Mengikut pandangan lama (pandangan yang paling awal), fakta itu benda atau proses atau peristiwa yang berlaku dengan tekalnya; atau perhubungan stabil yang ditemui menerusi uji kaji atau cerapan, yang kemudiannya semuanya dirujuk sebagai ‘hukum uji kaji.” Semua pandangan ini berasaskan kepada satu tanggapan yang digelar ‘prinsip keseragaman alam tabii.’ Mengikut pandangan ini, fakta bersifat neutral dan tidak berubah; oleh itu, fakta boleh dinyatakan atau diungkapkan dalam bahasa apa jua pun tanpa pergantungan kepada teori; boleh 92 / Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains diformulasikan dengan apa jua cara pun yang boleh mewakili kenyataan pemboleh cerap daripada alam kejasmanian (zahir) ini, Contoh fakta seperti berikut. cl. Air menyejat. 2. Semua ikan paus makan anaknya sendiri. 3. Ibu bapa mata biru melahirkan anak mata biru, atau bapa borek anaknya rintik. 4. Tekanan T gas unggul pada suhu § malar berkadaran songsang dengan isi padu I gas tersebut, T i S*Pemslar 4 A= Pemalar 5, Satu bahagian berat oksigen dengan lapan bahagian berat hidrogen menghasilkan air. 6. Kalaan K bandul berkadaran dengan punca kuasa dua lanjut L bandul itu: K berkadaran dengan Lt A Mengikut pandangan lama ini, teori melahirkan hukum-hukum juga, yang digelar hukum teori atau hukum niskala atau hukum hipotesis. Teori memerihalkan sesuatu perkara dengan menggunakan kuantiti- kuantiti yang tidak tercerapkan sekurang-kurangnya secara langsung seperti elektron, gen, kuark, dan sebagainya. Contoh penyataan yang bertaraf teori adalah seperti berikut. ci. Unsur kimia yang berbeza terdiri daripada jenis atom yang berbeza yang tidak boleh dipecah-pecahkan lagi menerusi transformasi kimia, ci, Kromosom terdiri daripada jenis gen yang berbeza-beza yang disekutukan dengan trait warisan organisma, Setiap istilah dalam teori seperti elektron, kuark, gen, ... disekutukan dengan sekurang-kurangnya satu tatacara terbuka untuk menjadi predikat kepada subjek (istilah-istilah atau sebutan-sebutan) suatu trait yang tercerapkan dan tercamkan dengan syarat-syarat cukupnya. Teori itu penyataan yang menetangkan sebab-musabab terjadinya sesuatu fenomenon atau kaitan bersaling antara kelas- Anggapan, Andaian, Postulat, Aksiom, Hipotesis, Teori dan Fakta / 93 Kelas fenomenon, menerusi sintesis, pengitlakan, atau peniskalaan yang semuanya (biasanya) menampakkan adanya unsur-unsur mutu empirik. Contohnya teori berasaskan kepada ‘daya’ dalam fizik. Fungsi teori tidaklah lain daripada mengunifikasikan penerangan bagi beberapa hipotesis atau perhubungan antara beberapa hukum. Jadi teori tidak ada hubungan dengan kebenaran. Fakta tidak semestinya membuktikan atau menidakbuktikan atau menyahbuktikan sesebuah teori. Teori tidak semestinya dianggap menjustifikasikan fakta, Gabungan antara fakta dengan teori banyak menerbitkan hipotesis dan hukum uji kaji, Banyak pula teori yang begitu niskala sehingga teori tidak mungkin diuji secara empirik, lalu terpaksa diterima sebagai aksiom sekurang-kurangnya buat beberapa ketika sehingga ada alternatifnya yang lebih menarik. Fakta berupa hukum uji kaji yang diperoleh menerusi aruhan, sedangkan teori berupa karyaan akal seperti teori Kopernigk, teori korpuskel cahaya, teori atom, teori kinetik gas, ..... Apabila teori disokong dengan baiknya oleh dalil-dalil empirik, objek-objek yang ada dalam teori mestilah dianggap benar sebagai yang mempunyai kenyataan kejasmanian sama seperti kenyataan pena yang digenggam:,: Fakta kekal, sedangkan teori bersifat sementara. Fakta berupa penyataan tunggal, tetapi teori berupa beberapa penyataan yang telah diolah dan dihubungkaitkan antara satu dengan yang lain. Jadi fakta sempit julat penerapannya, seperti hukum Arkhimedes, umpamanya (yang mengikut pandangan Klasik itu berupa fakta), dikhaskan untuk benda-benda terapung, sedangkan teori Newton, teori kuantum dan Jain-lain lagi amatlah luas julat pemakaiannya, Teori sentiasa memberikan saranan kepada penemuan fakta (menerusi uji kaji); umpamanya, Milikan tidak mungkin memerantikan uji kaji mengukur elektron tanpa konsep teori atom. Pandangan Alatis (instrumentalis) Pandangan yang baru sedikit daripada ‘pandangan lama’ di atas dirujuk sebagai pandangan orang yang melihat sesuatu daripada segi mantiknya sahaja. Pandangan ini dikelaskan sebagai pandangan alatis. Pada mereka ini teori berupa alat mantik bagi mengorganisasikan 94 / Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains pengalaman hidup dan mentertibkan hukum-hukum uji kaji (fakta). Jadi, ayat teori berupa ayat yang memenuhi nahu dan kandungannya boleh jadi benar atau palsu; oleh itu ayat teori bukan satu penyataan, tetapi dikelaskan sebagai ‘bentuk penyataan’ sahaja. Ini kerana teori berfungsi sebagai prinsip yang selaras dengan hal-hal empirik yang telah dianalisis atau sebagai pentaabiran sahaja. Contoh ayat teori seperti berikut: cl. Untuk sebarang x, jika x itu p, maka x vertebrata. 2. Halaju molekul amatlah deras. 3. Sebarang ayat yang menggunakan fungsi keadaan K(x, t) dalam mekanik kuantum. Pandangan ini mendapat sokongan yang agak kuat menerusi penerapan teorem Craig (1953, 1956). Teorem ini mengesahkan hal yang berikut: Jika sains diterima sebagai satu sistem bahasa, maka satu set aksiom ke atas bahasa itu boleh dibina lalu menjadi stu sistem bahasa yang baru dengan kandungannya yang bersifat empirik serupa dengan yang asal tetapi tiada penyataan teori dalam sistem baru ini. Jadi, teori bukanlah alat penting untuk pengorganisasian sains. Pendapat Pertengahan Pendapat orang-orang yang berpendirian antara ‘pendapat lama’ dengan ‘pendapat alatis’ di atas dikelaskan sebagai ‘pendapat pertengahan.’ Mengikut pendapat pertengahan ini, teori itu formulasi kompendium (ungkapan yang tepat dan bersistem yang bersifat ringkas, tetapi banyak maklumatnya) dan elipsis (mengandungi ciri-ciri ketiadaan sesuatu unsur yang melengkapkan sesuatu seperti daripada segi makna dan binaan) daripada hubungan dan kebergantungan antara peristiwa-peristiwa tercerapkan, dengan sifat- sifat benda. Teori boleh diterjemahkan kepada penyataan berkenaan dengan hal-hal cerapan. Teori itu benar. Istilah teori seperti atom dan sebagainya itu berupa tatatanda terengkas bagi kompleks peristiwa dan trait tercerapkan dan perkara-perkara ini tidak melambangkan sesuatu kenyataan kejasmanian yang tidak boleh dicapai secara cerapan. Anggapan, Andaian, Postulat, Aksiom, Hipotesis, Teori dan Fakta / 95 Pendapat ini dipengaruhi oleh konsep kefahaman sains kurun ke- 19 yang berpandangan bahawa sains tidak pernah menerangkan apa- apa, tetapi sains cuma sekadar memerihalkan sesuatu secara teratur satu demi satu dan kesalingan aruh-mempengaruhi antara peristiwa dengan peristiwa lain secara ekonomi dan tidak kusut, Pendeknya, sains hanya menjawab soalan ‘bagaimana?’ dan tidak pernah kepada ‘kenapa?.’ Soalan ‘kenapa?’ hanya diminati oleh ahli falsafah dan orang-orang yang beragama sahaja. Ilmuwan yang dikelaskan sebagai realis dan positifis banyak menyokong pandangan ini kerana golongan realis berpendirian bahawa fakta berupa kenyataan yang neutral dan tidak berubah-ubah dan oleh itu teori hanya cuba memerihalkan fakta itu secara ekonomi dan tidak kusut. Apabila seseorang dipengaruhi oleh pandangan-pandangan klasik di atas berkenaan dengan teori dan fakta, maka muncullah orang yang anti-teori dan orang yang taksub kepada kebenaran ‘fakta.” Golongan yang menolak teori boleh dibahagi kepada dua, iaitu yang digolongkan sebagai para realis dan pragmatis. Golongan realis percaya hanya kepada benda yang dapat dilihat, didengar, dirasa dan sebagainya sahaja:\Golongan pragmatis pula percaya kepada sesuatu kerana benda itu berjadi sahaja. Kedua-dua golongan menolak teori kerana mereka tidak mengiktiraf atau tidak sedar bahawa impresi dan utiliti sebenarnya ditentukan oleh nosi teori yang wujud dalam minda (akal-budi) seseorang. Pandangan Moden Pandangan moden tentang teori dan fakta dipelopori atau sekurang- kurangnya dipopularkan oleh Hesse pada tahun 1974. Pandangan- pandangan sebelum ini yang telah diterangkan di atas banyak menerima kritikan dan memang tidak memuaskan, Pandangan lama, umpamanya, berkisar kepada istilah ‘boleh cerap’ atau ‘tercerapkan’ dan ‘tidak boleh cerap’ atau ‘tak boleh cerap’ atau ‘tidak tercerapkan’ atau ‘tak tercerapkan,’ sedangkan istilah-istilah ini amat kabur pongertiannya, Benda boleh cerap dikatakan benda yang dipastikan secara pengalaman langsung dengan tatacara uji kaji yang teliti yang boleh 96 / Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains dimapankan (diestabliskan) dengan penuh keyakinan. Benda yang tidak tercerapkan hanya diketahui secara tidak langsung (oleh itu bersifat spekulasi atau cereka). Elektron hanyalah binaan hipotesis yang terbit daripada pengalaman abli sains dengan objek nyata seperti tiub sinar katod dan galvanometer. Nampaknya baik, tetapi sebenamya tidak lengkap. Benda-benda ini gagal meliputi konsep sains berkenaan dengan perhubungan dan proses. Lebih teruk lagi keadaannya jika kita perhatikan betapa perbezaan tercerapkan dengan tidak tercerapkan itu tidak mungkin dicapai. Melihat dengan mata kasar pun sebenamya ‘cerapan tidak langsung’ kerana foton bergerak dari benda yang hendak dilihat ke retina dan kemudian mata bergerak- gerak, menghantar rangsangan ke otak dan otak mentafsirkannya untuk mencapai pengertian lihat itu. Contoh lain, sejarah membuktikan bahawa melihat menerusi teleskop gagal mencerapi planet yang begitu jelas kewujudannya mengikut teori Kopernigk (Copernicus). Apa bezanya melihat secara langsung dengan secara tidak langsung seperti menggunakan kaca pembesar atau teleskop atau SeKafang ini secara gelombang? Teori cerapan menghendaki semua jenis cerapan ini berbeza! Jisim boleh ditakrif sebagai benda boleh cerap dalam sebutan isi padu dan boleh juga dalam sebutan benda tidak tercerapkan, iaitu atom atau molekul. Takrif cerapan secara klasik menjadikan pencerap pasif, tidak pincang, tanpa prasangka, tanpa emosi; dan oleh itu hasil cerapannya bukan berupa hasil pengaryaan makna kepada sesuatu benda. Semua ini sudah tidak boleh diterima lagi sekarang berdasarkan kepada penemuan-penemuan baru dalam bidang psikologi. Psikologi moden mendedahkan bahawa cerapan secara pasif tidak mungkin berlaku kerana cerapan sebegini bermakna pencerap menerima saja dan mendaftar input dari dunia luarnya. Sebenarnya pencerap mentafsir barisan maklumat dalam sebutan sumber-sumber budayanya sendiri. Ambil saja cerapan menerusi sentuhan. Benda dipegang dan dilakukan pelbagai operasi menggunakan tangan seperti picit, pusing, timbang dan sebagainya yang tidak boleh diperihalkan sepenuhnya kerana batas kemampuan akal manusia. Kemudian pencerap itu membuat aruhan atau mentaabir struktur benda yang dipegang itu dalam sebutan benda yang pernah dialaminya. Dengan sebab ini Bruner (1969) berkata janganlah kita fikir yang cerapan memberikan kita perwakilan dunia nyata. Betul-tidaknya atau Anggapan, Andaian, Postulat, Aksiom, Hipotesis, Teori dan Fakta / 97 Kepastiannya sesuatu cerapan tidak boleh dijamin. Tidak ada satu jalan unik untuk melaporkan sesuatu cerapan. Ravertz, pada tahun 1971, melahirkan satu tesis bahawa cerapan memerlukan bahasa dan bahasa merupakan satu manifestasi budaya. Jadi, cerapan berhubung rapat dengan kebudayaan pencerap. Status fakta sebagai yang diperoleh menerusi aruhan memang tergugat seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Tambahan pula kebanyakan teori juga menerusi aruhan dalam bentuk analogi atau dipengaruhi oleh analogi. Teori gelombang Huygen ada analognya dengan bunyi dan fenomenon gelombang; teori haba Fourier ada analog dengan bendalir; teori kinetik gas ada analog dengan zarah kenyal yang cukup banyak bilangannya; dan lain-lain lagi yang disebut sebagai analogi substantif atau analogi matanan. Sedangkan matematik sendiri penuh dengan analogi semasa membuat perluasan atau pengitlakan sesuatu teorem atau konsep iaitu yang dikelaskan sebagai analogi formal. . Pandangan alatis juga menghadapi kritikan pedas, kerana pandangan itu tidak boleh menjawab soalan sama ada kenyataan Kejasmanian perlu diumpukkan kepada entiti-entiti teori seperti atom itu atau tidak. Pandangan itu juga tidak kisah kepada dualisme gelombang dan zarah, diskret dan selanjar yang memeningkan kepala para penggelintar kebenaran, Tambahan pula mereka tidak menganggapkan teori sebagai cereka. Berkenaan dengan prinsip keseragaman yang mendasari secara langsung atau tidak langsung kepada pandangan klasik tentang teori dan fakta itu, Henson pada tahun 1976, banyak memberikan kritiknya (Mulkay 1979). Katanya, prinsip ini tidak relevan, kosong, hampa dan vakum, sedangkan prinsip ini diketengahkan bukan secara formal (postulat dan aksiom) saja, Malangnya prinsip ini memang tidak boleh dibuktikan secara empirik, kerana jika prinsip ini benar, maka setiap tatacara empirik mestilah bersifat demikian termasuk yang hendak dibuktikan itu! Jika prinsip ini tidak benar kita tidak: dapat pula memapankan keesahannya dengan membuat pengitlakan daripada dalil- dalil empirik. Contohnya, ambillah hukum graviti. Kalaulah hukum ini tidak benar di Musytari, maka hukum ini hanya tidak boleh dianggap hukum tabi alam dan bukannya menunjukkan prinsip keseragaman itu tidak wujud. Keadaan ini hanya menunjukkan teori kita salah atau 98 / Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains hukum graviti itu bukan sekali-kali hukum. Jadi pandangan abli sains klasik yang mengatakan hukum gravitinya dalam bentuk yang sama secaman pada semua keadaan tempat dan masa itu, sebenarnya tidak membuktikan apa-apa tentang keseragaman alam tabii yang diandaikannya itu. Hesse, pada tahun 1974 (Mulkay 1979; Hesse 1980), telah berjaya membuat tafsiran baru berkenaan dengan fakta dan teori dengan mengabaikan pandangan ortodoks di atas. Beliau berpendapat situasi kejasmanian itu kompleks tidak terkira. Setiap situasi baru berbeza dengan yang lain, Ini menyebabkan Konsep tercerapkan berubah bukan kerana teori cerapan moden dan pandangan abli-ahli mekanik kuantum sahaja (yang berpendirian: seseorang tidak dapat mencerap sesuatu dengan tidak mengubah sifat benda yang dicerapinya), tetapi Katanya, kita memang tidak boleh cerap secara langsung. Golongan ini berpandangan situasinya begini. Kita mempunyai deretan maklumat yang sedapat mungkin dicernakan dan dikaitkan dengan perkara yang Iepas untuk mengenalinya. Kadang-kadang kita terpaksy menggunakan teori pula. Contohnya, melihat planet bukan hanya bergantung kepada hukum ‘bintang berkerlip, planet tidak,’ tetapi mungkin terpaksa menggunakan teori graviti dan optik. Pendek kata, semua penyataan empirik berlapikkan .teori. Jadi fakta bukanlah benda yang tidak bergantung pada teori, malah fakta tidak stabil maknanya. Simbol mungkin tidak berubah, tetapi maknanya berubah bergantung kepada perubehan teori dan kumpulan sosial. Faktatidak boleh difahami sebagai fakta atau dispekulasikan sebagai fakta tanpa teori. Kebanyakan kata putus yang dibuat oleh sesiapa pun berasaskan kepada teori. Fakta ada hubungannya dengan bahasa (Mulkay 1979). Abli empirik mungkin berkeras mengatakan bahawa fakta itu sebagai benda-benda atau peristiwa di luar sana yang boleh dilihat, walaupun tanpa bahasa untuk mengungkapkannya. Golongan yang menentang pandangan ini akan mengutarakan soalan, ‘Adakah boleh kita ambil gambar fakta?” Tegasnya lagi, ‘Kalau boleh pun tentu sekali gambar itu kita tapis, ambil yang relevannya untuk menyatakan sesuatu daripada gambar itu.” Jelaslah, bahasa merupakan syarat perlu. Syarat lain untuknya adalah betapa perlunya kita dapat memformulasikan pemerian positif daripada beberapa faset dunia itu. Darwin pernah gagal mencamkan satu benda, yang tersirat dalam datanya, tetapi kemudiannya benda itu dianggap Anggapan, Andaian, Postulat, Aksiom, Hipotesis, Teori dan Fakta / 99 orang sebagai satu fakta daripada satu uji kajinya; walaupun datanya sama dengan data yang diterbitkan oleh Mendel (40 tahun kemudian) berkenaan dengan nisbah jenis generasi kedua daripada kacukan sejenis haiwan. Ini semata-mata kerana pada masa Darwin itu, teori kromosom belum ada. Darwin sendiri pemah berkata yang setiap fakta menjadi fakta untuk menyokong teori atau merefutasikan teori. Contoh lain yang. lebih menarik (mungkin!) cara ahli astronomi menemui pulsar pada 1967/68, Sebenamya mereka hendak mencari benda yang sekarang ini dikenali sebagai kuasar (daripada quasar, akronim kepada quasi-stellar, yang jika ditemui oleh ahli sains berbudaya Melayu sudah tentu diberi nama yang lebih menarik dan menakjubkan lagi seperti ‘kunajmi’ atau ‘nasu’ atau sebagainya yang masing-masingnya berupa akronim kepada ‘kuasinajmi’ atau ‘najmi semu;’ objek ini mengeluarkan sinaran elektromagnet frekuensi radio). Ketika mereka memerhatikan objek ini, mereka tercerap benda di luar dugaan, iaitu yang mengeluarkan denyutan radio sekata dan cepat. Mereka terpaksa menggunakan teori gelombang radio dan penerima radio, sifat benda samawi kecil dan ilmu fizik atmosfera, sifat matahari dan sebagainya untuk menguatkan hujahnya bahawa yang mereka terserempak itu benda samawi baru yang akhimya mereka menamaifiva sebagai pulsar (yang juga satu akronim kepada pulsating star); yang jika diterokai oleh orang yang berbudaya Melayu akan menamainya sebagai ‘bidu’ atau ‘bintayu’ atau yang sebagainya, hasil daripada ringkasan kepada istilah ‘bintang berdenyut.’ Pandangan baru tentang teori dan fakta hampir menjadikan sains itu vakum (tiada makna apa-apa), kerana teori boleh diuji dengan istilah- -istilah dalamannya sendiri, sedangkan istilah-istilah itu sendiri yang dipersoalkan; setiap cerapan tidak bermakna apa-apa sebelum istilah- istilah itu ditafsirkan menerusi teori. Sebarang cerapan yang tidak cocok dengan kehendak kita boleh dilemparkan jauh-jauh dan seterusnya kita berpendirian sama ada ‘cerapan itu tidak betul’ atau cerapan itu kita label sebagai ‘hasil daripada jenis cerapan yang salah.’ Pandangan yang baru ini juga melahirkan cara menyelesaikan dua teori dan fakta yang berlawanan, iaitu dengan cara memindahkan perspektif yang berlawanan itu kepada aras yang lebih tinggi yang sama-sama dipersetujui, sehinggakan pandangan itu dapat melahirkan hasil yang terbaik pada masa membicarakan hal-hal empirik, Dengan ini pandangan manusia kepada alam kejasmanian dan alam sosial 100/ Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains bergantung kepada makna kongsian itu. Mengikut pandangan baru ini penyataan seperti berikut ini tidak lagi diterima oleh komuniti ahli sains kini. 1. Sains dibina atas korpus fakta yang neutral dan berkembang ke hadapan. 2. Fakta adalah yang termapan rapi-dan tidak akan ditilik kembali lagi. 3. Pengetahuan sains bertumpuk dengan cara yang tidak kusut/ kelekek, Berhubung dengan hal ini Kuhn (1962, 1970), seorang daripada ahli falsafah sains Barat yang terkenal pada abad ini, menerbitkan satu tesis yang kini telah diterima umum bahawa sejarah perkembangan sains dari zaman ke zaman menunjukkan revolusi sainslah yang lebih mendominasiken daripada evolusi penumpukan sains. Beliau telah menunjukkan betapa revolusi demi revolusi dalam penemuan fakta dan teorilah yang menjadikan korpus sains itu seperti yang terdapat sehingga kini, dan bukannya sains semasa itu berupa’longgokan fakta dan teori yang berlaku secara evolusi seperti yang difahami secara menyeluruh oleh para abli sains dan ahli falsafah klasik itu. Persoalan bahawa fakta ditentukan oleh keadaan keseluruhan hukum dan petua penerapan yang dimiliki oleh korpus anggapan sains pada satu-satu masa masih dibahaskan. Walau apa pun, pandangan yang harus diberi oleh sarjana sains, mereka seharusnyalah berasaskan kepada hakikat bahawa fenomenon alam tabii ini patutlah diperakui sebagai manifestasi alam ghaib yang dikawal oleh Maha Pencipta.

Anda mungkin juga menyukai