Anda di halaman 1dari 14

SENARAI NILAI MORAL BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI 1.

1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara 1.2 AMANAH Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain 1.3 HARGA DIRI Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan 1.4 BERTANGGUNGJAWAB Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna 1.5 HEMAH TINGGI Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian 1.6 TOLERANSI Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup 1.7 BERDIKARI Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain 1.8 KERAJINAN Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara 1.9 KASIH SAYANG Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas 1.10 KEADILAN

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah 1.11 RASIONAL Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar 1.12 KESEDERHANAAN Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain BIDANG 2 - KEKELUARGAAN 2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga 2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis 2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga 2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga meruah keluarga BIDANG 3 - ALAM SEKITAR 3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem 3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR Keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam terpelihara 3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya BIDANG 4 - PATRIOTISME 4.1 CINTA AKAN NEGARA Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri 4.2 TAAT SETIA PADA RAJA DAN NEGARA Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara 4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara BIDANG 5 - HAK ASASI 5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna 5.2 MENGHORMATI HAK WANITA Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara 5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara 5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA Memberi layanan yang bersopan kepada golonga kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan 5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi

BIDANG 6 - DEMOKRASI 6.1 MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada 6.2 KEBEBASAN BERSUARA Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman 6.3 KEBEBASAN BERAGAMA Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia 6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia 6.5 SIKAP KETERBUKAAN Bersedia memberi dan menerima pendangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN 7.1 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya 7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat 7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat

NAMA KERTAS : PENDIDIKAN MORAL KOD KERTAS : 1225/1 MASA : 2 JAM 30 MINIT Bentuk Penyoalan 80 markah = 8 x 10 markah (8 soalan struktur - wajib jawab semua soalan) 20 markah = 2 x 20 markah (3 soalan esei - wajib jawab 2 soalan) Pengurusan masa (150 minit) Soalan Struktur: Gunakan 11/12 minit untuk setiap soalan = 100 minit soalan esei : Gunakan 20 minit untuk setiap soalan = 40 minit Baki 10 minit boleh digunakan untuk menyemak jawapan atau untuk menawab soalansoalan yang agak sukar Bentuk Penyoalan Bahagian A: Soalan Struktur Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah: o nilai, definisi nilai, penjelasan nilai o akta, dasar, tokoh, organisasi, badan kerajaan, perjanjian/konsep o isu semasa (isu, punca, kesan, cara mengatasi) Bagi menjawab soalan di atas, pelajar mesti hafal nilai, definisi/kata kunci nilai, dan penjelasan nilai. Contoh penyoalan: o Nyatakan nilai/tokoh/kesan/organisasi/konsep/dasar/punca dll . o Berikan maksud nilai . o Berikan definisi nilai .. o Huraikan nilai/kesan/punca.akibat dll. o Jelaskan nilai/kesan/akibat/punca dll o Terangkan nilai/kesan/akibat/punca dll Bahagian B: Soalan Esei Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah huraian nilai berdasarkan:

isu situasi ilustrasi petikan akhbar puisi dsb

Menjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Jadi cikgu cadangkan pelajar semua pastikan telah menguasai formula tersebut sebelum menduduki peperiksaan. Bahagian A: Soalan Struktur 1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai Untuk menjawab soalan ini mesti mahir:

kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan hafal definisi nilai atau kata kunci kaitkan definisi dengan situasi soalan

Contoh soalan Nyatakan/berikan/senaraikan nilai (1 markah untuk 1 nilai) 1. Nyatakan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (1 markah) 2. Berikan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (1 markah) 3. Senaraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (2 markah) 4. Nyatakan tiga nilai patut diamalkan oleh Raj. (3 markah) Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai (2 markah) 1. Nyatakan maksud nilai yang di atas (2 markah) 2. Berikan definisi nilai seperti di 1(a). (2 markah) 3. Tuliskan erti definisi dua nilai di 2(a) (4 markah) 4. Berikan makna nilai yang di nyatakan di atas (2 markah) Huraikan/jelaskan/terangkan (2/3 markah) 1. Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (2 markah) Jawab dalam 2 ayat sahaja. (Ka+N. Gn+kk+T/I.) 2. Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (3 markah) Jawab dalam 3 ayat. (Ka+N. Gn+kk+T/I. contoh/how.) 3. Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (4 markah) Jawab 2 ayat untuk setiap nilai. (Ka+N1. Gn+kk+T/I. Ka+N2. Gn+kk+T/I.) 2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5 Untuk menjawab soalan jenis ini, pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti berikut:

Akta Dasar Nama-nama pertubuhan Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah

Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah

Contoh soalan Berikan/senaraikan/nyatakan nama/akta/watak/organisasi dll 1. Berikan satu agensi kerajaan yang melindungi hak pengguna. (1 markah) 2. Senaraikan tiga badan bukan kerajaan yang membela hak pengguna (3 markah) 3. Nyatakan satu organisasi dunia yang melindungi haiwan. (1 markah) 4. Senaraikan dua tokoh sukan negara yang kamu tahu. (2 markah) 5. Nyatakan satu akta yang melarang kita membocorkan maklumat sulit kerajaan. (1 markah) Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkan cara/kesan/kepentingan/punca ...... 1. Cadangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (1 markah) 2. Senaraikan dua kesan pencemaran alam. (2 markah) 3. Nyatakan tiga kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (3 markah) 4. Berikan dua punca pencenaran alam. (2 markah) Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkan cara/kesan/kepentingan/punca/ ..... 1. Bincangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (2 markah) Cara. How/why. 2. Jelaskan dua kesan pencemaran alam. (4 markah) Kesan 1. How/why. Kesan 2. Cara/why. 3. Huraikan satu kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (2 markah) Kepentingan. How/why. 4. Terangkan dua punca pencenaran amal. (4 markah) Punca 1. How/why. Punca 2. How/why. JAUHI KESILAPAN DI BAWAH Penulisan Nilai

kemampanan alam sekitar hemat tinggi telaransi teloransi kesederhaan tanggungjawab menghargai dan menyayangi alam sekitar cintai akan negara cinta kepada negara mematuhi undang-undang dan peraturan kasih sayang kepada keluarga hormat dan taat kepada keluarga

menghormati hak golongan kurang upaya sikap terbuka berhemah tinggi percaya kepada tuhan melibatkan diri dalam pembangunan negara mematuhi peraturan & undang2 b/jawab peka terhdp isu2 a.sekitar keharmonian ant m"sia dgn a. sekitar

Cuba pelajar sekalian betulkan kesemua kesilapan di atas Latihan menjawab soalan struktur Sebelum menjawab: 1. 2. 3. 4. Teliti situasi dengan teliti dan kenal pasti karektor (KA) dan tindakan (T). Kenal pasti nilai (N) dan kata kunci (kk) nilai berdasarkan tindakan. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas. Perhatikan markah soalan (1 markah = 1 ayat, 2 markah = 2 ayat ...dst)

Formula Menjawab soalan nilai: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T. 3 markah = KA + N. Gn + kk + T. How. Contoh 1: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T. Nicole menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang. Jelaskan satu nilai yang diamalkan oleh Nicole (2 markah) KA: Nicole Gn: dia T: menyelamatkan anak kucing Nilai: kasih sayang kk: perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas Ayat 1: Nicole mengamalkan nilai kasih sayang. Ayat 2: Dia ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan,yang lahir dari hati yang ikhlas, dengan menyelamatkan anak kucing. Penulisan jawapan: Nicole mengamalkan nilai kasih sayang. Dia ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari yang ikhlas, dengan menyelamatkan anak kucing. Contoh 2: 3 markah Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti. Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah) KA: Rakyat Malaysia Gn: kami (Jika KA merujuk pelajar dimana T positif, gunakan kita/kami)

T: berusaha menaikkan nama negara N: Cinta akan negara kk: perasaan sayang & bangga kepada negara & meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri Ayat 1: Rakyat Malaysia mempamerkan nilai cinta akan negara. Ayat 2: Kami sayang & bangga kepada negara & meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dengan berusaha menaikkan nama negara Ayat 3: Contohnya menyertai & memenangi pertandingan peringkat antarabangsa. Penulisan jawapan: Rakyat Malaysia mempamerkan nilai cinta akan negara. Kami berperasaan sayang dan bangga kepada negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dengan berusaha menaikkan nama negara. Contohnya menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa. Bahagian B: Soalan Esei Bahagian B mengandungi 3 soalan. Pelajar hanya perlu menjawab 2 soalan sahaja untuk mendapatkan 20 markah. Tetapi jika masih ada masa ..... pelajar digalakkan untuk menjawab baki soalan. Ini kerana pemeriksa akan mengambil 2 markah terbaik daripada 3 soalan tersebut. Bagi setiap soalan, pelajar perlu memberikan 3 nilai yang difikirkan paling tepat. Mengapa perlu 3 nilai? Sebenarnya nilai yang ke tiga adalah sebagai 'back up' jika nilai 1 /nilai 2 salah.....nilai 3 akan bertindak sebagai penyelamat. Pelajar juga diingatkan jangan beri lebih daripada 3 nilai. Ini kerana pemeriksa akan mengabaikan jawapan yang berlebihan bagi sesuatu soalan. Cara menjawab Ka + N1. Gn + def (N1)+ t. How/contoh. Why. Seterusnya Ka + N2. Gn + def(N2) + t. How/contoh. Why. Akhir sekali Ka + N3. Gn + def(N3) + t. How/contoh. Why. Ingat ye......jawab dalam 1 perenggan sahaja untuk ketiga-tiga nilai. Formula Ayat 1 (1 markah): Ka + N. Ayat 2 (2 markah): Gn + def + t. Ayat 3 (1 markah): How/contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi) Ayat 4 (1 markah): Why (mengapa/sebab bertindak demikian) Contoh Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental. Kanak-kanak juga dilindungi daripada menjadi buruh. Mereka berhak mengikuti pendidikan formal di sekolah dan mereka juga berhak mendapat perhatian istimewa daripada ibu, bapa, anggota keluarga dan juga penjaga mereka. Bincangkan nilai-nilai yang perlu menjadi pegangan setiap orang demi menjamin kehidupan sempurna kanak-kanak.

Ayat 1 (1 markah): Ka + N. Setiap orang perlu mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Ayat 2 (2 markah): Gn + definisi + t. Kita/mereka perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna dengan memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Ayat 3 (1 markah): How/contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi) Ini dapat dilakukan dengan cara memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah. Ayat 4 (1 markah): Why (mengapa/sebab bertindak demikian) Ini supaya kanak-kanak dapat menjadi manusia yang berguna bila besar nanti. Cara menulis jawapan: Setiap orang perlu mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Kita/mereka perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna dengan memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Ini dapat dilakukan dengan cara memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah. Ini supaya kanak-kanak dapat menjadi manusia yang berguna bila besar nanti.

Kepercayaan Kepada Tuhan -keyakinan wujudnya tuhan -mematuhi segala suruhanNya Amanah -sikap bertanggungjawab -menimbulkan kepercayaan/Keyakinan orang lain Harga Diri -memuliakan maruah diri -menjaga maruah diri Bertanggungjawab -memikul tugas -melaksanakan tugas Hemah Tinggi -Beradab sopan -berbudi pekerti mulia Toleransi -bertolak ansur -sabar -mengawal diri Berdikari -Kebolehan/kesanggupan melakukan sesuatu -tanpa bergantung kepada orang lain Kerajinan -Usaha yang berterusan -semangat ketekunan/kecekalan/kegigihan/dedikasi/berdaya maju Kasih Sayang -Kepekaan -perasaan cinta yang mendalam -perasaan cinta yang berkekalan

Keadilan -Tindakan/ keputusan yang saksama -Tindakan/keputusan yang tidak berat sebelah Rasional -berfikir -bertindak wajar Kesederhanaan -sikap tidak keterlaluan -tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain kasih sayang terhadap keluarga `perasaan cinta yang mendalam `sayang yang berkekalan `kasih yang berkekalan hormat dan taat kepada anggota keluarga `memuliakan anggota keluarga `berinteraksi, menberi layanan sopan wujudkan keluarga harmonis mengekalkan tradisi kekeluargaan `menerima/menghormati kebiasaan/adat keluarga `mengamalkan kepercayaan diwarisi turun-temurun tanggungjawab terhadap keluarga `kewajipan melahirkan keluarga bahagia `meningkatkan imej keluarga menyayangi dan menghargai alam sekitar `perlu memelihara alam sekitar `sedar untuk memulihara keseimbangan ekosistem keharmonian antara manusia dengan alam sekitar `saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling `kualiti kehidupan dan alam sekitar terpelihara

kemapanan alam sekitar `kekalkan keseimbangan alam sekitar `tanggungjawab bersama menjaga alam sekitar peka terhadap isu-isu alam sekitar `prihatin tentang persoalan alam sekitar `berusaha mengatasinya cinta akan negara `sayang/banggan kepada negara `meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri taat setia kpd raja dan negara `patuh kpd raja/negara `setia kpd raja / negara sanggup berkorban untuk negara `rela melakukan sesuatu untuk negara `menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian melindungi hak kanak2 `membela/memberi naungan /,memeihara hak kanak2 `menjamin kehidupan mereka sempurna menghormati hak wanita `melindungi wanita drpd dieksplotasi `mengiktiraf sumbangan wanita melindungi hak pekerja `menghormati/ menghargai perkhidmatan pekerja `mengiktiraf sumbangannya menghormati hak golongan kurang berupaya `memberi layanan sopan supaya mereka tidak tersisih `mengiktiraf mereka insan ciptaan tuhan melindungi hak pengguna

`membela/memelihara hak pengguna `mendapatkan barang /perkhidmatan berkualiti mematuhi peraturan dan undang2 `menerima peraturan dan undang2 `mematuhi perturan dan undang2 kebebasan bersuara `kebebasan berucap/ mengeluarkan fikiran `jaga batasan demi keselamatan /ketenteraman kebebasan beragama `kebebasan menganuti agama `mengamalkan agama seperti diperuntukkan dlm perlembagaan malaysia sikap keterbukaan `sedia menerima pandangan `menerima pembaharuan /kritikan hidup bersama secara aman `hidup berbaik-baik `utamakan kedamaian dan keharmonian hidup saling menbantu dan bekerjasama `usaha baik dan membina `dilakukan bersama bagi mencapai matlamat saling menghormati antara negara `hargai hubungan antara negara `memuliakan hubungan untuk kesekahteraan sejagat

Anda mungkin juga menyukai