Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

NURUL ATIQAH MOHAMAD 891219-02-5774

Kekuatan yang dapat saya lihat semasa saya menyelesaikan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu(KKBI) bagi subjek SCE 3108 ini adalah terdapat pelbagai sumber rujukan daripada buku dan internet. Ini membolehkan saya membuat rujukan dan mengumpul maklumat mengenai model-model pengajaran seperti Format Umum, Lima Fasa Needham, Kitaran Pembelajaran-5E, Pengajaran Induktif & Deduktif dan Pengajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah seperti yang dikehendaki oleh soalan. Selain itu, saya dan pasangan saya telah bekerjasama sepenuhnya semasa menyelesaikan tugasan ini. Walaupun pada mulanya kami berasa agak keliru mengenai tugasan yang perlu dibuat, namun setelah mendapatkan bimbingan daripada pensyarah penasihat iaitu Pn. Hamsiah dan melakukan perbincangan bersama-sama, kami akhirnya dapat memahami skop tugasan yang perlu kami laksanakan dan kami mula mencari maklumat untuk digunakan dalam tugasan ini. Semasa menyediakan Rancangan Pengajaran Harian(RPH), saya telah mendapat bimbingan daripada Pn. Hamsiah semasa menyiapkan RPH ini. Ini menjadikan saya lebih memahami komponen-komponen yang perlu dinyatakan dalam RPH. Bagi microteaching pula, kekuatan saya adalah BBM yang saya hasilkan adalah menarik kerana berwarna-warni, mempunyai saiz yang besar dan pelbagai. BBM yang saya hasilkan juga dapat membantu untuk menarik minat murid-murid untuk belajar. Selain itu, saya juga banyak bergerak semasa microteaching berlangsung dan tidak hanya statik di satu tempat sahaja. Aktiviti-aktiviti yang telah saya sediakan juga adalah menarik dan mampu memberi rangsangan kepada murid-murid untuk belajar. Setiap kekuatan pasti akan ada kelemahannya. Begitu juga dengan diri saya. Antara kelemahan yang dapat saya kesan adalah sikap saya yang suka menangguhkan kerja dan melaksanakan kerja pada saat akhir. Ini menyebabkan saya menjadi agakl tertekan dengan bebanan tugasan yang lain juga. Di samping

itu, saya hanya berfokuskan kepada persiapan untuk membuat microteaching sahaja. Ini menyebabkan saya mengabaikan tugasan A. Walaubagaimanapun saya telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk menyelesaikan kesemua tugasan dengan baik. Selain itu, bebanan tugasan yang lain juga menyebabkan saya kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan. Namun, saya tidak akan pernah untuk menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk saya tidak berusaha dengan sebaik mungkin bagi menyiapkan tugasan ini. Saya sedar akan tanggungjawab saya sebagai seorang guru pelatih dan seorang bakal guru dan pengorbanan yang saya perlu lakukan untuk melatih saya supaya menjadi seorang guru yang berkaliber satu masa nanti. Bagi microteaching pula, menurut para penilai, saya mempunyai nada suara yang agak rendah dan murid-murid tidak dapat memahami dengan jelas akan arahan yang telah saya berikan. Ini menyebabkan mereka kelihatan agak kurang aktif semasa sesi microteaching berlangsung.. Walaupun aktiviti-aktiviti yang telah disediakan agak menarik namun murid-murid saya kelihatan seperti tidak begitu bersemangat pada hari tersebut. Semasa membuat RPH pula, kelemahan saya adalah pada mulanya saya tidak begitu memahami apa yang perlu dinyatakan di dalam RPH. Ini adalah kerana kali pertama saya membuat RPH. Namun, saya sangat bernasib baik kerana mendapat bimbingan daripada Pn. Hamsiah yang tidak pernah jemu menyemak dan memberi komen pada RPH yang telah saya sediakan. Banyak peluang yang dapat saya kutip semasa saya menyelesaikan tugasan ini. Antaranya adalah, saya lebih memahami akan model-model pengajaran seperti Format Umum, Lima Fasa Needham, Kitaran Pembelajaran-5E, Pengajaran Induktif & Deduktif dan Pengajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah. Selain itu, saya dapat belajar untuk menghasilkan RPH yang baik dan lengkap sebagai persediaan untuk memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran(P&P). Saya juga telah mendapat pengalaman yang sangat berharga semasa menjalankan microteaching yang pastinya akan mengajar saya sebagai persediaan untuk menghadapi praktikum pada tahun hadapan. Cabaran yang saya perlu hadapi semasa menyelesaikan tugasan ini adalah faktor kekangan masa. Bebanan tugasan yang banyak membuatkan pada mulanya saya menjadi agak tertekan namun saya perlu sentiasa berfikiran positif di mana sebagai seorang guru pelatih dan seorang bakal guru, saya perlu sentiasa tabah dalam menghadapi sebarang dugaan dan cabaran.

Konklusinya,

banyak

pengalaman

yang

dapat

saya

kutip

semasa

menjalankan tugasan ini. Semoga apa yang telah saya pelajari akan dapat membantu saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti pada satu hari nanti.