Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR


PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2016

ANJURAN:
SK TAMBATUAN KOTA BELUD

DISEDIAKAN OLEH:
AZAG
Kertas Kerja Program Kecemerlangan UPSR TAHUN 2016

1. Matlamat

Matlamat program ini adalah untuk mempersiapkan calon peperiksaan UPSR SK


Tambatuan bagi tahun 2016. Pembelajaran yang akan dijalankan akan berasaskan
pembelajaran intensif dan soalan ramalan dengan memberi aktiviti-aktiviti seperti teknik
menjawab soalan, melatih tubi dan mengulangkaji. Dengan adanya aktiviti-aktiviti
sedemikan calon UPSR diharap akan dapat melonjakkan prestasi pencapaian mereka
dalam UPSR yang sebenar.

2. Objektif Program

Objektif Program KECEMERLANGAN UPSR ini terdiri daripada 6 objektif seperti berikut:
2.1 Mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh pihak PPD pada sekolah ini iaitu 1.00
2.2 Membimbing calon UPSR tahun 2016 yang berprestasi rendah dan lemah untuk
mencapai prestasi lulus pada UPSR;
2.3 Memantapkan persediaan calon untuk menghadapi UPSR;
2.4 Membina semangat dan motivasi menduduki UPSR kelak;
2.5 Memberi input teknik menjawab soalan peperiksaan untuk lulus; dan
2.6 Mendedahkan calon dengan soalan ramalan seperti peperiksaan sebenar.

3. Rasional

Keputusan UPSR 2015 menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan dari segi
perolehan GPS sekolah iaitu daripada 2.4 kepada 1.7. Sungguhpun demikian, pihak
sekolah belum lagi mencapai KPI sasaran yang telah disasarkan iaitu 1.0 . Program ini
merupakan tindakan susulan selepas sesi perbincangan guru-guru dan pentadbir SK
Tambatuan.

Pelajar yang mendapat latihan, didikan dan ilmu pengetahuan yang secukupnya akan
menjadi pelajar yang berkemampuan dan seterusnya berketamprilan dalam menjana
prestasi yang cemerlang kepada sekolah. Pelajar berperanan sebagai pemangkin kepada
kecemerlangan akademik sekolah perlu diberi perhatian dan bimbingan dalam
melonjakkan prestasi sekolah dari kualiti dan kuantiti. Dengan memfokuskan aktiviti-
aktiviti yang berfokuskan latih tubi, teknik menjawab soalan dan soalan ramalan para
calon peperiksaan akan mendapat manfaatnya dengan mencapai tahap lulus mata
pelajaran yang disasarkan.

Kerjasama dan komitmen semua guru yang terlibat adalah amat diharapkan untuk
menjayakan program ini dengan jayanya. Marilah bersama mengembleng tenaga
melaksanakan amanah mendidik anak bangsa demi untuk mencapai misi dan visi SK
Tambatuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

XBA 5344 SK TAMBATUAN 1


Kertas Kerja Program Kecemerlangan UPSR TAHUN 2016

4. Kumpulan Sasar

Semua murid tahun 6 SK Tambatuan bagi tahun 2016.

5. Tarikh Pelaksanaan

5.1 Tarikh
 Program Kecemerlangan UPSR akan bermula pada januari 2016 dan berakhir pada
September 2016.

5.2 Jadual Pelaksanaan

(sila lihat pada bahagian lampiran)

6. Tempat

Semua aktiviti dijalankan di kelas atau bilik darjah SK Tambatuan.

7. Anggaran Peruntukan Kewangan

7.1 Sumber Kewangan

7.1.1 Sumber kewangan utama adalah dari wang peruntukan per kapita grant
(PCG) yang diperuntukkan oleh kerajaan.
7.1.2 Sumber kewangan sokongan adalah dari derma dan bantuan PIBG sekolah.

8. Program
(Sila lihat bahagian lampiran)

9. Strategi Pelaksanaan

Pelaksanaan program ini akan dibincang di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa


Tertinggi untuk kelulusan. Selepas kelulusan, surat makluman kepada ibu bapa
atau penjaga pelajar akan diedar kepada ibu bapa atau penjaga melalui pelajar.
Kemudian, promosi program akan dilaksanakan semasa Mesyuarat Guru. Pada
masa yang sama surat lantikan juga akan diberi kepada guru yang terlibat. Sesudah
guru mendapat surat kuasa, maka program KECEMERLANGAN UPSR bagi tahun
2016 akan dilaksanakan mengikut jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan.

XBA 5344 SK TAMBATUAN 2


Kertas Kerja Program Kecemerlangan UPSR TAHUN 2016

9.1 Jadual Program KECEMERLANGAN UPSR


( Sila lihat pada bahagian lampiran)

10. Penilaian dan Pelaporan

Penilaian dan pelaporan akan dilaksanakan bagi memantapkan pengurusan


kurikulum di sekolah ini. Penilaian bertujuaan untuk menilai keberkesanan
program di samping untuk memberi respon bagi cadangan penambahbaikan
program ini di masa akan datang. Manakala, pelaporan dibuat untuk bagi tujuan
rujukan dan menyemarakkan pembudayaan ilmu di kalangan warga sekolah.

XBA 5344 SK TAMBATUAN 3

Anda mungkin juga menyukai