Anda di halaman 1dari 4

ANALISA PRU KE 15.

1. BN/UMNO tiada pendebat yang berkaliber dengan informasi dan ketepatan data yang
mudah difahami oleh pembaca medsos.

Ulasan
Apa yang saya perhatikan, didalam medsos (media sosial), ramai penulis yang cenderung
menyokong UMNO boleh menjadi pendebat yang baik,namun kurang kewibawaan dalam
membawa isu-isu yang lebih segar dan dekat dengan masyarakat marhaen. sebagai
contohnya, kewibawaan Dato Sri Najib (DSN) dengan penuh berani dan wibawa
mengetengahkan isu-isu yagn sangat dekat dengan masyarakat. Cara penyampaian sesuatu
isu secara tepat, ringkas dan padat serta menyakinkan menjadikan DSN seorang yang amat
berwibawa dalam mendokong inspirasi suara rakyat/masyarakat.

2. Kegagalan mendominasi undi anak muda/netizen yang berumur 18 tahun (pengundi


muda).

Ulasan.
Inilah point utama yang masih menghantui gerak kerja UMNO/BN dalam memenangi hati
anak muda. Strategi perang saraf di medsos amat hebat dalam PRU ke15 ini. Ada yang
beranggapan UMNO masih dibawah takuk lama yang lebih bersifat eksklusif, bukannya
inklusif. Mainan seperti inilah menjadi senjata pihak sebelah sana dalam mengaut laba
keuntungan dari pengundi muda. Tawan hati anak muda secara berterusan dan mengambil
maklum permasalahan dan suara akar umbi anak-anak ini memungkinkan UMNO boleh
mendominasi kembali undi mereka. Kalau YB Dato Sri Ketua Bahagian (DSKB) perhatikan
semula, tokoh-tokoh besar seperti DSN sendiri dapat meraih sokongan anak muda kerana
keikhlasan dan kerja yang berterusan menarik sokongan pengundi muda ini. DSN tidak
menggunakan kebendaan seperti duit, imbuhan dan sogokan seperti PN lakukan. DSN tidak
mengamalkan budaya hasuta, cacian dan makian dalam kempen-kempen yang dijalankan.
Semuanya berlandaskan fakta-fakta dan data yang sahih dan tepat. Apa yang merisaukan kita
semua, kegagalan menraih undi juga (khususnya anak muda) di kawasan yang didominasi
masyarakat cina dan india tampaknya menemui kegagalan. Mungkinkah gerak kerja rakan-
rakan dalam BN tiada kesepakatan atau isu-isu yang dibawa sudah lapuk, mengagalkan usaha
yang dibuat oleh jentera pilihanraya kali ini untuk menawan hati anak muda.
3. Kekeliruan dalan isu-isu yang dimainkan dalam medsos, khususnya pada sudut
pandangan pengundi muda.

Ulasan
Pada pandangan saya, banyak isu-isu tempatan yang digembur-gemburkan tidak tepat di
medsos, tetapi ramai golongan netizen yang bergelar pengundi muda ini main sembrono
menilai isu-isu tersebut dan meluahkan komen yang kadang kada tak masuk dek akal. Ada
juga isu yang benar juga menmalitkan persepsi yang buruk terhadap parti UMNO itu sendiri,
sebagai contonya, isu broker dalam UMNO dan ketidaksaling pakatan dalam pucuk pimpinan
tertinggi yang dipandang oleh pengundi muda seperti sokong yang membawa rebah.

4. Padang pemerhatian saya, dalam medsos itu sendiri, ramai dikalangan orang melayu
termasuk golongan muda masih sayangkan UMNO, tetapi tidak kepada BN.

Ulasan.
Kenapa hal ini boleh terjadi. BN merupakan hasil gabungan dari pelbagai parti politik yang
bersifat menyokong inspirasi perjuangan bangsa dan negara. Suka atau tidak, didalam BN ini
terdapat parti kompenan seperti MIC dan MCA yang dilihat sendiri oleh netizen sebagai
kerakap diatas batu. BN mungkin masih releven jika pada 20-30 tahun yang lepas kerana
pada masa itu, semangat kenegaraan dan perjuangan terhadap membela nasib masyarakat
masih kekal utuh. Namun sejak kebelakangan ini, dengan ledakan maklumat yang tiada
batasan , segala baik buruk dicanang didalam medsos menyebabkan kesahihan maklumat
tidak dapat dipastikan lagi. BN perlu sedia berubah atau sekurang-kurangnya membuat
analisa kenapa sokongan yang sedia ada boleh kian merundum saban waktu.

5. Isu sensasi yang dibawa oleh media-media elektronik dan cetak semasa menjurus
kepada serangan berterusan PN terhadap UMNO.

Ulasan.
DSKB pun sedia maklum akan hal ini yang mana medsos menjadi ruang yang utama dalam
penyebaran fitnah dan juga cerita yang tidak benar mengenai UMNO, sebagai contuh
kewujudan kluster mahkamah yang kononnya dahulu dimanipulasikan oleh pihak kerajaan
dan bermacam isu-isu lagi. PN mahupun ada dikalangan ahli majlis tertinggi parti itu sendiri
menyerang peminpin UMNO terutamanya Presiden Parti yang mana masih lagi tidak
dibuktikan bersalah di mahkamah.Hal ini menjadi kekeliruan bagi pengundi muda, khususnya
dan masyarakat akar umbi dalam menilai kebenaran sesuatu perkara tersebut.

6. Dalam usaha pembangunan semula parti, perlu ada komitmen yang tinggi dikalangan
pemimpin tertinggi dan juga akar umbi.

Ulasan.
Disaat UMNO yang mempunyai nyawa dan sumber, pemimpin harus bertindak pantas untuk
memulakan gerakan membina semula parti dengan cara memperkasakan jabatan latihan yang
lebih telus, tanpa banyak campur tangan struktur parti. Wujudkan satu bentuk modul latihan
yang mantap agar mereka yang terlibat lebih berpegang teguh kepada prinsip dan perjuangan
parti.

7. Mood pengundi atau pengundi muda yang digunakan sepenuhnya oleh PN dalam
meraih undi.

Ulasan.
Suka atau tidak, inilah rencah utama mengapa UMNO/BN hampir hilang sokongan di PRU
15.
1. Pengundi suka pada isu-isu atau perkara yang lebih sensasi dan menyentuh peribadi
orang lain.
2. PAS memainkan perkara yang berkaitan syurga dan neraka dalam
ceramah dan juga medsos.
3. Orang melayu suka kepada hiburan.
4. Masyarakat yang lebih suka mengaut keuntungan berbentuk wang ringgit, hadiah atau
habuan semata-mata.

Perkara sedemikian inilah yang digunakan sebagai senjata orang pihak PN dalam meraih undi
masyarakat dalam PRU baru-baru ini. Yang pasti juga, PN juga berjaya menguasai dan
menggunakan Tik Tok serta medsos secara agresif dan menghiburkan bagi meraih perhatian
pengguna dan paling mengujakan kita semua, PN mempunyai dana yang sangat kuat
walaupun masih baru digagaskan, ditambah lagi dari dokongan dari orang-orang UMNO itu
sendiri.
8. Pengundi muda masih belum jelas akan matlamat berpolitik

Pengundi muda beranggapan bahawa kepentingan mengundi untuk memilih pemimpin yang
boleh mendengar dan mengikut apa yang mereka hajai.Ada juga segelintar dari mereka
berpandangan mengundi ini seperti suka-suka atau mengikut kawan. hakikatnya, mereka
tidak sedar yang undi mereka boleh menentukan hala tuju negara seterusnya. Dalam erti kata
lain, pengundi muda hanya dijadikan alat atau boneka kepada sesebuah parti dalam
merealisasikan agenda mereka sendiri.

9. Pandangan akhir saya.

Sekiranya kerajaan yang ada sekarangtidak berbuat sesuatu kepada pemimpin-pemimpin PN


selagi itulah rakyat akan menganggap parti-parti didalam gagasan PN adalah bersih,
berintegriti dan bebas rasuah. Harapan saya agar isu dana 600 billion yang dijadiakan dana
PRU ke 15 yang digunakan oleh PN dan PAS dapat disiasat dengan terperinci. Begitu juga
projek tebatan banjir yagn berjumlah 15 billion yang diberi tanpa tender oleh Kementerian
Alam Sekitar perlu disiasat dengan kadar segera.

Terima kasih DSKB kerana sudi menerima pandangan dari saya selaku ahli yang setia kepada
UMNO Bahagian Lipis.

Anda mungkin juga menyukai