Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN MORAL NOTA TINGKATAN 4 1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan 1.

Kepercayaan Kepada Tuhan bermaksud Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 2. Manusia diamanahkan untuk menjaga alam dan penguninya. (a) (b) (c) (i) Sikap bertanggungjawab terhadap setiap tindakan untuk kesejahteraan diri dan orang lain. Perlakuan yang baik perlu dilakukan oleh setiap individu. Tuhan telah mengamanahkan manusia untuk menguruskan alam dan penghuninya. Antara amanah itu ialah:

(ii)

Menjaga alam dan penghuninya agar tidak berlaku sebarang kerosakan di muka bumi ini dengan: Tidak teroka hutan secara tidak bertanggungjawab Tidak membakar hutan dan kegiatan pembakaran terbuka. Hidup sayang-menyayangi dan Bantu-membantu sesama kita dengan: Menjadi pelindung kepada anak-anak Elakkan penipuan,penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa. 3. Kadangkala Manusia tidak melaksanakan amanah yang diberikan kerana tamak dan mementingkan diri .Akibatnya: (a) (b) (c) Manusia itu sendiri dipandang hina oleh masyarakat. Pencemaran berlaku dan kesan rumah hijau. Penghuni yang lain tidak dapat menikmati kehidupan yang baik (penyakit)-terdedah kepada pencemaran alam sekitar.

4. Antara cara-cara menyeru manusia melaksanakan amanah Tuhan melalui: (a) (b) (c) kempen / ceramah / seminar pendidikan ajaran agama / moral media mass

Renungan Bersama
Tuhan mengamanahkan bumi ini kepada kita,jadi sebagai insan yang berakal perlu menunaikan tanggungjawab kita untuk menjaganya.

PENDIDIKAN MORAL NOTA TINGKATAN 5 1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan 1. Kepercayaan Kepada Tuhan bermaksud Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 2. Setiap perbuatan manusia akan di balas oleh Tuhan dan perbuatan baik akan dibalas dengan baik oleh Tuhan. 3. Kita mesti melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan dengan mengikut segala ajaran agama.Seperti : (a) (b) (c) (d) (e) Tanggungjawab kita kepada Tuhan Bersembayang Menderma dengan Ikhlas Menghormati orang tua Menghargai nyawa

4. Kita tidak dapat menafikan bahawa ada pembalasan Tuhan kepada manusia terhadap setiap amalan hidupnya. 5. Kita mesti menerima kenyataan bahawa segala tindakan yang kita lakukan sama ada baik atau buruk akan mendapat pembalasan daripada Tuhan. PERBUATAN Menebang pokok / hutan secara haram dan berleluasa Pembakaran terbuka dan pembebasan CFC yang berlebihan Perbuatan maksiat,hubungan sejenis dan sumbangan haram BALASAN Banjir Tanah Runtuh Penipisan ozon Bumi menjadi panas Kesihatan terancam Dosa besar ( tidak boleh masuk syurga) Maut