Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA

KERTAS KERJA PERSEMBAHAN SENAMROBIK

ANJURAN : Guru Pelatih IPG Kampus Pendidikan Islam , Bangi

1.0

PENDAHULUAN Persembahan senamrobik yang akan dilaksanakan setiap Hari Rabu bermula

pada 12 Julai 2011 ini adalah satu persembahan bersempena Minggu Aktif Sihat. Persembahan senamrobik ini dirancang oleh para guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ( IPG KPI ) sebagai salah satu projek Internship. Ia adalah satu medium pengukuhan ukhwah di samping memupuk

amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warganya.

Selain itu, persembahan senamrobik ini adalah wadah mencungkil bakat terpendam antara murid-murid SKKU dalam pelbagai bentuk pergerakan asas senamrobik. Ia secara tidak langsung akan menyemai sifat-sifat murni dalam diri seperti kerjasama antara ahli, perpaduan antara pelbagai kaum, berdaya saing, berfikiran positif dan bersatu padu.

Kesimpulannya, senamrobik ini adalah satu aktiviti sihat yang menjana kepada perkembangan manusia dalam psikologi dan sosiologi yang merangkumi aspek intelek, emosi, sosial, rohani dan jasmani. Diharapkan senamrobik seperti ini akan berterusan agar dapat meningkatkan keperibadian dan keunggulan SKKU kerana murid-murid adalah generasi masa depan negara.

2.0

RASIONAL

Murid merupakan aset negara di masa hadapan. Kesinambungan mereka amat penting untuk melahirkan generasi yang sihat tubuh badan dan mempunyai minda yang cerdas untuk memastikan mereka sentiasa bersemangat untuk terus bersukan.

Melalui persembahan senamrobik ini adalah diharapkan murid-murid dapat menimba pengetahuan dan pengalaman mengenai pergerakan asas senamrobik sekaligus menjadikannya sebagai amalan gaya hidup yang sihat.

3.0

MATLAMAT

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid mengenai asas senamrobik serta memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan potensi diri terhadap warga SKKU.

4.0

OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. 4.2 Memperkembangkan potensi individu dan rasa tanggungjawab. 4.3 Meningkatkan koordinasi tubuh badan murid-murid. 4.4 Meningkatkan semangat kesukanan dan rasa kekitaan.

5.0

TARIKH

: 12 Julai 2011

6.0

TEMPAT

: Dataran Perhimpunan SKKU

7.0

PENYERTAAN

: Semua guru SKKU, Guru - guru paktikum dan muridmurid tahun 1, 4,5 & 6

8.0

AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI En. Abdul Samad b Abdul Ghani PPT ( Guru Besar SKKU )

TIMBALAN PENGERUSI I Pn. Rosmahwati bt Abdul Hamid (GPK 1, SK Kajang Utama)

TIMBALAN PENGERUSI II Pn. Supiah bt Hussin (GPK HEM, SK Kajang Utama) Pn. Ruhayah binti Hamzah (GPK Petang, SK Kajang Utama)

SETIAUSAHA En. Fahrur Razi bin Idris (GPK Kokurikulum SK Kajang Utama )

AHLI JAWATANKUASA Para Guru, SK Kajang Utama Para Guru Pelatih , IPG

AHLI-AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PERSEMBAHAN SENAMROBIK 12 JULAI 2011

Pengerusi Nurul hidayah bt Ayob Naib Pengerusi Mazfahmi b. Marzuki Setiausaha Nurul Ain bt Mohamad Roslan AJK Persiapan Tempat Nor Hidayah bt Jusoh Nur Hamizah Izzati bt Hamid AJK Seranta Norasyidah bt Abdul Karim Adibah bt Abdul Syukor AJK Dokumentasi Nurul Azizah bt omar Norsyahirah bt Anuar AJK Teknikal Nur Hilal bt Abdullah Nurul Athirah Azmi AJK Siaraya Nik Nur Atikah bt Che Omar Nur Izzati b. Seman Konduktor Siti Aisyah bt Zakaria AJK Persembahan Semua Guru Pelatih 5

9.0

PROGRAM PELAKSANAAN

TARIKH 13/07/11

HARI Rabu

MASA 7.30 8.00 pg

AKTIVITI Latihan Senamrobik

CATATAN/TINDAKAN Murid thun 1,4,5 &6 Para Guru pelatih, IPG KPI

20/07/11

Rabu

7.30 8.00 pg

Latihan Senamrobik

Murid thun 1,4,5 &6 Para Guru pelatih, IPG KPI

27/07/11

Rabu

7.30 8.00 pg

Latihan Senamrobik

Murid thun 1,4,5 &6 Para Guru pelatih, IPG KPI

10.0

PENUTUP

Persembahan

Senamrobik Mingguan adalah bertujuan untuk melahirkan

murid-murid yang sihat dan cergas dari segi minda dan tubuh badan. Di samping itu, murid-murid juga dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan mereka khasnya dan pihak pengurusan amnya.

Harapan persembahan senamrobik ini akan dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan murid-murid sekaligus menjadikan senamrobik sebagai wadah utama untuk mereka melakukan aktiviti sukan.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(NURUL AIN BT MOHAMAD ROSLAN) Setiausaha Persembahan Senamrobik, IPG Kampus Pendidikan Islam

(CIK NURUL HIDAYAH BT AYOB) Guru Pembimbing , Sk Kajang Utama

Disokong oleh:

( En Abdul Samad bin Abdul Ghani) Guru besar, Sk Kajang Utama