Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: Tulis sebuah karangan yang berakhir dengan perenggan berikut.

“ ...apabila saya sedar, saya nampak ibu berada di sisi saya. Dia mengusap rambut saya
sambil air matanya mula mengalir. Terasa seluruh badan saya sakit-sakit. Saya cuba
membetul-betulkan kedudukan, namun terasa janggal pada kaki saya. Saya meraba-raba kaki
saya, rupa-rupanya kaki kanan saya telah dipotong sehingga ke paras lutut. Saya menangis
sepuas-puasnya dan menyesal atas perkara yang telah berlaku itu.”

Ring... . Waktu persekolahan telah habis. Setiap murid berjalan atau berlari keluar kelas
dengan seronok untuk pulang ke rumah masing-masing. Saya tidak terus balik ke rumah.
Apabila saya keluar dari kelas 5C, saya pergi ke kelas kawan saya, Alvin. Dia seorang murid
dari Kelas 5J yang tidak suka belajar dan tidak bersopan santun. Dia memanggil saya pergi ke
kelasnya selepas waktu persekolahan, saya tidak berani menentang arahannya. Jika saya
menentang apa-apa yang diarah oleh dia, saya akan mengalami perlakuan yang buruk
daripada dia. Bukan sahaja saya yang diguna oleh dia, kawan-kawan di sekelilingnya juga
digunakan oleh dia untuk melakukan tingkah laku yang buruk atau biadab.
Apabila saya tiba di kelasnya, baju saya ditarik oleh kawan Alvin dan beg saya dibuang
ke atas lantai. Saya dikepung oleh Alvin dan kawan-kawannya. Perasaan saya pada masa itu
sangat cemas dan takut. Saya takut akan mereka akan memukul saya. Bertuahnya mereka
tidak melakukan apa-apa terhadap saya. Walaupun mereka tidak memukul saya tetapi mereka
mengancam saya pergi ke sebuah kawasan yang lapang pada waktu malam. Saya menanya
mereka tujuan pergi ke kawasan itu dengan gelisah, tetapi tidak ada seorang menjawab soalan
saya. Setelah ini, saya mengutip beg saya lalu balik ke rumah dengan segera. Dalam
perjalanan, saya risau akan saya terpijak ke dalam terperangkap Alvin an kawan-kawannya.
Selepas beberapa minit, saya telah tiba di sebuah rumah yang tidak mempunyai suasana
yang mengandungi cinta atau bahagia. Saya benci akan latar belakang keluarga saya dan bapa
saya. Bapa ini bukan ayah kandung saya, dia seorang orang asing kepada saya. Dia seorang
alkoholik, dia sentiasa minum arak yag banyak tanpa kira waktu petang atau malam. Bukan
itu sahaja, dia tidak enggan bekerja. Semua kewangan yang digunakan oleh dia adalah ibu
memberi kewangan kepada dia. Oleh itu, ibu saya amat kurang berada di rumah. Ibu
menjimatkan masanya dalam bekerja dan mencari rezeki yang lebih baik untuk menyawa
kami sekeluarga. Apabila ibu berada di rumah, beliau mungkin dipukul oleh bapa saya.
Dengan keadaan ini, saya sangat bersimpati terhadap ibu saya.
Itulah rumah saya. Apabila saya membuka pintu rumah, bapa dan ibu sedang bergaduh
lagi. Saya tidak mempeduli mereka lalu saya terus pergi ke bilik tidur saya. Tiba-tiba, saya
mendengar suara tutup pintu yang kuat. Bapa telah keluar dari rumah. Saya pergi ke dapur
lalu melihat ibu sedang menangis. Saya memeluk beliau sambil memujuk beliau. Sewaktu
emosi ibu lebih tenang, saya memberitahu ibu bahawa saya akan keluar dengan kawan-kawan
pada waktu malam.
Pada pukul 8:00 malam, saya tiba di kawasan yang lapang itu. Sebelum keluar dari
rumah, ibu telah mengingatkan saya bahawa menjaga keselamatan diri. Saya melihat banyak
orang yang saya tidak kenali berada di sana. Bukan itu sahaja, sana juga mempunyai banyak
kereta yang telah diubahsuai. Pada masa itu, saya memahami apa yang akan laku pada saya.
Mereka akan mendesak saya menyertai lumba kereta yang haram itu. Alvin menarik tangan
saya untuk cuba memandu keretanya. Saya menolak jemputannya tetapi banyak orang
mengepung di sekeliling saya. Mereka sangat ganas dan jahat. Oleh itu, saya tidak
mempunyai apa-apa cara untuk melarikan diri.
Saya terpaksa meyertai lumba kereta haram ini. Mereka mengumumkan jika sesiapa yang
galah dalam lumba kereta ini, orang itu perlu membuat setiap perkara yang diarah oleh orang
yang berada di sana. Oleh itu, saya tidak enggan galah dalam lumba ini. Alvin meminjam
keretanya kepada saya. Saya duduk di dalam kereta sambil risau akan kemahiran pandu saya.
Namun, saya juga tidak ingin membuat sesuatu perkara untuk mereka. Tiba-tiba, pengerusi
lumba haram ini mulakan mengundur nombor.
“Sedia! 5, 4, 3, 2, 1. Jom!”
Saya memijak pedal gas ke limitnya untuk mendapat tempat pertama. Dalam
pertandingan lumba haram, saya melihat satu lubang yang dalam di landasan saya. Saya
berasa sangat cemas dan tidak sempat untuk menurunkan had laju saya. Tiba-tiba saya berasa
kereta sedang terbalik. Pada saat seterusnya, saya terperangkap di dalam kereta. Saya
mendengar suasana di luar kereta sangat riuh-rendah dan bising.
“Cepat! Siapa tolong menelefon ke hospital segera!”
Saya tidak sedar lagi.
Apabila apabila saya sedar, saya nampak ibu berada di sisi saya. Dia mengusap rambut
saya sambil air matanya mula mengalir. Terasa seluruh badan saya sakit-sakit. Saya cuba
membetul-betulkan kedudukan, namun terasa janggal pada kaki saya. Saya meraba-raba kaki
saya, rupa-rupanya kaki kanan saya telah dipotong sehingga ke paras lutut. Saya menangis
sepuas-puasnya dan menyesal atas perkara yang telah berlaku itu.

Anda mungkin juga menyukai