Anda di halaman 1dari 6

Oleh:Pn Hjh Azizah Bt Abdullah

Guru Cemerlang Geografi SMK Kamil

KERJAYA AEROANGKASA

Mengikut definisi Institut Aeronautik dan Astronautik Amerika (AIAA), jurutera


aeroangkasa adalah merupakan seseorang jurutera yang terlibat di dalam mana-mana
peringkat penyelidikan dan pembangunan industri aeronautik dan juga astronautik.
Jurutera aeronautikal terlibat dalam bidang penerbangan didalam rangkuman
atmosfera bumi. Jurutera astronautikal pula terlibat dalam bidang penerbangan di luar
rangkuman atmosfera bumi. Sebuah kumpulan kerja aeroangkasa terdiri dari gabungan
jurutera, saintis serta juruteknik aeroangkasa. Jurutera menggunakan pengetahuan dan
kemahiran fakta gunaan bagi menyelesaikan masalah, para saintis mengelolakan
peraturan dan pengetahuan tambahan, yang seterusnya dapat digunakan oleh jurutera
dalam proses penyelesaian sebelumnya. Juruteknik yang kebiasaannya amat mahir
mengendalikan mesin mesin serta peralatanan pula, bertindak membantu kerja kerja
jurutera dan saintis.
Kerjaya juruteraan aeroangkasa selalunya menyebabkan beban beban kerja yang
lebih kurang sama dengan pekerjaan pekerjaan kejuruteraan yang lain. Kebanyakan kerja
dijalankan dipejabat, di'sites' dan/atau makmal penyelidikan.
Bagi memudahkan pemahaman dalam menceburi bidang berkaitan dengan
aeroangkasa, adalah lebih baik jika matapelajaran matapelajaran berkaitan dengan sains
dan matematik diberikan penekanan yang sewajarnya. Ini termasuklah matematik moden
dan tambahan serta fizik. Kursus komunikasi seperti bahasa inggeris juga tidak boleh
diabaikan. Jurutera memerlukan pengetahuan asas fizik dan matematik bagi
menyelesaikan masalah kejuruteraan dan pengetahuan berkomunikasi adalah amat wajar
bagi menyalurkan ilham ilham dan perancangan kejuruteraan yang kompleks dalam
bahasa yang mudah, terang, berkesan serta senang difahami.

Bidang berkaitan dalam kerjaya aeroangkasa

Analitikal
Jurutera analitikal menggunakan kemahiran matematik dan fizik untuk menganalisa data
yang telah dikumpulkan melalui ujikaji , contohnya apabila menganalisa ketegasan
sesuatu bahan.

Komputasi Dinamik Bendalir

Jurutera KoDiB (C.F.D) menggunakan komputer yang canggih bagi menganalisa


pergerakan bendalir tidak linear, contohnya seperti pergerakan udara mengelilingi
permukaan pengangkat (lifting surface).

Analisa Kos

Jurutera penganalisa kos memberikan penganalisian berkenenaan dengan kos dan sumber
semasa proses penyediaan tender ataupun semasa menentukan calon terbaik yang boleh
dipilih untuk diberikan kontrak kerja.

Rekabentuk

Jurutera rekabentuk menggunakan idea dan fikiran yang kreatif dalam menentukan
susunan atau fungsi komponen, merekabentuk rekaan yang dapat memenuhi keperluan
yang telah tetapkan bagi mengatasi masalah masalah kejuruteraan. Contoh mudah ialah
merekabentuk pesawat terbang.

Perkhidmatan pengguna

Perkhidmatan ini bertindak menyampaikan kepada penguna barangan industri berkenaan


dengan maklumat senggaraan serta sebarang maklumat baru bagi menentukan pengguna
dapat menggunakan barangan dengan baik dan sesuai. Sebarang perubahan dan keperluan
semasa turut desampaikan. Kakitangan unit ini juga bekerjasama rapat denagn jurutera
rekabentuk bagi membolehkan mutu dan kaedah rekabentuk sentiasa dipertingkatkan.

Ujian Penerbangan

Jurutera ujian penerbangan merancang ujian ujian penerbangan serta mengumpulkan data
data dari ujian ujian ini bagi menganalisa kejayaan yang dicapai oleh pesawat dalam
mencapai kehendak atau kriteria rekabentuk terdahulunya. Contohnya ialah dalam
meningkatkan serta memastikan tahap prestasi pesawat yang baru dicipta didalam
keadaan unggul sebelum dikeluarkan dalam kuantiti yang besar..

Pengurusan

Posisi pengurusan kebiasaannya diisi oleh kakitangan yang berpengalaman dan


mempunyai kualiti kepimpinan yang baik. Pengurus di dalam bidang aeroangkasa seperti
juga pengurus pengurus di dalam bidang bidang lain mengendalikan masalah berkaitan
dengan kakitangan, membuat keputusan perniagaan serta aktiviti aktiviti teknikal yang
lain.

Pengeluaran

Jurutera pengeluaran bersama dengan jurutera rekabentuk bekerjasama menentukan


bahwa komponen boleh dikeluarkan dengan kos yang paling rendah. Jurutera
pengeluaran juga memastikan bahwa komponen yang dikeluarkan menepati spesifikasi
yang telah ditentukan. Contohnya adalah seperti pengeluaran sayap bagi pesawat terbang.

Pemasaran

Jurutera pemasaran bertindak untuk memastikan produk dapat dijual kepada pelangan
baru, bertindak sebagai penghubung('liaison') kepada pelangan semasa dengan syarikat
serta memastikanpelangan menerima produk yang bermutu tinggi. Jurutera pemasaran
juga perlu bijak untuk mengenal-pasti permintaan baru dimasa hadapan bagi tujuan
penjualan dan pembangunan produk yang berterusan.

Bahan dan pemerosesan

Jurutera bahan aeroangkasa menguji bahan bagi menentukan kualiti bahan. Contohnya
ialah pengujian keluli rencam bagi mendapatkan kekuatan keterikannya.

Perisian sistem

Juruteran sistem merekabentuk perisian yang boleh digunakan didalam sistem


aeroangkasa. Contoh mudah ialah merekabentuk sistem kawalan penerbangan elektronik.
Bidang berkaitan

Bidang bidang lain ini adalah termasuk dengan berbagai kerja kerja lain yang dilakukan
didalam proses pengeluaran produk aeroangkasa. Ini termasuklah pekerjaan yang
berkaitan dalam penentuan keboleh-harapan, keselenggaraan, ketahanan, serta
keseluruhan perkhidmatan sokongan produk akhir yang dikeluarkan.

Kelayakan minima

Kelayakan minima untuk menjadi seorang jurutera aeroangkasa ialah ijazah sarjana
muda, BA. atau BS. Kelayakan tambahan pasca siswazah seperti MS. dan Ph.D pula
boleh memberikan anda kelebihan tambahan apabila memohon pekerjaan. Bagi
menjamin kerjaya yang baik, jurutera perlulah sentiasa memastikan suatu pengajian
berterusan. Ini dapat memastikan bahwa mereka sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan
kejuruteraan semasa, teknik terbaru, bahan bahan serta proses yang baru. Kesemuanya ini
diperolehi dengan mengikuti kursus kursus yang sentiasa ditawarkan oleh pusat pusat
pengajian kejuruteraan seperti universiti serta persatuan / institut Jurutera Berdaftar.
Kebanyakan negara seperti Malaysia memastikan jurutera memperolehi sijil pendaftaran
sebelum berkhidmat. Lembaga Jurutera Malaysia adalah lembaga yang mengawal selia
jurutera jurutera diMalaysia dan pendaftaran jurutera professional pula dikendalikan
melalui Institut Jurutera Malaysia.

Jangkaan kerjaya masa hadapan


Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, peluang pekerjaan bagi
kesemua kerjaya termasuklah kejuruteraan aeroangkasa adalah kurang memuaskan.
Syarikat syarikat yang terlibat dalam industri aeroangkasa mengalami sedikit kesukaran
dalam perniagaan dan ada yang terpaksa memendekkan masa kerja, pengurangkan
perbelanjaan penyelidikan malah sehingga terpaksa mengurangkan serta memberhentikan
kakitangan. Keadan ini bukan terhad kepada negara ini sahaja tetapi turut dirasai oleh
negara maju seperti Amerika Syarikat.
Bagaimana pun peluang kerja baru sentiasa berulang ulang kerana lebih kurang 70% dari
pekerjaan baru yang ditawarkan oleh industri adalah disebabkan kekosongan akibat dari
kakitangan yang bersara, atau kehilangan kakitangan lama kerana bertukar kelokasi lain
atau pun berhenti untuk menjawat jawatan lain. Majoriti peluang pekerjaan dibidang
aeroangkasa adalah menerusi proses ini.

Perebutan jawatan didalam industri ini juga meningkat kerana bertambahnya bilangan
pekerjaan dibidang aeroangkasa yang turut dipenuhi oleh meraka yang berkelayakan
dalam bidang mekanikal, elektrikal, kimia dan lain lain.

Bagaimana pun prospek masa depan adalah amat cerah terutama didalam bidang
penerbangan awam. Keperluan pengangkutan yang cepat, selesa dan selamat menjamin
perkembangan industri pembuatan pesawat terbang dan industri penerbangan awam.
Permintaan dari benyak syarikat syarikat penerbangan awam serta orang orang awam
telah melihatkan satu pertambahan pengeluaran pasawat terbang oleh pengeluar pasawat
terbang 'gergasi' seperti Boeing serta Airbus serta pengeluar pesawat terbang kecil seperti
IPTN diIndonesia serta Eagle Aircraft dan juga SME diMalaysia.

saraan purata kerjaya

Maklumat saraan ini adalah berdasarkan satu kajian di Amerika Syarikat.

Purata saraan tahunan permulaan bagi jurutera berkelayakan bacelor dibidang


bidang berkenaan adalah...

• Aeroangkasa..........................$30,860
• Kimia...................................... 39,204
• Awam..................................... 29,809
• Elektrikal................................. 34,840
• Industrial................................. 33,267
• Mekanikal............................... 35,051
• Metalurgikal............................ 33,429
• Perlombongan......................... 32,638
• Nuklear................................... 33,603
• Petroleum................................ 38,286

Saraan tahunan awal bagi jurutera dengan kelayakan dibawah adalah ...
• BA/BS................................... $34,100
• MS.......................................... 40,200
• PH. D...................................... 55,300