Anda di halaman 1dari 27

GIG1012

Falsafah dan
Isu Semasa

PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


PENDAHULUAN

• Kerangka pemikiran yang terhasil daripada penelitian, pengalaman


dan pemahaman individu yang mempelopori aliran pemikiran pada
zamannya.
• Konsep manusia yang merangkumi asal usul kejadian entiti yang
membentuk manusia.
• Tugas dan peranan manusia adalah amat penting bagi memahami
makna kehidupan itu sendiri.

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Konsep Insan dalam Perspektif Falsafah
Dalam sejarah falsafah Yunani silam dan falsafah timur (oriental
philosophy) menggunakan pemikiran untuk:
Mencari jalan dan langkah;
Bagaimanakah manusia dapat mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
dalam kehidupan ini.
Falsafah bukan hanya berperanan untuk memikirkan tentang masalah-
masalah metafizik, epistemologi, logik, etika, falsafah moden dan
sebagainya tetapi juga mementingkan aspek-aspek kehidupan.
Dalam falsafah Yunani, falsafah itu dianggap sebagai kecintaan terhadap
hikmah.
Hikmah atau wisdom berkait rapat dengan cara kehidupan manusia.
Hikmah dan kebijaksanaan akan membantu kita menjalani kehidupan ini
dengan lebih bermakna.

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


• Tumpuan kepada aspek kemanusiaan dalam falsafah adalah:
Satu cara di mana kebahagiaan itu boleh dicapai.
Konsep kesejahteraan, mencari dan mencapai kebahagiaan bukan
sahaja tedapat dalam falsafah Barat seperti Yunani tetapi juga dalam
falsafah timur seperti falsafah Islam, India dan Cina.

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Dari Egosentrik kepada Ekosentrik

EKOSENTRIK
(Keseluruhan Planet)
BIOSENTRIK
(Keseluruhan Kehidupan)

ANTROPOSENTRIK
(Mengutamakan manusia)

EGOSENTRIK
(Mengutamakan Diri)

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


TUHAN
Teologi
Metakosmos

Hubungan Tuhan,
Alam
&
INSAN Insan dalam Tradisi ALAM
Psikologi Silam Kosmologi
MikroKosmos Makrokosmos

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Asal usul Insan

Tradisi Fizikal – Material


Barat Spiritual - Rohani

Tradisi
Jasmani Emosi
Timur Rohani Intelek

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Konsep Manusia Menurut Aliran Pemikiran falsafah
Barat
• Barat melalui tiga zaman:
1. Peradaban Yunani
2. Zaman pertengahan
3. Zaman Moden

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Manusia sebagai makhluk Tuhan
Manusia sebagai haiwan rasional harus patuh kepada hukum
Tuhan

FALSAFAH BARAT

Manusia berteraskan emosi dan Manusia lahir tanpa panduan


kehendak/kemahuran diri (will hidup; Peranan manusia: mencari
power) makna kehidupan sendiri.

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Zaman Klasik (Yunani)

• Aristotle melihat manusia sebagai makhluk atau


kehidupan yang berfikir, ‘Man is a rational animal’.
• Pemikiran rasional merupakan ciri utama
pengenalan sebagai manusia dan amat istimewa.
Pandangan ini telah dikritik kerana bersifat
logosentrisme.
• Friedrich Niestzsche (ahli falsafah Jerman),
menyatakan bahawa aspek yang lebih menarik
tentang konsep insan atau kemanusiaan ini
bukanlah bersifat logosentrik; bahkan berteraskan
kepada emosi manusia yang mungkin tidak bersifat
rasional.
Copyright Faezah Kassim CITrA UM
Falsafah Barat pada Zaman Pertengahan

• Falsafah pada zaman ini dipengaruhi oleh fahaman


agama khususnya Kristian,
• Manusia dilihat sebagai makhluk ciptaan tuhan yang
seharusnya patuh kepada hukum-hukum tuhan
• Konsep manusia yang merangkumi asal-usul, peranan,
sifat dan ciri-cirinya dilihat dari perspektif keagamaan.

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Falsafah Barat pada Zaman Moden

• Fahaman eksistensialisme
yang dibawa oleh Jean Paul
Sartre dan lain-lain
menganggap manusia itu
dilahirkan tanpa panduan
dalam hidup dan tanpa sifat
kerohanian.
• Tugas manusia apabila berada
di dunia ialah untuk mencari
makna dalam kehidupannya
sendiri

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Pandangan Umum sarjana Barat
• Secara umum pandangan barat manusia mempunyai pendirian
dan nilai sendiri.
• Kebenaran umum tidak ada tetapi boleh berubah-ubah setiap
waktu. Keadaan ini berbeza bagi setiap individu dan
mempunyai sistem nilainya sendiri sebagai contoh pandangan
relativisme berkaitan manusia.
• Konsep manusia menurut pandangan sarjana Barat secara
umumnya berteraskan pemikiran ahli falsafah mereka pada
zaman klasik.
• Penambahbaikan berlaku pada zaman renaissance apabila
lahirnya semangat mencari kebenaran berdasarkan sains.
Copyright Faezah Kassim CITrA UM
Islam

FALSAFAH
ISLAM

Manusia
sebagai hamba
• Peranan manusia: Melakukan perintah
Allah dan menjauhi larangan.

Manusia
sebagai • Peranan manusia: menjalankan amanah
khalifah di dan memikul tanggungjawab.
bumi

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Konsep Manusia menurut Islam

• Terdapat beberapa nama dalam Al Quran merujuk kepada


manusa
1. al insan
2. Al-nas
3. Al- ins
4. Al-Basyar
• Istilah tersebut memberi maksud dan konsep yang berbeza
mengenai manusia berdasarkan kepada asal-usul kejadian,
sifat peribadi, sifat peribadi serta tugas peranan manusia
Copyright Faezah Kassim CITrA UM
Asal usul kejadian Manusia

• Manusia pertama yang diciptakan ialah Adam A.S.


• Dari tulang rusuknya tercipta seorang perempuan yang dinamakan
Hawa sebagai teman hidupnya.
• Kejadian Adam daripada tanah melalui peringkat, proses dan
komponen tertentu seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.
• Kejadian bermula:
i. dari pati tanah yang disaring.
ii. Berubah kepada tanah yang melekit.
iii. Peringkat tanah yang berbau
iv. Tanah yang keras
Copyright Faezah Kassim CITrA UM
Kejadian zuriat Keturunan Adam

• Keturunan Adam melalui proses kelahiran.


• Proses ini dikaitkan dengan keagungan dan kekuasaan
Allah. S.W.T.
• Manusia terdiri daripada dua unsur
i. Jasmani (jasad)
ii. Rohani (roh)

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Menurut al Ghazali entiti kerohanian:
1. Hati yang mewakili unsur dan alam keinsanan
manusia
2. Roh yang mewakili alam ketuhanan
3. Akal yang mewakili alam kemalaikatan manusia
4. Nafsu yang mewakili alam kebinatangan manusia
• Empat unsur ini secara umum membentuk entiti
kerohanian manusia

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Fitrah semulajadi manusia
• Kalimah al-insan dalam al-Quran bermaksud
manusia sebagai makhluk Allah S.W.T yang memiliki
sifat fitrah tabii tersendiri. Antaranya.
1. Manusia bersedia menerima ilmu
2. Manusia menjalani kehidupan dengan penuh
kesukaran.
3. Manusia amat suka membantah dan mengkritik
4. Manusia merupakan makhluk yang lemah
5. Manusia melampaui batas apabila merasakan
dirinya serba cukup
6. Manusia bersifat bakhil kerana takutkan
kemiskinan
7. Manusia bersifat gelisah.

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Konsep Manusia menurut Falsafah India

• Manusia dianggap sebagai kejadian yang


mempunyai roh atau jiwa yang diistilahkan
sebagai Atman.
• Atman merupakan percikan dari Brahman yang
dianggap sebagai alam ketuhanan.
• Konsep kefahaman kelahiran semula berdasarkan
perbuatan manusia di dunia sama ada baik atau
buruk.
• Konsep kelahiran semula ini dilihat sebagai
konsep metafizik.

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Konsep Manusia menurut Falsafah Cina
• Terbahagi kepada tiga iaitu ajaran
Buddhisme, Konfusianisme dan Taoisme.
• Menurut Buddhisme, kehidupan ini adalah
kesengsaraan dan penderitaan.
• Realiti kehidupan ialah manusia akan
sentiasa menghadapi penderitaan dan ini
adalah keadaan semula jadi kehidupannya.
• Manusia perlu melakukan sesuatu untuk
membebaskan dirinya daripada ikatan
kesengsaraan itu dan bertindak mengikut
realiti.

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


• Menurut Konfusianisme menekankan prinsip-prinsip etika yang harus
diikuti dalam usaha mencapai kebahagiaan. Sebagai contoh
penghormatan kepada kedua ibubapan. Konfusianisme menekankan
konsep lima hubungan.
• Fahaman Taoisme pula, terdapat konsep wu wei yang diterjemahkan
oleh sesetengah pihak sebagai tidak bertindak ataupun boleh
difahami juga dengan tindakan yang selari dengan fitrah alamiah
• Manusia tidak seharusnya meletakkan kepentingan dirinya dalam
melakukan sesuatu tindakan.
• Hubungan manusia dengan alam dan kefahaman tentang sifat
manusia serta hubungannya dengan alam adalah penting dalam
fahaman Taoisme

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Konsep Manusia menurut Kristian

• Sifat fitrah manusia dalam Bible –


kehidupan manusia di dunia akan
melalui kesukaran, kerumitan dan
kepenatan dalam usahanya
mencari rezeki. Dalam kitab
Kejadian 3: 17:
• “Dengan berpeluh engkau akan
mencari makananmu, sampai
engkau kembali lagi menjadi
tanah, kerana dari situlah engkau
diambil, sebab engkau debu dan
engkau akan kembali menjadi
debu”

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Tugas dan Peranan Manusia di Dunia

• Tugas dan peranan manusia :

i. Hubungan dengan Tuhan


ii. Hubungan manusia dengan manusia
iii. Hubungan manusia dengan alam seluruhnya

• Peranan manusia sebagai khalifah yang diberi hak untuk mengurus dan
mentadbir alam dunia.

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Konsep Manusia dan Matlamat Pendidikan
• Fitrah manusia secara umumnya dibentuk dan dilentur menerusi
pendidikan
• Aspek jasmani, intelek, emosi dan rohani merupakan perkara asas
untuk membina satu sistem pendidikan yang mengambil kira semua
aspek dan potensi manusia
• Sistem pendidikan yang seimbang dan bersepadu dapat membantu
untuk mencapai falsafah dan tujuan tertinggi sesebuah pendidikan
negara. Sebagai contoh Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• Tujuan pendidikan untuk melahirkan insan yang baik dan sejahtera
serta berupaya membangunkan diri secara bermaruah dan memberi
sumbangan kepada keluarga, komuniti masyarakat bangsa, negra dan
antarabangsa.
• Selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.

Copyright Faezah Kassim CITrA UM


Potensi Insan – Seimbang JERI

Ketuhanan

Rohani Pengetahuan
Kemahiran Intelek
Emosi
Jasmani
Kendiri Kemasyarakatan
Nilai
Copyright Faezah Kassim CITrA UM
Penutup

• Konsep manusia melalui kacamata pemikiran falsafah keagamaan dan


sains dapat membantu pelajar memahami konsep manusia menurut
pelbagai perspektif
• Konsep manusia dalam disiplin ilmu faslafah dan teologi adalah
berteraskan kepada hakikat bahawa manusia perlu mencapai
kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup.
• Konsep kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia tidak dapat
dipisahkan dari aspek keharmonian dan keseimbangan antara aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Copyright Faezah Kassim CITrA UM

Anda mungkin juga menyukai