Anda di halaman 1dari 3

USRAH BADAR TERAKHIR SESI 2022/2023

ADAB TERHADAP IBUBAPA

Assalamuikum wbt ,
( MUQADDIMAH )

Didalam kamus dewan edisi keempat – Adab didefinisikan sebagai tingkah laku
serta tutur kata yg sopan , budi Bahasa yang tinggi , budi pekerti yang halus ,
kesopanan dan juga bertamadun.

Ibubapa pula didefinisikan sebagai orang tua yakni emak dan ayah , sifat
keibubapaan dgn adanya ilmu.

Ibu bapa adalah insan yang sangat istimewa. Islam meletakkan kedudukan ibu
bapa pada satu tempat yang tinggi kerana kewajipan berbakti dan
menghormati mereka adalah besar selepas beriman kepada Allah dan
menyembah-Nya serta tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain.

Dalam al-Quran terdapat dua perkataan yang membawa maksud ibu iaitu
'umm' dan 'walidah'. Perkataan 'umm' menjelaskan peranan ibu yang
mengandung dan melahirkan tanpa melihat sifat seseorang ibu itu sama ada
baik atau buruk. Hal ini merujuk kepada segelintir wanita yang mengandung
dalam keadaan terpaksa dan akhirnya menggugurkan atau membuang bayi
tersebut apabila dilahirkan. Kata 'walidah' digunakan hanya karana adanya
proses melahirkan, baik bagi manusia maupun makhluk lain. Ibu yang digelar
dengan nama 'walidah' inilah menggambarkan tempat menumpahkan segala
pengorbanan tanpa membezakan apakah ia baik atau tidak.
Allah berfirman maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau
tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau
berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau
kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan 'uuh' dan janganlah engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun)." (Surah Al Isra ayat 23)

Mulianya ibu bapa apabila al-Quran memberitakan kepada kita tentang


dalamnya cinta ibu bapa kepada anak-anaknya dan besarnya kasih sayang dan
kelembutannya kepada mereka. Islam adalah sebuah agama yang sangat
menitikberatkan soal berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Bahkan amalan
birr al-walidayn (berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa) merupakan antara
ibadah yang paling besar selepas tauhid kepada Allah SWT.

Ini seperti yang ditunjukkan oleh firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan
bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah
dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu
bapa." (Surah Al-Nisa' ayat 36)

Justeru itu , Terdapat 10 adab kepada ibu bapa :

1. Mentaati perintah dan menjauhi larangan mereka selagi mana tidak


bertentangan dengan syariat islam.
2. Berbuat baik dan memuliakan sahabat dan kenalan ibubapa
3. Memanggil ibu bapa dengan panggilan yang baik, lembut dan hormat
4. Menggunakan Bahasa yang sopan , lemah lembut dan hormat Ketika
berkomunikasi
5. Sentiasa menjaga perasaan ibubapa
6. Menolong melakukan kerja kerja rumah
7. Meminta izin daripada ibu bapa jika ingin keluar ke mana sahaja
8. Menziarahi atau bertanya khabar mereka ketika berjauhan
9. Menjaga makan, minum, pakaian, kebersihan, kesihatan ibu bapa
10. Mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di akhirat

Buat anak-anak, sedarlah kalian hanya mempunyai seorang ibu dan


seorang ayah. Tidak ada yang dapat menggantikan tempat itu apabila
mereka tiada lagi di dunia ini.

Rebutlah peluang berbakti kepada orang tua selagi mana Allah izinkan. Memang mudah menyatakan
sayangnya kita kepada orang tua namun belum tentu kasih sayang itu dibuktikan dengan ikhlas
apabila kedua-dua mereka dalam keadaan uzur dan menunjukkan pelbagai ragam.

Semoga Allah memelihara dan merahmati kedua orang tua kita di


dunia dan juga di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai