Anda di halaman 1dari 12

KERJA KURSUS:

BAHASA MALAYSIA DALAM PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK

TAJUK:
PENULISAN AKADEMIK

Nama : Nurul Noorainna Binti Sarzali

Angka Giliran : DPP 17011019

No Kad Pengenalan : 870816-08-5692

Program : Dip Perguruan Prasekolah

Ambilan : Januari 2017

Nama Pensyarah : Encik Sardi Bin Ahmad

Tarikh Hantar : 18 DISEMBER 2020

1
Isi kandungan

No Isi kandungan Muka surat


1. Isi kandungan 1
2. Penghargaan 2
3. Pendahuluan 3
4. Teori perkembangan bahasa 4-5
5. Perkembangan Bahasa dalam pendidikan awal 6-8
kanak-kanak.
6. Pelaksanaan kurikulum Bahasa Malaysia dalam 9
kanak-kanak 5-6 tahun.
7. Kesimpulan 10
8. Rujukan 11

2
Penghargaan

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya,
maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Penulisan Ilmiah ini dengan jayanya. Insyaallah,
tugasan ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan
pengalaman semasa membuat penulisan ini di masa hadapan.Saya juga ingin mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah saya iaitu
Encik Sardi bin Ahmad kerana tidak memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara –cara
membuat penulisan ilmiah ini mengikut kriteria yang ditetapkan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya yang turut membantu
untuk menyiapkan kerja ini da memberikan kata-kata semangan dan dorongan untuk saya
menyiapkan tugasan ini. Tanpa sokongan beliau mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja
penulisan ilmiah seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan penulisan ini ini memerlukan
motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
rakan-rakan saya iaitu yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai
semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, serta
cadangan.Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah sahaja
dapat membalas budi kalian.

3
Pendahuluan.

Manusia dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device)


untuk membolehkan bahasa dapat dikuasai mereka. Bahasa ialah alat yang digunakan oleh
manusia untuk berhubung dengan manusia yang lain, dengan menggunakan bunyi-bunyi yang
bermakna yang dikeluarkan oleh alat ujaran yang terdapat di dalam tubuh manusia. Bunyi-bunyi
ini tersusun mengikut hukum-hukum bahasa yang ada dalam masyarakat pengguna bahasa
tersebut.

Bahasa dapat melambangkan, bukan sahaja buah fikiran, malah perasaan dan keinginan
manusia itu. Walau bagaimanapun, bagi setiap kanak-kanak yang baharu dilahirkan, mereka
memulakan kehidupannya tanpa bahasa. Proses pemerolehan bahasa dalam kalangan
kanak-kanak akan berlaku sedikit demi sedikit, mengikut perkembangan mental dan
perkembangan fizikal kanak-kanak itu sendiri secara keseluruhan.

Perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mental,


kecerdasan, pengalaman, dan latar belakang sosial yang dilalui mereka. Sehubungan dengan
hal itu, perkembangan bahasa kanak-kanak adalah tidak mungkin dapat dipisahkan daripada
corak kehidupan keluarga kanak-kanak tersebut.

Penggunaan bahan rangsangan yang bersesuaian adalah penting untuk mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa untuk kanak-kanak yang berkesan. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti penguasaan bahasa kanak-kanak prasekolah berdasarkan bahan rangsangan
berbentuk gambar dan soalan-soalan yang terbahagi kepada lima bahagian linguistiks iaitu fonologi,
morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik mengikut aras taksonomi Bloom (1956).

Pihak Kementerian pelajaran juga telah melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan dan
Dasar P endidikan Kebangsaan. Dalam matlamat yang terdapat dalam beberapa sukatan
pelajaran Bahasa Malaysia. Pada umumnya,matlamat pendidikan kebangsaan di sekolah yang
ternyata dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia membolehkan pelajar-pelajar menghargai
dan membanggakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara
serta alat perpaduan rakyat, memahami dan menggunakan sistem bahasa mengikut nilai makna
serta fungsinya dalam kehidupan seharian, dan menggunakan bahasa dengan berkesan dalam
bidang ilmu pengetahuan dan perhubungan harian

4
Teori perkembangan Bahasa

Penelitian yang dilakukan terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak tentunya tidak


terlepas dari pandangan, hipotess atau teori psikologi yang di amalkan. Dalam hal ini sejarah
telah mencatat adanya tiga pandangan atau teori dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.
Dua pandangan yang sering kita dengar dan pelajari adalah yang dikemukakan oleh para pakar
dari Amerika, iaitu pandangan NATIVISME yang berpendapat bahawa penguasaan bahasa pada
kanak-kanak bersifat ilmiah (nature), dan pandangan BEHAVIORISME yang berpendapat
bahawa penguasaan bahasa pada kanak-kanak bersifat “dengan memberi” (nurture). Pandangan
ketiga pula muncul di Eropah iaitu daripada Jean Piaget yang berpendapat bahawa penguasaan
bahasa adalah kemampuan yang berasal dari kematangan kognitif, sehingga pandangannya
disebut KOGNITIVISME.

Teori Dalam Kemahiran Bahasa

Perspektif Behavioris

Skinner (1957) menyatakan ibubapa memainkan peranan yang penting dalam


menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anaknya. Ibubapa atau penjaga
kanak-kanak boleh membantu perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi peneguhan
yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan difahami.

Mengikut perseptif behavioris, setiap gerakbalas atau tingkahlaku yang menggunakan


bahasa diteguhkan. Contohnya: Apabila seorang kanak-kanak berkata, “Saya dahaga, nak
minum”. Ibunya bertindak balas dengan memberi minuman kepada kanak-kanak tersebut. Tindak
balas ibunya hasil daripada perkataan dan bahasa yang digunakan oleh anaknya betul.

Kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibubapanya seringkali memuji dan
meneguhkan percakapannya. Ibubapa boleh memberi tindakbalas dengan melakukan
gerakbalas yang selaras dengan percakapan kanak-kanak, memuji kanak-kanak apabila dapat
menyebut sesuatu dengan betul atau berinteraksi dengan kanak-kanak menggunakan laras
bahasa yang betul.

5
Perspektif Kognitif

Teori sosio kognitif pula menekankan tentang peranan pemodelan. Contoh: kanak-kanak meniru
percakapan orang dewasa. Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa aspek dalam
kemahiran bahasa apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka seterusnya
akan meniru dan akan mengulanginya apabila diteguhkan.

Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya
dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak mempelajari bahasa secara berinteraksi setiap
hari dengan orang-orang di persekitaran. Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan
mereka supaya sesuai dengan kefahaman kanak-kanak. Percakapan seperti bayi dan kanak-
kanak kecil dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi
bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa. Ini memudahkan perkembangan
bahasa berlaku.

Perspektif Nativis

Perspektif Nativis berasaskan kepada teori perkembangan otat yang lebih cenderung
melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi. Teori ini dipelopori oleh
Naom Chomsky yang menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih
kompleks daripada peneguhan kepada gerakbalas yang betul oleh Perspektif Behavioris atau
mempelajari daripada orang dewasa melalui peniruan seperti yang ditegaskan oleh perspektif
Sosio Kognitif. Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah merupakan
proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Ini bermaksud individu dilahirkan
dengan keupayaan berbahasa yang tersendiri yang mana Chomsky melabelkannya sebagai
“Tatabahasa Universal”. Tatabahasa universal ini adalah asas kepada semua bahasa yang ada.
Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu pembelajaran bahasa yang ada pada setiap
individu semenjak dilahirkan.

6
Perkembangan Bahasa dalam Pendidikan awal kanak-kanak.

Pengenalan Perkembangan Bahasa

Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama ada verbal atau non verbal. Bahasa
mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesebuah komuniti dengan peraturan
tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu.

Kepentingan Perkembangan Bahasa

Perkembangan bahasa bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting kerana


bahasa merupakan pemangkin perkembangan kanak-kanak tersebut. Semasa mereka
berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-
idea tentang perkara yang berlaku di persekitaran mereka.

Menurut Berk (2001), bahasa memudahkan proses pengajaran dan ia berkait rapat
dengan kemahiran membaca dan menulis. Manakala Santrock (2007) menyatakan bahawa
bahasa akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak. Selain itu, kemahiran
bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

Perkembangan bahasa akan dibincangkan melalui beberapa peringkat perkembangan


kanak-kanak iaitu:

i. Peringkat pranatal

ii. Peringkat bayi

iii. Peringkat kanak-kanak

iv. Peringkat remaja.

Peringkat pranatal

Pada minggu ke-30 sehingga ke-38, peparunya berkembang baik dan sudah berfungsi. Janin
boleh mendengar bunyi kuat dan memberikan respons dengan menggerakkan kaki dan lengan.

7
Peringkat bayi

Semenjak lahir bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian. Tujuan komunikasi awal ini adalah
untuk menarik perhatian ibubapa, penjaga dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Bunyi dan
isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi berlaku melalui turutan yang tertentu pada tahun
yang pertama:Menangis,‘Cooing’,‘Babbling’ dan membuat isyarat:

Pada usia 8-12 bulan, bayi menunjukkan kefahaman pada perkataan yang disebut. Bayi
selalu mula menyebut perkataan pertama pada usia 10-15 bulan. Sebelum perkataan pertama
disebut, bayi selalunya telah berinteraksi dengan ibubapa, penjaga melalui isyarat dan bunyi-
bunyi mereka yang tersendiri. Perkataan pertama adalah kesinambungan daripada proses ini.
Perkataan pertama bayi adalah perkataan yang penting dan dekat dengan mereka seperti orang-
orang yang terdekat (papa, mama), kenderaan (kereta, car) mainan (bola), makanan (susu),
anggota badan (mata), pakaian (baju) atau ucapan (bye-bye). Kadang-kala satu patah perkataan
mereka boleh membawa pelbagai makna. Contohnya ‘bola’ mungkin membawa maksud “itu bola”
atau “saya nak bola”.Secara purata, bayi memahami lebih kurang 50 perkataan pada usia 13
bulan, tetapi mereka masih tidak dapat menyebutnya sehingga dalam usia 18 bulan. Ini kerana,
bagi bayi perkataan-perkataan yang difahami selalunya melebihi perkataan-perkataan yang
diguna atau yang dapat disebut. Perbendaharaan kata bagi bayi akan meningkat dengan cepat
setelah mereka dapat menyebut perkataan yang pertama.

Dalam usia 18 bulan mereka akan dapat menyebut dalam lingkungan 50 patah perkataan.
Bilangan ini meningkat sehingga 200 patah perkataan pada usia 24 bulan (2 tahun). Peningkatan
perbendaharaan kata yang cepat ini dipanggil “vocabulary spurt”.

Peringkat kanak-kanak

0 – 4 tahun

Kanak-kanak mula menguasai kemahiran-kemahiran asas untuk membaca. Mereka memahami


peraturan dalam membaca iaitu bermula dari kiri ke kanan. Mereka mula mengenali huruf, boleh
menulis dan membaca nama sendiri. Dengan sokongan daripada ibu bapa dan guru pra sekolah,
kanak-kanak ini menguasai kemahiran membaca yang asas.

5 – 7 tahun

Kebanyakan kanak-kanak mula belajar membaca pada peringkat ini. Mereka mula mengenali
suku kata bunyi perkataan dan cara menyebut. Mereka mula membaca perkataan mudah dengan
menggabungkan suku kata.

8
7 – 9 tahun

Kanak-kanak mula semakin fasih dalam membaca. Mereka boleh mengenali perkataan dan
membaca ayat. Walau bagaimanapun, membaca pada peringkat ini masih hanya di peringkat
pembacaan sahaja. Kanak-kanak pada peringkat ini kadang-kadang hanya membaca tetapi tidak
memahami apa yang dibaca.

10 – 13 tahun

Pada peringkat usia ini, kanak-kanak lebih mahir mendapatkan maklumat dan informasi daripada
pembacaan. Mereka mula membaca dengan kefahaman. Tetapi mereka masih belum memahami
pembacaan yang memerlukan analisa atau yang melibatkan perspektif yang berbeza. Kanak-
kanak yang masih belum menguasai kemahiran membaca pada peringkat ini, akan mengalami
kesukaran untuk menguasai kemahiran akademik subjek-subjek yang lain.

14 tahun ke atas

Hampir keseluruhan pelajar merupakan pembaca yang mahir pada peringkat ini. Kefahaman
mereka tentang bahan yang dibaca meningkat, mereka berupaya memahami pembacaan yang
kompleks melibatkan pelbagai perspektif. Ini membolehkan mereka berbincang secara analitikal
tentang kesusasteraan, sejarah, ekonomi dan politik.

Peringkat Remaja

Kemahiran bahasa bagi remaja meningkat dengan penggunaan ayat yang lebih kompleks. Setara
dengan perkembangan kognitif mereka lebih abstrak, mereka sekarang dapat menganalisis
pelbagai bentuk makna perkataan dalam sesuatu ayat. Remaja juga sudah boleh memanipulasi
bahasa kepada bentuk peribahasa, perumpamaan, sajak, puisi dan sebagainya serta memahami
bahasa yang ironik, berbentuk kritikal dan abstrak seperti sajak, puisi, cerpen, laporan dan
sebagainya.Mereka boleh menyusun idea sebelum menulis mengenalpasti antara pendahuluan
idea-idea utama dan penutup. Mereka juga mencipta dialek mereka sendiri menggunakan slanga
dan jargon semasa berinteraksi sesama mereka. Ini juga merupakan salah satu ciri
perkembangan sosial remaja yang ingin mempunyai identiti sendiri dan tergolong dalam
kumpulan yang tertentu.

9
Pelaksanaan kurikulum Bahasa Malaysia dalam kanak-kanak 5-6 tahun

Bahasa Melayu digunakan secara merentas komponen dan dalam interaksi seharian. Oleh itu
penggunaannya perlu dipertingkatkan sebagai alat untuk berfikir, berinteraksi dan menyatakan
fikiran dan perasaan. Selain itu, penguasaan kemahiran Bahasa Melayu membolehkan murid-
murid yang berumur 5 dan 6 tahun berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan bertatasusila.
Penguasaan kemahiran Bahasa Melayu diperolehi melalui pelbagai pengalaman pembelajaran
yang melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti yang menggembirakan seperti bercerita,
berbual, bersoal jawab, menyanyi, berlakon, berpuisi dan permainan bahasa. Aktiviti-aktiviti ini
boleh menambahkan perbendaharaan kata dan seterusnya meningkatkan kemahiran bahasa.
Kurikulum Bahasa Melayu membolehkan murid pra sekolah :

ii. Mendengar dan menyatakan apa yang didengar.

ii. Bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang

bertatasusila.

iii. Membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan

peringkat perkembangan murid.

iv. Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.

Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid. Seseorang
murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan orang lain.
Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadi asas kepada pembelajaran
sepanjang hayat. Komponen bahasa dan komunikasi merangkumi bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan, bahasa Cina sebagai bahasapengantar di sekolah Cina, bahasa Tamil
sebagai Bahasa pengantar di sekolah Tamil dan bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua. Prinsip
utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empatkemahiran bahasa iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari. Kemahiran mendengar
membolehkan kanak-kanak membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar
manakala kemahiran bertutur membolehkan murid menyebut bunyi dan perkataan dengan betul
serta dapat menyatakan pemikiran dan perasaan secara berkesan dan bertatasusila.

10
Kesimpulan

Perkembangan bahasa yang baik bukan setakat untuk berkomunikasi sahaja, malah
merupakan asas kepada kemahiran membaca dan menulis juga. Sebagai ibubapa, peranan kita
adalah untuk menjadi teladan yang baik serta memupuk kemahiran bahasa agar kanak – kanak
membesar dengan kemahiran komunikasi, membaca dan menulis yang cemerlang.

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, guru perlu
merancang pengajaran harian dengan mengenal pasti objektif, bahan-bahan aktiviti,
pelaksanaan dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Guru digalak melakukan permainan
seperti permainan air, permainan pasir, permainan pondok-pondok dan permainan tradisional
yang melibatkan kanak-kanak secara aktif,berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan
sebaya.Selain dapat membantu kanak-kanak belajar membaca dalam keadaan yang
menyeronokkan, penggunaan aktiviti permainan dalam pendekatan pengajaran dan
pembelajaran membaca dikatakan dapat meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak.

11
Rujukan
1. https://www.researchgate.net
2. https:www.academia.edu>PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK.
3. www.myhealyh.gov.my

12

Anda mungkin juga menyukai