Anda di halaman 1dari 46

PEMARKAHAN

1. TUGASAN
KUMPULAN

2. TUGASAN
KUMPULAN
KECIL

3. KUIZ

JUMLAH

KRM 3043: ASAS PENGURUSAN DATA

TUGASAN 1

KUMPULAN : MATEMATIK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIKS NO I/C


ZUMARIAH AHMAD PPG/MT/01/00648/2012/2/KIC 720224025844

PENSYARAH : PN NOOR KHALIZA MOHD KHAIRUDDIN

TARIKH SERAHAN :23 NOV 2013


Soalan Tugasan

Anda dikehendaki membincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh
murid-murid di sekolah rendah semasa mempelajari salah satu tajuk dalam Pengurusan Data.

Tugasan anda mestilah mengandungi pengenalan kepada kesukaran dan miskonsepsi serta
faktor-faktor yang mempengaruhi punca-punca kesukaran dan miskonsepsi yang di hadapi
oleh murid-murid sekolah rendah dalam pelajaran tajuk berkenaan.

Berikan dua contoh yang sesuai bagi setiap miskonsepsi dalam tajuk yang dipilih. Cadangkan
langkah-langkah yang sesuai untuk membantu murid berkenaan untuk mengatasi kesukaran
dan miskonsepsi dalam tajuk tersebut.

Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki memberi komen terhadap kesukaran dan
miskonsepsi berdasarkan pengalaman anda semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
KESUKARAN DAN MISKONSEPSI MURID DALAM PENGURUSAN DATA-
PIKTOGRAF

1.0 PENGENALAN

Fenomena kesukaran dan miskonsepsi dalam mata pelajaran matematik terutamanya


dalam Pengurusan Data seperti tajuk Piktograf merupakan suatu masalah yang seringkali
dihadapi oleh murid-murid di sekolah rendah. Permasalahan ini sering menjadi isu yang
sentiasa menjadi topik perbincangan antara pelbagai pihak termasuklah guru dan ibubapa.
Menurut Sten, matematik merupakan sains corak dan ia juga bahasa yang memperihalkan
corak. Manakala menurut Delvin pula, matematik ialah sains tertib, corak, struktur dan
hubungan-hubungan logik. Oleh itu, matematik secara khususnya dapat didefinisikan sebagai
pembelajaran atau kajian mengenai struktur corak, perubahan dalam ruang atau kajian
mengenai dan gambar rajah.

Namun begitu, wujud pelbagai kesukaran yang dialami oleh murid-murid dalam
pembelajaran Matematik . Kecuaian serta miskonsepsi merupakan antara faktor yang
dikenalpasti menjadi penyebab kepada kesukaran dalam pembelajaran Matematik. Kesukaran
yang berpunca daripada kecuaian, tidak sukar untuk dikesan oleh guru berbanding kesukaran
yang berpunca daripada miskonsepsi yang agak mencabar dan lebih sukar diatasi. Kebolehan
dan pengalaman sedia ada murid adalah pelbagai, jadi guru haruslah menggunakan
pendekatan dan kaedah yang sesuai dengan aras pemikiran murid supaya mereka boleh
menguasai ilmu matematik dan dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Dari masa ke semasa, matematik terus diberi tumpuan oleh pelbagai lapisan
masyarakat. Hal ini disebabkan matematik menjadi satu alat yang cukup penting dalam
menyelesaikan masalah termasuklah di bidang perubatan, kejuruteraan, sains dan sains sosial.
Di sebabkan kepentingan-kepentingan tersebut, ilmu matematik mula diserapkan ke dalam
silibus pengajian bermula daripada peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat
pengajian tinggi. Memandangkan matematik juga merupakan ilmu asas bagi kebanyakan
bidang, terutama di bidang sains dan teknologi, maka setiap murid samada di peringkat
rendah mahupun menengah diberi penerangan yang jelas dan jitu betapa pentingnya
penguasaan ilmu matematik agar mereka mampu menguasai bidang matematik dengan sebaik
mungkin.
2.0 DEFINISI KESUKARAN DAN MISKONSEPSI

Perkataan Miskonsepsi dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris iaitu


misconception. Menurut Webster’s Third New International Dictionary(1996), conception
bermaksud kemampuan, fungsi atau proses pembentukan idea, abstrak atau berkenaan
pemahaman maksud simbol yang mewakili idea atau abstraks. Mis pula bermaksud tidak atau
salah. Gabungan pengertian kedua-dua suku kata inilah yang membentuk idea, abstrak atau
pemahaman yang salah. Dengan kata lain, miskonsepsi didefinisikan sebagai kekaburan dan
tidak kesempurnaan atau salah kefahaman tentang sesuatu. Miskonsepsi ini menjadi masalah
yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi
penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan
dengan konsep yang mereka salah ertikan.

Menurut Short & Spanos 1989, matematik adalah mata pelajaran abstrak yang
melibatkan penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah kerja, algoritma dan teorem-
teorem yang kerap digunakan. Walaupun bahasa matematik adalah ringkas, namun ia
mempunyai nilai dan maksud yang khusus dan penting bagi setiap individu untuk
mempelajari matematik. Secara umumnya, setiap pelajar mempunyai latar belakang yang
berbeza samada dari segi pergaulan atau kekeluargaan. Guru pula berdepan dengan pelajar
yang mempunyai pengalaman tersendiri yang dipengaruhi oleh persekitaran mereka yang
berkemungkinan bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh guru semasa sesi
pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan, maka ia akan
membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan.

Guru memainkan peranan penting dalam membantu menangani masalah miskonsepsi


yang dialami oleh murid-murid sebelum keadaan menjadi lebih parah sejajar dengan falsafah
pendidikan iaitu pendidikan adalah bersifat berterusan. Dikhuatiri miskonsepsi yang berlaku
akan berterusan dan menjejaskan penguasaan ilmu matematik murid. Biarpun pelbagai usaha
telah dilakukan, namun penguasaan murid-murid dalam matapelajaran matematik masih
ditahap yang merunsingkan bagi sesetengah pihak. Ini adalah kerana didapati masih terdapat
ramai murid-murid terutama di sekolah rendah yang bermasalah untuk menguasai matematik
terutama bagi tajuk pengurusan data iaitu piktograf. Kesukaran dan miskonsepsi yang berlaku
mungkin disebabkan oleh salah faham murid-murid terhadap tajuk berkenaan. Selain itu,
mereka juga sentiasa keliru dengan soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka gagal untuk menguasai topik tersebut.

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MISKONSEPSI

Dalam pembelajaran matematik, kesilapan yang berlaku pasti ditunjangi oleh


beberapa sebab. Mungkin disebabkan oleh kesalahfahaman mengenai sesuatu konsep dalam
matematik, atau kurangnya konsentrasi ketika belajar, atau mungkin juga disebabkan
kegagalan untuk melihat butiran-butiran penting dalam sesuatu situasi. Secara umumnya,
kebanyakkan kanak-kanak seringkali melakukan kesilapan dalam matematik disebabkan
masalah miskonsepsi. Selagi guru-guru tidak peka terhadap masalah miskonsepsi yang
dihadapi oleh murid-murid, maka kefahaman mereka terhadap konsep matematik adalah
salah sehinggalah konsep tersebut diperbetulkan. Sebagai seorang guru, adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk membantu murid-murid menangani masalah miskonsepsi dalam
matematik demi untuk kebaikan bersama. Antara faktor - faktor yang mempengaruhi
miskonsepsi matematik murid-murid sekolah rendah terutama dalam tajuk Piktograf ialah:

3.1 Minat

Minat terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik sedikit sebanyak telah


menyumbang kepada kesukaran dan miskonsepsi terhadap matematik terutama topik
piktograf. Sekiranya mereka tidak berminat, sudah pasti mereka tidak akan memberikan
tumpuan semasa belajar, sekaligus menyukarkan mereka untuk memahami topik yang diajar.
Masalah ini akan menjadi lebih serius jika guru tidak memainkan peranan untuk menarik
minat murid-murid untuk terus belajar dengan suasana yang gembira tetapi pada masa yang
sama menumpukan perhatian dengan apa yang diajar oleh guru.

3.2 Konsentrasi

Terdapat di kalangan murid-murid yang kurang konsentrasi atau memberi tumpuan


ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Situasi ini berlaku mungkin disebabkan
pengajaran oleh guru membosankan atau kurang menarik. Apabila murid-murid hilang daya
tumpuan atau konsentrasi, pasti akan berlaku miskonsepsi dalam pembelajaran matematik
terutama topik piktogaf.

3.3 Kefahaman
Masih terdapat murid yang tidak dapat berkomunikasi dengan guru sekiranya mereka
tidak faham atau masih kabur tentang sesuatu konsep matematik terutamanya dalam topik
piktograf. Ini akan memberikan kesan negatif sekaligus boleh menyebabkan berlakunya
miskonsepsi dalam matematik. Kadar kefahaman yang rendah di kalangan murid-murid
tentang konsep matematik boleh menyebabkan mereka sukar untuk menguasai kemahiran
dalam matematik.

3.4 Cuai

Ketika menjawab soalan, seringkali berlaku kecuaian di kalangan murid-murid. Ini


adalah disebabkan mereka ingin menyiapkan latihan tersebut dalam masa yang singkat,
membuat latihan sambil berbual dengan rakan atau sebagainya. Sekiranya masalah ini tidak
diatasi dengan sebaik mungkin, berkemungkinan murid-murid akan berhadapan dengan
masalah miskonsepsi yang lebih parah lagi.

3.5 Kurang daya pendengaran/penglihatan

Selain itu, faktor yang mendorong berlakunya miskonsepsi dalam matematik juga
adalah disebabkan oleh kurang daya pendengaran atau penglihatan yang kabur di kalangan
murid-murid. Apabila kurangnya daya pendengaran atau penglihatan menyebabkan mereka
sukar untuk memahami konsep matematik dengan lebih jelas dan tepat.Masalah ini semakin
mendalam sekiranya murid-murid mengambil sikap berdiam diri dan tidak menjelaskan
masalah mereka kepada guru, menyebabkan guru tidak dapat mengesan punca kesilapan
mereka.

3.6 Emosi negatif terhadap matematik samaada dari segi fisiologi mahupun
psikologi

Masih terdapat di kalangan murid-murid yang beranggapan bahawa pembelajaran


matematik adalah susah, malahan mereka tidak mencuba untuk menguasinya. Apabila minda
mereka telah dikuasai oleh tanggapan sebegini, maka proses pengajaran dan pembelajaran
akan terganggu. Kadar berlakunya miskonsepsi dalam matematik juga adalah tinggi. Selain
itu, terdapat juga murid-murid yang menghadapi masalah kesihatan seperti demam atau jatuh
sakit ketika menjelang peperiksaan terutamanya pelajaran matematik disebabkan emosi
negatif mereka.
4.0 CONTOH MISKONSEPSI

4.1 Miskonsepsi amaun yang tidak menentu. ( contoh 1)

MINGGU JUMLAH MOTOSIKAL


Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Piktograf 1

Mewakili 5 buah

Piktograf 1 menunjukkan bilangan motosikal yang dapat dijual dalam masa 4 minggu.
Berapakah bilangan pungutan terendah dan bilangan pungutan tertinggi sekali. Cari
perbezaan pungutan tersebut sekiranya harga sebuah motosikal ialah RM 1500.00?

4.1.1 Miskonsepsi yang berlaku

Miskonsepsi bagi topik pengendalian data yang telah telah dilakukan ialah murid saya tidak
dapat memindahkan maklumat daripada piktograf kepada nombor. Saya telah mengenalpasti
punca berlakunya situasi ini. Murid saya tidak menumpukan perhatian kepada petunjuk yang
diberi di bawah piktograf iaitu petunjuk gambar yang menunjukkan sebuah motosikal
mewakili lima buah motosikal. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat memindahkan
maklumat dengan betul kerana mereka mengabaikan petunjuk tersebut. Mereka tidak pandai
membaca piktograf yang diberi. Malahan terdapat juga murid-murid saya menganggap
bahawa sebuah motosikal mewakili hanya sebuah motosikal sahaja.
4.2 Tidak memahami konsep gundalan( contoh 2)

Jadual 1 menunjukkan jenis kereta di sebuah tempat letak kereta.

Warna Gundalan Jumlah Kereta


Persona ǀǀǀǀ ǀǀǀǀ ǀǀ 2
Proton Wira ǀǀǀǀ ǀǀǀǀ 0
Proton Waja ǀǀǀǀ ǀǀǀǀ ǀǀǀǀ ǀ 1
Proton Inspira ǀǀǀǀ ǀǀǀ 3
Jadual 1

Soalan

a. Nyatakan bilangan kereta Proton Waja di tempat letak kereta.

b. Kereta apakah yang mempunyai bilangan yang paling banyak?

4.2.1 Miskonsepsi yang berlaku

Miskonsepsi yang berlaku apabila murid-murid melihat jadual ini ialah mereka tidak
memahami konsep Gundalan dan tidak tahu nilai bagi gundalan (Tally) itu sebenarnya
mewakili berapakah bilangannya. Oleh sebab itu, pada ruangan jumlah bilangan kereta,
murid menulis jawapan berdasarkan kepada garisan yang tidak dipotong kerana mereka
menyangkakan bahawa garisan yang dipotong merupakan bilangan yang tidak perlu dikira.

4.3 Miskonsepsi Dalam Pengurusan Data-Carta Pai ( contoh 3)

Ketika membina carta pai berdasarkan data yang telah diberikan, terdapat sebilangan
murid-murid yang masih tidak dapat membuat carta pai yang terdiri daripada beberapa
sektor. Contoh yang diberi, murid-murid diminta untuk membuat satu carta pai berdasarkan
kepada data yang diberi.

Warna yang disukai pelajar perempuan Bil.murid


Biru 15
Ungu 5
Merah 10
Hijau 20
Berdasarkan kepada data diberi, didapati bilangan pelajar perempuan yang menyukai
3 1
warna biru sebanyak , bilangan pelajar perempuan yang suka warna ungu ialah ,
10 10
1
bilangan pelajar perempuan yang menyukai warna merah sebanyak dan bilangan pelajar
5
2
perempuan yang sukakan warna hijau pula ialah .
5

4.3.1 Miskonsepsi yang berlaku

Kesukaran dan miskonsepsi yang berlaku ialah apabila murid-murid tidak dapat
membuat agihan tentang jumlah sektor dalam carta pai kerana mereka tidak dapat mencari
persamaan antara penyebut 5 dan 10. Ini disebabkan mereka tidak menukarkan penyebut 5
kepada 10 dengan cara mendarabkan 5 dengan 2.

4.3.2 Penyelesaiannya

Untuk menyelesaikan masalah di atas, pembelajaran masteri boleh digunakan ketika


proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan tajuk dalam unit pecahan iaitu
1 1
menukarkan penyebut. Contohnya, dengan mempunyai penyebut yang berbeza tetapi
5 10
murid-murid boleh mendarab penyebut 5 dengan 2 untuk mendapatkan penyebut 10,
manakala pengangka 1 turut didarabkan dengan 2 menjadi 2. Akhir sekali, penyebut adalah
2 1
10 menjadikan jawapan bagi penyelesaian di atas ialah dengan untuk membeolehkan
10 10
murid-murid membuat pengagihan sektor dalam carta pai dengan tepat.

4.4 Keliru jumlah bilangan dengan peratus (contoh 4)

Semasa mentaksir data daripada carta pai, sebilangan daripada murid-murid keliru
akan jumlah bilangan dengan peratus yang diwakili oleh warna yang digemari oleh pelajar
perempuan. Ketika diminta untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan jumlah bilangan,
sebahagian pelajar mengambil terus nombor peratus daripada carta pai tanpa membuat
pengiraan terlebih dahulu.
warna kegemaran
Contoh pelajar perempuan
1st Qtr
5 2nd Qtr
15
20 3rd Qtr
10
4th Qtr

Berdasarkan carta pai di atas, di dapati jumlah bilangan murid yang menyertai selidik
ialah 50 orang. Sekiranya ditanya peratus murid yang menggemari warna merah,
berkemungkinan murid-murid memberikan jawapan 10 %. Ini disebabkan mereka terus
memberikan jawapan berdasarkan kepada nombor yang tertera di carta pai tersebut, tanpa
membuat pertimbangan bahawa 10 sebenarnya mewakili 10 orang murid sedangkan
10
sepatutnya murid mengira x 100, untuk mendapatkan jawapan %.
50

4.4.1 Penyelesaian

Untuk menyelesaikan masalah ini, murid-murid perlu diajar agar mereka lebih
memahami konsep dalam tajuk bagi pendaraban dalam unit peratus. Sebelum itu, guru
perlulah menerangkan dengan sebaik mungkin cara-cara untuk untuk mendapatkan jawapan
peratus.

5.0 LANGKAH MENGATASI KESUKARAN DAN MISKONSEPSI

Sebagai seorang guru, membantu murid-murid menangani masalah miskonsepsi


dalam matematik merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap
individu itu. Kegagalan murid-murid dalam menyelesaikan masalah matematik mungkin
disebabkan oleh masalah miskonsepsi, oleh itu pelbagai langkah yang boleh diambil oleh
guru dalam mengatasi kesukaran dan miskonsepsi dalam matematik. Antara langkah untuk
mengatasi masalah miskonsepi ini, guru perlulah memberi penerangan dengan lebih jelas
maksud piktograf serta fungsi dan cara untuk membaca piktograf. Kekeliruan berkaitan
dengan miskonsepsi dalam piktograf seperti contoh di atas dapat diatasi dengan cara seperti
dinyatakan di bawah
 Guru perlulah memberikan pelbagai contoh agar murid lebih memahami konsep
matematik terutamanya piktograf.
 Menunjukkan contoh-contoh yang lebih konkrit dan jelas untuk memudahkan murid
memahaminya.
 Guru perlu memastikan atau mengingatkan murid-murid agar melihat pada petunjuk
yang dinyatakan apabila menjawab soalan jenis piktograf.
 Guru perlu menjelaskan dengan lebih terperinci serta memberi penekanan bahawa
sebuah gambar motosikal itu tidak semestinya mewakili hanya sebuah motosikal
sahaja.

Menurut Nor Asmah(2000), pendekatan yang sesuai perlu dicari dan digunakan.
Refleksi ke atas pendekatan perlu dibuat dan perlu diulangi kitaran sehingga membuahkan
kejayaan. Persekitaran pembelajaran yang banyak membantu serta menggalakkan penaakulan
matematik seterusnya mampu meningkatkan kecenderungan murid-murid terhadap
matematik perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh guru-guru agar dapat menjana minda
pelajar ke arah yang positif. Antara kaedah pengajaran yang mampu membantu murid –murid
mengatasi masalah miskonsepsi mereka ialah dengan menggalakkan mereka berkongsi dan
berbincang kerana ini mampu memperkembangkan interpretasi konsep matematik mereka.
Prinsip-prinsip pengajaran ini ialah:

5.1 Kefahaman Konsep Dalam Matematik

Konsep Matematik merupakan idea yang diabstrakkan daripada contoh-contoh


konkrit. Mengajar konsep adalah kompleks kerana murid datang ke sekolah dengan pelbagai
pengalaman dan kebolehan tersendiri. Konsep berkembang dari berbagai pengalaman
Matematik yang konkrit kepada yang abstrak. Kemampuan murid-murid untuk mempelajari
konsep-konsep matematik adalah berbeza. Sebahagian kanak-kanak lambat memahami
konsep matematik, ada yang cepat malahan terdapat juga kanak-kanak yang tidak dapat
menerima atau memahami konsep yang disampaikan oleh guru secara lengkap dan tepat.
Dalam menangani permasalahan ini, guru sewajarnya melihat sejauh mana konsep matematik
kanak-kanak ini tidak lengkap dan memikirkan cara terbaik untuk mengatasi dan
membantunya agar mereka lebih memahami konsep tersebut.

Penekanan kepada pemahaman konsep dalam pengajaran dan pembelajaran


matematik telah disarankan oleh pelbagai pihak. Secara ringkas, ujian bertulis dan temubual
klinikal adalah diperlukan untuk mengenalpasti samada seseorang itu benar-benar memahami
apa yang dipelajari. Ahli faham binaan mengesyorkan supaya temuduga klinikal digunakan
untuk mencungkil pengetahuan yang dibina oleh seseorang guru atau murid-murid( Rees &
Barr, 1984; Ginsburg, et.al., 1993; Johansson, 1993; Nik Azis, 1996; Mohd Nor, 1995).
Murid-murid seharusnya boleh menerangkan ‘bagaimana’ dan ‘kenapa’ sesuatu jalan
pengiraan itu dilakukan.

5.2 Komunikasi Dalam Matematik

Peranan komunikasi dalam Matematik melibatkan perwakilan konsep, maklumat dan


perkaitan seperti simbol, rumus, nombor, gambar rajah, bentuk dan graf ke dunia sebenar
dalam kehidupan seharian. Komunikasi tentang idea Matematikdapa t membantu murid
menjelaskan dan memperkukuhkan pemahaman Matematik. Perkongsian pemahaman
Matematik secara penulisan dan lisan dengan rakan sekelas, guru dan ibu bapa secara tidak
langsung dapat membantu murid meningkatkan keyakinan diri dan memudahkan guru
memantau perkembangan kemahiran Matematik mereka.

Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam matematik adalah keupayaan
untuk memberi penerangan secara efektif, memahami dan mengaplikasikan notasi Matematik
dengan betul. Murid perlu menggunakan laras bahasa dan simbol matematik dengan betul
bagi memastikan sesuatu idea matematik dapat dijelaskan dengan tepat. Komunikasi secara
matematik juga melibatkan pelbagai penggunaan media seperti carta, graf, manipulatif,
kalkulator dan sebagainya. Murid perlu diberi peluang untuk berkomunikasi secara aktif
dalam pelbagai suasana, contohnya berkomunikasi semasa melakukan aktiviti secara
berpasangan, berkumpulan atau memberi penerangan kepada seluruh kelas.

Kepentingan berkomunikasi secara Matematik dapat membantu guru merancang


aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Selain itu, ia adapat membantu
guru menilai tahap kefahaman dan kelemahan murid sekaligus membantu murid memproses
maklumat dan pengetahuan yang diperolehi dengan lebih bermakna.

5.3 Pembelajaran Dan pengajaran Yang Berkesan


Menurut Eh Ah Meng (1993), mengatakan bahawa pembelajaran adalah satu proses
mempertoleh pengatahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Pembelajaran dan
pengajaran yang berkesan perlu kepada rancangan pengajaran tahunan dan harian yang
dibahagikan dengan bijak. Di samping itu, perwatakan dan ketrampilan guru turut
memainkan peranan yang penting.Guru perlu merancang pengurusan bilik darjah yang
kondusif dan mesra pengguna di samping perlu sentiasa bermotivasi dengan murid-murid.
Memulakan pembelajaran dan pengajaran dengan set induksi yang menarik serta penggunaan
bahan bantu mengajar boleh menarik minat dan tumpuan murid-murid terus belajar.

5.4 Sebelum mengajar, uji nilai kerangka konsep murid yang sedia ada.

Kebiasaannya, guru menggunakan kaedah ujian untuk menilai pencapaian murid-


murid. Kaedah ini perlu diubah untuk menilai intepretasi intuitif dan kaedah murid sebelum
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Masa yang diambil tidaklah berpanjangan,
hanya dengan mengemukakan beberapa soalan yang kritis. Guru akan berbincang untuk
mendapatkan jawapan serta pandangan murid.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penerangan yang telah dihuraikan, pada hakikatnya guru-guru mampu
untuk mengurangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh murid-murid
sekolah rendah terutama ketika mereka mempelajari tajuk pengurusan data iaitu piktograf.
Sebagai seorang guru, tugas utama adalah untuk membantu dan membimbing murid-murid
yang mengalami pelbagai masalah pembelajaran, sekaligus menanam minat agar mereka
dapat belajar matematik dalam suasana yang menyeronokkan. Menurut Ginsburg(1977),
miskonsepsi lahir dari apa yang telah diajarkan. Walaupun pelajaran yang diturunkanoleh
mereka tersebut tidak logik dan salah, tetapi dari segi perspektif kanak-kanak, ia sangat
sesuai dan benar. Matematik merupakan mata pelajaran yang ‘kumulatif’ ataupun bertambah-
tambah, maka kita mempelajari sesuatu yang lalu dengan berpandukan pembelajaran masa
lalu.

Bagi sesetengah pembelajaran yang terdahulu sepertimana yang digariskan dalam


kurikulum, miskonsepsi adalah betul. Kebanyakkan punca miskonsepsi adalah kerana
generalisasi melampau “overgeneralization”dalam pengetahuan sedia ada yang hanya tepat
untuk pembelajaran awal. Skema yang telahpun terbina dalam minda kanak-kanak sukar
untuk diubah.

7.0 Rujukan

Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mazlini Adnan, Marzita Puteh dan Sazelli Ab. Ghani:
Modul Asas Pengurusan Data (2012); UPSI, Tanjong Malim, Perak.

Effandi Zakaria, Nor Azah Mohd Nordin dan Sabri Ahmad, Trend Pengajaran dan
Pembelajaran : Utusan Publications.

http://www.academia.edu/2460395/ Pengajaran Pengurusan Data Dalam Matematik


Sekolah Rendah 2.
TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU
KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN

DAN

REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
1. ZUMARIAH BT AHMAD
NO.KP : 720224-02-5844
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00648/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN : KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA


KUMPULAN : MATEMATIK
PENSYARAH : PUAN NOOR KHALIZA MOHD KHAIRUDIN
TARIKH SERAH : 16 NOVEMBER 2013
Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan pengalaman anda semasa
proses pengajaran dan pembelajaran

Ketika prose pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan di dalam kelas 5
Dahlia, saya dapati masih terdapat beberapa orang murid saya yang menghadapi kesukaran
dan miskonsepsi dalam tajuk pengurusan data. Pada pandangan saya, topik pengurusan data
sebenarnya merupakan topik yang agak mudah, namun begitu tidak kepada murid-murid
saya. Mereka menyatakan tajuk ini agak sukar untuk difahami. Kesukaran untuk mempelajari
tajuk ini berkemungkinan disebabkan oleh masalah miskonsepsi yang wujud sekaligus
membatasi tahap kefahaman mereka. Lantaran itu, sebagai seorang guru, tugas dan
tanggungjawab saya ialah mencari sebab serta cara untuk mengatasi masalah ini.

Terdapat beberapa miskonsepsi yang berlaku dalam tajuk ini iaitu:

i. Kekeliruan berkaitan dengan wakil piktograf


Kebanyakkan murid-murid selalu keliru ketika mereka menjawab soalan berkaitan dengan
bilangan yang diwakili oleh sesuatu gambar disebabkan oleh kecuaian seperti contoh di
bawah:
Bilangan Murid Tahun 5 SK Bukit Sentosa

5 Anggerik
5 Bakawali
5 Cempaka
5 Dahlia

= Mewakili 10 orang murid

Murid-murid kelas saya dikehendaki mencari bilangan murid-murid bagi kelas 5 Anggerik.
Jawapan yang saya perolehi ialah kebanyakkan murid-murid menjawab 4 orang . Ini adalah
kerana kereka menyangkakan bilangan seorang murid sepertimana dalam gambar mewakili
hanya seorang, sedangkan hakikat sebenarnya adalah 40 orang. Sepatutnya murid-murid
melihat maklumat yang diberikan iaitu satu gambar mewakili 10 orang.
ii. Kesukaran mencari kekerapan berdasarkan data yang diberi.

Huruf yang digemari oleh murid

D G H K H G
G D H G A A
H G D D K G
H G A G G D

Melihat kepada data di atas, masih terdapat sebilangan murid saya yang menghadapi masalah
kesukaran dan miskonsepsi dan keliru dengan kekerapan bagi setiap huruf . Mereka
menghadapi masalah kerana kesilapan dan kecuaian ketika mengira hurf-huruf seperti ketika
diminta mengira huruf G, terdapat murid yang menjawab 3, ada yang menjawab 4 manakala
terdapat juga yang menjawab 7. Jawapan yang diberikan adalah berbeza kerana kesilapan
mereka untuk mengira bilangan huruf. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah membimbing
murid-murid saya menggunakan kaedah gundalan untuk merekod kekerapan.Saya
mengingatkan murid bahawa mencatat gundalan tersebut mengikut supaya mendapat jawapan
yang lebih tepat.

Huruf Gundalan Kekerapan


A ǀǀǀ 3
D ǀǀǀǀ 5
G ǀǀǀǀ ǀǀǀǀ 9
H ǀǀǀǀ 4
K ǀǀ 2
Jadual 1

iii. Kesukaran dalam membina graf palang.


Meskipun murid-murid saya telah memahami kaedah gundalan , namun mereka masih kurang
faham atau masih menghadapi masalah kesukaran dan miskonsepsi untuk melukis graf
palang. Mereka masih keliru kerana tidak tahu makalumat yang manakah perlu diletakkan
pada paksi menegak dan yang mana pula harus diletakkan pada aksi melintang. Cara untuk
menentukan perbezaan angka pada setiap petak juga mendatangkan masalah kepada mereka,
kerana nombor yang terdapat adalah gabungan antara nombor genap dan ganjil.
Sebagai kesimpulannya, tajuk pengurusan pangkalan data ini merupakan tajuk yang
agak sukar untuk difahami, namun ianya penting kerana sentiasa digunakan dalam pelbagai
urusan dalam kehidupan seharian yang melibatkan penggunaan graf, data dan carta.
Memandangkan ianya begitu penting, maka sebagai seorang guru, tanggungjawab yang
dipikul di bahu kita merupakan satu amanah yang harus dilaksanakan sebaik mungkin. Tugas
kita adalah mendidik membantu sebaik mungkin murid-murid kita agar mereka dapat
menguasai ilmu pengurusan data agar mereka tertipu oleh pewakilan data yang banyak
mengelirukan mereka. Miskonsepsi yang berlaku harus diatasi dengan memberikan cara
penyelesaian yang terbaik serta memberikan kaedah serta konsep yang dapat membantu
mereka mengatasi masalah ini.
Selain itu, kecuaian serta kurang memberi tumpuan semasa guru mengajar juga
menyumbang kepada masalah kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran matematik.
Oleh sebab itu, guru berperanan untuk meningkatkan kemahiran mengajar agar pengajaran
dan pembelajaran tidak membosankan murid. Dari segi kecuaian murid pula,guru perlu
sentiasa mengingatkan murid-murid agar sentisa teliti ketika menjawab soalan .
REFLEKSI INDIVIDU
ZUMARIAH AHMAD- PPG/MT/00648/2012/KIC

Alhamdulillah, bersyukur kerana akhirnya siap juga tugasan yang diberikan


merskipun pelbagai halangan, namun semuanya dapat diatasi hasli usaha dan kerjasama
semua ahli kumpulan.

Pada awal perbincangan, kami membuat kajian dan pemantauan di sekolah masing-
masing untuk mencari kesukaran serta miskonsepsi yang dihadapi oleh murid-murid saya
terutama dalam pembelajaran matematik. Selepas itu, saya mengadakan perbincangan dengan
ahli kumpulan yang lain untuk melihat hasil kajian dan pemantauan kami semua. Saya
mendapati rupanya terdapat beberapa persamaan dan perbezaan kesukaran dan miskonsepsi
murid-murid dalam pembelajaran matematik antara murid di sekolah saya dengan murid di
sekolah rakan sekumpulan saya yang lain. Kami saling berhubung antara satu sama lain
meskipun masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri. Topik dalam setiap kali pertemuan
kami ialah berkaitan dengan miskonsep yang dihadapi murid-murid, faktor-faktor penyebab
berlakunya miskonsepsi serta langkah-langkah yang dapat dijalankan untuk mengatasim
masalah miskonsepsi ini.

Melalui tugasan yang diberikan ini juga banyak membantu saya untuk mengatasi
masalah kesukaran dan miskonsepsi yang dihadapi oleh murid-murid saya. Sesungguhnya
saya berasa sungguh gembira apabila langkah-langkah untuk mengatasi masalah kesukaran
dan miskonsepsi itu saya aplikasikan semasa saya mengajar sekaligus telah membantu murid-
murid di kelas saya untuk belajar dalam suasana yang lebih menyeronokkan kerana mereka
mudah faham akan apa yang saya ajar.Sebagai seorang guru, tanggungjawab dan amanah
yang diberikan akan saya jalankan dengan sebaik mungkin demi untuk melihat murid-murid
saya mencapai kejayaan yang cemerlang bukan sahaj dalam pembelajaran matematik,
malahan apa jua mata pelajaran yang lain.

Ketika proses pengajaran dan pembelajaran juga, saya telah mempelbagaikan kaedah
pembelajaran supaya murid-murid saya dapat memahami apa yang diajar sekaligus dapat
menggunakannya ketika menjalankan urusan seharian. Jika murid saya masih tidak
memahami akan konsep yang diajar, saya akan menggunakan bahan konkrit bagi membantu
mereka memahami konsep dengan lebih mudah serta dapat mengelakkan miskonsepsi yang
berlaku.
TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU
KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN

DAN

REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
2. YUSMAL ZURAIDI MAT YUSOFF
NO.KP : 820916035523
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00645/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN : KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA


KUMPULAN : MATEMATIK
PENSYARAH : PN NOOR KHALIZA MOHD KHAIRUDDIN
TARIKH SERAH : 16 NOVEMBER 2013
Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan pengalaman anda semasa
proses pengajaran dan pembelajaran

Di peringkat sekolah rendah, pengajaran matematik lebih menekankan kepada


penguasaan perwakailan data. Antara perwakilan data yang diberi penekanan ialah seperti
carta palang, carta bar, piktograf, carta pai dan juga purata. Penekanan kepada menganalisis
dan menginterperasikan data bukan sahaja menambahkan ilmu pengetahuan kepada murid-
murid malahan dapat membantu mereka dalam urusan seharian. Murid juga memperolehi
pengalaman bermakna ketika mempelajari konsep ini. Melalui pengalaman ini, secara tidak
langsung membantu murid-murid memahami konsep dan mereka mengaplikasikannya dalam
kehidupan mereka sendiri.

Ketika di sekolah rendah , murid-murid tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6


mempelajari pengurusan data melalui tajuk perwakilan data. Berdasarkan kepada tajuk
tersebut, murid-murid hanya perlu membaca dan menginterpretasi data dari piktograf dan
graf bar. Penting kepada murid-murid untuk memahami dan menguasai topik perwakilan
data. Kesukaran dan miskonsepsi murid-murid dalam pembelajaran matematik tidak terhad
kepada satu faktor sahaja. Antaranya miskonsepsi dalam membaca data dari piktograf,
kecuaian murid itu sendiri dalam meneliti nilai yang diwakilkan oleh simbol.

Dalam piktograf, data yang diwakilkan adalah melalui simbol ataupun gambar. Murid
perlu melihat maklumat yang diberi untuk mengetahui nilai bagi gambar yang diwakilkan itu.
Ketika ini, murid perlu melihat dengan teliti nilai tersebut sama ada simbol tersebut di lukis
simbol penuh, separuh atau suku kerana nilainya adalah berbeza. Guru perlu sentiasa
mengingatkan kepada murid-murid agar lebih berhati-hati semasa membaca data dari
piktograf.

Perwakilan data dalam bentuk gambar,visual atau simbol amat berguna kerana murid-
murid akan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, murid juga akan lebih
mudah untuk memahami konsep yang ingin dipelajari sekaligus membantu mengelakkan
berlakunya masalah kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran matematik.

Seseorang guru yang berdedikasi seharusnya memahami isi kandungan pedagogi


supaya matlamat pengajaran dan pembelajaran akan tercapai, meskipun pelbagai cabaran
perlu ditempuhi untuk mencapai kejayaan tersebut. Kesukaran dan miskonsepsi yang
dihadapi oleh murid-murid merupakan cabaran yang perlu ditangani oleh seseorang guru agar
konsep kefahaman murid tidak bercanggah dengan apa yang dipelajarinya. Murid-murid juga
perlu menguasai empat operasi asas kerana interpretasi data kebiasaannya melibatkan empat
operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Justeru itu, guru perlu
menitikberatkan kemahiran asas murid di samping kesukaran dan miskonsepsi murid juga
perlu dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran agar proses ini menjadi lebih
bermakna dan berkesan.
REFLEKSI TUGASAN
YUSMAL ZURAIDI

Tugasan berkumpulan ini dilakukan secara bergabung tenaga dan usaha untuk
mencari pelbagai sumber maklumat berkaitan dengan tajuk tugasan yang telah diberikan.
Sebaik sahaja menerima tugas, kami mula berbincang dan membuat agihan tugas untuk
meringankan beban tugasan ini disamping setiap ahli kumpulan mendapat ilmu yang
bermanfaat setelah tugasan ini berjaya disiapkan. Kami membuat rujukan daripada pelbagai
sumber seperti pencarian maklumat daripada internet, berbincang dengan guru-guru di
sekolah masing-masing, daripada bahan-bahan bacaan ilmiah dan sebagainya.

Kesukaran untuk bertemu bagi membincangkan tugasan kami merupakan salah satu
cabaran yang harus kami tangani dengan sebaik mungkin. Oleh itu, kemudahan
telekomunikasi seperti telefon, email dan facebook menjadi penghubung antara kami semua
dan alhamdulillah, akhirnya tugasan ini dapat kami siapkan dengan jayanya bersama ilmu
yang bermanfaat untuk dibekalkan kepada anak –anak didik kami.

Ilmu yang saya perolehi terutamanya berkaitan dengan masalah pembelajaran iaitu
kesukaran dan miskonsepi dalam pembelajaran matematik seperti dalam tajuk perwakilan
data banyak membantu saya dala proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru,
kadangkala kita juga terlepas pandang akan kesukaran dan miskonsepsi yang dihadapi oleh
murid-murid terutama dalam tajuk perwakilan data, mungkin kerana ia tajuk terakhir di
dalam sukatan pelajaran yang membuatkan guru-guru ingin menghabiskan sukatan pelajaran
sebelum peperiksaan akhir tahun. Walaubagaimanapun, hasil kajian yang telah kami semua
jalankan, saya mendapati miskonsepsi ini sebenarnya lebih berkaitan dengan sikap murid-
murid yang cuai ketika menjawab soalan matematik. Ini disebabkan mereka menganggap
tajuk piktograf adalah mudah sekaligus mereka menjawab sambil lewa. Oleh itu, guru-guru
sewajarnya sentiasa mengingatkan murid-murid untuk menitikberatkan pengetahuan
berkaitan dengan pembelajaran matematik.
TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU
KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN

DAN

REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
3. WAN AZIMAH IBRAHIM
NO.KP : 750819035782
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00636/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN : KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA


KUMPULAN : MATEMATIK
PENSYARAH : PN NOOR KHALIZA MOHD KHAIRUDDIN
TARIKH SERAH : 16 NOVEMBER 2013
Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan pengalaman anda semasa
proses pengajaran dan pembelajaran

Ketika proses pengajaran dan pembelajaran matematik berlaku, saya telah mengenalpasti
terdapat sebahagian murid telah menghadapi miskonsepsi dan kesukaran dalam topik
pengurusan data. Ini adalah kerana saya telah mengesan terdapat murid yang salah menjawab
seperti dalam tajuk piktograf. Hal ini disebabkan mereka tidak memberi perhatian kepada
maklumat yang diberi seperti berapakah nilai atau bilangan yang diwakili oleh satu
gambar.Sepatutnya murid melihat nial pada gambar terlebih dahulu sebelum memberi
jawapan ketika menjawab soalan matematik.

Bukan sahaja dalam bahagian piktograf, malahan dalam bahagian membina graf
palang juga, murid-murid menghadapi kesukaran dan miskonsepi. Kesukaran yang berlaku
di mana murid-murid tidak dapat menentukan bilangan yang perlu ditulis dalam setiap petak.

Cara ke Sekolah Bilangan Murid


Berjalan kaki 32
Basikal 21
Motosikal 15
Kereta 18
Data A : Cara Murid Tahun 5 Ke Sekolah

Melihat kepada data di atas, bilangan murid-murid yang datang ke sekolah ialah 32, 21, 15,
dan 18. Jika ingin membina graf palang, murid-murid perlu menentukan kekerapan bilangan
yang perlu di tulis pada paksinya. Murid-murid perlu memikirkan nombor yang sesuai yang
perlu di tulis untuk mewakili setiap unit. Setelah membanding data-data, gandaan 3 sesuai
digunakan pada paksi y iaitu paksi yang menegak bagi graf palang.

Selain itu, ketika membina graf palang juga menimbulkan kesukaran dan miskonsepsi
kerana murid-murid seringkali keliru untuk membina graf palang kerana mereka tahu di mana
perlu diletakkan paksi Y dan di mana pula hendak diletakkan paksi X. Jika ini berlaku, tugas
seseorang guru adalah membimbing murid-murid untuk membina graf palang dengan sebaik
mungkin agar mereka tidak tersalah konsep.
Di samping itu, saya juga dapat mengesan terdapat sebilangan murid-murid yang
tidak memahami cara-cara untuk mengira bilangan peratusan murid-murid dalam carta pai.
Situasi ini menyebabkan jawapan yang di beri adalah tidak menepati kehendak soalan.

Secara umumnya, kesukaran dan miskonsepsi biasanya disebabkan oleh kecuaian


murid-murid. Namun begitu, terdapat juga penyebab kepada kesukaran dan miskonsepsi itu
berlaku adalah disebab oleh guru itu sendiri. Keadaan ini terjadi apabila guru-guru mengajar
sambil lewa sahaja dan tidak memberikan tumpuan terhadap semua murid ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sekiranya situasi ini berlarutan dan tidak ditangani
dengan segera, akan berlaku kesalahfahaman konsep di kalangan murid-murid. Ini akan
memberi kesan jangka panjang kepada murid-murid kerana mereka akan memikirkan konsep
matematik yang mereka pelajari semasa di sekolah rendah adalah betul walaupun ada
hakikatnya konsep tersebut adalah salah. Meskipun, bukan mudah untuk memperbaiki
kesukaran dan miskonsepsi yang kadang kala telah sebati di jiwa murid-murid, namun guru
hendaklah sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu pengajaran dan tidak jemu-jemu
membantu murid dari masa ke semasa.
REFLEKSI TUGASAN
WAN AZIMAH IBRAHIM

Rentetan daripada tugasan yang diberi, saya membuat perbincangan dengan rakan-
rakan sekumpulan dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Melalui perbincangan ini,
saya mendapati masalah kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran matematik di
sekolah masing-masing hampir sama. Selepas itu, kami mengadakan perbincangan untuk
menentukan topik yang ingin dikaji, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya
miskonsepsi serta langkah-langkah untuk mengatasinya.

Saya juga meminta pandangan dan pendapat daripada rakan sejawat di sekolah saya
tentang permasalahan ini. Daripada keterangan, pendapat serta pandangan yang diberikan,
saya dapat membuat rumusan dan sekaligus merangsangkan idea saya yang baru dalam
pengajaran Matematik. Dalam usaha untuk mengatasi masalah kesukaran dan miskonsepsi
murid-murid saya, saya telah mempelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran agar mereka
lebih memahami konsep matematik yang diajar. Jika seseorang guru hanya menggunakan
kaedah penerangan atau pengajaran berbentuk sehala semasa mengajar terutama bagi topik
pengurusan data, sudah pasti objektif pengajaran sukar untuk dicapai sekaligus menyebabkan
murid-murid tidak memahami konsep matematik yang diajar.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah pembelajaran yang menggunakan alat
bantu mengajar dan ini memberi peluang kepada murid-murid saya membuat penyelidikan
dan mengumpul maklumat dan data-data. Selepas itu, saya membimbing mereka untuk
membina carta pai serta membantu mereka mentaksir data. Meskipun pengajaran ini
memerlukan masa yang agak lama serta tahap kesabaran yang tinggi, namun saya berpuas
hati kerana kebanyakkan murid-murid saya telah memahami konsep matematik. Walaupun
begitu, masih terdapat lagi beberapa orang murid yang tidak berjaya menguasai konsep
matematik yang berkaitan dengan pengurusan data. Ini adalah kerana kecuaian mereka ketika
mengira data-data yang diberikan. Apabila situasi ini berlaku, saya perlu sering
mengingatkan murid-murid saya agar berhati-hati ketika membuat pengiraan.
TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU
KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN

DAN

REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
4. ZAM ZAMILA JOHARI
NO.KP : 780610095052
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00647/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN : KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA


KUMPULAN : MATEMATIK
PENSYARAH : PN NOOR KHALIZA MOHD KHAIRUDDIN
TARIKH SERAH : 16 NOVEMBER 2013
Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan pengalaman anda semasa
proses pengajaran dan pembelajaran

Dalam pembelajaran matematik, pengurusan data merupakan salah satu tajuk yang
tidak kurang pentingnya. Ini adalah kerana pengurusan data merupakan topik yang berkaitan
dengan kehidupan kita seharian dan diaplikasikan untuk kegunaannya dalam pelbagai bidang
yang berguna kepada masyarakat dan negara. Memandangkan kegunaannya yang meluas,
pelbagai kaedah pembelajaran diperkenalkan agar murid-murid dapat mempelajari sekaligus
menguasai topik tersebut. Walaupun begitu, masih terdapat segelintir murid-murid yang
mengalami kesukaran da miskonsepsi dalam matematik meskipun pelbagai kaedah
pengajaran yang digunakan.

Berdasarkan kepada pengalaman saya sebagai seorang guru dan mengajar mata
pelajaran matematik, terdapat beberapa kesukaran dan miskonsepsi dalam matematik seperti
kesalahan kefahaman dalam konsep matematik, kesalahan transformasi, kesalahan dalam
proses kemahiran dan juga kecuaian dalam pengiraan. Miskonsepsi juga terjadi kerana
terdapat permasalahan murid-murid saya yang lebih suka menghafal formula daripada
memahami sesuatu konsep matematik terutama dalam pengurusan data. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, selaku seorang guru, saya memainkan peranan dan
bertanggungjawab untuk menangani permasalahan ini seterusnya membantu murid-murid
agar mereka lebih memahami konsep yang diajar.

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas memerlukan strategi


yang kemas dan teratur agar dapat mengatasi masalah kesukaran dan miskonsepsi murid-
murid dalam pembelajaran matematik. Penyelesaian masalah merupakan suatu proses yang
memerlukan murid-murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada, kemahiran dan segala
bentuk kefahaman pada dirinya untuk mengenalpasti suatu keadaan yang berbeza dari
kebiasaanya. Penyelesaian masalah juga datang dari pelbagai aspek kehidupan sebenar, aspek
matematik dan sebagainya.

Penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak bersesuaian dengan pengajaran dan
pembelajaran juga boleh menyebabkan berlakunya kesukaran dan miskonsepsi dalam
pembelajaran konsep matematik di kalangan murid-murid. Dalam situasi ini dan berdasarkan
kepada pengalaman saya sendiri, semasa saya mengajar topik data, saya hanya menggunakan
gambar sebagai bahan bantu mengajar. Disebabkan gambar tersebut dalam bilangan yang
terhad, menyebabkan murid-murid saya berebut-rebut untuk melihat gambar tersebut. Situasi
ini menyebabkan mereka tidak menumpukan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan
pembelajaran pada ketika itu. Lantaran itu, mereka menghadapi masalah kefahaman konsep
seterusnya mengalami miskonsepsi atau kesukaran. Sebagai contohnya, kefahaman murid-
murid mengenai perwakilan simbol alam dunia fiskal adalah penting agar murid-murid
mudah untuk mengingati konsep matematik yang diajar. Pada pandangan saya, penggunaan
bahan bantu mengajar yang bersesuaian dapat menjamin murid-murid untuk memahami
konsep yang diajar.
REFLEKSI TUGASAN
ZAM ZAMILA JOHARI

Tugasan berkaitan dengan kesukaran dan miskonsepsi tentang pembelajaran


matematik yang dihadapi oleh murid –murid saya merupakan satu kerja kursus yang agak
mencabar bagi saya. Namun cabaran itu membangkitkan semangat saya untuk mencari jalan
untuk mengatasi masalah berkaitan dengan kesukaran dan miskonsepsi tersebut. Semasa saya
menyiapkan tugasan ini, saya juga sering mengadakan perbincangan secara berkumpulan
dengan rakan sekumpulan saya. Kami bertukar-tukar pandangan dan pendapat masing-
masing. Di samping itu, kami juga membuat tinjauan berkaitan dengan kesukaran dan
miskonsepsi dalam pembelajaran matematik yang berlaku di sekolah masing-masing.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah berlakunya masalah kesukaran


dan miskonsepsi pembelajaran matematik murid-murid di sekolah. Antara masalah yang
biasa dihadapi oleh murid-murid ialah salah faham mengenai konsep dalam sesuatu topik
seperti dalam topik pengurusan data, kecuaian ketika menjawab soalan, tidak memberi
tumpuan ketika guru mengajar dan sebagainya. Walaupun begitu, miskonsepsi juga berlaku
disebabkan oleh kelemahan guru-guru ketika mengadakan pengajaran dan pembelajaran, guru
gagal menerangkan konsep matematik yang di ajar dengan betul, bahan bantu mengajar juga
tidak memberangsangkan murid-murid. Berdasarkan perkongsian ilmu dan idea rakan-rakan
di samping pengalaman saya sendiri, saya mendapat ilham untuk menyiapkan tugasan saya.
Ilmu yang saya perolehi, dapat saya gunakan untuk membantu dan membimbing murid-murid
saya dalam menangani masalah kesukaran dan miskonsepsi pembelajaran matematik.

Selain perbincangan bersama rakan-rakan, saya juga membuat rujukan di dalam


internet, bahan-bahan ilmiah serta pendapat dan pandangan guru-guru matematik di sekolah
saya. Saya juga menilai hasil kerja murid-murid saya seterusnya membuat analisa terhadap
kesukaran dan miskonsepsi yang mereka hadapi. Berdasarkan hasil kajian tersebut, saya
mendapati murid-murid saya begitu berminat untuk mempelajari topik pengurusan data,
namun terdapat segelintir daripada mereka yang masih tidak dapat menguasai kemahiran
yang diajarkan dalam topik tersebut. Berkemungkinan kesukaran dan miskonsepsi yang
berlaku disebabkan oleh kecuaian mereka sendiri. Mereka mengambil jalan mudah ketika
menjawab soalan yang diberikan. Sebagai contohnya dalam bahagian piktograf, sepatutnya
murid memberi fokus kepada maklumat kepada jumlah nilai yang diwakili oleh satu gambar.
Kealpaan tersebut adalah kerana murid lebih menumpukan kepada melihat gambar yang
terdapat dalam gambar dalam piktograf tersebut. Mereka menyangkakan satu gambar adalah
mewakili hanya satu sahaja.

Saya berasa gembira dan bersyukur sekali kerana tugasan ini bukan sahaja dapat saya
siapkan dalam masa yang telah ditetapkan tetapi, saya memperolehi banyak ilmu yang
bermanfaat dan berguna untuk saya curahkankepada anak-anak didik saya. Pengetahuan
yang diperolehi ini secara tidak langsung meningkatkan profesionalisme saya dalam mata
pelajaran matematik khususnya. Saya amat berharap agar dapat membimbing murid-murid
saya yang masih dibelenggu dengan masalah kesukaran dan miskonsepsi dalam mata
pelajaran matematik bukan sahaja dalam tajuk pengurusan data, malahan apa juga tajuk yang
berkaitan dengan matematik.
TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU
KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN

DAN

REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
5. RIDUAN SHAFIE
NO.KP : 781023035615
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00598/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN : KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA


KUMPULAN : MATEMATIK
PENSYARAH :
TARIKH SERAH : 16 NOVEMBER 2013

Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan pengalaman anda semasa


proses pengajaran dan pembelajaran
Miskonsepsi merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam
pembelajaran matematik sekaligus menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami
konsep-konsep matematik terutama yang berkaitan dengan pengurusan data. Permasalahan
ini dapat dikesan ketika saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Berdasarkan kepada pengalaman saya itu, terdapat segelintir murid-murid saya yang
masih tidak dapat menjawab dengan betul soalan yang saya berikan. Selepas itu, saya
mengubah teknik pengajaran saya supaya murid-murid lebih memahami konsep yang diajar.

Selain itu, kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran matematik juga boleh
berlaku akibat pendekatan yang digunakan oleh guru ketika mengajar. Guru-guru harus harus
menitikberatkan strategi pengajaran supaya kemahiran topik seperti pengurusan data dapat
dikuasai oleh murid-murid. Perancangan dalam memilih kaedah pengajaran yang sesuai
dengan kemahiran daras murid-murid, bahan bantu mengajar, serta pendekatan yang sesuai
semasa proses pengajaran dan pembelajaran membantu murid agar mereka lebih memahami
konsep yang diajar. Jika murid-murid telah memahami akan konsep matematik yang diajar,
secara tidak langsung akan membantu mengatasi masalah kesukaran dan miskonsepsi
dikalangan murid-murid. Percakapan dan penerangan seseorang guru ketika mengajar juga
perlulah jelas, terang, serta mudah difahami oleh murid. Guru juga haruslah menerangkan
dengan betul mengenai konsep-konsep dalam pembelajaran matematik seperti topik
pengurusan data.

Bahan bantu mengajar juga mempengaruhi murid-murid ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Pengalaman ketika saya mengajar topik pengurusan data contohnya,
ketika itu saya mengajar tanpa menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit. Ketika
sedang mengajar, saya mendapati terdapat segelintir murid-murid saya yang masih kurang
faham akan pengajaran pada hari itu iaitu dalam pemindahan konsep matematik yang abstrak
atau aspek konseptual dengan kenyataan. Terdapat beberapa soalan yang diberikan tidak
dapat di jawab oleh murid-murid saya. Oleh itu, saya berpendapat bahawa penggunaan bahan
bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik yang diajar adalah sangat diharapkan.

Kanak-kanak kebiasaannya mudah melakukan kesilapan disebabkan oleh miskonsepsi


dalam matematik. Lantaran itu, sebagai seorang guru, kita bukan sahaja perlu sentiasa peka
kepada permasalahan mereka, malahan kita juga bertanggungjawab untuk bertanyakan
masalah pembelajaran yang mereka hadapi terutamanya berkaitan dengan konsep matematik
dan bersedia untuk membantu mereka mengatasi masalah berkenaan. Pembentukan konsep
matematik dalam minda murid-murid bergantung kepada cara guru menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang berkesan. Guru perlu memastikan murid-
murid menguasai konsep matematik yang diajar terlebih dahulu sebelum membina konsep
yang baru. Kesukaran dalam memahami dan membentuk pengetahuan konseptual di kalangan
murid-murid merupakan masalah yang sudah sekian lama di hadapi oleh murid-murid, namun
masalah ini masih lagi sukar untuk diatasi. Lantaran itu, melalui pengajaran dan program
pemulihan yang baik dan terancang, kefahaman konsep dapat diterapkan dalam minda murid-
murid agar mereka tidak mewarisi miskonsepsi dan kesukaran dalam matematik.

REFLEKSI TUGASAN
RIDUAN

Tugasan yang diberikan ini banyak mendatangkan kebaikan kepada saya untuk saya
terapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi kepentingan murid-murid saya
nanti. Meskipun saya seorang guru, saya perlu mencari seberapa banyak ilmu yang
bermanafaat terutama berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran matematik supaya
dapat membantu anak didik saya yang menghadapi kesukaran dan miskonsepsi matematik
seperti dalam topik pengurusan data.

Selepas menerima tugasan,saya berbincang bersama dengan ahli kumpulan saya untuk
mencari maklumat dan idea untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh kerana kekangan masa
disebabkan masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan yang lain, perjumpaan kami untuk
berbincang berkaitan dengan tugasan yang diberikan agak terhad. Lantaran itu, kami hanya
mampu berhubung di alam maya iaitu berkomunikasi melalui telefon, facebook, email dan
sebagainya. Saya bersyukur kerana semua ahli kumpulan saya sentiasa bekerjasama untuk
mencari maklumat berkaitan dengan tugasan ini dari pelbagai sumber seperti pencarian di
internet, bahan-bahan ilmiah serta menemubual dengan beberapa orang guru matematik di
sekolah masing-masing. Kemudian kami berbincang bersama ahli kumpulan dan membuat
analisa tentang hasil dapatan kami.

Selepas kami berjaya mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan seperti


faktor-faktor atau punca-punca yang menyumbang kepada masalah kesukaran dan
miskonsepsi dalam pembelajaran matematik iaitu miskonsepsi dalam pengurusan data yang
dihadapi oleh murid-murid. Kami saling berbincang dan bertukar-tukar pandangan, secara
tidak langsung memberi peluang kepada saya untuk mendalami masalah kesukaran dan
miskonsepsi dalam pembelajaran matematik yang dihadapi oleh murid-murid saya sendiri.
Saya berharap agar ilmu serta pengalaman yang saya perolehi ini, akan saya aplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran saya dengan sebaik mungkin supaya murid-murid saya
tidak mengalami kesukaran dan miskonsepsi dalam pemmbelajaran matematik lagi.

Selain itu, dalam masa saya menyiapkan tugasan ini bersama-sama dengan rakan-
rakan, telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami menjadi semakin erat. Sikap
toleransi dan saling bekerjasama antara kami serta hubungan yang baik terjalin di antara
rakan-rakan sekuliah serta pensyarah kami yang sentiasa memberi tunjuk ajar memudahkan
kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Saya juga lebih mengenali sikap
bukan sahaja rakan-rakan sekumpulan, malahan saya juga sentiasa berhubung dengan lebih
rapat dengan guru-guru di sekolah saya terutama dengan guru-guru matematik dan kami
saling bertukar-tukar pandangan demi untuk kebaikan murid-murid kami. Tambahan pula,
pengalaman berinteraksi bersama dengan pensyarah dan rakan –rakan sekumpulan dalam
melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya
untuk berkomunikasi terutamanya berkomunikasi dengan murid-murid saya ketika proses
pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, dengan adanya tugasan kerja khusus ini, telah memberikan banyak
faedah kepada saya terutamanya cara-cara untuk mengatasi masalah kesukaran dan
miskonsepsi dalam pembelajaran matematik di kalangan murid-murid sekolah. Saya berharap
agar saya mampu menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang
berkualiti sejajar dengan harapan negara.
TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU
KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN

DAN

REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
6. THANALETCHIMI A/P RAMANAIDO
NO.KP : 840127025320
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00630/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN : KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA


KUMPULAN : MATEMATIK
PENSYARAH :
TARIKH SERAH : 16 NOVEMBER 2013

Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan pengalaman anda semasa


proses pengajaran dan pembelajaran
Dalam pembelajaran matematik, miskonsepsi dapat dirumuskan sebagai salah
tanggapan, kefahaman yang tidak jelas diteima pada satu masa pembelajaran. Selaku seorang
guru matematik, saya mendapati tajuk pengurusan data merupakan satu tajuk yang agak sukar
untuk dikuasai oleh murid-murid sederhana dan murid lemah. Meskipun dalam topik
pengurusan data ini melibatkan proses pengiraan serta pembinaan yang mudah dan telahpun
mereka pelajari dalam topik sebelumnya, namun masih ada murid yang memberikan jawapan
yang salah ketika menjawab soalan yang diberikan. Apabila keadaan ini berlaku, saya mula
memikirkan di manakah silapnya murid-murid berkenaan atau kesilapan itu berpunca
daripada saya sendiri. Setelah saya membuat perbincangan antara guru-guru matematik di
sekolah saya serta saya meneliti buku-buku latihan yang dibuat oleh murid-murid saya , saya
mendapati beberapa kesukaran dan miskonsepsi yang dihadapi oleh murid-murid saya.

Miskonsepsi yang berlaku pada murid-murid dalam topik pengurusan data


berkemungkinan disebabkan oleh guru tidak mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan
sedia ada murid. Sekiranya pengetahuan sedia ada murid adalah bercanggah dengan
pengajaran guru atau kaedah yang diajar, maka di sini akan mewujukan kesukaran dan
miskonsepsi dalam pembelajaran matematik. Kesukaran dan miskonsepsi ini akan menjadi
semakin rumit jika guru tidak peka dan mengambil tindakan segera untuk mengatasinya.

Murid-murid juga mengalami kesukaran untuk menentukan nilai dan skala yang perlu
ditulis pada paksi menegak dan melintang. Keadaan ini terjadi adalah disebabkan murid tidak
dapat menghubungkaitkan antara data pada jadual yang diberi dengan membilang dengan
kumpulan. Situasi ini mengelirukan murid sekaligus menyukarkan mereka untuk membuat
keputusan terhadap skala pada paksi. Sebagai contohnya, nilai pada paksi menegak 3, 6, 12,
21 dan 24 diberi . Murid diminta membina satu carta palang. Di sini murid perlu memikirkan
nombor yang sesuai untuk diletakkan pada skala di antara setiap palang. Nilai yang perlu
diletakkan antara palang ialah 3, iaitu mengira secara tiga-tiga. Ada ketikanya, murid juga
bermasalah untuk melukis saiz bagi setiap palang dengan betul. Palang yang tidak setara
akan menyebabkan salah tanggapan wujud di dalam minda mereka.

Dalam kes pembinaan carta pai pula, masalah yang sering berlaku ialah dalam proses
mengintepretasikan maklumat kepada bentuk pecahan dan pengiraan pecahan kepada peratus.
Sekiranya mereka tidak dapat mengira dengan tepat, sudah pasti mereka juga gagal
menghasilkan sebuah carta pai yang betul. Mereka juga kurang jelas dengan konsep yang
menyatakan bahawa sebahagian daripada carta pai adalah sebahagian pecahan dari
keseluruhan data.Oleh sebab itu, proses mengintepretasikan data kepada bentuk pecahan
amatlah perlu bagi pembinaan carta pai berbentuk pecahan. Apabila data telah ditulis dalam
bentuk pecahan, kelihatan pula sebilangan daripada murid-murid yang berhadapan dengan
masalah dalam mengira peratus. Ini adalah kerana mereka tidak mengaitkan pecahan dengan
peratus dengan cara mendarabkan pecahan dengan 100% atau menukarkan penyebut kepada
100 bersamaan dengan pengangka. Keseluruhan carta pai yang telah siap dibina tidak dapat
diperjelaskan dengan baik oleh murid-murid.

Sebagai kesimpulannya, pengetahuan yang mendalam seseorang guru itu dalam


proses pengajaran dan pembelajaran amat penting demi untuk meningkatkan tahap
kefahaman murid-murid. Konsep yang di sampaikan oleh guru merupakan aspek yang
penting dan berguna untuk membimbing murid-murid agar mereka dapat menguasainya
sekaligus mampu mengurangkan kesukaran dan miskonsepsi murid-murid dalam
pembelajaran matematik. Guru yang tidak memiliki pengetahuan konsepsual yang kukuh
akan membawa kepada masalah kesukaran dan miskonsepsi murid-muriddalam
menyelesaikan masalah matematik. Bimbingan dan usaha seorang guru amatlah perlu bagi
membantu murid-murid setiap kali mereka menghadapi masalah seperti kesukaran dan
miskonsepsi untuk menyelesaikan masalah matematik.

REFLEKSI TUGASAN

THANALETCHIMI A/P RAMANAIDO


Tugasan mengenai kesukaran dan miskonsepsi yang dihadapi oleh murid-murid
dalam pembelajaran matematik merupakan satu tugasan yang banyak memberikan manafaat
kepada saya. Meskipun terdapat pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid
dalam pembelajaran matematik khususnya di sekolah-sekolah, namun ianya tidak diberi
perhatian serta dikaji dengan lebih mendalam.

Ketika tugasan ini dijalankan, saya telah mengadakan perbincangan di antara ahli-ahli
kumpulan saya yang lain. Kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan memudahkan
saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Kami turut membuat tinjauan akan masalah
yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah masing-masing terutamanya dalam topik
pengurusan data. Saya juga telah mengenalpasti beberapa masalah yang menjadi punca
kepada berlakunya kesukaran dan miskonsepsi murid-murid dalam pembelajaran matematik.

Pada mulanya, saya mencari maklumat berkaitan dengan kesukaran dan miskonsepsi
dengan melakukan pencarian di internet, saya juga membaca pelbagai bahan bacaan ilmiah di
samping berbincang dengan guru-guru matematik di sekolah saya. Selepas itu, saya
mengumpul semua maklumat yang diperolehi dan membuat analisa untuk mencari maklumat
yang diperlukan. Saya juga membuat kajian terhadap hasil kerja murid untuk mengenalpasti
masalah kesukaran dan miskonsepsi yang dihadapi oleh mereka terutama dalam topik
pengurusan data. Antara perkara –perkara yang dikaji adalah seperti beriktu:

 Sejauh manakah murid-murid saya memahami tentang isi dalam topik


pengurusan data?
 Bagaimanakah cara yang dapat saya lakukan untuk membantu murid-murid
saya menangani masalah yang mereka hadapi?
 Mengapakah mereka menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan soalah yang
diberikan?
 Apakah kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid ketika menjawab
soalan yang diberikan?

Hasil kajian didapati bahawa meskipun murid-murid berminat terhadap topik


pengurusan data, namun mereka masih melakukan kesilapan dalam menjawab soalan yang
dikemukakan. Selain itu mereka juga masih tidak memahami dan menguasai konsep yang
diajar dan amat memerlukan bimbingan guru untuk menyelesaikan soalan yang diberikan.
Miskonsepsi yang timbul adalah disebabkan murid-murid masih kabur dan kurang
memahami konsep matematik seperti dalam topik pengurusan data. Dalam menghadapi
situasi seperti ini guru seharusnya peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid
untuk mengelakkan berlakunya kesukaran dan miskonsepsi.

Akhir sekali, saya amat bersyukur kerana meskipun pelbagai halangan yang menjadi
cabaran kepada saya dalam usaha untuk menyiapkan kerja khusus ini seperti kekangan masa
disebabkan oleh kesibukan tugas masing-masing, tempat tinggal kami yang berjauhan
menyebabkan kami sukar untuk bertemu dan berbincang tugasan yang diberikan, namun
tugasan ini berjaya juga disiapkan dalam tempoh yang diberikan.Selain itu, saya juga
berupaya untuk meningkatkan profesionalisme saya dalam bidang keguruan ekoran daripada
pelbagai ilmu pengetahuan yang saya perolehi sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Pengalaman ini membuahkan hasil yang cukup bermakna untuk saya gunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran demi untuk kebaikan murid-murid saya.
TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU
KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN

DAN

REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
7. YUVANESWARI A/P RAMAN
NO.KP :
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00646/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN : KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA


KUMPULAN : MATEMATIK
PENSYARAH : PN NOOR KHALIZA MOHD KHAIRUDDIN
TARIKH SERAH : 16 NOVEMBER 2013

Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan pengalaman anda semasa


proses pengajaran dan pembelajaran
Berdasarkan kepada pengalaman saya mengajar matematik kepada murid-murid di
tahun 4 dan tahun 5, sebilangan murid-murid menghadapi masalah kesukaran dan
miskonsepsi dalam pembelajaran matematik terutama dalam topik pengurusan data. Antara
kesukaran dan miskonsepsi dalam topik pengurusan data yang telah dikenal pasti adalah
seperti :

 Murid masih tidak memahami maksud maklumat yang diberikan untuk


mewakili bilangan nombor yang diberikan . Contohnya mewakili 5
buah buku, tetapi kebanyakkan murid akan menganggapkannya hanya sebuah
buku sahaja.
 Murid masih tidak dapat mengenalpasti skala selang kelas bagi paksi –X dan
paksi –Y dengan tepat semasa mereka melukis graf palang.

Kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran matematik terutama dalam topik


pengurusan data juga berlaku ketika murid mencari nilai median bagi suatu siri data. Hal ini
berlaku kerana murid baru diperkenalkan dengan mod, min dan median. Hakikatnya mereka
masih kurang memahami akan konsep min, mod dan median. Contohnya:

3,2,6,4,1,8

- Kesilapan yang berlaku ialah murid-murid terlupa atau tidak menyusun terlebih dahulu set
data tersebut dan membuat kesimpulan akhir bahawa jawapan bagi penyelesaian tersebut
adalah 8.

Mengikut padangan dan hasil dapatan tugasan saya, kesukaran dan miskonsepsi
dalam pembelajaran matematik sepertimana yang dihadapi oleh murid-murid terutama dalam
topik pengurusan data dapat diatasi dengan cara murid itu sendiri rajin menanyakan soalan
sekiranya tidak memahami konsep, memberikan tumpuan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran semasa guru mengajar.

Selain itu, kesukaran murid-murid untuk membuat perkaitan dalam pembelajaran


matematik juga boleh menimbulkan kesukaran dan miskonsepsi kepada murid-murid
tersebut. Contohnya, perkaitan di antara nombor dengan kuantiti. Sekiranya murid tidak
menguasai kemahiran ini, mereka sukar untuk mengingatkan kembali pelajaran lalu sekaligus
menyukarkan mereka untuk membuat aplikasi dalam situasi yang baru. Bagi segelintir murid
pula, miskonsepsi dan kesukaran yang mereka hadapi dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik mungkin disebabkan oleh masalah kurang kemahiran membaca, menulis dan
berkomunikasi. Masalah ini semakin berlanjutan kerana adanya istilah-istilah matematik yang
jarang-jarang sekali mereka dengar apatah lagi mereka gunakan dalam kehidupan seharian
Contoh istilah matematik yang digunakan dalam pembelajaran matematik khususnya dalam
topik pengurusan data seperti min, mod, median, gundalan, dan sebagainya.

Berdasarkan kepada pemerhatian saya semasa menyemak jawapan murid-murid, saya


mendapati mereka menghadapi kesukaran untuk memahami carta-carta. Kebanyakkan
daripada mereka tidak tahu untuk membaca data pada carta apai kerana carta itu tidak
menunjukkan sebarang peratusan. Penguasaan matematik yang lemah menyumbang kepada
kesukaran dan miskonsepsi dalam menilai carta pai iaitu konsep asas matematik ( pecahan
dan darab) .Ini adalah disebabkan carta pai perlu diselesaikan dengan pengiraan.

Meskipun dalam piktograf, maklumat yang diberikan adalah jelas, namun masih
terdapat murid yang tidak menjawab soalan yang mempunyai aras yang tinggi. Sekiranya
soalan yang diberikan adalah jenis soalan terus atau mempunyai satu operasi sahaja, murid-
murid dapat menjawab manakala bagi soalan yang mempunyai pelbagai kemahiran atau
memerlukan murid-murid memikirkan dengan lebih terperinci, mereka tidak dapat
menjawabnya dengan jawapan yang betul.

Sebagai kesimpulannya, pemahaman atau konsep yang salah akan mendorong kepada
kesukaran dan miskonsepsi di kalangan murid-murid dalam pembelajaran matematik
terutama dalam pengurusan data seperti topik piktograf.

REFLEKSI TUGASAN

YUVA
Tugasan ini adalah berkaitan dengan perbincangan kesukaran dan miskonsepsi yang
seringkali dihadapi oleh murid-murid di sekolah rendah semasa mempelajari tajuk
pengurusan data. Secara berkumpulan kami menyiapkan tugasan ini, alhamdulillah akhirnya
kami berjaya menyiapkannya dalam masa yang diberikan. Tugasan yang diberikan
memerlukan kami mengumpulkan maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi
kesukaran dan miskonsepsi, conton-contoh bagi setiap miskonsepsi seta langkah-langkah
untuk mengatasi masalah kesukaran dan miskonsepsi dalam pengurusan data.

Melalui tugasan yang diberikan ini, saya telah memperolehi pelbagai ilmu
pengetahuan yang berguna dan saya manafaatkan ilmu tersebut ke dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah saya. Antaranya ialah pengalaman yang diperolehi semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kesukaran dan miskonsepsi yang
dihadapi oleh murid-murid kami. Setiap ahli dalam kumpulan kami menyumbang idea
masing-masing dalam usaha untuk menghasilkan tugasan ini. Idea ahli kumpulan saya itu,
saya gabungkan dan saya gunakan demi untuk membantu murid-murid saya yang
menghadapi masalah kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran matematik terutamanya
dalam tajuk pengurusan data.

Selain itu, saya mendapat kerjasama yang cukup baik daripada ahli kumpulan saya
meskipun kami sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing. Namun begitu, ahli kumpulan
saya sedia berkorban masa dan tenaga dan berkumpul untuk membincangkan tugasan ini.
Sekiranya tidak dapat berjumpa, kami seringkali berhubung melalui talian telefon, email atau
facebook.

Selesai menjalani tugasan yang diberikan, saya mendapati tugasan ini sangat
bermakna kerana kami generasi guru yang baru akan menyambung kesinambungan guru-guru
terdahulu. Guru-guru perlu lebih kreatif, inovatif serta mampu mempelbagaikan cara dan
kaedah tertentu untuk membantu dan membimbing murid-murid mengatasi masalah
kesukaran dan miskonsepsi murid-murid dalam pembelajaran matematik terutamanya dalam
tajuk pengurusan data. Akhirnya, saya juga lebih mengetahui kaedah yang dapat membantu
murid-murid lemah dalam menguasai kemahiran berkaitan konsep dalam pembelajaran
matematik.

Anda mungkin juga menyukai