Anda di halaman 1dari 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato’ Harun


KM.12 Jalan Klang Lama
46000 Petaling Jaya TEL: 03-77828358
Selangor FAKS: 03-77815712
EMEL: bea8607@moe.edu.my

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh : 1 APRIL 2021

Kepada,
Semua Ibu bapa/Penjaga
Murid-murid SMK Taman Dato’ Harun

Tuan,

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2O21

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa KPM telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah bagi
murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dan PPKI Sesi 2021 adalah mulai hari Isnin, 5 April
2021. Waktu persekolahan adalah seperti berikut:

Sesi Hari Masa Persekolahan Kelas Terlibat


Persekolaha
n
Pagi Isnin-Khamis 7.30 pagi -1.20 petang Semua murid Tingkatan 1
WH,
2 WH, Tingkatan 3, 4 dan 5.
Jumaat 7.30 pagi-12.30 tengah hari Semua murid Tingkatan 1
WH,
2 WH, Tingkatan 3, 4 dan 5
Petang Isnin-Khamis 1.20 petang-6.45 petang Semua murid Tingkatan 1
dan Tingkatan 2 (kecuali WH)
Jumaat 2.20 petang-6.45 petang Semua murid Tingkatan 1
dan Tingkatan 2 (kecuali WH)
Kelas PPKI Isnin-Khamis 7.30 pagi -1.00 petang Semua kelas PPKI
Jumaat 7.30 pagi - 12.00 petang Semua kelas PPKI

Sesi Pagi
Tatacara datang ke sekolah:
Semua murid sesi pagi akan masuk ke kawasan sekolah melalui pintu pagar Gate A.

Tatacara penyuraian (waktu balik):


Bil Kedudukan Kelas Pintu / Gate keluar
01 Blok A Gate A
(1WH, 2WH, 3WH, 4WH dan 5WH)
02 Blok B: 4 Teknologi, 4 Ekonomi Gate B
Blok C: Semua Tingkatan 3,
Tingkatan 4 Kreatif, 4 Tasawwur, 4 Abstrak, 4 Apresiasi
Tingkatan 5 Apresiasi, 5 Abstrak
03 Blok D Gate C
Tingkatan 4 Sains dan Tingkatan 5 Sains, 5 Teknologi,
5 Ekonomi, 5 Digital, 5 Kreatif, 5 Tasawwur
04 Murid PPKI Gate D

Sesi Petang
Tatacara datang ke sekolah:
Semua murid sesi petang akan masuk ke kawasan sekolah melalui pintu pagar Gate A.

Semua murid Tingkatan 1 akan berada di Arena Juara.


Semua murid Tingkatan 2 akan berada di Dewan Lestari.

Tatacara penyuraian (waktu balik):


Bil Kedudukan Kelas Pintu/ Gate keluar
01 Blok C:Semua murid Tingkatan 1 Gate A
02 Blok C:Semua murid Tingkatan 2 Gate B

3. Bagi memastikan pengurusan pihak sekolah lebih teratur dan lancar, beberapa garis
panduan untuk ibu bapa / penjaga dan murid adalah seperti berikut:

i. Mematuhi semua SOP dan peraturan yang dikeluarkan oleh KKM, KPM serta pihak
sekolah.
ii. Bagi melancarkan aliran trafik, ibu bapa / penjaga digalakkan menghantar dan
mengambil anak mengikut jadual di atas. Ibu bapa / penjaga diingatkan agar tidak
memberhentikan kenderaan di pintu masuk utama sekolah.
iii. Murid-murid akan balik ke rumah mengikut pintu pagar yang berlainan.
iv. Mengingatkan anak tuan tentang penjagaan kesihatan, kebersihan dan amalan
penjarakan fizikal sepanjang masa.
v. Semua ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah untuk
menghantar / mengambil anak.
vi. Semua murid perlu segera pulang ke rumah masing-masing selepas tamat waktu
persekolahan. Murid tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah atau berkumpul di
luar kawasan sekolah.

4. Pihak sekolah akan melaksanakan saringan di pintu masuk sekolah yang meliputi:
i) Pemeriksaan suhu badan
ii) Penggunaan sanitasi tangan (hand sanitizer)

5. Semoga dengan pematuhan pelaksanaan garis panduan pembukaan sekolah ini dapat
memastikan pengurusan sekolah dan proses PdPc beroperasi dengan lancar.

6. Kerjasama dan perhatian daripada ibu bapa / penjaga amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(FARIDAH AKHMA BINTI ZULKIFLI)


Pengetua
SMK Taman Dato’ Harun
Petaling Jaya

Anda mungkin juga menyukai