Anda di halaman 1dari 10

SEMESTER APRIL 2023/2024 (JA231)

KOD DAN NAMA KURSUS


VKMB 2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

PUSAT
KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM AMAL JALINAN KASIH
DI PUSAT JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS

DISEDIAKAN UNTUK
Ts. Dr. KESAVAN NALLALUTHAN

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
NORASHIMA BT ISHAK 283297
NUR AIN BINTI BORHAN 283301
NURHAZIRAH BINTI ZARIMAN 283316
TING SING MING 283344
SUMENDRAN A/L RUTTIRAMOORTHY 283342
ANUSUYA A/P THANASAMY 283391
IBRAHIM ABD AZIZ 283409
JASMINE NURAINA BINTI EDY NOMUHAIMI 283417
JASVIN A/L SIVA 283418
MITCHELL SANDANA A/P HENRY 283432
MUHAMMAD FARID ASYRAF BIN ISMAIL_ 283468
MOHAMMAD_SHAHRIL BIN ABDUL LASAID 283618

TARIKHBHANTARAN
21 MEI 202301
VKMB 2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

SENARAI_KANDUNGANANYA

MUKAHSURAT

1.0 PENGENALANIAN 1

2.0 TUJUANAN 2

3.0 MATLAMATA 2

4.0 SKOPA 3

5.0 BUTIRAN PROGRAM 3

6.0 TENTATIF PROGRAM 4

7.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN 5

PERBELANJAAN PROGRAM

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA 6

9.0 PENUTUP 7

i
VKMB 2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

KERTAS KERJA

PROGRAM AMAL JALINAN KASIH


DI PUSAT JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS.

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini dihasilkan untuk memohon kebenaran daripada Pusat


Pendidikan Profesional dan Lanjutan, PACE, UUM bagi perlaksanaan suatu projek
khidmat masyarakat bagi memenuhi keperluan kursus VKMB2031- Pembangunan
Masyarakat III. Projek tersebut merupakan program amal jalinan kasih di Pusat Jagaan
& Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas bertempat di Kampung Pulau Meranti, Puchong,
Selangor. Secara umumnya, pusat jagaan orang tua merupakan sebuah institusi
kebajikan yang diwujudkan bagi memberi penjagaan dan perlindungan penuh kepada
warga emas yang tidak mempunyai pendapatan untuk menampung kehidupan sendiri
kerana tidak berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan. Program yang dirancang
bertujuan memberi kesedaran kepada kepentingan kesihatan warga emas agar tidak
terabai. Di samping itu, memupuk kasih sayang dikalangan mahasiswa terhadap
golongan yang lebih berusia dan memerlukan belaian kasih sayang sekaligus
menerapkan nilai murni dikalangan mahasiswa dalam membentuk kesedaran tinggi
terhadap kepentingan menjaga warga emas terutama ibu bapa sendiri. Dalam pada
masa yang sama membantu mahasiswa untuk memahami dengan lebih mendalam
sifat-sifat warga emas dan mempelajari cara-cara untuk menguruskan warga emas
khusunya yang mengalami masalah kesihatan dan emosi. Oleh itu, program amal
jalinan kasih dikelolakan oleh pelajar semester 5 UUM Kuala Lumpur dengan
kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberikan taklimat berkaitan
kesihatan dalam usaha untuk memastikan setiap warga emas mendapat nutrien yang
diperlukan agar proses penyerapan, penggunaan dan perkumuhan dalam badan dapat
dilaksanakan dengan baik. Pemeriksaan saringan kesihatan seperti saringan fizikal dan
ujian darah secara percuma turut dilaksanakan kepada warga emas. Selain itu, pelajar
semester 5 akan bermain permainan tradisional bersama-sama warga emas dan
bergotong-royong.

1
VKMB 2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

2.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini menjelaskan perbincangan bagi program lawatan ke Pusat


Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Pada akhir program ini, diharapkan agar
peserta program dapat:

2.1 Memahami kepentingan kesihatan warga emas agar tidak terabai.

2.2 Menerapkan nilai kasih sayang dikalangan mahasiswa terhadap golongan


yang lebih berusia dan memerlukan belaian kasih sayang.

2.3 Menerapkan nilai murni dikalangan mahasiswa dalam membentuk kesedaran


tinggi terhadap kepentingan menjaga warga emas terutama ibu bapa sendiri.

2.4 Memahami secara mendalam sifat-sifat warga emas.

2.5 Memahami cara-cara untuk menguruskan warga emas khususnya yang


mengalami masalah kesihatan dan emosi.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama pelaksanaan Program Amal Jalinan Kasih Di Pusat Jagaan &
Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas ialah:

3.1 Memperkasakan kehidupan warga emas melalui penyediaan perkhidmatan


kesihatan yang berkesan dan mesra pengguna serta persekitaran yang
membolehkan dan menyokong warga emas menjalani kehidupan yang lebih
sihat dan produktif untuk negara.

3.2 Untuk menggalakkan nilai saling menghargai, menghormati dan menyayangi


dikalangan mahasiswa dan warga emas.

3.3 Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman warga emas untuk


membangunkan kerohanian, sahsiah dan jati diri mahasiswa.

3.4 Meningkatkan kesedaran khususnya kepada mahasiswa akan kepentingan


tanngungjawab sosial dan cara-cara mengendalikan warga emas melalui
projek khidmat masyarakat ini.

2
VKMB 2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

3.5 Mempromosikan warga emas sebagai aset negara dan mengembangkan


rasa hormat kepada warga emas melalui gerakan Hormat Kepada Warga
Tua.
4.0 SKOP

Tumpuan bagi program ini adalah:

4.1 Memberikan bimbingan dan kesedaran tentang kepentingan kesihatan warga


emas.

4.2 Membantu warga tua untuk berdikari agar mereka mempunyai keyakinan
berhadapan dengan masyarakat.

4.3 Memajukan warga tua terus kekal sihat dan produktif di dalam pembangunan
negara.

4.4 Meningkatkan dan menerapkan nilai-nilai murni dikalangan mahasiswa


khususnya terhadap warga emas.

4.5 Memberi kesedaran kepada masyarakat untuk membuat program khidmat


masyarakat khususnya di pusat jagaan warga emas.

4.6 Memberi bimbingan untuk mengendalikan warga emas khususnya yang


mengalami masalah kesihatan dan emosi.

4.7 Mengeratkan silaturahim antara masyarakat tanpa mengira perbezaan umur.

4.8 Mengembirakan hati warga tua yang kesunyian dengan melakukan aktiviti
yang mengembirakan seperti bermain permainan tradisional.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

5.1 TARIKH DAN HARI PERLAKSAAN


24 JUN 2023 (SABTU)

5.2 MASA PERLAKSANAAN

08.00 PAGI- 02.00 PETANG

5.3 TEMPAT
PUSAT JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS PUCHONG,
SELANGOR

3
VKMB 2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

6.0 TENTATIF PROGRAM

“PROGRAM AMAL JALINAN KASIH


DI PUSAT JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS”
24 Jun 2023 (Sabtu)

Masa Butir Aktiviti

07.15 pagi - 08.00 pagi - Pelajar semester 5 bertolak ke Pusat Jagaan & Rawatan Orang
Tua Al-Ikhlas

08.00 pagi - 08.30 pagi - Ucapanaalu-aluanidaripadaffPengarahwProgram


- Bacaannydoa
(Dipimpinooleh: Mohammad Shahril bin Abdul Lasaid)
- Sarapan pagi

08.30 pagi - 11.00 pagi Sesi 1:


- Sesi perkenalan
- Taklimat ringkas kesihatan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia
- Pemeriksaan saringan kesihatan warga emas oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia

11.00 pagi – 1.00 petang Sesi 2:


- Permainan tradisional bersama warga emas
- Gotong-royong

01.00 petang – 2.00 petang - Penutupan program


- Penyampaian cenderahati
- Sesi bergambar
- Makan tengahari
- Bersurai

4
VKMB 2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

7.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PROGRAM

PENDAPATAN RM

i- Dana 3, 500.00
JUMLAH 3, 500.00

PERBELANJAAN RM

i- Banner 150.00
ii- Baju Program Amal 500.00
(20 orang x RM25.00)

iii- Makanan 1, 200.00


- sarapan dan tengahari
(80 orang x RM15.00)
iv- Cenderahati kepada pihak 200.00
Kementerian Kesihatan
Malaysia
v- Cenderahati kepada pihak Pusat 50.00
Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-
Ikhlas
vi- Sumbangan keperluan asas warga
1, 400.00
emas seperti barang mandian,
pampers dan lain-lain
JUMLAH 3, 500.00

5
VKMB 2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


PENASIHAT Ts. Dr. KESAVAN NALLALUTHAN
PENGARAH IBRAHIM ABD AZIZ
PROGRAM Bertanggungjawab memastikan setiap arahan daripada penasihat
program dapat dilaksanakan.
TIMBALAN NORASHIMA BT ISHAK
PENGARAH Bertanggungjawab membantu pengarah program dalam memastikan
PROGRAM persediaan setiap AJK berada dalam keadaan yang baik.
SETIAUSAHA ANUSUYA A/P THANASAMY
Bertanggungjawab dalam bidang pengurusan seperti merekodkan semua
maklumat dan membuat surat rasmi untuk sebarang permohonan yang
diperlukan untuk program.
BENDAHARI NUR AIN BINTI BORHAN
Bertanggungjawab dalam bidang kewangan seperti menerima dana,
menyimpan dana dan merekodkan perbelanjaan.
AJK TEKNIKAL MUHAMMAD FARID ASYRAF BIN ISMAIL_
Bertanggungjawab menyediakan keperluan teknikal.
AJK PROMOSI MOHAMMAD SHAHRIL BIN LASAID
& MULTIMEDIA Bertanggungjawab merancang dan menyediakan konsep hebahan yang
menarik minat masyarakat terhadap program amal melalui media sosial
(Facebook), poster dan banner. Di samping mengambil gambar
sepanjang program.
AJK AKTIVITI JASVIN A/L SIVA
& PROTOKOL Bertanggungjawab menyediakan senarai aktivti secara terperinci dan
memastikan setiap aktiviti dilaksanakan mengikut tentatif.
AJK MAKANAN MITCHELL SANDANA A/P HENRY
Bertanggungjawab menyediakan bajet dan jenis hidangan yang
diperlukan sepanjang program.
AJK TAJAAN TING SING MING
SUMENDRAN A/L RUTTIRAMOORTHY
Bertanggungjawab mencari dana untuk melaksanakan program.

6
VKMB 2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

AJK NURHAZIRAH BINTI ZARIMAN


CENDERAHATI JASMINE NURAINA BINTI EDY NOMUHAIMI
Bertanggungjawab menyediakan cenderahati yang diperlukan.
9.0 PENUTUP

Berdasarkan anggaran penduduk semasa Malaysia 2022, warga emas


meningkat sebanyak 3.6 juta merangkumi 11.1% populasi negara. Situasi ini
menjadikan pusat jagaan orang tua bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia.
Selain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, kini penubuhan pusat jagaan orang tua
turut dikendalikan oleh badan bukan kerajaan, badan korporat dan individu. Setiap
pusat jagaan bertanggungjawab dalam menentukan kebajikan, keselamatan dan
kesejahteraan warga emas. Secara tidak langsung, hal ini mampu mendorong kepada
kualiti hidup warga emas yang lebih sihat dan produktif. Diharapkan agar Pusat
Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
disamping memupuk nilai-nilai murni di kalangan mahasiswa dan warga emas.
Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar serta mendapat kerjasama daripada
semua pihak khususnya dari segi kewangan dan masa. Dengan adanya kerjasama
tersebut, tujuan dan matlamat yang telah digariskan di harap dapat di capai demi
kesejahteraan warga emas.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................... ......................
Anusuya A/P Thanasamy Ibrahim bin Abdul Aziz

Setiausaha Program Pengarah Program

Disokong oleh,

...........................

7
VKMB 2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

Ts. Dr. Kesavan Nallaluthan


Penasihat Program

Anda mungkin juga menyukai