Anda di halaman 1dari 36

EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

TUGASAN

JANUARI 2016 SEMESTER

KOD KURSUS : EPP 411

NAMA KURSUS : PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA


MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : NORLIA BINTI BUANG

NO. MATRIK : E30209130011

NAMA FASILITATOR
: DR. ZAINAL ABIDIN BIN HJ. MASLEH
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN : AeU KUCHING, SARAWAK.


EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Isi Kandungan

Halaman
BAHAGIAN A
Baca artikel yang bertajuk “Keberkesanan Penggunaan Komputer Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Tatabahasa” oleh NOR ILYANI HARUN,
AHMAD FAUZI MOHD. AYUB & FADZILAH AB. RAHMAN.
Jawab soalan-soalan berikut:
1–5
a) Apakah tujuan dan rasional kajian ini?
b) Jelaskan dapatan kajian ini.
c) Nyatakan implikasi kajian ini.
6
Rujukan

BAHAGIAN B
7 - 11
Dalam bahagian ini, anda dikehendaki menjalankan kajian tentang cabaran
penggunaan teknologi dalam pengajaran & pembelajaran bahasa Melayu di
sekolah anda dan tulis satu laporan. 12
Rujukan

BAHAGIAN C
Sediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) – mengajar salah satu aspek
kemahiran membaca, menulis, mendengar atau bertutur.

Lampiran

I
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala kebesaran dan kasih sayang Allah yang
telah mengurniakan segala nikmat dan kekuasaannya kepada hambaNya sehingga ada peluang,
ruang dan kesempatan serta kekuatan kepada diri saya untuk menyiapkan penulisan tugasan kursus
untuk EPP 411 PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN
KOMPUTER bagi melengkapkan Kursus Semester Januari 2016 di bawah Program PGSR (Sarjana
Muda Pendidikan) ambilan Oktober 2013 KOHOT 4.
Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada:

Pensyarah saya, Dr. Zainal Abidin Bin Hj. Masleh, yang banyak mendorong, membantu dan
membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Segala jasa baik tuan amatlah dihargai dan
mudahan Allah membalas segala jasa baik serta ilmu yang telah dikongsikan.

Juga jutaan terima kasih kepada semua pentadbir, rakan-rakan guru dan staf Sekolah Kebaangsaan
Sri Aman, Sri Aman dan juga kepada semua sahabat sekuliah yang banyak membantu saya secara
langsung dan tidak langsung dalam memberikan pendapat, buah fikiran dan sokongan yang tidak
putus-putus.

Akhir sekali kepada suami dan anak-anak serta semua ahli keluarga yang amat menyayangi dan
memahami cita-cita dan perjuangan saya.

Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati kita semua. Amin.


Terima kasih..
Norlia Buang

NORLIA BINTI BUANG


E30209130011
PGSR
KOHOT4C

II
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

BAHAGIAN A

1.0. Pengenalan

Jurnal ini dihasilkan adalah untuk melihat perkaitan keberkesanan penggunaan


komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk penjodoh bilangan
dalam kalangan murid tahun tiga. Pengkaji tertarik untuk melakukan kajian ini kerana beliau
melihat penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu
belum digunakan secara meluas seumpama subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik. Pengkaji menekankan dari konteks tatabahasa kerana ia merupakan unsur asas
yang perlu dipupuk kerana ia merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Oleh sebab itu, ia menjadi cabaran kepada guru sekiranya terdapat murid
yang tidak dapat menguasainya dengan baik. Jadi, penggunaan komputer dengan perisian
tatabahasa penjodoh bilangan yang efektif dapat dijadikan sebagai bahan bantu mengajar.
Keupayaan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer ternyata
tidak dapat dipertikaikan lagi kerana benyak kajian-kajian lepas menggunakan komputer dan
melihat penguasaan dan pencapaian muridnya menjadi bertambah baik. Misalnya kajian
keberkesanan pembelajaran menggunakan komputer bagi bahasa Perancis sebagai bahasa
kedua di mana kajian yang dijalankan oleh Chenu, Gayraud, Martinie dan Tong (2007)
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor dalam ujian pasca dengan kumpulan yang
belajar secara manual (buku teks dan kuliah). Lebih jelas lagi apabila kajian eksperimen yang
dilakukan oleh Abu Seileek dan Rabab’ah (2007) ke atas 128 orang pelajar di King Saud
University dalam membandingkan pembelajaran Grammar berasaskan komputer (Computer
Based Grammar Instruction) dengan pengajaran Grammar berasaskan guru (Teacher Based
Grammer Instruction) mendapati pembelajaran Grammar berasaskan komputer adalah lebih
efektif.
Oleh itu, pengkaji yakin bahawa kajiannya juga memberi keputusan yang hampir sama
dengan pengkaji lepas di mana penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar mampu
memberi kesan positif terhadap pencapaian murid-murid dalam tatabahasa penjodoh
bilanagan.

1
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

2.0. Apakah Tujuan dan Rasional Kajian Ini?

Kajian ini dilakukan adalah kerana pengkaji ingin mengenal pasti dan menjelaskan
beberapa persoalan kajian yang berikut:
Mengapa penggunaan komputer penting dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu tatabahasa?
Adakah murid-murid dapat menguasai topik penjodoh bilangan selepas menggunakan
komputer dalam pembelajaran?
Bagaimana hubungan penggunaan komputer dalam pengajaran tatabahasa dengan pencapaian
murid?

Kaedah kajian
Kajian ini menggunakan murid tahun 3 Sekolah Kebangsaan Kuala Lumpur sebagai
sampel kajian. Hanya dua kelas sahaja dipilih untuk dijadikan sampel dan pemilihan dilakukan
secara rawak. Kelas-kelas tersebut dikenali sebagai kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
Kajian ini dijalankan selama sebulan dengan sepuluh kali pertemuan bagi setiap kumpulan
tersebut.
Instrumen kajian adalah set ujian pasca yang mengandungi 32 soalan berkaitan
penjodoh bilangan berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
Soalan-soalan dalam ujian tersebut telah dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu teks dan
bergambar. Untuk itu, pengkaji telah menggunakan perisian “Lecture Maker” dalam
pengajaran. Rajah 1 menunjukkan aplikasi perisian tersebut:

2
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Rajah 1: Perisian tatabahasa penjodoh bilangan

3.0. Jelaskan Dapatan Kajian ini.

Skor Ujian penilaian penggal pertama Bahasa melayu bagi kedua-dua kumpulan
tersebut telah dianalisis bagi memperoleh dapatan kajian. Melalui ujian t-tak bersandar
menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan skor ujian penilaian penggal pertama bahasa
melayu antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. Ini menunjukkan murid dari
kumpulan-kumpulan tersebut mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang seimbang dalam
subjek bahasa melayu.

Seterusnya analisis bagi skor markah ujian pasca iaitu daripada soalan berbentuk
gambar dan teks juga dilakukan bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan signifikan
antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Hasil daripada ujian t-tak bersandar
mendapati terdapat perbezaan signifikan skor. Ini bermakna, murid yang mengikuti pengajaran
dan pembelajaran menggunakan perisian “Lecture Maker” bagi tajuk penjodoh bilangan
adalah lebih baik berbanding murid yang didedahkan dengan kaedah kawalan guru.

3
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

4.0. Nyatakan Implikasi Dapatan Kajian Ini.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
penting memandangkan ia mampu meningkatkan kualiti pengajaran (Gulbahar &
Given ,2008), meningkatkan daya ingatan (Abdul Wahab ,Kamaliah& Hasrina 2006),
memotivasikan murid (Leask & Panchler,2005) dan murid boleh berinteraktif secara aktif dan
kreatif (Volman dan Eck,2001).

Penggunaan komputer dalam pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu masih di tahap


yang sederhana. Penggunaannya tidak begitu meluas di kalangan guru Bahasa Melayu.
Perkara ini berlaku mungkin disebabkan kekurangan perisian untuk digunakan oleh guru
semasa di dalam kelas. Selain daripada itu, tumpuan kepada penggunaan komputer lebih berat
kepada mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun
penggunaan komputer dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tidak harus dipinggirkan kerana
penggunaannya mampu menyumbang impak positif ke atas mata pelajaran tersebut.

Implikasi yang dapat dilihat daripada dapatan kajian ialah penggunaan perisian
komputer bagi tajuk tatabahasa Penjodoh Bilangan secara signifikan memberi kesan positif
terhadap murid berbanding dengan pengajaran secara kawalan. Hal ini dapat dibuktikan
apabila murid yang didedahkan dengan penggunaan komputer secara signifikan lebih baik min
skor ujian pasca berbanding kumpulan kawalan. Dari segi gender pula, murid lelaki secara
signifikan lebih baik min skor bagi ujian pasca berbanding murid perempuan bagi kumpulan
rawatan. Selain daripada itu, murid lelaki daripada kumpulan rawatan secara signifikan lebih
tinggi min skor bagi ujian pasca berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Dalam
masa yang sama, murid perempuan daripada kumpulan rawatan memperoleh min skor lebih
tinggi bagi ujian pasca berbanding murid perempuan daripada kumpulan kawalan.

Secara keseluruhan, kajian ini telah memberi implikasi yang positif terhadap diri murid
malah ia juga menyumbang sesuatu yang amat bermakna dalam pengajaran guru Bahasa
Melayu. Murid boleh memperoleh markah yang lebih baik serta pengajaran guru semakin
efektif berbanding pengajaran tanpa menggunakan komputer.

4
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Kamajuan teknologi ternyata banyak memberi manfaat, khasnya dalam bidang


pendidikan. Hari ini, pembelajaran berasaskan kumputer banyak membantu proses pengajaran
dan pembelajaran. Ini kerana, keadah ini mampu menarik minat pelajar kerana pembelajaran
menjadi lebih menyeronokkan di mana mereka telah keluar dari kaedah tradisional yang
membosankan sebaliknya mereka menjadi berani mencuba. Selain itu, situasi ini juga dapat
menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif di dalam kelas. Oleh sebab itu, penggunaan
komputer menjadi semakin penting digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

RUJUKAN

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah
menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, XXIV (1-2): 203-225.

Abu Seileek, A.F. & Rababah, G.A. (2007). The effect of computer-based grammar
instruction on the acquisition of verb tenses in an EFL context. The JALT CALL
Journal, 3 (1-2): 59-80.

Al-Haq, F. A.-A. & Al-Sobh, M. A. (2001). The Effect of a web-based writing Instructional
EFL Programmed on Enhancing the Perfomance of Jordanian Secondary Students. The
JALT CALL Journal, 6 (3): 189-218.

Awang Sariyan. (2009). Bagaimanakah tatabahasa dapat diajar dengan berkesan? Kertas
kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Pengajaran Tatabahasa, Fakulti Bahasa,
Universiti Pendidikan Sultan Idris. 19 Ogos 2009.

Chenu, F., Gayraud, F., Martinie, B. & Wu, T. (2007). Is Computer Assisted Language
Learning (CALL) efficient for grammar learning? An experimental study in French as
a second language. The JALT CALL Journal, 3 (3): 85 -93.

Gulbahar, Y. & Guven, I. (2008). A survey on ICT usage and the perceptions of social
studies teachers in Turkey. Educational Technology & Society, 11 (3): 37-51.

Leask, M. & Pachler, N. (2006). Learning to teach using ICT in the secondary school-a
companion to school experience. Routledge: Taylor & Francis Group.

Nabah, A. A., Hussain, J., Al-Omari, A. & Shdeifat, S. (2009). The effect of computer
assisted language learning in teaching English grammar on the achievement of
secondary students in Jordan. The International Arab Journal of Information
Technology, 6 (4):431-439.

Spradilin, K.D. (2009). The effectiveness of computer-assisted instruction in developmental


mathematic. Unpublished Doctoral Dissertation. Liberty University, United States,
Virginia.
Volman, M & Van, Eck. E (2001). Gender equity and information technology in education.
The second decade. The Review of Educational Research, 71, 613-631.

Yahya Othman & Dayang Rini Pakar. (2011). Kesan aplikasi perisian cerita interaktif semasa
mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid tahun 4 di
Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49.

Yusuf, M.O. & Afolabi, A. O. (2010). Effects of Computer Assisted Instruction (CAI) On
Secondary School Perfomance in Biology. The Turkish Online Journal of Educational
Technology, 9 (1): 62-69.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd

6
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

BAHAGIAN B

Laporan Kajian Cabaran Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa Melayu di sekolah saya.

1.0 Pengenalan
Penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap
kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan berkesan. Hjetland (1995)
menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”.
Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta
meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja pengurusan dan kerja-
kerja pengajaran pembelajaran.
Menurut Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks pendidikan,
teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul,
menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan
banyak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan penggunaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia
nyata serta membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari maklumat. Dalam menjayakan
penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan
gandingan dan sokongan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun masyarakat. Di
sekolah, guru terutamanya, perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan
penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
guru juga perlu mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan
peralatan ICT secara cekap dan efektif. Keupayaan seseorang guru untuk menggabungkan
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bukan berlaku secara automatis,
tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang penuh dengan minat.
Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintegrasiannya dalam
kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk membuat
persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk
menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu
mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

7
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

2.0 Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Saya


Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi dalam
P&P, maka penulisan tugasan ini adalah untuk mengetahui tahap penggunaan teknologi dalam
P&P di sekolah saya yang merangkumi hasil tinjauan terhadap penggunaan teknologi dalam
P&P di sekolah rendah yang terdiri daripada dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.
Teknologi yang sering digunakan dalam P&P oleh seesetengah guru di sekolah saya
ialah projector LCD, komputer riba (notebook), komputer, overhead projector, televisyen,
video dan radio. Segelintir guru yang mengajar subjek Matematik dan Sains masih
menggunakan projector LCD, skrin, speaker dan subwoofer, notebook dan troli, bahan-bahan
sokongan seperti Teaching courseware dalam bahasa Inggeris dan juga CD-Rom guru dan
murid yang dibekalkan. Seiring dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), terutamanya dalam elemen didik hibur, terdapat juga guru-guru yang menggunakan
komputer, projector LCD dan radio dalam P&P mereka. Sekolah saya juga dibekalkan dengan
sepuluh buah komputer dengan kemudahan pencapaian internet. Guru menggunakan
Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel) untuk menyediakan teks atau petikan, slaid,
berbagai graf, carta dan sebagainya sebagai bahan bantu mengajar. Guru juga memuat turun
bahan-bahan dan maklumat yang berkaiatan dengan proses P&P melalui internet. Namum
sejak akhir-akhir ini, seringkali berlakunya masalah talian akses internet menyebabkan
kekerapan penggunaan internet dalam P&P di kalangan guru-guru di sekolah saya menurun.
Walau bagaimanapun, penggunaan projector LCD dan komputer masih dan sering digunakan
oleh kebanyakan guru dalam P&P.
2.1 Penggunaan Teknologi Dalam Kalangan Guru-guru Di Sekolah Saya
Hasil tinjauan yang telah saya jalankan, didapati tidak semua guru di sekolah saya
menggunakan teknologi dalam P&P. Guru-guru yang menggunakan teknologi dalam P&P
berpendapat bahawa penggunaan komputer membantu guru untuk menyediakan bahan P&P
dalam bentuk Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel), flash, video, visual dengan
mudah dan menjimatkan masa, di samping meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil
P&P. Kemahiran menggunakan internet pula membolehkan guru dan pelajar mendapatkan
maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu masa
yang lama, seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti P&P. Melalui cara ini kualiti P&P akan
lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses ke dalam sistem. Justeru,
pelajar tidak akan mudah merasa jemu kerana tertarik dengan gaya persembahan yang
ditunjukkan melalui teknologi.

8
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Guru-guru yang tidak menggunakan teknologi dalam P&P pula mengatakan bahawa
mereka tidak bersedia untuk menggunakan teknologi kerana tidak berkeyakinan untuk
menggunakan teknologi dan ianya mengambil masa untuk penyelenggaraan alat-alat tersebut.
Guru-guru tersebut menganggap bahawa komputer, projektor LCD dan mencari maklumat
atau sumber pembelajaran dari ineternet sebagai sesuatu yang membebankan kerana
memerlukan masa yang lama dari segi penyediaan, di samping usaha untuk guru membentuk
bahan P&P berasaskan komputer memerlukan kemahiran yang tinggi, sedangkan mereka tidah
mahir menggunakan komputer. Kemahiran dan kreativiti guru diperlukan untuk
mempelbagaikan bahan P&P namun guru tidak mempunyai masa untuk menghasilkan atau
memperbanyakkan bahan berasaskan teknologi.
3.0 Kepentingan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan teknologi dapat memudahkan tugas serta meningkat prestasi guru seperti
penggunaan teknologi dalam tugas pengurusan dan tugas P&P (Hjetland, 1995). Guru dapat
mempelbagaikan proses P&P, bahkan dapat mempertingkatkan kualiti P&P dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam teknologi tersebut. Contohnya,
pelbagai alat pandang dengar elektronik seperti perakam kaset, compact disc, video compact
disc, digital compact disc, projektor filem, video kamera, projektor LCD, projektor episkop
dan MP3 boleh digunakan dalam P & P dengan lebih efektif dalam P&P di sekolah rendah.
Bahan grafik, gambar dan carta pula boleh digunakan untuk membantu guru menjelaskan
suatu konsep yang sukar untuk dijelaskan dalam bentuk kata-kata. Konsep-konsep yang sukar
tersebut lebih mudah dijelaskan dengan menggunakan gambar, grafik atau carta. Pelajar-
pelajar terutamanya yang berada di sekolah rendah lebih memahami setiap apa yang diajar
kerana diberi gambaran dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami. Sebagaimana
menurut Dowling (1999); Giesert dan Futrell (1990); dan Mahzan Arshad (2003), tidak dapat
dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar dalam bahasa sememangnya
dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebih baik.
Giesert dan Futrell (1990), berpendapat bahawa guru yang berbakat dapat
menggunakan komputer secara kreatif dan kritis untuk membantunya mencapai objektif P&P.
Contohnya, guru boleh menggunakan program yang mudah seperti persembahan elektronik
untuk dijadikan bahan simulasi dalam pelbagai aktiviti dengan cara menulis dan menyediakan
bahan persembahan audio dan visual seperti program Real Adobe yang boleh digunakan
sebagai bahan simulasi untuk membantu pelajar dalam latihan pengajaran bacaan dan
pemahaman bacaan. Menurut Heinich, sekiranya komputer digunakan dengan secara

9
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

sistematik dan terancang, proses P&P akan berjalan lebih lancar, selain sebarang masalah yang
rumit dalam penyampaian dapat diselesaikan dengan mudah (1996). Ini juga secara tidak
langsung dapat mendedahkan pelajar-pelajar sekolah rendah dengan pelbagai alatan dan bahan
mengenai teknologi seperti komputer, projektor LCD, CD, pendrive, hardware, software,
internet dan sebagainya. Pelajar yang celik komputer pula akan mempunyai kefahaman asas
fungsi komputer, dapat menggunakan komputer bagi memudahkan pelaksanaan tugas-tugas
harian sama ada untuk kegunaan peribadinya atau untuk tugasan sekolahnya dengan cekap dan
berkesan, dan dapat berinteraksi dengan komputer dengan menggunakan aplikasi-aplikasi
seperti multimedia dan internet.
Kemajuan teknologi telah meningkatkan penggunaan internet, laman web (web page)
dan jaringan (networking) dalam pendidikan, termasuk pendidikan di sekolah rendah.
Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel
dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991). Kemajuan
yang begitu pesat dalam bidang teknologi elektronik, satelit, telekomunikasi dan teknologi
maklumat membolehkan seseorang guru menyampai, mengumpul, menyalurkan,
menyebarkan, mengurus, memproses atau menyimpan pelbagai jenis maklumat dengan cepat
dan mudah dengan menjadi E-mel, World Wide Web, teknologi digital, Internet, CD-Rom dan
bahan multimedia interaktif sebagai alat atau kemudahan baru dalam proses P&P di sekolah
rendah.
4.0 Cabaran-cabaran Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi merupakan salah satu cabaran dalam
menggunakan teknologi dalam P&P. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan
kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan teknologi. Justeru, masih terdapat guru-guru
yang tidak tahu menggunakan komputer, memasang projektor LCD, tidak menyediakan bahan
P&P menggunakan Microsoft Office Word, Microsoft Office Powerpoint atau Microsoft
Office Excel dan sebagainya. Apabila guru yang tidak cekap atau tiada kemahiran
mengoperasikan peralatan teknologi seperti projektor LCD dan komputer, ini akan
menimbulkan masalah kerana mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan
teknologi sebelum memulakan proses P&P.
Penerimaan guru terhadap penggunaan teknologi dalam proses P&P juga merupakan
salah satu cabaran yang dihadapi. Terdapat segelintir guru, terutmanya dalam kalangan guru-
guru yang telah lama berkidmat dalam dunia pendidikan enggan mengikut pembaharuan atau
mengubah suai corak P&P mereka. Pembaharuan dengan menggunakan teknologi dalam P&P
dirasakan sebagai satu beban. Mereka merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional

10
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

sudah cukup untuk menyediakan P&P yang berkesan di dalam bilik darjah. Guru-guru yang
tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk
belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Menurut Norizan Abdul Razak, dalam
kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa
membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer
dalam pengajaran mereka (1997).
Menurut Becker, antara halangan utama penggunaan komputer di sekolah ialah
kekurangan perkakasan yang terkini (1991), kebanyakan sekolah telah dibekalkan dengan
perkakasan berteknologi lama, berkualiti rendah dan berkuasa rendah (Hasselbrig, 1991) dan
bilangan yang dibekalkan adalah tidak mencukupi (Cedoline, 1982; dan Vitchoff, 1989).
Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap juga menjadi
salah satu punca permasalahan pengguaan teknologi dalam P&P tidak dapat dilaksanakan
dengan baik. Masalah membekalkan dan menyelenggara peralatan komputer di sekolah
memerlukan kos yang tinggi. Namun kekurangan kakitangan sokongan yang boleh
melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan komputer menyebabkan banyak komputer yang
mengalami kerosakan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaik pulih. Akibatnya bilangan
komputer di sekolah tidak dapat menampung keperluan pelajar yang ramai.

5.0 Kesimpulan
Pada kesimpulannya, walaupun kesedaran terhadap kelebihan pengguanaan teknologi
dalam P&P telah meningkat dalam kalangan guru-guru di sekolah rendah namun tidak ramai
guru yang mengaplikasikannya. Justeru, penggunaan kemudahan teknologi dalam P&P perlu
diteliti semula di mana dalam bidang pendidikan, peralatan teknologi ini harus tersedia dalam
keadaan mudah untuk digunakan. Selain itu, sebelum seseorang itu menjadi guru di sekolah
rendah, mereka perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu penggunaan dan pengaplikasian
kemudahan teknologi. Kegagalan pengaplikasian sumber-sumber atau alat bantu pengajaran
ini perlu diberi perhatian agar tidak berlaku pembaziran sumber. Jadi, isu ini perlu ditangani
dengan sebaik mungkin agar generasi anak Malaysia celik IT (information technology) dari
seawal sekolah rendah supaya mereka lebih berdaya saing sekaligus melahirkan modal insan
yang serba boleh. Walaupun terdapat kelemahan, cabaran serta peluang dalam penggunaan
komputer di dalam bilik darjah, seharusnya guru mengambil peluang ini untuk
mempertingkatkan lagi kemahiran dalam bidang IT dan seterusnya dapat meningkatkan
profesionalisme keguruan.

11
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Rujukan

Daripada Buku

Ab. Rahim Selamat. 2000. Kemahiran dalam sekolah bestari. Johor Bharu:
Badan Cemerlang Sdn. Bhd.

Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah Ke Alam Siber. Utusan


Publication & Distributor Sdn Bhd.

Norhashim Abu Samah (1996), Pengajaran Bantuan Komputer. Dewan Bahasa


Pustaka.

Rozinah Jamaludin (2000). Asas-asas Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan


Publication & Distributor Sdn Bhd.

Zulkifli dan Raja Maznah, 1994, Teknologi Komputer dalam Pendidikan, Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

Daripada Tesis Sarjana

Juriah Long (Ed) (1998). Inovasi Dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial dan
Teknologi Maklumat. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kassim bin Abbas (2006). Media Dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Baharuddin , Noraffandy, Jamalludin dan Zaidatun. Teknologi Pendidikan: Dari yang


tradisi kepada yang terkini. Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, 2000

12
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

BAHAGIAN C

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : 4 Dinamik

Hari : Jumaat

Tarikh : 12 Febuari 2016

Masa : 9.15-10.15 pagi

Bilangan Pelajar : 30 orang

Tema : Hidup Selamat

Tajuk : Kata Adjektif Warna

Lampu Isyarat

Fokus Utama: Standard Kandungan

3.4 Menulis imlak dengan tepat.

Standard Pembelajaran

3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi

suku kata terbuka dan tertutup dengan tepat.

Fokus Sampingan : Standard Kandungan

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul

mengikut konteks.

Standard Pembelajaran

5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dengan

betul mengikut konteks.


EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-

(i) menyatakan lima kata adjektif warna.


(ii) menggunakan kata adjektif warna dengan betul mengikut konteks.

Pengisian Kurikulum: Ilmu – Pendidikan Seni Visual, Nilai – Sayangi Keluarga,

KBT : KB- Mengenal pasti. dan KP -Verbal – Lingustik.

Kemahiran bahasa : Mendengar : pantun yang ditayangkan.

Bertutur : Tanya – jawab secara bertatasusila.

Membaca : Ayat-ayat kata adjektif yang ditunjukkan.

Menulis : Jawapan dengan kata adjektif yang betul.

Sistem Bahasa : Kosa Kata

Tatabahasa : KataHubung , Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Kata Nama Khas

Pengisian Kurikulum: Ilmu- Pendidikan Moral & Muzik. Nilai : Kasih sayang,

keberanian

KBT : Verval Lingustik, visul ruang, kinestik, kbkk, didik hibur.

Media : Komputer, lembaran kerja, gambar kemalangan, lirik lagu

Pengetahuan Sedia Ada : Murid menaiki kenderaan seperti kereta, motorsikal, basikal,

bas, van lain-lain.

2
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN


Langkah/ Isi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Pelajaran
Masa Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Set Induksi 1.1 Murid 1. Guru menayangkan 1. Murid melihat Strategi/ Teknik:
menonton video youtube tayangan video. pemerhatian dan
(5 minit)
video kempen keselamatan soal jawab
youtube jalan raya.
kempen
keselamatan Sumber
jalan raya. 2. Guru bersoal jawab pengajaran:
dengan murid. 2. Murid menjawab
Tayangan video
tali pinggang keledar,
Contoh soalan:
topi keledar,
Apakah langkah mematuhi lampu
Penglibatan
keselamatan yang isyarat dan peraturan
murid yang aktif
diambil semasa jalan raya, tidak
menaiki kereta atau menggunakan telefon
motorsikal? bimbit dan lain-lain.

3. Guru masukkkan
tajuk hari ini iaitu
Tema :Hidup Selamat

Tajuk : Kata
Adjektif Warna

Lampu Isyarat

Langkah 1 Gambar- 1.Guru 1. Murid memberi Strategi/ Teknik:

3
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

(8 minit) gambar menayangkan perhatian. Pemerhatian dan


kemalangan Power Point di sumbangsaran
jalan raya di hadapan kelas. pelajar
Malaysia.

2. Guru menyoal Sumber


pelajar : 2. Murid pengajaran:
memerhatikan paparan
a. Apa yang kamu Slaid Power Point
power point tentang
lihat?
gambar-gambar
b. Apa yang berlaku kemalangan jalan raya.
Sikap
kepada pemandu
Murid:Ketelitian,
itu?
sifat ingin tahu,
Murid menjawab
c. Mengapa perkara takut, sedih dan
pemandu cedera, patah
ini berlaku? berhati-hati
, luka dan berdarah,
d. Apa perasaan kereta rosak
kamu jika berlaku meninggal.
Penglibatan
kepada keluarga
murid yang aktif
kamu?
Pandu laju ,
e. Guru mengaitkan
melanggar peraturan
peristiwa dengan
jalan raya, mabuk .
pelajaran hari ini.

f. Kita mesti patuhi


peraturan jalan raya Sedih, takut ,cacat,
terutama sekali kereta rosak, banyak
patuhi lampu guna duit.
isyarat.

Guru bertanya lagi


Murid menyanyikan

4
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

ingat tak pesan lagu “Pesan Ibu”


ibu…? Jika bersama –sama.
kemana-mana kita
mesti berhati-hati.
Bukan sahaja
pemandu kenderaan
yang perlu
berwaspada, pejalan
kaki pun mesti
berhati-hati. Cuba
kamu nyanyikan
lagu “Pesan Ibu”.

Langkah 2 Melihat 1.Guru 1.Murid memerhatikan Strategi/ Teknik:


contoh-contoh menunjukkan gambar lampu isyarat. Pemerhatian dan
(5 minit)
lampu isyarat. gambar-gambar pengetahuan
lampu isyarat. sedia ada

2. Guru bertanya :
2. Murid menjawab :
a. Di manakah Sumber
terdapatnya lampu a. Di simpang jalan. pengajaran:
isyarat?
b. Lampu isyarat ada Gambar
b. Berapakah warna tiga warna.
lampu isyarat?
c. Merah, kuning, dan
Sikap
c. Apakah warna- hijau.
Murid:Ketelitian
warna lampu
isyarat?

Murid memberi
3. Guru memberi

5
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

penerangan tentang respon- berhenti. Penglibatan


warna merah murid yang aktif
bermaksud …..
(berhenti)

Guru minta murid Murid eja –merah


cuba eja merah.

Warna kuning
Murid memberi respon
bermaksud ……..
– bersedia berhenti
bersedia berhenti.
Murid eja – kuning
Guru minta murid
cuba eja kuning.

Warna hijau Murid memberi


bermaksud……. respon- jalan

Kereta jalan Murid eja - hijau

Guru minta murid


eja hijau.

Langkah Membaca ayat 1.Guru meminta 1. Murid membaca Nilai dan sikap
tunggal dan murid bersama- bersama-sama guru. murid:
3
ayat majmuk sama membaca
Murid ulangi bacaan Bekerjasama,
(10minit) dalam petikan pantun yang
pantun tanpa guru. sifat ingin tahu,
pantun yang disediakan.
ketelitian dan
dipaparkan.
kekemasan

KG: kemahiran
belajar-
membuat
pemerhatian,
meulis.

Pantun jalan raya

6
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Merah putih si - kemahiran


bunga raya, berfikir –
menjana idea.
Dipetik gadis untuk
disemat, KBT: belajar
menulis,
Hati-hati di jalan
mengingat.
raya,
-teori kecerdasan
Biar lambat asal
pelbagai-
selamat.
interpersonal.
Berbaju hijau ke
rumah Manan,

Berjalan kaki
dengan pantas, KG: kemahiran
belajar dalam
Pandang ke kiri
kumpulan ,
dan ke kanan,
-merancang dan
Tiada kenderaan
menguruskan
baru melintas.
aktiviti dan
bekerjasama
Melengkapkan 2. Murid datang ke dalam kumpulan.
2. Guru bertanya
ayat dengan depan, tunjuk kata
Langkah kepada murid
kata adjektif adjektif warna dan eja.
‘Siapa boleh
4 warna. Ulangi dengan murid
tunjukkan kata
yang lain sehingga
(10 minit) adjektif warna yang
selesai.
terdapat dalam
KBT:
pantun ini’.
konstruktivisme-
meneroka.

1. Guru memberi 1.Murid yang tahu Nilai:


Murid penerangan dan jawapan ke hadapan bekerjasama,

7
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

lengkapkan arahan latihan untuk menjawab. teliti


latihan bertulis melengkapkan ayat.

(B3 DB1 E2)


Ilmu: pendidikan
dan kolaj
2. Guru meminta seni visual,
‘lampu isyarat’ 2. Murid- murid
murid yang tahu matematik
membaca soalan yang
jawapan ke hadapan
telah dilengkapi
untuk menaip
dengan jawapan .
jawapan.

1. Guru meminta BSPP: lembaran


murid duduk dalam 1. Murid dalam kerja , kertas
kumpulan yang kumpulan berbincang warna
Langkah
telah ditetapkan. untuk menjawab
5 dengan betul.

(10 minit)
2. guru meminta
murid menjawab
soalan lembaran
kerja yang perlu
dilengkapkan
dengan kata adjektif
‘warna’.

2. Selesai menjawab
Contoh soalan di
dilembaran kerja murid
lampiran.
–murid bekerjasama
8
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

membuat kolaj lampu


isyarat.
3. Guru meminta
pelajar selesai
menjawab membuat
lampu isyarat
menggunakan
kepingan kertas
yang telah
disediakan.

Penutup Mempamerkan 1. Guru bertanya 1. Murid menjawab KG:


hasil kerja dan secara kelas: warna, kita mesti
(3 minit) -kemahiran
membuat berhati-hati di jalan
Apa pelajaran yang belajar menilai
rumusan. raya, patuhi lampu
kamu pelajari hari maklumat
isyarat.
ini?
-kemahiran
berfikir.
2. Murid bertepuk
2. Guru memuji Nilai : kasih
tangan sambil mengeja
hasil kerja murid sayang, berhati-
warna merah, kuning,
pandai atau bagus. hati, gembira
hijau.

3. Guru meminta
3. Muird menyanyi
murid menyayikan
bersama-sama dengan
sekali lagi lagu
aksi.
“Pesan Ibu” secara
kelas .

1.1 Refleksi

9
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 Dinamik yang bertemakan “Hidup
Selamat” dalam tajuk “Kata Adjektif Warna – Lampu Isyarat”, teknik membaca yang digunakan
sepanjang aktiviti ini ialah teknik membaca secara mentalis dan mekanis. Penggunaan teknik ini
dipilih memandangkan murid pada tahun 4 Dinamik merupakan tahap pelajar yang berpencapaian
sederhana. Hanya terdapat 2 orang murid yang masih memerlukan pemulihan.Teknik membaca
yang digunakan ialah teknik bacaan mentalis dan teknik bacaan mekanis. Pelajar juga diminta
memerhati dengan teliti tayangan untuk mendapatkan gambaran awal tentang tayangan video yang
ditayang oleh guru.Setelah itu murid menyenaraikan beberapa jawapan soalan yang terkandung di
dalam tayangan. Soalan-soalan ini dibincangkan dan dibuka sesama murid dan guru untuk memberi
pendapat secara spontan menggunakan bahasa yang betul.

Selepas set induksi yang memperkenalkan tajuk pembelajaran pada hari tersebut, langkah
pertama dimulakan dengan guru menayangkan slaid ‘power point’ berkaitan gambar-gambar
kemalangan jalan raya. Sebelum itu guru mengingatkan murid-murid agar melihat tayangan ini
dengan penuh keinsafan agar kejadian kemalangan ini dapat dielakkan. Guru menayangkan slaid
satu persatu dan mengemukakan beberapa soalan secara terbuka. Murid member respon jawapan
dengan penuh minat serta dapat mengemukakan banyak idea. Guru seterusnya membincangkan
beberapa pengajaran penting daripada tayangan slaid dan soal jawab lisan serta mengaitkan
pengajaran dengan sebuah lagu kanak-kanak ‘Pesan Ibu’.
Dalam langkah kedua guru menunjukkan contoh gambar lampu isyarat serta bersoal-jawab
tentang isi kandungan pelajaran berkaitan kata adjekjtif – warna. Murid-murid member jawapan
secara penglibatan yang penuh aktif dan guru menekankan objektif pembelajaran dan kemahiran
bacaan.

Guru seterusnya mengedarkan petikan pantun dan setiap murid membaca secara mentalis.
Bacaan mentalis merupakan bacaan yang dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar
menguasai bacaan bersuara.Tujuan bacaan tersebut adalah untuk memahami maklumat atau idea.
Selepas murid memahami petikan yang dibaca, guru memilih pula beberapa orang murid untuk
membaca secara mekanis. Bacaan mekanis merupakan bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas
dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.Bacaan mekanis juga mementingkan sebutan huruf
dan bunyi serta ritma pantun dengan betul mengikut nada intonasi dan tekanan yang betul. Bahan
bacaan dan petikan juga merupakan bahan yang mudah dan tidak membebankan minda. Murid juga
diminta mengeluarkan kosa kata dalam petikan dan kemudian guru berbincang tentang kosa kata
bersama murid.

10
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Seterusnya untuk langkah keempat dan kelima di mana aktiviti murid diberi latihan mengisi
tempat kosong.Murid diminta menjawab soalan dengan jawapan yang betul berdasarkan pilihan
jawapan. Setelah menyelesaikan jawapan,murid dikehendaki membaca secara mekanis.Murid
dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.Semasa
melakukan pembacaan,murid boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan.

Dalam kumpulan,murid boleh bertukar-tukar pendapat dan fikiran menerima dan menolak
konsep maklumat yang dibaca.Untuk langkah ketiga, aktiviti kumpulan dijalankan dengan aktiviti
membina satu perenggan pendek menceritakan tentang sukan berdasarkan gambar yang telah
diberi.Selepas aktiviti perbincangan kumpulan, untuk sesi pembentangan ,murid mengingat kembali
maklumat dari pembacaan daripada petikan dan isi-isi penting semasa perbincangan kumpulan
sebelum ini. Setelah memberi jawapan, teknik R-Review digunakan untuk mengesahkan jawapan
yang diberi supaya tidak ada tertinggal fakta dalam tugasan yang diselesaikan.

1.2 Kekuatan

Di antara kekuatan dan kelebihan menggunakan teknik membaca mentalis, mekanis dan intensif
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer Tahun 4
Dinamik ini ialah:

a) Dapat melatih murid membaca sesuatu petikan dengan singkat dan dapat mengingat dan
memahami lebih banyak maklumat dengan menggunakan komputer.
b) Melatih murid menggunakan minda secara optimum dengan bantuan komputer.
c) Mempertingkatkan keupayaan murid memahami teks petikan yang dibaca dalam jangka
masa yang singkat.
d) Dapat membantu murid menggunakan kemahiran berfikir terutama bagi memahami teks
yang dibaca.
e) Guru dapat melatih murid membaca senyap dan pantas untuk memahami bahan
bacaan.Murid dapat memahami isi kandungan yang dibaca,faham dan dapat menaakul bahan
bacaan.
f) Apabila murid telah dapat menguasai kemahiran membaca menggunakan teknik ini,guru
dapat menanam minat membaca di kalangan murid.Pemupukan minat membaca memberi
kuasa intelek kepada murid dengan pengetahuan baru sepanjang masa.

1.3 Kelemahan

Tidak banyak kelemahan sewaktu menggunakan teknik mekanis, mentalis dam intensif
11
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

berbantukan komputer ini kerana bersesuaian dengan tahap pencapaian murid Tahun 4 Dinamik
di mana tahap mereka dalam kalangan murid berpencapaian sederhana. Teknik ini bersesuaian
kerana tidak memerlukan pemahaman dalam jangka masa yang singkat.

1.4 Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat diambil dalam pengajaran dan pembelajaran di atas,secara


keseluruhannya dapat dicapai dengan jayanya. Keseluruhan murid dapat menguasai
pembelajaran pada hari ini dengan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer. Penggunaan teknik bacaan mekanis, mentalis dan intensif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan komputer Tahun 4 Dinamik ini
telah banyak memberi kelebihan kepada murid berbanding kelemahannya dan amat
bersesuaian dengan tahap pencapaian murid sederhana. Melalui proses dan penggunaan
teknik-teknik bacaan ini,pelajar memperoleh maklumat yang tepat,cepat dan dapat
menyelesaikan tugasan secara berkesan. Pengawasan kelas serta penglibatan murid yang
aktif amat jelas dan berjaya melalui interaksi guru dengan murid dan murid dengan murid.

Bibliografi

12
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Abdullah Hassan, (1989), Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan, (1989), Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.Tanjung
Malim: Quantum Books.

Azman Wan Chik (1979).Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. KualaLumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim:UPSI.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam:Penerbit
Fajar Bakti.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:Penerbit
Fajar Bakti.

J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman GroupLimited

Norjiah Bt. Sulaiman, (1996), Kajian Tindakan: Penyelidikan Dalam Bilik Darjah, Kementerian
Pendidikan Malaysia

Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: ProfessionalBooks.

SLAID POWER POINT

13
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

14
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

15
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

16
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

17
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

PETIKAN LAGU - PESAN IBU

PETIKAN PANTUN – JALAN RAYA (POWER POINT)

18
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

LATIHAN PENGAYAAN :

1. Isi manggis berwarna


19
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

2. Kenderaan hendaklah berhenti apabila

lampu isyarat berwarna

3. Warna dan dan

ialah warna kegemaran ibu saya.

4. Adik bersongkok

pada Hari Raya.

20
EPP 411 : PENGAJARAN & PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

5. Bunga kebangsaan kita bunga raya

berwarna .

21

Anda mungkin juga menyukai