Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 2d

1.0 Pengenalan

Sekolah merupakan tempat murid menimba ilmu pengetahuan, melibatkan diri secara
aktif dan membina pelbagai kemahiran yang dapat membentuk dirinya sebagai seorang
murid yang cemerlang. Sekolah menjadi medan untuk merangsang motivasi, minat dan
semangat untuk belajar. Selain itu, sekolah juga bertindak sebagai agen perpaduan antara
murid dengan murid dan guru dengan murid. Iklim sekolah yang baik membantu murid
mencapai matlamat pembelajaran kerana mereka menyedari kepentingan sikap berdikari,
memajukan diri dan sikap kesepunyaan antara satu sama lain. Sifat kesepunyaan ini
mampu mewujudkan keharmonian dalam bilik darjah yang pelbagai kaum seperti tiga kaum
utama iaitu Melayu,cina dan India. Dalam hal ini, guru haruslah memainkan peranan yang
penting sebagai agen sosialisasi dalam memupuk serta meningkatkan perpaduan dan
integrasi dalam kalangan murid di sekolah.. Menurut Nordin Mohd Yusof (2016), guru perlu
melaksanakan beberapa strategi, langkah, pendekatan dan juga aktiviti yang dapat
memupuk nilai perpaduan bermula dari dalam kelas lagi. Oleh itu, usaha ini perlu dirancang
dan dilaksanakan guru agar perpaduan antara kaum dapat diamalkan murid-murid di
sekolah dan mampu diampikasikan juga dalam kehidupan seharian mereka.

2.0 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Kaedah dan teknik pengajaran merupakan satu cara yang digunakan untuk
mengelolakan murid-murid didalam kelas. Teknik dan pendekatan ketika proses Pengajaran
dan Pemudahcaraan (PdPC) perlu dilaksanakan dengan baik untuk memastikan murid
benar-benar memperoleh input yang deberikan oleh guru (Maszuria Abd Ghani, 2017).
Dalam masa yang sama, perlaksanaan aktiviti melalui beberapa aspek dalam teknik
pengajaran seperti, teknik belajar sambil bermain, bercerita, dan perbincangan dapat
diterapkan nilai perpaduan dalam kalangan murid. Ketika aktiviti berkumpulan, guru perlu
membahagikan mereka ke dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Perkara ini dilihat sangat
baik untuk murid memupuk nilai perpaduan dan merialisasikan aspirasi sekolah mesra
budaya melalui teknik belajar sambil bermain. Melalui ini juga, mereka dapat menanam
sikap bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira kaum.
3.0 Pengurusan Persekitaran Fizikal sekolah

Bagi mewujudkan persekitaran fizikal yang baik, guru perlu memastikan susun atur
kelas dalam keadaan yang menyelesakan murid. Susunan kerusi dan meja murid mestilah
memberi peluang kepada hubungan mata antara guru dan murid. Susunan tersebut tidak
menghalang pandangan murid kepada guru dan papan tulis. Selain itu, penyusunannya juga
tidak menyekat pergerakan guru sampai ke tempat duduk murid-muridnya. Antara model
penyusunan kelas yang baik ialah bentuk ladam kuda bagi jumlah murid yang sedikit dan
susunan secara berkelompok adalah sesuai bagi menggalakkan mereka berinteraksi antara
satu sama lain. Hal ini bagi memastikan murid dalam keadaan selesa dan bersedia untuk
belajar. Selain itu, aktivitI kumpulan juga akan senang dijalankan. Sesi pengajaran juga
dilakukan berpusatkan murid. Guru juga bertindak sebagai fasilitator Contohnya, murid akan
bergerak secara kolaboratif untuk mencari maklumat dengan bimbingan guru. Guru juga
perlulah menjalankan aktiviti seperti temubual dengan menggunakan pelbagai Bahasa
contohnya Bahasa melayu dan Bahasa inggeris. Program seperti temuramah tentang
budaya amat penting untuk memupuk perpaduan antara murid. Antara aktiviti lain ialah,
aktiviti Show And Tell. Melalui aktiviti ini, murid boleh berkongsi tentang budaya masing-
masing di hadapan murid-murid yang lain agar mereka faham tentang budaya kaum lain.

Selain itu, guru perlulah memastikan suasana bilik darjah yang ceria. Antara usaha
yang boleh dilakukan oleh guru untuk menceriakan kelas ialah seperti menghias bilik kelas,
memastikan cahaya di dalam kelas adalah mencukupi, mengemaskini papan kenyataan dan
sebagainya. Kebebasan yang diberikan kepada murid untuk menetukan hiasan di dalam
bilik darjah dapat memupuk rasa tanggungjawab antara murid. Contohnya seperti
mempamerkan model pakaian tradisi etnik sesebuah masyarakat, peralatan tukangan,
masakan dan barangan yang melambangkan sesuatu corak kebudayaan kaum seperti corak
pada lukisan dinding. Selain itu, lukisan yang dipamerkan di dinding juga dapat memberikan
asas pengetahuan kepelbagaian etnik dan budaya dalam kalangan ahli kelas. Oleh tu,
mereka sesama sendiri akan mula mengenal dan memahami corak kepelbagaian etnik dan
budaya rakan-rakan mereka. Guru boleh memilih seorang ketua dan membahagikan tugas
kepada murid-murid yang lain. Akauntibiliti diberikan kepada murid-murid sendiri supaya
dapat memupuk semangat kekitaan dan kesefahaman antara mereka.

4.0 Sambutan Perayaan


Guru perlu mengadakan aktiviti meraikan perayaan dengan melibatkan murid pelbagai
kaum di sekolah seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali. Guru boleh
mengambil kesempatan ini untuk mededahkan budaya pelbagai kaum kepada murid kepada
murid seperti pantang larang, pakaian, kepercayaan, adat resam dan sebagainya. Melalui
sambutan perayaan ini, murid dapat melihat dan merasai sendiri bagaimana perayaan yang
disambut oleh kaum lain yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh bagi perayaan Hari
Raya, murid bukan berbangsa melayu atau bukan beragama islam dapat mengetahui
bagaimana masyarakat melayu di Malaysia menyambut perayaan tersebut. Dalam perayaan
Hari raya misalnya, murid-murid dan guru-guru berbangsa lain dapat menikmati pelbagai
jenis aneka masakan yang dimasak ketika masyarakat melayu menyambut hari Raya.
Mereka juga dapat merasai suasana yang selalu dirasai oleh orang melayu ketika tibanya
hari raya yang sentiasa dinantikan saban tahun. Selain itu, sambutan perayaan ini juga tidak
boleh hanya diadakan perayaan untuk Hari Raya atau perayaan masyarakat melayu sahaja,
perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan perayaan utama yang lain juga perlu disambut
juga. Hal ini dapat mewujudkan semangat perpaduan di sekolah mahupun di dalam kelas.
Selain itu, perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti bersukan. Murid-murid akan bermain
dalam satu pasukan secara bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan bersama
dan setiap pasukan mestilah terdiri daripada pelbagai budaya, Umum mengetahui bahawa
kanak-kanak suka bermain dan secara tidak langsung ini akan meningkatkan semangat
kekitaan yang ada dalam diri murid-murid seterusnya dapat memupuk perpaduan anatara
mereka.

5.0 Sambutan Kemerdekaan


Di peringkat sekolah, program sambutan bulan kemerdekaan wajar dilaksanakan bagi
membentuk perpaduan murid berbilang kaum. Guru dan warga sekolah perlu mengambil
inisiatif bagi melaksanakan aktiviti yang menarik berkaitan dengan kemerdekaan. Melalui
aktiviti sambutan kemerdekaan ini, sekolah mesra budaya sudah semestinya dapat dibentuk
malah perpaduan antara kaum disekolah itu semakin utuh. Melalui sambutan kemerdekaan
ini juga, guru boleh melaksanakan melaksanakan pertandingan atau persembahan
pementasan bertemakan kebudayaan dan di Malaysia. Murid digalakkan untuk melakuan
persembahan yang menarik seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, persembahan
deklamasi sajak dan juga sketsa kemerdekaan. Disamping itu, pihak sekolah wajar
menyediakan hadiah dan ganjaran yang menarik agar murid-murid lebih tertarik untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Cara ini sebenarnya dapat mencungkil kebolehan
mereka dan secara tidak langsung memberikan kesan perpaduan dalam diri mereka sendiri.
Apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti ini, mereka akan mula menjiwai dan lebih
memahami erti perpaduan yang mampu menyatu padukan rakyat yang berbilang bangsa
dan kaum di Malaysia ini. Penghayatan dalam lakonan, nyanyian dan juga sajak yang
disampaikan serba sedikit mampu memberikan kesan dalam diri mereka. Malahan, murid
yang tidak mengambil bahagian dalam pertandinagn pun akan turut memperoleh manfaat
daripada nilai dan pengajaran melalui persembahan yang ditonton mereka. Kesedaran
terhadap kepentingan menjaga keharmonian ini mula akan subur dalam diri mereka
sekiranya aktviti ini mampu dilaksanakan dengan berkesan serta memberikan kesan tingkah
laku perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid. Sudah semestinya amalan perpaduan
dapat diamalkan disekolah, malah semangat perpaduan antara kaum yang terdapat di
sekolah akan lebih erat.

6.0 kesimpulan

Kesimpulannya, seorang guru perlulah memainkan peranan penting bagi menyuntik dan
mendidik murid supaya meraka saling menghormati sesama mereka. Hal ini adalah kerana
kita hidup dalam masyarakat majmuk. Suasana sekolah yang mesra budaya sememangnya
merupakan suatu medium yang terbaik yang perlu disediakan kepada murid-murid agar
mereka boleh memaksimumkan penglibatan semasa PdP dan aktiviti disekolah. Selain itu,
usaha yang ingin dilakukan ini memerlukan kesepakatan daripada guru-guru, kakitangan
sekolah dan juga ibu bapa. Sekiranyanya kesemua pihak ini mampu memberikan kerjasama
yang baik, nescaya serba sedikit perubahan dalam kalangan murid dapat dilihat
terutamanya berkenaan isu perpaduan kaum ini. Oleh itu, semua pihak perlulah
bersungguh-sungguh dalam menerapkan unsur perpaduan dalam kalangan murid-murid.
7.0 Rujukan

Noriati, Boon, Sharifah. (2012). Murid dan alam belajar.

Schunk, D. H. (2012). Learning theories: An educational perspective. (6th ed.). Boston:

Pearson Education, Inc.

Ahmad Subki Miskon. (2016). Pengantar Pengajian Profesional. Bangi: Sasbadi Sdn Bhd.

Hamzah. (2010). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn

Bhd.

Anda mungkin juga menyukai