Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Individu Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan Rancangan Pengajaran

Harian (RPH) dalam mata pelajaran Matematik untuk tugasan taksiran Seni Dalam Pendidikan (SDP) secara berkumpulan. Setelah mendapat pendapat dan penilaian awal daripada pensyarah kami iaitu Puan Ajurun Begum Ahamed mengenai RPH kumpulan saya, kami menjalankan pengajaran mikro bagi menunjukkan kebolehan pengajaran dan keberkesanan RPH kami. Di sepanjang proses menyediakan RPH dan melaksanakan pengajaran mikro, saya bersama-sama ahli kumpulan saya yang lain iaitu Ronihanim bt Redzuan dan Nor Dini bt Rahim dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan kami samada secara kumpulan atau secara individu. Untuk menghasilkan RPH tersebut, kami telah duduk bersama-sama bagi membincangkan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan semasa merancang RPH. Di sini, proses perbincangan tersebut telah mencetuskan pelbagai idea-idea yang menarik yang kami telah terapkan di dalam RPH tersebut bagi memenuhi kehendak tugasan. Selain itu, kerjasama yang erat di antara ahli kumpulan kami menjadi salah satu faktor kami dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan. Kami membuat tugasan bersama-sama dan tidak membahagi-bahagikan tugasan. Ini kerana kami berpendapat bahawa penglibatan semua ahli dalam menghasilkan RPH adalah penting dan kami wajib untuk mengetahui setiap langkah yang terlibat. Setelah menyiapkan RPH, saya dapat mengetahui bahawa dengan

memberikan tumpuan dan komitmen yang terbaik adalah salah satu faktor yang membantu di dalam menghasilkan RPH tersebut. Oleh itu, dengan kekuatan saya ini saya amat berharap jika saya bekerja berkumpulan lagi, saya dapat menghasilkan kerja yang terbaik seperti tugasan pada kali ini. Selain itu, ketika melaksanakan pengajaran mikro, saya dapat mengetahui bahawa saya dapat mengawal kelas dengan baik walaupun kadangkala terdapat beberapa orang pelajar yang membuat nakal. Tetapi apabila saya memberikan arahan, mereka dapat mengikuti arahan saya dengan mudah tanpa sebarang masalah. Setelah saya mendapat maklum balas daripada pensyarah terhadap pengajaran mikro kumpulan kami, saya telah mengetahui mengenai kelemahan ataupun kekurangan yang kami perlu atasi. Pensyarah menegur mengenai aktiviti

set induksi kumpulan kami. Beliau mengatakan bahawa lirik lagu pada set induksi tersebut adalah terlalu panjang dan tidak bersesuaian untuk dilaksanakan pada langkah tersebut. Kami bersetuju dengan pendapat beliau kerana kami dapat melihat sendiri reaksi kawan-kawan kami ketika set induksi tersebut dilaksanakan. Oleh itu, pada peringkat ini kami seharusnya merancang set induksi yang lebih pendek dan bersesuaian dengan tahap pelajar. Untuk mendapatkan idea yang lebih baik dan kreatif, saya dan ahli kumpulan saya akan membaca dan mencari lebih banyak bahan rujukan untuk mendapatkan idea dan pendapat yang bernas supaya aktiviti yang lebih baik dapat dilaksanakan pada set induksi RPH kami. Selain daripada itu, pensyarah turut menegur bahawa terdapat beberapa arahan yang kurang jelas di RPH kami. Beliau mencadangkan kami menambah lagi arahanarahan yang perlu di dalam RPH kami supaya RPH kami menjadi lebih baik dan senang difahami apabila guru ataupun pihak lain membaca RPH tersebut. Sekali lagi kami bersetuju dengan pandangan beliau mengenai kelemahan kami ini. Pada mulanya kami berpendapat bahawa terdapat arahan yang boleh diabaikan daripada dimuatkan di dalam RPH tersebut. Tetapi setelah kami melaksana pengajaran mikro, barulah kami mengetahui bahawa pendapat kami adalah tidak tepat. Oleh itu, kami seharusnya menyediakan arahan yang lebih tepat dan jelas di dalam RPH yang kami sediakan. Di sepanjang proses saya menyiapkan tugasan taksiran ini, saya dapat melihat peluang-peluang yang saya ada untuk saya memperbaiki diri dari segi teknik pengajaran, interpersonal dan intrapersonal. Ketika proses pengajaran mikro dilaksanakan saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk bercakap di hadapan kelas dan mengajar orang lain. Selain itu, saya turut belajar cara untuk mengawal kelas terutamanya apabila menghadapi murid yang ramai dan keadaan kelas yang bising. Saya telah menggunakan peluang ini sepenuhnya untuk saya menyediakan diri saya bagi menjadi seorang pendidik yang cemerlang di masa hadapan kelak. Tanpa cabaran, maka kuranglah makna dan nikmat sesuatu perkara atau aktiviti yang dilaksanakan. Bagi saya, cabaran yang paling sukar saya hadapi ketika melaksanakan tugasan ini adalah kebimbangan mengenai kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan ketika proses pengajaran mikro dilaksanakan. Tetapi syukur Alhamdulillah, rakan-rakan saya banyak membantu dengan memberikan sepenuh

kerjasama ketika proses pengajaran mikro. Mereka melakukan aktiviti yang dirancang seperti di dalam RPH dengan baik tanpa banyak melawan dan membuat kerenah. Mereka berlakon seperti mereka adalah murid-murid darjah satu. Selain itu, cabaran yang saya hadapi adalah mengenai masa. Pengurusan masa yang baik adalah penting dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Untuk menghasilkan RPH yang baik, perancangan pengurusan masa adalah perlu. Oleh kerana kami turut mempunyai tugasan-tugasan lain yang perlu disiapkan, kami merancang masa yang perlu untuk menyiapkan RPH dan membahagi-bahagikan bahagian yang perlu diajar secara individu. Terdapat kengkangan masa untuk pengajaran RPH kerana had masa telah ditentukan oleh pensyarah untuk memastikan kesemua kumpulan dapat menjalankan pengajaran mikro pada masa yang telah dirancang. Di sini, kami berbincang dan merancang dengan terperinci mengenai cara pengajaran dan penggunaan masa untuk pengajaran mikro kami. Secara keseluruhannya, tugasan pada kali ini adalah satu platform yang bagus untuk memberikan saya pengalaman dan pengetahuan yang bermakna dalam menyediakan RPH terutamanya untuk mengintegrasikan unsur-unsur SDP di dalam subjek mata pelajaran. Akhir kata, saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ajurun Begum Ahamed kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan pandangan beliau. Saya juga amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan saya dan juga rakan-rakan kelas. Sekian, terima kasih.