Anda di halaman 1dari 13

5.

PENGISIAN KURIKULUM Definisi Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] Kurikulum adalah core kepada business pendidikan. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara.

5.1

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Bernilai Tambah adalah satu daripada elemen yang diserapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Berikut merupakan Kemahiran Bernilai Tambah yang diserapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, antaranya:

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Kemahiran Berfikir

Kajian Masa Depan

Belajar Cara Belajar

Dahlia Janan, Idris Mohd Radzi, (2006).

38

Tujuan

diwujudkan

kemahiran-kemahiran

ini

adalah

untuk

mempersiapkan murid-murid dengan pembangunan persekitaran iaitu situasi yang berlaku di dalam negara mahupun di peringkat global. Kemahiran bernilai tambah alaf baru mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran bernilai tambah agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.

5.1.1 Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup.

Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka.

Dahlia Janan, Idris Mohd Radzi, (2006)


39

Rasional Pengetahuan dan maklumat yang diterima oleh murid di dalam kelas terhad

Objektif Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru

Proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam kelas adalah terhad

Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran

Sika tanggungjawab murid perlu ada terhadap pembelajaran mereka

Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri

Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan

Murid perlu belajar untuk memperolehi maklumat tambahan di luar waktu persekolahan

Belajar cara belajar ialah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru (formal) atau tanpa guru (nonformal). Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

Dahlia Janan, Idris Mohd Radzi, (2006).

40

Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Kemahiran itu termasuklah: kemahiran mendengar dengan berkesan

kemahiran mengingat

kemahiran membaca

kemahiran menulis

kemahiran mencatat nota

1. Kemahiran Mendengar dengan Berkesan.

Kemahiran

mendengar

ialah

sebahagian

daripada

proses

komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan

pemprosesan maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar melibatkan beberapa proses. Apa yang didengar? Mengapa perlu mendengar? Siapa yang didengar? Bagaimana mendengar dengan berkesan? Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar?

Mohd Nor Izwan Sulaiman (2009)


41

2. Kemahiran Membaca.

Kemahiran

membaca

adalah

penting

untuk

mendapatkan

maklumat, pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses

komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empat gaya bacaan, iaitu:

Skimming/ Luncuran

Merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Mara: membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan sesuatu bahan atau dokumen, cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca. Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming. Cara: membaca dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan. Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Ketekunan dalam pembacaan mesti tinggi dan mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna apa yang dibaca.

Scanning/ Imbasan

Bacaan Intensif

Bacaan Laju

Teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan laju dan mampu memahami dengan serentak apa yang dibaca. Menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama

Mohd Nor Izwan Sulaiman (2009)


42

3. Kemahiran Mencatat Nota.

Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain. Perlunya mencatat nota adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai bahan rujukan. Daripada isi-isi penting ini dapatlah ia dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota yang telah dikumpul akan dapat membantu sebagai bahan rujukan tambahan pada masa hadapan.

4. Kemahiran Menulis

Seseorang yang boleh menulis dengan cepat dapat menulis lebih banyak maklumat. Kebolehan menulis cepat juga dapat

menjimatkan masa. Selain itu, murid juga boleh mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat. Penyediaan alat tulis yang baik juga penting dalam penulisan cepat seperti pensel yang tajam atau pen yang sempurna

5. Kemahiran Mengingat Kemahiran mengigat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama.

Mohd Nor Izwan Sulaiman (2009)


43

5.1.2 Kemahiran Kajian Masa Depan Bell (1996) iaitu seorang tokoh terkenal Kajian Masa Depan telah mendefinsikan kajian masa depan sebagai penentuan luaran yang berwawasan dan penyelidikan yang sistematik mengenai masa depan alternatif yang perlu diteruskan untuk membantu manusia dalam memilih dan membentuk masa depan yang paling diingini dengan menggunakan kombinasi pengetahuan yang terdahulu, pengetahuan terkini, imaginasi, keinginan-keinginan dan keperluan.

Mendidik pelajar supaya bersedia menghadapi cabaran dan cubaan.

Menambah keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.

Tujuan Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

Melatih pelajar dengan disiplin ilmu yang berkaitan dengan caracara menangani perubahan.

Antara rasional atau prinsip pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan adalah: Prinsip perubahan Prinsip Pandangan Jauh Prinsip Perancangan Strategik Prinsip Pengupayaan

Dahlia Janan, Idris Mohd Radzi, (2006)


44

OBJEKTIF PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

Berkomunika si dengan berkesan tentang halhal masa depan

Membina sikap dan nilai tentang masa depan

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan

Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang masa depan

Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan

Dahlia Janan, Idris Mohd Radzi, (2006).

Kajian masa depan perlu dan didedahkan kepada muridmurid supaya mereka dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan dan agar mereka dapat manfaat yang maksimum.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Tahun 1


45

5.1.3 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Antara kepentingan kemahiran berfikir dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan ialah:

Mengkonsepsikan Idea

Meyelesaikan Masalah

Membuat Keputusan

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 3

5.1.3.1

Pendekatan yang Sukar Pendekatan kemahiran ini bertujuan untuk membolehkan murid.

berfikir

tersebut

dikuasai

Penggunaan alat berfikir diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyusunan Grafik

Penggunaan Soalan

Peta Minda

Dahlia Janan, Idris Mohd Radzi, (2006)

46

5.1.3.2

Pendekatan Menggunakan Cara Berfikir Gaya-gaya berfikir:

berfikir secara positif

berfikir secara analitis

berfikir secara kreatif

bersikir secara negatif

berfikir secara logikal

berfikir secara konstruktur

berfikir secara objektif

berfikir secara emosional

berfikir secara sistematik

Memprovokasi minda bagi menerbitkan sesuatu yang baru. Menghasilkan persepsi, konsep dan idea yang baru. Menghasilkan beberapa penyelesaian kepada

masalah yang sama. 5.1.3.3 Berfikir secara Kritis Berfikir Secara Reaktif Memperbaiki Idea Lama Mencari Kelemahan, Kecacatan dan Kesalahan

Mencari Keganjilan, Pertentangan dan Perbezaan

Dahlia Janan, Idris Mohd Radzi, (2006).


47

5.1.4 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima mel

elektronik, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat yang terdapat dalam Internet.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 3

Prinsip Asas Pembelajaran Berasaskan Komputer:

Belajar Mengenaio Komputer

Belajar Dari Komputer

~Semua topik atau permasalahanyang berkaitan dengan mata pelajaran telah disimpan di dalam komputer secara kekal mahupun melalui medium cakera.

~Menggunakan komputer untuk melaksanakan sesuatu yang berguna, bermakna dan berintelektual yang sesuai dengan pendidikan dan kehidupan. (Jonassen; 1996)

Belajar dengan Komputer

~Pelajar menggunakan komputer untuk belajar secara bersama. ~Komputer sebagai alat produktiviti dan kognitif iaitu komputer sebagai alat kognitif untuk pembelajaran.

Dahlia Janan, Idris Mohd Radzi, (2006)

48

5.1.5 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai Menurut Suparno (2004), melalui penggunaan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat dipertingkatkan lagi keupayaan bahasanya berdasarkan 9 jenis kecerdasan iaitu linguistik, matematik-logik, ruang-visual, kinestetik-badan, muzik, interpersonal, intrapersonal, lingkungan dan eksistensial. Kecerdasan menurut Gardner ialah:

~ Kebolehan untuk menyediakan hasil yang efektif atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai berdasarkan budaya.

~ Satu set kemahiran yang membolehkan seseorang dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupannya.

~ Potensi untuk mencari atau menyediakan cara untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan pengetahuan yang baru.

Daripada segi kurikulum, kecerdasan pelbagai diajarkan berdasarkan antara disiplin dan bidang pengajian. Melalui

pembelajaran menggunakan kecerdasan pelbagai terutamanya secara bertema, akan memudahkan lagi penguasaan pelajar (Suparno, 2004). Pelajar tidak berasa bosan dengan kepelbagaian pengajaran berasaskan bahan yang sesuai. Berdasarkan

Campbell, et al. (1996), beberapa asas utama yang perlu termasuklah persepsi pelajar yang perlu diubah, guru memerlukan sokongan dan masa untuk menambah kecekapan mengajar, menguruskan kurikulum berkaitan Kecerdasan pelbagai dengan lebih baik, pendekatan baru dalam prosedur penilaian dan amalan profesional untuk mengubah pengembangan. Jabatan Ilmu Pendidikan MPSS. (2006)
49

Prinsip-prinsip model Kecerdasan Pelbagai:

Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan.

Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.

Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.

Penggunaan Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran BM dianggap penting bagi membantu meningkatkan lagi keupayaan kognitif pelajar. Kebiasaannya pengertian kecerdasan menjurus kepada keupayaan mental seperti pencapaian akademik, status dalam hierarki pekerjaan, berjaya dalam bidang yang diceburi dan kecerdasan minda melakukan proses kognitif (Sohaimi Abdul Aziz, 1998).

Jabatan Ilmu Pendidikan MPSS. (2006)

50

Anda mungkin juga menyukai