Anda di halaman 1dari 6

CADANGAN PENYELIDIKAN

1 PENGENALAN

Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara China yang pantas dalam dua dekad yang terdekat ini, menjadikannya sebagai sebuah kuasa besar dalam ekonomi dunia dan di jangka dalam beberapa tahun akan datang negara China akan mengatasi pendominasian Amerika Syarikat dalam perdagangan antarabangsa dengan negaranegara sekitar bersaing untuk meningkatkan peluang perniagaan dengan China. Ini seterusnya menambahkan jumlah perdagangan dan juga pelaburan ke China (Eichengreen, B., Hui Tong, 2006). Keadaan ini tidak terkecuali juga bagi Malaysia yang berminat dalam menguatkan hubungan perdagangannya dengan china terutamanya selepas penyertaan China dalam WTO (World Trade Organization) pada 2001 dan kedua-dua negara mendapat kelebihan persaingan daripada perdagangan dua hala ini..

Sejak beberapa tahun lepas, jumlah perdagangan di antara kedua-dua negara bertumbuh secara siginifikan dengan kadar purata pertumbuhan setahun sebanyak 23% dari tahun 1990-2000 dan mencapai kira-kira 24.7% pada tahun 2006, diambil kira daripada jumlah perdagangan RM495.7 billion (MIDA). Kebanyakkan perdagangan di antara China dan Malaysia tertumpu kepada sektor pengeluaran seperti elektrikal dan elektronik (E&E), barang keperluan mesin, minyak kelapa sawit mentah, dan getah mentah. China juga mrupakan rakan perdagangan keempat

terbesar dan salah satu destinasi eksport utama bagi Malaysia sejak tujuh tahun dari tahun 2001 (http://www.miti.gov.my).
1

CADANGAN PENYELIDIKAN

Pada tahun 2007, eksport Malaysia ke China meningkat sebanyak RM 53 bilion manakala import dari China meningkat ke RM 64.9 bilion dan pada masa ini Malaysia adalah punca import ketujuh terbesar dan destinasi eksport keenam belas terbesar bagi China. Walaubagaimanapun jumlah perdagangan di antara kedua-dua negara adalah tidak seimbang. Imbangan perdagangan menjadi defisit sejak tahun 2002. Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), perdagangan yang di lakukan oleh China ke Malaysia adalah lebih kecil apabila di bandingkan dengan perdagangan yang di lakukan oleh Malaysia ke China. Iaitu Malaysia mengalami defisit daripada perdagangan tersebut sebanyak RM 3.32 bilion pada tahun 2002 dan berganda kepada hampir dua angka pada tahun 2006 iaitu hampir RM 15.6 bilion.

Manakala dari segi pelaburan pula, perubahan dari segi politik dan pembangunan ekonomi menyebabkan China menjadi tumpuan terbesar pelaburan langsung asing. Keadaan ini tidak terkecuali bagi Malaysia di mana ia merupakan salah seorang daripada pelabur asing terbesar di China dan merupakan pelabur ASEAN kedua terbesar selepas Singapura. Kebanyakan pelaburan asing Malaysia di China tertumpu kepada sektor pengeluaran seperti komputer, keperluan pejabat, barang makanan, barangan dari minyak kelapa sawit dan juga sektor perkhidmatan seperti pembinaan, pembangunan infrasruktur dan sebagainya. Manakala jumlah pelaburan langsung asing China ke Malaysia pula rendah apabila di bandingkan dengan pelaburan dari Jepun dan Amerika Syarikat ke Malaysia. Dari tahun 1997 hingga March 2007 pelaburan langsung China ke Malaysia ke atas projek pengeluaran yang di luluskan
2

CADANGAN PENYELIDIKAN

mencapai sehingga RM 2.49 billion, manakala pelaburan langsung Malaysia ke China pula mencapai sehingga RM 4.952 billion (http://www.mida.gov.my). Kenyataan ini menunjukkan wujud ketidakseimbangan dalam pelaburan langsung asing di antara kedua-dua negara.

2 ULASAN KARYA

Kelebihan persaingan boleh dimaksudkan sebagai suatu keadaan di mana sebuah negara, individu, syarikat atau wilayah, boleh menghasilkan barang pada kos melepas yang rendah berbanding pesaingnya (http//www.answers.com). Selain itu dari perspektif perdagangan antarabangsa, kelebihan persaingan adalah motif ekonomi dan penyebab perdagangan antarabangsa. Sesebuah negara meningkatkan kekayaan ekonominya dengan mengeksport barangan yang pengeluarannya effisien dan mengimport barangan lebih effisien pengeluarannya di negara lain.

Menurut Wai-Heng Loke (2007), daripada istilah kelebihan persaingan, keduadua negara China dan Malaysia mempunyai faedahnya. Sebagai contoh, bagi China sektor pengeluaran lebih tertumpu kepada barangan E&E (Elektrik & Elektronik) mempunyai kelebihan keatas Malaysia kerana China boleh menghasilkan barangan E&E ini pada kos yang rendah, manakala Malaysia mempunyai kelebihan dalam sumber pertanian seperti minyak kelapa sawit dan barangan berasaskan getah.

CADANGAN PENYELIDIKAN

Levine dan Renelt (1992) dalam kajian mereka membuktikan bahawa keterbukaan perdagangan akan memberi kesan kepada pertumbuhan melalui pelaburan. Keterbukaan yang berterusan membawa kepada pertumbuhan jangka panjang selain membawa kepada kemasukan pelaburan barangan dan perkhidmatan yang besar. Liberalisasi perdagangan membekalkan insentif kepada pelaburan langsung asing (FDI) tetapi pelaburan asing juga akan membawa kepada anjakan keluar pelaburan domestik.

3 OBJEKTIF KAJIAN

Menganalisis aliran defisit perdagangan di antara Malaysia dan China dan memberi cadangan yang bernas untuk menjadikan Malaysia lebih bersaing dengan China dalam perdagangan.

Mengkaji aliran pelaburan langsung asing China ke Malaysia dan memberi cadangan untuk menarik lebih pelaburan langsung asing dari China ke Malaysia.

4 KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini, kajian statistik dijalankan dengan menggunakan sumber sekunder dengan kebanyakkan data di kumpul daripada kertas kerja Institut Pengajian China, University Malaya dan agensi-agensi kerajaan terutamanya daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Perbadanan Pembangunan

CADANGAN PENYELIDIKAN

Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) and Jabatan Perangkaan Malaysia bagi data statistik perdagangan dan pelaburan. Sebagai maklumat tambahan untuk kajian ini juga di kumpul daripada surat khabar, majalah, laporan ekonomi Malaysia (pelbagai tahun), laporan UNCTAD (pelbagai tahun), laporan ekonomi ADB (pelbagai tahun), laporan tahunan MITI (pelbagai tahun), laporan tahunan IMF (pelbagai tahun), dan lain-lain sumber.

5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting bagi penggubal dasar ekonomi di Malaysia untuk menentukkan prestasi perdagangan antarabangsa Malaysia dengan China pada masa lampau dan masa kini. Analisis keatas perubahan aliran perdagangan dan pelaburan langsung asing juga memberi gambaran kepada aliran perdagangan dan pelaburan langsung asing bagi masa akan datang.

Pada akhir kajian ini, hasil yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu pengkaji untuk mencadangkan polisi-polisi yang sesuai bagi menentukan hubungan perdagangan di antara Malaysia dengan China agar dapat meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan langsung asing pada masa akan datang.

CADANGAN PENYELIDIKAN

6 JADUAL KERJA

Jangka masa Semester 1, 2009/2010

Semester 2 ,2010/2011

Semester 3, 2010/2011

Proses Penyelidikan dan kumpul data daripada pelbagai sumber, seperti MITI, MATRADE and MIDA. Melawat Institut Pengajian China, University Malaya, termasuk menghadiri semar dan bengkel yang berkaitan dengan perdagangan dan pelaburan di antara Malaysia dan China. Mencari banyak sumber daripada penyelidik sebelum ini berkaitan dengan hubungan perdagangan dan pelaburan di antara Malaysia dan China. Menyediakan gambarrajah dan jadual untuk kajian. Melakar ringkasan eksekutif. Bekerja dengan kerangka teori : kelebihan persaingan Bekerja dengan kaedah kajian termasuk batasan semasa mencari maklumat. Mula analisis data yang diperolehi. Memulakan proses penulisan dengan pengenalan, ulasan karya dan kenyataan kajian. Mengkaitkan dapatan kajian dengan kenyataan kajian. Menulis analisis daripada dapatan kajian yang diperolehi untuk melihat adkah objektif kajian dicapai. Ringkasan Menulis semua rujukan yang digunakan untuk kajian ini. Menyelesaikan proses kajian. Penghantaran