Anda di halaman 1dari 3

Penolong Pegawai Perubatan (P.P.P) Labels: Aku PPP Salam.

Dengan Nama Allah Yang Mah Pengasih lagi Maha Penyayang... Pembaca yang dihormati sekelian, saya rasa saya x pernah cerita lagi pasal profesion pekerjaan yang saya pilih dalam blog nie... dan hari ni saya rasa macam nak cerita la skit pasal pekerjaan ni. Saya sekarang dalam latihan Diploma Pembantu Perubatan di Kolej Islam Sains dan Teknologi, kelantan dan sekarang saya sudah berada di Tahun Dua, Semester 4. Apabila saya grade nanti pada hujung tahun hadapan, saya akan memulakan kerja saya sebagai PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN @ Assistant Medical Officer (AMO) @ Medical Assistant (MA) yang berlesen InsyaALlah..(mohon doa semua :-) ) Sebenarnya, pekerjaan PPP ini saya rasa, ramai lagi orang di luar sana yang tidak mengetahui akan PPP ini. Ini kerana, apabila mereka pergi ke hospital ataupun klinik kesihatan, mereka hanya kenal Doktor dan juga Jururawat,... dan jika anda salah seorang daripada mereka, PPP ini dahulunya dikenali sebagai HA (hospital assistant), dan dahulunya lagi dikenali sebagai dressar. Sebelum saya memasuki latihan MA ini, saya juga tidak tahu akan adanya pekerjaan MA ini.. Bolehlah dikatakan PPP atau MA ini sebagai 'hero yang x dikenali' / unsung hero Sebenarnya, peranan PPP ini sangat besar di dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.. Seorang PPP selalunya akan bertugas di Jabatan Kecemasan, dan juga klinik kesihatan. Selain itu, PPP berada di semua unit lain seperti Dewan Bedah, klinik specialist (mata, telinga, tekak), Unit Cardiology, Hemodialysis, Ortopedik (tulang) dll. PPP boleh melakukan tugas-tugas Pegawai Perubatan seperti mendiagnos pesakit, mempreskrip ubat kepada pesakit, dan melakukan pembedahn-pembedahan kecil seperti circumcision (khatan), nail avulsion (buang kuku yang rosak/patah) dan menjahit luka2 kecil.. Sepanjang latihan saya melalui teori kelas dan pratikal, saya mempelajari hampir kesemua tajuk perubatan dan pembedahan. Pembelajaran saya hanya general dan tidak terlalu detail seperti pengajian

doktor. Di samping itu, kami juga dititik beratkan dengan soft skill seperti skil2 kejururawatan. Jika hendak dilihat dari kacamata lebih profesional, MA ini mengambil tugas PARAMEDIK. Dengan ketara, kita boleh menyaksikan 'pahlawan yang tak dikenali' ini akan menguruskan dengan cekap kes2 kecemasan di tempat kejadian seperti kemalangan kereta dll. M.A lah yang pertama sekali akan menunggu anda di Jabatan Kecemasan hospital untuk melakukan prosedur2 kecemasan seperti dalam kes sesak nafas, sakit jantung, renjatan (shock) dan banyak lagi...

berlagak doktor.. hehe Bukan itu sahaja, PPP juga boleh mengendalikan kelahiran secara normal. Saya berasa tidak sabar menunggu pembelajaran untuk berada di Labour Room masa semester 6 nanti.. Dan satu lagi, MA yang bertugas di klinik, kebiasaannya akan menerima pesakit, membuat pengambilan sejarah, melakukan pemeriksaan fizikal, membuat investigasi, kemudian mendiagnos, lalu mempreskripsikan ubat kepada pesakit tersebut. Jika pelanggan yang x tahu, dia akan menggelar MA sebagai doktor!!. (hehe. riak skit) Walaubagaimanapun, itulah tugas dan peranan sebenar profesion saya yang profesional ini... harap semua pembaca boleh menerima cerita saya nie.. hehe. Klu anda ingin maklumat lebih lanjut mengenai sejarah, tugas2 PPP ini, anda boleh klik sini page ni lah yang saya buka dan baca masa saya nak interview SPA untuk jawatan PPP ini. Alhamdulillah

saya berjaya mendapatkan jawatan ini dan saya syukur sgt2.. Masa tu lah baru saya tahu mengenai profesion ini..

masa kat hospital KB-praktikal sem 1

Rasanya tu sajalah yang dapat tulis petang nie.. dah x larat nak tulis... dah xdak ilham...

Anda mungkin juga menyukai