Anda di halaman 1dari 90

LATIHAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)

KOD KURSUS: PIA4010


SARJANA MUDA KAUNSELING

**PELAJAR**
NAMA PELAJAR

NO. MATRIK
SENARAI SEMAK DOKUMEN
SENARAI SEMAK DOKUMEN PIA4010 - LATIHAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)
SARJANA MUDA KAUNSELING

DOKUMEN

Bil Perkara Keperluan Sila (√) Catatan


untuk semakan
1 Kata Aluan : Semua
Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling
Penyelaras Latihan Profesional
Penyelaras Program Sarjana Muda Kaunseling
2 Carta Alir Latihan Profesional Semua
3 Garis Panduan Latihan Profesional Semua
4 Piawaian Internship Semua
5 Peranan Penyelia Akademik Latihan Profesional Penyelia Akademik
6 Peranan Penyelia Lapangan Latihan Profesional Penyelia Lapangan
7 Penilaian Latihan Profesional (PIA4010) Semua
8 NOTA : Format Laporan Sesi Kaunseling & Keseluruhan Pelajar
Latihan Profesional
9 CONTOH : Jadual Mingguan Pelajar
10 CONTOH : Log Laporan Harian Pelajar
11 CONTOH : Cadangan Protokol Penyeliaan Pelajar
12 CONTOH : Borang untuk Kegunaan Pelajar Pelajar
13 CONTOH : Buku Rujukan Utama & Buku Rujukan Pelajar
Sampingan/Tambahan

BORANG –BORANG (HANTAR KE PEJABAT AM)

Bil Perkara Keperluan Sila (√) Catatan


untuk semakan
1 Borang Pengesahan Institusi/Organisasi Latihan Profesional (Borang Pelajar Hantar ke Pejabat Am
1)
2 Borang Perakuan Lapor Diri Pelajar di Institusi/Organisasi Latihan Pelajar Hantar ke Pejabat Am
Profesional Kaunseling (Borang 2)
3 Borang Penilaian Kendiri (Rakaman Sesi Kaunseling (Borang 3) Pelajar Hantar ke Pejabat Am
4 Borang Penilaian Serakanan (Rakaman Sesi Kaunseling (Borang 4) Pelajar Hantar ke Pejabat Am
5 Borang Protokal Penyeliaan (Borang 5) Pelajar Hantar ke Pejabat Am
6 Borang Rekod Lawatan Penyelia Akademik ke Organisasi (Borang 6) Pelajar Hantar ke Pejabat Am
7 Borang Penilaian Prestasi Keseluruhan Penyelia Akademik Hantar ke Pejabat Am
Penyelia Lapangan
8 Borang Penilaian Pengendalian Sesi Kaunseling Penyelia Akademik Hantar ke Pejabat Am
Penyelia Lapangan
KATA ALUAN KETUA JABATAN
PSIKOLOGI PENDIDIKAN &
KAUNSELING
UM.P/606/SMKaunseling
20 Disember 2022

KATA ALUAN KETUA JABATAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN & KAUNSELING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kepada pelajar tahun akhir yang dikasihi sekalian,

Tahniah saya ucapkan kerana telah berjaya menyempurnakan kesemua kursus di kampus. Kini, anda
semua akan merasai pengalaman sebenar untuk menjadi seorang kaunselor yang profesional dan
cekap. Meskipun tempoh Latihan Professional (internship) adalah sangat singkat, saya percaya anda
semua akan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan kaunseling
masing-masing, membina identiti profesional serta mencari ilmu dan kemahiran yang baharu di
institusi atau organisasi yang dipilih. Jangan segan silu untuk bertanya dan timbalah seberapa banyak
pengalaman untuk memantapkan diri secara peribadi dan profesional sebelum memasuki alam
pekerjaan yang serba mencabar kelak.

Sekian, terima kasih.

Selamat Maju Jaya.

DR. AZMAWATY MOHAMAD NOR, Ph.D


Ketua
Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling

Senior Lecturer
Department of Educational Psychology & Counselling
Faculty of Education, University of Malaya
Tel : 03-79675038/5009
Email : ketua_eduppk@um.edu.my
azy_mn@um.edu.my

PERKAMA International Lifetime Member (ASH00566)


Registered Counsellor with Board of Counsellors (KB03794 PA04886)
KATA ALUAN PENYELARAS
LATIHAN PROFESIONAL
UM.P/606/SMKaunseling
20 Disember 2022

KATA ALUAN PENYELARAS LATIHAN PROFESIONAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan menyempurnakan semua kursus Sarjana Muda Kaunseling yang
ditetapkan untuk melayakkan diri ke kursus terakhir iaitu PIA4010 - Latihan Professional (Internship)
Kaunseling. Latihan Professional Kaunseling ini merupakan komponen terpenting yang diperlukan
bagi memperakukan kelayakan anda untuk bergelar kaunselor berdaftar di bawah Lembaga
Kaunselor Malaysia .

Sepanjang menjalani Latihan Professional Kaunseling sebagai Kaunselor Pelatih dari Universiti
Malaya, anda diharapkan akan sentiasa menjaga nama baik Program Kaunseling khasnya dan Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya amnya. Anda perlulah berperanan sebagai bakal-bakal kaunselor yang
professional dan beretika dalam menjalankan tugas di organisasi tersebut. Diharapkan anda akan
memanfaatkan segala ilmu dan praktis yang telah anda perolehi sepanjang tempoh pengajian untuk
melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan semasa mengendalikan klien serta menyumbang
secara positif kepada organisasi yang terbabit.

Saya dan para pensyarah Program Sarjana Muda Kaunseling mengucapkan selamat maju jaya dan
semoga pengalaman yang diperolehi sepanjang Latihan Professional Kaunseling ini membentuk
peribadi anda sebagai seorang kaunselor professional yang berpotensi besar dalam bidang
kaunseling di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

DR. AHMAD SHAMSURI MUHAMAD


Penyelaras
Kursus PIA4010 – Latihan Profesional (Internship)

Senior Lecturer
Department of Educational Psychology & Counselling
Faculty of Education, University of Malaya
Tel: +603 7967 5126
Email: shamsuri.muhamad@um.edu.my
KATA ALUAN
PENYELARAS PROGRAM
SARJANA MUDA KAUNSELING
UM.P/606/SMKaunseling
20 Disember 2022

KATA ALUAN PENYELARAS PROGRAM SARJANA MUDA KAUNSELING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pelajar kaunselor pelatih sekalian,

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana anda telah berjaya sampai ke peringkat ini. Anda akan
menjalankan Latihan Professional (internship) di setiap organisasi yang anda pilih dan ini merupakan
langkah yang amat signifikan untuk menjadi seorang kaunselor professional suatu hari nanti.
Diharapkan anda akan mengaplikasikan semua pengetahuan yang telah anda perolehi dari program
Sarjana Muda Kaunseling di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya ini dengan sebaik-baiknya. Kursus
internship ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda meningkatkan kecekapan serta
membuktikan kemampuan anda sebagai seorang bakal kaunselor yang berwibawa disamping
menyumbang kepada organisasi internship anda.

Saya yakin segala usaha yang anda jalankan dalam menjayakan internship ini akan membuahkan hasil
yang membanggakan.

Selamat Maju Jaya.

Sekian

DR. NORSAFATUL AZNIN A.RAZAK


Penyelaras
Program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling

Senior Lecturer
Department of Educational Psychology & Counselling
Faculty of Education, University of Malaya
Tel: +603 7967 3895
Email: safatul@um.edu.my
CARTA ALIR PENEMPATAN
CARTA ALIR PENEMPATAN
PIA4010 - LATIHAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)

AKTIVITI

MULA
Taklimat dari Penyelaras Latihan
(Maklumat diedarkan) Tindakan : Penyelaras LP

Pelajar meninjau tempat Latihan Profesional


Tindakan : Pelajar
yang sesuai secara berpasangan (2 orang shj.)

Semakan Penyempurnaan Kursus

Ya Tidak

Kelulusan tempat Penangguhan Latihan


dari Universiti Profesional ke
semester seterusnya

Permohonan Rasmi ke
Organisasi yang diluluskan
(Rujukan : Surat
Permohonan)

Lulus Melalui Surat Rasmi Tidak diluluskan

Agihan Penempatan disahkan


(Borang Agihan)

Perlantikan Penyelia Akademik


dan Penyelia Lapang
(Contoh Surat Pelantikan

Pelajar Melaporkan Diri di Tempat Seminar Refleksi :


Memaparkan Maklumat Tempoh LP Pengalaman Internship
Latihan Profesional Masing-Masing
Penempatan dan Penyelia berlangsung Tentatif :
(Melalui Telefon : Disusuli Dengan
dalam Spectrum (15 minggu) akan dimaklumkan
Upload Surat Dalam Spectrum)
kemudian

TAMAT
GARIS PANDUAN
GARIS PANDUAN
PIA4010 - LATIHAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)

PENDAHULUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi maklumat penting berkaitan dengan pengalaman
profesional (Internship) yang semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling perlu ikuti selepas
mengikuti semua kursus dan latihan amali untuk memberikan beberapa saranan berguna kepada
pelajar dalam memanfaatkan pengalaman profesional yang mereka jalani.

BAHAGIAN PENTING

1. Tujuan Pengalaman Profesional (Internship)


2. Organisasi Pengalaman Profesional (Internship)
3. Tanggungjawab Anda sebagai Seorang Kaunselor Pelatih
4. Bagaimana Mendapat Manfaat Pengalaman Profesional
5. Penilaian
6. Penyeliaan
7. Saranan Penyediaan Diri untuk Pengalaman Profesional

1. TUJUAN PENGALAMAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)

Latihan Profesional di organisasi adalah bertujuan untuk memberi pengalaman profesional


kepada pelajar atau pelatih kaunselor mempraktikan apa yang telah dipelajari dalam kursus
Sarjana Muda Kaunseling dalam keadaan dan suasana sebenar seorang kaunselor.
Secara khusus, tujuan pengalaman profesional adalah untuk memberikan peluang kepada
pelajar:

(a) Mengaplikasikan teori dan teknik kaunseling dalam situasi sebenar seorang kaunselor.
(b) Mengembangkan kecekapan mengendalikan program-program kaunseling.
(c) Mencuba pendekatan dan teknik yang sesuai untuk digunakan pada kes-kes tertentu.
(d) Mengasah kemahiran kaunseling.
(e) Menilai keberkesanan teknik dan pendekatan yang digunakan.
(f) Memupuk keyakinan diri.
(g) Menghayati peranan seorang kaunselor.

2. ORGANISASI PENGALAMAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)

(a) Anda ditempatkan di organisasi yang memerlukan perkhidmatan kaunseling atas pilihan
anda sendiri yang dipersetujui pihak fakulti.
(b) Anda diperlukan untuk membuat Latihan Profesional di tempat berkenaan selama
sekurang-kurangnya 15 minggu atau sekurang-kurangnya 504 jam masa kerja. (ini bermakna
jika anda telah memperolehi 504 dalam masa kurang daripada 15 minggu anda perlu
meneruskan Latihan Profesional sehingga cukup 15 minggu dan jika anda belum

1
memperolehi 504 jam selepas 15 minggu anda perlu meneruskan Latihan Profesional
sehingga cukup 504 jam.
(c) Anda diperlukan bekerja sepenuh masa mengikut waktu bekerja organisasi berkaitan.
(d) Anda diperlukan untuk menyediakan buku log kegiatan harian anda. Buku Log ini mesti
mengandungi rekod kegiatan dan aktiviti yang dilakukan pada setiap jam.
(e) Anda diperlukan untuk menjalankan kaunseling individu dan kelompok (sekurang-kurangnya
192 jam sesi kaunseling individu atau kelompok). Anda juga diperlukan menyerahkan
sekurang-kurangnya 7 tape rakaman sesi kaunseling individu dan kelompok. Tape rakaman
perlu diserahkan atau dihantar pada penyelia berperingkat-peringkat (bukan sekali gus)
sepanjang praktikum berjalan. Penyerahan Tape rakaman tertakluk kepada persetujuan
bersama dengan penyelia.
(f) Anda juga diperlukan membuat program-program bimbingan dan tugasan lain termasuk
intervensi psikologi.
(g) Anda juga diperlukan melakukan aktiviti lain yang berkaitan dengan tugas-tugas kaunselor
seperti menghadiri mesyuarat, mengendalikan bengkel, menulis laporan dan sebagainya.

3. TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI SEORANG KAUNSELOR PELATIH

(a) Anda adalah seorang tetamu di organisasi berkenaan dan dalam masa yang sama akan
dianggap sebagai kakitangan mereka. Oleh itu, anda perlulah mematuhi peraturan
pentadbiran organisasi tersebut.
(b) Anda perlulah mematuhi peraturan dan etika kaunseling.
(c) Anda juga diperlukan melibatkan diri dalam aktiviti yang dikendalikan oleh pihak organisasi
(jika diperlukan) seperti mesyuarat dan program yang lain.
(d) Anda perlu hadir di tempat kerja mengikut waktu yang ditetapkan sepertimana kakitangan
lain.
(e) Anda perlu memberitahu pihak organisasi dengan segera jika anda tidak dapat hadir bekerja
kerana cuti sakit atau sebagainya. Anda juga perlu memberitahu penyelia anda.
(f) Anda perlu berunding dengan pihak organisasi atau pentadbiran jika menghadapi masalah
yang berkaitan dengan klien atau lain-lain masalah yang berkaitan.
(g) Anda perlu berpakaian kemas dan bersesuaian dengan peribadi seorang kaunselor di
organisasi dimana anda ditempatkan.

4. BAGAIMANA MENDAPAT MANFAAT PENGALAMAN PROFESIONAL

Organisasi di mana anda melakukan pengalaman profesional adalah merupakan tempat atau
persekitaran dimana anda dapat mengembangkan kemahiran kaunseling anda. Sebahagian
besar daripada kejayaan anda sebagai seorang kaunselor bergantung kepada daya usaha
sendiri. Banyak perkara yang anda boleh pelajari dan dapati dari pengalaman profesional ini.

Untuk itu, anda haruslah berusaha untuk :

(a) Mengetahui sistem pentadbiran organisasi berkenaan.


(b) Mewujudkan hubungan mesra dengan kakitangan di organisasi supaya dapat berbincang
dan berunding mengenai perkara-perkara yang berkaitan kaunseling dan program
kaunseling.
(c) Menggunakan kemahiran, pendekatan dan strategi yang telah dipelajari dalam program
Sarjana Muda Kaunseling.
(d) Memerhatikan sebanyak mungkin aktiviti yang dilakukan oleh kaunselor berpengalaman.

2
(e) Menunjukkan sikap positif dan mengambil inisiatif untuk membuat program-program
kaunseling.
(f) Mencatat idea, saranan dan peristiwa yang boleh menambahkan pengalaman.

5. PENILAIAN

Penilaian akan dibuat berasaskan kepada :

(a) Buku Log (30%)


(b) Laporan Sesi Kaunseling (15%)
(c) 7 Rakaman Sesi (CD) (25%)
(d) Pembentangan(10%)
(e) Penilaian Penyelia Lapangan (20%)

6. PENYELIAAN

Dalam tempoh anda mengikuti pengalaman profesional, anda akan diselia dan diperhatikan
oleh seorang penyelia akademik. Penyelia akan melawat dan membuat penyeliaan di organisasi
anda ditempatkan sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang tempoh Latihan Profesional ini.

Pelajar perlu hadir ke Universiti Malaya untuk berjumpa dengan penyelia akademik masing-
masing bagi membincangkan aspek penyeliaan sebanyak satu kali sahaja. Penyelia lapangan
perlu memberi kebenaran keluar kepada pelajar bagi tujuan penyeliaan ini.

Selain daripada itu, Kaunselor atau Personel yang bertanggungjawab ke atas anda di organisasi
dimana anda ditempatkan merupakan Penyelia Lapangan anda dan beliau akan membuat
penyeliaan secara berterusan.

Penyeliaan adalah untuk :

(a) Memberi bimbingan dan dorongan supaya anda memperbaiki mutu proses kaunseling anda.
(b) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kemahiran dan pendekatan kaunseling yang anda
gunakan.
(c) Memberi taksiran (penilaian) mengenai aktiviti dan kegiatan yang anda lakukan sebagai
seorang kaunselor.

7. SARANAN PENYEDIAAN DIRI UNTUK INTERNSHIP

Saranan berikut boleh membantu anda menyediakan diri anda supaya menjadi seorang
kaunselor pelatih yang berkesan.

(a) Pastikan anda kenal pasti seorang rakan yang boleh bekerja sebagai satu pasukan untuk
bersama-sama menjalani Latihan Profesional (Internship) di organisasi pilihan anda.
(Nota : 2 org pelajar sahaja dibenarkan di organisasi).
(b) Pastikan anda tahu menggunakan kemahiran yang diperlukan dalam proses kaunseling.
(c) Pastikan anda tahu menggunakan teori dan strategi yang sesuai untuk anda gunakan dalam
kes-kes tertentu.
(d) Sediakan rancangan untuk aktiviti yang bersesuaian dengan tempat dimana anda membuat
Latihan Profesional.
(e) Fahami etika kaunselor supaya anda tidak melanggarnya.

3
PENUTUP

Maklumat dalam garis panduan ini sekadar memberi panduan umum untuk perancangan,
pelaksanaan, dan penilaian pengalaman profesional (internship) anda. Diharapkan para pelajar
dapat memperoleh manfaat dari garis panduan ini. Pelajar juga diharapkan agar sentiasa cuba untuk
meningkatkan lagi kecekapan kaunseling dan profesionalisme agar berupaya mencapai tahap
sebagai seorang kaunselor profesional. Sesungguhnya pengalaman profesional ini merupakan
langkah pertama dalam merealisasikan impian anda untuk menjadi kaunselor profesional yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

RUJUKAN UTAMA

Lembaga Kaunselor Malaysia (2011). Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor (Malaysia). Kuala
Lumpur: Penerbitan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Lembaga Kaunselor Malaysia (2011). Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor Lembaga
(Malaysia). Kuala Lumpur: Penerbitan Lembaga Kaunselor Malaysia.

RUJUKAN TAMBAHAN

Russell-Chapin, L. A., & Ivey, A. E. O. (2004). Year supervised practicum and internship: Field
resources for turning theory into action. Canada: Brooks/Cole.

Sweitzer, H. F., & King, M. A. (2004). The successful internship: Transformation and empowerment
in experiential learning. Canada: Brooks/Cole.

Fall, M., & Sutton Jr., J. M. (2004). Clinical supervision: A handbook for practitioners. USA: Pearson
Education, Inc.

Bernard, J. M., & Goodyear, R. K. (2004). Fundamentals of clinical supervision. USA: Pearson
Education, Inc.

Baird, B. N. (2002). The internship, practicum, and field placement handbook. Upper Saddle River,
NJ: Pearson Education, Inc.

4
PIAWAIAN INTERNSHIP

PIAWAIAN DAN KELAYAKAN LATIHAN KAUNSELOR


LEMBAGA KAUNSELOR (MALAYSIA)
INDUSTRIAL TRAINING: PROCESSES AND PROCEDURES FOR STUDENTS

The student is responsible for ensuring that all matters relating to the Industrial Training Programme are
conducted in an ethical, conscientious, trustworthy and committed manner.

1) MUST BE DONE BEFORE REGISTRATION:

 One semester before (or two semesters before if placement is abroad**) the student must apply for a
suitable Industrial Training placement under the supervision and approval of the Industrial Training
Coordinator.

 Once approval and confirmation from the Industrial Training Coordinator is obtained, students are not
allowed to change their Industrial Training placement.

 All students must have attended the Pre-Industrial Training Workshop organized by CITra before
registration (i.e. at least the semester before).

 Attend an Industrial Training briefing organised by respective Faculty/Academy/Centre.

 Complete the Industrial Training placement application process within the specified time based on the
Industrial Training Programme schedule set by the Faculty/Academy/Centre.

 Register for the Industrial Training course within the specified time (set by Admission & Exam Section).

 Ensure that the Industrial Training placement is not conducted in a family-owned organisation so as to
avoid conflict of interest.

2) DURING INDUSTRIAL TRAINING

 Report for duty at the organisation within the specified time.

 Send confirmation form (UM-PT01-PK01-BR074-S00) to the Industrial Training Coordinator within two
(2) weeks of the date of report for duty.

 Maintain discipline and abide by all rules and regulations enforced by the organisation.

 Ensure FULL attendance during the Industrial Training duration.

 Record activities/assignments given in the log book daily and to obtain weekly verification from the
organisation Industrial Training supervisor.

 Submit a final report to the Industrial Training Coordinator within the specified time.

 Be present on-site during the visit by the Industrial Training Supervisor/ Lecturer appointed by the
university and to complete the relevant documents required.

 Report immediately to the Industrial Training Coordinator in case of any problems pertaining to the
Industrial Training Programme such as sexual harassment, bullying, inappropriate scope of work and
others.

 Uphold the reputation of University of Malaya at all times.

 Maintain confidentiality and not disseminate/share any information related to the organisation to third
parties.

 Maintain the security of properties belonging to the organisation.

1 S1- CITra - Industrial Training : Process & Procedure for Students (as on 28 Nov’2016)
3) AFTER INDUSTRIAL TRAINING

a) Students must complete and submit all relevant documents such as reports of the Industrial Training
Programme, log books and feedback forms to the Industrial Training Coordinator within one week of the
end of Industrial Training, based on the checklist provided.

b) Inform and remind the organisation supervisor to complete and submit the evaluation form and Industrial
Training feedback form to the Industrial Training Coordinator within the specified time.

DISCIPLINARY PROCEDURES DURING INDUSTRIAL TRAINING PROGRAMME

University of Malaya students undergoing Industrial Training Programme must adhere to the following regulations:

 Discipline

Within the training period, the student is wholly responsible to the organisation where he or she has been
placed. This means that the student must observe specified office hours, and must adhere to all rules and
regulations of the organisation, just like the other staff within the organisation, during the entire training
period.

 Leave

Students are NOT ALLOWED to take leave while undergoing Industrial Training, except with the approval of
the organisation.

 Other Regulations

1. Students are prohibited from sharing or providing any information related to the business of the
organisation or its clients or any other information acquired during or after the training period, to
outside parties unless specifically allowed to do so by the organisation.
2. Students are prohibited from destroying or misusing any property belonging to the organisation.
3. If a student is found to have violated these regulations, or to have neglected his or her duties,
appropriate action will be taken against him or her by University of Malaya.

** Note :
For placements abroad, please refer Appendix 1 (Foreign Country Industrial Training Guideline) and complete the
Overseas Allowance Application Form (Appendix 2)

2 S1- CITra - Industrial Training : Process & Procedure for Students (as on 28 Nov’2016)
INDUSTRIAL TRAINING :
PROCESSES & PROCEDURES FOR
STUDENTS

CITra
E-INDUSTRIAL TRAINING SYSTEM

CITra
STUDENTS' USER
MANUAL
- PLACEMENT APPLICATION -
Before Industrial Training
begins

 Students to obtain and confirm industrial Training


placement by clicks link below :

HTTPS://EDUCATI
ON.UM.EDU.MY/G
ARIS-PANDUAN-
PENDAFTARAN-
TEMPAT-PIA4010-
LATIHAN-
PROFESIONAL
IMPORTANT...
 STUDENTS CAN ONLY APPLY FOR PLACEMENT ONE
SEMESTER BEFORE YOUR INDUSTRIAL TRAINING
PROGRAMME (13.03.2023).

 Once you have approval from your Industrial Training


coordinator and the organization, an “ACCEPT” option will be
displayed under the accept column as below:

 IMPORTANT: Please click the “ACCEPT” button to confirm


your Industrial Training placement
NOTES :
 Only ONE (1) organisation can be accepted at any one
time. Once you accept an organisation, offers from the
other organisations will be automatically rejected.

 Once confirmed, students are not allowed to change their


Industrial Training placement.

 Then proceed with the REGISTRATION of the Industrial


Training course.
Industrial Training
Abroad

 Follow the same procedure

 Please check with your faculty and IHL @ SERU if there are
any funding available

 REMINDER :
Please make early preparations
pertaining to your passport
validity, visa, travel expenses,
accommodation etc.
&
Thank You
PENILAIAN
LATIHAN PROFESIONAL
PENILAIAN PIA4010 - LATIHAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)

BIL PERKARA ISI KANDUNGAN MARKAH


1 Buku Log 1) Pengenalan Latar Belakang Organisasi / Tempat Praktikum & 30%
Perancangan Latihan Profesional (5%)
2) Laporan Harian & Mingguan (15%)
(termasuk refleksi harian dan refleksi keseluruhan program)
3) Laporan Program meliputi perkara-perkara berikut: (10%)
- Kertas Kerja Program
- Kaedah Promosi yang telah dijalankan
- Laporan Akhir Program
2 Laporan Sesi Kaunseling Laporan Sesi Kaunseling Individu & Kelompok 15%
3 7 Rakaman Sesi (CD) Semua Rakaman sesi mesti disertakan dengan Laporan Sesi yang lengkap dan 25%
refleksi kendiri bagi tujuan dibawah :
Deskripsi Rakaman:
1 Rakaman Sesi untuk Penilaian Kendiri
2 Rakaman Sesi untuk Penilaian Penyelia Lapangan 10%
2 Rakaman Sesi untuk Penilaian Serakanan 5%
2 Rakaman Sesi untuk Penilaian Penyelia Akademik 10%
4 Pembentangan Meliputi : 10%
a) Isi Kandungan Power Point Slides
b) Kemahiran Membentang
c) Kreativiti
5 Penilaian Penyelia Lapangan Meliputi 4 aspek utama : 20%
a) Pengendalian sesi kaunseling individu/kelompok 5%
b) Pengurusan rekod dan pentadbiran 5%
c) Aktiviti berkaitan Bimbingan/ Kaunseling/ Program 5%
d) Sahsiah pelatih 5%
Jumlah 100%

Dokumen yang perlu dihantar :


1. Buku Log
2. Buku laporan Sesi Kaunseling
3. 7 CD Sesi Kaunseling +Laporan+ Refleksi
CONTOH :
JADUAL MINGGUAN
CONTOH : TEMPLATE JADUAL MINGGUAN

JADUAL MINGGUAN LATIHAN AMALI


PIA4010 - LATIHAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)

MINGGU 1 : ____________________

Masa/ 9.00-10.00 10.00-11.00 11.00-12.00 12.00-1.00 1.00-2.00 2.00-3.00 3.00-4.00 4.00-5.00 5.00-6.00
Hari pm pm pm pm pm
ISNIN KI KK KK PT R PT PRG PRG PRG
SELASA PT KI PT KI E PT KI PT -
RABU PT KI KK KK H PT KI PT -
KHAMIS PT PRG PRG PRG A KK KK PT -
JUMAAT PT KI PT - T - PRG PRG PRG

Petunjuk Jam diperlukan Jam disempurnakan Jam Berbaki


PT Pentadbiran 200 13 187
PRG Program / Bimbingan 112 9 103
KI Kaunseling Individu 7
192 179
KK Kaunseling Kelompok 6
Keseluruhan 504 35 469

Tandatangan Pelajar Pengesahan Penyelia

______________________ ____________________
(Nama Pelajar & No Matrik) (Nama Penyelia dan Cop)
CONTOH :
LOG LAPORAN HARIAN
CONTOH : TEMPLATE LOG LAPURAN HARIAN

LOG LAPORAN HARIAN 13 Mac 2023


PIA4010 - LATIHAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)

TARIKH / MASA* AKTIVITI* NO. RUJUKAN


HARI
13 Mac 9.00-10.00 (masukkan penerangan ringkas Rujukan :
2023 am tentang aktiviti yang telah I0012/02/ 170214 Commented [u1]: Petunjuk
(Isnin) dilaksanakan dan nyatakan I = Kaunseling Individu
nombor rujukan dalam buku log Commented [u2]: Petunjuk
untuk laporan sesi) 0012 = Kod Klien ke -12
Commented [u3]: Petunjuk
/02 = Sesi ke -2
Sesi Kaunseling Individu:
Commented [u4]: Petunjuk
Menjalankan kaunseling individu 170214 = Tarikh pelaksanaan sesi
untuk klien 012/ Sesi 2
10.00- Sesi Kaunseling Kelompok: Rujukan:
12.00 am Menjalankan sesi kelompok K001/ 01/170214 Commented [u5]: Petunjuk
untuk kumpulan 1 K= Kaunseling Kelompok

Tema: Keyakinan diri Commented [u6]: Petunjuk


001= Kumpulan 1
Sesi 1: Peringkat Orientasi
Commented [u7]: Petunjuk
12.00-1.00 Pentadbiran: /01= Sesi Pertama
pm Mengemaskini fail sesi Commented [u8]: Petunjuk
170214 = Tarikh pelaksanaan sesi
kaunseling Individu dan
Kelompok
Perbincangan dengan penyelia
lapangan
1.00-2.00
REHAT
pm
2.00-3.00 Pentadbiran:
pm Persediaan pra program
Bimbingan. Menyediakan kit
program dan kemaskini slaid
pembentangan.
3.00-4.00 Program : Rujukan: PR001/01/170214 Commented [u9]: Petunjuk
pm PR= Program
Menjalankan program “Membina
Sahsiah Pelajar Cemerlang” di Commented [u10]: Petunjuk
4.00-5.00 001= Program Pertama
pm Kolej Kediaman Ke-4
Commented [u11]: Petunjuk
Peranan: Fasilitator* /01= Siri pertama
5.00-6.00
pm Commented [u12]: Petunjuk
170214 = Tarikh pelaksanaan Program
Jumlah Jam Harian Terlaksana = 8 jam
PT = 2 jam PR = 3 jam KI = 1 jam KK = 2 jam
CONTOH : TEMPLATE LOG LAPURAN HARIAN

REFLEKSI HARIAN:

(Pelajar perlu membuat refleksi kendiri tentang pelaksanaan tugas untuk hari ini. Ini
termasuk sebarang kesedaran kendiri, perasaan, pemikiran dan tindakbalas terhadap
semua tugasan yang dilakukan hari ini. Nyatakan juga pengetahuan baru yang telah
diperolehi dari segi ilmu dan kemahiran. Pelajar boleh mencadangkan sebarang
penambahbaikan sekiranya menyedari kelemahan dalam pelaksanaan tugas untuk
tujuan pembangunan diri dan profession

Anggaran jumlah perkataan: 200-250 perkataan sahaja (1/2- 1 mukasurat)

*Masa*- Nyatakan bahagian yang perlu sahaja


*Aktiviti* Merujuk kepada aktiviti seperti tersenarai dalam petunjuk di jadual mingguan
(Pentadbiran/ Program/ Kaunseling Individu/ Kaunseling Kelompok)
CONTOH :
LAPORAN KAUNSELING INDIVIDU
TEMPLATE LAPORAN SESI KAUNSELING

PIA4010 - LATIHAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)


LAPORAN KAUNSELING INDIVIDU

No Rujukan Klien : K012/02/170321

Hari/ Tarikh :

Masa/ Tempoh Sesi :

Lokasi :

Bahagian 1: Laporan Sesi

Sinopsis Isu Klien/ Masalah yang dibawa (S)

Huraikan sedikit mengenai latarbelakang klien dan synopsis isu yang dibawa oleh klien

Pemerhatian terhadap Klien (0):

Nyatakan secara objektif pemerhatian kaunselor terhadap penampilan fizikal,


tingkahlaku, emosi dan pemikiran dan reaksi yang dipamirkan semasa sesi.

Jangan tambah tanggapan anda terhadap klien, Hanya nyatakan pemerhatian objektif.

Penilaian Kaunselor terhadap Masalah (Pengenalpastian Masalah) (A)

Melibatkan penilaian objektif kaunselor terhadap masalah klien berlandaskan maklumat


yang telah diterokai dalam sesi. Nyatakan Masalah yang dikenalpasti dengan tepat
setelah penerokaan mendalam dijalankan ke atas isu klien

Pendekatan/ teori/ kemahiran yang digunakan (A)

 Nyatakan pendekatan teorikal yang telah anda kenalpasti sbg sesuai dan
dilaksanakan dalam sesi berkenaan. Berikan contoh teknik teoritikal yang diguna
dengan spesifik
 Nyatakan kemahiran-kemahiran yang telah digunapakai sepanjang sesi termasuk
kemahiran melayan, kemahiran mendengar dan kemahiran merespons. Berikan
beberapa contoh kemahiran tersebut yang telah anda gunakan
TEMPLATE LAPORAN SESI KAUNSELING

Respons Klien terhadap sesi:

(Nyatakan respons klien terhadap sesi samada yang dinyatakan olehnya secara lisan /
melalui maklumbalas diakhir sesi atau yang tidak dinyatakan secara lisan tetapi boleh
anda perhatikan dari tindakbalasnya semasa sesi)

Perancangan Pelan Tindakan: (P)

Nyatakan secara objektif perancangan kaunselor untuk membantu klien pada sesi
seterusnya berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti

Bahagian 2 :

Refleksi kendiri kaunselor terhadap sesi

Berikan refleksi kendiri yang komprehensif tentang pengendalian sesi kaunseling anda

Kekuatan dan kelemahan sesi:

Nyatakan kekuatan dan kelemahan sesi dalam membantu klien mencapai matlamat

Langkah-langkah penambahbaikan sesi

Nyatakan langkah-langkah yang akan anda jalankan untuk mengendalikan sesi dengan
lebih berkesan

-------------------------------- -----------------------------------

Tandatangan Pelatih Kaunseling Tandatangan Penyelia


NOTA :
FORMAT LAPORAN SESI
KAUNSELING & KESELURUHAN
LATIHAN PROFESIONAL
FORMAT Laporan Sesi
Kaunseling dan Keseluruhan
PIA4010-Latihan Profesional
(Internship)
Dr. Ida Hartina Ahmed Tharbe
KB00128/ PA00079
Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
LAPORAN kes KAUNSELING
• Sebarang jenis rekod yang mengandungi
maklumatberkaitan amalan kaunseling profesional.
(Ramley & Helihy,2001)

• Tertakluk kepada etika kerahsiaan


Jenis REKOD
A) Buku Log Nota kes- catatan sesi kaunseling

B) Buku Log Rekod Aktiviti Harian


KEPENTINGAN menyimpan rekod
sesi KAUNSELING
1. Mengingat kembali kes yang dikendalikan
2. Dapat melihat kejayaan atau kegagalan klien.
3. Menyesuaikan teknik, pendekatan, teori mengikut isu klien
4. Membina perancangan yang logikal bagi kepentingan klien.
5. Menjadi panduan jika klien memohon kaunseling selepas
lama ditamatkan.
6. Menjadi tanggungjawab dan akauntabiliti professional
kaunselor dalam amalannya.
7. Menjadi bukti dan bahan sokongan dalam kes melibatkan
undang-undang.
ETIKA penyimpanan rekod KLIEN
1. Bahagian B Kod Etika PERKAMA
- Rekod perhubungan kaunseling termasuk nota temu duga, data ujian,
surat-menyurat, rakaman pitadan video,dll dokumen dianggap sebagai
maklumat profesional yang digunakan dalam proses kaunseling.
2. Section B4 ACA Code of ethics- counselors maintain records
necessary for rendering professional service to their clients.
3. American Psychological Association (APA) Record Keeping and
FEE- no6.01 Documentation of Professional and Scientific Work
and Maintenance of Records.
4. Etika Profesional dan Etika Peribadi
Penyimpanan REKOD

• Di tempat yang selamat


• Tidak terbuka untuk bacaan orang lain samaada sengaja atau
tidak.
• Hanya individu tertentu sahaja mempunyai hak spt penyelia
(site counselor) , klien, profesional yang dirujuk.
• Pembantu (sekiranya ada) perlu tanda tangan borang kontrak
menyimpan rahsia.
• Penyimpanan melalui komputer-pastikan maklumat selamat.
• Disimpan selama lebih kurang 5-7 tahun.
HAK KLIEN ke atas rekod sesi

• Klien mempunyai hak melihat, membaca dan mendapatkan


salinan rekod sesi kaunseling.
• Klien bawah umur mempunyai hak kerahsiaan tetapi ibu
bapa juga mempunyai hak mutlak mengetahui kandungan
sesi kaunseling.
• Tulis dengan bahasa yang sesuai .
• Isu Confidentiality
PERSETUJUAN termaklum
Inform Consent
• Informed Consent
• Adalah kontrak formal yang dimetrikan antara kaunselor
dan klien dan menjadi ETIKA penting dalam menjalankan
sesi kaunseling(individu, kelompok, kerjaya dll). Berasal dari
kes perubatan yang dibawa ke mahkamah.Rujuk:
• ACA Code of Ethics Section A2 Informed Consent in Couseling
Relationship.APA Section 3.10 & 10.01 Informed Consent &
Informed Consent to therapy
2 JENIS Inform Consent
• 2 Jenis:
a) Terperinci
b) Ringkas

• Sebagai bukti wujudnya perhubungan profesional antara


kaunselor dan klien. Perlu diisi dengan teliti.

• Spesifik atau tidak - secara umum.


• Bezakan dengan NOTICE cuma memberitahu apa yang
akan berlaku , tiada elemen perjanjian.
PENYEDIAAN laporan
nota KES
FORMAT Penulisan Laporan KES
a) Peringatan: Nota kes kaunseling adalah dokumen legal.

b) Tujuan
• Memberi perkhidmatan kaunseling yang berkualiti
• Mendokumenkan keputusan dan tindakan yang
diambil melalui sesi
Format DAP
"D" - Subjective and objective DATA about the client
Subjective - what client can say or feel
Objective - observable, behavioral by therapist
Standard I ' sentence, progress on presenting problem, review of HW
Description of both the content and process of the session

"A" - Intervention, Assessment -what's going on?


Working hypotheses, gut hunches
"Depression appears improved this week"

"P" – Progress, Response or revision


• What you're going to do about it
• Next session date-"couple will call in four weeks"
• Any topics to be covered in next session(s), and HW given
Format DART

• Description :
Menceritakan masalah dan apa yang anda perhatikan

• Assessment:
Penilaian tentang apa yang sedang berlaku.

• Response
Catatkan apa yang anda buat dan cadangkan.

• Treatment Plan :
Kaedah intervensi termasuk membina matlamat dan
rawatan seterusnya
Format SOAP

• Subjective
• Objective
• Assesment
• Prognosis
• Berasal darilaporan perubatan – boleh diubahsuai untuk
kegunaan sesi kaunseling
SUBJECTIVE

• Berdasarkan pemerhatian subjektif


• The initial portion of SOAP format consists of subjective
observation
• These are symptoms patient verbally expressed or as stated
by significant others.
• It includes patient's description of pains or discomfort, the
presence of nausea or dizziness when the problem first
started and multitude of other description or dysfunction,
• Discomfort or illnesses the patient describes
OBJECTIVE
• Berdasarkan pemerhatian objektif
• Objective observation which include symptoms that can be
measured, touched, smelled, felt, seen, heard.
• Include in the objective observation are the vital signs of
temperature, pulse, skin colour, respiration, swelling and
the result of diagnostic test
ASSESSMENT
• Penilaian keatas keadaan semasa klien
• Follow the objective observation. The diagnosis of patient’s
condition, in some cases the diagnosis may be clear such as
confusion.
• However, a diagnosis may be not clear and could include
several diagnosis possibilities
PLAN / PROGNOSIS
• Pelan tindakan yang dirancangkan dan diambil bersama
klien
• Meliputi
sebarang tindakan susulan yang perlu bagi
membantu klien mencapai matlamat yang ditetapkan
Kaedah PENULISAN
• Tuliskan laporan mengikut format berdasarkan nota kes
anda
• Pastikan laporan anda ringkas tetapi padat
• Tuliskan deskripsi yang jelas dan objektif
• Pastikan anda menulis nota kes serta merta selepas sesi
• Proofread, saring nota anda tetapi jangan padam
maklumat-maklumat penting
• Pastikan anda menggambarkan klien dengan sepatutnya.
Ingat! Klien ada hak untuk baca nota sesi tersebut
- Pastikan bahasa yang sesuai dan menghormati klien, tidak
prejudis dll
Contoh SOAP
• Klien: TSL (optional) Tarikh: 27 Mac 2008 Masa: 10.00 pagi

• S:Menyatakan kaunseling tidak dapat membantu mengembalikan keluarganya.


Mengatakan tindakan memukul isterinya betul bertujuan mengajar. Tindakan
terbaru: menumbuk muka isteri apabila isteri marah kerana lambat balik. Sejarah
hidup: menceritakan bapanya selalu memukul ibunya apabila mabuk.

• O:Meninggikan suara apabila berbincang sepanjang sesi. Menggunakan perkataan kasar


seperti “celaka,babi”. Enggan bertenang dan kerap berdiri dan berjalan mundar-mandir.
Mengatakan kaunseling membuang masa.

• A:Kegaganasan fizikal (Laporan Polis). Lemah mengawal kemarahan dari tingkahlakunya


menumbuk meja, ekspresi muka marah, suara meninggi dan bertindak memukul.

• P: Prognosis – Perlu sesi kaunseling diteruskan perlu perhatian lebih kerana motivasi berubah
lemah.

• Perancangan- meneruskan Cognitive Behaviour Therapy. Mencadangkan hadir bengkel


mengendalikan kemarahan anjuran hospital.

Tanda tangan kaunselor:


Nama:
KANDUNGAN nota sesi KELOMPOK
• Kandungan nota kemajuan kaunseling kelompok perlu ditulis
secepat mungkin selepas sesi kaunseling.
• Nota kemajuan dibuat untuk tiap-tiap ahli mengikut format
sama seperti kaunseling individu

Kandungan nota:
a) Tarikh
b) Jangka masa
c) Maklumat sesi
d) Tema sesi kelompok
e) Perancangan / Aktiviti
f) Nota kemajuan setiap ahli secara ringkas
g) Pemerhatian dan kesimpulan
BUKU log aktiviti HARIAN
• Pelajar mesti menyediakan satu buku log mengenai kesemua
aktiviti harian yang dijalankan.
• Jadual mingguan perlu disediakan bersama laporan harian,
dan diserahkan kepada penyelia lapangan untuk
ditandatangani .
• Kegagalan untuk menunjukkan jadual kegiatan akan
mendatangkan kesan kepada keseluruhan penilaian
kaunseling anda
• Kegiatan yang dijalankan untuk mengisi jadual harian
mestilah menepati keperluan Praktikum. Jumlah jam yang
disempurnakan bagi setiap aktiviti dituliskan di dalam jadual
mingguan untuk tujuan semakan penyelia
• Lampirkan segala data-data, laporan kegiatan dan maklumat
yang perlu dalam buku log ini , mengikut minggu
• Lampiran pamplet dsbnya boleh disertakan dibahagian
belakang buku laporan
• Sebarang ketidak tepatan maklumat atau ketidak sesuaian
aktiviti tidak akan dikira sebagai sebahagian proses
melengkapkan Praktikum
Sebarang Pertanyaan???
CONTOH :
BORANG UNTUK KEGUNAAN
PELAJAR
CONTOH :
BUKU RUJUKAN UTAMA &
RUJUKAN SAMPINGAN/TAMBAHAN
BORANG-BORANG
LATIHAN PROFESIONAL

BORANG 1
BORANG 2
BORANG 3
BORANG 4
BORANG 5
BORANG 6

(SILA KEMBALIKAN BORANG YANG LENGKAP KE PEJABAT AM)


SENARAI BORANG
PIA4010 - LATIHAN PROFESIONAL
(SILA KEMBALIKAN BORANG LENGKAP KE PEJABAT AM)

PELAJAR

BIL NAMA BORANG JENIS BORANG

1 Borang Pengesahan Institusi/Organisasi Borang 1

2 Perakuan Lapor Diri Pelajar di Institusi/Organisasi Borang 2

3 Borang Penilaian Kendiri (Rakaman Sesi Kaunseling) Borang 3

4 Borang Penilaian Serakanan (Rakaman Sesi Kaunseling) Borang 4

5 Borang Protokal Penyeliaan Borang 5

6 Borang Rekod Lawatan Penyelia Akademik ke Institusi/Organisasi Borang 6

PENYELIA AKADEMIK

BIL NAMA BORANG JENIS BORANG

1 Borang Penilaian Pengendalian Rakaman Sesi Kaunseling -

2 Borang Markah Pembentangan Pelajar -

3 Borang Penghantaran Buku Log dan Laporan -

4 Borang Markah Keseluruhan -

PENYELIA LAPANGAN

BIL NAMA BORANG JENIS BORANG

1 Borang Penilaian Prestasi Keseluruhan -

2 Borang Penilaian Pengendalian Rakaman Sesi Kaunseling -


BORANG (1)

BORANG PENGESAHAN INSTITUSI/ORGANISASI


PIA4010 - LATIHAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)

MAKLUMAT PELAJAR

Nama Kaunselor Pelatih : ______________________________________________________

No. Matrik : ______________________________________________________

No. H/P : ______________________________________________________

Email : ______________________________________________________

Nama Kaunselor Pelatih : ______________________________________________________

No. Matrik : ______________________________________________________

No. H/P : ______________________________________________________

Email : ______________________________________________________

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAKLUMAT INSTITUSI/ORGANISASI

Nama Institusi/Organisasi : ______________________________________________________

Alamat Institusi/Organisasi : ______________________________________________________

: ______________________________________________________

: ______________________________________________________

No. Telefon : ______________________________________________________

No. Faks : ______________________________________________________

Nama Penyelia Lapangan : ______________________________________________________

Tandatangan & Cop Jawatan : ______________________________________________________

Tarikh : ______________________________________________________
BORANG (2)

PERAKUAN LAPOR DIRI KAUNSELOR PELATIH DI INSTITUSI/ORGANISASI


PIA4010 - LATIHAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)

MAKLUMAT PELAJAR

Nama Kaunselor Pelatih : ______________________________________________________

No. Matrik : ______________________________________________________

No. H/P : ________________________ Email : _______________________

Nama Kaunselor Pelatih : ______________________________________________________

No. Matrik : ______________________________________________________

No. H/P : ________________________ Email : _______________________

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAKLUMAT INSTITUSI/ORGANISASI

Nama Institusi/Organisasi : ______________________________________________________

Alamat Institusi/Organisasi : ______________________________________________________

: ______________________________________________________

: ______________________________________________________

No. Telefon : ________________________ No. Faks : ____________________

Nama Penyelia Lapangan : ______________________________________________________

No. Kaunselor Berdaftar : ______________________________________________________

Email : ______________________________________________________

No. Telefon H/P : ________________________

Tandatangan & Cop Jawatan : ________________________ Tarikh : ________________

Sila kembalikan borang yang lengkap dalam minggu pertama kepada :


Timbalan Dekan (Ijazah Dasar)
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
(up : En. Mohd Salehuddin B Md Zin) No. Tel : 03-79675006 Emel : udin@um.edu.my
BORANG (3)

BORANG PENILAIAN KENDIRI (RAKAMAN SESI KAUNSELING)

Nama Kaunselor Pelatih : _____________________________________________


No. Matrik : _____________________________________________
Institusi/Organisasi : ______________________________________________

1. Apakah masalah yang dikemukakan oleh klien?

2. Apakah yang kaunselor telah lakukan (teori yang telah diaplikasikan)?

3. Apakah kemahiran yang telah digunakan oleh kaunselor?

4. Apakah kekuatan kaunselor?

5. Apakah kelemahan kaunselor?

6. Apakah cadangan-cadangan anda untuk meningkatkan kemahiran kaunseling?

7. Refleksi kendiri mengenai sesi yang dijalankan.

8. Rumusan.

Markah :
10
BORANG (4)

BORANG PENILAIAN SERAKANAN (RAKAMAN SESI KAUNSELING)

Nama Penilai : _____________________________________________


No. Matrik : _____________________________________________
Nama Kaunselor Pelatih : _____________________________________________
No. Matrik : _____________________________________________
Institusi/Organisasi : ______________________________________________

1. Apakah masalah yang dikemukakan oleh klien?

2. Apakah yang kaunselor telah lakukan (teori yang telah diaplikasikan)?

3. Apakah kemahiran yang telah digunakan oleh kaunselor?

4. Apakah kekuatan kaunselor?

5. Apakah kelemahan kaunselor?

6. Apakah cadangan-cadangan anda untuk meningkatkan kemahiran kaunseling?

7. Refleksi kendiri mengenai sesi yang dijalankan.

8. Rumusan.

Markah : 10
BORANG (5)
BORANG PROTOKOL PENYELIAAN

Nama Kaunselor Pelatih (KP)


No. Matrik
Institusi/Organisasi
Nama Penyelia Akademik (PA)
Nama Penyelia Lapangan (LP)
Tempoh Tugas yang perlu dilaksanakan Tarikh Tandatangan Tandatangan Catatan
Pelaksanaan (KP) (PL)
Minggu Penempatan dipersetujui dan dimaklumkan
terakhir antara: pihak pentadbiran organisasi,
semester penyelia lapangan, penyelia akademik, dan
pelatih/ intern.
Minggu 1 Maklumat untuk dihubungi antara penyelia
lapangan dan Penyelia akademik dan Pelatih
dibekalkan oleh pelatih. Maklumat
termasuklah (tetapi tidak terhad kepada) :
alamat, nombor telefon, telefon untuk
kecemasan, email, dll.
Minggu 2 Objektif latihan/praktikum pelatih dibuat
secara bertulis, ditandatangan oleh Penyelia
Lapangan, dan dihantar kepada Penyelia
Akademik. Objektif Latihan mungkin
tergolong dalam kategori “best practices” :
(formalizing theoretical orientation, working
on specific individual or group counseling
skills, improving leadership and advocacy
skills.)
Minggu 3-4 (Dicadangkan lawatan pertama Penyelia
akademik ke organisasi Tempat Latihan)
Minggu 5-6 Penyelia lapangan dan Pelatih akan bertemu
untuk mendapatkan penilaian kemajuan
pertengahan semester. Penyelia lapangan
akan menyimpan satu salinan rekod dan
menghantar kepada Penyelia akademik satu
salinan. Perkara yang perlu diperbaiki perlu
dimaklumkan pada tahap ini dan
perancangan untuk pembetulan dibentuk
melalui pendekatan secara pasukan. Pasukan
tersebut terdiri daripada penyelia lapangan,
Penyelia akademik, dan pelatih / intern.
Minggu 7-8 (Dicadangkan lawatan kedua Penyelia
akademik ke organisasi Tempat Latihan)
Tempoh Tugas yang perlu dilaksanakan Tarikh Tandatangan Tandatangan Catatan
Pelaksanaan (KP) (PL)
Minggu 9-10 Penyelia lapangan, Penyelia akademik, dan
pelatih akan berhubung berkaitan pelan
pembetulan yang telah dirancang.
Minggu 11 (Dicadangkan lawatan ketiga Penyelia
akademik ke organisasi Tempat Latihan)
Minggu 12 Penyelia lapangan dan pelatih akan
menyiapkan laporan formal penilaian
kemajuan yang terakhir. Skop yang terlibat
termasuklah : Objektif pembelajaran dan
kemajuan daripada penilaian pertengahan
semester. Borang Penilaian formal yang
lengkap akan dihantar kepada Penyelia
akademik. Borang ini hendaklah
ditandatangan serta bertarikh oleh penyelia
lapangan dan Pelatih.
Minggu 13-14 Pelatih akan menyiapkan penilaian rasmi
terhadap tempat latihan. Penilaian
termasuklah: kemudahan yang disediakan,
amalan penyeliaan yang digunakan,
kemudahan untuk mencapai keseimbangan
waktu untuk melaksanakan kaunseling dan
pentadbiran, tahap sokongan, dan sokongan
untuk penempatan pelatih lain di masa
hadapan. Pelatih juga mengemaskini
kesemua dokumen untuk disemak oleh
penyelia lapangan sebelum dihantar ke
penyelia akademik masing-masing.
Minggu 15-16 Penyelia akademik akan membuat penilaian
terakhir terhadap pelatih berdasarkan semua
maklum balas yang diterima dan kemajuan
sepanjang semester. Jika perlu, Penyelia
akademik akan menghubungi terus penyelia
lapangan.
Berterusan Penyelia akademik akan membuat rancangan
(Ongoing) dengan penyelia lapangan dan pelatih masa
yang sesuai untuk membuat lawatan.
Lawatan ke tempat latihan akan berlaku
sepanjang semester untuk meningkatkan
komunikasi antara tempat latihan dan JPPK.
Kemajuan Pelatih, kemudahan, matlamat
latihan profesional, dan prestasi amalan
kaunseling akan dibincangkan sewaktu
lawatan tersebut.
Berterusan Komunikasi secara emel dan telefon adalah
(Ongoing) terbuka sepanjang semester berhubung
kemajuan Pelatih. Komunikasi boleh
dimulakan sama ada oleh Penyelia lapangan
atau Penyelia akademik.

Nota:
Lawatan ke-4 atau seterusnya adalah atas keperluan semasa dan ianya tertakluk kepada kelapangan masa
penyelia akademik.
BORANG (6)
BORANG REKOD LAWATAN PENYELIA AKADEMIK KE INSTITUSI/ORGANISASI
PIA4010 - LATIHAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)

Nama Pelatih Kaunselor (KP) : __________________________________________________________


No. Matrik : __________________________________________________________
Nama Institusi/Organisasi : __________________________________________________________
Nama Penyelia Akademik (PA) : __________________________________________________________
Nama Penyelia Lapangan (PL) : __________________________________________________________

LAWATAN PERTAMA

Isu yang dibincangkan Tindakan yang perlu diambil Tandatangan

__________________
Kaunselor Pelatih (KP)

__________________
Penyelia Lapangan (PL)

___________________
Penyelia Akademik (PA)

LAWATAN KEDUA

Isu yang dibincangkan Tindakan yang perlu diambil Tandatangan

__________________
Kaunselor Pelatih (KP)

___________________
Penyelia Lapangan (PL)

___________________
Penyelia Akademik (PA)
LAWATAN PERTAMA

Isu yang dibincangkan Tindakan yang perlu diambil Tandatangan

__________________
Kaunselor Pelatih (KP)

__________________
Penyelia Lapangan (PL)

___________________
Penyelia Akademik (PA)

LAWATAN KEDUA

Isu yang dibincangkan Tindakan yang perlu diambil Tandatangan

__________________
Kaunselor Pelatih (KP)

___________________
Penyelia Lapangan (PL)

___________________
Penyelia Akademik (PA)

Anda mungkin juga menyukai