Anda di halaman 1dari 2

.

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SJK(C) CHUNG HWA KUALA PENYU
PETI SURAT 16,
89747 KUALA PENYU.

Rujukan Kami : SJKCCH.100-13/1/4 (3)


Tarikh : 15 Mei 2023
Kepada,
Tuan/ Puan/ Encik/ Cik _________________________,
Ibu/ bapa/ penjaga kepada murid SJK(C) Chung Hwa Kuala Penyu.

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA KAAMATAN PERINGKAT SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan menganjurkan Sambutan
Hari Raya Kaamatan, pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Mei 2023 ( Jumaat )


Masa : 7.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka, SJK (C) Chung Hwa Kuala Penyu

03. Oleh itu, semua murid digalakkan memakai baju raya atau baju kaamaatan untuk Pertandingan
Fesyen yang akan diadakan mengikut kelas. Murid yang tidak menyertai pertandingan wajib memakai
pakaian yang kemas dan sopan.

04. Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan/ puan dapat menyediakan jenis makanan seperti
yang telah diagihkan oleh guru kelas agar Jamuan Hari Raya Kaamatan pada hari tersebut mencukupi
dan dapat berjalan dengan lancar.

05. Bersama-sama ini kami sertakan borang maklum balas dan jenis makanan yang perlu disediakan
pada hari tersebut. Diharap puan/ tuan dapat mengembalikan semula Borang Maklum Balas yang
dilampirkan selewat- selewatnya pada 17 MEI 2023 ( RABU ).

06. Pihak sekolah juga amat berharap agar tuan/ puan dapat menghadiri majlis ini bagi memeriahkan
lagi sambutan Hari Raya Kaamatan pada tahun ini. Kerjasama dan segala jenis sumbangan tuan/ puan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………….
( Hafizsahrel Mujih )
Pengerusi PIBG,
SJK (C) Chung Hwa, Kuala Penyu.
Kuala Penyu, Sabah
BORANG MAKLUM BALAS
Saya _______________________________, ibu/ bapa/ penjaga kepada _____________________________, murid
Tahun 1/ 2/ 3/ 4/ 5 / 6 / prasekolah akan hadir/ tidak dapat hadir semasa aktiviti Sambutan Hari Raya Kaamatan.

Jenis makanan yang telah diagihkan oleh guru kelas adalah seperti berikut :

Jenis Makanan () Catatan

Makanan Berat

Makanan Ringan

Minuman

Buah-buahan

Lain-lain

Nota : Sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang penyediaan makanan, boleh berhubung terus dengan
guru kelas.

Bilangan Murid :
Pra : 24 orang, T1 : 31 orang , T2 : 42 orang, T3 : 43 orang, T4 : 38 orang, T5 : 30 orang, T6 : 34 orang

Yang benar,

..............................................
( )

Tarikh: ....................................

Anda mungkin juga menyukai