Anda di halaman 1dari 3

1.

Tajuk Buku Cerita : Bunga Mawar dan Pokok Kaktus

2. Props / Costume
Bahan-bahan dan alatan yang digunakan ialah pakaian untuk penghibur di atas pentas
iaitu pakaian bunga mawar, pakaian bunga kaktus, pakaian pemburu juga sebagai
pencerita 1, pakaian pokok untuk pencerita 2. Pakaian bunga mawar ialah seluar dan
baju berwarna hijau, kemudian cekak rambut yang merupai bunga mawar yang
dihasilkan daripada kepingan foam berwana merah dan berkilat. Manakala, untuk
pakaian bunga kaktus pula ialah baju, seluar dan tudung yang berwarna hijau dan
dihisai duri-duri yang dihasilkan daripada polistrin. Pakaian untuk pemburu pula ialah
baju, seluar dan topi berwarna perang, Pemburu jua memakai kasut but dan alatan
memanah. Alat peraga yang digunakan di atas pentas pula ialah empat batang pokok
yang diperbuat daripada polistrin yang dipotong mengikut bentuk pokok dan
diwarnakan menggunakan ‘plaka’ atau warna poster. Selain itu, rumput yang juga
dihasilkan dengan kaedah yang sama sebagai alat peraga untuk diletakkan dihadapan
pentas. Alat peraga lain yang digunakan ialah daun-daun kering iaitu benda maujud,
namun jika benda maujud ini tidak dapat diperolehi maka kertas perang akan dipotong
seperti daun kering akan digunakan. Kipas elektrik juga digunakan untuk
persembahan pentas ini.

3. Rancangan Pengajaran KSPK


4. Skrip

Tajuk : Bunga Mawar dan Pokok Kaktus

Pencerita 1 / Pemburu : Pada zaman dahulu kala, di sebuah hutan terdapat sebatang
pokok bunga mawar yang tumbuh cantik dan wangi. Oleh itu, bunga mawar sangat angkuh
dan megah diri. Dia juga jijik dengan tumbuh-tumbuhan yang lain.

Pencerita 2 (Guru) : Pada suatu hari, seorang pemburu membawa sepohon kaktus
lalu menanamnya di sebelah bunga mawar. Sejak itu bunga mawar memusuhi pokok kaktus
kerana rupanya yang hodoh dan penuh duri.

Bunga Mawar : “Eh, Jijiknya! Kenapalah pemburu itu membawa dan menanam kau di
sebelah aku. Kau merosakkan kecantikan dan keserianku!”. (Berkata dengan nada kuat dan
sombong)
Pencerita 1 / Pemburu : Bunga Mawar sangat marah dengan pokok kaktus. Dia yang
dulu cantik sekarang kelihatan buruk dengan kehadiran pokok kaktus di sebelahnya.

Pokok Kaktus : “Maafkan aku Mawar kerana membuat kau kurang senang dan berasa
terganggu dengan kehadiranku”.

Pencerita 2 (Guru) : Pokok kaktus berkata dengan nada sedih dan rendah diri. Dia
mengakui yang bunga mawar sangat cantik dan harum.

Pencerita 1 / Pemburu : Pada suatu hari, musim kemarau telah tiba. Hutan yang dulunya
hijau, kini menjadi keperangan. Rumput dan tumbuh-tumbuhan sudah layu. Daun-daun juga
gugur ke tanah. Tanah pula merekah dan kering. Bunga mawar yang dulunya cantik kini
menjadi layu kerana kepanasan yang melampau. Namun, pokok kaktus tidak terkesan
langsung oleh perubahan cuaca itu.

Bunga Mawar : “Tolonglah aku kaktus. Aku terlalu haus dan letih. Berilah aku sedikit
air. Aku minta maaf sebab selalu memarahi dan merendahkan kau. Tolonglah”.

Pencerita 2 (Guru) : Akhirnya bunga mawar merayu kepada pokok kaktus yang
sangat dibencinya itu. Rupa-rupanya, di sebalik rupa hodoh pokok kaktus, dia mempunyai
kelebihan iaitu tahan panas.

Pencerita 1 / Pemburu : Pokok kaktus tersenyum. Dia tidak berdendam cuma ingin
bunga mawar belajar dari kesilapannya.

Pokok Kaktus : “Baiklah mawar. Aku akan berikan. Cuma satu sahaja pesananku.
Jangan menilai sesuatu dari rupanya kerana disebalik itu, tiada siapa yang tahu”, (lalu, pokok
Kaktus memberikan air kepada bunga mawar).

Pencerita 2 (Guru) : Bunga mawar kembali segar. Sepanjang musim kemarau, dia
banyak bergantung kepada pokok kaktus dan mereka mula bersahabat baik. Setelah musim
kemarau habis, bunga mawar tetap bersahabat dengan pokok kaktus tanpa mengungkit
tentang rupanya lagi. Akhirnya, bunga mawar sedar bahawa setiap sesuatu mempunyai
kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Pengurusan pentas
Alatan peraga akan disusun di atas pentas mengikut suasana hutan. Watak Bunga
Mawar dan pencerita 1(murid) akan berada dipentas sebaik sahaja persembahan
dimulakan. Kemudian watak pemburu atau pencerita 2(guru) dan Pokok Kastus akan
masuk ke pentas serentak. Dan bermulalah babak dan lakonan seterusnya. Kemudian,
apabila pencerita 1 menceritakan suasana musim kemarau telah tiba, guru akan
menghidupkan kipas elektrik untuk menerbangkan daun-daun kering untuk
mengambarkan suasana kemarau.

Anda mungkin juga menyukai