Anda di halaman 1dari 8

KPP 3014

PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR

TUGASAN INDIVIDU

PENULISAN KRITIS

NAMA : AHMAD IRFAN DANIAL BIN AHMAD SHAHRIZAL

NO.MATRIK : D20212099270

KUMPULAN :D

PENSYARAH : PROF. DR. SUPPIAH A/L NACHIAPPAN


Tajuk : Berdasarkan Buku Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, bincangkan 5
perkara yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita.

Profesion perguruan merupakan tugas mulia kerana profesion ini ialah kesinambungan
daripada tugas para Nabi dan Rasul bagi umat Islam. Seluruh negara bergantung kepada
keberkesanan seorang guru menjalankan tanggungjawab. Guru mempunyai kedudukan yang
tinggi dalam masyarakat dan dunia modenisasi sehingga membawa profesion perguruan ke
tahap yang lebih mencabar. Guru tidak lari daripada menghadapi masalah seperti kekurangan
pengetahuan dan keyakinan diri dari segi kepercayaan dan konsep kendiri dalam diri seorang
guru. Pengetahuan dan kefahaman yang kurang boleh menyebabkan ilmu yang disampaikan
tidak berkesan. Kepercayaan dengan pedagogi seseorang guru penting mesti selari dengan
subjek mata pelajaran yang diajar agar tidak timbul kekeliruan kanak-kanak dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak tidak akan menyatakan kesalahan yang kita
lakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka tidak tahu lagi menilai
sesuatu perkara yang betul ataupun salah. Mereka hanya menerima sepenuhnya apa yang
diajar oleh guru. Maka, guru mempunyai tanggungjawab yang sangat penting dalam
mengajar dan mendidik serta perlu menerapkan ilmu yang bersifat pasti dan berguna dalam
kehidupan kanak-kanak. Guru prasekolah perlu diberi pendedahan awal mengenai
penggunaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan [KSPK] (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2016). Pendedahan ini telah diberi oleh pegawai prasekolah di Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN), di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). dan di Kementerian Pendidikan Malaysia
secara meluas. Corak penilaian yang dianggap sesuai untuk kanak-kanak prasekolah juga
didedahkan kepada mereka. Guru prasekolah perlu menguasai kandungan kurikulum agar
penilaian yang diberikan seimbang dengan keupayaan pelajar. Pengetahuan guru prasekolah
perlu mantap dan dipertingkatkan lagi. Oleh itu, terdapat beberapa kaedah pengajaran yang
boleh digunakan dalam kelas prasekolah.

Antara kaedah pengajaran yang sesuai digunakan bagi prasekolah adalah kaedah
pengajaran bercerita. Kebolehan berbahasa dan bahasa adalah pengalaman yang berkembang
seiring dengan perkembangan usia. Kedua elemen ini saling melengkapi antara satu sama
lain. Bahasa boleh didefinisikan sebagai komunikasi verbal atau isyarat tangan di antara
manusia, sedangkan literasi adalah kemampuan memberi makna pada bahasa dalam bentuk
tulisan. Strategi yang dapat diterapkan guru di peringkat prasekolah adalah menjalinkan
hubungan yang kuat dan mesra. Tambahan, kanak-kanak memiliki kesempatan untuk
bermain dan mengembangkan kosa kata melalui pengalaman kehidupan. Kaedah bercerita
adalah cara yang sangat sesuai untuk meningkatkan kemampuan berbahasa. Ini karena cerita
adalah sesuatu yang menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Selain itu, latihan
pemahaman, perluasan kosa kata dan tatabahasa dikomunikasikan dengan jelas kepada
murid-murid sehingga mereka memperoleh pengetahuan yang cukup. Murid dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis di antara
kanak-kanak lainnya. Selain itu, perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian sehingga
cerita tersebut mempunyai permulaan awal, klimaks, dan pengakhiran cerita. Dalam hal ini,
perhatian harus diberikan pada teknik persembahan, suara, gerak tubuh, dan kawalan mata.
Suara memegang peranan penting dan harus dikawal agar tidak mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan. Ibu bapa dan guru lazimnya berasa gembira dan bangga apabila
anak-anak mula menunjukkan minat pada buku. Namun perlu diingat bahwa minat terhadap
buku sejak dini perlu dipupuk dan dipertahankan agar menjadi kebiasaan untuk mereka. Pada
peringkat ini, kanak-kanak sangat menikmati aktiviti membaca cerita secara kuat. Dengan
kata lain, mereka suka ketika ibu bapa, guru, atau sesiapa sahaja membacakan cerita dan
mereka mendengar. Perbuatan membaca, iaitu gerakan kepala dan mata dari kiri ke kanan,
menarik perhatian kanak-kanak. Mereka seolah-olah tidak sabar ingin menguasai skill 'ajaib'
itu. Umumnya, ketika kanak-kanak masih kecil, ibu bapa duduk disamping anaknya dan
membacakan buku cerita untuk mereka. Wajah anak-anak yang mendengar cerita itu, tidak
peduli siapa pun mereka, dipenuhi dengan kegembiraan. Namun, waktu yang dihabiskan
untuk bercerita bersama anak-anak bertambah sedemikian rupa sehingga anak-anak dibiarkan
membaca sendiri. Kondisi ini sangat umum terjadi di mana-mana keluarga Namun, seiring
berjalannya ilmu pengetahuan, banyak orang tua yang terus mencurahkan waktu dan
perhatian untuk membaca kepada anak-anak mereka kerana mereka percaya bahawa peranan
mereka akan membentuk sikap anak-anak mereka terhadap membaca saat mereka tumbuh
dewasa.

Selain itu, kaedah lain yang boleh digunakan di peringkat prasekolah adalah kaedah
pengajaran melalui aktiviti bermain. Bermain merupakan komponen yang penting dalam
aspek perkembangan kanak-kanak. Malah, kemampuan kognisi dan sosial juga dapat
dibentuk melalui aktiviti bermain. Selain itu, perasaan berhubungan dapat juga
dikembangkan melalui proses bermain. Aktiviti bermain merupakan peluang utama kepada
kanak-kanak untuk meneroka dan mengambil risiko tanpa mengalami ketakutan kepada
kegagalan. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak bebas bereksperimen, mencuba dan
mencipta kreativiti tanpa ada peraturan dan undang-undang untuk bermain. Pengalaman yang
diperoleh daripada aktiviti bermain membolehkan kanak-kanak menghilangkan tekanan
secara semula jadi. Aktiviti bermain memerlukan penglibatan aktif kanak-kanak.
Kebiasaannya, aktiviti bermain memerlukan pergerakan fizikal dengan interaksi alat
permainan dan rakan sebaya mereka. Bermain merupakan fitrah atau tingkah laku semula jadi
kanak-kanak. Oleh itu, pendidikan prasekolah menekankan pendekatan "belajar melalui
bermain" kerana melalui proses bermain mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan
pembinaan pengalaman secara langsung dan semula jadi. Semasa kanak-kanak menjalankan
aktiviti-aktiviti tersebut, proses penerimaan sensori atau deria seperti pendengaran,
penglihatan, sentuhan, bau dan rasa akan terangsang dan memberi suatu pengalaman
pembelajaran secara tidak langsung. Pengalaman seumpama ini memberikan pengalaman
pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina. Penekanan kepada
pendekatan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menarik dan
seronok untuk kanak-kanak belajar. Melalui pendekatan ini, aspek perkembangan fizikal,
sosial emosi, kognisi dan bahasa serta potensi kanak-kanak dapat ditingkatkan ke tahap yang
maksimum. Secara umumnya terdapat dua kategori kaedah permainan yang digunakan secara
meluas di prasekolah, iaitu bermain secara kognisi dan secara sosial. Kaedah yang
diperkenalkan adalah mengikut peringkat umur kanak-kanak. Selepas selesai sesi bermain,
kanak-kanak perlu diasuh untuk bertanggungjawab dan menyayangi perkakas mainan dengan
mengemaskan perkakas dan memulangkan semula ke tempat asal. Mereka juga diasuh untuk
menghormati hak orang lain dan memberi peluang kepada kanak-kanak lain mengambil
giliran masing-masing untuk mencubanya.

Kaedah pengajaran seni juga merupakan kaedah yang sesuai dan releven untuk
digunakan diperingkat prasekolah. Hal ini kerana, seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu
bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua
seni yang dinyatakan merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara dan ekspresi
dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni merupakan sesuatu yang
subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Ia juga diaplikasikan dalam
pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang
menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu
nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif dan baik terhadap
kanak-kanak. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ia menggabungkan
tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut terdiri daripada seni visual, seni pergerakan dan
juga seni muzik. Dalam seni visual ia lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan
melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada
interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang
penting dalam kehidupan. Tanpa warna, kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Warna
juga turut digunakan dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan
yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi dan maksud dalam karya
seni visual. Oleh itu, kaedah pengajaran ini adalah salah satu kaedah yang penting untuk
diterapkan dalam kelas prasekolah.

Seterusnya, kaedah yang sesuai digunakan di peringkat prasekolah adalah kaedah


pengajaran kerja kumpulan. Hal ini demikian kerana, kerja berkumpulan merupakan strategi
terbaik yang memerlukan kanak-kanak untuk bekerjasama. Kaedah ini selalunya
digabungkan dengan kaedah-kaedah lain bagi mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah ini boleh digunakan bagi mencapai objektif yang berasas rendah
hingga tinggi. Sebagai contoh, menyelesaikan masalah mengira dan nama serta tarikh bagi
peristiwa bersejarah. Banyak kelebihan yang diperoleh oleh kanak-kanak dalam aktivi
berkumpulan ini. Antaranya adalah meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah,
membantu kanak-kanak memahami sesuatu peristiwa dan hubungan sebab dan kesan dalam
subjek sejarah serta menyediakan maklum balas dalam aktiviti penulisan. Guru perlu bijak
menentukan tugasan dan arah perbincangan supaya murid mendapat kerjasama daripada ahli
kumpulan. Aktiviti kumpulan juga dapat meningkatkan rasa satu kesepaduan dalam kelas dan
meningkatkan kosa kata dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Aktiviti berkumpulan
boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu think-pair share, pairs check dan combining pairs.
Think-pair share merujuk kepada strategi berkumpulan yang menjawab pertanyaan yang
dikemukakan dan membincangkan pendapat masing-masing secara berpasangan (pairs).
Setelah itu, guru boleh meminta kanak-kanak meluahkan pendapat untuk dikongsikan
bersama dengan kawan-kawan yang lain. Manakala pairs check merujuk kepada strategi yang
melibatkan kanak-kanak secara berpasangan bagi menyelesaikan masalah dengan jawapan
yang konvergen. Aktiviti ini kurang berkesan dijalankan di peringkat prasekolah. Namun,
jika guru bijak memainkan peranan, matlamat pairs check akan tercapai. Sebagai contoh,
guru meletakkan kanak-kanak yang telah mahir mengira nombor dengan rakannya yang
masih lagi belum dapat menguasai kemahiran mengira dengan baik. Dengan tunjuk ajar dari
guru dan kawan secara berpasangan, kanak-kanak akan dapat melakukan pemerhatian dan
seterusnya menguasai pengiraan dengan berkesan. Combining pairs melibatkan proses
pengajaran secara berpasangan tetapi diberi peluang untuk berkongsi dengan orang lain.
Aktiviti kumpulan ini mengasah kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak dan
menjadikan sesi pengajaran dan pembelaiaran lebih interaktif. Kanak-kanak perlu diberikan
ruang yang cukup untuk duduk bersama-sama. Guru juga digalakkan menunjukkan contoh
kepada bahan pengajaran semasa sesi arahan diberikan dalam aktiviti berkumpulan.

Di samping itu, kaedah pengajaran penyelesaian masalah juga sesuai digunakan di


dalam kelas prasekolah. Kaedah penyelesaian masalah boleh diaplikasikan dalam subjek
matematik. Salah satu akitiviti penyelesaian masalah adalah penggunaan kajian kes. Kajian
kes adalah penggunaan cerita yang memaparkan tugasan matematik, iaitu kanak-kanak
diminta membuat penyelesaian dalam bentuk ilustrasi. Dalam situasi yang lebih luas, kajian
kes merupakan salah satu cara pembelajaran penyelesaian masalah yang mendedahkan
kanak-kanak dengan situasi sebenar. Di peringkat prasekolah, tugasan penyelesaian masalah
membolehkan kanak-kanak meneroka konsep matematik yang pelbagai dalam suatu konteks.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur 4 tahun dalam tugasan projek permainan robot
selama 12 minggu. Antara aktivitinya adalah seperti pembinaan rumah robot, bahasa dan
cerun serta pulau bergerak. Terdapat banyak elemen kognisi yang terlibat seperti konsep
ruang, pengukuran, struktur, nombor dan penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah pula
menguji banyak elemen seperti penganggaran, trial and error, mengingat pengetahuan yang
sedia ada, mencuba pelbagai penyelesaian dan penilaian bagi setiap penyelesaian. Selain
aktiviti yang diajar di prasekolah, kemahiran penyelesaian masalah juga bermula dari rumah.
Sokongan emosi oleh ibu bapa semasa penyelesaian masalah dan kualiti persekitaran
pembelajaran di rumah mempunyai kaitan dengan kemahiran prasekolah di peringkat umur 3
hingga 4 tahun. Kaedah penyelesaian masalah merupakan strategi dalam membantu kanak-
kanak belajar menyelesaikan masalah melalui pembelajaran pengalaman secara hands-on.
Kanak-kanak didedahkan dengan masalah dengan pengawasan atau bantuan guru. Terdapat
enam langkah dalam mengaplikasikan kaedah penyclesaian masalah, iaitu pertama, mengenal
pasti masalah. Dalam mengenal pasti masalah yang memerlukan penyelesaian, guru perlu
membantu kanak-kanak membina matlamat dan strategi yang hendak diaplikasikan.
Matlamat dan strategi yang jelas mampu membimbing kanak-kanak memahami sesuatu
masalah dengan lebih baik. Kedua, menggambarkan masalah dengan menggunakan diagram,
lukisan gambar dan membuat senarai. Ketiga, pilih strategi yang berkesan. Antaranya
melukis analogi serta analisis proses dan hasil dapatan. Keempat, melaksanakan strategi.
Kelima, membuat penilaian pada keputusan yang diperolehi dan yang keenam adalah
menganalisis proses. Bagi merancang kaedah penyelesaian masalah, guru perlu menggariskan
matlamat jangka pendek dan panjang berdasarkan aktiviti atau tugasan yang diberikan.
Matlamat jangka pendek kebiasaannya merujuk kepada hasil aktiviti tersebut. Manakala,
matlamat jangka paniang adalah apa yang kanak-kanak pelajari daripada proses penyelesaian
masalah tersebut. Selain itu, guru perlu mencipta suasana pengajaran yang selamat tetapi
mencabar. Kedua-dua elemen in penting bag memupuk kemahiran penyelesaian masalah.
Suasana selamat memberikan keyakinan kepada kanak-kanak untuk mengambil risiko dan
mencuba pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah tersebut. Manakala, suasana mencabar
adalah bertujuan untuk memotivasikan kanak-kanak yang terlibat secara kognisi bagi
menyelesaikan masalah. Di samping itu juga, guru membantu kanak-kanak dengan bertanya
solan dan menyediakan input yang berstruktur bagi memudahkan kanak-kanak memahami
konsep logik bagi sesuatu masalah.

Bagi menggulung perkara diatas, jelaslah bahawa kaedah pengajaran yang proaktif
bergantung di atas dasar kretifnya sesorang guru tersebut dalam mengaplikasikan sesuatu
kaedah di dalam kelas bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru sebagai
pemimpin dan pemudah cara bergantung kepada kemampuan guru memanipulasi kaedah
yang digunakan supaya sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan
berkesan. Selain itu, Selain itu, penyesuaian kanak-kanak terhadap kaedah yang digunakan
oleh guru juga signifikan bagi memastikan sesi pembelajaran di prasekolah tidak
membosankan dan meningkatkan tahap kognisi kanak-kanak. Justeru, kemampuan guru
menganalisis tahap intelektual dan penerimaan kanak-kanak dengan kesesuaian kaedah
pengajaran boleh merealisasikan objektif ini. Jika guru prasekolah mendapati objektif
pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai atau kanak-kanak cepat berasa bosan, maka guru
digalakkan melakukan modifikasi dan perubahan bagi memastikan masalah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tidak berterusan.
BIBLIOGRAFI

Suppiah Nachiappan. 1959.“PANDUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK : Teori,


Model, Kaedah dan Aktiviti ke Arah Perkembangan Kognisi. Penerbit, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai