Anda di halaman 1dari 17

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

PROGRAM HUBUNGAN INDUSTRI

AH10203 SEJARAH PERBURUHAN DI MALAYSIA

TAJUK/ SOALAN TUGASAN

1. Jelaskan konsep kolonialisme dan imperialism dan kesannya terhadap perubahan

sosioekonomi tanah melayu sehingga tahun 1920-an.

DISEDIAKAN OLEH: VICTORIA SCARLET BINTI JOHANES / BA22160770

DISEDIAKAN UNTUK: DR. MAHADIRIN HJ. AHMAD

BERTEKAD CEMERLANG

1
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3-5

2.0 KAJIAN LITERATUR 6-7

3.0 KONSEP KOLONIALISME DAN IMPERIALISME 8-9

5.0 KESAN TERHADAP PERUBAHAN SOSIOEKONOMI 10-12

TANAH MELAYU

6.0 ANALISIS 13-14

7.0 KESIMPULAN 15

8.0 RUJUKAN 16-17

2
PENGENALAN

Tanah Melayu merupakan kawasan yang sangat strategik dan terletak di tengah-tengah jalan

perdagangan antara timur dan barat. Tanah Melayu kaya dengan sumber alam semula jadi seperti

rempah, bijih timah dan hasil-hasil hutan dan menarik minat kuasa asing dari eropah untuk

menguasainya. Sebelum kedatangan penjajah barat, kemakmuran, kebesaran dan keagungan

kesultanan melayu melaka terkenal di seluruh dunia. Di samping itu, masyarakat melayu hidup

sesama bangsa sendiri dan berkerajaan sendiri. Pada abad ke-19, bermula titik perubahan sejarah

semenanjung tanah melayu di mana penjajah barat telah mengubah corak pemerintahan dan semua

aspek lain termasuk polisi ekonomi. Tambahan lagi, revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah

menyebabkan kuasa-kuasa barat mencari tempat untuk menjajah untuk mendapatkan keuntungan.

pada abad ke-19, British bersaing dengan kuasa barat yang lain untuk mendapatkan tanah jajahan

dan mengeksploitasi kegiatan ekonomi di negara yang dijajah. Penjajahan british memulakan

strategi awal di tanah melayu dengan menumpukan kawasan perdagangan dan seterusnya ke negeri

yang kaya dengan sumber alam. Perubahan corak ekonomi di tanah melayu bermula dengan

kedatangan penjajah barat iaitu british dan dapat dilihat apabila british telah memperkenalkan

sistem ekonomi ‘Dualisme’. Sebelum kedatangan penjajah barat, masyarakat tanah melayu

melakukan kegiatan ekonomi sara diri seperti menanam padi dan menternak binatang. Namun

begitu, sistem ekonomi moden atau komersial telah diperkenalkan disebabkan berlaku aktiviti

eksport, import dan beberapa faktor lain.

Sebelum abad ke-20, imperialisme dan kolonialisme sudah wujud di Tanah Melayu kerana

kuasa-kuasa imperialis berminat dengan Tanah Melayu yang menjadi laluan persinggahan kapal-

kapal dagang serta nilai komersialnya mendatangkan keuntungan kepada mereka. Imperialisme

Barat sering dibicarakan bermula apabila Portages berjaya menakluki melaka pada tahun 1511.

3
Kemudian dikuasai oleh Belanda pada tahun 1641 selepas kejatuhan Portugis. Pada tahun 1874,

British telah menjajah Tanah Melayu apabila termeterainya Perjanjian Pangkor. Imperialisme

British banyak meninggalkan kesan kepada masyarakat melayu dalam perkembangan sosial,

ekonomi, politik, undang-undang dan pendidikan. Sistem kapitalis menggunakan teknologi baru

untuk meningkatkan produktiviti dengan tujuan mengaut keuntungan dan negara yang

menggunakan sistem ekonomi kapitalis memperluaskan kekuasannya secara agresif di seluruh

dunia. Perluasan pengaruh dan kekuasaan tanah jajahan dilakukan melalui imperialisme dan

berkait rapat dengan kolonialisme. Jelaslah bahawa, kekayaan hasil bumi antara faktor yang

menyebabkan British menjajah Tanah Melayu untuk mendapatkan keuntungan. Imperialisme dan

kolonialisme telah memberi kesan negatif terhadap sosioekonomi di Tanah Melayu. Oleh itu,

kajian ini membincangkan tentang konsep kolonialisme dan imperialism dan kesannya terhadap

perubahan sosioekonomi tanah melayu sehingga tahun 1920-an.

4
Peta 1: Tanah Melayu Yang Dijajah

( Sumber: Google Map, May 2023)

Foto 1: Kegiatan Ekonomi Yang Dijalankan

(Sumber: Google Search, May 2023)

5
KAJIAN LITERATUR

Menurut R.S Milne & Diane K (1978), kedudukan Tanah Melayu yang strategik dan

merupakan laluan persingahan laut menjadiakan nilai komersialnya sangat tinggi dan telah

menjadi tumpuan perdagangan oleh kuasa-kuasa imperialis. Kuasa-kuasa imperialis ingin

menguasai Tanah Melayu kerana kedudukannya menjadi tempat persinggahan para pedagang dari

China, India, Timur Tengah Dan Asia Timur.

Pada abad ke-17, istilah ‘imperialism’ dan ‘colonialism’ telah diperkenalkan di Eropah

sebelum diterima pakai dalam bahasa melayu dengan ejaan ‘imperialisme’ dan ‘kolonialisme’.

Perkataan imperialisme berasal dari empayar Napoleon pada tahun 1830. Kedua-dua perkataan ini

sering disalah tafsir dan digunakan sehingga masyarakat tidak dapat membezakan diantara kedua-

duanya. Kedua-dua istilah ini digunakan berkaitan penjajahan. Oleh itu, selepas muncul kuasa-

kuasa barat di tanah melayu, istilah ini turut digunakan dalam kalangan masyarakat melayu.

Menurut George Nadel dan Perry Curtis (1964), imperialisme barat boleh dirujuk sebagai suatu

perkembangan kuasa atau kawalan sama ada secara langsung atau tidak, sama ada dari aspek

politik atau ekonomi, oleh suatu kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat

yang lain dan proses ini didukung oleh idealisme tertentu. Oleh itu, penjajah British menjajah tanah

melayu untuk mendapatkan keuntungan hasil dari kekayaan sumber alam Tanah Melayu. Menurut

Professor D.K. Fieldhouse (1983), imperialisme ditakrifkan sebagai suatu kecenderungan sesuatu

masyarakat atau pemerintahan untuk mengawal masyarkat lain walau apa jua cara dan tujuan

tindakan tersebut. Penjajah barat menguasai tanah melayu dengan menggunakan pendekatan tipu

muslihat, monopoli dan penindasan.

6
Selain itu, imperialisme juga dikatakan berkembang di negara-negara Eropah apabila

berlakunya revolusi perindustrian pada awal abad ke-19 apabila negara-negara seperti Perancis

dan Britain memerlukan lebih banyak bahan mentah untuk kilang industri dan juga tempat untuk

memasarkan produk mereka (T.E. Smith & John Bastin. 1967). Penjajah British menjajah Tanah

Melayu kerana mempunyai sumber alam yang banyak dan menguntungkan seperti bijih timah.

Kolonialisme yang dilaksanakan di Tanah Melayu telah berlaku banyak perubahan dalam

aspek pentadbiran. Menurut Nadel dan Curtis (1964), kolonialisme ditafsirkan sebagai suatu

penindasan, penghinaan atau eksploitasi terhadap masyarakat peribumi. Penjajah barat mencari

tempat untuk menguasai ekonomi, tenaga kerja, nilai perdagangan dan sumber bahan mentah.

Menurut A.D. Moses (2010), kolonialisme bermaksud satu proses sesebuah negara mendapatkan

kawasan jajahan melalui penaklukan dengan tindakan ketenteraan mahupun penghijrahan rakyat.

Penjajah brirish datang ke tanah melayu untuk menguasai dan mengeksploitasi sumber-sumber

ekonomi serta masuk campur dalam sistem pentadbiran tanah melayu agar kepentingan ekonomi

tidak terjejas.

Menurut Mohamad Idris (1995), British telah mengamalkan penempatan berdasarkan corak

kegiatan ekonomi mengikut bangsa. Misalnya, orang melayu menjadi petani dan nelayan di

kawasan pendalaman, orang cina terlibat dalam perdagangan, perniagaan, perlombongan dan

pertukangan dan orang india menjadi pekerja ladang. Oleh itu, penjajah barat bergantung dengan

hasil ekonomi tanah jajahan untuk mendapatkan keuntungan sekaligus meningkatkan pendapatan

negara penjajah.

7
KONSEP IMPERIALISME DAN KOLONIALISME

Konsep imperialisme dan kolonialisme mempunyai maksud yang berbeza tetapi kedua-dua

konsep ini mempunyai hubungkait antara satu sama lain dan yang paling penting merujuk kepada

tujuan yang sama iaitu ekonomi. Imperialisme merupakan satu fahaman atau kecenderungan dan

kegiatan sesebuah masyarakat atau negara untuk meluaskan penguasaannya terhadap masyarakat

atau negara lain. (Wan Abdul Rahman). Antara faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa imperialis

ingin menakluki sesebuah negara ialah politik, ekonomi dan persaingan dengan kuasa lain.

Misalnya, British ingin menguasai Tanah Melayu disebabkan kaya dengan sumber alam seperti

bijih timah yang dapat memberikan keuntungan kepada mereka. Tambahan lagi, imperialisme

adalah gerakkan perluasan kuasa masyarakat atau negara untuk membina atau mengukuhkan

empayar negara tersebut. Hal ini menyebabkan negara-negara penjajah bersaing untuk

mendapatkan tanah jajahan dan mengukuhkan kuasa mereka.

Imperialisme mempunyai dua bahagian iaitu imperialisme kuno dan imperialisme moden.

Imperialisme kuno wujud sebelum berlaku revolusi perindustrian di negara Eropah dan bertujuan

untuk memiliki kekayaan, mencapai kejayaan dan menyebaran agama (gold, glory dan gospel).

Elemen glory menjadi penggerak kepada negara barat untuk melakukan pelayaran dan mencipta

kemegahan, negara yang menjalankan imperialisme kuno ialah Sepanyol dan Portugis. Di samping

itu, British merupakan perintis revolusi perindustrian yang memerlukan tanah jajahan untuk

meluaskan empayar dan menjamin kepentingan ekonomi mereka. Manakala, imperialisme moden

wujud selepas revolusi industri pada tahun 1870an dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis

untuk meluaskan kuasanya secara langsung dan tidak langsung sama ada secara halus atau keras.

Oleh sebab sistem ekonomi kapitalis berkembang secara tidak seimbang, hal ini mendorong

8
perkembangan imperialisme. Negara yang menjalankan imperialisme moden ialah British,

Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat.

Kolonialisme berasal dari perkataan koloni dan dalam bahasa latin ialah colonia yang

bermaksud tanah jajahan. Kolonialisme merupakan proses sesuatu kuasa mendapatkan kawasan

petempatan baru melalui kaedah penaklukan dan penghijrahan serta kolonialisme merujuk kepada

dasar melalui kegiatan imperialism. (Wan Abdul Rahman). Seterusnya, kolonialisme adalah

menguasai sesebuah negara untuk dijadikan sebagai tanah jajahan yang memberikan keuntungan

dari segi ekonomi dan ketenteraan. Kolonialisme terhadap Tanah Melayu adalah suatu bentuk

penjajahan menerusi eksploitasi dan penindasan terhadap tanah jajahan oleh penjajah barat.

Sejarahwan India menganggap kolonialisme adalah satu keangkuhan, kekejamandan ketaksuban

bangsa. Dasar kolonialisme berbeza di setiap negara bergantung kepada aspek sosial, ekonomi dan

politik sesebuah negara yang dijajah.

9
KESAN TERHADAP PERUBAHAN SOSIOEKONOMI TANAH MELAYU

Imperialisme dan kolonialisme telah memberi kesan yang amat ketara terhadap perubahan

sosioekonomi Tanah Melayu. Kegiatan ekonomi merupakan aspek penting dalam kemajuan

sesebuah negara. Sebelum kedatangan penjajah Barat, masyarakat di Tanah Melayu menjalankan

ekonomi sara diri seperti menanam padi huma dan tanaman sawah. Tanaman sawah melibatkan

tanaman padi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Misalnya, kelantan dan kedah mempunyai tanah

yang subur dan sesuai untuk tanaman sawah. Penanaman padi diperoleh sepanjang tahun dan

mencukupi keperluan penduduk di Tanah Melayu, sekiranya terdapat lebihan dari hasil tanaman

itu akan dieksport ke Singapura. Aktiviti perlombongan sangat penting di Tanah Melayu, orang

melayu mengusahakan lombong bijih timah dengan cara mendulang. Tambahan lagi, bijih timah

yang dilombong akan dileburkan untuk dijadikan jongkong kemudian dihantar di hilir sungai

untuk dijual. Kerja-kerja lombong diawasi oleh seorang pembesar daerah, manakala sultan akan

menerima sebahagian cukai daripada pedagang bijih timah. Kawasan yang menjalankan kegiatan

perlombongan ialah Sungai Ujong, Lembah Kinta di Perak dan Lembah Kelang di Selangor dan

Kedah. Selain itu, aktiviti perdagangan turut dijalankan di Tanah melayu khususnya di selat melaka

yang merupakan laluan persinggahan para pedagang dari China, India dan timur tengah. Terdapat

juga beberapa negeri yang menjadi pusat perdagangan seperti kuala terengganu, kelantan dan kota

bharu. Tanah Melayu mengeksport bijih timah, lada hitam dan putih, sutera, kapas, kain, gula dan

rotan.

Pada abad ke-19, Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa barat yang datang ke rantau ini untuk

menguasai dan mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi. Portugis telah berjaya mengawal laluan

perairan di selat melaka dengan menguatkuasakan sistem cukai, hal ini memberi keuntungan

kepada Portugis apabila para pedagang berdagang di kota Melaka. Sistem ini membebankan rakyat

10
tempatan kerana berlaku penindasan kepada rakyat serta hidup dalam kemiskinan dan taraf hidup

yang rendah. Seterusnya, Belanda tidak berjaya menguasai perdagangan tempatan secara

keseluruhan di Tanah Melayu kerana munculnya orang-orang dari British. Demi menjaga

kepentingan ekonomi British, mereka telah mencampuri urusan pentadbiran Tanah Melayu dengan

memperkenalkan sistem ekonomi seperti kapitalisme dan komersialisme untuk mendapatkan

keuntungan. Perkembangan ekonomi telah membawa pada kemasukkan buruh asing dari China

dan India ke Tanah Melayu untuk membantu kegiatan ekonomi kapitalis British. Tambahan lagi,

British telah membentuk kawasan penempatan yang berasingan antara kaum india, cina dan

melayu. Sebahagian besar masyarakat melayu tertumpu di kawasan pendalaman dan masih

menjalankan aktiviti ekonomi tradisional seperti menanam padi dan menangkap ikan, masyarakat

cina pula tertumpu di kawasan bandar sebagai peniaga dan pelombong, manakala masyarakat india

pula tertumpu di kawasan ladang sebagai penoreh getah.

Penjajah barat menganggap penduduk di Tanah Melayu malas dan tidak ingin bekerja serta

peranan mereka sangat sedikit dalam kegiatan pembangunan ekonomi penjajah. Golongan

bangsawan sahaja yang terlibat dalam kegiatan ekonomi moden iaitu sebagai pentadbir dan

golongan ini hanya dipergunakan oleh British. Pemerintah tempatan membuat perjanjian dengan

pihak British untuk tidak campur tangan dalam urusan agama dan adat melayu. Melalui perjanjian

ini, telah membuka peluang kepada British untuk menjalankan dasar pembangunan yang

mengutamakan kawasan baru serta memberi kerja kepada orang cina khasnya kawasan

perlombongan. Oleh itu, sistem ekonomi moden telah menyebabkan pembangunan sosioekonomi

masyarakat Tanah Melayu tidak seimbang sehingga wujudnya sistem ekonomi duaan.

Sistem ekonomi duaan atau dualisme mempunyai dua corak ekonomi iaitu ekonomi tradisional

dan ekonomi komersial. Ekonomi duaan ini berkait dengan dasar penjajah yang hanya memajukan

11
kawasan tertentu sahaja dimana kawasan tersebut boleh mendatangkan keuntungan di pasaran

seperti bijih timah dan getah. Namun, British sengaja tidak membenarkan masyarakat melayu

melibatkan diri dalam ekonomi komersial dan hanya melakukan kegiatan ekonomi tradisional

seperti bercucuk tanam. Oleh itu, sistem ekonomi komersial hanya menguntungkan orang imigran

dan penjajah Brtish serta kawasan bandar diberikan keutamaan berbanding kawasan luar bandar

yang banyak didiami oleh masyarakat tempatan. Kesan kewujudan sistem ekonomi duaan ini

menyebabkan wujud jurang ekonomi yang luas antara golongan kaya dan golongan miskin.

Di samping itu, kedatangan kuasa barat turut memberi kesan pada sistem lapisan masyarakat.

Perubahan yang ketara ialah pemerintah tertinggi kehilangan kekuasaannya, misalnya pemerintah

tertinggi di Tanah melayu bukan lagi orang melayu tetapi terdiri daripada orang British. Malahan,

British telah mengubah corak pentadbiran di Tanah Melayu dengan memperkenalkan sistem

residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Residen inggeris telah menguasai

kesemua kuasa mutlak sultan kecuali hal ehwal berkaitan agama dan adat istiadat orang melayu.

Selain itu, pembesar-pembesar melayu merupakan pengusaha lombong-lombong bijih timah

sebelum kedatangan kuasa barat tetapi disebabkan kaedah melombong yang digunakan tidak

menghasilkan pengeluaran yang banyak, maka tenaga buruh dan teknologi melombong dari luar

dibawa masuk. British telah memberi keutamaan ke atas orang imigran selepas menguasai Tanah

Melayu, misalnya pembesar-pembesar melayu kehilangan kuasa pemilikan lombong dan pekerja

melayu semakin berkurang kerana orang cina yang memonopoli kegiatan perlombongan. British

mengekalkan hubungan rapat dengan orang cina terutama peniaga cina kerana peniaga cina

memberi keuntungan yang banyak kepada pihak British berbanding orang melayu yang ditindas.

12
ANALISIS

Melalui perbincangan ini, Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik terutama di selat

melaka dan menjadi laluan persinggahan antara pedagang-pedagang dari negar luar. Kawasan yang

strategik sangat sesuai untuk melakukan kegiatan perdagangan dan boleh meningkatkan

keuntungan negara. Keadaan ini menarik minat kuasa-kuasa barat untuk meluaskan tempat jajahan

mereka sekaligus memperoleh keuntungan dari negara yang dijajah. Penjajahan yang dilakukan

oleh kuasa barat telah mewujudkan dua istilah iaitu imperialisme dan kolonialisme. Imperialisme

adalah suatu dasar sesebuah negara imperialis untuk meluaskan kuasa dengan tujuan tertentu.

Manakala, kolonialisme adalah tindakan menjajah sesebuah negara lain.

Seterusnya, Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa besar seperti Portugis sekitar

tahun 1511, Belanda pada tahun 1641 dan British. British merupakan kuasa besar yang lama

menjajah Tanah Melayu dan melakukan banyak perubahan terhadap sistem ekonomi, politik dan

sosial. Ekonomi merupakan aspek yang paling banyak mengalami perubahan di Tanah Melayu

dimana penduduk melayu sebelum kedatangan british menjalankan aktiviti sara diri. Namun,

selepas kedatangan British sistem ekonomi komersial telah diwujudkan demi menjaga kepentingan

pendapatan British.

Kaum-kaum di Tanah Melayu dipecahkan kepada tiga tempat iaitu orang cina berada di

kawasan bandar melakukan perniagaan dan melombong, orang india berada di kawasan ladang

sebagai penoreh dan orang melayu di kawasan pendalaman. Tanah Melayu mengalami kegiatan

ekonomi yang tidak seimbang, jadi British telah memperkenalkan sistem ekonomi dualisme.

British juga mengambil bahagian dalam pentadbiran di Tanah Melayu. Campur tangan British

dalam hal ehwal pentadbiran telah menyebabkan kuasa mutlak raja-raja jatuh dan residen british

13
diperkenalkan. Walaupun British mengguasai kesemuannya, masyarakat Tanah Melayu masih

boleh mengurus hal ehwal agama dan adat istiadat. Oleh itu, kedatangan British sebagai penjajah

telah berjaya mengubah hampir kesemua sosioekonomi di Tanah Melayu mengikut acuan mereka.

14
KESIMPULAN

Akhirnya, di sini dapat disimpulkan bahawa imperialisme dan kolonialisme ialah dua istilah

yang mempunyai maksud berbeza. Orang melayu merupaka penduduk asal yang mendiami Tanah

Melayu dan telah membina peradaban serta menguasai perkembangan politik, sosial dan ekonomi.

Seterusnya, pada era kolonial awal Tanah Melayu dikuasai oleh Portugis dan Belanda. British pula

menguasai Tanah Melayu secara tidak langsung dan langsung pada era kolonial moden.

Kukuhnya sesebuah negara disebabkan kekayaan sumber ekonomi dan mempunyai hubungan

baik dengan negara-negara lain. Sebelum menjadi negara yang kukuh harus mengharungi beberapa

aspek, misalnya ekonomi. Pada awalnya, Tanah Melayu melakukan sistem ekonomi tradisional

atau sara diri seperti menanam padi untuk kelangsungan hidup. Namun, selepas kedatangan kuasa-

kuasa barat di Tanah Melayu telah mengubah segala-galanya termasuklah sistem ekonomi. British

memperkenalkan sistem ekonomi komersial agar dapat meningkatkan pendapatan negara mereka.

Melaka menjadi titik permulaan kepada perubahan sosioekonomi disebabkan penjajah barat.

Melaka mempunyai kedudukan geografi yang strategik dan mendorong kuasa-kuasa barat untuk

menguasainya. Tambahan lagi, melaka adalah pelabuhan yang mempunyai jumlah perkapalan,

peniaga dan perdagangan terbanyak, hal ini menarik minat penjajah untuk menjajah. Namun,

british telah mewujudkan pengenalan kaum mengikut sektor ekonomi dimana orang melayu tidak

dibenarkan untuk melakukan kegiatan ekonomi komersial dan hanya melakukan kegiatan sara diri

di kawasan pendalaman. Selain itu, british turut memperkenalkan sistem ekonomi dualisme yang

disebabkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang.

Sangat jelas sekali pemerintahan penjajah-penjajah barat telah memberikan kesan yang sangat

besar terhadap perubahan sosioekonomi di Tanah Melayu.

15
RUJUKAN

Ahmad Fadhil. ‘perkembangan sosioekonomi tanah melayu’. Dirujuk di:

https://www.academia.edu/6328190/Perkembangan_Sosioekonomi_Tanah_Melayu

Ahmad Farid et al. (2017). ‘kolonialisme-ilmu kolonial dalam sejarah di tanah melayu: satu

pengenalan. Universiti Malaya.

Fisabellah & Pathna (2015). ‘faktor-faktor yang mencetuskan fenomena imperialisme dan

kolonalisme pada pertengahan abad ke 19’. Universiti Malaysia Sabah.

Muhamad Helmy. ‘perubahan sosiopolitik melayu kesan dari pengaruh kolonialisme di tanah

melayu’. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Zariat (2006). Kehadiran barat dan kesannya terhadap kesusasteraan melayu. Jurnal

pengajian melayu, 17.

Muhamad Helmy. Kolonialisme & perubahan sosiopolitik melayu di tanah melayu. Universiti

Kebangsaan Malaysia. Dirujuk di:

https://www.academia.edu/42904777/Kolonialisme_and_Perubahan_Sosiopolitik_Melayu_di_Ta

nah_Melayu

Nurdiyawati Abidin & Adnan Jusoh (2021). kesan pemerintahan kolonial terhadap kegiatan

ekonomi masyarakat melayu di melaka hingga era kemerdekaan. Asian journal of environment,

history and heritage, 5(2), 29-46.

16
Oli. (2019, September 8). Perubahan perkembangan sosioekonomi semasa penjajahan british di

tanah melayu, sabah dan sarawak. Dirujuk di:

https://www.scribd.com/document/424929710/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-

Semasa-Penjajahan-British-di-Tanah-Melayu-Sabah-dan-Sarawak

Rahman. Transisi ekonomi dalam masyarakat melayu: ekonomi wang era permulaan kapitalisme

di tanah melayu. Unibersiti Malaysia Sabah. Dirujuk di:

https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/860/550

Saya Fisa (2016). ‘perbezaan konsep di antara imperialisme dan kolonialisme dan aplikasinya

dalam perkembangan sejarah Tanah Melayu pada abad ke-19’. Universiti Malaysia Sabah.

Vinz Laiho. (2013, October 15). Kesan kolonialisme. Dirujuk di:

https://www.scribd.com/doc/176225768/Kesan-Kolonialisme

Wan Nur Izzati. Kedudukan geografi yang strategik menjadi faktor utama pengukuhan kerajaan

melayu melaka. Dirujuk di:

https://www.academia.edu/41202465/KEDUDUKAN_GEOGRAFI_STRATEGIK_FAKTOR_U

TAMA_PENGUKUHAN_KERAJAAN_MELAYU_MELAKA

17

Anda mungkin juga menyukai