Anda di halaman 1dari 62

AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED

PISMP PAI SEMESTER 4 910



PROFIL DIRI

NAMA : AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
TEMPAT LAHIR : KG GONG KEPAS DALAM
TARIKH LAHIR : 21 MAC 1991
ALAMAT RUMAH : LOT 1800. LORONG HUDA,
KG GONG KEPAS DALAM,
22200 BESUT,
TERENGGANU
NO. KAD PENGENALAN : 910321-11-5275
NAMA AYAH : MOHAMED BIN JUSOH
PEKERJAAN AYAH : GURU
NAMA IBU : ZAHRAH BINTI ABD RAHMAN
PEKERJAAN IBU : GURU
CITA CITA : PENSYARAH
HOBI : BERMAIN BOLA SEPAK, MEMBACA BUKU


AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
PENDIDIKAN :

SEKOLAH TAHUN PENCAPAIAN
SEK KEB. GONG BAYOR 1997 -
SEK KEB KERANDANG 1998-2002 UPSR 5A (2002)
SMKA NURUL ITTIFAQ 2003-2007 PMR 9A (2005)

SPM 6A 4B 1C (2007)
MATRIKULASI UIAM 2008 (3 MINGGU
SHJ)

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL 2008-SEKARANG















AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

HALAMAN PENGAKUAN






Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.




Tandatangan : ..
Nama Penulis : ..
Tarikh : .......................................................................................


AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran, saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dangan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmiu
(KKBI) ini dalam jangka waktu yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w dan juga para sahabat kerana dengan jerih payah baginda
dapat lagi kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Ustazah Nor
Kartina binti Tawang kerana telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada
saya sepanjang menyiapkan kerja kursus bagi subjek PIM 3107 Pendidikan Akhlak
Sekolah Rendah ini. Dengan bimbingan dan sokongan daripada beliau, akhirnya saya
dapat juga menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmiu (KKBI) ini dalam masa yang
ditetapkan.

Seterusnya, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah di
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail kerana banyak membantu saya
menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmiu (KKBI) ini. Tidak dilupakan juga kepada
sahabat-sahabat seperjuangan, yang dapat memberikan kerjasama, berkongsi idea,
maklumat yang diperoleh dan memberi kritikan yang membina kepada saya agar Kerja
Kursus Berasaskan Ilmiu (KKBI) ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Semoga dengan lengkapnya kerja kursus ini, dapatlah memberi sedikit sebanyak ilmu dan
pengajaran kepada kami semua.
Sekian, wassalam

AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
PENGENALAN


Subjek PIM 3017 iaitu Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah ini memberi
pendedahan kepada pelajar mengenai konsep akhlak dan perbezaannya dengan moral,
kesan akhlak terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Topik ini juga turut
membincangkan tentang akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah di samping itu turut
dibincangkan mengenai isu-isu akhlak dalam masyarakat. Melalui isi kandungan
pelajaran ini pelajar akan dapat menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian
mereka..

Di akhir pembelajaran, setiap pelajar akan dapat menjelaskan konsep sebenar
akhlak dalam Islam, moral dan membuat perbezaan di antara akhlak dan moral serta
mengaplikasi akhlak mahmudah dan meninggalkan akhlak mazmumah









1.0. KONSEP AKHLAK
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

1.1.PENGERTIAN AKHLAK

Dari sudut bahasa, akhlak berasal daripada perkataan bahasa Arab yang kata
akarnya ialah khuluk bermaksud perangai, atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan,
pegangan atau agama. Manakala Kamus Dewan mendefinisikan akhlak pula sebagai budi
pekerti, kelakuan dan tabiat. Berdasarkan pengertian ini akhlak merupakan sifat
semulajadi, tabiat, maruah dan agama yang mempamerkan gambaran atau rupa batin
seseorang. Manakala perkataan akhlak menurut Bahasa ialah: Perkataan akhlak berasal
daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti
tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu
sendiri.. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat
sahaja, antaranya ialah:

El^^)4 _O>E -U7=
1g4N ^j
Ertinya: Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.
(Surah Al-Qalam : 4 )


Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud
kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud
struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang.Jika dirujuk kepada kejadian
alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi,
menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (Al-
khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian.



Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Ali-imran ayat 190-191:

AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
]) O) -UE=
g4OEOO- ^O-4
-Ugu=-4 ^1--
jOOgE+-4 e4CE
Oj+w U4:^- ^_
4g~-.- 4pNO7'O4C -.-
V41g~ -41ON~4
_O>4N4 )_)ONLN_
4pNOO:E4-4C4 O) -UE=
g4O4OO- ^O-4
4L+4O 4` =e^UE=
-EOE- 1EgC4 ElE4E:c
E4 =-EO4N jOEL-
^_

Ertinya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-
tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu)
orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka
berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
"Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau,
maka peliharalah Kami dari azab neraka.
(surah Ali-imran:190-191)


Menurut Yalchin, seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Mohd Salleh (1997),
akhlak boleh disimpulkan maksudnya sebagai mengandungi aspek berikut; sifat
semulajadi yang dimiliki individu. Sifat ini dimiliki menerusi latihan, ransangan atau
sebagainya yang akhirnya menjadi adat atau tabiat; dan akhlak meliputi dua dimensi iaitu
batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentuk perlakuan.


Al-Ghazali juga mentakrifkan akhlak sebagai satu gambaran daripada keadaan
dalam diri yang telah sebati, daripadanya melahirkan tingkah laku yang mudah dicerna
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
tanpa memerlukan pengulangan (Ghazali Darussalam, 1997). Sifat serta gambaran batin
yang indah serta kelakuan mulia yang perlu dilahirkan ini tidak bersifat subjektif. Dalam
Islam, sifat dan gambaran batin ini ditentukan secara mutlak oleh Penciptanya,iaitu Allah
SWT.

Dari sudut istilah pula, akhlak membawa maksud segala tingkah laku atau
perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan dan diterima oleh semua. Ia juga kumpulan
sifat yang dimiliki oleh seseorang yang melaluinya akan lahir perbuatan baik atau buruk.
Al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang
lalu melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran.
Sesuatu tingkah laku yang telah diamalkan sekian lama.


1.2. KONSEP AKHLAK

Menurut Mustafa Daud (1998), al-Maududi mengatakan bahawa : Nilai akhlak
yang baik dan akhlak yang keji adalah berbentuk sejagat, iaitu semua masyarakat di dunia
ini pada keseluruhannya mempunyai pandangan yang sama terhadap akhlak yang baik
dan sama-sama mengkeji akhlak yang keji. Justeru itu al-Quran menggunakan istilah al-
maruf (sesuatu yang telah diketahui oleh manusia tentang baiknya sesuatu perbuatan)
dan al-mungkar (sesuatu yang telah diketahui tentang keburukannya) untuk akhlak yang
buruk.

Dalam Islam, baik dan buruknya sesuatu perlakuan adalah jelas, iaitu sebarang
tingkah laku manusia yang bertujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT dikatakan baik
dan mulia, sebaliknya semua tindakan yang menyebabkan kemurkaanNya dikatakan jahat
dan keji.Ini kerana matlamat hidup manusia yang sebenarnya ialah untuk mencari
keredhaan Allah SWT.

AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
Individu perlu mempelajari dan mengenal pasti antara akhlak yang baik dengan
yang buruk agar melakukan yang baik meninggalkan yang buruk. Segala suruhan Allah
yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah dan memperolehi
kebahagiaan di akhirat kelak.
Kesimpulannya, akhlak memberi maksud keperibadian, sahsiah dan tingkah laku
yang telah menjadi adat kebiasaan, yang tidak memerlukan manusia berfikir panjang.
Akhlak lahir dari dalam jiwa dan dapat membimbing hubungan manusia dengan
Tuhannya, diri sendiri dan individu lain serta hubungannya dengan alam sekitar.Antara
contoh akhlak yang bersifat baik (mahmudah) ialah amanah, jujur, sabar, menepati janji,
murah hati, kasih sayang, pemaaf dan adil. Manakala akhlak yang tidak baik
(mazmumah) termasuklah sifat seperti sombong, dengki, angkuh, mungkir janji, tidak
amanah, mengumpat, menghina dan sebagainya.

1.3. PENGERTIAN MORAL

Moral merujuk kepada standard sesuatu perlakuan baik atau buruk, keadilan,
amanah dan sebagainya yang diyakini seseorang berbanding undang-undang atau
standard-standard yang lain.

Menurut Bahasa Latin moral ( moralis) berasal daripada perkataan mos, moris
yang bererti kebiasaan, perangai dan tingkah laku. Moral adalah tingkah laku yang sejajar
dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.

Manakala Moraliti ialah satu set standarad peribadi atau masyarakat yang
digunakan untuk mengukur perlakuan baik atau buruk atau untuk mengukur kualiti
sesuatu yang betul, benar atau boleh diterima.

AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
1.4.KONSEP MORAL

Moral mengandungi kepercayaan tentang hakikat manusia, kepercayaan atau
pegangan tentang kebaikan dan keburukan yang ingin dicapai, peraturan mengenai
sesuatu yang boleh dan tidak boleh dibuat dan yang seharusnya dibuat dan dorongan-
dorongan yang membuat seseorang mengikut sesuatu arah yang betul atau salah. Moral
berakal tunjang dalam ajaran agama kerana ia terhasil daripada kepercayaan atau agama.

Dua pandangan yang agak berbeza tentang moral terhasil daripada sikap terhadap
matlamat ajaran moral. Golongan deontologist menganggap peraturan-peraturan moral
terdiri daripada nilai-nilai unggul (ideals) yang sememangnya baik dan perlu dipatuhi
oleh semua, tetapi golongan teologis berpendapat sesuatu peraturan adalah baik jika
kesannya bertujuan untuk mencapai kebaikan (iaitu kesihatan,kebahagiaan, ilmu,
keindahan), dan mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini (iaitu
penyakit,penderitaan,kejahilan,keburukan). Menurut pandangan ini kebaikan dan
keburukan boleh dinilai daripada hasilnya samada sesuatu perbuatan mendorong kepada
kebaikan atau sebaliknya. Dua pandangan ini juga boleh diakui untuk menilai sesuatu
etika.







AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
1.5.PERBEZAAN AKHLAK DAN MORAL

AKHLAK MORAL
Merangkumi zahir, batin dan akal. Merangkumi zahir dan akal semata-mata.
Mementingkan hubungan dengan Allah. Hanya mementingkan hubungan dengan
manusia.
Bersumberkan al-Quran, Hadith & contoh
ulama salaf.
Berdasarkan budaya sesuatu bangsa.
Nilainya tetap/mutlak. Nilainya sentiasa berubah.
Matlamatnya ialah keredhaan Allah s.w.t Matlamatnya ialah keredhaan manusia.







AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
2.0. PEMBAHAGIAN AKHLAK

2.1.AKHLAK MAHMUDAH

Akhlak mahmudah ialah akhlak terpuji seperti berkasih sayang sesama manusia,
berani, ikhlas, sabar, amanah, pemaaf dan lain-lain sifat terpuji yang perlu dijadikan
amalan dalam kehidupan seseorang.

Berikut adalah antara sifat-sifat mahmudah yang perlu dihayati oleh setiap
individu muslim :


2.1.1. Berkasih sayang
Cinta adalah kekuatan manusia yang paling tinggi. Cinta adalah sumber
segalanya, kita tidak akan dapat mewujudkan setiap impian kita tanpa cinta. Pada
dasarnya kasih sayang adalah fitrah yang dianugerahkan Allah SWT kepada mahluknya,
misalnya hewan, kita perhasikan begitu kasihnya kepada anaknya, sehingga rela
berkorban jika anaknya diganggu. Naluri inipun ada pada manusia, dimulai dari kasih
sayang orang tua kepada anaknya, begitu pula sebaliknya. Akan tetapi naluri kasih
sayang ini dapat tertutup jika terdapat hambatan hambatan misalnya pertengkaran,
permusuhan, kerasukan, kedengkian dan lain lain.



AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
Sifat kasih sayang perlu ada pada setiap makhluk terutama sesama manusia dan
juga haiwan. Sifat ini sangat dituntut dalam Islam. Sebagaimana firman Allah SWT di
dalam kitab suci Al-Quran dalam surah al-Balad ayat ke 17 :

O 4p~E =}g` 4g~-.-
W-ONL4`-47 W-O=-4O>4
)OO)
W-O=-4O>4
gO4EOO4^) ^_
Ertinya: Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk
bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
(Surah al-Balad : ayat 17 )
Kasih sayang dan cinta (dalam bahasa Arab disebut Mahabbah) di segi bahasa
adalah berasal daripada bening dan bersih, atau luapan hati dan gejolaknya, atau tenang
dan teguh, atau gundah dan tiada tetap, atau inti sesuatu, atau usungan bejana/ bekas, atau
buah hati. Batasan maknanya juga berbeza pendapat di kalangan ahli bahasa. Ada yang
menyatakan sebagai kecenderungan secara terus menerus dengan disertai hati yang
meluap-luap. Ada pula yang menyebut sebagai kecenderungan secara total kepada orang
yang dicintai, kemudian engkau rela mengorbankan diri, nyawa dan hartamu demi
dirinya, kemudian engkau mengikutinya secara sembunyi atau terang-terangan. Istilah
yang sinonim dengan kasih sayang dan cinta ini amat banyak sehingga menjangkau 50
istilah. Penjelasan detail hendaklah dirujuk kepada buku penting tentang tajuk ini yang
bernama : Cinta Dan Rindu Menurut al-Quran Dan al-Sunnah (Asal : Raudhah al-
Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaaqiin) oleh al- Allaamah al-Imam Ibnul Qayyim al-
Jauziyyah r.a.. (9)

AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910


Rasulullah SAW juga telah bersabda yang bermaksud :
sesiapa yang tidak berkasih sayang kepada makhluk di bumi. Dia tidak akan dikasihi
oleh makhluk dilangit
( Riwayat at-Tabrani )
Kasih-sayang sesama Islam (seakidah)
Kata Imam Hasan al-Banna r.a. (1908-1949m) dalam Risalah Taalimnya :
Maksudku dengan ukhuwwah (kasih sayang dan persaudaraan) adalah: Hati-hati dan
ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan
mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah
saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan
kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah
adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar (melebihkan
saudaranya dari dirinya sendiri).









AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

Allah SWT juga telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran di dalam surah al-
Hasyr ayat 9 :
4g~-.-4 +7O4l>
4O-O.- =}ECe"-4 }g`
gUl~ 4pOclg47 ;}4`
4OE_E- jgO) 4
4p_ O) g-jO
LOE_~4 .Og)` W-O>q
]NOguNC4 -O>4N
jgO^ O4 4p~E
jgj O==E= _ }4`4 -ONC
OE7- gOO^4^ Cj^q
N- ]O)U^^- ^_


Ertinya:
dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum
mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula
dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang
yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu
lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan
amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada
dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya.
(surah Al-Hasyr ayat 9).

Kasih sayang sesama manusia
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
Kasih sayang sesama manusia meliputi segala-galanya dalam urusan hidup selain
melibatkan unsur agama dan aqidah yang menjadi rukun agama yang dianuti oleh
manusia tersebut. Justeru itu, kasih sayang ini membuka ruang untuk berintraksi dengan
manusia yang tidak seagama secara terbuka dalam semua bidang selain yang melibatkan
unsur agama manusia itu. Kemanusiaan ini amat menyeluruh, terutama bagi pihak
kerajaan Islam dalam menangani semua pihak yang berada di bawah naungannya
sehingga hak beragama penganut agama bukan Islam juga boleh dilayani selagi tidak
berunsur menyebar dan menyuburkan agama tersebut. Kasih sayang ini meliputi bantuan
keperluan hidup ; makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan, dan
keperluan asas yang lain, pergaulan (kecuali dalam hal-hal tertentu seperti perkahwinan),
harta, tanah dan sebagainya.

Islam melarang keras untuk kita saling membenci dan bermusuhan, namun
menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia. Rasulullah SAW
telah.bersabda yang bermaksud :
"Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah
kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang
muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap sudaranya lebih dari tiga hari."
(HR. Muslim).
Di sini jelas bahawa kita dianjurkan sekali untuk saling menjaga dan menghargai antara
satu sama lain sebagai tanda kasih sayang. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud :
"Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas
kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh
tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan
menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)." - HR. Muslim

AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910


2.1.2. Ikhlas

Sifat ini amat penting dihayati oleh umat Islam untuk kesempurnaan iman. Sifat
ini perlu dalam semua ibadah yang kita lakukan iaitu diikhlaskan semata-mata kerana
Allah SWT. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Bayyinah ayat ke 5 :
.4`4 W-+Oq )
W-+:u4Og -.-
4-)U^C` N. 4g].-
47.E4LNO W-OONC4
E_OUO- W-O>uNC4
E_OEEO- _ ElgO4
}Cg1 gOEj1^- ^)
Ertinya: Dan mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan mengikhlaskan
diri kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan
solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.
( Surah al-Bayyinnah : ayat 5 )
Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan
semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah
semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya , ujub atau inginkan pujian manusia.
Sifat ikhlas yang diamalkan dalam kehidupan seharian akan meninggalkan kesan
positif kepada setiap individu. Orang yang ikhlas menjalankan tugas tidak mudah kecewa
apabila gagal dalam sesuatu usaha sebaliknya mereka akan terus berusaha sehingga
berjaya. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan
yang lain daripada taat kepada perintah Allah S.W.T.
.
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910



2.1.3. Bijaksana ( Al-Hikmah)
Bermaksud tindakan yang berasaskan kepada kebijaksaan akal dan fikiran yang
waras. Rasulullah SAW menggunakan Al-Hikmah semasa menjalankan dakwahnya.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 25 :
7vu1- _O) O):Ec
El)4O gOE'g4^)
gOgNOE^-4
gO4L=OO4^- W
_^gE_4 /-)
"Og- }=O;O _ Ep) El+4O
4O- OU;N }E) E= }4N
g)-O):Ec W 4O-4
OU;N 4g4-;_^)
^g)
Ertinya:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pengajaran yang
baik dan berdialoglah dengan mereka dengan cara terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu
Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah
yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah an-Nahl : ayat 25 )

AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
Orang yang berhikmah akan mengamalkan sifat lemah lembut, menahan marah,
mengawal perasaan, memberi kemaafan dan bersedia meminta fikiran dari orang lain.




2.1.4. Redha

Redha bermaksud bersedia dengan ikhlas hati untuk melakukan sesuatu. Sebagai
umat Islam kita perlu sentiasa redha menghadapi ujian Allah SWT samada secara
langsung atau tidak. Orang yang memiliki sifat redha akan menerima segala musibah
dengan jiwa yang tenang. Redha juga bermaksud perasaan tenang terhadap segala yang
berlaku yang ditentukan oleh Allah SWT. di dunia dan di akhirat. Para sahabat
Rasulullah SAW memiliki sifat redha yang tinggi sehingga Allah SWT mengaku
meredhai mereka sepertimana dalam firmannya dalam surah al-Bayyinah ayat 8 :
;e-74.-4OE_ ELgN
jgj4O eELE_ p;4N
O@O^_` }g` 4g-^4`
NOOgu+- 4g)-E=
.OgOg -44 W =/@O
+.- gu+4N W-O4O4
+OuL4N _ ElgO ;}Eg
=/E= +O+4O ^g

Ertinya:
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha
terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya, yang demikian itu adalah (balasan)
bagi orang yang takut kepada Tuhannya.
(Surah Al-Bayyinnah : ayat 8)

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah SWT.
Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh
Allah SWT baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan
daripada Allah SWT.

Sifat redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
Redha menerima peraturan (hukum) Allah SWT. yang dibebankan kepada
manusia.
Redha menerima ketentuan Allah SWT. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha Menerima hukum Allah SWT :
Redha menerima hukum-hukum Allah SWT adalah merupakan manifestasi
daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah SWT.
kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa
terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira
dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah
memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan
yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka
menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara
mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang
engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-
Nisaa' : Ayat 65 )
Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan
kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya
akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun
yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan
larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan
dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya
menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada
orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah SWT. 'Kami
akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia
mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang
maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura.
Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha
menerima hukum Allah SWT , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada
kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.



Redha Dengan Qada' :
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan
Allah SWT baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis
diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang
suka memuji Allah SWT. iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan
yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah SAW. apabila memperolehi kegembiraan Baginda
berkata: " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan
".Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan, Baginda mengucapkan : "
Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah SWT. dijelaskan di
dalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah
berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana
sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " .
(Riwayat Muslim)





Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah SWT ketika
mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua
pengertian :
Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah SWT
memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah
sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah SWT
itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi
yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan
bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan
itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti
kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910








2.1.5. Menepati masa

Merupakan sifat mahmudah yang perlu dimiliki oleh setiap manusia. Untuk
mendapatkan sifat ini setiap individu perlu melatih diri supaya patuh kepada masa yang
telah ditetapkan. Seseorang yang menepati masa akan berjaya dalam kehidupannya. Islam
mengajar umatnya supaya sentiasa menepati masa melalui ibadah solat. Allah SWT telah
bersumpah dengan masa sebagaimana firmannya di dalam surah al-Asr ayat 1-3:
)O^E^-4 ^ Ep)
=}=Oee"- O> O;O7= ^g
) 4g~-.- W-ONL4`-47
W-OUg4N4 geE)UO-
W-O=-4O>4
--E^)
W-O=-4O>4
)OO) ^@

Ertinya:
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan
berpesan-pesan dengan kesabaran
( Surah Al-Asr : ayat 1-3)

Menurut Kamus Dewan, menepati waktu merupakan persetujuan (secara lisan
atau bertulis) untuk melaksanakan atau untuk memberikan sesuatu. Ringkasnya kita
boleh mengatakan bahawa menepati waktu merupakan perlakuan yang mencirikan
seseorang individu sentiasa melakukan sesuatu tanggungjawab mahupun tugas mengikut
waktu yang telah ditetapkan ataupun dipersetujui secara lisan mahupun bertulis.

Mengurus masa merupakan aspek yang amat ditekankan dalam ciri-ciri menepati
waktu. Ini kerana pengurusan masa yang baik akan menjadikan seseorang individu secara
tidak langsung dapat menepati janji yang telah diaturkan ataupun menepati waktu yang
dipersetujui terlebih dahulu. Mengulas perkara ini, pengurusan masa yang baik akan
mendisplinkan setiap individu yang berjaya dalam tugas yang mereka lakukan termasuk
juga kehidupan harian yang mereka lalui akan menjadi lebih sistematik dan terurus.

Secara kesimpulannya, kita dapat mengatakan bahawa nilai moral menepati waktu
merupakan nilai yang perlu dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira batasan budaya,
masyarakat dan juga kelompok individu. Ini kerana kejayaan seseorang individu amatlah
bergantung kepada sikap menepati waktu dalam hidup sama ada aktiviti harian, kerja dan
juga tanggungjawab yang perlu dilaksanakan atau disiapkan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Sifat munafiq pada diri seseorang
itu ada tiga. Apabila bercakap dia berbohong,apabila berjanji dia mungkir, dan apabila
diberi jawatan atau amanah dia khianat.
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa ayat 142:
Ep) 4-g4L^-
4pONNgC7 -.- 4O-4
_NNgE= -O)4
W-EON`~ O)
jE_OUO- W-ON`~
_O=O7 4p+7.-4ONC
"EEL- 4 ]NO7'O4C
-.- ) 1E1)U~ ^jg

Sesungguhnya orang munafiq itu cuba menipu Allah sedangkan mereka sebenarnya
menipu diri sendiri.Apabila mereka bangun mengerjakan solat mereka bangun dalam
keadaan malas, malah bersikap riak (menunjuk-nunjuk) kepada manusia dan mereka
tidak mengingati Allah kecuali terlalu sedikit. An-Nisa ayat 142
Ketepatan masa amat berkait rapat dengan amanah ataupun integriti. Amanah
adalah suatu karisma yang sangat sukar diukir dalam karekter seseorang. Namun, sesiapa
yang memiliki amanah bererti dia mempunyai kredibiliti yang unggul. Sesiapa yang
bersikap amanah dan menepati perjanjian bererti dia seorang pekerja ataupun individu
yang cemerlang dan berkualiti.







AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910










2.2. AKHLAK MAZMUMAH

Sifat Mazmumah ialah sifat-sifat yang tidak baik, keji dan tercela, Sifat
mazmumah patut dijauhi dan dihindari oleh semua umat Islam supaya mereka tidak rugi
dunia dan akhirat.

Menurut Imam Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin, antara sifat-sifat
Mazmumah ialah seperti berikut:
2.2.1. Marah
Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang
keadaan. Orang yang marah selalunya didorong oleh pengaruh bisikan syaitan yang
ingin merosakkan iman dan dirinya.
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Marah itu asalnya dari syaitan dan syaitan itu dibuat dari api

Sifat marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan
seseorang. Orang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu
mendapat ganjaran di sisi-Nya. Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa
yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram,
aman dan damai sepanjang masa.



Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah
daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah
orang yang dapat mengawal diri ketika marah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Melalui hadis di atas, kita dapat lihat bahwa peri pentingnya kita mengawal
kemarahan. Orang yang gagah itu bukan lah orang yang mampu mengangkat beban
berates-ratus kilogram namun orang yang gagah sebenarnya ialah orang yang mampu
mengawal kemarahannya.
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

Kesimpulannya, dalam apa juga keadaan dan situasi, kita sebagai umat Islam
mestilah dapat mengawal sifat marah yang boleh merosakkan sesuatu.

2.2.2. Hasad dengki dan iri hati
Sifat hasad dengki dan iri hati lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat
yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.
Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar)
kayu.
Sifat hasad dengki ini bermaksud sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih
daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat
itu hilang daripada orang lain.

Menurut Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudddin:
Kita merasa gembira apabila nikmat yag dimiliki oleh musuh hilang dan luput
daripadanya. Kita berasa bahagia apabila musuh mendapat musibah dan malapetaka.
Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak
akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya
sebagaimana mencintai dirinya. (Hadis Muttafaqun alaihi)
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan
sebagaimana api memakan kayu bakar. (Hadis riwayat Abu Daud)

2.2.3. Takabur
Sifat takabur bermaksud bongkak dan merasakan dirinya lebih daripada orang
lain. Banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri
seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak
pengikut dan banyak ibadat.Sifat sedemikian amat besar dosanya dan menyebabkan
orang yang memilikinya akan menjadi orang yang celaka dan sengsara di dunia dan di
akhirat.

Firman Allah SWT:
4~4 N:4O EO)+ONNu1-
U4-c 7 _ Ep)
-g~-.- 4p+O'4-OEC
;}4N O)E14:gN
4pOU7=;4OEc 4-E_E_
-@O=-E1 ^g

Ertinya:
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan
bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku
akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".
(Surah al-Mumin : ayat 60)
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
Sifat menyombong diri atau membesar diri adalah sifat hati yang berada dalam
batin diri. dari sifat inilah lahirnya perilaku perbuatan atau tindakan yang bersifat lahir
sebagai terjemahan atau natijah kepada sifat sombong dan membesar diri. Sifat takabbur
ini berbeza dari sifat 'ujub. Sifat 'ujub hanya berkaitan dengan diri sendiri dan ianya
berlaku ketika bersendirian tanpa pihak ketiga. Tetapi sifat takabbur ini hanya akan
terserlah apabila adanya pihak lain sebagai objek sasaran untuk ditonjolkan.

Firman Allah SWT, yang bermaksud :
" Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya
orang-orang yang menyombongkan diri (takabbur) dari menyembahKu akan masuk
Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." ( Surah Fussilat , Ayat 15 )


Ada beberapa sebab ataupun punca yang menyebabkan seseorang itu boleh
menjadi sombong dan takabbur, iaitu :
Pertama : ILMU - hanya sedikit bilangan orang-orang yang berilmu (alim)
ini yang terlepas daripada sifat takabbur dengan ilmunya. Ini kerana
kebanyakan daripada mereka yang berilmu ini akan merasa dirinya
sempurna dan lebih daripada orang lain.

Kedua : AMAL IBADAH - Kebanyakan orang yang termasuk dalam
golongan orang yang kuat beribadah ini akan merasakan bahawa mereka
lebih berhak dihormati dan disanjungi daripada orang lain. Mereka juga
akan mengharapkan diri mereka akan mendapat lebih keistimewaan di
majlis-majlis umum dan kera'ian. Kebanyakan daripada mereka sering
mengatakan bahawa dirinyalah yang terselamat, orang lain akan binasa.
Rasulullah SAW pernah bersabda : " Jika kamu mendengar seseorang
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
mengatakan semua orang binasa, maka sebenarnya dialah yang lebih
binasa" (Riwayat Muslim ).

Ketiga : TAKABBUR DENGAN NASAB KETURUNAN -Jarang sekali
orang yang berdasarkan latarbelakangnya berketurunan mulia terlepas
daripada rasa besar diri atau takabbur. Kebanyakan mereka memandang
rendah orang yang tidak setaraf dengannya.

Keempat : BERBESAR DIRI ATAU TAKABBUR DENGAN PARAS
KECANTIKAN - Biasanya ini berlaku di kalangan kaum wanita. Sifat ini
boleh mendorong kepada perbuatan merendahkan orang lain seperti
mengumpat dan menceritakan keburukan serta keaiban rupa paras orang
lain.

Kelima : TAKABBUR DENGAN HARTA KEKAYAAN - Biasanya sifat
ini dipunyai oleh para pembesar dan saudagar ahli perniagaan. Mereka
akan memandang rendah terhadap orang fakir miskin.
2.2.4. Riya
Riya pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan
menampakkan atau menunjuk-nunjukkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-
mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan. Hukum riya adalah haram dan
amat dibenci oleh Allah Taala sebab amalan yang sepatutnya dikerjakan untuk mendapat
keredhaan Allah, tiba-tiba bertukar dan berubah niat semata-mata untuk dilihat oleh
manusia dan mengharapkan keredhaan manusia.

Firman Allah S.W.T :
uC4O --j-=Ug ^j
4g~-.- - }4N
jgjE= 4pO-Ec ^)
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
4g~-.- - ]+7.-4ONC
^g
Ertinya:
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari
solatnya, orang-orang yang berbuat riya
(Surah al-Maun : ayat 4-6)
Sifat riya amat merbahaya kerana ia boleh menjebakkan diri seseorang ke dalam
kumpulan orang yang syirik kepada Allah.




2.2.5. Ujub
Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujub bererti bangga
diri dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan
kelebihan dari segi kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain. Ujub boleh
menyebabkan tersesat dari jalan yang benar dan memasuki jalan yang salah dan tidak
diredhai oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT :
E W-EOO4O> 7=O^
W
Ertinya:
Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci
(Surah an-Najm : ayat 32)
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

Ujub bermakna kagum dengan diri sendiri dan merupakan penyakit hati yang
buruk kerana boleh membawa kepada sifat ghurur iaitu terpedaya dengan kehebatan diri
sendiri. Bisyr Al-Hafi mendefinisikan ujub sebagai berikut:
Iaitu menganggap hanya amalanmu saja yang banyak dan memandang remeh
amalan orang lain.

Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah meringkas definisi ujub sebagai berikut:
iaitu perasaan takjub terhadap diri sendiri hingga seolah-olah dirinyalah yang
paling utama daripada yang lain. Padahal boleh jadi ia tidak dapat beramal sebagus
amal saudaranya itu dan boleh jadi saudaranya itu lebih wara dari perkara haram dan
lebih suci jiwanya berbanding dirinya!

Dalam hal ini, dalam Kitab Minhajul 'Abidin, Imam Ghazali ada menjelaskan
bahawa dalam perkara 'Ujub ini, manusia itu terbahagi kepada tiga golongan;

Golongan Pertama. Ada yang ujub selama-lamanya, sekalipun dia ingat akan
adanya kurnia Tuhan, tetapi dia tetap saja ujub. Inilah golongan Mu'tazilah dan
Qadariyah. Mereka tidak memandang kepada Allah, sebab menurut pendapat
mereka itu, bahawa kelakuan-kelakuannya adalah perbuatannya sendiri, bukan
dari Allah.

Golongan Kedua. Golongan kedua ini adalah golongan yang ingat adanya
kurnia dari Allah. Semua perilakunya walau bagaimanapun tidak terluput dari
memandang kurnia Allah. Golongan inilah golongan yang lurus. Tidak pernah
ujub sedikitpun atas amal-amalnya. Hal ini kerana adanya kewaspadaan
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
hati/batin yang diberikan oleh Allah, dan dikhususkan dengan pemeliharaan
tersebut dari Allah Taala.

Golongan Ketiga. Golongan yang campur aduk. Kadang-kadang ujub dan
kadang tidak, iaitu umumnya Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Terkadang ingat akan
kurnia Tuhan, tetapi terkadang lupa. Hal ini kerana kelemahan dalam ijtihad dan
kewaspadaan mereka






Perasaan ujub ini adalah perbuatan yang amat dicela oleh Allah SWT. Allah SWT
telah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 25 iaitu :

; N4O=^4^ +.- O)
=}gC-4O4` E4OOg1
4O4C4 u-4LNO ^O)
:u-4:E;N
:>4O^4E U ^}^>
:L4N 6*^OE- ;e~=4
N:^OU4 *O-
E) ;e4:NO4O
+-^1-4 -@O);G`
^g)

AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
Ertinya:
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam banyak
medan-medan perang dan di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa
megah Dengan sebab bilangan kamu Yang ramai; maka bilangan Yang ramai itu
tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa)
bumi Yang Luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur
melarikan diri

Rasulullah SAW juga telah bersabda yang bermaksud:
Tiga perkara akan membinasakan (diri manusia); iaitu kikir yang diikutkan,
hawa nafsu yang diturutkan, dan seseorang yang suka membangga diri sendiri.

Ibn Masud juga telah berkata:
Kebinasaan itu berlaku dalam dua perkara; Putus asa dan bangga diri

Firman Allah lagi di dalam surah al-Baqarah ayat ke 264 iaitu:
E_GC^4C 4g~-.-
W-ONL4`-47
W-OUgCl> 7g-~E=
^-}E^) OO-4
OO-~E -g4NC
N.4` 47.wjO
+EEL- 4 }g`uNC
*.) gO4O^-4
@O=E- W Nq-VE
VEE p-4O^=
gO^OU4N _-4O>
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
+O4= )-4
+O4O4 -V-= W
]+Og^4C _O>4N 7/E*
Og)` W-O+l=O +.-4
Og;_4C 4O^-
4jOg^- ^ggj

Ertinya:
Wahai orang-orang Yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah
kamu Dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti,
seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang Yang membelanjakan hartanya
kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman
kepada Allah dan hari akhirat. maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin
Yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu
ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-
orang Yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun
dari apa Yang mereka usahakan. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk
kepada kaum Yang kafir.
(Surah al-Baqarah: 264)



3.0. ISU AKHLAK DALAM MASYARAKAT

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini kian menular dan merebak dalam
masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan
vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Dalam tugasan ini, saya akan mengupas tentang salah satu isu akhlak yang
semakin meruncing berlaku di dalam masyarakat kita saban hari. Isu yang akan saya
kupas ialah berkenaan dengan isu pengguguran dan pembuangan bayi. Hampir setiap
minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan
bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada
yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat
pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan
sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.



3.1.DEFINISI

Pengguguran bayi bererti menamatkan proses kehamilan dengan memaksa janin
dalam kandungan keluar sebelum cukup tempoh masanya. Perbuatan ini samalah seperti
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
membunuh janin tersebut. Perlakuan ini haram disisi agama Islam dan salah dari segi
undang-undang Negara dan nilia-nilai kemanusiaan.

3.2.PENJELASAN ISU

Kes-kes pengguguran biasanya berlaku kerana si ibu takut menanggung malu
kerana anak yang dikandung adalah anak luar nikah atau mereka belum lagi bersedia untuk
memelihara anak. Masalah pengguguran perlulah dibenteras kerana anak adalah anugerah
Allah yang di amanahkan kepada ibubapa untuk dipelihara sebaik mungkin. Mereka
merupakan perhiasan hidup bagi setiap keluarga. Tanpa anak-anak kehidupan berkeluarga
akan menjadi suram dan tidak ceria.



Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha
kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun
kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun
usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat
di bendung lagi
Islam dan agama utama di Malaysia yang lain mengharamkan dan menegah
pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu
dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-
Quran surah An-Nisa' ayat 93:
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

}4`4 +^4C 44g`uN`
-4g-E4-G` +74.-4OE
OE4E_E_ -V)-E= OgOg
=U_EN4 +.- gO^OU4N
+O4LE4 O4N4 +O
-EO4N V1g4N ^_@
Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka
jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta
menyediakan baginya azab seksa yang besar".

Firman Allah SWT dalam surah asy-Syura ayat ke 49-50 :
=. CCUN` g4OEOO-
^O-4 _ -U^C 4`
+7.4=EC _ CUOg4 }Eg
+7.4=EC L14^) CUE_4C4
}Eg +7.4=EC
4OO7e~.- ^j_ u
_N_j)4ONC L^-4O^O
L14^)4 W NE^_4 }4`
+7.4=EC O4N _ +O^^)
_1)U4 EOCg~ ^)

Ertinya:
Bagi Allah jualah hak milik Segala Yang ada di langit dan di bumi; ia menciptakan apa
Yang dikehendakiNya; ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa Yang
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa Yang
dikehendakiNya. Atau ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan
perempuan, dan ia juga menjadikan sesiapa Yang dikehendakiNya: mandul.
Sesungguhnya ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa

Bayi merupakan golongan yang tidak berdosa. Bayi ibarat sehelai kain putih dan
memerlukan kesabaran dan ketelitian orang dewasa untuk mencorakkannya. Mereka
mestilah dijaga dengan penuh kasih sayang. Janganlah manusia bertindak mengikut
perasaan dan berlaku zalim terhadap mereka. Perlu disedari bahawa mereka akan
membesar dan menjadi dewasa, seterusnya menjadi peneraju yang membawa hala tuju
negara. Lantaran itu, menjadi satu kerugian kepada negara apabila masalah pembuangan
bayi semakin berleluasa.

3.3. FAKTOR BERLAKUNYA KES PEMBUANGAN BAYI

3.3.1. Kurangnya kefahaman dan penghayatan agama
Kekurangan pendidikan agama menyebabkan golongan
remaja ini dikuasai oleh nafsu jahat sehingga sanggup berzina dan
menyebabkan lahirnya anak luar nikah yang akhirnya dibuang
kerana takut dan malu kepada keluarga serta masyarakat.

Hal ini juga menyebabkan gejala zina semakin berleluasa
dan menyebabkan kes pembuangan bayi ini semakin meningkat
dari semasa ke semasa. Di sekolah, masa yang diperuntukkan
untuk sesi pengajarana dan pembelajaran bagi subjek pendidikan
agama adalah terlampau sedikit. Hal ini menyebabkan guru agama
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
mempunyai kekangan masa dalam menyemai akhlak-akhlak
mahmudah di kalangan pelajar sekolah.
Selain itu juga, golongan remaja pada zaman sekarang ini
sudah kurang mendapat tarbiyah daripada golongan agama. Hal ini
juga disebabkan penyebaran tarbiyah ini tersekat kerana
dipengaruhi oleh kuasa politik di Negara kita. Oleh itu, pemimpin
hendaklah bekerjasama bagi mengelakkan perkara ini terus
berleluasa.

3.3.2. Institusi keluarga yang bermasalah, tiada persefahaman,
bergaduh, bercerai
Firman Allah SWT didalam surah At-Thur ayat 21:
"Dan orang yang beriman dan diikuti oleh zuriat
keturunan mereka dalam keimanan, kami hubungkan zuriat
keturunan itu dengan mereka (didalam syurga) dan kami tidak
mengurangi sedikit pun daripada pahala amalan mereka.Setiap
manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya".

Institusi kekeluargaan yang berpecah belah akan
mengakibatkan remaja mengalami tekanan perasaan dan juga
gangguan emosi. Hal ini juga menyebabkan golongan ini mencari
rakan sebaya untuk meluahkan perasaan mereka. Selain itu, untuk
menghilangkan tekanan, mereka akan melakukan apa sahaja untuk
kepuasan hati. Hal ini menyebabkan penzinaan mudah berlaku
dalam kalangan remaja pada masa kini.


AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

Selain itu, pembuangan bayi ini juga berlaku sekiranya
keluarga remaja yang mengandung tidak mahu menerima
kehadiran anak luar nikah tersebut. Justeru, bayi-bayi tersebut
digugurkan atau dibuang di mana-mana.

3.3.3. Tiada perikemanusiaan
Pengguguran dan pembuangan bayi ini juga berlaku kerana
sifat kemanusiaan dalam diri golongan yang terbabit sudah tiada.
Hal ini disebabkan meraka sudah tidak mepunyai perasaan belas
kasihan kepad bayo-bayi yang telah digugurkan dan dibuang itu.

Manusia kini sudah jatuh ke taraf yang lebih hina.
Sedangkan haiwan pun tahu untuk menyanyangi anak masingf-
masing. Manusia pua dengan senangnya membuang bayi yang
baru dilahirkan itu.

3.3.4. Percampuran bebas
Apa yang dimaksudkan dengan percampuran bebas ini
ialah pergaulan bebas antara remaja lelaki dan juga remaja
perempuan. Hal ini menyebabkan mudahnya berlaku [enzinaan
seterusnya menjurus kepada gejala pembuazngan bayi ini

Remaja pada masa kini sudah boleh dianggap tidak tahu
malu kerana sanggup meggadaikan maruah mereka demi cnta
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
monyet mereka itu. Pergaulan bebas di kalangan remaja ini
mendorong berlakunya perkara yang tidak diingini.
3.3.5. Kemajuan teknologi
Kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada
zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan
yang tidak berfaedah kepada remaja. Lama sesawang pada masa
kini mempunyai pelbagai ruangan yang berbentuk porno. Hal ini
menyebabkan remaja sekarang mudah terdedah dengan budaya
kuning ini.

Dunia di hujung jari ini juga mempunyai pelbagai
keburukan di samping membawa pelbagai kemudahan kepada
pengguna. Ramai remaja telah menyalahgunakan penggunaan
internet ini.










AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910


3.4. KESAN NEGATIF KES PEMBUANGAN BAYI

Kesan-kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi remaja yang
menggugurkan dan membuang bayi. Hal ini kerana, sewaktu remaja terbabit melahirkan
anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa. Tanpa persediaan yang
rapi, remaja ini pastinya mengalami akan jangkitan kuman yang serius, kecederaan
semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya,
mereka melahirkan anak dengan menggunakan cara sendiri tanpa pertolongan daripada
pihak hospital atau pihak lain. Selain itu, remaja tersebut juga sudah semestinya
mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri,
dan juga mengalami gangguan emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri
yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan negara.

Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan
institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan
dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa
malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak
seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan
adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan
keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu
bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh
dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak
sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa,
janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi
sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.

AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang
berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan
kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes
ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan
ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan
situasi ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral
ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti
masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku.

Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar
kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada
akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang pastinya berlaku
ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi Negara sukar untuk berkembang
disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi, perbelanjaan kerajaan turut
meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan dirumah kebajikan masyarakat. Hal
ini kerana, bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat
sebagai penempatan sementara. Pada masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan
sekiranya tidak menjumpai, rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan
kekal mereka. Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang
berkaitan dari segi kewangan.







AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

3.5. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

3.5.1. Institusi keluarga perlulah diperkukuhkan dengan
berlandaskan konsep rumahku syurgaku
Memandangkan masalah pembuangan bayi meninggalkan
kesan buruk dalam masyarakat, pelbagai langkah dan inisiatif perlu
diambil bagi membendung penyakit sosial ini. Ibu bapa mestilah
memainkan peranan yang sewajarnya terhadap anak-anak dari
sudut pergaulan sesama rakan agar tidak melampaui batas. Nilai
murni dan kemanusiaan serta pegangan agama yang kukuh
haruslah disalurkan dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil
kerana melentur buluh biarlah ketika rebungnya. Insan yang
berakhlak mulia sejak kecil pasti tidak sanggup bertindak di luar
norma kehidupan untuk melakukan sesuatu perlakuan yang negatif.
Selain itu, pendedahan kepada pendidikan moral dan agama
merupakan langkah yang wajar kerana dapat menerapkan nilai-
nilai mulia.

Ibu bapa adalah model terawal dan utama dalam
pembentukan iman dan akhlak anak. Bagi membolehkan ibu bapa
mendidik dengan sempurna, mereka perlu berupaya serta menjadi
qudwah terbaik. Mereka harus bijak mengawasi persekitaran
kekeluargaan agar lahirnya situasi yang sihat dan cemerlang ke
arah membentuk keluarga harmoni.

Sebagai ibu bapa, kita hendaklah menerapkan nilai
berdisiplin dalam diri anak-anak dengan mengatur jadual rutin
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
seharian. Selain itu juga, kita perlulah memantau dan menyiasat
pergaulan anak-anak di sekolah atau institusi dengan bertanyakan
rakan-rakan sebaya. Hal ini secara tidak langsung dapat
mengelakkan anak-anak daripada pengaruh rakan sebaya yang
terjebak kepada aktiviti tidak berfaedah.

3.5.2. Program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan
digerakkan secara bersepadu
Agama memainkan peranan penting untuk memandu ke
arah tingkah laku sesuai dengan pertimbangan dan rasional rutin
hidup seharian. Jabatan Agama perlulah menubuhkan satu
jawatankuasa mencengah maksiat, mengadakan ceramah serta
kempen kesedaran

Oleh itu, pihak jabatan agama hendaklah memainkan
peranan penting dalam menyampaikan risalah dan dakwah kepada
masyarakat terutamanya kepada golongan remaja agar dapat
membendung gejala ini dari terus berlaku. Selain itu juga, setiap
sekolah dan juga institusi pelajaran hendaklah memainkan peranan
dalam mempertingkatkan program dakwah ini agar masyarakat
terutamanya golongan remaja menjadi celik akal.

3.5.3. Pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras
pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota
masyarakat terutama golongan remaja.
Pihak kerajaan hendaklah memainkan peranan untuk
menapis semula isi kandungan program yang bakal ditayangkan di
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
televisyen. Hal ini berikutan penyebaran pelbagai program-
program yang berunsur tidak sihat semakin berleluasa. Penggunaan
internet hendaklah dipantau semula dan perlulah ditapis agar
segala program-program yang tidak sihat ini tidak dapat
disebarkan.

Selain itu juga, pihak kerajaan juga perlulah membanteras
penyebaran majalah dan video-video lucah yang semakin menular
di kalangan remaja masa kini.

3.5.4. Memperketatkan undang-undang berkaitan isu pengguguran
dan pembuangan bayi.

Undang-undang bagi kes pembuangan bayi mesti diperketat
lagi. Hukuman juga mestilah setimpal dengan kesalahan yang
mereka lakukan. Tindakan perundangan ini diharap dapat memberi
kesedaran kepada segelintir masyarakat supaya tidak melakukan
sesuatu dengan sesuka hati.



AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

3.6. RUMUSAN

Secara kesimpulannya, gejala pengguguran dan pembuangan bayi semakin
meruncing dalam masyarakat kita. Justeru, semua pihak hendaklah memainkan peranan
masing-masing dalam membendung perkara ini agar gejala pengguguran dan
pembuangan bayi ini dapat dihalang. Jika sekiranya malah ini tidak dibendung, cuba
bayangkan apa yang terjadi kepada Negara kita ni masa hadapan?

Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, kita tidak boleh mendiamkan diri dan
hanya tahu menunding jari kepada orang lain berkenaan isu ini. Kita seharusnya saling
bekerjasama dengan semua pihak termasuklah ibu bapa, kaum keluarga, sahabat handai
dan seterusnya pihak kerajaan bagi memastika gejala ini dapat dibendung. Sebagai ibu
bapa terutamanya, kita hendaklah menjaga institusi kekeluargaan masing-masing supaya
golongan remaja tidak akan terjebak dengan permaslahan seperti ini. Ibu bapa hendaklah
sentiasa memantau pergaulan anak-anak mereka.

Selain itu juga, sebagai ibu bapa, kita juga wajib untuk member didikan agama
yang secukupnya kepada anak-anak supaya menjadi benteng kepada mereka daripada
terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. Selain itu, sebagai salah seorang dari anggota
masyarakat, kita tidak boleh sekadar berpeluk tubuh sekiranya perkara ini berlaku. Kita
hendaklah sama-sama berganding bahu membanteras gejala ini darrpada berlaku. Kita
hendaklah membantu keluarga remaja yang terlibat dengan gejala ini dengan memberi
peluang kepada mereka untuk bertaubat.

Selain itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan untuk menangani segala
gejala social yang berlaku yang menyebabkan gejala pembuangan bayi ini berlaku
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
terutamanya kes zina dan sebagainya. Pihak kerajaan hendaklah memperketatkan lagi
undang-undang supaya dapat mendidik generasi yang ada tentang akhlak yang mulia.
Selain itu, pihak kerajaan juga perlulah mengamalkan system perundangan Islam
sebagaimana yang telah digariskan dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Memalui perundangan Islam, kita dapat membendung segala gejala social ini dari
terus berlaku. Selain itu, system pendidikan juga perlulah lebeih memfokuskan tentang
keagamaan supaya golongan murid mendapat didiakan agama yang sepatutnya. Didikan
agama yang sempurna boleh menjadi benteng yang kukuh bagi setiap orang dalam
mendepani masa hadapan.













AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
4.0. SUKATAN PELAJARAN TAJUK AKHLAK SEKOLAH RENDAH DAN
BAHAN PEMBENTANGAN

TAHUN TAJUK
1 1. Adab makan dan minum
2. Adab qada hajat
3. Adab tidur dan bangun tidur
4. Adab mandi dan bersugi
5. Adab berwuduk

2 1. Adab berpakaian
2. Adab berkenderaan
3. Adab masuk dan keluar masjid

3 1. Adab menghidang makanan
2. Adab melayan tetamu
3. Adab menziarahi orang sakit

4 1. Adab berjalan
2. Adab makan di majlis keramaian
3. Adab dengan orang tua
4. Adab semasa di sekolah

5 1. Adab mengurus diri
2. Adab menolong ibu bapa
3. Adab dengan pemimpin

6 1. Adab menjaga harta benda sekolah
2. Adab menjaga kebersihan sekolah
3. Adab menjaga kebersihan alam sekitar
4. Adab rehlah
5. Adab terhadap tempat awam
6. Adab terhadap manusia dan makhluk lain
7.



AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
5.0. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KELAS : 4C
MASA : 11.45 PAGI 12.15 PAGI
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM
BIDANG : AKHLAK
TAJUK : ADAB MAKAN DI MAJLIS KERAMAIAN
KAEDAH PENGAJARAN : SUMBANGSARAN
HASIL PEMBELAJARAN :
1. MURID-MURID DAPAT MENYATAKAN ADAB MAKAN DI MAJLIS KERAMAIAN
2. MURID-MURID DAPAT MEMBACA DOA MAKAN BERSAMA MAKNANYA
3. MURID-MURID DAPAT MENJELASKAN FAEDAH BERADAB DAN AKIBAT TIDAK BERADAB
SEMASA MAKAN DALAM MAJLIS KERAMAIAN
PENYERAPAN NILAI :
AKHLAK : - BERADAB SOPAN KETIKA MAKAN DI MAJLIS KERAMAIAN
-MERAPATKAN HUBUNGAN DENGAN TETAMU LAIN
- MEMBACA DOA SEBELUM MAKAN
BAHAN BANTU MENGAJAR :
1. BUKU TEKS
2. KAD IMBASAN
3. GAMBAR
4. LAPTOP





AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN

BACAAN DOA BELAJAR :



1. GURU MEMINTA MURID-
MURID MEMBACA DOA
BELAJAR BERAMAI-RAMAI



SET
INDUKSI


MURID MENDAPAT
GAMBARAN AWAL DARIPADA
GURU

1. GURU MENUNJUKKAN KEPADA
MURID SATU GAMBAR

2. GURU BERTANYA KEPADA
MURID APA YANG ADA DI
DALAM GAMBAR

3. GURU MENGAITKAN GAMBAR
TAJUK YANG HENDAK
DIPELAJARI IAITU ADAB MAKAN
DI MAJLIS KERAMAIAN


GAMBAR



LANGKAH
1

ADAB MAKAN DI MAJLIS
KERAMAIAN :
1. TIDAK BEREBUT-
REBUT
2. MULAKAN DENGAN
MEMBACA BISMILLAH
DAN DOA
3. DUDUK DENGAN
SOPAN

1. GURU MEMINTA MURID
MENYEBUT ADAB MAKAN
KEBIASAAN

2. GURU MENYEBUT ADAB
MAKAN DI MAJLIS KERAMAIAN










PERBINCANGAN

LANGKAH
2

DOA MAKAN

1. GURU BERTANYA MURID :
- TAHU DOA MAKAN ?
- PANDAI BACA TAK ?

2. GURU MEMASANG LAGU DOA
MAKAN

3. MURID DIMINTA MENGIKUT
ALUNAN LAGU



AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910

4. GURU MEMINTA WAKIL MURID
UNTUK MEMBACA DOA
MAKAN



LANGKAH
3

FAEDAH BERADAB SEMASA
MAKAN DALAM MAJLIS
KERAMAIAN :
1. CEPAT KENYANG DAN
BERKAT
2. DIHORMATI DAN
DICONTOHI
3. MEMUPUK PERASAAN
MAHABBAH

AKIBAT TIDAK BERADAB
SEMASA MAKAN DALAM
MAJLIS MAKAN KERAMAIAN:
1. TIDAK MENDAPAT
KEBERKATAN ALLAH
2. DICEMUH DAN
DISISIH MASYARAKAT
3. MENIMBULKAN
KEAIBAN







1. GURU MEMBERITAHU
TENTANG FAEDAH BERADAB
SEMASA MAKAN DAN AKIBAT
TIDAK BERADAB SEMASA
MAKAN DALAM MAJLIS
KERAMAIAN

2. GURU MEMBAHAGIKAN MURID
KEPADA BEBERAPA KUMPULAN

3. SETIAP KUMPULAN
DIKEHENDAKI MENYATAKAN
FAEDAH BERADAB DAN AKIBAT
TIDAK BERADAB SEMASA
MAKAN TANPA MELIHAT BUKU
TEKS

4. GURU MEMILIH BEBERAPA
ORANG MURID UNTUK
MENAMPAL KAD IMBASAN
BERKENAAN DENGAN FAEDAH
BERADAB DAN AKIBAT TIDAK
BERADAB SEMASA MAKAN DI
PAPAN PUTIH.















KAD IMBASAN










PENUTUP

PENGAJARAN MEMPELAJARI
ADAB MAKAN DI MAJLIS

1. GURU MEMBUAT KESIMPULAN
MENGENAI ISI-ISI PENTING
MENGENAI ADAB MAKAN DI
MAJLIS KERAMAIAN

2. GURU MEMINTA MURID
MEMBUAT UALNAGKAJI
SEMULA DI RUMAH TENTANG
APA YANG DIPELAJARI HARI INI




AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
Refleksi kendiri :
________________________________________________________________
________________________________________________________________
_______________________________________________________________

Ulasan pensyarah:
________________________________________________________________
________________________________________________________________
_______________________________________________________________













AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
6.0. PENULISAN REFLEKSI TUGASAN

Pada 26 Julai 2011 yang lepas, saya dan rakan-rakan telah mendapat tugasan
projek bagi subjek PIM 3107 iaitu Pendidkan Akhlak Sekolah Rendah dan tugasan ini
perlu dihantar pada tarikh 8 September 2011. Dalam tugasan kali ini, kami dikehendaki
untuk menyiapkan satu tugasan yang berkaitan dengan konsep akhlak, pembahagian
akhlak, huraian tentang isu akhlak di Malaysia dan juga membuat bahan pembentangan
bagi tajuk dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah. Selain itu juga,
kami juga dikehendaki untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah di SK IPG KDRI.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya tidak mengalami masalah yang
serius. Dalam menghasilkan penulisan ilmiah bagi tugasan projek ini banyak kekuatan
yang ada. Diantaranya ialah dari segi bahan rujukan. Bahan rujukan untuk tajuk tugasan
kali ini banyak dan mudah untuk dicari. Bahan-bahan rujukan saya pinjam di
perpustakaan institut. Disamping itu saya juga meminjam daripada kawan-kawan yang
ada. Dalam internet juga banyak bahan-bahan yang saya perolehi untuk dijadikan bahan
rujukan. Oleh itu dengan adanya bahan-bahan rujukan maka ia dapat membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan baik. Tidak lupa juga maklumat-
maklumat dan isi penulisan yang didapati dan dihasilkan banyak membantu memberikan
hasil yang terbaik.

Keduanya, dari segi pensyarah pembimbing. Ustazah Nor Kartina binti Tawang
selaku pensyarah pembimbing telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan
ini. Beliau seorang yang mudah untuk dibawa berbincang. Oleh itu, terdapat beberapa
maklumat yang saya cuba dapatkan daripada beliau sendiri. Ini secara tidak lansung telah
berlaku suatu proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan bidang Jawi ini. Dengan itu
sudah pasti maklumat-maklumat yang didapati adalah di akui kekuatan dan kesahihannya
kerana ia datang daripada seorang pakar dalam tajuk ini.
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
Seterusnya dari segi kelemahannya pula ialah kekangan masa. Dalam menyiapkan
tugasan ini, saya menghadapi kekangan masa kerana masa yang ada banyak terisi dengan
tugasan-tugasan dan kerja lain. Sebagai contoh, tugasan-tugasan bagi subjek lain juga
memaksa masa kami untuk mencari bahan-bahan dan maklumat untuk penulisan ilmiah
yang perlu kami hasilkan dalam masa yang sama. Oleh itu, ini memerlukan kami untuk
membahagikan masa yang cukup terhad supaya setiap tugasan yang ada dapat
dilaksanakan secara adil.

Selain itu juga, saya mengalami sedikit masalah semasa menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut. Namun, segala msalah tersebut dapat diatasi
berukutan proses pengajaran tersebut dijalankan secara berkumpulan. Semasa proses
pengajaran berlangsung, kami mengalami masalah dengan system audia. Hal itu secra
tidak langsung mencacatkan sedikit proses pengajaran tersebut. Selepas prose pengajaran,
kami berjumpa dengan Ustazah Norasmah bagi proses refleksi pengajaran. Kami telah
mendpat input melaui teguran membina daripada ustazah Norasmah tersebut.

Kerjasama daripada semua ahli kelas saya juga adalah sebab utama pelaksanaan
program ini dapat dijalankan dengan baik. Semua ahli jawatankuasa menjalankan tugas
mereka dengan baik dan bersungguh-sungguh. Mereka masing-masing memulakan gerak
kerja awal kerana dari segi masa untuk melaksanakan program ini adalah sedikit terhad
sebenarnya. Namun, semua itu dapat diatasi dan dihadapi dengan baik kerana setiap
orang memberikan komitmen dan kerjasama yang baik dalam menjalankan tugas.

Walaupun begitu, terdapat beberapa halangan dan kelemahan yang kami hadapi.
Pertamanya ialah masalah kesuntukan masa. Untuk program ini sebenarnya kami
mengalami masalah percaturan masa kerana kesibukan dengan tugasan-tugasan lain.
Masalah ini berlanjutan sehingga kami terpaksa menunda tarikh program ini kepada
minggu hadapan. Namun, semua ini kami dapat depani dengan baik dan tidak
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
menggelabah kerana masing-masing bersikap profesional dalam kerja masing-masing.
Oleh itu, hasilnya program kami yang terpaksa ditunda tetapi dalam berjalan dengan
lancar akhirnya.

Secara keseluruhannya, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana penulisan
ilmiah dan pameran yang kami mestilah laksanakan dalam tugasan projek bagi subjek
pendidikan akhlak ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar walaupun ada beberapa
halangan. Saya berharap tugasan-tugasan yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada
diri saya, rakan-rakan kelas dan seterusnya warga institute yang terlibat. Semoga
pengalaman ini dapat saya gunakan pada suatu masa nanti.













AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
7.0. PENUTUP

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua
individu yang banyak membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan yang diberikan
ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik mereka yang telah membantu saya selama
ini

Secara keseluruhannya, tugasan ini banyak membincangkan tentang konsep,
pengertian dan pembahagian akhlak serta permasalahan isu akhlak di kalangan
masyarakat masa kini. Akhlak membawa maksud segala tingkah laku atau perbuatan
yang telah menjadi adat kebiasaan dan diterima oleh semua. Ia juga kumpulan sifat yang
dimiliki oleh seseorang yang melaluinya akan lahir perbuatan baik atau buruk. Justeru,
kita sebagai manusia hendaklah menilai baik buruk sesuatu perbuatan. Kita hendaklah
mengamalkan akhlak islamiyah iaitu akhlak mahmudah serta mencontohi akhlak dan
perbuatan Rasulullah SAW. Sesungguhnya baginda Rasulullah SAW merupakan sebaik-
baik teladan kepada kita semua.

Islam secara keseluruhannya membawa satu tata cara hidup yang amat sempurna
dan juga membawa contoh teladan yang baik. Didikan agama yang sempurna mampu
menjadi benteng yang uth kepada kita semua dalam mendepani masa hadapan yang
penuh dengan onak dan duri. Hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah merupakan
satu tuntutan dan melaluinya kita akan mengecapi kebahagiaan hidup.

Secara keseluruhannya, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana penulisan
ilmiah dan pameran yang kami mestilah laksanakan dalam tugasan projek bagi subjek
pendidikan akhlak ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar walaupun ada beberapa
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
halangan. Saya berharap tugasan-tugasan yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada
diri saya, rakan-rakan kelas dan seterusnya warga institute yang terlibat. Semoga
pengalaman ini dapat saya gunakan pada suatu masa nanti



















AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 4 910
RUJUKAN



Buku:
Al-Quran
Abdullah Basmih, 1985. Tafsir Pimpinan Ar Rahman Kepada Pengertian Al-Quran.
Kuala Lumpur: Jabatan Agama Jabatan Perdana Menteri
Ahmad Mohd Salleh.1997.Pendidikan Islam:Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah
Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd
Mohd Nor Jusoh, 2006. Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Nurqurra Trading

Internet:
http://mediasauna.multiply.com/journal/item/8
http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/tasawwuf/home.htm
http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/tasawwuf/mazmumah.htm
http://www.one-ummah.net/kuliah/tasawuf/500-10-perangkap-syaitan-sifat-mazmumah.html